Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

40
Akauntabiliti dan Integriti Dalam Pengurusan Kewangan Abstrak Akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat awam. Pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan yang disertakan dengan amalan prinsip-prinsip akan dapat memastikan peruntukan yang telah diberikan kepada agensi Kerajaan, program, aktiviti atau projeknya mengikut perancangan dan anggaran, sistem, prosedur dan peraturan semasa, serta mendapat pulangan terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Prinsip akauntabiliti dan integriti dapat diserapkan dalam diri penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha berterusan penjawat awam itu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni dan juga penguatkuasaan daripada Kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di Agensi Kerajaan Persekutuan, penubuhan

description

integriti

Transcript of Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Page 1: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Akauntabiliti dan Integriti Dalam Pengurusan Kewangan

Abstrak

Akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat

awam. Pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan yang disertakan dengan

amalan prinsip-prinsip akan dapat memastikan peruntukan yang telah diberikan kepada

agensi Kerajaan, program, aktiviti atau projeknya mengikut perancangan dan anggaran,

sistem, prosedur dan peraturan semasa, serta mendapat pulangan terbaik bagi setiap

ringgit yang dibelanjakan.

Prinsip akauntabiliti dan integriti dapat diserapkan dalam diri penjawat awam melalui

dua kaedah iaitu usaha berterusan penjawat awam itu sendiri seperti penghayatan nilai-

nilai murni dan juga penguatkuasaan daripada Kerajaan seperti penubuhan

Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), penubuhan Jawatankuasa Pengurusan

Kewangan dan Akaun di Agensi Kerajaan Persekutuan, penubuhan Pemudah Cara

Perniagaan (PEMUDAH), Pelan Integriti Nasional (PIN), bengkel, program kesedaran

dan kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti, penubuhan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penubuhan Biro Pengaduan Awam (BPA) serta

pembentukan Unit Audit Dalam. Perluasan penggunaan teknologi maklumat dan

Page 2: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

komunikasi (ICT) melalui Sistem e-Perolehan Sistem Perancangan dan Kawalan

Belanjawan Elektronik (eSPKB) dan Sistem Pemantauan Projek (SPP II) dan

penyediaan Manual Prosedur Kerja, Piagam Pelanggan dan Kod Etika Kerja juga dapat

membantu ke arah meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam diri penjawat awam

dan organisasi.

Beberapa kaedah pengukuran seperti Indeks Persepsi Rasuah (CPI), star rating,

laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), laporan Ketua Audit

Negara, aduan/maklum balas daripada orang awam dan Sistem Pengurusan

Akauntabiliti dan Integriti Sektor Awam (SPAI) telah diwujudkan sebagai salah satu

usaha memastikan keberkesanan gerakan akauntabiliti dan integriti dalam

memantapkan perkhidmatan Kerajaan kepada orang awam. Secara kesimpulannya,

prinsip akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan akan dapat memastikan

wang awam dibelanjakan dengan cekap dan teratur, serta mematuhi undang-undang,

prosedur dan arahan yang berkuat kuasa.

Pengenalan

“We are accountable to each other and to the people dan bertanggungjawab

kepada Allah SWT di Hari Penghitungan. Kita telah diberi amanah,  kita mestilah

beramanah, we hold the people trust we must therefore be trusted.”

(YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi – Majlis Perdana Persidangan Awam ke-

5).

“Integrity without knowledge is weak and useless and knowledge without

integrity is dangerous and dreadful”.

(Samuel Johnson)

Page 3: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Begitulah antara petikan kata-kata yang menggambarkan betapa pentingnya prinsip

akauntabiliti dan integriti dalam kehidupan dan kerja-kerja seharian. Tanggungjawab

sebagai penjawat awam adalah menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada

rakyat. Sehubungan dengan itu,  penjawat-penjawat awam hendaklah mempunyai ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni termasuk akauntabiliti dan integriti bagi

memastikan matlamat penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada orang awam

tercapai.

Definisi Akauntabiliti dan Integriti

Akauntabiliti merujuk kepada kewajipan penjawat awam dalam menjalankan tugas

yang dipertanggungjawabkan mengikut undangundang, prosedur dan arahan yang

berkuat kuasa yang ditetapkan. Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas-tugas yang

dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan tiada pembaziran yang

menjejaskan sumber-sumber awam.

Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil

dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Penjawat awam yang mempunyai dan

mengamalkan prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih

mengutamakan kepentingan orang ramai.

Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan perlu dihayati dan dijadikan amalan oleh

setiap penjawat awam. Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak dititikberatkan dalam

pengurusan kewangan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan

penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku. Prinsip akauntabiliti dan integriti

memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah kualiti dan imej sesuatu agensi

Page 4: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Kerajaan. Ia juga merupakan pra syarat bagi mendapatkan keyakinan orang awam ke

atas perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Akauntabiliti dan Integriti Dalam Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan merujuk kepada proses perancangan, pengagihan dan

penggunaan tenaga manusia, modal (wang tunai), barangan (aset) dan perkhidmatan

bagi memenuhi matlamat sesuatu organisasi. Pelaksanaan proses ini hendaklah

mematuhi undangundang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa yang ditetapkan.

Pengurusan kewangan yang cekap dan teratur amat penting dalam menguruskan

sumber-sumber yang terhad seperti tenaga manusia, wang, bahan-bahan mentah dan

metodologi, menguruskan permintaan yang banyak ke atas sumber-sumber ini,

menentukan alternatif terbaik dalam menguruskan sumber-sumber tersebut dan

seterusnya meningkatkan tahap ekonomi negara.

Bidang-bidang utama dalam pengurusan kewangan adalah pengurusan belanjawan,

pengurusan hasil, pengurusan perolehan, pengurusan perakaunan dan pengurusan

aset. Manakala komponen pengurusan kewangan pula terdiri daripada perancangan,

pelaksanaan, penyelarasan, kawalan dan penilaian. Kawalan ke atas pengurusan

kewangan penting bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam suatu

bidang pengurusan kewangan adalah mengikut perancangan yang telah ditentukan

melalui sistem perakaunan, laporan dan pengauditan serta mematuhi undangundang,

prosedur dan arahan yang berkuat kuasa.

Secara keseluruhannya, akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan

menjamin bahawa wang awam dapat diuruskan dengan cekap. Tanpa kedua-dua

Page 5: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

prinsip ini dalam diri penjawat awam, maka akan terjadilah pembaziran penggunaan

sumber manusia, kewangan dan masa, kelewatan dalam menyiapkan sesuatu projek,

mengurangkan keyakinan orang awam terhadap pengurusan kewangan Kerajaan

khususnya dan perkhidmatan awam amnya dan seterusnya membuka peluang untuk

berlakunya penyelewengan, rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.

Akauntabiliti dan Integriti Dalam Perolehan Kerajaan

Perolehan Kerajaan merujuk kepada proses mendapatkan input-input yang diperlukan

oleh sesebuah organisasi dengan cekap pada kosyang paling menguntungkan (value

for money) dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia hendaklah dilaksanakan secara

terbuka, adil dan saksama kepada semua pembekal dan kontraktor yang berkelayakan

dan diuruskan dengan cekap dan teratur tertakluk kepada undang-undang, prosedur

dan arahan yang berkuat kuasa seperti Akta Prosedur Kewangan 1957, Arahan

Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan. Ia bertujuan untuk

memastikan perolehan yang dibuat adalah paling menguntungkan dan memenuhi

matlamat value for money bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

Walaupun pengurusan perolehan Kerajaan dilengkapkan dengan undang-undang,

prosedur dan arahan sebagai panduan pelaksanaan, namun ia sering dikatakan

sebagai bidang pengurusan kewangan yang paling berisiko untuk berlakunya

pembaziran, ketirisan, penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku, dan rasuah.

Pembaziran boleh berlaku disebabkan pembelian secara berlebihan, barang-barang

yang tidak berkualiti dan tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat

perolehan tanpa perancangan yang teratur dan dengan sengaja mewujudkan keperluan

Page 6: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

sesuatu bekalan, perkhidmatan atau kerja. Manakala ketirisan pula boleh berlaku

disebabkan oleh percanggahan kepentingan, pilih kasih terhadap pembekal atau telah

berpakat, tidak melaporkan kecacatan dan kekurangan, membocorkan maklumat

jabatan, mengutamakan kepentingan sendiri berbanding kepentingan orang awam dan

telah menerima komisen atau suapan.

Faktor utama mengapa terjadinya pembaziran dan ketirisan dalam menguruskan

perolehan Kerajaan adalah kemanusiaan iaitu sikap penjawat awam yang tidak

mempunyai dan tidak mengamalkan nilainilai murni seperti akauntabiliti, integriti,

berkecuali, amanah, bersih, jujur, telus, tulus, adil dan saksama dalam melaksanakan

tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Kes-kes pembaziran dan ketirisan sudah

pastinya akan menggagalkan matlamat value for money dalam menguruskan perolehan

Kerajaan.

Penerapan Prinsip Akauntabiliti dan Integriti Untuk Memastikan Value For Money Dalam Perolehan Kerajaan

Penerapan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam memastikan value for money dalam

perolehan Kerajaan boleh dilaksanakan melalui beberapa

kaedah seperti berikut:

Penghayatan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam oleh penjawat-penjawat

awam. Ia dapat membimbing dan menjadi pegangan kepada penjawat awam dalam

membentuk akhlak yang mulia dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan

telus, adil dan bersungguh-sungguh. Antara nilai-nilai murni yang perlu dihayati bagi

membolehkan penerapan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam setiap pegawai awam

adalah seperti amanah dalam menjalankan tugas, bertanggungjawab, ikhlas, jujur,

Page 7: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

bersih, adil dan saksama, sikap berjimat-cermat dan lain-lain lagi. Pengurusan

kewangan yang cekap hanya dapat dilaksanakan oleh penjawat awam yang

mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri yang baik dan berkualiti.

Kerajaan juga telah melaksanakan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem

Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia khususnya melalui penubuhan

Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di semua kementerian, jabatan dan agensi

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Objektif penubuhan JKP ini adalah untuk

mewujudkan pentadbiran Kerajaan yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti

yang paling tinggi, meningkatkan lagi amalan-amalan murni di samping berusaha

mengatasi masalah-masalah dan kelemahan terutamanya dalam pengurusan

kewangan Kerajaan dan pentadbiran awam.

Selain JKP, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di Agensi Kerajaan

Persekutuan (JPKA) turut ditubuhkan bertujuan untuk mengawasi, memantau dan

menyelia semua urusan kewangan agar berjalan lancar dan mematuhi semua

pekeliling, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. JPKA memberi penekanan

dan pemantauan dalam isu-isu dan kelemahan pengurusan kewangan yang sering

dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara seperti perbelanjaan yang melebihi

peruntukan yang diluluskan, pengurusan pungutan dan tunggakan hasil yang dikutip

tidak check and balance dan tidak dimasukkan ke dalam bank dalam tempoh yang

ditetapkan, perolehan dibuat di luar peraturan kewangan serta berlakunya pembaziran

dan ketirisan, kelewatan pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan

Badan-badan Berkanun dan pengurusan aset dan stor.

Penubuhan PEMUDAH (Pemudah Cara Perniagaan) bertujuan untuk menguruskan isu

birokrasi di antara perniagaan dengan Kerajaan. Ia dilihat sebagai salah satu usaha

Kerajaan bagi memastikan perkhidmatan awam mencapai penanda aras antarabangsa

yang berteraskan pelanggan, berinovasi dan proaktif dalam menyokong ekonomi yang

berdaya saing. PEMUDAH diperkukuhkan dengan nilainilai seperti kesedaran untuk

menjadi lebih pantas, kerjasama yang proaktif di antara sektor awam dan swasta,

Page 8: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

syarat dan peraturan yang berpatutan dan tiada rasuah. Penjawat awam dapat

mengekalkan prinsip akauntabiliti dan integriti serta melaksanakan tugas dengan telus

apabila karenah birokrasi dan peluang melakukan penyelewengan dapat dikurangkan.

Bagi menerapkan prinsip integriti kepada penjawat awam dan memastikan gerakan

pemantapan integriti secara bersepadu pula, Kerajaan telah melancarkan Pelan

Integriti Nasional (PIN) yang berperanan dalam memberikan bimbingan kepada

keseluruhan sektor awam, sektor swasta, parti politik, pertubuhan bukan Kerajaan

(NGO), agama, media, wanita, belia dan pelajar. PIN seharusnya dijadikan panduan

dalam merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri

moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan

kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur (Cabaran ke-4 Wawasan

2020).

Peningkatan dan pemantapan integriti di kalangan penjawat awam ini perlu

dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan prinsip ini dapat dihayati sepenuhnya

dan dijadikan amalan semasa melaksanakan tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan. Latihan, bengkel dan kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan

integriti hendaklah diberikan sebagai salah satu usaha mengukuhkan lagi prinsip-

prinsip tersebut dalam diri penjawat-penjawat awam.

Usaha melahirkan penjawat awam yang berkualiti dan berintegriti ini sebenarnya

memang giat dijalankan oleh Kerajaan. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh

Kerajaan adalah melalui pelancaran program-program kesedaran yang memberi

tumpuan kepada penghayatan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang ke

Timur, Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran, Budaya Kerja Berkualiti, Kod

Etika Kerja, Piagam Pelanggan dan ISO 9000, Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mencegah rasuah, salah guna kuasa dan

penyelewengan termasuklah dari aspek pengurusan kewangan, penubuhan Biro

Pengaduan Awam sebagai salah satu mekanisme atau saluran penyampaian aduan

Page 9: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

dan maklumat oleh orang awam mengenai tindakan, salah laku, salah guna kuasa dan

penyelewengan penjawat awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan dan pembentukan Unit Audit Dalam bagi memastikan

pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah dan

teratur.

Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui

pelaksanaan sistem-sistem pengurusan kewangan dan sistem pemantauan projek-

projek Kerajaan. Ia bagi meningkatkan lagi ketelusan, kecekapan dan keberkesanan

dalam melaksanakan perolehan Kerajaan. Antara sistem-sistem yang membantu ke

arah peningkatan akauntabiliti dan integriti penjawat awam adalah seperti Sistem e-

Perolehan, Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik (e-SPKB) dan

Sistem Pemantauan Projek. Mekanisme pelaporan yang menyeluruh melalui sistem-

sistem ini memudahkan pemantauan oleh setiap jabatan.

Penyediaan Manual Prosedur Kerja, Piagam Pelanggan dan mempamerkan carta

aliran kerja supaya diketahui umum. Ia bagi membolehkan orang awam mengetahui

prosedur, proses dan aliran kerja bagi mengelakkan kekeliruan serta ruang dan

peluang untuk terjadinya penyelewengan. Dengan cara ini, prinsip akauntabiliti dan

integriti dapat dikekalkan dalam diri penjawat awam. Pihak pengurusan juga hendaklah

memastikan bahawa kod etika kerja bukan sahaja perlu ditulis dan diedarkan kepada

penjawat awam tetapi juga hendaklah dibincangkan bersama dan difahami dan

diamalkan dalam menjalankan tugas-tugas seharian.

Keberkesanan Prinsip Akauntabiliti dan Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan

Keberkesanan penerapan prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti kepada penjawat

awam dan keupayaan dalam mengurangkan pembaziran

dan ketirisan dalam urusan perolehan Kerajaan boleh diukur melalui beberapa kaedah

pengukuran/petunjuk prestasi seperti berikut:

Page 10: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index – CPI):

CPI merupakan indeks tahunan yang telah dikeluarkan bermula tahun 1995. Indeks ini

mengukur tahap rasuah di kalangan penjawat awam dan ahli politik. Apabila prinsip

akauntabiliti dan integriti semakin dihayati dan diamalkan dalam pelaksanaan perolehan

Kerajaan, maka kes-kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan semakin

berkurangan dan seterusnya akan dapat memperbaiki kedudukan sesuatu negara

dalam indeks ini.

Star Rating

Penarafan ke atas agensi Kerajaan melalui Star Rating melibatkan penilaian ke atas

tiga (3) komponen utama iaitu Komponen Pengurusan, Perkhidmatan Teras dan

Pengurusan Kewangan. Pengurusan kewangan merupakan salah satu kriteria yang

dinilai di bawah Komponen Pengurusan. Sub kriteria yang dinilai di bawah pengurusan

kewangan ialah bayaran dalam tempoh 14 hari, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan

Kewangan dan Akaun, Pengurusan Aset, Tindakan ke atas Laporan Audit,

Pemeriksaan Mengejut, Perolehan, Prestasi Perbelanjaan dan Inisiatif mengurangkan

pembaziran.Laporan penarafan yang diterima hendaklah dibuat penambahbaikan dan

kajian semula secara berterusan oleh agensi Kerajaan. Agensi Kerajaan yang

mendapat penarafan yang baik berjaya menghayati dan mengamalkan prinsip

akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan .

Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA):

Selaras dengan penubuhan jawatankuasa ini dan laporan-laporan yang dihasilkan,

agensi Kerajaan dapat menilai sejauh mana keberkesanan amalan akauntabiliti dan

integriti penjawat-penjawat awam dalam melaksanakan semua urusan kewangan sama

Page 11: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

ada ia mematuhi undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa atau pun

tidak. Laporan ini juga dapat membantu ketua-ketua jabatan dalam mengenal pasti

kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan dan akaun dan seterusnya

mengambil langkah-langkah penambahbaikan yang sewajarnya.

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara

Antara teguran Ketua Audit Negara dalam pengurusan kewangan adalah dalam bidang

perolehan iaitu perolehan sering dibuat di luar peraturan kewangan serta berlakunya

pembaziran dan ketirisan. Ketua Jabatan perlulah mengambil serius teguran-teguran

oleh Ketua Audit Negara dan menerimanya sebagai sesuatu yang positif untuk

meningkatkan lagi sistem pengurusan kewangan jabatan melalui peningkatan amalan

akauntabiliti dan integriti.

Aduan / Maklum balas Orang Awam

Salah satu mekanisme yang boleh digunakan oleh orang awam untuk membuat laporan

atau aduan adalah melalui Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam

(iSPAAA). Penghayatan prinsip akauntabiliti dan integriti boleh diukur melalui jenis

aduan yang diterima

melalui sistem ini. Antara jenis aduan yang pernah diterima adalah seperti kelewatan

penjawat awam dalam melaksanakan tindakan, salah guna kuasa, tidak mengikut

prosedur dan kegagalan penguatkuasaan. Bilangan aduan daripada orang awam yang

tinggi, menggambarkan keadaan di mana penjawat awam gagal menghayati dan

mengamalkan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas yang

dipertanggungjawabkan.

Page 12: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti Sektor Awam (SPAI)

SPAI merupakan salah satu kaedah dalam membuat penilaian dan pengurusan risiko

dan dijadikan asas untuk mengenal pasti aktivitiaktiviti

agensi Kerajaan yang berisiko dari segi rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan

kuasa. SPAI membuat penilaian dan penarafan ke atas aktiviti-aktiviti yang berisiko,

merangka pelan pengurusan risiko dan mengemukakan kaedah pemantauan

pelaksanaan pengurusan risiko.

Rumusan

Prinsip akauntabiliti dan integriti dalam setiap penjawat awam memainkan peranan

penting dalam memastikan pengurusan kewangan dan perolehan Kerajaan dapat

dilaksanakan dengan adil, jujur, amanah, cekap dan teratur berpandukan undang-

undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa. Penjawat awam hendaklah sentiasa

mempunyai, menghayati, mengamalkan dan mengekalkan konsep, falsafah dan prinsip

akauntabiliti dan integriti di samping nilai-nilai murni yang lain melalui kaedah-kaedah

yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan terutama sekali dalam bidang pengurusan

kewangan yang melibatkan perolehan Kerajaan.

Rujukan

1. Institut Integriti Malaysia : “Pelan Integriti Nasional Cetakan Ketiga”, 17 Mei

2006.

2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) : “Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan

Awam”, 1991

Page 13: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

3. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) : “Citra Karya – Falsafah, Nilai dan

Etika dalam Perkhidmatan Awam

Pengurusan risikoDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Contoh pengurusan risiko: model NASA menunjukkan kawasan berisiko tinggi akibat hentaman bagi Stesyen Angkasa Antarabangsa.

Pengurusan risiko adalah mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan risiko (ditakrifkan dalam ISO 31000 sebagai kesan ketidak tentuan pada matlamat, samaada positif atau negetif) diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau, dan mengawal kemungkinan dan/ kesan peristiwa tidak diingini [1] atau bagi memaksimakan penzahiran peluang. Risiko boleh dating dari ketidak tentuan dalam pasaran kewangan, kegagalan projek (pada sebarang fasa reka bentuk, pembangunan, penghasilan, atau pengekalan kitaran hayat), liability perundangan, risiko kredit, kemalangan, takdir (“kejadian alam dan malapetaka”) termasuk juga serangan sengaja dari musuh, atau peristiwa yang tidak pasti atau punca tidak dijangka. Beberapa teknik piwaian pengurusan risiko telah dibangunkan termasuk Institute Pengurusan Projek, Institute Kebangsaan Piwaian dan Teknologi,persatuan aktuari, dan piwaian ISO.[2][3] Kaedah, takrifan dan matlamat jauh berbeza menurut samaada kaedah pengurusan risiko adalah dalam konteks pengurusan projek, keselamatan, analisa risiko kejuruteraan, proses industri, portfolio kewangan, penilaian aktuari, atau keselamatan dan kesihatan awam.

Page 14: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Strategi bagi menguruskan risiko biasanya termasuk memindahkan risiko tersebut pada pihak lain, mengelak risiko, mengurangkan kesan negetif kemungkinan risiko, malah menerima sebahagian atau keseluruhan kemungkinan atau akibat sebenar sesuatu risiko tertentu.

Sesetengah aspek bagi kebanyakan piwaian pengurusan risiko telah mendapat kritikan sebagai tidak memiliki kebaikan boleh diukur pada risiko, samaada keyakinan pada anggaran dan keputusan kelihatannya semakin meningkat.[1]

Isi kandungan [sorokkan] 

1 Pengenalan o 1.1 Kaedah o 1.2 Prinsip pengurusan risiko

2 Proses o 2.1 Penetapan konteks o 2.2 Mengenal pasti o 2.3 Penilaian

3 komposit Index Risiko 4 Pilihan Risiko

o 4.1 Menangani risiko dijangka 4.1.1 Pengelakan Risiko 4.1.2 Pencegahan Ancaman 4.1.3 Pengurangan risiko 4.1.4 Perkongsian risiko 4.1.5 Pengekalan risiko

o 4.2 Mencipta rancangan pengurusan risiko o 4.3 Perlaksanaan o 4.4 Penilaian dan semakan rancangan pengurusan risiko

5 Kekangan 6 Bidang pengurusan risiko

o 6.1 Pengurusan risiko enterprise o 6.2 Aktiviti pengurusan risiko sebagaimana dilaksanakan bagi pengurusan

projeko 6.3 Pengurusan risiko bagi projek mega o 6.4 Pengurusan projek teknologi maklumat o 6.5 Teknik pengurusan risiko bagi petroleum dan gas asli

7 Pengurusan Risiko Positif 8 Pengurusan risiko dan kesinambungan perniagaan 9 Risiko komunikasi

o 9.1 Tujuh aturan penting bagi amalan risiko perhubungan 10 Rujukan 11 Bacaan lanjut 12 Pautan luar

Page 15: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Risiko pada bank.

Perbendaharaan kata bagi pengurusan risiko ditakrifkan dalam Panduan 73 ISO, "Perbendaharaan kata pengurusan risiko."[2]

Dalam pengurusan risiko ideal, ia diikuti dengan proses keutamaan di mana risiko dengan kerugian terbesar (atau kesan) dan kemungkinan terbesar berlaku ditangani dahulu, dan risiko dengan kemungkinan lebih rendah berlaku dan kerugian kurang ditangani dalam aturan menurun. Dalam amalan proses menetapkan risiko menyeluruh adalah sukar, dan mengimbangi sumber yang digunakan bagi mengurangkan antara risiko dengan kemungkinan ia berlaku mungkin sukar, dan mengimbangi sumber yang digunakan bagi mengurangkan antara risiko dengan kemungkinan berlaku yang tinggi berbanding kerugian tinggi tetapi kemungkinan berlaku rendah sering kali disalahtangani.

Pengurusan risiko tidak kelihatan mengenal pasti jenis baru risiko yang memiliki 100% kemungkinan berlaku tetapi diabaikan oleh organisasi akibat ketiadaan keupayaan mengenalpasti. Sebagai contoh, apabila kekurangan pengetahuan diamalkan pada satu situasi, wujudlah risiko pengetahuan. Risiko hubungan muncul apabila berlaku kerjasama tidak berkesan. Risiko perlaksanaan-proses mungkin menjadi isu apabila prosedur operasi tidak berkesan digunakan. Risiko ini secara langsung mengurangkan produktiviti pekerja berpengatahuan, mengurangkan keberkesanan kos, keuntungan, perkhidmatan, kualit, reputasi, nilai jenama, dan kualiti pendapatan. Pengurusan risiko tidak dilihat

Page 16: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

membenarkan pengurusan risiko bagi mencipta nilai segera dari risiko dikenal pasti dan pengurangannya pada kehilangan produktiviti.

Pengurusan risiko turut berhadapan dengan kesulitan membahagi sumber. Idea ini bagi kos peluang. Sumber dihabiskan pada pengurusan risiko boleh digunakan bagi aktiviti lebih menguntungkan. Sekali lagi, pengurusan risiko ideal mengurangkan perbelanjaan (atau tenaga kerja atau sumber lain) dan turut meminimakan kesan negetif risiko.

Kaedah[sunting | sunting sumber]

Bagi sebahagian besarnya, kaedah berikut, dilaksanakan, lebih kurang, dalam aturan berikut.

1. mengenalpasti, mecirikan, dan menilai ancaman.2. menilai kelemahan aset penting pada ancaman khusus3. menentukan risiko (contoh. Jangkaan kemungkinan dan kesan jenis serangan

khusus pada aset khusus)4. mengenalpasti cara mengurangkan risiko tersebut5. Menetap kepentingan langkah pengurangan risiko berdasarkan strategi

Prinsip pengurusan risiko[sunting | sunting sumber]

Organisasi Antarabangsa bagi Piwaian (“International Organization for Standardization – ISO”) mengenalpasti prinsip pengurusan risiko berikut:[4]

Pengurusan risiko perlu:

mencipta nilai – sumber digunakan bagi mengurangkan risiko adalah kurang berbanding akibat tiada tindakan, atau (dalam kejuruteraan nilai), dapatan perlu melebihi usaha

menjadi sebahagian penting dalam proses organisasi menjadi sebahagian dari pembuat keputusan menangani dengan jelas ketidak pastian dan jangkaan secara sistematik dan tersusun (“berstruktur”) berasaskan maklumat terbaik yang ada boleh disesuaikan mengambil kira factor manusia telus dan merangkumi (“inclusive”) dinamik, iteratif dan bertindak balas pada perubahan berkeupayaan bagi peningkatan berterusan dan perelokan dinilai secara berterusan atau berkala

Page 17: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Proses[sunting | sunting sumber]

Menurut piwaian ISO 31000 "Pengurusan Risiko – Prinsip dan garis panduan bagi perlaksanaan,"[3] proses pengurusan risiko terdiri dari beberapa langkah seperti berikut:

Penetapan konteks[sunting | sunting sumber]

Penetapan konteks membabitkan:

1. mengenalpasti risiko pada ruang kepentinganyang dipilih2. merancang proses seterusnya.3. memeta yang berikut:

o skop masyarakat pengurusan risikoo identity dan matlamat yang berkepentingan (projek tersebut)o asas bagi mana risiko akan dinilai, kekangan.

4. Mentakrifkan rangka kerja bagi aktiviti dan agenda bagi mengenal pasti.5. Membangunkan analisa risiko terbabit dalam proses.6. Mengurangkan atau Penyelesaian risiko dengan menggunakan teknologi,

manusia, dan sumber organisasi yang ada.

Mengenal pasti[sunting | sunting sumber]

Selepas menetapkan konteks, langkah berikut dalam proses pengurusan risiko adalah mengenal pasti potensi risiko. Risiko adalah mengenai peristiwa yang, apabila tercetus, menimbulkan masaalah. Dengan itu, mengenalpasti risiko boleh bermula dengan sumber masaalah, atau dengan masaalah itu sendiri.

Analisa sumber. Sumber risiko mungkin dalaman atau luaran pada system yang merupakan sasaran bagi pengurus risiko

Contoh sumber risiko adalah: orang berkepentingan sesuatu projek, pekerja sesebuah syarikat, atau cuaca atas lapangan terbang.

Menganalisa masaalah: Risiko berkait dengan mengenal pasti ancaman. Sebagai contoh: ancaman kehilangan wang, ancaman penyalahgunaan maklumat sulit atau ancaman kemalangan atau kecederaan. Ancaman mungkin wujud dengan pelbagai entiti, lebih penting dengan pemilik saham, pelanggan, dan badan penyelia seperti kerajaan.

Apabila samaaada sumber atau masaalah diketahui, peristiwa yang mungkin dicetuskan oleh sumber boleh disiasat. Sebagai contoh: orang berkepentingan menarik diri semasa projek mungkin membahayakan pembiayaan projek; maklumat sulit mungkin dicuri oleh pekerja walaupun dengan jaringan tertutup; kilat mungkin menyambar kapal terbang ketika berlepas menyebabkan kesemua yang di dalamnya korban segera. Kaedah yang dipilih bagi mengenal pasti risiko mungkin bergantung pada budaya, amalan industry, dan kepatuhan (“compliance”). Kaedah mengenalpasti

Page 18: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

dibentuk melalui templat atau pembangunan templat bagi mengenal pasti sumber, masaalah atau peristiwa. Kaedah mengenal pasti risiko yang biasa adalah:

Mengenal pasti risiko berasaskan objektif: Organisasi dan ahli projek memiliki objektif. Sebarang peristiwa yang membahayakan sebahagian atau sepenuhnya objektif dikenall pasti sebagai risiko.

Mengenal pasti risiko berasaskan senario: Dalam analisis senario, senario berbeza dicipta. Senario mungkin cara lain mencapai objektif, atau analisa pada interaksi kuasa dalam, sebagai contoh, pasaran atau pertempuran. Sebarang peristiwa yang mencetus senario yang tidak diingini dikenal pasti sebagai risiko – lihat Kajian Masa Hadapan bagi metodologi yang digunakan oleh Futuris.

Mengenalpasti berasaskan taksonomi: Taksonomi pada mengenalpasti berasaskan taksonomi merupakan memecahkan kemungkinan sumber risiko. Berasaskan taksonomi dan pengetahuan amalan terbaik, satu soal selidik disediakan. Jawapan pada soalan mendedahkan risiko.[5]

Memeriksa risiko biasa: Dalam beberapa industry, senarai dengan risiko yang diketahui sedia ada. Setiap risiko dalam senarai boleh diperiksa bagi pengunaan dalam keadaan tertentu.[6]

Pencartaan risiko: [7]Kaedah ini menggabungkan pendekatan di atas dengan menyenaraikan sumber berisiko, ancaman pada sumber tersebut, mengubah factor yang mungkin meningkat atau mengurangkan risiko dan hasil ia ingin elakkan. Mencipta matriks risiko dibawah judul ini membolehkan pelbagai pendekatan. Seseorang boleh bermula dengan sumber dan menimbang ancaman yang terdedah dan kesan setiap satunya. Sama juga seseorang boleh bermula dengan ancaman dan memeriksa dumber apa yang akan dijejaskannya, atau seseorang boleh bermula dengan kesan dan menentukan gabungan ancaman dan sumber mana yang terbabit menyebabkannya.

Penilaian[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Penilaian risiko

Sebaik sahaja risiko telah dikenal pasti, ia perlu dinilai bagi potensi kesan terjejas (pada umumnya kesan negetif, seperti kerosakan atau kerugian) dan kemungkinan ia berlaku. Kuantiti ini boleh jadi mudah diukur, dalam kes nilai kehilangan bangunan, atau mustahil diketahui secara sebenar dalam kes kemungkinan peristiwa yang mustahil berlaku. Dengan itu, dalam proses penilaian adalah kritikal untuk membuat keputusan kajian terbaik agar dapat mengatur kepentingan perlaksanaan rancangan pengurusan risiko.

Malah perelokkan positif jangka pendek boleh mendorong kepada kesan negetif jangka panjang. Ambil contoh "turnpike". Lebuh raya diperluaskan bagi membenarkan lebih banyak trafik melaluinya. Peningkatan kapasiti trafik mendorong kepada pembangunan lebih pesat dikawasan sekeliling keupayaan trafik diperelok. Dalam perubahan masa, trafik dengan itu meningkat bagi mengisi keupayaan sedia ada. Turnpike dengan itu perlu diperluaskan dalam kitaran yang tiada penghujungnya. Terdapat banyak contoh kejuruteraan lain di mana peningkatan kapasiti (bagi apa-apa fungsi) tidak lama diisi

Page 19: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

dengan permintaan yang meningkat. Oleh kerana perkembangan dating dengan kos, pertumbuhan terhasil boleh menjadi tidak dapat dikekalkan tanpa jangkaan dan pengurusan.

Kesukaran asas dalam penilaian risiko adalah bagi menentukan kadar berlaku disebabkan maklumat statistic tidak ada bagi kesemua kajadian lalu. Tambahan lagi, menilai tahap teruk hasil kejadian (kesannya) sering sukar bagi aset tidak nyata. Penilaian aset merupakan satu lagi persoalan yang perlu ditangani. Dengan itu, pendapat terpelajar terbaik dan statistic yang ada merupakan sumber maklumat utama. Walaupun begitu, penilaian risiko perlu menghasilkan maklumat tersebut kepada pengurusan organisasi agar risiko utama mudah difahami dan keputusan pengurusan risiko boleh diatur. Dengan itu, terdapat beberapa teori dan cubaan bagi mengukur risiko. Banyak formula risiko wujud, tetapi kemungkinan formula yang paling meluas diterima bagi kuantifikasi adalah:

Kadar (atau kemungkinan) ia berlaku di darab dengan kesan kejadian bersamaan magnitud

komposit Index Risiko[sunting | sunting sumber]

Formula di atas juga boleh ditulis semula dalam istilah Komposit Index Risiko, seperti berikut:

Komposit Index Risiko = Kesan Kejadian Risiko x Kemungkinan Berlaku

Kesan kejadian risiko biasanya dinilai pada skala 1 hingga 5, di mana 1 dan 5 mewakili minima dan maksima kesan yang mungkin bagi berlakunya risiko (biasanya dari segi kerugian kewangan). Bagaimanapun, skala 1 hingga 5 boleh jadi arbitari dan tidak perlu pada skala lurus (sekata).

Kemungkinan berlaku juga biasanya dinilai pada skala 1 hingga 5, di mana 1 mewakili kemungkinan risiko berlaku sebagai amat rendah, sementara 5 mewakili kemungkinan untuk berlaku amat tinggi. Paksi ini mungkin digambarkan samaada dalam istilah mathmatik (kejadian berlaku sekali setahun, sekali sepuluh tahun, sekali seratus tahun dsb.) atau digambarkan dalam "bahasa jelas " – kejadian sering berlaku di sini; kejadian diketahui telah berlaku di sini; kejadian diketahui berlaku dalam industry dsb.). Sekali lagi, skala 1 hingga 5 boleh jadi secara arbitari atau tidak sekata bergantung pada pendapat pakar subjek berkenaan.

Index komposit dengan itu boleh mengambil nilai (biasanya) dari 1 sehingga 25, dan julat ini biasanya dibahagi secara rawak kepada tiga julat kecil. Penilaian risiko keseluruhan dengan itu adalah Rendah, Serdahana, atau Tinggi, bergantung pada julat kecil yang mengandungi nilai kiraan Index Komposit. Sebagai contoh, tiga julat kecil boleh dikelaskan sebagai 1 hingga 8, 9 hingga 16 dan 17 hingga 25.

Page 20: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Perhatikan bahawa kemungkinan kemungkinan berlakunya risiko sukar dijangkakan, kerana data lalu mengenai kekerapan tidak mudah didapati, sebagaimana disebut di atas. Lagipun, kemungkinan tidak membayangkan kepastian (bahawa ia pasti berlaku).

Sama juga, kesan risiko tidak mudah dijangkakan kerana seringkali adalah sukar untuk menjangkakan potensi kerugian apabila berlaku kejadian risiko.

Tambahan lagi, saiz kedua faktor di atas boleh berubah bergantung kepada kesediaan langkah pencegahan dan pengelakan risiko yang diambil dan akibat perubahan pada persekitaran perniagaan luaran. Dengan itu adalah amat penting bagi menilai semula risiko secara berkala dan meningkat/mengurangkan langkah pengurangan, atau menurut keperluan.

Perubahan pada prosedur, teknologi, jadual, peruntukan, keadaan pasaran, persekitaran politik, atau sebarang faktor lain biasanya memerlukan risiko dinilai semula.

Pilihan Risiko[sunting | sunting sumber]

Langkah pengawalan risiko biasanya dirumuskan menurut satu atau lebih pilihan risiko utama berikut, iaitu:

1. Mereka proses perniagaan baru dengan kawalan bina dalam mencukupi dan mengubah langkah pencegahan.

2. Menilai risiko secara berkala yang menerima proses berlangsung sebagai ciri normal operasi perniagaan dan mengubah langkah pencegahan.

3. Memindahkan risiko pada agensi luaran (contoh. Syarikat insuran)4. Mengelak risiko sama sekali (contoh. Dengan menutup kawasan perniagaan

berisiko tinggi)

Penyelidikan berikut telah menunjukkan kebaikan kewangan bagi pengurusan risiko kurang bergantung pada formula yang digunakan tetapi lebih bergantung kepada kekerapan dan bagaimana penilaian risiko dilaksanakan.

Dalam perniagaan adalah penting bagi membentangkan hasilan penilaian risiko dalam istilah kewangan, pasaran, atau jadual. Robert Courtney Jr. (IBM, 1970) mencadangkan formula bagi membentangkan risiko dalam istilah kewangan. Formula Courtney diterima sebagai kaedah analisa risiko rasmi bagi agensi kerajaan Amerika Syarikat. Formula tersebut mencadangkan pengiraan jangkaan kerugian tahunan (ALE-annualised loss expectancy) dan membandingkan nilai kerugian dijangka dengan kos perlaksanaan kawalan keselamatan (analisa kos-faedah).

Menangani risiko dijangka[sunting | sunting sumber]

Apabila risiko telah dikenal pasti dan dinilai, semua teknik bagi menangani risiko tergolong dalam satu atau lebih dari empat langkah utama:[8]

Page 21: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Mengelak (menyingkir, menarik diri dari atau tidak membabitkan diri) Pengurangan (optima – pengurangan) Perkongsian (memindahkan – luaran atau insuran) Pengekalan (menerima dan budget)

Penggunaan sempurna bagi strategi ini mungkin tidak berlaku. Sesetengahnya mungkin membabitkan pertukaran yang tidak boleh diterima kepada organisasi atau orang yang membuat keputusan pengurusan risiko. Sumber lain, dari Jabatan Pertahanan, Universiti Dapatan Pertahanan (“Defense Acquisition University”), mengelar kategori ini sebagai ACAT, bagi Avoid (Mengelak), Control (mengawal), Accept (Terima), atau Transfer (Pemindahan). Kegunaan singkatan ACAT ini serupa seperti ACAT lain (bagi Kategori Dapatan (“Acquisition Category”)) yang digunakan dalam dapatan industry Pertahanan Amerika Syarikat, di mana angka Pengurusan Risiko memainkan peranan penting dalam perancangan dan membuat keputusan.

Pengelakan Risiko[sunting | sunting sumber]

Ini termasuk tidak melakukan aktiviti yang berisiko. Sebagai contoh tidak membeli harta tanah atau perniagaan agar tidak mengambil bebanan perundangan (“legal liability”) yang dating bersamanya. Yang lain termasuk tidak terbang agar tidak mengambil risiko bahawa kapal terbang akan dirampas. Pengelakkan mungkin kelihatan sebagai jawapan bagi semua risiko, tetapi pengelakan bererti kehilangan kemungkinan keuntungan yang mungkin didapati dengan menerima (mengekalkan) risiko. Tidak mencebur perniagaan bagi mengelakkan kerugian turut bererti mengelak kemungkinan mendapat keuntungan.

Pencegahan Ancaman[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Pencegahan ancaman

Pencegahan ancaman merujuk kepada menghalang risiko semasa kecermasan. Tahap pertama dan paling berkesan bagi pencegahan ancaman adalah penyingkiran ancaman. Sekiranya ia mengambil masa terlalu lama, terlalu mahal, ataupun tidak dapat dilaksanakan, tahap kedua iaitu Pengurangan bencana.

Pengurangan risiko[sunting | sunting sumber]

Pengurangan risiko atau "pengoptimaan" membabitkan mengurangkan tahap kerugian atau kemungkinan rugi dari berlaku. Sebagai contoh, perenjis kebakaran direka bagi memadamkan kebakaran bagi mengurangkan risiko kerugian akibat kebakaran. Kaedah ini mungkin menyebabkan kerosakan lebih teruk melalui kerosakan akibat air dan dengan itu tidak sesuai, contohnya dalam bilik komputer. Sistem pemadam kebakaran Halon mungkin mengurangkan risiko tersebut, tetapi kos yang tinggi mungkin menghalang kegunaannya sebagai satu strategi.

Menerima bahawa risiko boleh menjadi positif atau negetif, mengoptima risiko bererti mencari keseimbangan di antara risiko negetif dan keuntungan sesuatu operasi atau

Page 22: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

aktiviti; dan antara pengurangan risiko dan usaha dilakukan. Seseorang kontraktor carigali luar pantai melaksanakan Pengurusan HSE Management secara berkesan dalam organisasinya, ia boleh mengoptima risiko bagi mencapai tahap sisa baki risiko pada tahap yang boleh diterima.[9]

Metodologi pembangunan perisian moden mengurangkan risiko dengan membangunkan dan menghantar perisian secara berperingkat. Motodologi sebelumnya lemah kerana ia menghantar perisian pada fasa akhir pembangunan; dengan itu sebarang masaalah yang dijumpai pada fasa sebelumnya menimbulkan langkah pemulihan yang mahal dan sering mengancam keseluruhan projek. Dengan membangunkannya secara iterations, projek perisian boleh menghadkan usaha yang rugi pada iterasi tunggal.

Khidmat luaran (“Outsourcing”) juga merupakan contoh pengurangan risiko sekiranya Khidmat luaran boleh membuktikan keupayaan lebih baik bagi menangani atau mengurangkan risiko.[10] Sebagai contoh, sesebuah syarikat boleh menggunakan khidmat luaran bagi pembangunan perisiannya, pengilangan barangan, atau keperluan pelayan pelangan pada syarikat yang lain, sementara mengendalikan pengurusan syarikan dengan sendiri. Dengan cara ini, syarikat boleh menumpu pada pembangunan perniagaan tanpa perlu bimbangkan mengenai proses pengilangan, menguruskan pasukan pembangunan atau mencari tapak lokasi fizikal bagi pusat panggilan.

Perkongsian risiko[sunting | sunting sumber]

Ditakrifkan secara ringkas sebagai "berkongsi dengan pihak lain bebanan kerugian atau pulangan dari risiko, dan satu langkah mengurangkan risiko."

Istilah 'pemindahan risiko' sering digunakan menggantikan perkongsian risiko akibat salah faham bahawa seseorang boleh memindahkan risiko pada pihak ketiga melalui insuran atau khidmat luaran. Dalam amalan sekiranya syarikat insuran atau kontraktor jatuh muflis atau dihadapkan ke mahkamah, risiko asal kemungkinannya masih kembali kepada pihak pertama. Dengan itu terminologi yang digunakan oleh sarjana dan pengamal, pembelian kontrak insuran sering digambarkan sebagai "pemindahan risiko." Bagaimanapun, secara teknikal, pembeli kontrak pada umumnya mengekalkan risiko perundangan bagi kerugian "dipindahkan", bererti insuran boleh digambarkan dengan lebih tepat sebagai mekanisma gantirugi selepas kejadian. Sebagai contoh, polisi kecederaan peribadi tidak memindahkan risiko kemalangan kereta kepada syarikat insuran. Risiko itu masih terikat pada pemegang polisi iaitu orang yang terbabit dalam kemalangan. Polisi insuran sekadar menyatakan bahawa jika kemalangan (peristiwa) berlaku membabitkan pemegang polisi ganti rugi yang setimpal dengan kecederaan / kerosakan mungkin akan di bayar.

Sesetengah cara menguruskan risiko merangkumi pelbagai kategori. Takungan simpanan risiko secara teknikal menyimpan risiko bagi kumpulan, tetapi menyebarkannya dikalangan keseluruhan kumpulan membabitkan pemindahan dikalangan ahli individu pada kumpulan. Ini berbeza dari insuran tradisi, di mana tiada

Page 23: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

premium ditukarkan dikalangan ahli kumpulan pada awalnya, tetapi sebaliknya kerugian dinilai pada kesemua ahli dalam kumpulan.

Pengekalan risiko[sunting | sunting sumber]

Pengekalan risiko membabitkan menerima kerugian, atau keuntungan, akibat risiko apabila ia berlaku. Insuran diri sebenar tergolong dalam kategori ini> Pengekalan risiko merupakan strategi boleh diterima bagi risiko kecil apabila kos insuran terhadap risiko berkali ganda berbanding jumlah kerugian keseluruhan yang dialami. Kesemua risiko yang tidak dielak atau dipindahkan dikekalkan secara ingkar. Ini termasuk risiko yang begitu besar atau melapetaka sehinggakan ia tidak boleh diinsuran atau premiumnya tidak berbaloi. Perperangan adalah satu contoh kerana kebanyakan harta benda dan risiko tidak diinsuran bagi perperangan. Juga sebarang jumlah potensi kerugian (risiko) pada jumlah yang diinsuran adalah risiko dikekalkan. Ini mungkin boleh diterima sekiranya peluang bagi kerugian amat besar adalah kecil atau kos bagi membeli insuran lebih besar amat mahal sehingga ia amat menghalang matlamat organisasi.

Mencipta rancangan pengurusan risiko[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Rancangan pengurusan risiko

Memilik kawalan yang bersesuaian atau langkah pencegahan bagi setiap risiko. Pengurangan risiko perlu diluluskan oleh tahap pengurusan yang bersesuaian. Sebagai contoh, risiko berkenaan imej sesebuah organisasi memerlukan keputusan pengurusan atasan sedangkan pengurusan IT akan memiliki bidang kuasa bagi memutuskan risiko virus komputer.

Rancangan pengurusan risiko perlu mencadangkan kawalan keselamatan yang berkesan dan boleh dilaksanakan bagi mengawal risiko. Sebagai contoh, risiko tinggi ancaman virus komputer boleh dikurangkan dengan mendapatkan dan melaksanakan perisian anti virus. Rancangan pengurusan risiko yang baik patut mengandungi jadual bagi perlaksanaan kawalan dan orang yang bertanggungjawab bagi tindakan tersebut.

Menurut ISO/IEC 27001, tahap langsung sejurus selepas melengkapi penilaian risiko terdiri daripada penyediaan Rancangan Menangani Risiko, yang perlu merekodkan keputusan bagaimana setiap risiko yang dikenalpasti perlu ditangani. Pengurangan risiko sering bererti pemilihan kawalan keselamatan, yang perlu direkodkan dalam Kenyataan Amalan (“Statement of Applicability”), yang mengenalpasti kawalan dan matlamat kawalan yang mana telah dipilih dari piwaian, dan mengapa.

Perlaksanaan[sunting | sunting sumber]

Perlaksanaan mengikut semua kaedah dirancang bagi mengurangkan kesan risiko. Pembelian polisi insuran bagi risiko yang telah diputuskan untuk dipindahkan kepada syarikat insuran, mengelak semua risiko yang boleh dielak tanpa mengorbankan matlamat entity, mengurangkan yang lain, mengekalkan yang terbaik.

Page 24: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Penilaian dan semakan rancangan pengurusan risiko[sunting | sunting sumber]

Rancangan pengurusan risiko awal tidak akan sempurna. Latihan, pengalaman, dan hasil kerugian sebenar akan memerlukan perubahan pada rancangan dan menyumbang maklumat bagi membenarkan keputusan berbeza dilakukan apabila menangani risiko yang dihadapi.

Hasil analisa risiko dan rancangan pengurusan perlu dikemas kini secara berkala. Terdapat dua sebab utama bagi melakukannya:

1. bagi menilai samaada kawalan keselamatan yang dipilih sebelum ini masih boleh diguna pakai dan berkesan

2. bagi menilai kemungkinan perubahan tahap risiko dalam persekitaran perniagaan. Sebagai contoh, risiko maklumat merupakan contoh yang baik bagi persekitaran perniagaan yang pesat berubah.

Kekangan[sunting | sunting sumber]

Mementingkan proses pengurusan risiko terlalu tinggi mampu menghalang organisasi dari menyelesaikan sesuatu projek atau memulakannya. Ini adalah benar sekiranya kerja lain digantung sehingga proses pengurusan risiko dianggap selesai.

Juga penting bagi mengingati perbezaan antara risiko dan ketidak tentuan. Risiko boleh diukur melalui kesan dan kebarangkalian kemungkinan berlaku.

Sekiranya risiko salah dinilai dan diberi kepentingan, masa terbuang bagi menangani risiko kerugian yang tidak mungkin berlaku. Menghabiskan terlalu banyak masa menilai dan menguruskan risiko yang tidak mungkin berlaku boleh melencong sumber yang boleh digunakan dengan lebih berkesan. Kejadian yang tidak mungkin ada berlaku tetapi sekiranya risiko ia berlaku agak kecil ia mungkin adalah lebih baik bagi mengekalkan risiko dan menangani hasil sekiranya kerugian benar-benar berlaku. Penilaian risiko kualitatif adalah subjektif dan tidak tetap. Alasan utama bagi proses penilaian risiko adalah perundangan dan birokratik.

Bidang pengurusan risiko[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana diamalkan pada kewangan korporat, pengurusan risiko adalah teknik bagi mengukur, memantau, dan mengawal kewangan atau risiko operasi pada timbang duga syarikat kunci kira-kira.

Rangka kerja Basel II membahagikan risiko pada risiko pasaran (risiko harga), risiko kredit dan risiko operasi dan juga kaedah khusus bagi mengira keperluan modal bagi setiap komponen.

Page 25: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Rangka kerja Basel II membahagikan risiko pada risiko pasaran (risiko harga), risiko kredit dan risiko operasi dan juga kaedah khusus bagi mengira keperluan modal bagi setiap komponen.

Pengurusan risiko enterprise[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Pengurusan Risiko Enterprise

Dalam pengurusan risiko enterprise, risiko ditakrifkan sebagai kemungkinan kajadian atau keadaan yang boleh membawa kesan negetif pada enterprise tersebut. Kesannya boleh menjejaskan kewujudannya, sumber (manusia dan modal), keluaran dan perkhidmatan, atau pelanggan enterprise, termasuk juga kesan luaran pada masyarakat, pasaran, atau persekitaran. Bagi institusi kewangan, pengurusan risiko enterprise juga biasanya difikirkan dari segi gabungan risiko kredit, risiko kadar faedah atau pengurusan tanggungan aset (“asset liability”), risiko pasaran, dan risiko operasi.

Dalam kese lebih umum, setiap kemungkinan risiko boleh diadakan perancangan awal bagi menangani dengan kesan kejadian (bagi memastikan pelan kecermasansekiranya risiko menjadi tanggungan).

Daripada maklumat di atas dan kos purata pekerja menurut masa, atau kadar himpunan kos (“cost accrual ratio”), seseorang pengurus projek boleh menganggarkan:

kos berkait dengan risiko sekiranya timbul, dianggar dengan mendarab kos pekerja setiap unit masa dengan anggaran kos waktu hilang (kesan kos, C di mana C = kadar himpunan kos * S).

kemungkinan meningkat menurut masa berkait dengan satu risiko (variasi berjadual akibat risiko, Rs di mana Rs = P * S):

o Menyusun nilai ini meletakkan risiko tertinggi dalam jadual dahulu. Ini bertujuan bagi menyebabkan kos terbesar pada projek dicuba dahulu agar risiko dikurangkan secepat mungkin.

o Ini agak mengelirukan kerana variasi jadual dengan P besar dan S kecil dan sebaliknya adalah tidak sama. (Risiko RMS Titanic tenggelam berbanding hidangan penumpang dihidang salah masa sedikit).

kemungkinan peningkatan kos berkait dengan risiko (variasi kos akibat risiko, Rc di mana Rc = P*C = P*CAR*S = P*S*CAR)

o menyusun berdasarkan nilai ini meletakkan risiko tertinggi pada budget dahulu.

o lihat kebimbangan mengenai variasi jadual kerana ia adalah fungsi baginya, sebagaimana digambarkan dalam persamaan di atas.

Risiko dalam projek atau proses perniagaan boleh disebabkan oleh Punca Khas Variasi (“Special Cause Variation” atau Punca Umum Variasi (“Common Cause Variation”) dan memerlukan layanan yang sewajarnya. Perlu ditekankan bahawa kerisauan mengenai punca luaran tidak sama dengan senarai di atas.

Page 26: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Aktiviti pengurusan risiko sebagaimana dilaksanakan bagi pengurusan projek[sunting | sunting sumber]

Dalam pengurusan projek, pengurusan risiko termasuk aktiviti berikut:

Merancang bagaimana risiko diuruskan dalam projek tertentu. Rancangan perlu merangkumi tugasan pengurusan risiko, tanggung jawab, aktiviti, dan belanjawan.

Menugaskan pegawai risiko–seorang ahli pasukan selain pengurus projek yang bertanggung jawab bagi menjangka masaalah projek. Ciri-ciri biasa bagi pegawai risiko adalah rasa syak wasangka yang sihat.

Mengekalkan pengkalan data projek berterusan. Setiap risiko perlu memiliki maklumat berikut: tarikh buka, judul, gambaran ringkas, kemungkinan, dan kepentingan. Secara optima, risiko perlu ditugaskan pada seseorang bagi menyelesaikannya dan tarikh bila risiko tersebut perlu diselesaikan.

Membuka saluran tanpa nama bagi melaporkan risiko. Setiap pasukan perlu bertanggung jawab bagi melaporkan risiko yang dijangkakan mungkin terjadi dalam projek.

Menyediakan rancangan mitigasi bagi risiko yang dipilih bagi dikurangkan. Tujuan rancangan mitigasi adalah bagi menggambarkan bagaimana risiko ini akan ditangani – apa, bila, siapa, dan bagaimana ia akan dilakukan bagi mengelak atau mengurangkan kesan sekiranya ia menjadi bebanan.

Meringkaskan risiko yang dihadapi dan dirancang bagi ditangani, keberkesanan aktiviti mitigasi, dan usaha dilakukan bagi pengurusan risiko.

Pengurusan risiko bagi projek mega[sunting | sunting sumber]

Projek mega (kadangkala juga dikenali sebagai "projek utama ") merupakan projek pelaburan berskala besar, biasanya menelan kos lebih dari US$1 bilion setiap projek. Projek mega termasuk jambatan, terowong, lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan, logi kuasa, empangan, kumbaha, skim perlindungan pantai, projek pengeluaran gas asli, bagunan umum, system teknologi maklumat, projek aeroangkasa, dan system pertahanan. Projek mega terbukti amat berisiko dari segi kewangan, keselamatan, dan kesa social dan persekitaran. Pengurusan risiko dengan itu amat berkait bagi projek mega dan kaedah khusus dan pendidikan khusus telah dibangunkan bagi pengurusan projek sedemikian.[11][12]

Pengurusan projek teknologi maklumat[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Pengurusan risiko IT

Teknologi maklumat semakin meluas dalam kehidupan moden di semua sektor.[13][14][15]

Risiko IT adalah risiko berkait dengan teknologi maklumat. Ini merupakan istilah agak baru disebabkan kesedaran meningkat bahawa keselamatan maklumat merupakan satu lembaran dari pelbagai risiko yang berkait pada IT dan dunia sebenar yang disokongnya.

Page 27: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Sejumlah metodologi pengurusan risiko telah dibangunkan bagi menangani risiko sebegini.

ISACA's Risk IT framework ties IT risk to Enterprise risk management.

Teknik pengurusan risiko bagi petroleum dan gas asli[sunting | sunting sumber]

Bagi industry gas dan minyak luar pantai, pengurusan risiko operasi diselaras oleh regim kes keselamatan bagi banyak negara. Mengenal pasti ancaman dan peralatan penilaian risiko dan teknik digambarkan dalam piwaian antarabangsa ISO 17776:2000, dan organisasi seperti IADC (International Association of Drilling Contractors) menerbitkan garis panduan bagi pembangunan kes HSE yang berasaskan piwaian ISO. Tambahan lagi, diagram gambaran kejadian mengancam sering dijangka oleh penyelia kerajaan sebagai sebahagian pengurusan risiko bagi pelaporan kes keselamatan; ini dikenali sebagai diagram bow-tie. Teknik ini turut digunakan oleh organisasi dan pengawal bagi perlombongan, kesihatan, pertahanan, pengilangan, dan kewangan.[16]

Pengurusan Risiko Positif[sunting | sunting sumber]

Pengurusan Risiko Positif merupakan pendekatan yang mengambil kira kepentingan factor manusia dan perbezaan individual terhadap mengambil risiko. Ia mengambil dari penyelidikan sejumlah para akademik dan professional yang telah menyatakan kebimbangan mengenai kekakuan saintifik dalam perdebatan pengurusan risiko lebih meluas,[17] atau yang telah menyumbang penekankan dimensi manusia pada risiko.[18][19]

Partama, ia mengakui bahawa sebarang objek atau keadaan boleh menjadi merbahaya dengan pembabitan seseorang yang memiliki kecenderungan melampau terhadap risiko; samaada terlalu mengambil risiko atau terlalu mengelak risiko. Keduanya, ia mengakui bahawa risiko merupakan unsur yang wujud sepanjang hidup dan tidak dapat dielak: dari kehamilan sehingga titik penghujung hayat di mana kita akhirnya mengakhiri pertempuran peribadi kita dengan risiko mengancam nyawa. Ketiga, ia mengambil kira bahawa setiap individual memiliki kecenderungan tersendiri terhadap risiko; ketika pada satu arah orang mungkin secara semulajadi takut, bimbang, resah, dan takut, yang lain adalah mencabar, spontan, hampir tidak menghiraukan mara bahaya. Perbezaan ini terbukti dalam cara kita memandu kereta, permakanan, hubungan, kerjaya. Akhir sekali, Pengurus Risiko Positif mengakui bahawa mengambil risiko adalah penting bagi semua usaha, daya kreatif, heroism, pendidikan, kemajuan saintifik – malah bagi sebarang aktiviti dan semua inisiatif yang telah menyumbang pada kejayaan evolusi dan peradapan. Adalah menarik untuk menyedari bahawa berapa banyak aktiviti yang mengembirakan adalah membabitkan rasa takut dan kesanggupan mengambil risiko.

Dalam keseluruhan penulisan mengenai Pengurusan Risiko hanya sedikit atau tiada rujukan mengenai bahagian manusia dalam persamaan risiko kecuali apa yang mungkin dibayangkan melalui istilah 'patuh'. Ini menggambarkan tumpuan sempit yang merupakan mercu tanda bagi kebanyakan amalan pengurusan risiko masakini. Keadaan ini timbul dari tanggapan asas bagi pengurusan risiko tradisional dan amalan berkait dengan kesihatan dan keselamatan dalam persekeliling tempat kerja. Terdapat

Page 28: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

logic asas bahawa sebarang kemalangan mungkin menandakan satu keadaan lepas pandang atau kecenderungan keadaan yang, jika dikenal pasti boleh diperbetulkan. Tetapi, kebanyakannya hampir disebabkan pengabaian institusi terhadap factor kemanusiaan, paradigma menumpu situasi telah tumbuh sulur paut yang mencapai hampir segenap ceruk kehidupan moden dan kedalaam keadaan di mana akibat negetif yang tidak disengajakan mengancam mengatasi kebaikannya.

Pengurusan Risiko Positif melihat kedua-dua mengambil risiko dan mengelak risiko sebagai pelengkap dan sama nilai dan penting dalam konteks bersesuaian. Dengan itu,ia dilihat sebagai pelengkap pada paradigm pengurusan risiko tradisional. Ia memasukkan keseimbangan yang amat diperlukan pada amalan pengurusan risiko dan meletakkan lebih banyak tanggung jawab pada kemahiran pengurusan dan membuat keputusan. Ia merupakan pendekatan dinamik pada pengurus bola sepak yang menghargai bakat menyerang dan pertahanan dalam kumpulan pemain yang ada. Setiap organisasi memiliki peranan yang lebih sesuai bagi pengambil risiko dan peranan lebih baik bagi pengelak risiko. Tugas pengurusan adalah untuk memastikan orang yang betul diletakkan di setiap kedudukan. Makam bekas huara dipenuhi contoh di mana keseimbangan risiko menjadi silap besar; kisah ENRON dan RBS menjadi simbol rujukan dalam pantheon bagi penyeliaan korporate dan penutupan korporate. Eastman Kodak mungkin menjadi calon bagi hujung bersetentangan – korporate yang mengelak risiko.

Pengurusan Risiko Positif bergantung pada keupayaan mengenal pasti perbezaan individual bagi kecenderungan mengambil risiko. Sains dalam bidang ini berkembang pesat selama abad lalu dalam domain penilaian personaliti. Satu masa bahagian yang hampir berpuak-puak pada bidang pemikiran yang berlainan, kini terdapat persetujuan meluas mengenai struktur penilaian personality dan statusnya dalam bidang kerja kemajuan silang bidang dalam pemahamanan kita terhadap Kemanusiaan. Model Lima Faktor (“Five Factor Model – FFM”)[20] bagi perwatakan telah ditunjukkan sebagai memiliki kaitan merentasi banyak budaya berlainan, kekas sekata sepanjang hayat kerja dewasa dan sebahagian besarnya diwarisi. Dalam rangka kerja ini terdapat banyak untaian yang memiliki kaitan dengan penerimaan risiko dan mengambil risiko. Sebagai contoh, Eysenck (1973) melaporkan bahawa pengaruh peribadi samaada menumpu pada apa yang mungkin salah atau apa yang mungkin membawa keuntungan;[21] Nicholson et al (2005) report that higher extroversion is related to greater risk tolerance;[22] McCrae dan Costa (1997) mengaitkan perwatakan pada penerimaan ketidak tentuan, inovasi, dan kecenderungan berfikir di luar kekangan;[23] Kowert, 1997) menghubungkan perwatakan dengan mencari cabaran, imaginasi, pencarian pengalaman baru dan mencari risiko secara aktif.[24] Membina dari asas ini dengan menggunakan amalan penilaian yang disahkan, penilaian lebih khusus telah dikembangkan, termasuk penilaian Jenis Risiko.[25]

Pengurusan risiko dan kesinambungan perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pengurusan risiko merupakan amalan memilih pendekatan kos efektif secara sistematik mudah bagi mengurangkan kesan berlakunya ancaman pada organisasi. Kesemua

Page 29: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

risiko tidak boleh dielakkan sepenuhnya atau dikurangkan secara ringkasnya kerana kekangan kewangan dan kewajaran. Dengan itu kesemua organisasi terpaksa menerima tahap tertentu sisa risiko.

Di mana pengurusan risiko cenderung bersedia sebelum kejadian berlaku, perancangan kesinambungan perniagaan (“business continuity planning – BCP”) dicipta untuk menangani akibat risiko sisa yang terjadi. Keperluan bagi memiliki BCP tresedia timbul kerana kejadian yang tidak mungkin juga akan berlaku sekiranya cukup masa diberikan. Pengurusan Risiko dan BCP sering kali silap dilihat sebagai amalan bersaing atau bertindanan. Sebenarnya proses ini begitu berkait rapat sehinggakan pemisahan sedemikian kelihatan dibuat-buat. Sebagi contoh, proses pengurusan risiko mencipta input penting bagi BCP (aset, penilaian kesan, anggaran kos dsb.). Pengurusan risiko turut mencadangkan kawalan boleh guna bagi risiko kelihatan. Dengan itu, pengurusan risiko merangkumi beberapa bidang yang penting bagi proses BCP. Bagaimanapun, proses BCP melangkaui pendekatan preemptif pengurusan risiko dan berpandangan bahawa bencana akan berlaku pada satu masa.

Risiko komunikasi[sunting | sunting sumber]

Risiko komunikasi merupakan bidang akademik silang displin yang rumit. Masaalah bagi risiko komunikasi termasuk membabitkan bagaimana menyampaikan pada hadiran yang diingini, bagi menjadikan risiko dapat difahami dan boleh dikaitkan dengan risiko lain, bagaimana memberikan penghargaan yang bersesuaian dengan nilai pendengar berkait dengan risiko, bagaimana menjangka tindak balas pendengar pada siaran, dll. Matlamat utama risiko komunikasi adalah bagi meningkatkan membuat keputusan bersama-sama dan individual. Risiko komunikasi agak berkait dengan krisis komunikasi.

Tujuh aturan penting bagi amalan risiko perhubungan[sunting | sunting sumber]

Menerima dan membabitkan awam/ dan pengguna lain sebagai rakan sah (contoh. Berkepentingan (“stakeholders”)).

Rancang dengan teliti dan menilai usaha anda dengan tumpuan pada kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman. (“strengths, weaknesses, opportunities, and threats - SWOT).

Mendengar kebimbangan khusus mereka yang berkepentingan. Jujur, jelas dan terbuka. Menyelaras dan bekerjasama dengan sumber dipercayai yang lain. Memenuhi keperluan media. Bercakap dengan jelas dan lembut hati.

Page 30: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. ↑ Jump up to: 1.0 1.1 Hubbard, Douglas (2009). The Failure of Risk Management: Why It's Broken and How to Fix It. John Wiley & Sons. m/s. 46.

2. ↑ Jump up to: 2.0 2.1 ISO/IEC Guide 73:2009 (2009). Risk management — Vocabulary. International Organization for Standardization. http://www.iso.org/iso/iso_catalogue/catalogue_ics/catalogue_detail_ics.htm?csnumber=44651.

3. ↑ Jump up to: 3.0 3.1 ISO/DIS 31000 (2009). Risk management — Principles and guidelines on implementation. International Organization for Standardization. http://www.iso.org/iso/iso_catalogue/catalogue_tc/catalogue_detail.htm?csnumber=43170.

4. Jump up ↑ "Committee Draft of ISO 31000 Risk management" (PDF), International Organization for Standardization. 

5. Jump up ↑ CMU/SEI-93-TR-6 Taxonomy-based risk identification in software industry. Sei.cmu.edu. Retrieved on 2012-04-17.

6. Jump up ↑ Common Vulnerability and Exposures list. Cve.mitre.org. Retrieved on 2012-04-17.

7. Jump up ↑ Crockford, Neil (1986). An Introduction to Risk Management (2 ed.). Cambridge, UK: Woodhead-Faulkner. m/s. 18. ISBN 0-85941-332-2.

8. Jump up ↑ Dorfman, Mark S. (2007). Introduction to Risk Management and Insurance (9 ed.). Englewood Cliffs, N.J: Prentice Hall. ISBN 0-13-224227-3.

9. Jump up ↑ IADC HSE Case Guidelines for MODUs 3.2, section 4.710.Jump up ↑ Roehrig, P (2006). "Bet On Governance To Manage Outsourcing

Risk". Business Trends Quarterly. http://www.btquarterly.com/?mc=bet-governance&page=ss-viewresearch.

11.Jump up ↑ Bent Flyvbjerg, Nils Bruzelius, and Werner Rothengatter, 2003, Megaprojects and Risk: An Anatomy of Ambition (Cambridge University Press).

12.Jump up ↑ Oxford BT Centre for Major Programme Management13.Jump up ↑ Cortada, James W. (2003-12-04). The Digital Hand: How Computers

Changed the Work of American Manufacturing, Transportation, and Retail Industries. USA: Oxford University Press. m/s. 512. ISBN 0-19-516588-8.

14.Jump up ↑ Cortada, James W. (2005-11-03). The Digital Hand: Volume II: How Computers Changed the Work of American Financial, Telecommunications, Media, and Entertainment Industries. USA: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-516587-6.

15.Jump up ↑ Cortada, James W. (2007-11-06). The Digital Hand, Vol 3: How Computers Changed the Work of American Public Sector Industries. USA: Oxford University Press. m/s. 496. ISBN 978-0-19-516586-9.

16.Jump up ↑ RPS HSE & Risk Management. BowtieXP. Retrieved on 2012-04-17.17.Jump up ↑ John Adams, RISK, Routledge 199518.Jump up ↑ David Hillson; Ruth Murray-Webster (30 March 2007). Understanding

and Managing Risk Attitude. Gower Publishing, Ltd.. ISBN 978-0-566-08798-1. http://books.google.com/books?id=VeMdki1LYEUC. Capaian 17 April 2012.

Page 31: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

19.Jump up ↑ David Cooper (25 May 2010). Leadership Risk: A Guide for Private Equity and Strategic Investors. John Wiley & Sons. ISBN 978-0-470-03264-0. http://books.google.com/books?id=6hoEbrk3xzcC. Capaian 17 April 2012.

20.Jump up ↑ Digman, J M (1990). "Personality Structure: Emergence of the Five-Factor Model". Annual Review of Psychology 41: 417. doi:10.1146/annurev.ps.41.020190.002221.

21.Jump up ↑ Eysenck M. W. (1992) Anxiety and The Cognitive Perspective. Hillsdale: Lawrence Erlbaum Associates

22.Jump up ↑ Nicholson, N., Soane, E., Fenton-O'Creevy, M., & Willman, P. (2005). "Personality and domain specific risk taking". Journal of Risk Research 8 (2): 157–176. doi:10.1080/1366987032000123856.

23.Jump up ↑ McCrae, R., & Costa, P.T. (1997) Conceptions and correlates of Openness to Experience. In J. Johnson, R Hogan and S. Briggs (Eds.) Handbook of Personality Psychology. London: Academic Press.

24.Jump up ↑ Kowert, P.A., & Hermann, M.G. (1997). "Who takes risks? Daring and caution in foreign policy making". Journal od Conflict Resolution 411 (5): 611–37. doi:10.1177/0022002797041005001. JSTOR 174466.

25.Jump up ↑ Geoff Trickey (2011), Risk Types. OP Matters No 14 February 2012 The British Psychological Society

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Alberts, Christopher; Audrey Dorofee, Lisa Marino (March 2008). Mission Diagnostic Protocol, Version 1.0: A Risk-Based Approach for Assessing the Potential for Success. Software Engineering Institute. http://www.sei.cmu.edu/library/abstracts/reports/08tr005.cfm. Capaian 2008-05-26.

Alexander, Carol and Sheedy, Elizabeth (2005). The Professional Risk Managers' Handbook: A Comprehensive Guide to Current Theory and Best Practices. PRMIA Publications. ISBN 0-9766097-0-3.

Altemeyer, Lynn (2004). An Assessment of Texas State Government: Implementation of Enterprise Risk Management, Applied Research Project. Texas State University. http://ecommons.txstate.edu/arp/14/.

Borodzicz, Edward (2005). Risk, Crisis and Security Management. New York: Wiley. ISBN 0-470-86704-3.

Flyvbjerg, Bent (August 2006). "From Nobel Prize to Project Management: Getting Risks Right" (PDF). Project Management Journal (Project Management Institute) 37 (3): 5–15. http://flyvbjerg.plan.aau.dk/Publications2006/Nobel-PMJ2006.pdf. Capaian 2008-05-26.

Gorrod, Martin (2004). Risk Management Systems : Technology Trends (Finance and Capital Markets). Basingstoke: Palgrave Macmillan. ISBN 1-4039-1617-9.

Hutto, John (2009). Risk Management in Law Enforcement, Applied Research Project. Texas State University. http://ecommons.txstate.edu/arp/301/.

Institute of Risk Management/AIRMIC/ALARM (2002). A Risk Management Standard. London: Institute of Risk Management. http://www.theirm.org/publications/PUstandard.html.

Page 32: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Moteff, John (2005). Risk Management and Critical Infrastructure Protection: Assessing, Integrating, and Managing Threats, Vulnerabilities and Consequences (Report). Washington DC: Congressional Research Service. http://opencrs.com/document/RL32561/2005-02-04.

Stoneburner, Gary; Goguen, Alice and Feringa, Alexis (July 2002) (PDF). Risk Management Guide for Information Technology Systems. Gaithersburg, MD: National Institute of Standards and Technology. http://csrc.nist.gov/publications/nistpubs/800-30/sp800-30.pdf.

United States Environmental Protection Agency (April 2004). General Risk Management Program Guidance. United State Environmental Protection Agency. http://www.epa.gov/OEM/content/rmp/rmp_guidance.htm#General.

Ward, Dan; Quaid, Chris (March/April 2007). "The Pursuit of Courage, Judgment and Luck" (PDF). Defense AT&L (Defense Acquisition University): 28–30. Diarkibkan dari yang asal on 2008-04-08. http://web.archive.org/web/20080408205443/http://www.dau.mil/pubs/dam/03_04_2007/war_ma07.pdf. Capaian 2008-05-26.

Airmic / Alarm / IRM (2010) "A structured approach to Enterprise Risk Management (ERM) and the requirements of ISO 31000" http://www.theirm.org/documents/SARM_FINAL.pdf

Hopkin, Paul "Fundamentals of Risk Management 2nd Edition" Kogan-Page (2012) ISBN 978-0-7494-6539-1

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Yang Berusaha Tuan Pengerusi MajlisYang Berusaha Yang BerusahaYang Berusaha, Prof. Madya Dr. Mahamad Tayib, Dekan Fakulti PerakaunanYang Dihormati penceramah-penceramah jemputanTetamu-tetamu, ahli jawatankuasa penganjur, peserta-peserta persidangan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian.Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama pada hari yang mulia dan penuh bermakna ini dalam Persidangan Akauntan Pihak Berkuasa Tempatan anjuran bersama Institut Penyelidikan Perakaunan Kerajaan Negeri dan Tempatan, Universiti Utara Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada jawatankuasa penganjur persidangan kerana telah berjaya merealisasikan penganjuran persidangan ini. Sesungguhnya usaha yang dilakukan ini merupakan satu usaha yang murni di samping dapat mengukuhkan hubungan dan menggalakkan jalinan rangkaian di antara

Page 33: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Pentadbir, Akauntan, para akademia dan juga mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang perakaunan dan pengauditan.Matlamat utama seminar ini adalah untuk kita berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan kemahiran di dalam perakaunan khususnya yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan di samping mempertingkatkan akauntabiliti pengurusan kewangan.Dato’-dato, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Sehingga ke hari ini kerajaan terus memberi perhatian yang serius kepada usaha-usaha bagi meningkatkan tahap kualiti pengurusan kewangan di samping meningkatkan tahap akauntabiliti di kalangan anggotanya. Kalau dilihat dalam pembentangan bajet 2005, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi telah menggariskan strategi bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan. Di antaranya ialah dengan memantapkan lagi asas kewangan negara serta menuntut pembaharuan tegas dalam pengurusan kewangan dan perbelanjaan. Beliau juga mengarahkan setiap agensi dan jabatan Kerajaan memberi perhatian lebih teliti dan serius kepada laporan audit oleh Ketua Audit Negara serta bertindak pantas mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan yang ada. Dato’-dato’, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Dalam kita mengharungi arus pembangunan, tidak dapat tidak kita terus-menerus menghadapi cabaran dan arus perubahan dalam pengurusan kewangan. Cabaran-cabaran ini termasuklah perubahan serta pemodenan dalam sistem kewangan serta survival sesebuah agensi itu sendiri. Di antara perubahan yang sering berlaku ialah seperti perubahan dalam piawaian perakaunan, tadbir urus dan juga pembangunan teknologi maklumat. Manakala bagi memastikan survival, sesebuah agensi hendaklah sentiasa ‘energitic’, kreatif dan innovatif dalam mewujudkan sinergi baru. Oleh yang demikian, bertepatan dengan penganjuran persidangan ini maka diharap kita sentiasa kompeten terhadap perkembangan terbaru tersebut bagi memenuhi objektif serta akauntabiliti pengurusan kewangan.Dato’-dato’, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Akauntabiliti yang tinggi adalah tunjang kepada pembentukan sebuah pentadbiran yang teguh, cekap dan telus. Dalam hal yang demikian kerajaan sentiasa memandang serius terhadap usaha-usaha ke arah peningkatan kecekapan dan juga ketelusan pengurusan kewangan.Dato’-dato, Tuan-tuan dan puan-puan,Kita merasa bertuah kerana dapat menjalinkan kerjasama antara tiga buah agensi dan seterusnya menganjurkan satu persidangan seperti ini. Adalah diharapkan agar persidangan ini merupakan pembuka jalan kepada hubungan yang lebih baik di antara akauntan, pentadbir dan para akademik. Hubungan ini seharusnya disemarakkan dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan manfaat bersama seperti penganjuran seminar, bengkel dan yang seumpamanya.Dato’-dato’, tuan-tuan dan puan-puan,Persidangan yang diadakan pada kali ini bukan sahaja bermakna kepada Akauntan dan

Page 34: Akauntabiliti Dan Integriti Dalam Pengurusan

Pentadbir pihak berkuasa tempatan sahaja, tetapi kepada kita semua yang berada di sini. Ini kerana isu-isu yang bakal dibincangkan adalah merupakan langkah positif ke arah mewujudkan tadbir urus yang baik. Sesungguhnya penglibatan para akademik dalam menghasilkan kajian-kajian adalah amat dialu-alukan bagi mewujudkan kerjasama dan muafakat dalam meningkatkan akauntabiliti sektor awam.Dato’-dato, Tuan-tuan dan puan-puan,Saya bagi pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah dan ahli-ahli panel yang dapat bersama-sama meluangkan masa untuk berkongsi maklumat dan berbincang berkenaan isu-isu pengurusan kewangan dalam persidangan pada hari ini.Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Institut Penyelidikan Perakaunan Kerajaan Negeri dan Tempatan, Universiti Utara Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang bertindak sebagai sekretariat persidangan dan semua ahli jawatankusa atas segala usaha dan kerja keras mereka untuk menjayakan seminar ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan akan membuahkan hasil seperti yang diharap-harapkan. Kepada para peserta persidangan, saya ucapkan selamat bersidang dan semoga ilmu yang diperolehi akan memberi manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan sekelian.Saya juga mendoakan agar usahasama Institut Penyelidikan Perakaunan Kerajaan Negeri dan Tempatan, UUM dan Pihak Berkuasa Tempatan akan berterusan dari semasa ke semasa bagi mencapai kejayaan bersama. Akhir kata dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim”, saya dengan ini merasmikan Persidangan Akauntan Pihak Berkuasa Tempatan 2004.Sekian, Wabillahi taufik, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.