Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

15
1 * Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia. DISEDIAKAN OLEH: NOR IDAYU ROSLAN ELIARIZA TUKIMAN NORAINI MOHD ZAKARIA NIK NORAFZAN NIK MOHAMED SAHABUDDIN

Transcript of Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

Page 1: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

1

* Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia.

DISEDIAKAN OLEH:NOR IDAYU ROSLANELIARIZA TUKIMAN

NORAINI MOHD ZAKARIANIK NORAFZAN NIK MOHAMED SAHABUDDIN

Page 2: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

Tujuan Akta Kualiti AlamSekeliling

•Ia merupakan instrumen asas untuk mencapai objektif alam sekitar peringkat kebangsaan.

• Bertujuan untuk memberi nasihat kepada ketua pengarah untuk melaksanakan tugasnya berkenaan dengan alam sekitar.

• Tugas-tugas itu ialah menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan pelupusan bahan buangan, mengawal pencemaran,menjaga kualiti alam sekitar dll.

Page 3: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

3

TAFSIRAN

“Alam Sekeliling” –

faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi bagi binatang - binatang dan tumbuh – tumbuhan.

Page 4: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

4

“Buangan” –

Apa-apa benda yang ditetapkan sebagai buangan terjadual, atau apa-apa benda, sama ada, dalam bentuk pepejal, separuh pepejal atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling dalam apa-apa isipadu, komposisi atau cara yang menyebabkan pencemaran.

TAFSIRAN

Page 5: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

5

“Ketua Pengarah” –

Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang disebutkan dalam Seksyen 2.

TAFSIRAN

Page 6: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

6

“Pencemar” – sesuatu benda sama ada cecair, pepejal atau gas yang secara langsung atau secara tak langsung:(a) Mengubah kualiti sesuatu segmen atau

unsur alam sekeliling yangmenerimanya hingga menjejas sesuatu kegunaan berfaedah; atau(b) Merbahaya atau mungkin merbahaya

kepada kesihatan.

dan termasuklah bau-bau yang tidak disukai, radioaktiviti, bunyi bising pertukaran suhu atau pertukaran fizikal, haba, kimia atau biologi pada sesuatu segmen atau unsur alam sekeliling.

TAFSIRAN

Page 7: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

7

“Pencemaran” – apa-apa perubahan langsung atau tak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi, atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan-buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air , atau kepada tumbuh-tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini

TAFSIRAN

Page 8: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

Pencemaran tanahPencemaran airPencemaran bunyiPencemaran LautPencemaran Udara

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Page 9: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

CONTOH AKTA YANG DIKUATKUASAKANSeksyen 22- Sekatan Mengenai Pencemaran Udara

Peruntukan Lesen Pelanggaran terhadap syarat-syarat yang diterima bagi melepaskan bahan buangan ke udara.

Denda : RM 10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

Pindaan 1996 – Denda: RM 100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya

Page 10: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

Pindaan 1998

Seksyen 29 A -Larangan atas pembakaran terbuka

Tiada seorang boleh menyebab, membiar, membenar pembakaran terbuka tanpa kebenaran Ketua Pengarah Alam Sekitar

Ketua Pengarah boleh memberi lesen pembakaran terbuka dalam keadaan tertentu iaitu pembakaran terbuka adalah hanya satu cara pelupusan ekonomi yang praktik dan pembakaran itu tidak akan menyebabkan pencemaran

Denda kepada RM 500,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya

Page 11: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

11

S34B. Larangan terhadap penempatan, peletakan, dsb. buangan terjadual.

(1) Tiada seorang pun boleh melakukan perkara-perkara berikut tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah -

(a) Menempatkan, meletakkan atau melupuskan atau menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, diletak atau dilupuskan, kecuali di premis yang ditetapkan sahaja, apa-apa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan

Malaysia;

BAHAGIAN IVAKAWALAN BUANGAN TERJADUAL

[Dimasukkan Akta A953]

Sambungan …

Page 12: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

12

(b) menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit buangan terjadual.

Sambungan …

BAHAGIAN IVAKAWALAN BUANGAN TERJADUAL

Sambungan …

Page 13: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

13

(2) Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan bertulis sama ada tertakluk kepada syarat atau tak bersyarat.

(3) Apa-apa tindakan menerima atau menghantar, atau mentransit apa-apa buangan terjadual dengan kelulusan yang diperolehi melalui

pemalsuan, salah nyataan atau fraud atau yang tidak mematuhi dengan cara yang material

dengan dokumen yang relevan dalam borang yang ditetapkan adalah suatu kesalahan.

Sambungan …

Sambungan …

Page 14: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

14

(4) Sesiapa yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh

didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Sambungan …

Page 15: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- Presentation

15