AKTIVITI 1 INTERAKSI 3

download AKTIVITI 1 INTERAKSI 3

of 2

Transcript of AKTIVITI 1 INTERAKSI 3

  • 7/28/2019 AKTIVITI 1 INTERAKSI 3

    1/2

    HISHAMUDIN BIN MOHD SUPANJI

    RBT 1 ( 1CKH1106011 ) PPG AMBILAN JUN 2011

    Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai hakcipta terpelihara, keselamatan,

    kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam TMK melalui pelbagai sumber sedia ada.

    Kemudian rumuskan isi kandungan maklumat ini dengan menggunakan

    pemprosesan perkataan.

    HAK CIPTA

    Hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu

    pernyataan idea atau maklumat.

    Akta Hakcipta 1987 ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 1987.

    Akta ini memansuhkan Akta Hakcipta 1969. Akta ini dipinda oleh Akta Hakcipta

    (Pindaan) 1997. Antara sebab utama pindaan ini ialah berikutan masalah

    pemindahan karya hak cipta melalui Internet.

    Terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Hak Ekonomi dan Hak Moral.

    Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian/bahan

    P&P dan TMK :

    - Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah

    mempunyai hakcipta

    - Membina atau mencipta bahan itu sendiri

    - Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal.

    - Bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan

    - Bertujuan untuk P&P semata-mata

    - Hanya menggunakan sebahagian kecil karya dan bukannya keseluruhan

    karya.- Memberikan penghargaan kepada pengkarya asal.

    Penguatkuasaan undang-undang hak cipta di Malaysia dipertanggungjawabkan

    kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

    Koperasi Dan Kepenggunaan serta Polis DiRaja Malaysia.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/30_Aprilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1987http://ms.wikipedia.org/wiki/Internethttp://ms.wikipedia.org/wiki/Internethttp://ms.wikipedia.org/wiki/1987http://ms.wikipedia.org/wiki/30_Aprilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong
  • 7/28/2019 AKTIVITI 1 INTERAKSI 3

    2/2

    KESELAMATAN

    Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan TMK ialah;

    - Penipuan, Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer, Kecurian

    maklumat, Menyalin perisian secara tidak sah, penggodam/Hacker, penyebar

    Virus

    Langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin keselamatan dalam TMK ini

    ialah :

    - Jangan membuka e-mel yang diragui.

    - Menggunakan kata laluan bagi menjaga kerahsiaan maklumat.

    - Membuat peraturan penggunaan makmal.

    - Mengutamakan penjagaan perkakasan.

    - Menjaga keselamatan data dan membuat salinan.

    - Memasang perisian antivirus.

    KERAHSIAAN

    Rahsia yang dimaksudkan ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan

    dan alat atau objek,bahan bertulis.

    Ini melibatkan seseorang seperti pemegang amanah,pentadbir atau seseorang yang

    berkhidmat dalam perkhidmatan bersuhabat dan menyebarkan sesuatu bahan yang

    sulit kepada pihak lain. Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan

    melalui amalan penguatkuasaan undang-undang, peraturan, pelesenan dan praktis

    penguatkuasaan pentadbiran.

    KAWALAN KENDIRI

    Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah

    suatu keistimewaan dan bukan satu hak mutlak. Oleh itu, setiap individu harus

    mengikut prosedur dan etika penggunaan bahan dan teknologi.

    Semasa menggunakan bahan, seseorang perlu berkebolehan untuk mengawal diri

    daripada segi melayari bahan yang melanggar undang-undang atau kod etika diri

    serta mempunyai disiplin diri dalam menentukan priority dalam proses mencapai

    matlamat kendiri, sama ada berkaitan dengan tugas atau peribadi.

    Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan yang

    menarik. Pengguna harus berhati-hati semasa memuat turun bahan dan disiplin diri

    amat diperlukan agar tidak melanggar peraturan atau prosedur undang-undang.