Akta Penagih Dadah

2
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 - (Pindaan) 1998 SEKSYEN KUASA-KUASA / SIASATAN / TAHANAN 3 Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian : 1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah. 2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian. 4 Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam: 1. Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam * Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam bon. * Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian. 5 Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian : 1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan 2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan 6 Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah 1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan : * Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan. * Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.

description

pameran unit anti dadah

Transcript of Akta Penagih Dadah

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 - (Pindaan) 1998

SEKSYEN

KUASA-KUASA / SIASATAN / TAHANAN

3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :

1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.

2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.

4

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam:

1. Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam

* Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam bon.

* Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.

5

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :

1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan

6

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah

1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan

majistret, majistret boleh memerintahkan :

* Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.

* Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.

7

Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret. Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.

19

Jagaan yang sah disisi undang-undang :

1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.

* Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.

* Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan

* Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.

2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih

3 tahun atau kedua-duaya.