Air Dan Larutan

18
Air dan Larutan

description

air dan larutan

Transcript of Air Dan Larutan

  • Air dan Larutan

  • Sifat fizik airTiada rasa, warna dan bauWujud dalam 3 keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas.Takat lebur ialah 0 darjah celciusTakat didih ialah 100 darjah celciusKetumpatan 1g per cm padu pada 4 darjah celcius.Konduktor elektrik yang baikMengembang apabila dibekukanKonduktor haba yang lemahMenukarjan kuprum(II) sulfat kontang putih ke biruMenukarkan kertas kolbat klorida biru ke merah jambu pucat

  • Takat beku dan takat didih air

  • Komposisi air

  • Proses penyejatan air

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan airKelambapan udaraKadar sejatan air adalah perlahan apabila kelembapan udara tinggi. Ini disebabkan kehadiran kepekatan wap air yang tinggi dalam udara menghalang proses penyejatan

    Suhu persekitaranSemakin tinggi suhu persekitaran, semakin tinggi kadar sejatan air. Ini disebabkan lebih banyak tenaga diserap oleh zarah-zarah air pada permukaan untuk memecahkan ikatan antara zarah-zarah air. Oleh itu, lebih banyak zarah-zarah air terlepas ke udara

    Luas permukaanSemakin besar luas permukaan air, semakin cepat kadar sejatan air. Luas permukaan yang lebih besar membolehkan lebih banyak zarah-zarah air menyejat daripada permukaan.

    Gerakan udara (angin)Kadar sejatan air adalah lebih cepat apabila terdapat pergerakan udara. Pergerakan udara meniup wap air yang terdapat pada permukaan air dan ini membenarkan lebih banyak molekul air menyejat

  • Penyejatan dan pendidihanPersamaanAir (cecair) bertukar menjadi wap air (gas)Tenaga haba diserap

    Perbezaan

    Penyejatan PendidihanBerlaku pada sebaran suhu di bawah takat didihBerlaku pada permukaan air.Berlaku dengan lambatDipengaruhi oleh kelembapan udara, luas permukaan, pergerakan udara dan suhu persekitaranHanya berlaku pada takat didih.Berlaku pada keseluruhan airBerlaku dengan cepatTidak dipengaruhi oleh kelembapan udara, luas permukaan, pergerakan udara dan suhu persekitaran.

  • Aplikasi penyejatan air dalam kehidupan harianMengeringkan rambutRambut dapat dikeringkan apabila pengering rambut yang berangin panas digunakan

    Mengeringkan pakaianPakaian yang basah, disidai luas untuk menambahkan luas permukaan dan disidai di bawah cahaya matahari untuk meningkatkan kadar sejatan.

    Penghasilan garam dari sejatan air lautAir laut dikeringkan. Air tersejat dan garam terhasil.

    Mengeringkan makanan lautMakanan laut seperti ikan bilis dikeringkan supaya tahan lama.

    Menyejukkan badanKipas angin dapat menyejatkan peluh dengan lebih cepat dan menyebabkan kita berasa lebih sejuk.

    Mengeringkan hasil tanamanHasil-hasil pertanian dikeringkan supaya dapat disimpan dan diproses

  • Pelarut, Zat terlarut dan LarutanPelarutCecair yang dapat melarutkan bahan terlarut

    Zat terlarut Bahan yang boleh melarut dalam pelarut

    LarutanCecair yang mengandungi campuran zat terlarut dan pelarut (bertaburan secara seragam)

  • Jenis Larutan

  • Larutan dan Ampaian

    Ciri-ciriLarutanAmpaianKomposisiSuatu zat terlarut dalam suatu pelarutZarah-zarah tidak larut atau terampai di dalam suatu cecair atau gasSaiz zarah-zarahSangat kecil dan tersebar dengan sekataLebih besar daripada zarah-zarah di dalam larutanSifat larutanLutsinar dan jernih, membenarkan cahaya melaluinyaLegap dan keruh, tidak membenarkan cahaya melaluinyaJika dibiarkanTiada mendapan kelihatanZarah-zarah pepejal mendap di bahagian bawah atau terapung pada permukaanPenurasanTiada sisa yang tertinggal pada kertas turasTerdapat sisa pada kertas turasJenis larutanHomogenus kerana sifat-sifatnya adalah sama pada keseluruhannyaTiada homogenus (keruh)ContohLarutan garam, asid, alkaliSesetegah ubat, losyen kalamin

  • Keterlarutan Zat terlarutKeterlarutan suatu zat terlarut ialah kuantiti zat terlarut dalam 100ml air pada suhu tertentu membentuk larutan tepu.

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi keterlarutan zat terlarut Sifat-sifat zat terlarutZat terlarut yang berbeza mempunyai keterlarutan yang berbeza dalam suatu pelarut.Contohnya gula lebih larut dalam air tetapi tepung kurang larut

    Sifat-sifat pelarutKeterlarutan zat terlarut berbeza dalam pelarut yang berbeza. Suatu zat terlarut mungkin mempunyai keterlarutan yang rendah dalam suatu pelarut tetapi keterlarutan yang tinggi dalam pelarut yang lainContohnya, hablur iodin sangat larut dalam alkohol tetapi hanya sedikit dalam air

    Suhu berbezaKeterlarutan zat terlarut dalam pelarut cecair meningkat pada suhu yang lebih tinggi tetapi keterlarutan gas dalam pelarut cecair berkurang pada suhu tinggi. Kebanyakan zat terlarut melarut dengan mudah pada suhu tinggi.

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi keterlarutan

  • Air sebagai pelarut universalAir dikenali sebagai pelarut universal kerana ia dapat melarutkan banyak jenis zat terlarut

  • Kepentingan air sebagai pelarutMelarutkan oksigen dan makanan untuk diangkut dalam sel badan

    Melarutkan oksigen dan karbon dioksida bagi organisma akuatik.

    Melarutkan perlbagai jenis garam mineral yang diperlukan oleh tumbuhan

    Pelarut yang penting dalam proses pencernaan, peredaran, pernafasan, perkumuhan, transpirasi dan sebagainya.

    Melarutkan banyak jenis bahan untuk sektor pembuatan makanan, minuman, perubatan, detergen dan sebagainya.

    Melarutkan banyak jenis bahan dalam kehidupan harian seperti the untuk membuat minuman, serbuk pencuci untuk mencuci pakaian, untuk memasak dan sebagainya

  • Pelarut Organik dan kegunaannya

  • Penyingkiran kotoran dengan pelarut organik