AKIDAH-beriman Kepada Malaikat

download AKIDAH-beriman Kepada Malaikat

of 4

description

akidah

Transcript of AKIDAH-beriman Kepada Malaikat

AKIDAHTajuk: Beriman kepada Malaikat

A) Kewajipan beriman: setiap muslim yang mukallaf wajib beriman dengan kewujudan malaikat dan termasuk rukun iman yang kedua. > akibat tidak beriman dengan malaikat menyebabkan iman terbatal.

B) Maksud malaikat ialah makhluk rohani tidak berjisim yang sentiasa taat melaksanakan semua perintah dan arahan Allah.

C) Keistimewaan / sifat-sifat malaikat: i) makhluk yang bersayap (ii) dicipta dari cahaya iii) boleh menjelma berbagai bentuk (iv) tidak boleh dilihat oleh manusia v) boleh bergerak sepantas kilat (vii) boleh mengawasi dan membantu manusia dengan izin Allah

D) Perbezaan sifat malaikat dengan manusia: (malaikat) (manusia) i) tidak berjantina,lelaki @ perempuani) Berjantina,lelaki & perempuan

ii)tidak berkahwin dan tidak berketurunanii) berkahwin dan berketurunan

iii)tidak bernafsu,spt: tidak makan minum iii)bernafsu,spt:makan dan minum

iv)tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusiaiv)dapat dilihat dengan mata kasar

v)sentiasa beribadat dan taat Allah serta tidak melakukan maksiatv) terdapat manusia yang beriman kepada Allah dan ada yang kufur serta melakukan maksiat

E) Kesan beriman kepada malaikat pada individu,masyarakat dan Negara: i) mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat. (iii) masyarakat tekun bekerja. ii) berwaspada dalam sebarang tindakan. (iv)badan kerajaan lebih telus/berdisiplin. F) Nama-nama serta tugas-tugas khusus malaikat: (nama malaikat) (tugas-tugasnya)1) JibrilMenyampaikan wahyu kepada para rasul dan nabi,ketua malaikat.

2) MikailMenurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki.

3) Israfil Meniup sangkakala pada hari kiamat.

4) IzraelMengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa.

5) Mungkar Menyoal orang mati di alam kubur.

6) NakirMenyoal orang mati di alam kubur.

7) RidhuanMenjaga pintu syurga.

8) MalikMenjaga pintu neraka.

9) RoqibMencatat amalan baik setiap manusia.

10)AtidMencatat amalan buruk setiap manusia.

G) Tugas-tugas umum malaikat: i) menanggung arasy. (ii) membantu tentera islam. iii) bertasbih dan beribadat kepada Allah. (iv) mendoakan mukmin yang beribadat. v) memohon supaya diampuni dosa-dosa orang mukmin yang menuntut ilmu. H) Kesan beriman kepada malaikat pada amalan manusia: i) pada perkataan: - berkata yang baik dan berfaedah. - berzikir,bertasbih dan beristighfar kepada Allah. - berdakwah:amar makruf nahi mungkar. ii) pada perbuatan: - taat perintah Allah,ibu bapa,guru dan pemimpin yang baik. - berdisiplin dalam menunaikan tanggungjawab. - rajin dan sabar melakukan sesuatu perkara spt:menuntut ilmu. - istiqamah dalam beribadat . iii) pada hati : - ikhlas kerana Allah dalam melakukan ketaatan. - rasa takut dan malu melakukan maksiat. jiwa tenang. iv) pada pemikiran : - berfikir (muhasabah) untuk menjadi baik dan sempurna. - tegas,tetap pendirian dan bijak membuat keputusan.