Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

17
TUGASAN 5 : BANDAR SAYA DAN AGENDA TEMPATAN 21 (BANDAR SEGAMAT) NAMA: MOHAMAD AMIRUL BIN MOHAMMAD YAZID NO MATRIK: A148982 KURSUS: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

Transcript of Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

Page 1: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

TUGASAN 5 : BANDAR SAYA DAN AGENDA TEMPATAN 21

(BANDAR SEGAMAT)NAMA: MOHAMAD AMIRUL BIN MOHAMMAD YAZID

NO MATRIK: A148982KURSUS: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

Page 2: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

AGENDA TEMPATAN 21 BANDAR SEGAMAT

• Bandar Segamat merupakan pusat bandar utama daerah ini. Dari segi hierarki pusat-pusat petempatan bagi Negeri Johor, Segamat terletak dalam kategori kedua iaitu Pusat Wilayah Tahap II. Bandar kedua terbesar di Daerah Segamat adalah Bandar Labis yang berada di kategori ke empat hierarki pusat petempatan seluruh negeri. Daerah Segamat merupakan daerah yang mempunyai tahap kemajuan yang sederhana berbanding dengan daerah-daerah di Wilayah Johor Barat. Ia mempunyai kepentingan tersendiri kerana menjadi penyambung ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuantan - Segamat. (Lebuhraya Tun Abdul Razak) dan juga sebagai laluan utama kenderaan ke selatan negara. Secara tidak langsung ini memberikan gambaran yang positif terhadap potensi pembangunan daerah ini.

• Bandar Segamat• Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. Terletak di

antara Kuala Lumpur dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.

Page 3: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

Maklumat Asas Daerah Segamat

• Luas kawasan : 282.534.5 Hektar / 2.825.4 km persegi,

• Jumlah Penduduk :

• 178.266 orang (bancian 1991)

• 269.709 orang (menjelang tahun 2010)

• 8.6% daripada penduduk negeri Johor

Daerah Segamat terdapat 11 mukim :-

• Sungai Segamat:18,129.91 ,

• Jementah:22,791.89 ,

• Gemereh:2,071.99 ,

• Jabi:13,985.93 ,

• Sermin:12,172.94 ,

• Buloh Kasap:26,158.88 ,

• Gemas:30,043.86 ,

• Pogoh:16,291.02 ,

• Labis:42,216.80 ,

• Bekok:78,476.63 ,

• Chaah:18,388.91

• Jumlah Keluasan Daerah Segamat =280,728.76.

Page 4: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

AGENDA EKONOMI 21 SEGAMAT• Ekonomi Segamat• Pertanian merupakan penyumbang utama terhadap ekonomi Segamat, menyumbang sejumlah 61.8%

daripada jumlah pekerjaan pada tahun 1991. Penyumbang ekonomi kedua ialah sektor pengeluaran, iaitu sejumlah 13.1% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun 1995. Ia disusuli sektor perkhidmatan kerajaan, iaitu sejumlah 12.2% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun yang sama.

• Pengangkutan di Segamat• Segamat mempunyai jaringan jalan raya persekutuan dan negeri yang cukup baik. Laluan Persekutuan adalah

jalan raya utara-selatan utama, yang turut dihubungkan ke lebuh raya kebangsaan utama, Lebuhraya Utara-Selatan (jajaran selatan), melalui EXIT 227 (Persimpangan Simpang Ampat) dan EXIT 243 (Persimpangan Yong Peng Selatan); kedua-duanya terletak di luar Daerah Segamat.

• Laluan Persekutuan Jkr-ft23.png menghubungkan Segamat dengan bandar-bandar utama di kawasan barat daya seperti Tangkak, Bandar Melaka, Muar dan Batu Pahat. Ia juga dihubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui EXIT 235 Persimpangan Tangkak. Sementara itu, Lebuhraya Tun Razak laluan menghubungkan Segamat dengan Kuantan serta negeri-negeri pantai timur.

Page 5: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Page 6: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Page 7: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

•AGENDA SOSIAL 21 SEGAMAT

Kemudahan Kesihatan• Hospital Segamat• Klinik Kesihatan Bandar Putra• Poliklinik Segamat Jalan Muar• Klinik Pergigian Segamat Jalan Muar

Kemudahan Perpustakaan Awam• Pada masa kini Segamat mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di

Jalan Genuang Kampung bersebelahan dengan Mahkamah Tinggi dan bertentangan dengan Stadium Mini Segamat.Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Daerah Segamat. Perpustakaan ini memiIiki Iebih 50, 000 koleksi buku yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku kanak-kanak dan bacaan umum. Perpustakaaan ini beroperasi tiap-tiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Page 8: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

Kemudahan Bomba

• Balai bomba segamat terletak Jalan Abdullah, Segamat dan mengawal kawasan segamat dengan keluasan 127,040.3 hektar daripada keluasan keseluruhan Daerah Segamat 282,534.5 hektar. Selebihnya adalah dibawah jagaan Balai Bomba Bandar Putra, Segamat.

Kemudahan Pos

• Bersesuaian dengan peranannya selaku pusat yang menjadi tumpuan orang ramai, sebuah pejabat pos dibina di Jalan Awang,Segamat.Mempunyai sebuah mini pos di Labis,Segamat bersebelahan dengan Balai Polis Labis.

Page 9: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Page 10: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Page 11: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

TEMPAT MENARIK DI SEGAMAT• Dataran Segamat yang telah di ubahsuai• Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) – Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-

satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat ,Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.Taman Bunga Batu Hampar merupakan tempat yang paling cantik dan sesuai untuk beriadah di daerah Segamat.

• Makam Bendahara Tepok – Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan dan bertentangan dengan Masjid Makam Lubuk Batu.Terdapat juga,Mercu Segamat yang diletakkan berhadapan dengan Lubuk Batu.

• Air Terjun Sungai Bantang -Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Taman Rekreasi Sungai Segamat - Tempat istirehat,memancing,berjoging pada waktu petang.Terletak di tebing Sungai Segamat.Sentiasa menjadi aktiviti Sukaneka.

Page 12: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

• Istana Hinggap -Sebuah istana persinggahan untuk kerabat diraja Johor yang akan singgah di daerah Segamat terutamanya aktiviti Kembara Mahkota Johor yang dianjurkan oleh Baginda Sultan Johor.Terletak di atas Bukit Hampar Segamat,bertentangan dengan Padang Batu Hampar serta bersebelahan dengan Sekolah Tinggi Segamat.

• Jambatan Putus,Buloh Kasap- Jambatan ini dibina oleh tentera British untuk pembinaan Persekutuan Route 1 Namun tentera British menghancurkan sebahagian jambatan ini untuk menghalang kemaraan tentera Jepun untuk menuju ke Singapura setelah perang berakhir Jambatan Buloh Kasap yang baru telah dibina betul-betul disebelah Jambatan Putus Buloh Kasap

• Pusat Rekreasi Kolam Air Panas,Tenang -Kolam Air Panas Labis di Kg Tenang hanya 10 km dari pekan Labis. Jaraknya dari Bandar Segamat pula hanya 42 km. Terdapat 4 kolam besar yang menadah air panas dibina di situ. Ia dipam dari kolam air panas semula jadi yang terletak di tengah-tengah 4 kolam tersebut. Kolamnya cetek. Airnya yang panas pasti menyegarkan badan yang kelesuan dan kerengsaan. Kemudahan tandas dan bilik mandi disediakan untuk para pengunjung di samping taman permainan kanak-kanak, peralatan bersenam dan tapak berjalan kaki. Kedudukannya yang terperosok di sisi Kg Tenang memungkinkan wujudnya persekitaran yang tenang dan santai.

• Bangunan Tertinggi Segamat• Taman Awam Tasik Segamat -Terletak di Bandar Segamat berhampiran dengan Sungai

Segamat.Sesuai untuk aktiviti rekreasi dan memancing pada waktu petang pada waktu petang.

Page 13: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Page 14: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Page 15: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

CADANGAN AGENDA TEMPATAN 21 BANDAR SEGAMAT• mempelbagaikan aktiviti ekonomi oleh sebab pertambahan penduduk di setiap

mukim dan bandar. • aktiviti ekonomi perindustrian misalnya boleh dinaiktarafkan.• sistem pengangkutan juga boleh diperbaiki di bandar ini. misalnya menambahkan

bas awam dengan mencipta “Rapid Segamat”.• Penambahan lorong disetiap jalan juga adalah digalakkan untuk mengelakkan

kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.• memperbanyak pusat perniagaan komersial di tanah-tanah yang masih belum

dibangunkan.• keutamaan perniagaan kepada penduduk tempatan dan bukannya penduduk luar

segamat.

Page 16: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

• cadangan sosial adalah seperti menaiktarafkan lagi hosital Segamat kepada hospital besar iaitu hospital pakar seperti yang ada di Kuantan (HTAA) dan HTAR , Kelang.• Menambahbaik pusat pelancongan yang ada dengan menjaga kebersihan

tempat tersebut.• mempromosikan pusat pelancongan yang ada di Segamat kepada warga

luar negara.• mengemaskini sistem pendidikan supaya ia setaraf dengan pusat

pendidikan yang ada di bandar lain yang lebih maju seperti segamat.• selalu memantau dan meninjau keselamatan penduduk di bandar segamat

supaya tidak ada perasaan bimbang penduduk akan keselamatan di bandar.• selalu memelihara dan memulihara bangunan lama agar boleh dijadikan

khazanah warisan bandar segamat.

Page 17: Agenda Tempatan 21 SEGAMAT

• cadangan dari aspek alam sekitr pula adalah seperti mempelbagaikan pusat rekreasi dan taman-taman hijau demi menjaga alam sekitar bandar Segamat.• Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor yang boleh mencemarkan

alam sekitar.• Menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama untuk

mengelakkan lambakan asap kenderaan yang boleh mencemarkan alam sekitar dan kualiti udara bandar.• Perumahan digalakkan menggunakan sistem solar di dalam rumah untuk

menjimatkan penggunaan elektrik di bandar.• Aktiviti pembangunan bandar perlulah mesra alam yang menggunakan

teknologi hijau dan mengutamakan tumbuh-tumbuhan.