AKTIVITI KARNIVAL SAINS
-
Author
rasidah-mohamad -
Category
Documents
-
view
143 -
download
5
Embed Size (px)
Transcript of AKTIVITI KARNIVAL SAINS

AKTIVITI KARNIVAL SAINS
DEMONSTRASI SAINS
Memasukkan telur dlm kelalang kon.
1. gunakan kertas yg dibakar- spy kurang oksigen jd telur ditarik masuk
2. atau tuang air panas kedlm kelalang kon spy kelalang panas dan buang air panas.Cepat2 letak telur atas kelalang. Telur akan ditarik kedlm.(proses pengembangan dan pengecutan udara)
3. utk keluarkan telur dr kelalang, panaskan semula kelalang spy udara di dlm kelalang panas dan mengembang. Telur akan tertolak keluar.
MENCERAP MATAHARI
- Jemput Mr Lim dari Pembekal Teleskop dari Bukit Jambul, Penang.
KUIZ PETI POS
Bebola api

Cara perlaksanaan
1. Guru menyediakan 10 soalan mengikut tahap dan dipamerkan di papan kenyataan yang mudah
dilihat oleh murid.
2. Murid perlu menjawab 10 soalan pada kertas jawapan yang dibeli dengan harga 10 sen (guna
untuk beli hadiah).
3. Setelah murid mencari jawapan dan mengisi jawapan di dalam kertas jawapan, murid
memasukkan kertas jawapan di dalam peti pos.
4. Pada akhir tempoh masa di beri, guru mengutip kertas jawapan dan menilai serta mencari
pemenang.
SOALAN KUIZ PETI POS

TAHUN 4, 5 dan 6
1. _________________merupakan kepingan batuan atau logam yang terapung di ruang angkasa.
2. Bintang yang paling hampir dengan Bumi.
3. Faktor yang menyebabkan pengaratan ialah kehadiran _____________ dan ____________.
4. Planet yang berputar secara sisi.
5. Sumber elektrik yang terdapat pada basikal yang digunakan untuk menyalakan mentol.
6. Bumi beredar mengelilingi Matahari mengambil masa _____________ hari.
7. Fasa Bulan yang tidak kelihatan di langit.
8. Miligram(mg) ialah unit yang digunakan untuk mengukur _________________.
9. Cara pembiakan bagi pokok setawar.
10.Organ pernafasan bagi rama-rama.
JAWAPAN SOALAN KUIZ PETI POS
NAMA : _____________________________ TAHUN : __________

No. Jawapan No Jawapan
1. 6.
2. 7.
3. 8.
4. 9.
5. 10.
JAWAPAN SOALAN KUIZ PETI POS
NAMA : _____________________________ TAHUN : __________
No. Jawapan No Jawapan
1. 6.
2. 7.
3. 8.
4. 9.
5. 10.
KENALI DINASOUR
SELAMATKAN TELUR

KERETAKU LAJU
Telur dapat diselamatkan jika1. Dibalut dengan alatan yg dpt menggurangkan hentakan.
2. alatan guru blh sediakan ttp jgn beritahu caranya, biar murid yg merancang bgmana nak elak telur drp pecah.
3. telur yg tak pecah ketika mendarat dikira pemenang.


JUALAN – JUMPING BEAN

Cantumkan di bahagian dasar dengan
double sided putih
Lipat mengikut garisan dengan double sided putih

Setelah masukkan guli…tutup di bahagian atas dengan lekatkan dengan double sided putih
DOMINOS
Cara pelaksanaan
1. Setiap kumpulan disediakan 10 keratan ayat(cikgu potong satu2 dulu dan masukkan dlm sampul surat terpakai baru bg murid), kertas sebak(mahjung), gam.
2. Setiap kumpulan menyusun 10 keratan untuk membentuk ayat sains. Ayat tersebut hendaklah bersambung dan tidak terputus.
3. Murid boleh mereka bentuk daripada binaan ayat sains tersebut seperti bentuk kapal, kereta, rumah dll.
contoh (Cuma bg gambaran)
proses tumbuhan membuat makanan dan memerlukan gas
Karbon dioksida Ialah gas yang dibebaskan semasa proses pernafasan. Proses ini melibatkan organ
peparufotosintesis

P/s : xnmpk gambaran blh Tanya ye..
SAINS DAN MAGIK / MAGIC SCIENCE / KEAJAIBAN SAINS
Cara perlaksanaan :
1. guru arahkan murid cari apa2 magik sains samada dr internet atau buku.
2. tunjukkan pada guru, magik yg menarik dan tak memerlukan belanja yg banyak blh diterima.
3. pada hari yg ditetapkan, biasanya saya buat khas satu hari tanpa aktiviti lain.
4. guru menyediakan beberapa stesen mengikut bilangan penyertaan.
5. pada hari tersebut murid-murid yg handle aktiviti. Guru hanya mengawal keadaan aje.
AKTIVITI YANG DICADANGKAN :
-sumbangan dr Puan The Maliha (harap2 kak the halalkan ye)
STESEN 1
AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN

TELUR TENGGELAM DAN TIMBUL
ALAT DAN BAHAN
2 bikar
2 biji telur
Air paip
Air garam
KAEDAH
Bikar pertama diisi air paip dan masukkan telur.
Bikar kedua diisi air garam dan masukkan telur.
Perhatikan apa yang berlaku.
STESEN 2AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
TELEFON MAKLUMAT
ALAT DAN BAHAN
2 cawan kertas
benang
2 anak mancis
KAEDAH
1. Ikatkan hujung benang dengan anak mancis.2. Masukkan ke lubang bahagian bawah cawan kertas.3. Gunakan benang yang panjang dan hujung benang yang satu
lagi diikatkan dengan anak mancis.4. Tegangkan benang dan pegang cawan kertas oleh dua orang. 5. Seorang boleh bercakap melalui mulut cawan kertas menghantar
maklumat dan seorang lagi mendengar maklumat yang disampaikan.

STESEN 3AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
CERMIN MATA X-RAY
ALAT DAN BAHAN
Kad manila
Bulu ayam
Masking tape
Gunting
KAEDAH
1. Bina satu lubang di bahagian tengah kad manila.2. Letakkan sehelai bulu ayam dan tampal dengan masking tape
pada pangkal dan hujung bulu ayam.3. Pegang kad manila dan lihat melalui lubang yang dipasang
dengan bulu ayam itu ke arah cahaya.4. Letakkan tangan di hadapan dan perhatikan apa yang berlaku.
STESEN 4AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
MENARA KAD
ALAT DAN BAHAN
Satu set kad
Permukaan lantai atau meja yang rata
KAEDAH

1. Sediakan satu pasukan seramai 3 orang.2. Gunakan satu set kad bagi membina satu menara yang paling
tinggi dan kukuh dalam masa 3 minit sahaja.3. Lakukan pemerhatian terhadap hasil binaan tersebut.
STESEN 5AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
CUCUK BELON TAK PECAH
ALAT DAN BAHAN
Belon
Lidi satay
KAEDAH
1. Tiupkan belon sehingga ia besar dan ikatkan bahagian hujungnya supaya udara tidak keluar
2. Cucukkan belon itu dengan lidi satay pada bahagian yang tajam dan seterusnya cucuk hingga menembusi permukaan sebelahnya.
3. Perhatikan apa yang berlaku.

STESEN 6AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
ALAT PENGGANDA AIR
ALAT DAN BAHAN
Bekas/botol air minuman yang besar
Penyumbat getah
Salur getah/plastik
Tiub kaca
Bikar
KAEDAH
1. Sediakan radas dengan memasang penyumbat getah bersama salur kaca di bahagian bawah bekas.
2. Bahagian hujung salur kaca dalam bekas disambungkan salur getah dan lengkungkan salur getah dengan hujungnya menghala ke bawah.
3. Isikan air ke dalam bekas dengan meninggalkan sebahagian atas salur getah.
4. Seterusnya tuangkan air sehingga seluruh salur getah tenggelam.
5. Perhatikan apa yang berlaku.
STESEN 7AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
MEMANCING KIUB AIS
ALAT DAN BAHAN
Batang pancing/kayu/plastik

Benang
Kiub ais
Bekas ais
Serbuk garam
KAEDAH
1. Ikatkan benang pada bahagian hujung batang pancing.2. Sediakan kiub ais di dalam bekasnya.3. Pancing ketul ais itu hingga ia melekat pada hujung benang.4. Jika tidak boleh, gunakan sedikit serbuk garam.5. Perhatikan apa yang berlaku.
STESEN 8AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
GELAS TERBALIK AIR TAK TUMPAH
ALAT DAN BAHAN
Gelas
Air
Kad manila
KAEDAH
1. Isikan air ke dalam gelas hampir penuh.2. Letakkan kad manila menutupi aaamulut gelas itu.3. Pegang kad manila itu dan terbalikkan gelas yang berisi air itu.4. Pastikan air tidak keluar dan lepaskan kad manila.

5. Perhatikan apa yang berlaku.6. Edarkan gelas yang terbalik itu kepada rakan anda.
STESEN 9AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
KAPAL SELAM
ALAT DAN BAHAN
Tutup pen
Plastisin
Air
Botol air dan tutup
KAEDAH
1. Isikan air ke dalam botol.2. Masukkan tutup pen yang telah dilekatkan plastisisn di bahagian
hujung bawahnya. Pastikan tutup pen itu terapung.3. Pegang botol itu dan tekan dengan perlahan.4. Perhatikan apa yang berlaku.
STESEN 10AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
AIR MENDIDIH PADA SUHU 60˚C
ALAT DAN BAHAN
Kelalang kon
Termometer
Penyumbat getah

Kiub ais
Air panas
KAEDAH
1. Pasangkan penyumbat getah dengan termometer pada mulut kelalang kun yang berisi air panas.
2. Perhatikan termometer sehingga suhu turun ke 60C. Pada masa ini terbalikkan kelalang kon.
3. Letakkan beberapa ketul ais di atas kelalang kon itu.4. Perhatikan apa yang berlaku.
STESEN 21AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
PENSEL BERAYUN
ALAT DAN BAHAN
Pensel
Plastisin
Dawai
KAEDAH
1. Bengkokkan dawai supaya berbentuk C2. Lilitkan dawai pada kepada pensel dengan ketat3. Letakkan plastisin di hujung dawai.

4. Diirikan pendel di tepi meja5. Perhatikan apa yang berlaku.
STESEN 22AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
MEMBUAT SUSU
ALAT DAN BAHAN
Minyak masak
Air sabun
Bikar kecil atau tabung uji
Penitis
KAEDAH
1. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam bikar atau tabung uji. Perhatikan warna minyak tersebut.
2. Titiskan sedikit air sabun dan kacau.3. Perhatikan apa yang berlaku.
STESEN 23AKTIVITI SAINS YANG MENYERONOKKAN
TRUMPET STADIUM
ALAT DAN BAHAN
Bekas filem gambar
Belon getah

Salur paip air
Pisau pemotong
KAEDAH
1. Binakan satu lubang pada dasar bekas filem gambar sebesar salur paip air.
2. Bina satu lubang kecil pada bahagian dinding bekas filem itu untuk tempat meniup trumpet tersebut.
3. Biba satu lubang pada bahagian tutup bekas filem itu.4. Letakkan lapisan getah belon pada mulut bekas filem itu dan
tutup dengan penutupnya.5. Masukkan salur paip air melalui lubang bahagian bawah bekas
filem sehingga ia menyentuk permukaan belon.6. Tiup dan buat pemerhatian apa yang berlaku.





MIX AND MATCH
mm cm m km cm/smm² cm² m² km² m/smm³ cm³ m³ ml m/min
l s min jam km/jkg g mg mg mm/s
mm cm m km cm/smm² cm² m² km² m/smm³ cm³ m³ ml m/min
Jisim Panjang

Luas Isipadu
Kelajuan
Masa
Cara perlaksanaan
1. gunting setiap satu perkataan.
2. beri pada setiap murid satu kad.
3. Kad yg besar dipegang oleh murid yg aktif.
4. Murid yg memegang kad besar akan menjerit memanggil kawan yg memegang unitnya dan mengumpulkan dalam satu kumpulan.
5. Kumpulan yg Berjaya dan cepat mengumpulkan ahli unit dikira pemenang.
6. Aktiviti ini sesuai untuk KPS mengelas.