Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit2

download Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit2

of 6

description

ajaran sesat

Transcript of Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit2

Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin JonitLATAR BELAKANG

1. Hassan bin Jonit berasal dari Melaka. Berumur 73 tahun dan kini menetap di No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, Ampang, Selangor.

2.Pendidikan awal beliau ialah Sekolah Agama Pontian Kecil, Johor dan Sekolah Melayu Melaka hingga darjah 3. Pada zaman pemerintahan Inggeris, beliau pernah bekerja sebagai pemandu.

3.Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama dan kedua diceraikan kerana tidak mahu mengikut ajaran yang dibawa. Bersama isteri ketiga sehingga kini dan mempunyai 4 orang anak.

4.Markaz utama kumpulan ini ialah di rumah murid kanan beliau beralamat di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan Kilang Papan, Kg. Batu Arang, 48050 Rawang, Selangor. Surau tersebut terletak bersebelahan rumah dan terdapat juga rumah penginapan untuk ahli yang datang dari jauh mengikuti pengajian pada malam Khamis dan Ahad.

5.Ajaran ini diperkenalkan hampir 15 tahun lalu di Melaka dan Singapura. Jumlah pengikut di Selangor dianggarkan antara 100 - 150 orang. Kebanyakkan pengikut tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh dan terdiri dari pelbagai peringkat usia dan kerjaya.

1. CIRI-CIRI AJARAN

Bertemu Dengan Allah

Beliau (Hasan Bin Jonit) mendakwa telah bertemu dengan Allah melalui IImu hakikat. Walaubagaimanapun beliau tiada mencipta ataupun menulis kitab hasil pertemuan dengan Allah berbanding dengan pertemuan beliau dengan Rasulullah melalui Ilmu Hakikat Roh.

2. Bertemu Nabi Muhammad

Hasan Bin Jonit mengakui bahawa ia bertemu dengan roh Nabi Muhammad melalui IImu Hakikat Roh, beliau mendakwa bahawa masa bertemu itu ialah ketika mengangkat nafas atau dengan istilah (Tanaffus). Oleh yang demikian setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatatkan tarikh pertemuan tersebut di dalam setiap pertemuan, pertemuan itu dinamakan perkhabaran. Hasil daripada setiap pertemuan itu telah dibukukan dan dijadikan sebanyak 24 bab. Hasan juga mendakwa kitab hasil pertemuan ini dengan Nabi Muhammad melalui Hakikat Roh adalah Hadis iaitu Hadis Qudsi.

3. Boleh Tadbir Mimpi

Hassan Bin Jonit telah memperkenalkan kepada pengikutnya mengenai keupayaan beliau mentadbir mimpi. Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di Markaz, mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di Markaz tersebut, pada waktu pagi selepas solat Subuh mereka akan memperkatakan mimpi masing-masing kepada Hassan untuk di tafsirkan mimpi tersebut. Segala tafsiran mimpi tersebut dijadikan panduan dan sampai satu peringkat dijadikan sumber hukum.

4. Dahi Hitam Tanda Bela Jin

Pada kebiasaannya seseorang yang rajin sembahyang kita dapat melihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam, ini adalah disebabkan daripada melakukan sujud. Mengikut Hassan bagi orang-orang yang ada mempunyai kesan sujud tersebut adalah orang-orang yang ada membela jin.

5. Solat Pejam Mata

Mengikut penjelasan Hassan kepada pengikutnya bahawa bagi orang-orang yang hendak mengerjakan solat hendaklah menutup mata iaitu sama ada solat sunat atau solat fardhu, beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah S.W.T. seseorang yang mengerjakan solat itu dalam keadaan mata terbuka. Beliau juga mendakwa bagi orang-orang yang solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.

6. Menolak Hari Akhirat

Beliau semasa menyampaikan ajaran kepada pengikut-pengikutnya ada menyatakan bahawa Hari Akhirat tidak wujud. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa kebenaran hari akhirat yang telah di jelaskan di dalam Al Quran dan ditafsirkan oleh ulama'-ulama', Ilmu kalam ataupun syariat agama Islam adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu beliau telah meminta kepada semua pengikut menolak adanya Hari Akhirat.

7. Mandi Wajib Dengan Celup Jar

iMenurut Hassan mengikut Ilmu Hakikat tidak perlu meratakan air keseluruh anggota badan bagi seseorang yang hendak mandi wajib, hanya cukup dengan mencelupkan jari kita di dalam air, beserta niat maka sempurnalah mandi wajib tersebut.

8. Dilarang Berdoa Untuk Orang lain

Di antara Ajaran lain yang telah diperkenalkan oleh Hassan iaitu, melarang pengikut-pengikutnya mendoakan untuk orang lain, ini adalah disebabkan seseorang itu hanya layak mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja. Beliau mendakwa hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak mendoakan seseorang yang lain.

9. Wakil Guru Dari Luh Mahfuz

Hassan Bin Jonit mendakwa bahawa beliau adalah wakil guru dari Luh Mahfuz yang dilantik khas ke bumi iaitu Baladil Amin, beliau juga mendakwa bahawa bagi orang-orang yang mempercayai dan mengikuti pengajaran beliau akan selamat dunia dan akhirat.

10. Wakil Guru Seluruh Dunia

Selain dari mengakui beliau sebagai 'Wakil Guru Dari Luh Mahfuz' Hassan juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad telah memberikan dan mengijazahkan segala ilmunya kepada beliau. Segala ilmu Nabi Muhammad juga diberikan kepada beliau sahaja di dalam dunia ini.

11. Salah Tafsir Al-Quran

Kebanyakkan Ulama'-ulama' tafsir tidak memaknakan dan hanya menyerah kepada Allah sahaja mengenai ayat-ayat potong di permulaan Surah seperti( ), ( ) tetapi bagi Hassan beliau telah memberikan makna dan erti yang tertentu, ini terdapat di dalam kitabnya bertajuk (Amalan Tauhid, Bab Guru m.s 71/74), ( ) yang memberi erti (yang menjaga dakwah diri kami di belakang hari).

12. Mencabar Pihak Berkuasa AgamaUntuk menegakkan kebenaran ajaran beliau, beliau mencabar Pihak 8erkuasa Agama dengan mendakwa sekiranya Pihak berkuasa Agama mengambil tindakan terhadapnya beliau akan menurunkan malaikat untuk menghancurkan mana-mana pegawai agama yang mengambil tindakan terhadap beliau. Beliau juga mendakwa bahawa semua ilmu yang ada pada beliau telah mendapat kepujian daripada Allam S.W.T.

13. Mengarang Buku Yang Bertentangan dengan Hukum Syarak

Buku tersebut mengandungi 19 bab seperti berikut:T AJ U K MUKASURAT

1. Bab Hakikat 2112. Bab Fatehah 1783. Bab Alhamdu 954. Bab Bismillah 1175. Bab Al Quran dan Kitab 1346. Bab Takbiratul Ehram 1427. Bab Sembahyang 1548. Bab Kaum Ibu 869. Bab Roh / Nyawa 16710. Bab Ma'ni 19811. Bab Nabi 1 12512. Bab Nabi 2 18813. Bab Tauhiduz Zat 1 16714. Bab Tauhiduz Zat 2 18615. Bab Guru 5816. Bab Sifat 18617. Bab Ma'rifat 8518. Bab Hati 10519. Mukaddimah Bagi Orang Baru 40

TINDAKAN

1. Pada 17 Disember 1997 lebih kurang pukul 10.10 malam bertempat di rumah Batu 450, No. 20 Kampung Batu Arang, Rawang dengan kerjasama Bahagian Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas guru ajaran ini iaitu Hasan Bin Jonit bersama anak murid kanan dan pengikut-pengikutnya, lelaki dan perempuan iaitu seramai 36 orang. Mereka didakwa di bawah Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu Mengajar Tanpa Tauliah, dan di bawah Seksyen 16 Enakmen yang sama iaitu penerbitan yang bertentangan dengan hukum Syarak.

2. Perbicaraan kes ini telah dilaksanakan pada 20 April 1998 di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan denda sebanyak RM 1500.00 telah dikenakan. Mereka membayar denda tersebut.Sel. P.U. 13.ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989FATWA TENTANG AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN BIN JONITPADA menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'. membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.En. 2/1989ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989FATWA ON AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN BIN JONITIn exercise of the powers conferred by section 31 (I) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment /989 the Mufti for the State of Selangor, after discussions with the Islamic Legal Consultative Committee, makes thefatwa as specified in the Schedule.En. 2/1989JADUAL / SCHEDULE1.

Ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran IImu Hakikat Hassan b. Jonit di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

3.Antara ciri-ciri ajaran itu:

a)Mendakwai-Bertemu Allah.ii-Bertemu Nabi Muhammad dan pertemuan itu menghasilkan hadis Qudsi.iii-Boleh mentafsir mimpi.iv-Orang yang berdahi hitam tanda bela jin.v-Nampak imam seperti khinzir jika solat buka mata.b)Menolak adanya hari kiamat.c) Beliau adalah wakil guru seluruh dunia yang telah diijazahkan oleh Rasulullah S. A. W. dan datang dari Luh Mahfuz yang dilantik ke bumi iaitu Baladil Amin.d) Menyalah tafsir AI-Quran.e) Mandi wajib hanya dengan celup jari.f) Melarang berdoa untuk orang lain.g) Mencabar Pihak Berkuasa Agama.h) Mengarang buku yang mengandungi 19 bab seperti berikutT AJ U K MUKASURAT

1. Bab Hakikat 2112. Bab Fatehah 1783. Bab Alhamdu 954. Bab Bismillah 1175. Bab Al Quran dan Kitab 1346. Bab Takbiratul Ehram 1427. Bab Sembahyang 1548. Bab Kaum Ibu 869. Bab Roh / Nyawa 16710. Bab Ma'ni 19811. Bab Nabi 1 12512. Bab Nabi 2 18813. Bab Tauhiduz Zat 1 16714. Bab Tauhiduz Zat 2 18615. Bab Guru 5816. Bab Sifat 18617. Bab Ma'rifat 8518. Bab Hati 10519. Mukaddimah Bagi Orang Baru 40