AGENSI-AGENSI PELAKSANA PEMBANGUNAN KOMUNITI …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/AGENSI-AGENSI...

13
FEM3331 AGENSI-AGENSI PELAKSANA PEMBANGUNAN KOMUNITI DALAM NEGARA

Transcript of AGENSI-AGENSI PELAKSANA PEMBANGUNAN KOMUNITI …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/AGENSI-AGENSI...

FEM3331

AGENSI-AGENSI PELAKSANA

PEMBANGUNAN KOMUNITI DALAM NEGARA

AGENSI PEMBANGUNAN KOMUNITI DI MALAYSIA

RURAL AND INDUSTRIAL DEVELOPMENT AUTHORITY (RIDA)

• Rancangan pembangunan komuniti yang terawal di negara : Rural and Industrial

Development Authority (RIDA), 1951 oleh pihak Inggeris – membasmi masalah

kemiskinan orang Melayu

• Sepanjang tempoh sepuluh tahun pertama RIDA – peranan utama penggerak

program pembangunan komuniti luar bandar

Federal Land Development Authority – FELDA

• Ditubuhkan dibawah Ordinan Persekutuan 1956

• Tujuan :

1. membuka skim-skim pembangunan tanah

2. Memberi peluang pekerjaan

3. Membasmi kemiskinan

• Skim – 10 ekar tanah bagi tanaman, 2 ekar untuk tapak rumah dan kebun.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

• ditubuhkan pada tahun 1959

• Rancangan pembangunan komuniti peringkat ke dua dilancarkan oleh

kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaya Kedua (1960-1965) – selepas

tamat dharurat.

• Pembangunan komuniti dalam tempoh ini meliputi dua aspek penting iaitu

pembangunan fizikal dan mental.

BAHAGIAN PELAJARAN DEWASA - KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR

• Ditubuhkan pada 1960, yang bertanggungjawab melaksankan pembangunan

mental.

• Pendekatan pendidikan tidak formal – kelas Bahasa Kebangsaan, Kelas

Ekonomi Rumah Tangga, Kelas Agama.

JAWATAN KUASA KEMAJUAN KAMPUNG (JKK)

• institusi ini dipengerusikan oleh ketua kampung – satu sistem jawatan kuasa (committeesystem) dan konsep Bilik Gerakan di setiap peringkat; negara, negeri, mukim dan kampungtelah diperkenalkan.

• Amalan ini termaktub dalam Buku Merah (Rural Economic Development Book Plan Book Plan)– master piece perancangan pembanguan komuniti luar bandar di Malaysia sekitar tahun 1962hingga 1965.

• Rancangan pembangunan komuniti memasuki era baru dalam Rancangan Malaysia pertama(RMP) (1966-1970), kerana dalam tempoh 1966-1968 kerajaan telah memperkenalkan GerakanMaju yang dilancarkan pada Mac 1966 dan tujuannya:

• mengubah dan mengikis ‘sikap tidak apa’,

• mengurangkan kadar kemiskinan

• kadar buta huruf yang tinggi

• memperbaiki lagi taraf kesihatan – projek khasiat makanan.

• Pada akhir tempoh Gerakan Maju, diperkenalkan pula konsep Jaya Diri – rakyat digesa supayabersedia menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak perubahan zaman dan meningkatkantaraf ekonomi mereka.

• Pada tahun 1969 bahagian ini telah melancarkan satu lagi kegiatan yang dikenali sebagai KLK(Kelas Latihan Kerja). Melalui kelas ini masyarakat kampung dijangkakan dapat menghasilkanbarang-barang kraf tangan untuk dipasarkan bagi menambahkan pendapatan.

BAHAGIAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) – DAHULUNYA BAHAGIAN

PELAJARAN DEWASA

• BPD telah diubah kepada Bahagian Kemajuan Masyarakat atau lebih dikenali

sebagai KEMAS di bawah KPNLB.

• KEMAS ditugaskan untuk memberikan kesedaran, latihan, didikan dan kepimpinan

kepada masyarakat luar bandar supaya terlibat secara aktif ke arah meningkatkan

taraf hidup mereka.

• KEMAS juga berperanan merangka, merancang dan melaksanakan program-

program pembangunan masyarakat.

• Gerakan Pembaharuan pada tahun 1977 sebagai penggalak kepada perjuangan

gerakan KEMAS, sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah institusi yang

berautonomi di peringkat tempatan.

• Prinsip-prinsip dalam Gerakan Pembaharuan sama sahaja seperti yang pernah

ditimbulkan sejak tahun 1960 lagi, cuma penekanannya ialah dari segi pendekatan

bersepadu dalam proses-proses pembangunan komuniti.

• KEMAS seterusnya memperkenalkan satu lagi program pada tahun 1972, iaitu TBK

(Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan tahun berikutnya melancarkan program RDU

(Rancangan Desa Usaha) bagi meningkatkan lagi pengeluaran bahan pertanian.

BAHAGIAN INDUSTRI KAMPUNG (BIK) - KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

NEGARA DAN LUAR BANDAR (KPNLB)

• Bahagian Industri Kampung (BIK) ditubuhkan pada 1982

• KEMAS pula telah diarahkan mengenalpasti dan memberi dorongan kepada

pengusaha-pengusaha tempatan untuk melibatkan diri dalam projek-projek

industri kampung supaya pengeluaran barang-barang kraftangan dapat

diusahakan secara komersial.

• KEMAS memfokuskan kepada:

1. Menggalakkan penyertaan menyeluruh anggota komuniti dalam perancangan

dan perlaksanaan program.

2. Melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya tahan dan memiliki nilai-nilai

murni

3. Meningkatkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohaniMemberi

peluang pekerjaan

4. Menggalakkan perubahan sikap dan menggunakan teknik baru dalam

perlaksanaan program

AGENSI-AGENSI PEMBANGUNAN KOMUNITI DI

MALAYSIA – SEKTOR EKONOMI

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

• Unit Perancang Ekonomi adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakanpelan pembangunan Negara. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1961, di mana ia berkembang dariSekretariat Ekonomi Jawatankuasa Ekonomi Majlis Eksekutif Persekutuan Malaysia, ialah untuk"memfokuskan pelan pembangunan, perlaksanaan pelan yang berisiko tinggi dan segala bentukbantuan luar". Semenjak penubuhannya hampir 43 tahun lalu, fungsi UPE pada dasarnya tidakberubah meskipun ada fungsi-fungsi tambahan sejajar dengan penekanan ke atas perubahan dasarpembangunan.

Kementerian Luar Bandar dan Wilayah

• Kementerian Luar Bnadar dan Wilayah merupakan kementerian yang bertanggungjawab memastikanpembangunan luar bandar terjamin bukan setakat dari segi ekonomi malah dari segi pengurusansumber kawasalan luar bandar.

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

• Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah,ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasildaripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadikewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunanekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luarbandar.

RISDA

• RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar danWilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

• Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972

• Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

FELCRA

• Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966.Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknyamenyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupanmereka. Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRABerhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian danperkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

FELDA

• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah OrdinanKemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmiankemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

• Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian,perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

• Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberikepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanunyang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagaiperniagaannya.

• Sehubungan itu, mulai tahun 1994 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan kepada FELDA.Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi danmoden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan tinggi untukmeningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka seterusnya memastikan rancangan FELDA dapatmenjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil.

AGENSI-AGENSI PEMBANGUNAN KOMUNITI DI

MALAYSIA – SEKTOR KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia

• Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan kementerian yang bertanggungjawab dalammengurus hospital dan klinik kerajaan. Pelbagai inisiatif yang dijalankan bagi memberikanperkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Malaysia termasuklah perkhidmatan klinikbergerak, suntikan imunisasi percuma, klinik 1Malaysia dan lain-lain lagi.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

• Secara ringkas kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN seperti yang dinyatakan dalam Akta352 Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Pindaan 2006) adalah seperti berikut:-

• Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan programkependudukan, pembangunan keluarga, dan reproduksi manusia;

• Merancang, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti kependudukan,pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

• Menyebar pengetahuan, memberi didikan dan menggalakkan tingkah laku positif dalambidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

• Bertanggungjawab melatih individu, yang terlibat dalam tugas-tugas berkaitan bidangkependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

UNICEF Malaysia - NGO

• Miisi UNICEF adalah bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat

negara maju dengan masyarakat yang inklusif, tanpa diskriminasi dan penyayang yang

melindungi hak-hak semua kanak-kanak, termasuk yang paling terpinggir dan lemah.

Dengan berbuat demikian, UNICEF akan membina perkongsian bersama NGO bagi

melindungi kanak-kanak

Jabatan Kerja Sosial dan Perubatan

• Jabatan Kerja Sosial dan Perubatan merupakan jabatan dibawah kendalian hospital

kerajaan bagi memberikan perkhidmatan bantuan kewangan dan hal-hal berkaitan

perubatan kepada golongan yanfg memerlukan.

Yayasan Salam Malaysia- NGO

• Yayasan Salam Malaysia adalah badan yang membantu masyarakat dari segi

pertolongan perubatan bukan setakat dalam negara malah luar negara. Yayasan Salam

Malaysia merupakan bandan sukerela yang banyak memberi pertolongan dan

perkhidmatan dalam bidang perubatan bagi negara-negara yang dilanda musibah dan

peperangan.

AGENSI-AGENSI PEMBANGUNAN KOMUNITI DI

MALAYSIA – SEKTOR PENDIDIKAN

Kementerian Pelajaran

• Kementerian Pelajaran merupakan kementerian yang bertanggungjawab bagi

merangka plan pembangunan pendidikan selaras dengan tuntutan semasa dan

peredaran zaman. Kementerian telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013 – 2025 bagi merencana polisi pembangunan pendidikan secara

holistik bagi memastikan pendidikan negara berada pada landasan yang betul dan

baik.

NYATAKAN AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DENGAN PENDIDIKAN???

AGENSI-AGENSI PEMBANGUNAN KOMUNITI DI

MALAYSIA – SEKTOR PERKHIDMATAN SOSIAL

• Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), ditubuhkan pada tahun 1946 yangmemberi fokus kepada membantu dan memberi sokongan kepada golongan yangberpendapatan rendah dan yang memerlukan.

• Yayasan Kebajikan Negara, (YKN) - NGO ditubuhkan pada 1981, merupakan badanyang membantu memberi pertolongan kepada golongan-golongan miskin danmemerlukan dari segi support system dalam ekonomi, social dan modal insan.

• Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), ditubuhkan pada 2001, memberi perlindungandan bantuan kepada golongan wanita dari segi ekonomi, hak dan juga social system.

• Institut Sosial Malaysia (ISM), ditubuhkan pada 2002 merupakan agensi yang memberiinput dari segi penyelidikan dan khidmat nasihat dalam membantu kerajaan bagipenggubalan dasar yang berkaitan social.

• Gerakan Belia 4B Malaysia merupaka badan NGO yang ditubuhkan bagi mewakilipersatuan belia dalam memastikan gerakan dan aktiviti belia terlaksana.

• Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan jabatan yang bertanggungjawabbagi mengurus dan memastikan kemajuan dapat dicapai oleh golongan minority ini.JAKOA juga bertindak sebagai orang tengah dalam pengurusan masyarakat Orang Aslibagi medium pengantara untuk penyampaian kemajuan kepada masyarakat Orang Asli.

RUMUSAN

• Pembangunan komuniti di Malaysia berkembang dengan pesat

melalui agnesi-agensi yang dilantik oleh kerajaan mahupun

agensi-agensi bukan kerajaan.

• Usaha kerajaan dalam membentuk agensi tertentu yang

bertanggungjawab membawa perubahan dalam komuniti seperti

Malaysia dengan penubuhan KEMAS dan JKKK.

• Walau apapun usaha yang dilakukan matlamat pembangunan

komuniti di Malaysia adalah untuk memberi kesejahteraan

kepada rakyat yang memerlukannya.