AKTIVITI 2 assigment oum

2
AKTIVITI 2 Manusia perlu melengkapkan diri dengan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup.Pengajian Jarak Jauh (PJJ) adalah alternative yang terbaik bagi pelajar yang berusia dan berkeluarga.Menurut Prof Dr Mohamad Sulaiman (Mac 1997) PJJ merupakan peluang kedua bagi mereka yang tidak dapat masuk ke pusat pengajian tinggi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu tetapi mempunyai kelayakan.Menurut Rozhan Hj Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri dalam pelaksanaan PJJ ,segala pengajaran dijalankan secara dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar. Dalam usaha mencapai kejayaan ,pelajar-pelajar jarak jauh ini mempunyai pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi.Masalah- masalah ini telah menuntut pelajar-pelajar melakukan perubahan untuk mencapai matlamat dan impian mereka.Secara umumnya terdapat tiga kekangan utama pertama masalah pembelajaran,keduanya masalah kekeluargaan dan masalah sosial dan kekeluargaan. Kekangan Pertama adalah masalah pembelajaran,PJJ memerlukan kos yang tinggi membayar yuran sekitar RM1000-RM5000 bagi memperolehi bahan bacaan dan kaedah penggunaan media .Kos pembelajaran ini menjadi beban kepada mereka kerana gaji yang diperolehi bukan untuk pelajaran sahaja tetapi untuk keperluan lain seperti untuk keluarga dan keperluan hidup.Begitu juga tentang interaksi yang minimum berbanding dengan pelajar sepenuh masa untuk berintraksi dengan pensyarah ,ini mengakibatkan kesukaran dalam proses pembelajaran.Pelajar PJJ juga sering keletihan kerana terpaksa belajar selepas waktu belajar selepas waktu kerja keadaan ini menyebabkan gangguan dalaman dan gangguan luaran.Menurut France Henri dan Anthony Kaye (Keegan D ,1993) ganguan dalaman merujuk kemarahan,tekanan emosi manakala luaran

description

health wellness

Transcript of AKTIVITI 2 assigment oum

Page 1: AKTIVITI 2 assigment oum

AKTIVITI 2

Manusia perlu melengkapkan diri dengan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup.Pengajian Jarak Jauh (PJJ) adalah alternative yang terbaik bagi pelajar yang berusia dan berkeluarga.Menurut Prof Dr Mohamad Sulaiman (Mac 1997) PJJ merupakan peluang kedua bagi mereka yang tidak dapat masuk ke pusat pengajian tinggi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu tetapi mempunyai kelayakan.Menurut Rozhan Hj Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri dalam pelaksanaan PJJ ,segala pengajaran dijalankan secara dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.

Dalam usaha mencapai kejayaan ,pelajar-pelajar jarak jauh ini mempunyai pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi.Masalah-masalah ini telah menuntut pelajar-pelajar melakukan perubahan untuk mencapai matlamat dan impian mereka.Secara umumnya terdapat tiga kekangan utama pertama masalah pembelajaran,keduanya masalah kekeluargaan dan masalah sosial dan kekeluargaan.

Kekangan Pertama adalah masalah pembelajaran,PJJ memerlukan kos yang tinggi membayar yuran sekitar RM1000-RM5000 bagi memperolehi bahan bacaan dan kaedah penggunaan media .Kos pembelajaran ini menjadi beban kepada mereka kerana gaji yang diperolehi bukan untuk pelajaran sahaja tetapi untuk keperluan lain seperti untuk keluarga dan keperluan hidup.Begitu juga tentang interaksi yang minimum berbanding dengan pelajar sepenuh masa untuk berintraksi dengan pensyarah ,ini mengakibatkan kesukaran dalam proses pembelajaran.Pelajar PJJ juga sering keletihan kerana terpaksa belajar selepas waktu belajar selepas waktu kerja keadaan ini menyebabkan gangguan dalaman dan gangguan luaran.Menurut France Henri dan Anthony Kaye (Keegan D ,1993) ganguan dalaman merujuk kemarahan,tekanan emosi manakala luaran pula keadaan yang panas,peralatan tak mencukupi dan sebagainya lagi.

Seterusnya ,masalah kekeluargaan,dimana pelajar PJJ berhadapan dengan masalah kekeluargaan kerana banyak aktiviti kekeluargaan tidak dapat dilakukan seperti dahulu. Ini akan mengakibatkan konflik keluargaan kerana banyak masa di habiskan untuk pembelajaran.Pengurusan masa amatlah penting bagi mengatasi masalah ini.Sokongan keluarga amatlah penting supaya pelajar dapat menetapkan masa belajar dengan kerelaan keluarga.

Berikutnya adalah masalah sosial dan kemasyarakatan,pelajar-pelajar PJJ tidak dapat melakukan aktivit kemasyarakatan dan social seperti biasa.Kuliah-kuliah agama dan gotong royong,aktiviti NGO kerana kesibukan belajar.Ini memberi implikasi tanggapan negetif masyarakat terhadap mereka.Hubungan masyarakat juga penting,justeru aktiviti masyarakat perlu mereka hadir walaupun tidak sekerap

Page 2: AKTIVITI 2 assigment oum

dahulu.Masyarakat setempat mungkin faham dengan keadaan mereka sekiranya ada interaksi yang baik mungkin menjadikan kita sebagai Ikon untuk anak-anak mereka untu mencapai kejayaan

Kesimpulannya kekangan yang dihadapi iaitu masalah pembelajaran,kekeluargaan ,kemasyarakatan dan sosial adalah bersifat sementara.Dimana masalah ini boleh diatasi .Displin yang tinggi,daya usaha yang gigih ,sokongan keluarga dan peranan masyarakat penyumbang kejayaan mereka

\