Ahlan Wa Sahlan(A)

7

Click here to load reader

Transcript of Ahlan Wa Sahlan(A)

Page 1: Ahlan Wa Sahlan(A)

“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”

All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 1

AHLAN WA SAH-LAN WA MARHABA

------------------------------------------------------------------- Write-up on the new premise – oleh Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail

Executive Officer (Research & Development) Artikel ini telah dimuatkan dalam makalah khas pembukaan pejabat PERGAS diWismah Indah, 448, 03-01 Changi Road bersebelahan Masjid Kassim, Singapura.

-----------------------------------------------------------------------

“Ahlan was sahlan wa marhaba” adalah kata-kata aluan di dalam menyambut

kedatangan setiap para pengunjung dan tetamu. Mengalu-alukan dengan

memperjelaskan kesediaan yang ada kepada tetamu dan pengunjung, juga merupakan

adab yang Islami. Setiap sesuatu yang disusun sememangnya mempunyai maksud

tertentu yang kami harapkan dapat memberi makna kepada mereka yang datang, agar

kunjungan mereka itu lebih bererti. Sebagai memperkenalkan identiti dan matlamat

kami, lambang-lambang alami dan hiasan tempat kami ini ada tersirat beberapa

pengertian. Jika tidak diperjelaskan, mungkin ianya hanya setakat hiasan zahiri. Dari

itu disini ingin kami perjelaskan beberapa konsep dan maksud reka-bentuk ruang

yang ada di pusat kami ini.

Dengan mendapatkan tempat di Wisma Indah Masjid Kassim, PERGAS kini

melangkah setapak lagi di dalam menempatkan perjuangan para Asatizah di

Singapura. Didalam menyiapkan pelan ruang tingkat tiga ini, tergeraklah saya agar

corak ruang tingkat PERGAS ini dapat sekaligus melambangkan juga kepada maksud

dan falsafah pendidikan yang kami perjuangkan.

PERGAS, atau “Persatuan Guru Islam dan Ulamak Singapura” mendokong

Da‟wah dan Pendidikan Islam sebagai peranan utama kami. Peranan kami adalah

sebagai penerus dan pendokong amanah para Nabi untuk mengIslamisasikan dunia

melalui pendidikan insan. Konsep dan falsafah serta budaya pendidikan yang kami

perjuangkan pula perlu kami paparkan. Maka dari itu reka bentuk yang kami siapkan

diruang pusat kami ini, sengaja diatur untuk mengandungi makna yang tersirat.

--------------------------------------------------

Bermula di ruang pertama - yakni lobby.

--------------------------------------------------

Dengan memasuki ruang lobby ini, yang akan terserlah kepada pengunjung adalah

kaunter penyambut tamu (reception counter) kami. Namun, kalau dilihat ke lantai,

hiasan ruang ini terbahagi kepada tiga jenis corak hiasan yang tidak sama. Bermula

dengan corak bebatuan beasar warna-warni sehingga menemukan dengan hiasan

kebiru-biruan yang mengasingkannya dengan ruang lantai yang bercorak seperti

pasir-pasiran di pantai.

Page 2: Ahlan Wa Sahlan(A)

“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”

All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 2

MAKNA

Hiasan bebatuan warna warni melambangkan kepelbagaian corak hidup dan ragam.

Ini adalah simbolik kepada keadaan kepelbagaian nilai-nilai budaya serta berbagai-

bagai cara hidup yang mungkin pengunjung telah pun didedahkan sebelum ini. Corak-

corak bebatuan yang agak besar dan mempunyai warna-warni yang agak „garang‟ ini

seolah-olah memberi gambaran kepada gaya penghidupan yang „sekular‟ dan

materialistik mencorakkan manusia-manusia yang bersifat individualistik, terlalu

mementingkan diri, masing-masing manusia berlumba-lumba menyerlahkan diri

dalam medan hidup. Corak nya seolah-olah melambangkan „kerimasan‟ suasana.

Setiap batu pula mempunyai bucu-bucu yang agak kasar serta ruang antara bebatuan

kelihatan jelas dan lebar. Walaupun ianya memberi gambaran „rancak‟, namun ianya

tidak mengarah kepada kedamaian malah menampakkan persaingan. Setiap bebatuan

seolah-olah berhempas pulas untuk mendapatkan tempat.

Sebagai kebalikkan nya, nun disebarang ruang lobby ini, terbentang pula hiasan

pasir-pasiran, melambangkan akhir natijah batu-batu yang menjalani proses

pensucian dengan air. Sifat tiap-tiap pasir dan batu, walaupun mempunyai

keperibadian tersendiri namun keadaan mereka menampakkan kepengalaman dan

kematangan (experience and maturity). Tiap pasir dan batu tersusun dan terurus

menurut tempat masing-masing dengan rapatnya, melambangkan kedamaian jiwa

serta keluhuran budi dan mengutamakan khidmat dan kebersatuan. Keberadaan setiap

butir mengarah kepada saling lengkap-melengkapi. Unsur-unsur terlalu

mementingkan diri (sifat ke-„akuan‟) hilang dengan semuanya menyatu dalam satu

ruang yang melambangkan kesatuan ummat sejagat Sedarkah kita bahwa setiap pasir

dan batu (walaupun ada yang meremehkan keberadaan mereka dimuka bumi), adalah

diantara bahan terpenting didalam pembangunan? Sepertinya juga, hanya insan-insan

yang suci dan berbudi luhur lah yang mampu membawa keberkesanan setiap

perjuangan dan pembangunan yang bererti.

Ruang lantai yang bercorak kebiruan pula, adalah lambang „air‟ - sumber utama yang

dijadikan Allah untuk penghidupan dan juga bahan utama untuk kesucian dan

pengsucian. Coraknya dibentangkan seolah-olah ibarat sungai yang mengalir,

memisahkan kedua corak yang kami sebutkan sebelum ini. Yang kami ingin

maksudkan adalah mesej bahawa perubahan dari satu keadaan yang kurang baik

kepada keadaan yang lebih baik memerlukan kepada suatu pensucian. Inilah lambang

kepada pendidikan yang Islami. Pendidikan yang berlandaskan Syari‟ah. Sebagai

isyarat, kekata Arab „Shari‟ah‟ itu juga mengandungi makna „mata air atau jalan

menuju ke mata air‟. Maka jalur air itu kami bentangkan ibarat sebatang sungai, yang

seolah-olah telah mengalir dari ruang yang di dalam bangunan.

Suasana corak ketiga-tiganya sengaja diatur supaya mendorong seseorang untuk

menyusul, mencari asal kepada punca „air‟ tersebut. Maka ia dipersilakan menapak

jejak mengikuti alur „air‟ tersebut. Dengan memudik ke hulu, pengunjung akan

diarahkan ke sebuah pintu. Tertera di atasnya adalah kekata yang dipetik dari Hadith

Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang melangkah kakinya keperjalanan menunutut

Page 3: Ahlan Wa Sahlan(A)

“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”

All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 3

ilmu, maka Allah akan menjadikannya sebagai jalan menuju „jannah‟ (taman

syurga).” Dan bertentangan dengan pintu masuk ini ada tertera lima ayat dari Surah

al-„alaq:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu Yang menciptakan,

Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah,

Bacalah, dan Tuhanmu lah Yang Paling Pemurah,

Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam,

Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

-------------------------------------------------------------------------

PENDIDIKAN ISLAM - KEMBARA MENUNTUT ILMU

-------------------------------------------------------------------------

Menuntut ilmu adalah seperti suatu pengembaraan. Setiap pengembaraan mestilah

mempunyai landasan dan arah tuju hala. Islam meletakkan syari‟ah sebagai landasan

tersebut. Hiasan „air‟ itu adalah lambang kepada makna kekata “syari‟ah” itu - adalah

ibarat sungai dan sekaligus jalan menuju kepada mata air. Seorang penuntut di sebut

„talib‟ – (pencari) atau „saalik‟ (pengembara) dan mesti berusaha menempuh beberapa

pengalaman dengan meniti kembara ilmu berlandaskan Islam.

Ruang yang pengunjung akan kemudian masuki adalah berbentuk „archway‟ – pintu

pintu gerbang. Ini melambangkan pendidikan Islam mengutamakan kepada adab

menuntut ilmu. Pelajar dikehendaki bersedia dan rela merubah diri, dengan

melepaskan cara dan budaya lama yang mungkin ada. Seorang pelajar Islam adalah

mereka yang menyerahkan diri kepada tiap tuntutan ilmu Islam yang mereka dilalui.

Ilmulah yang akan menguasai diri, bukan diri yang „konon menguasai ilmu‟ namun

tidak memberi jejas apa-apa kepada diri tersebut. Ini adalah suatu fahaman yang

sangat kontradiktif, yakni bertentangan dengan istilah „ilmu‟ menurut Islam. Gerbang

(archway) yang dilalui seumpama „maqam‟ yang harus ditempuh dan rentasi; atau

seperti kulit-kulit yang mesti dikupas agar sampai kepada kehalusan budi pekerti,

kerana “ilmu” bermaksud “kesampaian jiwa kepada makna dan kesampaian makna

kepada jiwa.” (Re: S.M.Naquib Al-Attas).

Islam lebih mementingkan kedalaman „ilmu bukan setakat hanya mempunyai banyak-

nya maklumat. Matlamat pendidikan Islam adalah kepada terbentuk nya insan yang

„kulliy‟ (universal) dan „kamil‟(perfect). Kerana Rasulullah s.a.w. mengatakan :

”Tidaklah aku diutus melainkan untuk menyempurnakan keluhuran akhlaq manusia.”

Maka seorang penuntut ilmu adalah juga seorang pengembara yang apabila memenuhi

adab-adab didalam menuntut akan merasai setiap keadaan pembelajaran mereka

seumpama keberadaan mereka di dalam taman. Sesuatu yang indah dan

mengasyikkan. Maka dari itu, dengan menyusuli air, ia akan menemui ruang yang di

hiasi seumpama taman.

Page 4: Ahlan Wa Sahlan(A)

“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”

All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 4

Taman adalah simbolik kepada kedamaian. Suatu tempat dan keadaan yang amat

mententeramkan. Corak yang dilantai adalah secara simbolik seperti sebuah mata-air

(fountain). Corak hiasan bintang yang berbucu lapan yang, jika di ikuti jalurnya tidak

akan kesampaian kepada akhir ataupun mula.- senantiasa berterusan : adalah simbolik

kepada tidak terhingganya ilmu yang ada disisi Tuhan. Dan tentu sekali dengan corak

bintang juga ia melambangkan Islam sebagai agama wahyu, agama samaawi (yang

berasal dari langit). Islam mengajarkan bahwa kita sebagai insan, adalah dijadikan

agar tidak lalai atau leka dari mengingati Allah dan merenungi „aayat (tanda-tanda

keagungan Allah) melaui aayat qawliyyah (melalui wahyu) dan juga aayat

kauniyah(yang ada pada „alam). Renungkanlah! Seorang yang benar berilmu („aalim)

dan alam semesta („aalam) ditulis dengan huruf-huruf hija‟iyah yang serupa. Yakni “

„ayn-alif-lam-mim.”

Ruang ini sengaja digubah seumpama taman kerana Rasul s.a.w. mengatakan,

“apabila berkumpulnya manusia ketempat yang dimana ilmu diajarkan, maka ia

adalah taman diantara taman-taman syurga (raudhah min riyaa-dha al-jannah)”.

Ruang ini juga di sediakan dengan tempat duduk dan juga sebuah bilik-khas yang

bersebelahan dengan sebuah bilik berdinding kaca yang menpunyai corak Islami. Ini

mengisyaratkan bahwa kembara pendidikan perlu kepada tahap perhentian dari

bergerak, untuk jangka masa yang mungkin agak lama. Perlu kepada kesabaran dan

ketekunan untuk beberapa waktu Pengembaraan menuntut ilmu kini bukan lagi diukur

dengan jarak atau gerak laluan Perkembangan yang difokuskan adalah pengisian dan

perubahan dalaman, melalui zikr dan fikr. Zikr merangkumi pembelajaran dan

peringatan, dan fikr pula adalah usaha-usaha inisiatif peribadi. Dua perkara ini - ruang

bilik melambangkan aspek “zikr” (melalui ta‟lim, muzaakarah, uzlah, muhaasabah

diri dan lain) dan ruang duduk ditaman adalah mewakili aspek “fikr” (merenung dan

berfikir kepada makna tanda-tanda alami ini)”.

Kedua aktiviti ini adalah yang menjadi aktiviti utama seorang murid. Ianya juga

adalah aktiviti yang perlu ditanamkan supaya membiasakan murid itu agar dapat

meneruskan aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Sama ada pada waktu

bersendirian ataupun pada keberadaan mereka di dunia umum. Pendidikan terus

melalui dua metode tersebut. Diharapkan akan lahirlah insan seperti digambarkan

oleh Allah:

“(Mereka itu adalah) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan

duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan

langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ii

dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Q:

Aali „Imran : 3 :191)

Bilik adalah disediakan sebagai ruang untuk “halaqah” (study circle). Di harapkan,

pelajar dapat dikumpulkan oleh guru pembimbing didalamnya agar sistem „sheikh-

murid‟ dapat diterapkan secara lebih berkesan lagi diluar darjah formal. Pendidikan di

Page 5: Ahlan Wa Sahlan(A)

“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”

All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 5

PERGAS menggalakkan pembelajaran secara kelompok ini (sememangnya menjadi

tren pembelajaran tradisional Islam), agar ianya menjadi satu budaya (culture) mereka

yang terdidik dari PERGAS. Diharapkan mereka ini akan mampu mengembangkan

tradisi ini di masyarakat agar pembelajaran secara „halaqah‟ ini dapat dihidupkan dan

dikembangkan semula dimasyarakat.

------------------------------------------------

…… KEMBARA SELANJUT NYA

-------------------------------------------------

Corak lantai yang seterusnya kini berubah menjadi corak hiasan yang berlambang-

lambang Islami (Islamic ornamental patterns). Hiasan di-dinding pula tertera

beberapa maklumat yang memaparkan aspek-aspek institusi pendidikan Islam –

umpamanya peribadi-peribadi ulama‟ Islam, sumbangan-sumbangan Islam kepada

dunia ilmu dan pendidikan, dan lain-lain . Ini diharapkan agar menjadi wadah

perangsang kepada pelajar untuk mengikuti jejak para ilmuan dan ulama‟ Islam.

Laluan ini pula, selain lantainya dihiasi dengan hiasan bintang-bintang dan motif

Islami, disebelah kanan menghadap „atrium, tingkapnya dicorakkan dengan reka

bentuk ala mihrab (di ilhamkan dari reka bentuk Islam-Andalusia.) Ini adalah harapan

kami agar lahirlah para ilmuwan dan ulama‟ yang mempunyai kecemerlangan seperti

ulama‟ Islam di zaman itu yang pernah memimpin dunia dibenua Eropah itu seperti

IbnRushd, Al-Farabi, Ibn Hazm, A-Mawardhi, Al-Qurtubi, Ibn Arabi, dan lain-lain.

Maqsud nya adalah diharapkan penuntut yang sudah mengalami pendidikan Islami

akan menjalani perubahan, terutama pada fikrah dan tasawwur. Alam pendidikan

Islami akan merubah pandangan mereka terhadap alam. Setiap sesuatu akan dilihat

dari kacamata atau perspektif Islam, tidak lagi berpisah-pisah. Tiap sesuatu di alam ini

akan dilihatnya amat indah dan menakjubkan, sehingga menimbulkan rasa syukur dan

terus mendorong mereka bertasbih kepada Allah s.w.t. Walaupun bentuk dan rupa

benda-benda di alam semsta ini mungkin kelihatan nya berbeza-beza, namun tiap

sesuatu itu dapat diterapkan kepada suatu paradigma Tauhid. Seseorang yang terdidik

secara Islami akan tahu letak-nya sesuatu di alam maya ini, menurut perspektif Islam.

Dan tiap sentuhan kreatif mereka adalah ibarat usaha mentasbih dan mentasdiqkan ke-

Esaan Allah s.w.t.

Gambar hiasan didinding pula adalah wadah untuk mengejutkan para pelajar kepada

sejarah kegemilangan Islam yang dipelopori oleh para ulama‟ masa lampau yang telah

menunjukkan keupayaan menyumbang kepada dunia dengan hidup mereka. Tradisi

ilmu inilah yang diharapkan dari pelajar-pelajar Muslim masa kini. Pendidikan setiap

Muslim kini mesti dilihat sebagai suatu kesinambungan dan hubungan sejarah ini

perlu ditanamkan kepada setiap generasi Muslim. Kalau mereka para ulama‟ dahulu

telah meneroka kejayaan masa kegemilangan Islam, maka tanggung jawab kita

sebagai pelajar Islam masa kini, adalah untuk terus mengembalikan kegemilangan itu.

Satu-satunya cara adalah melalui pendidikan secara Islami.

Page 6: Ahlan Wa Sahlan(A)

“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”

All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 6

Apabila ke luar ruang – yakni lobby, akan nampak tertera di tiang-tiang yang ada

ditempat duduk bersebelahan kaunter penyambut tamu beberapa kalimat.

Taqwa, Ikhlash, Sidq, Saja‟ah, „Iffah, Hilm, Quwwah, „Adalah, Zuhd, (atau

seumpama-nya)

Agar ianya mengimgsatkan kepada setiap Muslim yang terdidik agar senantiasa

mendukung dan merealisasikan sifat dan akhlaq yang mulia ini.

Sebelum ke luar, bertentangan dengan pintu masuk tadi adalah sebuah pintu yang

padanya tertera surah Al-„Alaq. Tersembunyi dibalik pintu ini, walaupun kecil, adalah

sebuah kutub khanah.. Asalnya adalah tangga ketingkat atas yang kini diubah suai

khas. Ruang ini (kutub khanah) adalah simbolik kepada budaya membaca,

penyelidikan dan penulisan. Budaya ini adalah suatu kelaziman para ulama‟ dan

ilmuan Islam. Mudah-mudahan tangga-tangga didalamnya juga adalah suatu

peringatan tentang betapa pentingnya pembacaan dalam kita meningkatkan ke-ilmuan

itu. Aspek budaya membaca dan menulis memang tidak boleh dipisahkan apabila kita

mengenali institusi pendidikan Islam. Ini juga adalah peringatan kita kepada kutub

khanah yang termashur Islam seperti di Qurtubi (Cordova), di Baghdad, di Iskandaria

(Alexandaria) dan sebagainya.

Apabila keluar semula ke ruang lobby, lantai yang akan dipijak adalah berupa

pasiran-pasiran bebatu yang telah melalui proses hakisan atau penyucian dengan air

(washed gravel). Setiap biji pasir, walaupun mempunyai riwayat tersendiri, kini

merapatkankan barisan dalam satu penampilan yang padat dan padu. Ini adalah

sebagai lambang natijah pendidikan Islam yang mampu merobah sifat seorang insan

dengan menghilangkan sifat keras dan kotor yang tersalut padanya, serta

mengembalikan atau menyerlahkan potensi sebenar bebatu itu. Pasir dan bebatu ini

adalah pembuktian ketahanan mereka, penuh dengan pengalaman dan kedewasaan

(matured). Malah, melalui proses pensucian dan peng-gilapanlah, kadangkala akan

terserlah diantara butiran-butiran itu beberapa intan dan berlian. Namun bukanlah

sifat satu atau dua biji butiran yang perlu disini, malah yang penting adalah

keberadaan mereka semua pada keseluruhannya.

Samalah juga sikap tiap ulama‟ dan ilmuan Islam. Masing-masing lebih menumpukan

kepada pembangunan ummah, bukan penyerlahan pribadi masing-masing. Mereka

para ulama‟, sedar bahwa penyerlahan yang perlu baginya adalah melalui khidmat dan

ketulusan budi, bukan penyerlaan „ego‟ atau penonjolan rupa. Mereka, para ulama‟

Islam ini adalah umpama batu-batuan yang disebutkan ini. Kefahaman mereka adalah,

sesiapa yang mempunyai ilmu adalah mereka yang, oleh kerana pendidikan yang

mereka lalui, akan menjadi senantiasa tawadhu‟, tahu diri dan tahu letak duduknya

sesuatu di alam raya kepunyaan Allah s.w.t. Seorang yang benar terdidik adalah

mereka yang beradab dan mendokong peradaban. Walaupun sememangnya Allah

s.w.t. mengangkat derajat para ulama‟ yang beriman ketahap yang tinggi, namun

didunia, mereka para ulama‟ menumpukan hidup mereka untuk berkhidmat, memikul

tanggung jawab sebagai pewaris para Nabi („alayhimus-salaam) – terutama dalam

pembangunan (masyarakat).

Page 7: Ahlan Wa Sahlan(A)

“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”

All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 7

Ilmu bukan untuk ditayang dan dibangga-banggakan, tetapi ilmu adalah untuk di

amal. Ilmu mestilah yang memanfa‟atkan dan di manfa‟atkan. Dan walau sebanyak

mana pun sumbangan mereka kepada ummah, bagi para ulama‟ itu sendiri,

sumbangan mereka itu adalah dianggap tetap kecil, hanya ibarat sebutir pasir di gurun

yang luas. Harapan setiap mereka adalah hanya untuk mendapat restu dan keredhaan

Tuhan. Seolah-olah hidup dan perjuangan mereka dapat disimpulkan dengan do‟a:

“Ilahii, anta maqsuu-di wa ridhaa-ka mat-luu-bi”

Tuhanku, Engkau lah maqsud (dan tujuan bagi hidup)ku,

dan keredhaan Mu lah menjadi kedambaan ku.”

Itulah falsafah dan maqsud dari reka-bentuk PERGAS di WISMA INDAH ini. Ianya

juga adalah harapan kami untuk setiap pelajar kami dan pengunjung ke pusat

pendidikan kami di PERGAS ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjayakan kita

semua agar terdidiklah generasi Islam yang mendokong ilmu, dan sekaligus giat

berusaha dan ber‟amal dalam masyarakat untuk melahirkan “Khayra ummah”

(ummat terbaik).

Aamin!

WallaAllaahu a‟lam

Zhulkeflee Haji Ismail.

----------------------------------------------------------------------------------------