Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

10
Objektif Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah untuk melatih murid- murid membuat servis dalam pelbagai jenis teknik. Servis merupakan teknik asas bagi permainan pingpong. Oleh itu, aktiviti pengukuhan membuat servis amat diperlukan bagi murid-murid yang baru mendekati permainan pingpong ini. Aktiviti yang dibentuk bukan sahaja dapat melatih kemahiran murid sahaja, malah ia dapat memberi suatu panduan kepada bakal guru untuk mengajar anak muridnya apabila mereka menamati pelajaran nanti. A. Kemahiran membuat servis • Letakkan bola di atas tapak tangan. • Tangan yang memegang raket perlu berada di atas paras meja dan melepasi garisan hujung meja. • Lambungkan bola sekurang-kurangnya 16 cm dan ke atas. • Memukul bola dengan raket dari belakang bola ke hadapan. • Bola mesti menyentuh bahagian meja di bahagian pemain yang melakukan servis dan ke arah bahagian meja pihak lawan.

description

permainan

Transcript of Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

Page 1: Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

Objektif

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah untuk melatih murid-murid membuat servis

dalam pelbagai jenis teknik. Servis merupakan teknik asas bagi permainan pingpong.

Oleh itu, aktiviti pengukuhan membuat servis amat diperlukan bagi murid-murid yang

baru mendekati permainan pingpong ini. Aktiviti yang dibentuk bukan sahaja dapat

melatih kemahiran murid sahaja, malah ia dapat memberi suatu panduan kepada bakal

guru untuk mengajar anak muridnya apabila mereka menamati pelajaran nanti.

A. Kemahiran membuat servis

• Letakkan bola di atas tapak tangan.

• Tangan yang memegang raket perlu berada di atas paras meja dan melepasi garisan hujung meja.

• Lambungkan bola sekurang-kurangnya 16 cm dan ke atas.

• Memukul bola dengan raket dari belakang bola ke hadapan.

• Bola mesti menyentuh bahagian meja di bahagian pemain yang melakukan servis dan ke arah bahagian meja pihak lawan.

Page 2: Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

B. Kedudukan berdiri dan bersedia (stance)

• Jarakkan kaki dan berdiri mengkangkang lebih luas daripada bahu.

• Kaki kiri bertapak di depan sedikit dari kaki kanan (pemain tangankanan).

• Kaki kanan bertapak di depan sedikit dari kaki kiri (pemain tangankidal.)

• Lutut bengkok sedikit dan “torso” congdong ke hadapan supaya pusatgraviti rendah bertujuan kawalan imbangan.

Page 3: Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

Aktiviti Gambar rajahSet 1 Aktiviti1: Servis forehand dilantaiFokus : Servis forehand

Langkah-langkah :a. Murid berpasangan.b. Murid melambung dan melakukan servis

forehand.c. Rakan sebaya akan menyambut bola

dengan tangannya.d. Rakan akan melambung dan melakukan

servis forehand kepada murid.e. Selepas itu, ulang perbuatan servis

forehand.

Aktiviti 2: Servis backhand di lantaiFokus : Servis backhand

Langkah-langkah :a. Murid berpasangan.b. Murid melambung dan melakukan servis

backhand.c. Rakan sebaya akan menyambut bola

dengan tangannya.d. Rakan akan melambung dan melakukan

servis forehand kepada murid.e. Selepas itu, ulang perbuatan servis

backhand.

Permainan : Servis ke bakulFokus : Servis Forehand/Backhand

Langkah-langkah :a. Bahagikan murid kepada 5 orang dalam

satu kumpulan.b. Letakkan sebuah bakul/kotak kecil 2

meter dari tempat permulaan.c. Murid melakukan servis memukul bola ke

dalam bakul.d. Setiap murid memukul bola bergilir-gilir.e. Peruntukan masa 2 minit. Ulangi

beberapa pusingan.f. Kemenangan ditentukan berdasarkan

jumlah bola yang dapat dimasukkan ke dalam bakul/ kotak.

Page 4: Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

Aktiviti Gambar rajahSet 2Aktiviti 1: Lambung dan sambut bola ping pongFokus: Melambung bola

Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan yang sesuai.b. Letakkan bola di atas tapak tangan.c. Lambungkan bola ping pong dengan tahap

ketinggian yang sesuai (sekurang-kurangnya 16 cm ke atas)

Aktiviti 2: Melontar ke arah sasaranFokus: Melakukan Pra servis tanpa menggunakan raket

Langkah-langkah :a. Pelatih diberi 5 biji bola ping pong.b. Kertas bersaiz A4 terletak di bahagian

meja ping pong tertentu.c. Bola perlu menyentuh bahagian meja di

bahagian pelatih yang melakukan servis dan ke arah bahagian meja pihak

lawan dan sentuh pada kertas A4.

Permainan: Servis Fokus: Melakukan servis forehand dan backhand dengan menggunakan raket

Langkah-langkah :a. Pelatih diberi 10 biji bola ping pong.b. 5 peluang untuk servis forehand dan 5

peluang untuk servis backhand.c. Service yang dilakukan harus sentuh pada

kertas A4.d. Setiap sentuhan dikirakan 1 markah.

Aktiviti Gambar rajah

Page 5: Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

Set 3:

Aktiviti 1: Melantun bolaFokus: Servis

Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan sedia.b. Tangan pegang bola.c. Melantun bola ke atas.d. Menyambut bola dengan tangan.e. Mengulangi dari langkah pertama

Aktiviti 2: Membuka servisFokus: Buka servis

Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan sedia.b. Sebelah tangan memegang papan ping

pong dan sebelah tangan lain memegang bola.

c. Melantun bola ke atas.d. Membuka servis dengan forehand.

Permainan: Melepasi halanganFokus: Buka servis

Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan sedia.b. Sebelah tangan memegang papan ping

pong dan sebelah tangan lain memegang bola.

c. Melantun bola ke atas.d. Membuka servis dengan forehand.e. Bola harus elak daripada terkena

halangan yang terletak di atas meja pingpong.

Aktiviti Gambar rajah

Page 6: Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

Set 4:

Aktiviti 1: Backhand membuka servisFokus: Bola tidak boleh tinggi daripada garisan.

Langkah-langkah :a. Berdiri di sebelah kanan dalam keadaan

sedia.b. Melantun bola.c. Menggunakan backhand membuat servis.

Aktiviti 2: Forehand membuka servisFokus: Bola tidak boleh tinggi daripada garisan.

Langkah-langkah :a. Berdiri di sebelah kiri dalam keadaan sedia.b. Melantun bola.c. Menggunakan forehand membuat servis.

Permainan: Menjatuhi ke dalam sasaranFokus: Ketepatan membuat servis

Langkah-langkah :a. Berdiri dalam keadaan sedia.b. Melantun bola.c. Menggunakan forehand atau backhand

membuat servis.d. Bola yang terjatuh ke dalam sasaran akan

mendapat mata.

Page 7: Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

Aktiviti Gambar rajahSet 5Aktiviti 1: Servis Sasaran KananFokus: Berkebolehan melakukan kemahiran servis Forehand.

Langkah-langkah:a. Sediakan sekeping A4 kertas di atas

penjuru kanan meja ping pong.b. Murid-murid berdiri di garisan belakang

meja untuk melakukan 10 kali servis Forehand.

c. Setiap servis perlu melepasi jaring dan kena pada A4 kertas.

Aktiviti 2:Servis Sasaran KiriFokus: Berkebolehan melakukan kemahiran servis Backhand.

Langkah-langkah:a. Sediakan sekeping A4 kertas di atas

penjuru kiri meja ping pong.b. Murid-murid berdiri di garisan belakang

meja untuk melakukan 10 kali servis Backhand.

c. Setiap servis perlu melepasi jaring dan kena pada SA4 kertas.

PermainanNama: BowlingFokus: Servis Forehand dan Backhand

Langkah-langkah:a. Sediakan 6 botol vitagen atau cawan

styrofoam di atas penjuru kanan meja ping pong.

b. 5 orang dalam satu kumpulan.c. Setiap murid melakukan 5 kali servis

Forehand ke botol vitagen.d. Setiap murid melakukan servis bergilir-gilir.e. Ulang aktiviti dengan melakukan 5 kali

servis Backhand.f. Kemenangan ditentukan berdasarkan

jumlah botol vitagen yang berjaya jatuh.

Kedudukan botol vitagen.

Page 8: Aktiviti Dan Permainan ( Servis)

Rujukan

1. Cheng Hoo Siang, Chee Shin Lian, Soo Yuan Hun, Lee Su Hao, dan Hew Tet Chow.

2011. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan

Ping Pong Sekolah Rendah. Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Cheng Hoo Siang, Chee Shin Lian, Soo Yuan Hun, Lee Su Hao, dan Hew Tet Chow.

2011. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan

Ping Pong Sekolah Menengah. Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

3. Asas Permainan Sukan Ping Pong.

http://www.i sukan.upm.edu.my/pingpong%281%29.pdf