Aktiviti 1 malaysia2014

10
AKTIVITI 1 PUSAT KREATIF 1 MALAYSIA PRASEKOLAH SK APING Pusat Kreatif 1 Malaysia Prasekolah SK Aping ini, telah di wujudkan sejak tahun 2012 iaitu dua tahun lepas. Ianya di wujudkan untuk mengalakkan murid-murid berinteraksi, menghasilkan idea dan kemahiran melalui penerokaan, penemuan dan penyelesaian masalah. pengujudan pusat kreatif 1 Malaysia ini dapat merealisasikan amalan dan gaya hidup 1 Malaysia di kalangan murid-murid prasekolah. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sini, adalah berdasarkan tema daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di atas kain putih atau kertas mahjong bertemakan 1 Malaysia. Pusat ini juga mengandungi Grafity Area yang mana guru membimbing murid-murid membuat aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berdasarkan sukatan yang terdapat dalam KSPK tersebut. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan, adalah seperti membuat kolaj bunga raya, murid-murid mendengar cerita tentang cerita rakyat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia, murid membuat main peranan seperti cara makan pelbagai kaum, permainan kecil menggunakan alatan permainan tradisional seperti congkak, menggantung bendera, tanglung,ketupat dan kad ucapan, dan hasil kerja murid di pamerkan di pusat ini seperti bendera, kad ucapan, tanglung ketupat dan sebagainya. 1

Transcript of Aktiviti 1 malaysia2014

AKTIVITI 1

PUSAT KREATIF 1 MALAYSIA PRASEKOLAH SK APING

Pusat Kreatif 1 Malaysia Prasekolah SK Aping ini, telah di wujudkan sejak tahun 2012

iaitu dua tahun lepas. Ianya di wujudkan untuk mengalakkan murid-murid berinteraksi,

menghasilkan idea dan kemahiran melalui penerokaan, penemuan dan penyelesaian

masalah. pengujudan pusat kreatif 1 Malaysia ini dapat merealisasikan amalan dan gaya

hidup 1 Malaysia di kalangan murid-murid prasekolah.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sini, adalah berdasarkan tema daripada Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di atas kain putih atau kertas mahjong bertemakan

1 Malaysia. Pusat ini juga mengandungi Grafity Area yang mana guru membimbing murid-

murid membuat aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berdasarkan sukatan yang

terdapat dalam KSPK tersebut.

Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan, adalah seperti membuat kolaj bunga raya,

murid-murid mendengar cerita tentang cerita rakyat pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia,

murid membuat main peranan seperti cara makan pelbagai kaum, permainan kecil

menggunakan alatan permainan tradisional seperti congkak, menggantung bendera,

tanglung,ketupat dan kad ucapan, dan hasil kerja murid di pamerkan di pusat ini seperti

bendera, kad ucapan, tanglung ketupat dan sebagainya.

1

Gambar 1: Pusat kreatif 1 Malaysia Gambar 2 : Aktiviti permainan congkak

Gambar 3 : Murid-murid mewarna Pusat 1 Malaysia

2

AKTIVITI 2

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PRASEKOLAH SK APING

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati

penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada

tahun 1963. Sepanjang minggu pada Hari Malaysia ini, pelbagai aktiviti telah di laksanakan

seperti tarian pelbagai kaum, menonton tayangan slaid sejarah penubuhan Malaysia, Gusti

lengan, permainan batu seremban, persembahan murid-murid prasekolah seperti membaca

sajak, dan pertandingan mewarna bendera Malaysia.

Pada tahun ini, kelas prasekolah SK Aping telah mengadakan aktiviti seperti mewarna

dan menghasilkan jalur gemilang menjadi topi, mewarna gambar jalur gemilang dan

menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku sepanjang bulan Ogos hinggalah 16

september 2014. Murid-murid juga bermain ketinting, dan main batu seremban semasa sesi

PdP permainan luar diadakan.

Selain itu, guru juga menerangkan kepada murid bagaimana Malaysia telah

ditubuhkan dan bercerita mengenai sejarah gabungan negeri Semenanjung Malaysia, Sabah

dan Sarawak sehingga membentuk Negara Malaysia. Murid juga menghasilkan Jalur

Gemilang pada kain yang bersaiz satu meter dan mewarnakannya.

Gambar 4 : Murid melukis dan mewarna Jalur Gemilang pada kain.

3

Gambar 5: Aktiviti main batu seremban. Gambar 6 : Guru menerangkan lambang bendera.

Gambar 7: Pertandingan mewarna Jalur Gemilang.

Gambar 8 : Murid mewarna dan mengunting topi Gambar 9 : Hasil kerja murid telah siap.

4

AKTIVITI 3

PERAYAAN 1 MALAYSIA PRASEKOLAH SK APING

Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai kaum. Begitu juga

dengan murid-murid prasekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang

berlainan. Melalui sambutan perayaan 1 Malaysia pada peringkat sekolah ini, murid-murid

prasekolah juga telah didedahkan dengan berbagai-bagai aktiviti.

Selain itu, murid-murid prasekolah boleh mempelajari dan mengenal kepelbagaian

kaum lain seperti pakaian, makanan, tarian dan sebagainya.

Gambar 10 : persembahan sajak dan baju tradisional.

Gambar 11 : Persembahan tarian pelbagai kaum peringkat sekolah.

5

AKTIVITI 4

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PRASEKOLAH

Aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan ini telah di laksanakan pada sepanjang bulan

Ogos setiap tahun. Ianya untuk menyemai semangat patriotism dalam diri murid-murid

prasekolah. Di samping itu juga, aktiviti ini hendaklah selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Pelbagai aktiviti telah dilaksana sepanjang bulan ini adalah seperti mengantung dan

mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah, bacaan ikrar dan nyanyian lagu Negaraku,

senamrobik kemerdekaan pada peringkat sekolah, mewarna dan mengibarkan Jalur

Gemilang pada kelas prasekolah. Murid juga mengadakan aktiviti mengelilingi sekolah

dengan mengibarkan jalur gemilang dan menyertai perhimpunan Kemerdekaan peringkat

sekolah.

Gambar 12: Mewarna bendera Malaysia. Gambar 13: Bacaan ikrar dan lagu Negaraku

Gambar 14 : Mengibarkan bendera di dalam kelas prasekolah.

6

Gambar 15 : Mengibarkan bendera di

dalam kawasan sekolah.

Gambar 16: Senamrobik dan larian

kemerdekaan peringkat sekolah.

Gambar 17 : Perhimpunan Kemerdekaan peringkat sekolah.

7