Akidah Salaf & Khalaf (Dr. Yusuf Al-qaradhawi)

download Akidah Salaf & Khalaf (Dr. Yusuf Al-qaradhawi)

of 38

description

akidah

Transcript of Akidah Salaf & Khalaf (Dr. Yusuf Al-qaradhawi)

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    1

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    2

    (rumusan)

    Akidah salaf & khalaf

    (Dr. yusuf al-qaradhawi)

    MENYATUKAN UMAT & MEMPERKEMASKAN SOF

    MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    3

    ILMU KALAM LAHIR DARIPADA KEDEGILAN AKAL MANUSIA

    YANG MAHU BERFIKIR SESUATU YANG TIDAK MAMPU DIFIKIR.

    SEPERTI PANDANGAN YANG MEMPUNYAI BATASAN HALNYA SAMA PADA

    AKAL FIKIRAN

    M. HIDIR BAHARUDIN

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    4

    (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI)

    MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    013-2223513

    KAMPUNG SG. CHINCHIN

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    5

    ISI KANDUNGAN

    PRAKATA 6

    METOD RUMUSAN 8

    MUQADDIMAH 9

    MENGENALI MANHAJ SALAFI 14

    DEFINISI MANHAJ SALAFI 14 DALIL-DALIL KEMULIAAN MANHAJ SALAFI DAN PENGIKUTNYA 14

    ILMU KALAM DARIPADA PANDANGAN SALAFUS SOLEH 17

    SIKAP KITA TERHADAP SIFAT ALLAH 20

    IMAM HASSAN AL-BANNA 20 AL-ALLAMAH RASYID RIDA 20 IMAM IMADUDDIN AL-WASITHI 20

    IMAM IBNU KATHIR 21

    DR. YUSUF AL-QARADHAWI 21

    BEBERAPA ALASAN KEHARUSAN MENGAMBIL MADZHAB SALAF 23

    KELEMAHAN AKAL MANUSIA 23 DOSA DALAM KESALAHAN TAKWIL 23 TAKWIL MEMBUKA PINTU KESESATAN 24

    MADZHAB SALAF DISEPAKATI SELAMAT 24

    BERPEGANG TEGUH KEPADA KESEPAKATAN LEBIH UTAMA 25

    PARA PENTAKWIL KEMBALI KEPADA MADZHAB SALAF 25

    IMAM ABUL HASSAN AL-ASYARI 25 IMAM HARAMAIN 27 IMAM GHAZALI 28

    IMAM FAKHRURRAZI 28

    3 PERSOALAN 30

    CARA BERINTERAKSI DENGAN ORANG AWAM 30 MENDEKATKAN MADZHAB SALAF & MADZHAB KHALAF 32

    SIKAP KITA 33

    PENUTUP 35

    RUJUKAN 37

    BIODATA PENULIS 38

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    6

    PRAKATA

    Allah s.w.t. berfirman;

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    7

    Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan

    terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan

    mereka. (Surah Al-Anam: 1)

    Alhamdulillah di atas segala limpah kurnia dan taufikNya telah mengizinkan saya

    menyiapnya rumusan buku karya Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini bertajuk Akidah

    Salaf & Khalaf. Buku ini adalah terbitan Pustaka Al-Kautsar, cetakan tahun 2009, Jakarta

    Timur. Judul asli ini adalah terbitan Maktabah Wahbah

    Cairo pada tahun 20051.

    Rumusan ini saya siapkan pada Ramadhan 1434H ketika cuti semester universiti sesi

    2012/2013. Sebenarnya saya telah siap membaca, siap meneliti, dan siap membuat nota kecil

    tentang isi kandungan buku ini pada tarikh 31 Ogos 2010. Ketika itu saya sudah berhasrat

    membuat rumusan secara lebih tersusun dan menghidangkan kepada sesiapa yang mahu

    mengambil manfaat. Akan tetapi hasrat ini tertangguh kerana kesibukan saya sepanjang

    semester samada semester panjang atau semester pendek kuliyyah di universiti. Alhamdulillah

    semester ini saya mempunyai kelapangan menyiapkan rumusan ini. Kelapangan ini merupakan

    satu nikmat yang besar untuk saya.

    Tujuan daripada rumusan ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menambah

    pemahaman saya sendiri tentang prinsip-prinsip akidah Islam. Dengan pemahaman ini saya

    dapat membaiki diri dan menyemai benih-benih menjadi lelaki soleh yang memberi manfaat

    pada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Saya berharap rumusan ini menjadi amalan soleh

    yang dinilai Allah dengan ganjaran pahala dan syurga dan kekal ganjarannya selamanya.

    Saya juga mengharapkan rumusan ini menjadi tulisan yang ringan yang mudah difahami

    oleh sekalian lapisan pembaca yang mahu mengambil manfaat. Saya ucapkan ribuan terima

    kasih kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, dan guru-guru kerana mendidik saya mengenal Islam

    dan memberi sokongan kepada saya mempraktikkan Islam dalam hidupan seharian. Jasa kalian

    saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah s.w.t. membalas jasa kalian.

    1 Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) BP165, 5Q13F

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    8

    Saya mengakui rumusan ini perlukan banyak teguran dan penambahbaikkan. Jika saya

    tidak mulakan tulisan lebih besar salah dan ruginya. Walaubagaimanapun saya mengharapkan

    teguran. Saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Sekian terima kasih.

    Mohammad Hidir Baharudin

    Kampung Sg. Chinchin Gombak

    24 Julai 2013M/ 15 Ramadhan 1434H

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    9

    METOD PENULISAN

    Di bawah, saya sertakan beberapa metod rumusan yang diguna pakai;

    I. Buku Akidah Salaf & Khalaf mempunyai 10 Bab utama.

    1. Ayat-Ayat Dan Hadits-Hadits Sifat Allah Menurut Kaum Salaf Dan Khalaf

    2. Perbezaan Pendapat Tentang Ayat-Ayat Dan Hadits-Hadits Sifat Allah

    3. Sikap Kaum Salaf Terhadap Sifat-Sifat Allah

    4. Sikap Kaum Khalaf Terhadap Sifat-Sifat Allah

    5. Sikap Kita Terhadap Sifat-Sifat Allah

    6. Beberapa Alasan Keharusan Mengambil Madzhab Salaf

    7. Beberapa Catatan Tambahan

    8. Wali Dan Karamah

    9. Sunnah Dan Bidah Dalam Ziarah Kubur

    10. Tawassul

    Saya tidak akan merumuskan Bab 1, 2, 3, dan 4 kerana saya merasakan pembaca

    mengetahui tentang hal ini. Saya juga tidak akan merumuskan Bab 8, 9, dan 10 dalam tulisan

    ini. Dengan izin Allah, saya akan merumuskan di dalam tulisan yang lain.

    II. Saya akan menambah;

    1. Maklumat daripada buku-buku yang berkaitan

    2. Tarikh wafatnya ulamak yang saya sebutkan

    3. Maklumat pencarian buku di Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam

    Antarabangsa Malaysia (UIAM)

    III. Saya tidak akan membawa jawapan balas Al-Allamah Dr. Yusuf Al-

    Qaradhawi kepada kritikan-kritikan ulamak.

    IV. Saya menyusun rumusan saya ini sesuai dengan pemahaman saya.

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    10

    MUQADDIMAH

    Imam Hassan Al-Banna menyebut di dalam prinsip ke-102 Usul 20 bahawa;

    (( )7.(

    Mengenal Allah, mentauhid dan membersihkan-Nya daripada sesuatu yang menyekutui-

    Nya adalah akidah yan paling tinggi dalam Islam. Ayat al-Quran dan hadith yang menyentuh

    sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi

    perselisihan ulama dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah diterima pakai oleh

    Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Firman Allah yang bermaksud:Dan orang-orang yang

    mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semuanya

    itu dari sisi Tuhan kami. (Ali Imran: 7).

    Kata Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Tanpa menceburkan diri ke kancah falsafah

    dan upacara kesufian, mengenal Allah yang sebenar-benar kenal adalah mengikut dan

    beriltizam serta berserah diri dengan segala ruh, cahaya, penawar, petunjuk, dan rahmat yang

    dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang tidak mengikuti dan tidak beriltizam serta

    menerima jalan ini, sebaliknya bernaung dengan jalan yang selainnya maka dia telah sesat.3

    Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 7;

    2 Syarah Usul 20, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Dewan Pustaka Fajar, 2003 3 Ibid

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    11

    Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian

    besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya

    serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan

    yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

    Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) -

    adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka

    selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari

    Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang

    mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang

    yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami

    beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang

    mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

    Ayat di atas merupakan titik mula perbezaan antara Madzhab Salaf dan Madzhab

    Khalaf tentang memahami sifat-sifat Allah. Madzhab Salaf mewaqafkan bacaan pada

    dan Madzhab Khalaf mewaqafkan bacaan pada

    Dengan tempat waqaf yang berlainan, maka maksud ayat juga

    berlainan. Jadilah maksud ayat seperti yang difahami Madzhab Salaf ialah Padahal tidak ada

    yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan Madzhab

    Khalaf ialah Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar)

    melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam

    ilmu-ilmu agama.

    Saya memilih tempat waqaf Madzhab Salaf dan jumhur seperti yang dilakukan oleh

    Ibn Masud r.a., Ibn Abbas r.a., Ubay bin Kaab r.a., Aisyah r.a. As-Sayuthi r.a. kerana;

    I. pada adalah istinaf dan bukanlah athof seperti

    yang difahami Mujahid, Ad-Dhahhak, Ar-Rabi, Muhammad bin Jaafar,

    An-Nawawi, dan non-jumhur yang lain.

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    12

    II. Adalah janggal mewaqafkan bacaan pada samada

    janggal pada bacaan dan janggal pada maknanya.

    III. Saya mendengar 12 Qurra terkenal pada zaman ini4. Mereka ialah Syeikh

    Misyari Al-Afasi, Syeikh Abdurrahman As-Sudais, Syeikh Shuraim,

    Syeikh Saad Al-Ghamidi, Syeikh Ahmed Al-Ajmi, Syeikh Salah Al

    Budair, Syeikh Abu Hajar Al-Iraqi, Syeikh Mahmood Khalil Al-

    Hussary, Syeikh Khalid Al-Jalil, Syeikh Nasser Al-Qatami, Syeikh

    Moutasem Al-Hameedi, dan Syeikh Abu Bakr Al-Shatri. Hasilnya

    mereka mewaqafkan bacaan pada .

    IV. Saya juga melihat cetakan Al-Quran daripada 7 cetakan. Hasilnya kesemua

    cetakan meletakkan tanda bacaan atau yang bermaksud lebih baik

    berhenti atau mesti berhenti pada . Tiada yang

    menyebut baik diteruskan.

    Antara contohnya ialah persoalan di mana Allah. Dalam At-Tamhid, Imam Al-

    Qadhi Abu Bakar Al-Baqillani (w.403H) menulis, Jika ada yang bertanya, Apakah kalian

    berpendapat bahawa Allah ada di setiap tempat? Dia harus menjawab, Aku berlindung

    kepada Allah daripada mengatakan bahawa Dia ada di setiap tempat! Dia bersemayam di atas

    Arsy sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran;

    Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

    ... Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di

    angkatnya naik... (Surah Fathir: 10)

    4 www.youtube.com Surah Ali Imran

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    13

    Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di

    langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan

    serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (Surah Al-Mulk: 10)

    Jika Allah ada di setiap tempat, Dia pasti ada di dalam perut, mulut manusia, tandas,

    dan tempat-tempat lainnya yang tidak layak untuk disebutkan. Serta hal ini pasti akan

    menambah tempat yang Dia ciptakan dan tidak ciptakan sebelumnya. Juga akan mengurangi

    jika Dia membatalkan tempat yang Dia ciptakan. Ini beerti Dia dapat datang ke bumi (Saya

    berkata bahawa berjisim), belakang, kanan, dan kiri kita. Umat Islam telah sepakat bahawa

    pendapat seperti ini adalah keliru.

    Saya berkata bahawa pendapat Allah di mana-mana adalah pendapat Haruriyah,

    Jahamiyah, dan Muktazilah.5

    ______________________

    5 Allah Antara Tasawuf Dengan Akidah, Abdul Fattah Haron, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2008

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    14

    MENGENALI MANHAJ SALAFI

    1. Definisi Manhaj Salafi6

    Akidah ialah ketetapan hati yang pasti seseorang7. Ketetapan hati seseorang Muslim

    adalah tentang keimanan kepada Allah, Para Malaikat, Para Rasul, Kitab-Kitab, Hari Kiamat,

    dan Qada dan Qadar. Akidah adalah usul. Allah dan Rasul telah menjelaskan usulNya ini di

    dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Maka ia tidak mempunyai ruang untuk akal fikiran

    menetapkannya.

    Manhaj Salafi ialah adalah jalan Nabi s.a.w. yang terang yang mudah yang diikuti oleh

    generasi pertama iaitu para sahabat, tabiin, tabi tabiin, dan kaum Muslimin yang mengikut

    jejak mereka. Mereka ini satu dalam fikiran dan perbuatan.

    Imam Abu Muzhaffar As-Samani (w.489H) berkata, Jika kamu memerhatikan

    seluruh kitab-kitab karya mereka daripada pertama sampai terakhir, yang klasik dan

    kontemporer, sedang zaman mereka berbeza dan tempat tinggal mereka berjauhan, masing-

    masing tinggal di tempat terpisah, nescaya kamu akan dapati mereka dalam menjelaskan

    akidah adalah dengan metod yang sama, dan cara tidak berbeza. Mereka mengikuti sebuah

    metod yang tidak akan melencong dan condong daripadanya. Perkataan mereka dalam hal

    tersebut adalah satu dan kamu tidak akan dapati perbezaan di antara mereka dalam suatu

    perkataan sedikit pun. Bahkan jika kamu kumpulkan apa yang keluar daripada mulut mereka

    dan apa yang mereka nukilkan daripada pendahulu mereka, nescaya kamu akan dapati seolah-

    olah perkataan itu keluar daripada satu hati dan muncul daripada satu lisan.8

    2. Dalil-Dalil Kemulian Manhaj Salaf Dan Pengikutnya

    Allah s.w.t. memberi pujian kepada Manhaj Salaf dan pengikutnya di beberapa tempat

    di dalam Al-Quran. Ini adalah kerana mereka adalah generasi terawal mendapat didikan

    wahyu secara langsung daripada Nabi s.a.w. dan amanah menyebarkan Islam adalah pada

    mereka. Allah meredhai mereka. Allah berfirman;

    6 Manhaj Salafi Imam Syafii, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-Furqoon, 2012 7 Menyingkap Aliran Dan Paham Sesat, Ummu Tamim Izzah binti Rasyad, Pustakan Imam Ahmad, 2009 8 Manhaj Salafi Imam Syafii, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-Furqoon, 2012

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    15

    Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula dari orang-orang "Muhajirin" dan

    "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan

    taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk

    mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di

    dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah: 100)

    Dalam ayat yang lain Allah berfirman;

    Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran

    pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang

    beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan

    (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka

    jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah An-Nisa: 115)

    Imam Ibnu Abi Jamrah (w.699H) berkata, Sesungguhnya yang dimaksudkan

    adalah jalan generasi pertama kerana merekalah yang menerima wahyu, mereka

    langsung bertanya daripada hal-hal yang belum jelas maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.

    dengan jawapan yang terbaik dan dijelaskan dengan penjelasan yang sempurna.

    Saya menambah bahawa dalam ayat di atas bukanlah jalan kaum

    Muslimin di sesuatu zaman dan tempat kerana kaum Muslimin di sesuatu zaman dan tempat

    tidaklah dijamin kesolehan mereka oleh Nabi s.a.w. Adapun para sahabat, tabiin, dan tabi

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    16

    tabiin adalah generasi yang dijamin kesolehan mereka oleh Nabi s.a.w9. Tambahan pula ayat

    ini menggunakan gelaran Mukminin yang tentunya berbeza dengan Muslimin.

    Allah berfirman;

    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)

    orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    (Surah Al-Fatihah: 7)

    Kata Imam As-Sayuthi (w.911), Dalam ayat ini terdapat isyarat untuk mengikuti

    salafus solih.

    Juga Nabi s.a.w. bersabda;

    Sebaik-baik manusia ialah pada generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian

    generasi berikutnya.10

    Kata Ibnu Masud,

    Sesungguhnya Allah melihat ke dalam hati hamba-hambaNya maka Dia bertemu dengan hati

    Muhammad sebagai hati yang terbaik diantara hati hamba-hambaNya yang lain. Allah pun

    9 HR. Bukhari & Muslim. Hadist mutawatir seperti yang dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah (1/12) 10 HR. Bukhari & Muslim. Hadist mutawatir seperti yang dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah (1/12)

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    17

    memilihnya secara khusus untukNya. Lalu Dia mengutuskan untuk membawa risalahNya.

    Sesudah itu Allah melihat lagi ke dalam hati hamba-hambaNya setelah mendapat hati

    Muhammad maka Dia menemukan hati para sahabatnya (Muhammad) sebagai hati yang

    terbaik diantara hati-hati hambaNya yang lain. Lantas Dia menjadikan mereka sebagai

    pendamping NabiNya. Mereka berperang di atas jalanNya. Apa sahaja yang dilihat kaum

    Muslimun baik maka itu juga baik di sisi Allah. Dan apa sahaja yang dilihat kaum Muslimun

    buruk maka itu juga buruk di sisi Allah.11

    Maka saya katakan bahawa kaum Muslimun di sini adalah para sahabat. Apa sahaja

    yang dilihat para sahabat sebagai baik adalah baik. Sebaliknya apa sahaja yang dilihat para

    sahabat sebagai buruk adalah buruk.12

    Imam As-Syafii (w.204H) berkata, Hendaklah kalian mengikuti ashabul hadits

    kerana mereka adalah golongan yang banyak benarnya.

    Dan banyak lagi yang saya tidak mampu nukilkan di sini.

    3. Ilmu Kalam Daripada Pandangan Salafus Soleh

    Ilmu kalam mula lahir pada penghujung abad pertama Hijrah di Baghdad13

    . Ia lahir

    kerana dipengaruhi dengan ilmu-ilmu falsafah Yunani yang diterjemahkan ke dalam Bahasa

    Arab. Titik awal ilmu kalam ini ialah peristiwa yang berlaku dalam majlis ilmiyah Imam

    Hassan Al-Basri (w.110H). Dalam majlis itu seorang yang bernama Wasil bin Atha

    mengatakan bahawa pelaku dosa besar tidak kafir dan bukan mukmin tetapi fasiq terletak di

    antara kedua syurga dan neraka. Hassan Al-Basri lalu menyisihkan iaitu mengeluarkan Wasil

    bin Atha daripada majlis ilmunya. Itazala iaitu menyisihkan maka lahirlah muktazilah iaitu

    orang-orang yang disisihkan. Mereka menggunakan akal yang dipengaruhi falsafah Yunani

    11 HR. Ahmad - Hasan 12 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Muhammad Ahmad Isa, Pustaka Imam Asy-Syafii, 2011 Senada dengan hadits di atas ialah kata-kata Ibn Umar r.a.;

    13 Allah Antara Tasawuf Dan Akidah , Abdulfattah Haron, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2008

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    18

    dalam hal akidah. Kerana penggunaan akal ini maka lahirlah soalan-soalan yang sia-sia yang

    tidak mengarah kepada amal14

    yang antaranya;

    Di manakah Allah sebelum wujudnya langit dan bumi?

    Adakah sifat Allah itu sama dengan ZatNya atau berlainan?

    Adakah penentuan husn dan qabih itu dikenali dengan syarak atau akal?

    Adakah wajib Allah melakukan salah dan aslah?

    Adakah manusia itu mukhayyar atau mujbar?

    Adakah wajib Allah membalas nikmat dan menyiksa pelaku maksiat?

    Apakah hukum pelaku dosa besar yang mati tanpa sempat bertaubat?

    Adakah iman itu tasdiq di hati sahaja atau tasdiq serta amal?

    Adakah boleh melihat Allah di akhirat atau mustahil?

    Di bawah saya sertakan beberapa pandangan salafus soleh tentang ilmu kalam;

    Imam Asy-Syafii (w.204H), Sesungguhnya akal itu memiliki batas sebagaimana

    pendangan mata juga memiliki batas.

    Imam Adz-Dzahabi (w.748H), Telah mutawatir daripada Imam Syafii bahawa

    beliau mencela ilmu kalam dan ahli kalam. Beliau adalah seorang yang semangat dalam

    mengikut athar samada dalam akidah atau fiqh.

    Imam Sayuthi (w.911H), Tiga alasan mencela ilmu kalam iaitu (1) Faktor penyebab

    bidah kerana bidah dimulakan akal. (2) Ilmu kalam tidak pernah diajar Al-Quran dan As-

    Sunnah. (3) Ilmu kalam adalah penyebab Al-Quran dan As-Sunnah ditinggalkan.

    Imam Al-Karji (w.532H) yang merupakan guru kepada Imam Al-Haramain, Maka

    mengikuti madzhab salah seorang imam fiqh dan menyelisih dalam aqidah (adalah batil).

    Demi Allah ini merupakan kemungkaran secara syariat dan akal. Maka sesiapa yang

    mengatakan, Saya bermadzhab Syafii dan beraqidah Asyari. Maka kita katakan, Ini

    14 Prinsip Ke-9 Usul 20 menyatakan bahawa, Membincangkan masalah yang tidak jejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-beratkan

    suatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang masih

    belum berlaku, dengan membuat andaian-andaian, membincangkan penafsiran ayat-ayat al-Quran yang masih

    belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah s.a.w

    atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sehabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang

    sahabat. Mereka diganjari menurut niat mereka, tambahan pula masalah takwil merupakan jalan keluar.

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    19

    adalah sikap yang kontradiktif bahkan merupakan penyimpangan dan kesesatan kerana tidak

    pernah Syafii beraqidah Asyirah.

    Saya katakan bahawa berlaku mulanya timbul firqah sesat adalah disebabkan

    penggunaan akal dalam hal sifat-sifat Allah. Timbullah soalan-soalan yang tidak mampu

    diselesaikan oleh akal akan tetapi kerana kedegilan akal, soalan-soalan tersebut cuba

    diselesaikan. Sampai akhirnya hati tidak akan puas dengan jawapan akal.

    __________________________________________________________

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    20

    SIKAP KITA TERHADAP SIFAT ALLAH

    Dalam bab ini, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyebut sikap beliau dan sikap salafus soleh

    yang diikuti oleh beliau dalam hal sifat-sifat Allah. Antaranya ialah Imam Hassan Al-Banna,

    Al-Allamah Syaikh Muhammad Rasyid Ridha, Al-Allamah Imaduddin Al-Wasithi, Imam

    Izzuddin Abdul Salam, Imam Ibnu Daqiq Al-Id, Imam Ibnu Kathir, dan lain-lain.

    Saya akan membawa sebahagian pendapat-pendapat mereka.

    1. Imam Hassan Al-Banna (w.1368H)

    Kata beliau dalam prinsip dasar beliau yang kesepuluh, Kita mengimani ayat-ayat

    dan hadits-hadits sahih tentang sifat serta yang ada kaitan dengannya sebagaimana adanya,

    tanpa takwil dan menafikannya. Kita tidak menentang perbezaan ulamak tentang hal tersebut.

    Kita akan berusaha supaya lapang dada seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

    dan para sahabat, Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam

    ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi

    Tuhan kami (Surah Ali Imran: 7)

    2. Al-Allamah Syaikh Muhammad Rasyid Ridha (w.1354)

    Al-Allamah berpendirian sebagaimana pendirian kaum Salaf. Dalam menerangkan

    tentang sifat dan emosi seperti kasih saying, ridha, marah, dan benci, Al-Allamah menyebut,

    Sesungguhnya kaum Salaf membiarkan sifat-sifat tersebut sebagaimana adanya dengan

    menyucikan Allah daripada segala emosi makhluk. Mereka berkata bahawa Allah memiliki

    rasa cinta yang sesuai dengan keadaanNya bukan emosi seperti rasa cinta makhluk.

    3. Al-Allamah Imaduddin Al-Wasithi (w.712H)

    Allamah menyebut, Allah telah mensifati diriNya dengan sifat-sifat tersebut agar

    dengan sifat-sifat tersebut dapat kita mengenalNya. Yang demikian itu jika kita diam untuk

    mengimani dan menafikan sifat-sifat tersebut, ini bererti kita telah menyimpang daripada

    maksud Allah yang memperkenalkan diriNya kepada kita. Sifat yang Dia sebutkan tentang

    diriNya harus kita imani sesuai dengan yang Dia sifati tentang diriNya bukan diam atas sifat-

    sifat tersebut

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    21

    4. Imam Ibnu Kathir (w.774H)

    Manusia mempunyai pendapat yang banyak sekali tentang tema ini. Namun tempat

    ini bukanlah untuk menjelaskannya. Dalam tema ini kita menempuh cara Madzhab Salafus

    Soleh seperti Malik (w.179H), Al-Auzai (w.157H), Ats-Tsauri (w.161H), Al-Laits bin

    Saad (w.175H), Asy-Syafii (w.204H), Ahmad (w.241H), Ishaq bin Rahawaih (w.238H),

    dan ulamak lainnya samada zaman dahulu atau zaman sekarang. Cara tersebut adalah

    membiarkannya sebagaimana adanya dengan tanpa membuat bentuk, menyerupakan, dan

    mendistorsi. Beliau menambah, Bahkan pendapat seperti ini adalah pendapat para imam

    seperti Nuaim bin Hammad (w.***H), Al-Khuzai, dan Al-Bukhari (w.256H)

    Juga Abdullah bin Abbas (w.68H), Abdullah bin Umar (w.74H), Umar bin Abdul

    Aziz (w.101H), Hassan Basri (w.110H), Al-Zuhri (124H), Jafar Sadiq (w.148H), Ibn

    Kullab (w.240H), Abu Hassan Al-Asyari (w.324H), Ibn Hazm (w.456H), dan Ibn

    Taimiyyah (w.728H)15

    5. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

    Al-Allamah menutup topik ini dengan membuat kesimpulan bahawa, Dengan

    demikian pembaca dapat mengetahui bahawa dalam permasalahan sifat-sifat Allah, saya

    mengambil Manhaj Salaf.

    Saya berkata bahawa ini adalah penjelasan sebahagian ulamak pewaris Nabi s.a.w.

    yang menerangi umat pada zaman mereka dan zaman selepas zaman mereka. Mereka

    menyatakan pendirian mereka walaupun kelompok sesat dan melampau tidak menyukai.

    Ulamak ini sedaya upaya memberi manfaat kepada umat dan tidak hanya berzikir dan

    beratib siang dan malam. Mereka menulis, mensyarah, menafsir, dan lain-lain sama maknanya

    kepada kaum Muslimin supaya kaum Muslimin berada di atas jalan yang lurus iaitu jalan

    salafus soleh.

    Bukanlah tugas mereka mengkafir kaum Muslimin yang lain yang tetap beriman

    dengan enam rukun iman. Tugas mengkafirkan dan menyesatkan sesama kaum Muslimin ini

    diceburi oleh beberapa ahli agama yang bekerja di jabatan agama kerana kaum Muslimin

    yang lain berbeza dengan mereka pada permasalahan furuq. Alangkah menyesalnya mereka

    15

    Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM, 2002

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    22

    nanti ketika mereka di hadapan Allah tatkala dipersembahkan buku catatan amalan yang

    hanya penuh dengan debu-debu.

    __________________________

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    23

    BEBERAPA ALASAN KEHARUSAN MENGAMBIL MADZHAB SALAF

    Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengemukakan beberapa alasan dan hujah keharusan

    mengambil Madzhab Salaf sebagai pegangan dan bukannya Madzhab Khalaf.

    1. Kelemahan Akal Manusia

    Akal manusia terbatas untuk mengetahui hakikat sifat-sifat Allah iaitu Maha Pencipta.

    Lebih daripada itu, manusia juga terbatas untuk mengetahui hakikat dirinya sendiri. Meskipun

    perkembangan ilmu meluas, hakikat sifat-sifat Allah tidak dapat diketahui kerana keterbatasan

    akal manusia. Ini disepakati Salaf dan Khalaf.

    Kerana hal yang demikian, jalan yang paling lurus dan selamat ialah menerima sifat-

    sifat Allah daripada wahyu yang maksum iaitu daripada Dia sendiri kerana Dia lebih

    mengetahui akan hakikat diriNya.

    2. Dosa Dalam Kesalahan Takwil

    Dengan metakwilkan sifat-sifat Allah, kita sebenarnya menggunakan akal yang sudah

    kita sepakati keterbatasannya. Ini akan terdedah kepada kesalahan dan kesilapan. Dan kita

    kerana hal yang demikian akan termasuk ke dalam golongan manusia yang bercakap tentang

    Allah tanpa ilmu pengetahuan. Allah berfirman;

    Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan

    janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh

    yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-

    perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang

    kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah Al-Baqarah: 168-169)

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    24

    Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji,

    sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh

    dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu

    dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan

    (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak

    mengetahuinya. (Surah Al-Araf: 33)

    Kata Abu Bakr As-Siddiq r.a., Langit manakah yang akan menaungiku dan bumi

    manakah yang akan melindungiku jika aku berbicara terdahap Al-Quran sedangkan aku tidak

    mengetahuinya.

    3. Takwil Membuka Pintu Kesesatan

    Membuka pintu takwil akan membuka pintu kesesatan kerana takwil akan menjadi

    wasilah masuknya orang-orang zindik, atheis, ahli batin, filasof, para sufi yang menyimpang,

    dan lain-lain. Kerana hal yang demikian, para salafus soleh menutup pintu takwil dalam hal

    sifat-sifat Allah.

    4. Madzhab Salaf Disepakati Selamat

    Kerana di dalamnya ada ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah dan penafian

    dalam hal yang telah dinafikan oleh Allah. Sebaliknya Madzhab Khalaf yang melakukan

    takwil tidak akan luput daripada bahaya takwil.

    Ketika kita berdiri di hadapan Allah untuk dihisab pada hari kiamat, kebergantungan

    kita hanyalah pada wahyu yang maksum. Jika kita bayangkan nanti Allah bertanya kepada

    kita, Mengapa kalian menisbahkan kepada DzatKu kasih sayang, cinta, ridha, marah,

    bahagia, tertawa, atas, tinggi, dan yang lainnya? Kita akan menjawab, Kerana di dalam Al-

    Quran yang Engkau turunkan kepada Muhammad untuk hambaMu, Engkau berfirman seperti

    itu. Kami tidak pernah mensifati Engkau kecuali dengan sifat yang Engkau sifati. Bahkan

    jawapan ini benar dan tidak akan tertolak.

    Berbeza dengan sikap orang-orang yang melakukan takwil. Mungkin takwil mereka

    itu salah dan mungkin benar. Kerana yang demikian itu, Madzhab Salaf itu lebih selamat.

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    25

    5. Berpegang Teguh Kepada Kesepakatan Lebih Utama

    Hal yang utama dalam permasalahan akidah ialah berpegang teguh kepada

    kesepakatan dan bukannya perselisihan. Dalam kata yang lain kesepakatan yang dimaksudkan

    ialah kesepakatan salafus soleh yang terdiri daripada para sahabat, tabiin, dan tabi tabiin.

    Mereka adalah umat yang terbaik dan mereka bersepakat dalam hal sifat-sifat Allah.

    Saya menambah kerana hal yang demikian itu, kita tidak akan melihat mereka

    mentakwilkan sifat-sifat Allah.

    6. Para Pentakwil Kembali Kepada Madzhab Salaf

    Madzhab Salaf adalah ubat kepada kekeliruan takwil mereka selama ini dan mereka

    mengumumkan kembali kepada Madzhab Salaf kerana ubat itu. Kita tidak akan menemukan

    pendukung Madzhab Salaf kembali kepada Madzhab Khalaf.

    Imam Ash-Syaukani (w.1251H) membuat kesimpulan dalam Irsyad Al-Fuhul

    (2/49), Mereka bertiga iaitu Al-Juwaini, Al-Ghazali, dan Ar-Razi adalah orang yang

    meluaskan dan memanjangkan cakupan takwil. Sebagaimana diketahui akhirnya mereka

    kembali kepada Madzhab Salaf. Segala puji hanyalah bagi Allah. Dialah yang layak mendapat

    pujian tersebut.

    I. Imam Abul Hassan Al-Asyari (w.324H)

    Imam Abul Hassan Al-Asyari menulis di dalam karya terakhirnya Al-Ibanah16

    bahawa ... Dia bersemayam di atas Arsy. Allah berfirman;

    Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

    16 Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) BP166A 819I

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    26

    Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: (Surah Ar-

    Rahman: 27)

    Allah mempunyai tangan yang tidak boleh diserupakan, Dia berfirman;

    Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam)

    yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur,

    ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? " (Surah Sod: 75)

    ... Bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-

    limpah). (Surah Al-Anam: 64)

    Orang telah sesat jika dia menyangka bahawa Allah mempunyai nama-nama lain.

    Allah mempunyai ilmu seperti dalam firmanNya;

    ... Allah menurunkannya dengan ilmuNya... (Surah An-Nisa: 166)

    ... Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-

    satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui

    Allah... (Surah Fathir: 11)

    Kita beriman bahawa Allah mempunyai pendengaran dan penglihatan. Kita juga

    berpendapat bahawa ucapan Allah bukanlah makhluk. Juga kita percaya bahawa di akhirat

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    27

    Allah akan dilihat dengan mata sebagaimana bulan yang dilihat pada lailatul qadar..

    Sebagaimana terdapat dalam banyak riwayat, orang-orang beriman akan melihatNya.

    II. Imam Al-Haramain Abul Maali Abdul Malik Al-Juwaini (w.476H)

    Disebut di dalam tulisan beliau, Ar-Risalah An-Nizhamiyah Fi Al-Arkan Al-

    Islamiyah17 pendirian beliau yang berbunyi, Pendapat yang saya redha dan keyakinan yang

    saya peluk adalah mengikuti Madzhab Salaf. Kerana yang lebih utama adalah mengikuti dan

    meninggalkan bidah.

    Beliau juga berkata, Para Imam Qiraat berpendapat bahawa berhenti pada ayat,

    ... Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar)

    melainkan Allah... (Surah Ali Imran: 7)

    Kemudian Imam Haramain menyebut kata-kata Imam Malik bin Anas.

    Ghanin Al-Musyili menulis, Saya mendengar Imam Abul Maali (iaitu Imam

    Haramain) berkata, Kalaulah aku mengambil keputusan yang telah lalu, pasti aku tidak akan

    disibukkan dengan ahli kalam.

    Imam Adz-Dzahabi menulis, Saya membaca tulisan Abu Jafar (Muhammad bin

    Ali), Saya pernah mendengar Abul Maali berkata, Saya telah membaca lima puluh ribu per

    lima puluh ribu. Kemudian saya memisahkan orang-orang Islam dengan keislaman dan ilmu-

    ilmu mereka. Saya mengharungi lautan yang besar dan berenang ke dalam hal yang dilarang

    oleh umat Islam. Semua itu adalah untuk mencari kebenaran. Pada saat itu saya lari daripada

    taklid.

    Namun sekarang saya telah kembali kepada pendapat kebenaran. Hati-hatilah kalian

    terhadap agama orang-orang yang lemah. Kalaulah kelembutan dari kebenaran tidak

    17 Saya tidak berjaya mencari buku ini di Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    (UIAM)

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    28

    menemuiku pasti aku akan mati dalam agama orang-orang yang lemah. Namun aku

    mengakhiri hidupku dengan kalimah yang ikhlas, La ilaha illa Allah. Celakalah Abul

    Juwaini.

    III. Imam Al-Ghazali (w.505H)

    Disebut di dalam Iljam Al-Awam An Ilm Al-Kalam18.

    IV. Imam Fakhrurrazi (w.606H)

    Dalam Tasis At-Taqdis Ibn Hajar Al-Asqalani juga dalam Siyar Alam An-

    Nubala (21/500) Saya telah meneliti metod kalam dan metid filsafat tetapi saya tidak dapat

    memdapat ubat yang dapat mengubati penyakit serta menghilangkan dahaga. Saya

    berpendapat bahawa metod yang paling dekat adalah metod Al-Quran. Lalu beliau membaca

    ayat

    Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

    Sesiapa yang mahukan kemuliaan kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah

    lah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai

    amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya:

    orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka

    azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

    (Surah Fathir: 10)

    18 Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) BP166G411I

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    29

    Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari

    jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan

    (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan)

    kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan

    pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah Asy-Syura:

    11)

    Jika ada orang yang melakukan uji-cuba seperti uji-cuba saya, dia pasti akan

    mengetahui seperti saya.

    ____________________

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    30

    3 PERSOALAN

    1. Cara Berinteraksi Dengan Masyarakat Awam

    Persoalan yang timbul ialah manakah yang lebih utama diantara menjaga akidah orang

    awam dengan melakukan takwil - daripada mereka menyamakan Allah dengan makhluk atau

    itsbat terhadap sifat-sifat Allah sebagaimana ada di dalam Al-Quran. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

    memerhatikan empat perkara penting dalam persoalan ini;

    I. Kita harus menetapkan hal yang ditetapkan Allah sebagaimana di dalam Al-

    Quran dan As-Sunnah.

    II. Kita tidak harus menambah atau mengubah ungkapan walaupun sesuai

    dengan ungkapan kita.

    III. Kita tidak boleh mengumpulkan sifat-sifat Allah dan perbuatan-perbuatan

    Allah yang sama dalam satu bentuk. Kita faham secara terpisah.

    IV. Kita mesti menegaskan dalil-dalil qati dan kesepakatan madzhab samada

    Madzhab Salaf atau Madzhab Khalaf.

    Saya membuat kesimpulan bahawa pendapat Imam Ibnu Jauzi (w.597H), Imam

    Haramain (w.476H), dan Imam Ghazali (w.505H) adalah sama dalam hal ini iaitu tidak

    mentakwilkan dan mengikut pemahaman salafus soleh.

    Kata Ibn Jauzi (w.597H), Perkataan yang paling baik bagi orang awam adalah

    sikapilah hal ini seperti apa adanya dan jangan cuba pernah mencuba menakwilkannya.

    Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata bahawa Imam Haramain (w.476H) menjelaskan

    bahawa dengan sebuah penegasan bahawa hal yang sangat diinginkan olehnya adalah

    menyatukan manusia kepada Madzhab Salaf iaitu orang awam memahami sifat Allah dengan

    pemahaman Madzhab Salaf.

    Tambah Imam Haramain (w.476H), salafus soleh adalah manusia yang berotak

    cergas dan memiliki hujah yang sangat kuat. Akan tetapi mereka berhati-hati dengan tidak

    menerobos ke dalam hal yang samar dan tidak jelas iaitu sifat Allah. Maka adalah lebih utama

    untuk orang awam tidak menerobos ke dalam hal yang samar.

    Kata Imam Al-Ghazali (w.505H), Ketahuilah bahawa kebenaran yang jelas dan

    tidak diragukan lagi bagi orang-orang yang berakal adalah Madzhab Salaf iaitu madzhab

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    31

    sahabat dan tabiin (da tabi; tabiin). Di sini saya ingin memberikan bukti dan menegaskan

    bahawa hakikat Madzhab Salaf adalah bahawa setiap hadits yang sampai kepada mereka dan

    mempunyai hubungan dengan orang-orang awam harus disikapi dengan beberapa cara,

    menyucikan (taqdis), membenarkan (tasdiq), mengakui kelemahan (itiraf bil ajz), diam

    (sukut), menahan (imsak), cukup (kaff), dan menyerahkan kepada orang-orang berilmu

    (taslim li ahlil marifah).

    Tambah beliau, Inilah tujuh hal yang diyakini oleh Madzhab Salaf dan diharuskan

    kepada orang awam.

    Maka jika ada manusia yang berkata, Hal ini akan menjadikan kita tidak meneliti

    kebenaran dan akan berlaku taklid. Kita menjawab, Bukan seperti itu kerana yang

    dimaksudkan adalah iman secara umum dan keseluruhan. Kekuatan akan manusia tidak akan

    mempu memperincikan kebenaran ini. Dalilnya ketika Nabi Ibrahim a.s. berkata;

    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku!

    Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? ...

    (Surah Al-Baqarah: 260)

    Allah pun memperlihatkan kepadanya burung yang mati dihidupkan bukan

    memperlihatkan caraNya menghidupkan kerana Nabi Ibrahim tidak akan mampu memahami

    hal itu.

    Dalil lain;

    Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan

    Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (Surah Al-

    Isra: 85)

    Penjelasan Allah hanya umum sahaja. Iaitu memahami secara keseluruhan. Tidak

    terperinci. Hal yang sama adalah sikap Nabi Muhammad s.a.w. ketika menjelaskan hal ini

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    32

    secara umum tidak terperinci. Demikian yang dilakukan oleh sahabat dan generasi awal.

    Kerana akal yang tidak mampu memperincikan.

    2. Mendekatkan Madzhab Salaf Dan Madzhab Khalaf

    Sebenarnya usaha ini bukanlah pertama dilakukan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

    Usaha ini telah dilakukan oleh Imam Hassan Al-Banna (w.1368H), Al-Wasithi (w.712H),

    Rasyid Rida, As-Safarini (w.1188H), dan lain-lain.

    Allah berfirman;

    Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang

    menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan

    sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan

    memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An-Nisa: 114)

    Abdulfatah Haron Ibrahim menyebut, Sikap Salaf itu lebih selamat dan sikap Khalaf

    itu lebih teguh. Kaum Salaf tidak perlu kepada takwil kerana roh kepimpinan Rasulullah

    s.a.w. masih dirasakan hangat bersinar-sinar. Perlunya kepada takwilan selepas zaman Salaf

    itu kerana susunan masyarakat setempat zaman itu adalah memerlukan begitu. Sekarang kita

    dengan suasana zaman kita, kita boleh mengambil kedua-duanya sekali kerana semuanya

    adalah Ahli Sunnah belaka.19

    Sebenarnya perbezaan pendapat tidaklah serius seperti yang digambarkan oleh orang-

    orang jahil. Polemik kedua-dua madzhab hanyalah pada pemahaman dengan satu tujuan iaitu

    mensucikan Allah. Beberapa alasan diberikan ialah;

    I. Kedua-Dua Madzhab Samada Salaf atau Khalaf Menyucikan Allah

    Madzhab Salaf menyucikan Allah dengan mengambil pemahaman ayat-ayat sifat

    secara literal tanpa penyerupaan. Adapun ahli kalam melakukan takwil untuk menafikan

    penyerupaan. Maka tangan dalam (Surah Al-Mulk: 1)(Al-Mukminun: 88) difahami secara

    19 Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM, 2002

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    33

    literal tanpa penyerupaan kerana bertanya tentangnya adalah bidah. Juga tangan difahami

    dengan kekuasaan untuk penafian penyerupaan.

    II. Kedua-Dua Madzhab Sepakat Bahawa Erti Literal Lafaz-Lafaz Sifat

    Allah Bukanlah Erti Sebenar.

    Ini adalah kesepakatan Madzhab Salaf dan Madzhab Khalaf dalam penyucian Allah.

    III. Madzhab Salaf Melakukan Takwil Ijmali Dan Madzhab Melakukan

    Takwil Tafsili

    Madzhab Salaf juga melakukan takwil. Apabila disebut tangan, Madzhab Salaf

    berkata bahawa tangan Allah tidak sama dengan tangan kita. Inilah takwil ijmali iaitu takwil

    secara umum. Dengan satu tujuan iaitu mensucikan Allah.

    Saya berkata bahawa musuh Madzhab Salaf bukanlah Madzhab Khalaf dan

    sebaliknya. Musuh kita yang sebenarnya ialah orang-orang kafir yang melawan Islam samada

    Kristian, Yahudi, Budha, Hindu, Komunis, Atheis, dan lain-lain.

    Tugas kita adalah menguatkan jemaah dan meluruskan sof Islam.

    3. Sikap Kita

    I. Ketidakharusan Mengkafirkan Para Pentakwil

    Al-Qaradhawi menyebut bahawa meskipun beliau menguatkan dan menjadi

    pendokong Madzhab Salaf, akan tetapi beliau tidak menkafirkan para pentakwil yang juga

    daripada kalangan ulamak. Mereka ini kata beliau ikhlas memberi nasihat dan berijtihad

    sesuai dengan ilmu mereka. Jika ia benar akan diberi ganjaran dua pahala. Jika tidak benar

    akan tetap diberi satu pahala. Mereka mentakwilkan untuk memenuhi keperluan akal kaum

    Muslimin di setiap masa dan tempat.

    Kata Imam Hassan Al-Banna dalam Risalah Al-Aqaid, Kita harus berkeyakinan

    bahawa takwil kaum Khalaf tidak harus dihukum dengan kafir atau fasik. Kita tidak perlukan

    polemik antara dua mereka baik zaman dahulu atau zaman sekarang. Kerana Islam lebih luas

    daripada itu.

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    34

    Beliau menambah di tempat yang lain, Perkara yang menjadi perhatian sebahagian

    kaum Salaf dan lebih penting dilakukan pada zaman sekarang oleh umat Islam adalah

    menyatukan barisan dan kalimat semampu kita.

    Az-Zarkasyi (w.794H) telah menukilkan bahawa Ibnu Daqiq Al-Id (w.702H)

    berpendapat, Jika ada orang yang mentakwilkan sebagaian lafaz-lafaz tersebut (iaitu sifat-

    sifat Allah), dan jika takwilnya dekat dengan yang diinginkan serta difahami oleh Bahasa

    Arab, kita tidak mengingkari serta membidahkannya. Namun jika takwilnya jauh, kita diam,

    menjauhinya, dan kembali kepada dasar keimanan dengan erti mensucikan.

    Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menambah, Pada zaman sekarang takwil seperti ini (iaitu

    yang dekat dan diterima) diperlukan untuk menterjemahkan Al-Quran ke dalam pelbagai

    bahasa. Adalah tidak dapat diterima akal jika kita berkata kepada orang asing, Kita diam,

    tidak membincangkannya, dan menyerahkan maknanya kepada Allah. Kerana mereka

    memerlukan penjelasan, bukan diam. Beliau juga menambah, Takwil yang dapat diterima

    di sini akan lebih jelas dan lebih kuat untuk melakukan dakwah.

    Tambah Al-Qaradhawi, Selama seseorang itu mengucapkan bahawa tiada Tuhan

    selain Allah dan Muhammad adalah utusanNya, dia tetap ada dalam keislamannya. Jika ada

    orang mengucapkan syahadah, darah dan hartanya menjadi suci, kecuali oleh hak. Hisabnya

    ditentukan oleh Allah. kita tidak perlu menguak hati manusia. Kerana kita memperlakukan

    manusia pada hal yang zahir dan Allahlah yang mengetahui akan hal yang tersembunyi.

    Saya berkata bahawa inilah yang sepatutnya dipelajari oleh ahli-ahli agama. Ahli-ahli

    agama belajar tentang akidah pertama, fiqh kedua, akhlak dan adab akhir sekali di tempat

    ketiga. Maka jadilah kafir mengkafir dan sesat menyesat pada tempat yang salah. Ahli-ahli

    agama jenis ini memahami tugas mereka sebagai ahli agama ialah menghalang kaum

    Muslimin yang tidak sealiran dengan mereka dalam permasalahan furuq daripada masuk ke

    dalam syurga. Kerana hal itu mereka mengkafirkan dan menyesatkan. Asal akal mereka

    lemah dan mereka mahu menjadikan kaum Muslimin yang lain lemah seperti mereka.

    ____________________________________________________________________

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    35

    PENUTUP

    Menyatukan kaum Muslimin di atas Madzhab Salaf adalah satu cita-cita yang

    memerlukan usaha bersungguh-sungguh. Seperti kata Imam Malik bahawa umat ini tidak

    akan baik melainkan umat ini menggunakan formula pemahaman agama seperti formula

    pemahaman agama umat yang terbaik iaitu Salafus Soleh.

    Hal ini menjadi titik mula umat akan menjadi baik. Kerana akidah yang benar akan

    melahirkan amal ibadah yang benar. Menjadikan Salafus Soleh sebagai tauladan dalam hidup

    di dunia dan akhirat kelak akan melahirkan sosok tubuh yang berkerja untuk dunia dan

    bersungguh-sungguh untuk akhirat. Inilah sosok-sosok manusia yang siang harinya seperti

    pahlawan dan malam harinya seperti hamba.

    Kata Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya kerana Kitab

    Allah dan Sunnah RasulNya tidak mementingkan sesuatu selepas tauhid melainkan memberi

    perhatian yang utama kepada usaha mengukuhkan perpaduan umat dan membuang

    perselisihan pendapat di kalangan mereka serta mengatasi segala sesuatu yang dapat

    menengeruhkan keharmonian perhubungan diantara orang-orang Islam atau yang merosakkan

    ukhuwah mereka.20

    Di halaman yang lain beliau berkata, Mudah-mudahan Allah takdirkan penyelamat

    umat ini di tangan generasi-generasi putera-puteranya yang baik ini, sekiranya niatnya benar

    kepada Allah dan ia menempuh jalan yang menjamin keselamatan untuk memimpin bahtera

    menuju pantai yang aman setelah sekian lama terapung-apung di tengah lautan.

    Allah berfirman;

    Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu

    menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan, kerana jalan-jalan (yang lain

    itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan

    kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-Anam: 153)

    20 Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Budaya Ilmu Sdn Bhd, 1993

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    36

    Saya menutup rumusan ini dengan berdoa;

    "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami

    mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang

    mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (Surah Ali Imran: 53)

    _________________________________________________________

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    37

    RUJUKAN

    1. Al-Quran Al-Karim

    I. Miracle The Reference, Sygma Creative Media Corp.

    II. The Zikr Quranic Project

    III. At-Tafsir Al-Muyassar

    IV. Majma Al-Buhuth Al-Islamiyah Al-Kaherah

    V. Mushaf Al-Madinah Al-Nabawiyah

    VI. Majid

    VII. The Open School

    2. Akidah Salaf & Khalaf, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Pustaka Al-Kautsar, 2009

    3. - 6002

    4. Syarah Usul 20, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Dewan Pustaka Fajar, 2003

    5. Allah Antara Tasawuf Dengan Akidah, Abdulfatah Haron Ibrahim, DBP, 2008

    6. Menyingkap Aliran Dan Paham Sesat, Ummu Tamim Izzah binti Rasyad,

    Pustakan Imam Ahmad, 2009

    7. Manhaj Salafi Imam Syafii, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-

    Furqoon, 2012

    8. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM,

    2002

    9. Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Budaya Ilmu

    Sdn. Bhd., 1993

    10. 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Muhammad Ahmad Isa, Pustaka Imam Asy-

    Syafii, 2011

    11. 1911

    12. - 1915

    13. Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah, Ismail bin Omar, Access Infotech

    (M), 2006

    14. Al-Firqotun Najiyah, Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, Media Hidayah, 2003

    15. www.youtube.com Surah Ali Imran

  • (RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

    38

    BIODATA PENULIS

    Dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan pada 24

    April 1988. Bapa saya bernama Baharudin bin

    Othman. Saya bersekolah rendah di Sekolah

    Kebangsaan Lubuk Merbau Pendang. Kemudian

    melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Alor

    Star sehingga tingkatan 5. Selepas itu, saya

    menyambung pelajaran ke Darul Quran Jakim di

    Kuala Kubu Bharu dalam Persijilan Tahfiz Al-

    Quran. Sekarang di tahun 4 Kuliyyah Undang-

    Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam

    Antarabangsa Malaysia (UIAM).

    Saya berkahwin dengan Puan Rahmawati Mohd Yusoff dan dikurniakan dua orang cahaya

    mata perempuan, Maryam Sofiyyah dan Maryam Aisyah. Saya suka mengulangkaji hafazan

    Al-Quran dan membaca buku.

    Penulis di hujung minggu mengajar hafazan Al-Quran Pra-Tahfiz di Masjid At-

    Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Al-Hidayah Taman Melawati.

    Penulis boleh dihubungi di 013-2223513 dan [email protected].