Aktiviti KBT
-
Upload
shalman-paumie -
Category
Documents
-
view
49 -
download
0
Transcript of Aktiviti KBT
CONTOH AKTIVITI 1 : KEMAHIRAN BERFIKIR
Nama Aktiviti : Teka Silang Kata
Objektif :
Melatih murid berfikiran kreatif dan kreatis.
mengenali dan menyebut setiap jenis pekerjaan
menyenaraikan pekerjaan yang terdapat di Malaysia
menerangkan tentang fungsi setiap pekerjaan
Keahlian : Kelas ( Berkumpulan )
Masa : 30 minit
Tempat : Bilik darjah
Sasaran : Murid Tahun 2 Cemerlang
Peralatan :
1. Kertas mah-jong beserta
silangkata kosong.
2. Pen Marker.
3. Kad bergambar.
Langkah :
1. Guru membawa kad bergambar yang berkaitan pekerjaan.
2. Guru membahagikan kumpulan kepada setiap murid.
3. Guru meminta murid menyebut dan mengeja setiap gambar yang ditunjukkan
kepada mereka.
4. Guru meminta murid mengaitkan aktiviti ini dengan pelajaran yang lalu.
5. Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu berkaitan
dengan jenis dan fungsi pekerjaan.
6. Guru menerangkan bahawa hari ini murid akan dibimbing untuk mengisi teka
silangkata yang tertera di atas kertas mah-jong berdasarkan nombor yang
tertera di kad gambar.
7. Guru meminta agar setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk
mengisi ruang teka silangkata di atas kertas mah-jong yang dilekatkan di
papan putih dengan betul.
CONTOH AKTIVITI 2 : KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR
Nama Aktiviti : Jom Menulis
Objektif :
Menyediakan murid yang belajar sendiri tanpa guru.
Membolehkan murid menggunakan kemahiran menulis sedia ada.
Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran
sendiri.
Menggalakkan murid untuk menulis.
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi
lain, sama ada dalam matapelajaran dan pergaulan.
Keahlian : Kelas
Masa : 1 jam
Tempat : Bilik darjah.
Sasaran : Murid Tahun 4 Cemerlang.
Peralatan : Buku cerita, buku tulis, pensel.
Langkah :
1. Guru membawa sebuah buku cerita dongeng yang ringkas ke kelas.
2. Meminta murid mengeluarkan pensel, pemadam dan buku tulis.
3. Guru meminta murid mengambil perhatian dan menyalin cerita yang
dibacakan oleh guru.
4. Guru mula membaca sebuah cerita dongeng yang ringkas.
5. Murid perlu menyalin cerita yang dibacakan oleh guru.
6. Setiap murid perlu habis menyalin cerita dalam masa yang ditetapkan.
7. Setelah masa tamat, setiap pelajar perlu menceritakan semula cerita yang
telah disalin.
CONTOH AKTIVITI 3 : KECERDASAN PELBAGAI
Nama Aktiviti : Tambah Tolak
Objektif :
Meningkatkan kecerdasan Logik - Matematik
Menggalakkan pelajar untuk mengira.
Menambahkan rasa minat pelajar untuk mempelajari ilmu hisab.
Pelajar dapat mengaplikasikan pelajaran ini di dalam kehidupan seharian.
Meningkatkan kesedaran bahawa pentingnya ilmu hisab di dalam kehidupan.
Keahlian : Kelas
Masa : 1 jam
Tempat : Bilik darjah
Sasaran : Murid Tahun 1 Bestari
Peralatan :
1. Gula-gula beraneka
Langkah :
1. Guru membawa gula-gula ke kelas.
2. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan
terdapat enam orang pelajar.
3. Guru memberikan 20 biji gula-gula kepada setiap kumpulan.
4. Guru menerangkan kepada pelajar bahawa hari ini mereka akan dibimbing
untuk membuat aktiviti ini.
5. Guru memberikan arahan kepada pelajar tentang aktiviti tersebut.
6. Guru menyuruh pelajar menyusun gula-gula di atas meja.
7. Pelajar perlu menjawab soalan Matematik yang ditulis oleh guru di papan
putih dengan mengira, menambah dan menolak bilangan gula-gula yang
disusun di atas meja. Jika gula-gula tidak cukup, perlu minta kepada guru.
8. Aktiviti ini perlu dilakukan di dalam kumpulan yang telah dibahagikan.
CONTOH AKTIVITI 4 : KAJIAN MASA DEPAN
Nama Aktiviti : Dadah perosak agama, bangsa dan negara.
Objektif :
Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang dadah.
Murid peka kepada isu semasa.
Berkomunikasi secara berkesan tentang dadah.
Mengenal dan tahu tentang bahayanya dadah.
Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang dadah.
Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang dadah.
Murid memahami komunikasi verbal dan non-verbal.
Keahlian : Kelas
Masa : 1 jam
Tempat : Bilik darjah
Sasaran : Murid Tahun 5 Bestari
Peralatan :
1. Gambar berkaitan dadah.
Langkah :
1. Guru membawa gambar dadah dan penagih dadah ke kelas.
2. Guru melekatkan gambar tersebut di papan putih dan menanyakan kepada
pelajar apakah yang mereka faham tentang gambar tersebut.
3. Guru menceritakan sedikit sebanyak tentang gambar tersebut.
4. Guru meminta murid membuat ramalan berkaitan gambar tersebut.
5. Guru meminta murid menyatakan keburukan yang bakal dihadapi sekiranya
gejala dadah tidak dibendung.
6. Akhir sekali, guru meminta murid menyatakan langkah-langkah untuk
membendung gejala dadah.
CONTOH AKTIVITI 5 : KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
Nama aktiviti : Membuat kad ucapan perayaan.
Objektif :
Murid dapat mempelajari cara untuk membuat kad ucapan tanpa perlu
membeli
Mendidik murid berkebolehan dan berkeupayaan menggunakan alat-alat ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang,
kesesuaian, dan berkesan
Meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran
Keahlian : Kelas
Masa : 2 jam
Tempat : Makmal komputer
Sasaran : Murid Tahun 5 Gemilang
Peralatan :
1. Komputer
2. Pencetak elektronik
Langkah :
1. Guru menunjukkan contoh kad ucapan yang telah siap dihasilkan
menggunakan komputer.
2. Guru memberikan tunjuk ajar berkaitan pembinaan kad ucapan menggunakan
komputer.
3. Murid dikehendaki membina kad ucapan perayaan yang menarik.
4. Murid perlu menghias kad ucapan dengan gambar dan bentuk perkataan
yang menarik.
5. Hasil kerja yang telah siap akan dicetak menggunakan pencetak di makmal
komputer.
6. Kemudian, hasil kerja tersebut perlu dihantar kepada guru untuk disemak.
CONTOH AKTIVITI 6 : KONTEKSTUAL
Nama aktiviti : Melukis ‘Kereta Luncur Masa Hadapan’
Objektif :
menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman
harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan
murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau
menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu
secara bermakna
melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat
atau idea sedia ada
menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan
kenderaan udara, dan sebagainya
murid dapat menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain
Keahlian : Kelas
Masa : 3 hingga 4 jam
Tempat : Bilik seni
Sasaran : Murid Tahun 5 Gemilang
Peralatan :
1. Kertas lukisan
2. Pensel warna / krayon
3. Pensel 2B dan pemadam
Langkah :
1. Guru membawa murid ke bilik seni.
2. Guru meminta murid untuk melukis sebuah ‘Kereta Luncur Masa Hadapan’
yang menggabungkan ciri-ciri kenderaan di laut, udara dan darat.
3. Guru mengedarkan kertas lukisan kepada setiap pelajar.
4. Aktiviti ini dilakukan secara individu.
5. Pelajar boleh menggunakan idea-idea yang menarik untuk melukis model
kereta ini.
6. Apabila selesai, pelajar perlu mewarnakan hasil kerja mereka dan
menerangkan tentang kelebihan model kereta yang telah dihasilkan.
7. Pelajar perlu menghantar tugasan ini apabila sudah siap kepada guru untuk
disemak.
CONTOH AKTIVITI 7 : KONSTRUKTIVISME
Nama aktiviti : Mengelas haiwan
Objektif :
Murid dapat mengetahui jenis-jenis haiwan
Murid dapat memahami rupa dan bentuk haiwan setiap jenis habitat.
Keahlian : Kelas
Masa : 1 jam
Tempat : Bilik darjah
Sasaran : Murid Tahun 4 Cemerlang
Peralatan :
1. Kad gambar haiwan berbagai
habitat
Langkah :
1. Murid ditunjukkan gambar berbagai jenis haiwan dari habitat yang berlainan.
2. Pelajar dikehendaki mengelaskan haiwan tersebut mengikut habitat.
3. Pelajar dikehendaki menyebut setiap jenis haiwan sambil memberitahu
habitatnya.
4. Murid membuat senarai haiwan mengikut jenis habitat di dalam buku tulis.