Akademik atau akhlak

2
Akademik Atau Akhlak? Ketika tulisan ini dibaca, para calon SPM seluruh negara sedang berperang demi mengejar masa depan yang cerah. Ibu bapa pula ada yang sanggup bercuti hanya untuk memastikan mereka punya masa untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari dewan peperiksaan. Manakala, guru-guru pula hanya berbual kosong di kantin (mentaliti masyarakat Malaysia terhadap guru)! Memburu dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan seringkali membuatkan masyarakat terlupa bahawa kita sebenarnya sedang berdepan satu cabaran yang amat getir untuk membentuk akhlak anak muda calon SPM ini. Saat diumumkan keputusan nanti, kita akan terbuai dan terlena dengan berita kejayaan dan kemampuan calon-calon ini memperoleh keputusan yang cemerlang. Biasanya calon-calon dari sekolah elitlah yang akan terpampang wajah kegembiraan mereka di dada akhbar. Manakala calon dari sekolah pinggiran dan buangan entah kemana, keputusan pun tidak mahu diambil. Maka tercenganglah guru-guru di sekolah-sekolah ini melihat prestasi semakin merudum. Terkial-kial memikirkan alasan untuk diberi kepada orang atasan. Sistem pendidikan kita tidak membuka ruang untuk pelajar terpinggir begini untuk mendapat kemahiran. Ya, pasti aka nada yang berkata system pendidikan telah menyediakan kolej vokasional, institute kemahiran dan pelbagai pusat kemahiran awam untuk pelajar lemah tetapi harus diperhalusi syarat kemasukan ke semua institusi tersebut. Untuk melayakkan anak anda ke kolej vokasional sekurang-kurangnya mesti lulus semua matapelajaran, jadi bagaimana dengan pelajar yang gagal semua matapelajaran. Kemana arah tuju mereka?Mereka akan kekal menjadi liability di sekolah pinggiran ini sehingga tingkatan 5. Minggu lepas pastinya minggu yang sangat sibuk bagi seorang guru bilamana anak-anak didik perlu dipersiapkan dengan lengkap, dimana slip peperiksaannya, dimana mejanya, dimana kalkulatornya waima dimana pen untuk menulis pun guru yang sibuk memikirkan. Percayakah tuan- tuan, pada minggu ini guru-guru menjadi lebih sibuk berbanding biasa kerana anak-anak muda kita ini terlalu manja sehinggakan kalkutator, jangka lukis dan pensel pun perlu guru sediakan di pintu masuk dewan.

Transcript of Akademik atau akhlak

Page 1: Akademik atau akhlak

Akademik Atau Akhlak?

Ketika tulisan ini dibaca, para calon SPM seluruh negara sedang berperang demi mengejar masa depan yang cerah. Ibu bapa pula ada yang sanggup bercuti hanya untuk memastikan mereka punya masa untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari dewan peperiksaan. Manakala, guru-guru pula hanya berbual kosong di kantin (mentaliti masyarakat Malaysia terhadap guru)!

Memburu dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan seringkali membuatkan masyarakat terlupa bahawa kita sebenarnya sedang berdepan satu cabaran yang amat getir untuk membentuk akhlak anak muda calon SPM ini. Saat diumumkan keputusan nanti, kita akan terbuai dan terlena dengan berita kejayaan dan kemampuan calon-calon ini memperoleh keputusan yang cemerlang. Biasanya calon-calon dari sekolah elitlah yang akan terpampang wajah kegembiraan mereka di dada akhbar. Manakala calon dari sekolah pinggiran dan buangan entah kemana, keputusan pun tidak mahu diambil. Maka tercenganglah guru-guru di sekolah-sekolah ini melihat prestasi semakin merudum. Terkial-kial memikirkan alasan untuk diberi kepada orang atasan.

Sistem pendidikan kita tidak membuka ruang untuk pelajar terpinggir begini untuk mendapat kemahiran. Ya, pasti aka nada yang berkata system pendidikan telah menyediakan kolej vokasional, institute kemahiran dan pelbagai pusat kemahiran awam untuk pelajar lemah tetapi harus diperhalusi syarat kemasukan ke semua institusi tersebut. Untuk melayakkan anak anda ke kolej vokasional sekurang-kurangnya mesti lulus semua matapelajaran, jadi bagaimana dengan pelajar yang gagal semua matapelajaran. Kemana arah tuju mereka?Mereka akan kekal menjadi liability di sekolah pinggiran ini sehingga tingkatan 5.

Minggu lepas pastinya minggu yang sangat sibuk bagi seorang guru bilamana anak-anak didik perlu dipersiapkan dengan lengkap, dimana slip peperiksaannya, dimana mejanya, dimana kalkulatornya waima dimana pen untuk menulis pun guru yang sibuk memikirkan. Percayakah tuan-tuan, pada minggu ini guru-guru menjadi lebih sibuk berbanding biasa kerana anak-anak muda kita ini terlalu manja sehinggakan kalkutator, jangka lukis dan pensel pun perlu guru sediakan di pintu masuk dewan.

Juga pada minggu lepas, berbondong-bondong anak muda calon SPM hadir kesekolah walaupun telah hamper 9 bulan tidak kelihatan di kelas. Sudah menjadi ritual tahunan, calon SPM akan bersalaman dan mohon restu dan halalkan ilmu yang pernah diberi. Namun, sejauh mana keikhlasan dan ketelusan mereka terus menjadi persoalan. Bertahun guru di caci maki dan di beri bermacam gelaran, hanya kerana ritual yang seakan wajib dilakukan mereka mengucapkan kata maaf.

Masyarakat hari ini terlalu berlebihan memandang kejayaan seseorang anak muda dalam peperiksaan awam berbanding akhlak serta sahsiah generasi pelapis ini. Masyarakat tidak boleh dipersalahkan 100% kerana mereka juga terdidik dengan sistem yang sama tetapi di zaman yang berbeza.