Aktifkan semula Dasar Pandang ke Timur · Dasar Pandang ke Timur memberikan tumpuan kepada etika...

4
Bil. 7/2018 Page 1 Aktifkan semula Dasar Pandang ke Timur MALAYSIA berkembang maju melalui perancangan teliti dan sistematik sejak mula merdeka lagi. Rancangan Lima Tahun (RMK) pembangunan kerajaan peninggalan zaman pemerintah Inggeris di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua berterusan sehingga sekarang. Rancangan Malaya Pertama dari 1956 hingga 1960 diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari 1961 hingga 1965 dan seterusnya disambung dengan Rancangan Malaysia Pertama pada 1966 hingga 1970. Kini Malaysia berada dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) 2016 hingga 2020. Dalam tempoh itu, Malaysia menjadi antara negara terbaik di Asia dan berjaya mentransformasi struktur ekonomi daripada berasaskan pertanian pada 1970-an kepada ekonomi berasaskan pembuatan pada pertengahan 1980-an. Pertumbuhan ekonomi dan perkhidmatan moden pada dekad 1990-an meningkatkan pendapatan penduduk negara sehingga kini. Dalam RMK-11 sekarang ialah peringkat yang paling mencabar bagi merealisasikan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang 2020. Tumpu etika kerja, budaya masyarakat Jepun Pelbagai aktiviti dilakukan kerajaan dalam memastikan kejayaan dasar yang digariskan dalam RMK. Antaranya ialah Dasar Pandang ke Timur. Dasar Pandang ke Timur memberikan tumpuan kepada etika kerja dan budaya masyarakat Jepun untuk rakyat Malaysia bekerja dengan lebih kuat lagi dan mengubah gaya kerja yang selama ini lebih dipengaruhi oleh budaya Barat. ‘ Integriti Menjana Kecemerlangan & Jati Diri ’

Transcript of Aktifkan semula Dasar Pandang ke Timur · Dasar Pandang ke Timur memberikan tumpuan kepada etika...

Page 1: Aktifkan semula Dasar Pandang ke Timur · Dasar Pandang ke Timur memberikan tumpuan kepada etika kerja dan budaya masyarakat Jepun untuk rakyat Malaysia bekerja dengan lebih kuat

Bil. 7/2018

Page 1

Aktifkan semula Dasar Pandang ke Timur

MALAYSIA berkembang maju melalui perancangan teliti dan sistematik sejak mula merdeka lagi. Rancangan Lima Tahun (RMK) pembangunan kerajaan peninggalan zaman pemerintah Inggeris di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua berterusan sehingga sekarang.

Rancangan Malaya Pertama dari 1956 hingga 1960 diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari 1961 hingga 1965 dan seterusnya disambung dengan Rancangan Malaysia Pertama pada 1966 hingga 1970. Kini Malaysia berada dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) 2016 hingga 2020.

Dalam tempoh itu, Malaysia menjadi antara negara terbaik di Asia dan berjaya mentransformasi struktur ekonomi daripada berasaskan pertanian pada 1970-an kepada ekonomi berasaskan pembuatan pada pertengahan 1980-an.Pertumbuhan ekonomi dan perkhidmatan moden pada dekad 1990-an meningkatkan pendapatan penduduk negara sehingga kini.

Dalam RMK-11 sekarang ialah peringkat yang paling mencabar bagi merealisasikan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang 2020.

Tumpu etika kerja, budaya masyarakat Jepun

Pelbagai aktiviti dilakukan kerajaan dalam memastikan kejayaan dasar yang digariskan dalam RMK. Antaranya ialah Dasar Pandang ke Timur.Dasar Pandang ke Timur memberikan tumpuan kepada etika kerja dan budaya masyarakat Jepun untuk rakyat Malaysia bekerja dengan lebih kuat lagi dan mengubah gaya kerja yang selama ini lebih dipengaruhi oleh budaya Barat.

‘ Integriti Menjana Kecemerlangan & Jati Diri ’

Page 2: Aktifkan semula Dasar Pandang ke Timur · Dasar Pandang ke Timur memberikan tumpuan kepada etika kerja dan budaya masyarakat Jepun untuk rakyat Malaysia bekerja dengan lebih kuat

Walaupun dalam Dasar Pandang ke Timur melihat kepada negara seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura, tetapi tumpuan lebih kepada Jepun.Dasar yang diperkenalkan pada 1982 sangat relevan dengan Malaysia dan telah membantu Malaysia terus maju dan wajar diteruskan.

Nilai kerja dan inovasi yang diamalkan oleh Jepun perlu menjadi ikutan dan teladan rakyat Malaysia.Penghantaran pelajar ke Jepun untuk melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah pertama dan pasca siswazah berjaya menyumbang kepada budaya kerja dan amalan pemikiran cara Jepun.

Selain itu, banyak lagi program kerjasama melalui program Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), iaitu agensi Kerajaan Jepun untuk menyelaras bantuan ekonomi dan pertumbuhan sosial negara membangun dan mempromosikan kerjasama antarabangsa dan JSPS (The Japan Society for the Promotion of Science (bertujuan menyumbang kepada peningkatan sains terutama dalam bidang sains semula jadi dan sosial dan kemanusiaan).

Banyak budaya penting Jepun dipelajari di samping bahasanya.Budaya tunduk memberi hormat, tidak bising dan bercakap kuat di khalayak, mementingkan kebersihan, budaya mengucap selamat pagi atau minta maaf dan terima kasih menunjukkan kemesraan dan hormat dalam kalangan masyarakat Jepun.

Masyarakat mereka amat menghargai alam semula jadi, mengamalkan kitar semula, melakukan sesuatu dengan teliti, dan banyak lagi aktiviti dan tingkah laku yang menunjukkan orang Jepun itu menghormati dan menghargai sesama manusia yang boleh dicontohi.Dalam komuniti akademik, misalnya makmal yang produktif menghasilkan banyak penerbitan, inovasi dan penyelidikan yang berkualiti jelas menunjukkan sifat hormat, kerjasama, penghargaan, disiplin, kerja kuat dan ketelitian bekerja.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri telah mengusulkan Dasar Pandang ke Timur pada awal 1980-an untuk mempelajari secara sistematik unsur yang berjaya dalam amalan pengurusan dan perniagaan Jepun.Lawatan terkini Dr Mahathir ke Jepun akan mencergaskan semula dan menambah baik Dasar Pandang ke Timur bagi memperkukuhkan kerjasama dan meningkatkan daya saing perniagaan untuk kedua-dua negara.

Pengukuhan inisiatif bidang pendidikan, latihan dan pelaburan akan memperluas pembangunan sumber manusia dan menggalakkan pemindahan dalam sains dan teknologi.Program sedia ada kerjasama Malaysia-Jepun perlu dikenal pasti dan menambah baik, di samping memperkenalkan yang baharu dengan pendekatan yang lebih berkesan.

Persatuan Alumni Dasar Pandang Ketimur (ALEPS) dan kumpulan penyelidik Malaysia-Jepun yang berjaya perlu diketengahkan bagi membantu pengaktifan semula Dasar Pandang ke Timur. Sejarah kerjasama teknikal Malaysia-Jepun sudah menunjukkan kejayaan dan perlu diteruskan.

Page 2

Berita Harian24 Jun 2018

Page 3: Aktifkan semula Dasar Pandang ke Timur · Dasar Pandang ke Timur memberikan tumpuan kepada etika kerja dan budaya masyarakat Jepun untuk rakyat Malaysia bekerja dengan lebih kuat

Bil. 7/2018

Page 1

5 Ways To Increase Your Productivity At Work

Do you ever finish your workday feeling like you weren’t able to accomplish everything on your list? You start with a plan, a list, a goal… but by the end of the day, you find your to-do list is even longer.I get it. Being productive at work can be difficult. Managing your time in ways that are conducive to your productivity is key… but it can sometimes be hard to know where to start.

As a career coach, I’ve helped both young executives working 12-15 hour days, and millennial entrepreneurs with the entire day at their disposal. Despite the differences in their days, both parties struggle with how to effectively structure their time. No matter who you are, you need to be on point with how you manage those 24 hours each day.

Try incorporating these tips to increase that productive flow and work smarter!

1. Stop multitasking

It can be tempting to want to take care of a few tasks at once, especially if they seem small or easy. But it simply doesn’t work. According to neuroscience professor Earl K. Miller, “multitasking is not humanly possible.” We’re fooling ourselves when we say we can easily juggle phone calls, presentations, and eating lunch. Focus on one task at a time, and you’ll actually end up completing it faster.

2. Take breaks

We might think working longer hours means we’re getting more done, but we never work as well when we’re burned out. Studies show taking regular breaks helps concentration and boosts your mood. Take a five-minute walk around the office, or spend 15 minutes grabbing that mid-afternoon coffee.

‘ Integriti Menjana Kecemerlangan & Jati Diri ’

Page 4: Aktifkan semula Dasar Pandang ke Timur · Dasar Pandang ke Timur memberikan tumpuan kepada etika kerja dan budaya masyarakat Jepun untuk rakyat Malaysia bekerja dengan lebih kuat

3, Set small goals

Sometimes, looking at our goals can be overwhelming. Seeing a handful of big projects on our calendar can be stressful… but if you break it up into smaller tasks, you’ll feel more in control and will be much more productive. Rather than write down "finish project," break that into all the tasks it will take. This will keep you on track in your day-to-day and make the bigger projects seem less daunting.

4. Take care of the biggest tasks when you’re most alert

We all sometimes push aside big goals because we’re not confident we’ll accomplish them… And by the time we get to them, we’re too burned out from our day to give it the attention it needs. That’s how projects end up bleeding into additional days, and making it feel like productivity has disappeared.Understanding when and how you work best is key to getting those big projects done on time. There’s no set schedule that works for everyone… if you’re a morning person, tackle the big tasks first thing in your day.

5. Implement the “two-minute rule”

Make the most of your time at work by filling those tiny windows with actual tasks. According to entrepreneur Steve Olenski, finding and immediately completing tasks that take two minutes or less actually saves you time. So, if it takes less than two minutes, do it now.

The other aspect of the two-minute rule is that any goal or habit can be started in under two minutes. This doesn’t mean you’ll be able to complete every task in 120 seconds, but starting new goals is the first step to accomplishing them!

Not every day will be perfectly productive; don’t beat yourself up over it. Instead, refocus your energy and implement these tips. Once you find the sweet spot that works for you, you’ll be amazed at how much more you can get done both in and out of the office.Now excuse me while I go take my 15-minute break. You should take one too.

Page 2

Forbes28 Jun 2018