aktiviti koko

76
KAJIAN KES PENGLIBATAN MURID-MURID TAHAP DUA (TAHUN 4,5,6) SEKOLAH KEBANGSAAN YANG TERPILIH DI DAERAH KUBANG PASU, JITRA, KEDAH DARUL AMAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN AKTIVITI SUKAN AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2007

description

information

Transcript of aktiviti koko

Page 1: aktiviti koko

KAJIAN KES PENGLIBATAN MURID-MURID TAHAP DUA (TAHUN 4,5,6) SEKOLAH KEBANGSAAN YANG TERPILIH DI DAERAH KUBANG PASU, JITRA, KEDAH DARUL AMAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN

AKTIVITI SUKAN

AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007

Page 2: aktiviti koko

ii

KAJIAN KES PENGLIBATAN MURID-MURID TAHAP DUA (TAHUN 4,5,6) SEKOLAH KEBANGSAAN YANG TERPILIH DI DAERAH KUBANG PASU, JITRA, KEDAH DARUL AMAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN

AKTIVITI SUKAN

AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD

KERTAS KAJIAN INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK PENGIJAZAHAN

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007

Page 3: aktiviti koko

iii

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa latihan ilmiah ini adalah satu hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

(.............................................................)

AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD

D 20041019957

Page 4: aktiviti koko

iv

PENGESAHAN

Saya mengesahkan telah memeriksa kertas kajian bertajuk “Penglibatan Murid-murid

Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Terpilih Di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul

Aman Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan oleh Azran Effendy Bin Haji

Saad. Saya memperaku bahawa kertas kajian ini diterima bagi memenuhi sebahagian

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan)

(.......................................................................) Penyelia Kertas Kajian QSS 4103

Prof. Madya Dr. Shaharuddin Bin Abd. Aziz

Fakulti Sains Sukan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page 5: aktiviti koko

v

PENGESAHAN

Penulisan Ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat

Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim, Perak

(.......................................................................................)

PUAN NUR HAZIYANTI BT. MOHAMAD KHALID

Penyelaras

Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah

Page 6: aktiviti koko

vi

DEDIKASI

Mengenang perit jerih

Mengatasi segala rintangan

Mencari sinaran ilmu

Melahir rasa kesyukuran padaMu....Ya Allah

Buat Ayah dan Ibu

Allahyarham Haji Saad Bin Yahaya

Allahyarhamah Hajjah Arpah Binti Mohd Rejab

Juga buat keluargaku

Teristimewa buat isteri Noraini Binti Ismail

Anak-anak tersayang Muhammad Amir Najmi dan Nurul Najihah

Jasa, pengorbanan dan doronganmu

Meningkatkan semangatku

Buat guru dan pensyarah

Jasamu tetapku kenang

Nasihatmu tetapku ingati

Terima kasih atas segala-galanya

Halalkan ilmu yang dicurahi

Buatmu Yang Maha Berkuasa

Aku sujud syukur

Semoga limpah dan kurniaMu

Sentiasa menyinari hidup kami

Di dunia dan di akhirat....

Alhamdulillah.

Page 7: aktiviti koko

vii

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tiada Lafaz yang

paling indah untuk diungkapkan selain syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t.

kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya menyiapkan penulisan ilmiah

ini bagi memenuhi sebahagian syarat kursus dan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (Sains Sukan).

Sekalung Penghargaan dan jutaan terima kasih khas buat pensyarah penyelia,

Prof. Madya Dr. Shaharuddin Bin Abd. Aziz yang telah banyak menyokong dan

membantu serta membimbing saya dalam menghasilkan penulisan ilmiah ini. Segala

masa dan tenaga yang diluangkan amatlah saya hargai. Sesuatu yang baik dan mulia

itu tidak dapat dilihat dan dinilai dengan mata kasar kecuali menilai dengan hati yang

jujur dan ikhlas. Sesungguhnya semua ini tidak dapat dibalas dengan wang ringgit

mahupun kebendaan yang lain. Ibarat serangkap pantun Melayu, “Hutang emas

dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi di

bawa mati”. Selagi nyawa dikandung badan, budi yang diberikan akan dikenang

selamanya.

Tidak dilupakan juga kepada pihak lain yang terbabit dalam penghasilan

penulisan ilmiah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima

kasih diucapkan buat barisan pensyarah dan kakitangan Fakulti Sains Sukan atas

bantuan dan kerjasama yang diberikan. Juga penghargaan dan terima kasih kepada

Page 8: aktiviti koko

viii

Encik Muftar Bin Mohamad Saad @ Mohd Rashid, guru sains sukan dan pendidikan

jasmani SMK Dato’ Wan Mohd Saman, Tandop, Alor Setar kerana membantu

mengumpulkan data, meluahkan idea dan sumbangsaran yang berguna. Buat rakan

Legacy yang dihargai, terima kasih yang tidak terhingga kuucapkan. Buat isteri

tersayang Noraini Binti Ismail, tiada kata yang dapat dilafazkan untuk

menggambarkan rasa terima kasih di atas pengorbanan selama ini. Terima kasih

semuanya.

AZRAN EFFENDY BIN HAJI SAAD

D20041019957

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2007

Page 9: aktiviti koko

ix

ABSTRAK

KAJIAN KES PENGLIBATAN MURID-MURID TAHAP DUA (TAHUN 4, 5, 6) SEKOLAH KEBANGSAAN YANG TERPILIH DI DAERAH KUBANG PASU, JITRA, KEDAH DARUL AMAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN

AKTIVITI SUKAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan

murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang

Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Seramai 196 orang

murid tahap dua (tahun 4,5,6) lelaki dan perempuan dari tiga buah sekolah kebangsaan

terpilih terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif,

perbandingan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama yang

penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di

Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum mengikut urutan

keutamaan ialah pentadbiran / pengurusan, penyertaan, persekitaran dan minat

manakala dalam aktiviti sukan pula mengikut urutan keutamaan ialah pentabiran /

pengurusan, minat, persekitaran dan penyertaan. Secara keseluruhannya berdasarkan

kajian faktor penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan

terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan berdasarkan empat gagasan kajian iaitu faktor pentadbiran / pengurusan,

persekitaran, penyertaan dan minat menunjukkan ia memainkan peranan penting

selain faktor-faktor lain kerana aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan mempunyai

kepentingan dan dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara

hidup bagi mendapatkan keseimbangan dalam sistem pendidikan kerana ia mampu

melahirkan insan yang cemerlang.

Page 10: aktiviti koko

x

ABSTRACT

A CASE STUDY INVOLVING UPPER PRIMARY STUDENTS (YEAR 4,5,6) IN CO-CURRICULUM ACTIVITIES AND SPORTS ACTIVITIES AT A

SELECTED SCHOOL IN KUBANG PASU, JITRA, KEDAH DARUL AMAN

The aim of the study is to identify the major factors that influence the involvement of

upper primary students (year 4,5,6) in a selected school in the district of Kubang Pasu,

Jitra, Kedah Darul Aman in co-curriculum activities and sports activities. There were

196 student from the upper primary male and famale from three school were selected

for this study.

The data were analyzed using descriptive statistics, difference in mean and

standard devision. The findings of the study showed that major factors of student

involvement in co-curriculum activities are the admistration / management,

participation, the surrounding and the students’ interest, meanwhile in sports

activities, the factors are admistration management, interest, the surrounding and

students’ involment.

Overall, based on the factors, the involment of the student of upper primary in

co-curriculum activities and sports activities according to four main factors that are

admistration / management, surrounding, participation and interest showed that it

plays an important role apart from other factors because co-curiculum activities and

sports activities plays important role and it acts as compliment to acadamic and as

part of life in having a balanced in education system because it can produce a

complete individuals.

Page 11: aktiviti koko

xi

KANDUNGAN

Muka Surat PENGAKUAN iii PENGESAHAN iv DEDIKASI vi PENGHARGAAN vii ABSTRAK ix ABSTRACT x ISI KANDUNGAN xi SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xiv SENARAI SINGKATAN xv BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 4 1.3 Objektif Kajian 8 1.4 Persoalan Kajian 9 1.5 Definisi Operasional 10 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Lamitasi Kajian 13 1.8 Delimitasi Kajian 14 1.9 Batasan Kajian 14

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 15 2.2 Faktor Penglibatan 15 2.3 Teori-Teori Berkaitan

2.3.1 Teori Pencapaian 17 2.3.2 Teori Jangkaan 20

2.4 Kajian-Kajian Lampau Penyelidikan Berkaitan 2.4.1 Kajian Dalam Negeri 21 2.4.2 Kajian Luar Negeri 24

2.5 Kesimpulan 26 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27 3.2 Rekabentuk Kajian 27 3.3 Lokasi Kajian 28 3.4 Sampel Kajian 29 3.5 Instrumen Kajian 32 3.6 Prosedur Kajian 34 3.7 Kajian Rintis 35 3.8 Analisis Data 36

Page 12: aktiviti koko

xii

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 38 4.2 Analisis Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan 4.2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar

Dalam Aktiviti Kokurikulum 39 4.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar

Dalam Aktiviti Sukan 39 4.3 Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina 41 4.4 Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan

Pelajar Dalam Aktiviti Sukan Mengikut Jantina 43 BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 45 5.2 Ringkasan Dapatan Kajian

5.2.1 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penglibatan 46 Murid-murid Tahap Dua (Tahun 4,5,6) Sekolah

Kebangsaan Yang Terpilih Di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan

5.3 Perbincangan 48 5.4 Rumusan 50 5.5 Cadangan 54 5.6 Penutup 56

RUJUKAN LAMPIRAN A Borang Soal Selidik Kajian B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah D Surat Kebenaran Sekolah-Sekolah Berkenaan

Page 13: aktiviti koko

xiii

SENARAI JADUAL Jadual Muka Surat 3.1 Taburan Populasi Yang Menjadi Sampel Mengikut Sekolah 30 3.2 Jadual Persampelan Kriejcie dan Morgan (1970) 31 3.3 Analisis Kebolehpercayaan Pekali Cronbach Alpha 36 4.1 Min Dan Sisihan Piawai Faktor Penglibatan Pelajar Dalam

Aktiviti Kokurikulum 40 4.2 Min Dan Sisihan Piawai Faktor Penglibatan Pelajar Dalam

Aktiviti Sukan 41 4.3 Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar

Tahap 2 (Tahun 4,5,6) Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina 42

4.4 Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar

Tahap 2 (Tahun 4,5,6) Dalam Aktiviti Sukan Mengikut Jantina 43

Page 14: aktiviti koko

xiv

SENARAI RAJAH Rajah Muka Surat 2.1 Model Motivasi Pencapaian 18 2.2 Hieraki Keperluan Maslow Mengikut Keutamaan 19 2.3 Formula Teori Jangkaan 20

Page 15: aktiviti koko

xv

SENARAI SINGKATAN

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam IPDA Institut Perguruan Darulaman JPN Jabatan Pendidikan Negeri KPM Kementerian Pelajaran Malaysia KPTM Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KRS Kadet Remaja Sekolah PPD Pejabat Pendidikan Daerah SK Sekolah Kebangsaan SPSS Statistical Package For The Social Science SPM Sijil Pelajaran Malaysia UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 16: aktiviti koko

BAB1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penegasan tentang kepentingan penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan di sekolah-sekolah adalah sejajar dengan keperluan

proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Kini aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan juga telah dijadikan merit dalam sistem meritokrasi bagi pemilihan kemasukkan

pelajar ke mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain

kecemerlangan akademik sebagai sebagai kelayakan utama. Pertambahan dan

peningkatan bilangan pelajar yang memperolehi pencapaian akademik yang tinggi

telah memberi persaingan sihat antara pelajar untuk merebut peluang untuk memasuki

mana-mana universiti awam yang menjadi pilihan, namun akibat bilangan pemohon

yang melebihi penawaran tempat di universiti, maka kerajaan telah mengambil

langkah menjadi aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan sebagai merit utama

pemilihan kemasukan pelajar ke universiti. Ini kerana aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan dititik berat memandangkan bahawa perlaksanaannya yang berkesan

Page 17: aktiviti koko

2

akan membantu mencapai matlamat pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan mewujudkan suasana yang seimbang antara perkembangan

pemikiran dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani.

Dalam kajian ini, definisi penglibatan mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga,

(2002) ialah satu kumpulan manusia yang memerihal melibatkan diri dalam sesuatu

hal atau perkara. Manakala aktiviti kokurikulum pula ialah isi kandungan sesuatu

aktiviti dalam bentuk persatuan, kelab, unit uniform dan aktiviti yang bukan

melibatkan mata pelajaran khusus. Manakala aktiviti sukan pula ialah segala kegiatan

yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola

sepak yang dilakukan sebagai hiburan termasuklah untuk pertandingan dan untuk

menyihatkan badan.

Melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan juga adalah

diharapkan akan dapat membentuk dan mempertingkatkan disiplin pelajar-pelajar

sekolah, ini adalah salah satu matlamat perlaksanaan aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan. Masalah buli, ponteng sekolah, gangsterisme, vandalisma dan pelbagai gejala

sosial telah menarik tumpuan pelbagai pihak untuk menangai masalah ini. Pelbagai

cara dan kaedah untuk membenteras gejala sosial yang melibatkan pelajar sekolah

telah bermula sejak dari sekolah rendah lagi walaupun sebahagian besarnya adalah

pelajar menengah namun asasnya aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan bermula dari

sekolah rendah lagi.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan telah dikenalpasti

sebagai salah satu kaedah yang dapat mengatasi masa lapang pelajar dan seterusnya

Page 18: aktiviti koko

3

mencegah mereka daripada menceburi kancah jenayah dan pelbagai aktiviti salah laku

yang tidak berfaedah. Bagi menarik minat pelajar ini, kajian yang terperinci mengenai

motif pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kokurikulum serta matlamat

penyertaan mereka perlu dijalankan (Nelfianty, 2004).

Kajian ini adalah untuk mencari satu jawapan atau kepastian sejauh manakah

penglibatan pelajar tahap dua di tiga buah sekolah terpilih di Daerah Kubang Pasu,

Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan sesuai dengan pekeliling yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pekeliling Ikhtisas Bil.

4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan semua pelajar

mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan

Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam

aktiviti sukan di sekolah. Dalam konteks negara ini penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan dianggap penting sebagai satu alat untuk memenuhi

hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-

pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Dalam Laporan Jawatan Kabinet (1979)

telah menyusul bahawa, “Semua murid hendaklah digalakkan mengambil bahagian

yang lebih aktif dalan aktiviti kokurikulum dan sukan,” dengan harapan bahawa dalam

rancangan kokurikulum dan sukan ini dapat menyemai dan memupuk nilai-nilai

murni dan norma-norma masyarakat yang dikehendaki.

Kajian ini tertumpu khas di tiga buah Sekolah Kebangsaan yang terpilih di

Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Bagi tujuan ini sekolah yang dipilih adalah

Sekolah Kebangsaan Gelong, Sekolah Kebangsaan Megat Dewa dan Sekolah

Kebangsaan Tunku Bendahara. Pemilihan sekolah dibuat dengan menggunakan

Page 19: aktiviti koko

4

kaedah persampelan sistematik Kriejcie dan Morgan (1970) setelah memperolehi

senarai nama dan jumlah sekolah yang terdapat di Daerah Kubang Pasu daripada

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kubang Pasu.

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam konteks pendidikan, penglibatan kanak-kanak dan remaja dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan di sekolah sangat penting kerana ia dapat membantu

pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial dan ini selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang berkehendakkan setiap insan berkembang secara

seimbang dari segi sosial, rohani dan jasmani. Aktiviti kokurikulum seperti unit

beruniform, kelab serta berpersatuan dan aktiviti bersukan dapat memenuhi keperluan

pertumbuhan kanak-kanak dan remaja yang merupakan faktor penting dalam

psikologi perkembangan. Penglibatan dalam kokurikulum dan sukan adalah satu aspek

motivasi dan merupakan cabang kepada psikologi perkembangan (Bergin dan

Habusta, 2004).

Di Malaysia, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan

adalah dimestikan. Ini adalah dijelaskan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985

bertarikh 2 Januari 1985, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

kepada semua pihak yang terlibat dengan pendidikan. Matlamat perlaksanaannya ialah

untuk membina dan meningkatkan disiplin pelajar melalui penyertaan dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan. Kesinambungan dari perlaksanaan ini dan juga

menggambarkan kesungguhan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamuddin dan

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan

Page 20: aktiviti koko

5

bersama bahawa penyertaan dalam akiviti kokurikulum dan sukan juga telah diambil

kira sebagai syarat kemasukan ke IPTA mulai sesi pengambilan 2006/2007 ini.

Pembabitan pelajar sama ada dalam kegiatan sukan, pakaian seragam atau kelab /

persatuan akan diberi merit mengikut peringkat yang diwakili (sekolah, daerah,

negeri,negara), jawatan (presiden, setiausaha, bendahari, jawatankuasa) serta tempoh

masa penglibatan dan kehadiran. Pelajar-pelajar yang cemerlang atau aktif dalam

kokurikulum dan sukan juga akan dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan

Khidmat Negara (Mohd Feroz Abu Bakar, 2007, Berita Harian).

Kepentingan pelajar atau remaja menyertai aktiviti kokurikulum dan sukan ini

dilihat diberi perhatian lebih lagi dengan tertubuhnya Jawatankuasa Kabinet

Pembangunan Sukan. Pelajar atau remaja perlu dikenalpasti minat atau motif

penyertaan mereka dalam kokurikulum dan sukan, dari sini dapatlah direncanakan

program latihan yang bersesuaian dengan peralatan dan corak latihan yang

bersesuaian sebagai pelapis untuk mengisi tiga golongan atlet diperingkat sekolah

iaitu atlet sukan berprestasi tinggi, pelapis dan sukan untuk semua (Harian Metro,

2006).

Populariti aktiviti kokuriklum melalui unit beruniform, persatuan, kelab seperti

Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap Kanak-Kanak, Remaja atau

Dewasa, Pasukan Pandu Puteri dan lain-lain manakala aktiviti bersukan pula seperti

sukan bola sepak, olahraga, hoki dan sebagainya perlu digunakan untuk menarik

minat kanak-kanak atau pelajar menyertainya. Apabila menyertai aktiviti kokurikulum

dan sukan ini pelajar akan melalui latihan yang memerlukan latihan disiplin yang

tinggi dan secara tidak langsung boleh dijadikan sebagai satu cara untuk membentuk

Page 21: aktiviti koko

6

disiplin diri yang baik dan mengurangkan masalah disiplin yang pelajar timbulkan

disekolah. Cara ini bolehlah dianggap berkesan kerana disiplin dapat dibentuk dengan

adanya keinginan serta minat diri sendiri untuk mematuhi peraturan-peraturan yang

dibuat kerana seseorang pelajar itu tahu tanggungjawabnya untuk mematuhi peraturan

yang telah diadakan (Habibah & Noran Fauziah, 2002).

’Ini adalah kerana cara yang terbaik untuk mengurangkan masalah disiplin di

sekolah ialah bukan melalui deraan fizikal, mengkritik, menghina atau menyindir

tetapi mendisiplin melalui penghargaan kendiri dan cara yang tidak langsung seperti

penyertaan dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di sekolah’ (Habibah, Noran

Fauziah, 2002).

Mengetahui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dapat

memberi gambaran mengapa seseorang itu untuk menyertai serta mengambil bahagian

dalam sesuatu jenis aktiviti kokurikulum atau sukan. Ada yang beranggapan

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan yang diceburi didorong oleh

motivasi intrinsik misalnya keseronokan, meningkat kecergasan dan kemahiran. Ada

juga yang berpendapat kerana motivasi ektrinsik seperti ganjaran, pujian dan

pengiktirafan. Walau apapun motif penglibatan pelajar, mereka memerlukan galakan

dan sokongan secara terancang bagi mengekalkan penglibatan mereka dalam aktiviti

kokurikulum dan sukan yang diceburi sehingga ke peringkat menengah, kolej

mahupun universiti.

Pada masa sekarang penilaian terhadap aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan

hanyalah dibuat pada peringkat sekolah menengah sahaja (merujuk kepada rekod

Page 22: aktiviti koko

7

kehadiran aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia) sedangkan minat dan dorongan untuk melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan ini adalah bermula dari sekolah rendah

sedangkan kehadiran atau penglibatan murid untuk aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan di sekolah rendah tidak dititikberatkan. Dari itu perlulah dikenalpasti setakat

mana penglibatan pelajar sekolah rendah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan supaya pihak yang berkenaan seperti guru penasihat, pentadbir sekolah,

Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dapat merangka

aktiviti yang dapat menarik minat serta mendorong pelajar di sekolah rendah (tahap 2)

untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauh manakah penglibatan pelajar

sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum

dan sukan. Kajian ini juga dapat menentukan sejauh manakah perlaksanaan dua

perkara di atas dilaksanakan dalam kehidupan pelajar di tiga buah sekolah yang

terpilih tersebut semasa alam persekolahan rendah mereka sebagai suatu asas sebelum

mereka meneruskan kesinambungan aktiviti kokurikulum dan sukan diperingkat

menengah atau yang lebih tinggi yang semestinya menjanjikan cabaran yang mungkin

membawa nama negara di persada dunia.

Kajian ini juga akan menjawab persoalan sejauh manakah pelajar sekolah

kebangsaan yang terpilih menyertai atau bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum

dan aktiviti sukan seperti yang dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan kepada

pihak-pihak berkenaan. Selain itu kajian ini mengkaji tahap pencapaian dan

penglibatan mereka, dapat mengenalpasti tugas-tugas yang perlu ditekankan oleh

Page 23: aktiviti koko

8

pihak pentadbir, guru-guru dan pemimpin masyarakat dalam mencorak kehidupan

seharian mereka.

Akhir sekali, kajian ini akan merumuskan kepentingan penglibatan pelajar

sesuai dengan pekeliling yang telah diberi garis panduan untuk dilaksanakan oleh

pihak tertentu seperti guru, pentadbir daerah, negeri dan juga pemimpin masyarakat

yang telah diamanahkan oleh pihak kerajaan.

1.3 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk :

1.3.1 Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan

perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah

Kubang Pasu dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

1.3.2 Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan

perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah

Kubang Pasu dalam aktiviti sukan.

1.3.3 Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan

perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah

Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum.

Page 24: aktiviti koko

9

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan akan dapat menjawab persoalan bagi:

1.4.1 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan

perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah

Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum.

1.4.2 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan

perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah

Kubang Pasu dalam aktiviti sukan.

1.4.3 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki tahap 2

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam

aktiviti kokurikulum.

1.4.4 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar perempuan

tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu

dalam aktiviti kokurikulum.

1.4.5 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki tahap 2

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam

aktiviti sukan.

Page 25: aktiviti koko

10

1.4.6 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar perempuan

tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu

dalam aktiviti sukan.

1.5 Definisi Operasional

Kajian tentang penglibatan pelajar sekolah kebangsaan dalam aktiviti kokuriklum dan

sukan ini dijalankan mengikut definisi operasioal yang ditetapkan oleh pengkaji.

Berikut adalah definisi operasional yang akan digunakan sepanjang kajian kes ini

dijalankan.

Penglibatan : Definisi penglibatan mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002)

ialah satu kumpulan manusia yang memerihal melibatkan diri dalam sesuatu hal atau

perkara. Manakala Kamus Oxford Fajar (2004) pula, penglibatan membawa makna

mengambil bahagian dalam sesuatu kegiatan atau keadaan. Bagi penyelidikan ini,

penglibatan ialah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan

diperingkat sekolah rendah seperti apa yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Kokurikulum : Kokurikulum pula ialah isi kandungan sesuatu aktiviti dalam bentuk

persatuan, kelab, unit uniform dan aktiviti yang bukan melibatkan mata pelajaran

khusus. Secara rasminya aktiviti kokurikulum ini diperuntukkan dalam peraturan-

peraturan kursus pengajian sekolah 1956 dan pindaan tahun 1961 (Akta Pendidikan

1961: No. 552 ) yang dikenali sebagai kegiatan kumpulan.

Page 26: aktiviti koko

11

Sukan : Sukan ialah permainan atau acara yang dimasukkan ke dalam takwin

pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia seperti bola sepak, sepak

takraw, bola baling, hoki, tenis, gimnastik, bola tampar, renang, sofbol, olahraga dan

sebagainya.

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang

sedang berlaku di sekolah-sekolah, khasnya sekolah kebangsaan dalam melaksanakan

aktiviti kokurikulum dan aktiviti sebagaimana mengikut arahan Surat Pekeliling Bil.

4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan semua pelajar

mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan

Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam

aktiviti sukan di sekolah.Ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaian

sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini.

Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sekolah

kebangsaan (SK) dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dapat dilaksanakan dengan

berkesan terutamanya di tiga buah sekolah kebangsaan yang terpilih dalam Daerah

Kubang Pasu (sekolah yang dijadikan kajian).

Dapatan kajian ini juga akan bermanfaat kepada :

Pelajar di tiga buah sekolah kebangsaan (SK) yang terpilih tersebut untuk

tindakan mereka dalam merencanakan kehidupan harian mereka baik pada waktu

Page 27: aktiviti koko

12

persekolahan rendah mereka sebagai asas dan kesinambungan persekolahan

diperingkat menengah atau yang lebih tinggi nanti.

Guru penasihat aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dalam mengatur,

melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar dapat menarik serta menyemai

minat serta melatih budaya kerja berpasukan disamping memberi sokongan moral dan

material dikalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Pentadbir sekolah dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan

ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Para pentadbir atau pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran

Daerah, yang merupakan pegawai yang menjalankan tugas untuk menyelia pelaksana

iaitu guru bagi memastikan semua program berjalan dengan lancar.

Pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-

anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya

ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian / sawah

yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

Para pentadbir dalam aktiviti kokurikulum dan sukan selain daripada sekolah

seperti Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang menjadi pemangkin terhadap aspirasi

kerajaan untuk melahirkan belia atau pelajar yang berwawasan.

Page 28: aktiviti koko

13

Pemimpin masyarakat di sesebuah kampung atau desa yang menjadi sumber

rujukan kepada masyarakat di kawasan masing-masing. Mereka juga menjadi

penggerak kepada sesebuah pertubuhan atau persatuan kerana pengaruh mereka begitu

kuat di tempat mereka tinggal khasnya di kawasan kampung atau desa.

1.7 Limitasi Kajian

Kajian ini dibataskan kepada beberapa limitasi berikut :

Pembentukan soal selidik dalam kajian kes ini berdasarkan pekeliling yang telah

diwartakan oleh Kementerian Pelajaran untuk panduan pihak yang berkenaan. Kajian

ini akan dijalankan ke atas 196 orang murid atau pelajar lelaki dan perempuan di

Sekolah Kebangsaan Gelong, Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara dan Sekolah

Kebangsaan Megat Dewa, Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul Aman.

Dalam kajian kes ini, penyelidik mengandaikan bahawa maklumat yang

diberikan oleh responden adalah jujur dan ikhlas dan sesuai dengan kehendak soalan

dalam soal selidik yang diberikan.

Dalam kajian kes ini, soalan-soalan yang diberikan ada kaitan dengan keluarga

atau ibu bapa mereka. Harapan penyelidik agar jawapan yang diberikan kelak adalah

tepat dan menjurus kepada aspek soal selidik berkenaan penglibatan pelajar Sekolah

Kebangsaan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Sebagai rumusannya, kajian ini berdasarkan kepada tiga aspek penting iaitu

latar belakang pelajar, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan sukan sahaja.

Page 29: aktiviti koko

14

1.8 Delimitasi Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada pelajar di tiga buah sekolah yang terpilih sahaja.

Pemilihan subjek atau responden adalah berdasarkan kepada pelajar-pelajar tahap dua

iaitu tahun 4, 5 dan 6.

Kajian ini diwakili oleh 196 orang pelajar atau responden di tiga buah sekolah dalam

Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Pemilihan pelajar dibuat berpandukan

persampelan sitematik dari Jadual Persampelan Kriejcie dan Morgan (1970) dan tanpa

mengambil kira aspek sosial ekonomi.

1.9 Batasan Kajian

Batasan kajian ini dibuat di dalam Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah di tiga buah

sekolah yang telah berpandukan persampelan sistematik dari Jadual Persampelan

Kriejcie dan Morgan (1970) iaitu Sekolah Kebangsaan Gelong, Jitra, Kedah Sekolah

Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah dan Sekolah Kebangsaan Megat

Dewa, Kodiang, Kedah.

Page 30: aktiviti koko

15

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini penulisan akan tertumpu kepada sorotan literatur yang berkaitan

dengan faktor penglibatan seseorang murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan. Penyelidik akan membincangkan dengan secara terperinci faktor penglibatan,

kajian-kajian lampau yang berkaitan dengan faktor penglibatan mereka dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan.

2.2 Faktor Penglibatan

Penglibatan kanak-kanak, remaja atau pelajar sekolah dalam aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan telah menjadi tumpuan utama para saintis termasuk ahli sains sukan

sekitar 70an dan 80an lagi (Gill, 2000). Bidang kajian yang menjadi tumpuan para

pengkaji sukan adalah motif penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan serta faktor-faktor yang akan menjadikan penglibatan dalam sesuatu aktiviti

Page 31: aktiviti koko

16

tersebut sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Menurut para saintis sukan, isu

penglibatan pelajar perlu dikenalpasti kerana masalah peningkatan bilangan pelajar

yang tidak berminat dan menyertai aktiviti secara tidak serius semakin bertambah.

Hasil kajian Roberts (1993) di Amerika Syarikat menunjukkan kadar keciciran

daripada aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan di sekolah serta peningkatan masalah

disiplin bagi kanak-kanak yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun telah meningkat

sebanyak 80%.

Kanak-kanak atau pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan kerana pelbagai sebab serta untuk memenuhi pelbagai keperluan.

Seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam garis panduan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-

Kurikulum) yang mewajibkan semua pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam

kegiatan kokurikulum di sekolah dan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang

mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan tanpa mengira kaum atau

keturunan.

Malah dalam pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah

mewajibkan setiap murid atau pelajar terlibat dan bersama-sama mengambil bahagian

dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah sama ada aktiviti

kokurikulum, sukan, akademik dan kebudayaan. Oleh yang demikian, diharapkan

pihak yang berkenaan seperti pentadbir sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan

Pendidikan Negeri dan juga para pemimpin masyarakat dapat merancang dan

melaksanakan program yang berkesan demi melahirkan masyarakat yang maju dan

terpelajar.

Page 32: aktiviti koko

17

Sekiranya ada pihak yang berkenaan tidak menjalankan tugas seperti yang

telah ditetapkan oleh pekeliling, maka berlakulah sedikit kepincangan dan kekurangan

bagi pelajar dan hasrat negara khasnya. Seterusnya penulisan dalam bab ini akan

tertumpu kepada sorotan literatur yang berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

2.3 Teori-Teori Berkaitan

2.3.1 Teori Pencapaian

Pakar-pakar psikologi telah mengenengahkan pelbagai teori yang berkaitan motivasi.

Teori-teori yang sering diguna pakai antaranya ialah teori motivasi pencapaian. Teori

ini menyatakan bahawa kecenderungan seseorang atlet sama ada untuk mendekati atau

mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian. Dalam

konteks sukan motivasi pencapaian adalah berdasarkan kepada kemenangan, hadiah

dan pengiktirafan. Individu yang terlibat dalam sukan bergantung kepada motifnya

sendiri.

Cox (1998), dalam model motivasi pencapaian McClelland dan Atkinson

adalah satu teori yang mengupas pendekatan motivasi pencapaian. Melalui model ini,

ia membicarakan tentang pencapaian terbentuk berdasarkan dua konstruk iaitu motif

untuk mencapai kejayaan dan takut kepada kegagalan. Sekiranya atlet tersebut

berkeyakinan bahawa beliau boleh berjaya, maka atlet tersebut akan memilih untuk

melibatkan diri dalam aktiviti. Bagaimanapun, sekiranya atlet tersebut merasakan

bahawa beliau tidak berkeyakinan untuk melakukan aktiviti, maka atlet tersebut akan

Page 33: aktiviti koko

18

memilih untuk tidak menyertai aktiviti berkenaan. Dengan kata lain, penyertaan atlet

dalam sebarang aktiviti boleh dilihat berdasarkan Rajah 2.1 di bawah;

Rajah 2.1

Model Motivasi Pencapaian

Motivasi Pencapaian = Motivasi Intrisik - Kebimbangan Kognitif Seketika

Elemen motivasi ekstrisik dimasukkan ke dalam persamaan ini untuk

melengkapkan model berkenaan. Elemen motivasi ekstrinsik membantu menjelaskan

mengapa seseorang individu terus menyertai sesuatu aktiviti walaupun motif untuk

mencapai kejayaan individu tersebut rendah. Atkinson mengakui kesan pengaruh

luaran dalam mempengaruhi motivasi individu.

Maslow 1954, (dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2002) telah

menghuraikan teori motivasi mengikut heirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi

keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum

timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Keperluan

fisiologi ialah keperluan udara, air, makanan, pembuangan kotoran badan dan lain-

lain. Keperluan untuk keselamatan termasuklah merasa dilindungi dan tidak terancam.

Peringkat ketiga ialah keperluan kasih sayang. Keadaan ini termasuklah ingin

disayangi oleh ibu bapa atau diterima oleh rakan sebaya dalam kumpulan. Keperluan

penghargaan juga penting seperti pujian dan hadiah ke atas kejayaan yang telah

dicapai. Peringkat tertinggi ialah peringkat sempurna kendiri. Pada peringkat ini

Page 34: aktiviti koko

19

seseorang akan cuba memenuhi potensi yang dipunyai ke tahap paling maksimum. lni

dapat dilihat seperti pada Rajah 2.2 di bawah.

Rajah 2.2

Hieraki Keperluan Maslow Mengikut Keutamaan.

(Sumber : Psikologi Ramlah Jantan Dan Mahani Razali, 2002; ms161 )

Bandura (1986), mengemukakan teori motivasi keberkesanan kendiri (self-

efficacy) yang bermaksud keyakinan seseorang individu bahawa beliau

berkemampuan serta boleh melakukan sesuatu tugasan yang khusus dengan jayanya.

Menurut beliau dalam situasi yang kompetitif semakin tinggi tahap ’self-efficacy’,

semakin tinggi pencapaian individu tersebut serta semakin menurun kebangkitan

emosinya. Teori ini juga menjelaskan bahawa `self-efficacy' merupakan asas kepada

kecekapan atau persepsi yang mantap. Keadaan ini boleh ditingkatkan melalui

beberapa cara seperti perlakuan atau prestasi yang berjaya, pengalaman lalu kata-kata

semangat atau perangsang serta kebangkitan emosi.

Sempurna Kendiri Penghormatan Kendiri

Penghargaan / Kasih Sayang

Keselamatan Fisiologi

Page 35: aktiviti koko

20

Gill (1986) motivasi intrinsik dan ekstrinsik merupakan perkara yang sangat

penting dalam sukan. Motivasi ekstrinsik telah dikaitkan dengan penglibatan dan juga

prestasi yang diharapkan dalam sukan. Jika sekiranya ganjaran yang tinggi diberikan,

maka para atlet akan lebih mementingkan ganjaran daripada aktiviti-aktiviti sukan dan

sekiranya ganjaran telah dihapuskan, maka berkemungkinan atlet tersebut akan terus

berhenti dari penyertaannya dalam sukan. Bagi mereka yang bermotivasi intrinsik

akan menunjukkan keseronokan, kepuasan dan cabaran dalam sukan yang diceburi.

Dalam teori penilaian kognitif telah memberi perspektif yang relevan bagi memahami

perhubungan antara ganjaran ekstrinsik dengan motivasi intrinsik. Terdapat dua aspek

ganjaran yang boleh menjejaskan motivasi intrinsik iaitu dari aspek mengawal

’controlling’ dan juga aspek memberi informasi "information". Berdasarkan teori ini,

apabila aspek mengawal dan memberi informasi tentang ganjaran telah menjadi

tinggi, maka ia telah mengurangkan motivasi intrinsik para pemain.

2.3.2 Teori Jangkaan

Teori motivasi jangkaan telah diperkembangkan oleh Edwards (1954) dan Atkinson

(1964) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali, (2002) berdasarkan formula berikut

di bawah Rajah 2.3.

Rajah 2.3

Formula Teori Jangkaan

Motivasi (M) = Kemungkinan Kejayaan(Ps) x Nilai insentif kejayaan (Is)

Page 36: aktiviti koko

21

Teori ini juga dikenali sebagai “expectancy - valence model” (Slavin, 1997).

Teori ini menganggapkan bahawa manusia sentiasa mempunyai motivasi untuk

melakukan sesuatu tindakan apabila mereka menjangka mendapat kejayaan atau

keuntungan daripadanya. Sebaliknya, jika kegagalan yang akan diterima, mereka akan

cuba pula untuk mengelakkannya seberapa yang terdaya. Teori ini boleh diaplikasikan

dengan menyediakan latihan atau tugasan yang memberitahu dengan jelas kriteria

penilaian untuk mendapat gred tertentu.

3.0 Kajian Lampau Penyelidikan Berkaitan

3.3.1 Kajian Dalam Negeri

Di Malaysia, kajian yang berkaitan kepentingan penglibatan dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan terhadap penglibatan murid-murid sekolah rendah

jarang dilakukan penyelidik yang menyeluruh. Namun, kajian yang berkaitan

pembabitan murid atau pelajar rendah dan menengah dalam aktiviti luar bilik darjah

dan aktiviti sukan banyak dilakukan di negara-negara maju, ini mungkin kerana

mereka mempunyai kesederan betapa pentingnya aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti

sukan terhadap individu seterusnya secara tidak langsung ia dapat membentuk satu

komoditi yang unggul dalam sesebuah negara.

Lian Yoke Peng (1989), yang telah menjalankan kajian berkaitan faktor-faktor

yang mempengaruhi penglibatan mahasiswa-mahasiswi di Kamsis Aminuddin Baki,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjurus kepada pembabitan aktiviti

kokurikulum. Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengkaji sama ada terdapat

faktor-faktor pengaruh keluarga, rakan sebaya, sikap, masalah peribadi dan cara

Page 37: aktiviti koko

22

pengurusan aktiviti kokurikulum dan sukan mempengaruhi mereka dalam

kokurikulum. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan

sukan juga menunjukkan sikap yang positif berbanding pelajar yang tidak terlibat.

Manakala Lim Chin Hin (1990) telah menjalankan kajian terhadap sikap

pelajar terhadap aktiviti sukan dan faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan

dalam aktiviti sukan di sekolah. Kajian yang dijalankan melibatkan lima faktor iaitu

kemudahan bersukan, guru, rakan sebaya, keluarga dan alam sekitar. Alat yang

digunakan untuk mengukur kajian ini adalah statistik deskriptif dan inferensi. Sampel

sebanyak 200 orang yang diambil daripada pelajar-pelajar di empat buah sekolah di

Melaka. Hasil kajian mendapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap

penglibatan dalam didalam sukan. Sikap pelajar terhadap program sukan adalah di

pengaruhi oleh faktor jantina. Secara keseluruhan kajian yang telah dijalankan oleh

beliau mendapati bahawa faktor-faktor yang paling menggalakkan mereka melibatkan

diri dalam aktiviti sukan ialah kemudahan sukan di sekolah, guru, rakan sebaya,

keluarga dan persekitaran. Selain itu persepsi di kalangan pelajar lelaki dan

perempuan adalah berbeza terhadap kelima-lima faktor tersebut.

Adnan Haji Sharif (1988), berpendapat bahawa aktiviti sukan memberi

sumbangan yang positif, terhadap pembentukan personaliti golongan remaja. Program

latihan jasmani yang dijalankan merupakan satu kaedah mendisiplinkan pelajar.

Disiplin disini bermaksud murid-murid lebih tinggi tahap harga diri,

bertanggungjawab, berkeyakinan dan pergaulan semakin luas dan berprestij.

Page 38: aktiviti koko

23

Kajian yang dijalankan oleh Faridah dan Subahan Meerah (1986) dalam

Zarihan (2001), telah mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik

darjah menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum bukan sahaja

menyeronokan tetapi dapat membentuk sikap golongan pelajar dalam menunjukkan

minat dan keinginan memilih rakan-rakan dari pelbagai kaum. Dalam suasana yang

riang dan menghormati antara satu sama lain. Ini berbeza dari interaksi dengan pelajar

yang tidak melibatkan diri dalam sukan dn kokurikulum yang mungkin terbatas di

sebabkan amalan dan pendedahan terhadap penglibatan dalam aktiviti sukan dan

kokurikulum adalah tidak ditegaskan dan kurang.

Teng Boon Teong, (1994) dalam tulisannya menyatakan bahawa pelajar harus

didedahkan dengan seberapa banyak penglibatan dalam aktiviti di sekolah. Penyertaan

Pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan amat perlu dalam membentuk

sahsiah dan arah tuju bagi menghadapi hari-hari seterusnya selepas mereka tamat

waktu persekolahan kelak. Beliau mencadangkan supaya mereka diberi peluang yang

sama rata tanpa mengira keturunan atau etnik dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 (Fasa 14: Kokurikulum) telah mewajibkan

kesemua pelajar mengambil bahagian atau akif di sekolah dalam kegiatan

kokurikulum. Dalam pekeliling ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarah

semua guru besar dan pengetua supaya semua pelajar dibawah mereka mengambil

bahagian dalam kegiatan persatuan, kelab dan unit berunifom. Mereka diwajibkan

memilih bidang mana yang mereka minati atau yang ditetapkan olh pihak sekolah.

Page 39: aktiviti koko

24

Manakala Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986, Kementerian Pelajaran Malaysia

pula telah mengarahkan semua pelajar yang bersekolah kerajaan dan swasta,

mewajibkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan di sekolah. Dalam

pekeliling ini, kementerian telah mengarahkan kepada semua guru besar dan pengetua

untuk memberi penerangan yang secukupnya kepada guru dan pelajar mengenai

arahan pekeliling ini.

Azemi (2004), dalam kajiannya menunjukkan motif penglibatan pelajar dalam

kegiatan kokurikulum sukan mengikut urutan kepentingan ialah meningkatkan

kemahiran, kecergasan fizikal, semangat berpasukan, keseronokan, persahabatan,

pembebasan tenaga, status dan pengiktirafan serta situasi sekeliling. Dapatan juga

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara terhadap urutan kepentingan motif

penglibatan antara sekolah, jantina dan umur.

3.3.2 Kajian Luar Negeri

Anderson, (1994) menyatakan bahawa terdapat empat faktor utama dalam proses

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan iaitu sokongan

daripada pihak atasan atau pentadbir dan dilaksanakan oleh pelaksana seperti pendidik

atau pemimpin untuk melihat penglibatan para pelajar. Beliau menyatakan bahawa

minat juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan bagi kedua belah pihak

termasuk murid atau pelajar.

Almond, (1997) telah membuat kajian dan menyatakan bahawa aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan telah memberi banyak peluang kepada pelajar. Ini

Page 40: aktiviti koko

25

kerana, semasa proses ini berlaku maka wujud interaksi sosial di antara mereka dan ini

akan memantapkan lagi kemahiran interpersonal mereka apabila mereka ini

melibatkan diri dalam kedua-dua aspek yang dikaji. Kajian beliau juga, menyatakan

bahawa murid atau pelajar yang berada di alam persekolahan diwajib melibatkan diri

walaupun mereka mempunyai minat yang berbeza dalam proses pembelajaran mereka

di sekolah.

Malpeli, (1997) telah membuat kajian bahawa sekolah menjadi tempat utama

dalam pembentukan masyarakat sesebuah negara demi untuk kemajuan dan

pembangunan baik dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Dalam kajian

beliau, pelajar perlu didedahkan seberapa banyak mungkin dalam bidang ini.. Di sini

dapat ditentukan minat dan kecenderungan pelajar dalam sesuatu bidang.

Lea Ann Tyson Martin, (2004) menyatakan bahawa manusia mempunyai tujuh

keistimewaan dalam diri. Hal ini mempunyai persamaan terhadap pelajar yang

mempunyai pelbagai keistimewaan dalam diri. Hal ini mempunyai persamaan semasa

mereka di alam kanak-kanak, remaja atau persekolahan. Dalam aktiviti kokurikulum

dan aktiviti sukan, pelajar juga mempunyai bakat-bakat tertentu di dalam diri mereka.

Justeru itu, peranan guru dan pemimpin masyarakat menjadi agen pentin untuk

melaksanakan tugas yang telah diertanggungjawabkan oleh pihak atasan. Melalui

ketujuh-tujuh kecerdasan seperti yang diajukan oleh Howard Gadner, kita dapa

memupuk manusia yang berjaya dalam kehidupan mereka.

Kajian L. Larson, (2003) menjalankan satu kajian menunjukkan bahawa hanya

segelintir guru kokurikulum dan sukan yang telah menjalani latihan yang secukupnya.

Page 41: aktiviti koko

26

Dengan ini, guru seharusnya memainkan peramnan penting dalam mengcungkil bakat

pelajar untuk mempertingkatkan penglibatan pelajar. Beliau telah menyarankan

bahawa satu penyediaan program profesional dalam pengajaran dan pembelajaran

kokuriklum serta sukan di sekolah.

2.4 Kesimpulan

Kesimpulan kajian penyelidikan berkaitan menunjukkan bahawa penglibatan pelajar

dalam kegiatan kokurikulum dan sukan adalah berkait rapat dengan dasar yang telah

digariskan oleh kerajaan dan mustahak dalam membentuk pelajar atau individu yang

berpotensi, berpengetahuan, berdikari di samping mempelajari nilai-nilai hidup yang

diterima dan diharapkan oleh masyarakat.

Peranan murid atau pelajar, pelaksana, pentadbir serta pemimpin masyarakat

merupakan sesuatu yang penting dalam memastikan kejayaan pencapaian matlamat

yang dihasratkan. Disarankan supaya lebih banyak kajian dan penyelidikan perlu

dijalankan khasnya dinegara-negara Asia Tenggara supaya dapat memberi satu

kepastian yang dapat digeneralisasikan terhadap sejauh manakah penglibatan dalam

aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Page 42: aktiviti koko

27

BAB 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metadologi atau kaedah kajian adalah cara yang dapat menentukan sesuatu kajian kes

itu mendapat hasil dapatan dan keputusan yang sah dan boleh diterimapakai serta

kesahannya yang tinggi. Kajian yang dijalankan boleh dipilih dalam pelbagai bentuk

yang boleh disesuaikan dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh penyeidik. Aspek-

aspek yang perlu diberi perhatian dalam metadologi bagi melaksanakan kajian ini

ialah seperti reka bentuk kajian, lokasi kajian, persampelan, instrumen kajian,

prosedur kajian, kajian rintis dan analisis data. Penyelidik akan membincangkan

aspek-aspek metodologi tersebut dalam bab ini.

3.2 Rekabentuk Kajian

Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah satu set soalan soal selidik.

Borang ini disesuaikan dengan kajian yang mengkaji sejauh manakah penglibatan

Page 43: aktiviti koko

28

pelajar di sekolah kebangsaan dalam kokurikulum dan sukan. Soalan soal selidik ini

dibina berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 yang berkenaan dengan

semua pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

4/1986 yang berkaitan dengan semua pelajar perlu aktif dalam sukan.

Soalan soal selidik ini juga telah dirujuk kepada 4 orang ahli yang dianggap

pakar bagi memilih dan menentukan soalan yang dipilih adalah bersesuaian dengan

apa yang hendak dikaji oleh penyelidik. Mereka yang terlibat ialah Encik Rosli Bin

Mat Som, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,

Institut Perguruan Darulaman (IPDA), Encik Chee Poo Kam, Ketua Unit Penyelidikan

dari jabatan yang sama dan Encik Amin Bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Unit

Sukan, Jabatan Pelajaran Kedah Darul Aman.

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini akan dijalankan di tiga buah sekolah rendah yang terpilih di Daerah

Kubang Pasu. Pemilihan sekolah dibuat dengan menggunakan kaedah persampelan

sistematik setelah memperolehi senarai nama dan jumlah sekolah yang terdapat di

dalam Daerah Kubang Pasu daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kubang Pasu.

Sekolah-sekolah rendah yang dipilih untuk dijalankan kajian ini ialah seperti

berikut;

i. Sekolah Kebangsaan Gelong, Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra,

Kedah.

ii. Sekolah Kebangsaan Megat Dewa, Daerah Kubang Pasu, 061000

Kodiang, Kedah.

Page 44: aktiviti koko

29

iii. Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Daerah Kubang Pasu, 06100

Kodiang, Kedah.

3.4 Sampel Kajian

Dalam pemilihan subjek kaedah persampelan sistematik Kriejcie dan Morgan (1970)

digunakan. Kaedah ini digunakan kerana semua individu didalam populasi dapat

dikenal pasti iaitu dalam sesebuah sekolah tersebut, maklumat mengenai semua

pelajar tahap dua diperolehi dengan mudah. Kaedah persampelan ini melibatkan

beberapa langkah. Langkah pertama adalah mengenalpasti populasi kajian didapati

daripada senarai sekolah-sekolah yang terdapat di Daerah kubang Pasu. Daripada 43

buah sekolah kebangsaan, penyelidik memilih 3 buah sekolah berdasarkan

persampelan sistematik iaitu sekolah yang berada pada bilangan 14, 28 dan 42 dalam

senarai sekolah di Daerah Kubang Pasu. Seterusnya saiz populasi 3 buah sekolah

tersebut ditentukan dengan mencampurkan keseluruhan murid tahap 2 ketiga-tiga

buah sekolah tersebut dan jumlah seramai 405 orang pelajar telah diperolehi. Langkah

berikutnya ialah menentu nilai p dengan merujuk kepada Jadual Persampelan Kriejce

dan Morgan (1970). Jumlah sampel yang layak untuk sesebuah sekolah ditentukan

dengan membahagikan saiz sampel dengan saiz populasi dan didarab pula dengan

nilai p tadi. Langkah yang sama diulangi untuk 2 buah sekolah berikutnya.

Page 45: aktiviti koko

30

Jadual 3.1

Taburan Populasi Yang Menjadi Sampel Mengikut Sekolah Sekolah Jumlah Pelajar Tahap 2 _Jumlah Sampel SK Gelong 151 73 SK Tunku Bendahara 114 55 SK Megat Dewa 140 68 Jumlah Keseluruhan 405 196

Page 46: aktiviti koko

31

Jadual 3.2

Jadual Persampelan Kriejcie dan Morgan (1970)

Saiz sampel yang terpilih secara rawak dari satu populasi terhad (s) supaya sampel p akan berada dalam linkungan lebih kurang 0.50 dan kadar populasi N dengan tahap keyakinan 95 peratus.

N S N S N S 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 65 70 75 80 85 90 95 100 110 120 130 140 150 160 170 180 190 200 210

10 14 19 24 28 32 36 40 44 48 52 56 59 63 66 70 73 76 80 86 92 97 102 108 113 118 123 127 132 136

220 230 240 250 260 270 280 290 300 320 340 360 380 400 420 440 460 480 500 550 600 650 700 750 800 850 900 950 1000 1100

140 144 148 152 155 159 162 165 169 175 181 186 191 196 201 205 210 241 217 226 234 242 248 254 260 265 269 274 278 282

1200 1300 1400 1500 1600 1700 1800 1900 2000 2200 2400 2600 2800 3000 3500 4000 4500 5000 6000 7000 8000 9000 10000 15000 20000 30000 40000 50000 75000 100000

291 297 302 306 310 313 317 320 322 327 331 335 338 341 346 351 354 357 561 364 367 368 370 375 377 379 380 381 382 384

N = Saiz Populasi S = Saiz Sampel Sumber: Kriejcie, R.V. & Morgan, D.W (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Page 47: aktiviti koko

32

Menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan saiz sampel perlu

digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi

apabila saiz sample melebihi 30 unit. Dengan pertambahan aiz sample akan lebih

mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Beliau seterusnya

menyatakan bahawa kajian mengkehendaki ketepatan sepenuhnya dalam penyelidikan

yang dilakukan dan menganggar populasi pada paras keyakinan 100%, kerana dengan

cara ini tiada ralat persampelan akan berlaku. Crites (1969) pula menyatakan bahawa

saiz sampel yang kurang daripada 100, kurang sesuai kerana akan berlaku turun naik

yang besar dalam pengiraan terutamanya apabila kajian direplikasikan.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data dalam penyelidikan ini ialah

satu set borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian (bahagian A, B dan C).

Bahagian A mengandungi maklumat demografi peserta kajian seperti jantina, bangsa,

lokasi sekolah, tahun, tahap pencapaian dalam kokurikulum dan sukan, latar belakang

keluarga dan lain-lain semasa berada ditahap dua sekolah rendah. Bahagian B

mengandungi soal selidik mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Bahagian C pula mengandungi soal selidik mengenai penglibatan pelajar dalam

aktiviti sukan.

Soal selidik ini dibina berdasarkan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

1/1995 yang berkenaan dengan semua pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum

dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang berkaitan dengan semua pelajar perlu

aktif dalam sukan. Soal selidik ini mengandungi 40 item soalan yang menggambarkan

Page 48: aktiviti koko

33

faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan. Faktor penglibatan

diklasifikasikan kepada empat faktor iaitu minat murid, pentadbiran / pengurusan,

penyertaan dan faktor persekitaran.

Bahagian A

Bahagian ini mengandungi 12 soalan yang perlu dijawab oleh respondan.

Bahagian ini mengandungi butir-butir demografi seperti jantina, bangsa, lokasi

sekolah, jenis aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan yang diceburi, tahap pencapaian,

latar belakang keluarga, lokasi kediaman, pekerjaan ibubapa, bilangan ahli keluarga

dan pendapatan ibubapa. Ia berkaitan dengan kajian kes ini bagi mengenalpasti

sejauhmanakah penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut..

Bahagian B

Bahagian ini mengandungi 20 soalan keseluruhan untuk dijawab oleh

respondan. Soalan 1 hingga 20 adalah berkaitan dengan kokurikulum. Ia

diklasifikasikan kepada empat faktor iaitu ”minat murid” (item 1, 2 ,3 ,5 dan 11),

”pentadbiran / pengurusan” (item 6, 8, 9, 14, 15 dan 16), ”penyertaan” (item 10, 12,

13, 17 dan 20), ”persekitaran” (item 4, 7, 18 dan 19).

Bahagian C

Bahagian ini juga mengandungi 20 soalan keseluruhan untuk dijawab oleh

respondan. Soalan 21 hingga 40 adalah berkaitan dengan aktiviti sukan. Ia juga

diklasifikasikan kepada empat faktor iaitu ”minat murid” (item 21, 22, 34 dan 38),

”pentadbiran / pengurusan” (item 27, 29, 31, 32, 33 dan 37), ”penyertaan” (item 23,

28, 30, 35 dan 40), ”persekitaran” (item 24, 25, 26, 36 dan 39).

Page 49: aktiviti koko

34

Respon kepada soalan-soalan bahagian B dan C soal selidik kajian ini adalah

dalam bentuk skala likert. Skala likert lima mata akan digunakan. Kepentingan faktor

penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan adalah mengikut skala (1)

sangat tidak setuju ke (5) sangat setuju.

3.6 Prosedur Kajian

Setelah perbincangan tentang isu atau tajuk kajian yang akan dibuat, maka langkah

pertama ialah menyediakan kertas cadangan kajian terlebih dahulu. Langkah

seterusnya ialah memohon kebenaran dari Bahagian Perancangan Dasar Dan

Penyelidik Pendidikan atau EPRD, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit

Perhubungan, Pendaftaran Dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Darul Aman dan seterusnya guru besar sekolah yang berkenaan.

Seramai 196 orang pelajar atau respondan telah dipilih berdasarkan kaedah

persampelan sistematik Kriejcie dan Morgan (1970) dalam kajian kes ini. Kertas

soalan kajian kes akan diberikan kepada respondan apabila mendapat surat kebenaran

dari pihak berkenaan. Penyelidik akan memberi penerangan yang jelas tentang tujuan

kajian yang akan dilaksanakan agar respondan dapat memberi kerjasama yang baik.

Respondan diberi satu set soal selidik yang mengandungi bahagian A (maklumat

demografi), bahagian B (soalan soal selidik berkenaan aktiviti kokurikulum) dan

bahagian C (soalan soal selidik berkenaan aktiviti sukan). Sebelum menjawab soal

selidik, respondan akan diingatkan agar memberi maklumat dengan jujur, ikhlas dan

tepat. Masa yang diberikan adalah selama 45 minit. Respondan digalakkan bertanya

kepada penyelidik sekiranya terdapat soalan-soalan yang tidak difahami. Sepanjang

sesi menjawab soal selidik, penyelidik membuat pemantauan bagi menyelesaikan

Page 50: aktiviti koko

35

sebarang masalah yang timbul supaya kajian ini berjalan dengan lancar. Bila selesai

menjawab, semua set soal selidik dipungut dan akan disemak secara sepintas lalu oleh

penyelidik. Tujuannya adalah untuk memastikan semua soalan dijawab dan soal

selidik yang diedarkan dipungut kembali. Tindakan susulan akan diambil sekiranya

masalah tersebut berlaku. Set soal selidik yang lengkap akan direkodkan ke dalam

borang agihan set soal selidik yang telah disediakan.

3.7 Kajian Rintis

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis sebelum kajian sebenarnya dijalankan.

Tujuannya bagi memastikan kebolehpercayaan, kesahan dan kejelasan bahasa-bahasa

item dalam instrumen tersebut kepada pelajar-pelajar yang akan terbabit. Menurut

Bramly (1991), kajian rintis adalah proses terakhir dalam proses pembentukan soal

selidik.

Tahap kebolehpercayaan dimensi dan instrumen ditentukan dengan mengenal

pasti nilai koefisyen kolerasi kebolehpercayaan Alpha (nilai Crombach Alpha). Nilai

Alpha yang menghampiri satu menunjukkanbahawa konsistensi kebolehpercayaan

yang tinggi. Menurut Sekaran (1992), kebolehpercayaan yang kurang dari 0.60 adalah

lemah, antara 0.700 hingga 0.79 boleh diterima manakala melebihi 0.80 adalah

dianggap baik. Analisis komputer item-item akan dibuat dengan menggunakan

Perisian Statistical Pakage For Social Science (SPSS) versi 13.0.

Untuk kajian rintis ini, penyelidik menggunakan seramai 60 orang pelajar

tahap 2 (tahun 4,5,6) dari sekolah yang bukan akan dijadikan kajian sebenar tetapi

Page 51: aktiviti koko

36

dari daerah yang sama serta mempunyai persamaan ciri-ciri persekitaran di antara

sekolah rintis dengan sekolah yang terpilih dalam kajian sebenar. Oleh yang demikian

komposisi subjek kajian rintis tidak menyimpang daripada ciri komposisi subjek

kajian sebenar sebagai respondan kajian dan prosedur kajian yang sama dijalankan.

Analisis kebolehpercayaan menggunakan program SPSS Versi 13.0

menunjukkan nilai alpha 0.832 bagi 40 item soal selidik keseluruhan, manakala nilai

alpha 0.825 bagi aktiviti kokurikulum dan 0.817 nilai alpha bagi aktiviti sukan yang

dikemukakan.

Jadual 3.3

Instrumen Analisis Kebolehpercayaan Pekali Cronbach Alpha

_____________________________________________________________________

Instrumen Bilangan Sampel Bilangan Item Indek Kebolehpercayaan

Soal selidik 60 40 0.832

_____________________________________________________________________

Nilai kebolehpercayaan pada alpha .70 dan kebawah juga diterima di dalam

kajian-kajian terdahulu, Braumgatner, Ted.A. (2006). Oleh itu soal selidik ini boleh

digunakan untuk menjalankan kajian kepada pelajar kerana secara keseluruhanya

mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi.

3.8 Analisis Data

Data kajian kes dianalisis dengan menggunakan bantuan komputer mengikut susunan

persoalan kajian yang di klasifikasikan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti

Page 52: aktiviti koko

37

kokurikulum dan sukan. Perisian ”Statistical Pakage For Social Science” (SPSS versi

13.0) digunakan untuk proses penganalisian. Penganalisian data berstatistik

menggunakan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat kerana

ia bebas dari ralat (Mohd Majid Konting, 1990).

Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min dan

kolerasi. Statistik diskriptif yang digunakan bagi mengenalpasti faktor utama yang

mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan tiga sekolah

Daerah Kubang Pasu berkenaan ialah pengiraan min dan sisihan piawai. Perbandingan

min menggunakan analisis varian (ANOVA) dibuat bagi mengenalpasti faktor

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan secara umum, mengetahui

faktor penglibatan pelajar berdasarkan minat, pentadbiran / pengurusan, penyertaan

serta persekitaran. Secara keseluruhanya proses penganalisian data akan meliputi tiga

urutan akiviti iaitu penyaringan data, persembahan data, dan penulisan kesimpulan.

(Miles & Huberman, 1994).

Page 53: aktiviti koko

38

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor yang utama

mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah

kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan. Seramai 196 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih daripada tahap 2

(tahun 4,5,6) sebagai sampel. Data diperolehi melalui jawapan soal selidik yang

mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A (maklumat demografi), bahagian B

(item-item soalan berkaitan kokurikulum), bahagian C (item-item soalan berkaitan

sukan) yang diisi oleh sampel.

Dalam bab ini data dari semua item dalam soal selidik telah dianalisis oleh

perisian komputer program SPSS (Versi 13.0) dengan menggunakan statistik diskriptif

(pengiraan min dan sisihan piawai), perbandingan min (ANOVA). Bab ini juga akan

membincangkan dapatan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian

dikemukakan di dalam empat topik utama iaitu analisis mengenai pengaruh faktor

Page 54: aktiviti koko

39

minat, analisis mengenai faktor pentadbiran / pengurusan, analisis mengenai faktor

penyertaan dan analisis mengenai faktor persekitaran.

4.2 Analisis Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan

Bagi mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki dan

perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam

aktiviti kokurikulum dan Aktiviti Sukan, empat puluh item faktor penglibatan

dikategorikan kepada empat faktor iaitu; (i) ”minat”, (ii) ”pentadbiran / pengurusan”,

(iii) ”penyertaan” dan (iv) ” persekitaran”. Analisis statistik diskriptif menggunakan

pengiraan min dan sisihan piawai dibuat serta disusun mengikut urutan keutamaan

faktor penglibatan pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti kokurikulum dan

sukan.

4.2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum.

Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5.6) sekolah terpilih

di Daerah Kubang Pasu dapat dikenalpasti melalui pengiraan min dan sisihan piawai.

Dapatan kajian dan urutan faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar-

pelajar dalm aktiviti kokurikulum adalah seperti seperti dijadual 4.1 dibawah.

Page 55: aktiviti koko

40

Jadual 4.1

Min Dan Sisihan Piawai Faktor Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum

Motif

Min

Sisihan Piawai

“Pentadbiran / pengurusan”

“Penyertaan”

“Persekitaran”

“Minat”

4.41

4.18

3.38

3.23

.69

1.24

.91

.83

Jadual 4.1 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi faktor yang mempengaruhi

penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih di Daerah

Kubang Pasu dalam aktiviti kokokurikulum mengikut susunan urutan keutamaan.

Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kokurikulum ialah ”

pentadbiran / pengurusan” (M = 4.41, SD = .69 ), ”penyertaan” (M = 4.18, SD = 1.24

), ”persekitaran” (M = 3.38, SD = .83 ) dan ”minat” (M = 3.23, SD = .83 ) merupakan

faktor yang berkedudukan terbawah dalam urutan keutamaan faktor-faktor yang

mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan terpilih

di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum.

4.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Sukan.

Faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5.6) sekolah terpilih

di Daerah Kubang Pasu dapat dikenalpasti melalui pengiraan min dan sisihan piawai.

Dapatan kajian dan urutan faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar-

pelajar dalam aktiviti sukan adalah seperti seperti dijadual 4.2 dibawah.

Page 56: aktiviti koko

41

Jadual 4.2

Min Dan Sisihan Piawai Faktor Penglibatan Pelajar Dalam Sukan

Motif

Min

Sisihan Piawai

“Pentadbiran / pengurusan”

“Minat”

“Persekitaran”

“Penyertaan”

4.25

3.93

3.67

3.51

1.14

.78

.79

.81

Jadual 4.2 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi faktor yang

mempengaruhi penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5.6) sekolah terpilih di Daerah

Kubang Pasu dalam aktiviti sukan mengikut susunan urutan keutamaan. Faktor utama

yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam sukan ialah ”pentadbiran /

pengurusan” (M = 4.25, SD = 1.14 ), ”minat” (M = 3.93, SD = .78 ), ”persekitaran”

(M = 3.67, SD = .79 ) dan ”penyertaan” (M = 3.51, SD = .81 ) merupakan faktor yang

berkedudukan terbawah dalam urutan keutamaan faktor-faktor yang mempengaruhi

penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah terpilih di Daerah Kubang Pasu

dalam aktiviti kokurikulum.

4.3 Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina

Perbezaan faktor penglibatan di kalangan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah

kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu Kedah dalam aktiviti kokurikulum ini

dapat dilihat melalui susunan urutan keutamaan berdasarkan analisis pengiraan min.

Perbezaan faktor penglibatan adalah berdasarkan kepada jantina pelajar yang

Page 57: aktiviti koko

42

menyertai aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian bagi pelajar lelaki dan perempuan

adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 4.3 di bawah.

Jadual 4.3

Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Tahap 2 (Tahun 4,5,6) Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina

Jantina

Lelaki Perempuan Faktor

Penglibatan Min Sisihan

Piawai Min Sisihan Piawai

“ Pentadbiran / Pengurusan ” 4.39 .75 4.43 .63

“ Penyertaan ” 4.10 1.25 4.26 1.24

“ Persekitaran ” 3.44 .91 3.29 .90

“ Minat ” 3.25 .84 3.20 .81

Jadual 4.3 di atas menunjukkan faktor penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6)

sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti kokurikulum

mengikut susunan urutan keutamaan. Bagi pelajar lelaki tahap 2 (tahun 4,5,6),

“Pentadbiran / Pengurusan” merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan

pelajar lelaki dalam aktiviti kokurikulum (M = 4.39, SD = .75), Faktor “Penyertaan”

(M = 4.10, SD = 1.25) menduduki tempat kedua dalam urutan susunan keutamaan.

Faktor “Persekitaran” menduduki tempat ketiga (M = 3.44, SD = .91) manakala

“Minat” adalah faktor keempat dan terakhir iaitu (M = 3.25, SD = .84).

Bagi pelajar perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) pula, Faktor “Pentadbiran /

Pengurusan” juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar

Page 58: aktiviti koko

43

perempuan dalam aktiviti kokurikulum iaitu (M = 4.43, SD = .63), diikuti dengan

tempat kedua oleh faktor “Penyertaan” (M = 4.26, SD = 1.24), ketiga faktor

“Persekitaran” (M = 3.29, SD = .90) dan yang terakhir faktor “Minat” (M = 3.20, SD

= .81)

4.4 Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam

Aktiviti Sukan Mengikut Jantina

Perbezaan faktor penglibatan di kalangan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6) sekolah

kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu Kedah dalam aktiviti sukan ini juga dapat

dilihat melalui susunan urutan keutamaan berdasarkan analisis pengiraan min.

Perbezaan faktor penglibatan adalah berdasarkan kepada jantina pelajar yang

menyertai aktiviti sukan. Dapatan kajian bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah

seperti yang terdapat dalam Jadual 4.4 di bawah.

Jadual 4.4

Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Tahap 2 (Tahun 4,5,6) Dalam Aktiviti Sukan Mengikut Jantina

Jantina

Lelaki Perempuan Faktor

Penglibatan Min Sisihan

Piawai Min Sisihan Piawai

“ Pentadbiran / Pengurusan ” 4.32 1.48 4.12 .64

“ Minat ” 4.01 .80 3.87 .75

“ Persekitaran ” 3.60 .83 3.75 .73

“ Penyertaan ” 3.59 .86 3.43 .75

Page 59: aktiviti koko

44

Jadual 4.4 di atas menunjukkan faktor penglibatan pelajar tahap 2 (tahun 4,5,6)

sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Kubang Pasu dalam aktiviti sukan mengikut

susunan urutan keutamaan. Bagi pelajar lelaki tahap 2 (tahun 4,5,6), “Pentadbiran /

Pengurusan” merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar lelaki

dalam aktiviti sukan iaitu (M = 4.32, SD = 1.48), diikuti faktor kedua iaitu “Minat”

(M = 4.01, SD = 0.80) menduduki tempat kedua dan faktor “Persekitaran” menduduki

tempat ketiga (M = 3.60, SD = .83) manakala “Penyertaan” adalah faktor keempat dan

terakhir iaitu (M = 3.59, SD = .86) dalam susunan urutan mengikut keutamaan.

Bagi pelajar perempuan tahap 2 (tahun 4,5,6) pula, Faktor “Pentadbiran /

Pengurusan” juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar

perempuan dalam aktiviti sukan iaitu (M = 4.12, SD = .64), diikuti pula dengan

tempat kedua oleh faktor “Minat” (M = 3.87, SD = .75), “Persekitaran” merupakan

faktor yang ketiga (M = 3.75, SD = .73) dan yang keempat dan terbawah merupakan

faktor “Penyertaan” (M = 3.43, SD = .75)

Page 60: aktiviti koko

45

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mencari faktor utama yang

mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan

yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan. Di dalam bab ini, pengkaji mengemukakan perbincangan analisis data

yang telah dinyatakan dalam bab empat dengan memuatkan hasil dan ringkasan

dapatan kajian untuk memudahkan pemahaman.

Perbincangan adalah berdasarkan kepada dapatan analisis data serta spekulasi

terhadap situasi berlakunya aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan menerusi

pemerhatian penyelidik yang dikaitkan dengan hasil kajian lampau. Rumusan

perbincangan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk memantapkan perbincangan

mengenai faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah

dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Beberapa cadangan yang difikirkan

Page 61: aktiviti koko

46

perlu juga dikemukakan dengan tujuan untuk memanfaatkan lagi hasil kajian serta

dapat diatasi segala kelemahan yang mungkin timbul dalam kajian pada masa

hadapan.

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian

5.2.1 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid-murid Tahap Dua (Tahun 4,5,6) Sekolah Kebangsaan Yang Terpilih Di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Dalam Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Sukan.

a. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,

Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum adalah faktor “pentadbiran /

pengurusan”, diikuti faktor kedua iaitu “penyertaan”, faktor ketiga

“persekitaran” manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah “minat”.

b. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,

Jitra, Kedah dalam aktiviti sukan pula adalah faktor “pentadbiran /

pengurusan”, diikuti faktor kedua iaitu “minat”, faktor ketiga

“persekitaran” manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah

“penyertaan”.

c. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,

Page 62: aktiviti koko

47

Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum lelaki adalah faktor “pentadbiran /

pengurusan”, diikuti faktor kedua iaitu “penyertaan”, faktor ketiga

“persekitaran” manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah “minat”.

d. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,

Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum perempuan adalah faktor

“pentadbiran / pengurusan”, diikuti faktor kedua iaitu “penyertaan”, faktor

ketiga “persekitaran” manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah

“minat”.

e. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,

Jitra, Kedah dalam aktiviti sukan lelaki adalah faktor “pentadbiran /

pengurusan”, diikuti faktor kedua iaitu “minat”, faktor ketiga

“persekitaran” manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah

“penyertaan”.

f. Faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua

(tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,

Jitra, Kedah dalam aktiviti sukan perempuan adalah faktor “pentadbiran /

pengurusan”, diikuti faktor kedua iaitu “minat”, faktor ketiga

“persekitaran” manakala faktor yang keempat dan terakhir ialah

“penyertaan”.

Page 63: aktiviti koko

48

5.3 Perbincangan

Hasil daripada analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama yang

mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan

yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan mengikut urutan keutamaaan adalah “pentadbiran / pengurusan”,

“penyertaan”, “persekitaran” dan “minat”. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

murid-murid ini memilih faktor “pentadbiran / pengurusan” sebagai faktor utama.

Item-item seperti “sekolah sentiasa memberi galakan dan penghargaan”, “sekolah

mewajibkan semua murid tahap dua (tahun 4,5,6) melibatkan diri”, “aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan dijalankan mengikut jadual ”, “guru sentiasa ada

bersama sewaktu aktiviti dijalankan”, “peralatan dan kemudahan mencukupi” menjadi

faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6)

sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kehendak

Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan setiap murid atau pelajar

terlibat dan bersama-sama mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan

oleh pihak sekolah sama ada aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan melalui

Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan

semua pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di

sekolah dan Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar

terlibat dalam aktiviti sukan tanpa mengira kaum atau keturunan.

Faktor ‘penyertaan’ merupakan faktor kedua hasil dapatan kajian yang

mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan

Page 64: aktiviti koko

49

yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan. Faktor “penyertaan” mengemukan item-item yang berkaitan dengan

“aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan memberi faedah kepada kesihatan dan

mental”, “aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan membolehkan saya mengenali dan

mendapat ramai kawan”, “penyertaan dalam kokurikulum dan sukan dapat

mengembangkan bakat, sahsiah serta nilai-nilai murni yang baik”, “penglibatan secara

aktif dalam kokurikulum dan sukan dapat membantu memasuki sekolah berasarama

penuh atau sekolah sukan terpilih” dan item terakhir adalah “perlu mendapat

kebenaran ibubapa untuk menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum”. Dapatan kajian

ini adalah selari dengan dapatan kajian yang yang telah dilakukan oleh penyelidik

yang terdahulu seperti Balbir Singh (1998), Azemi (2004) yang mendapati faktor

penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan adalah untuk

kecergasan fizikal, persahabatan, perkembangan kemahiran, keseronokan dan

pencapaian status.

Dapatan kajian juga mendapati faktor “persekitaran” merupakan faktor ketiga

yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah

kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti

kokurikulum dan aktiviti sukan. Item-item yang dikemukan adalah seperti “keluarga

memberi galakkan”, “kokurikulum dan sukan merupakan aktiviti penting”, “ibubapa

sentiasa memenuhi keperluan untuk mendapatkan peralatan untuk melakukan aktiviti”

dan “penghargaan, ganjaran dan galakkan dari persatuan ibubapa dan guru (PIBG)”.

Faridah (1991) dalam kajiannya menyatakan keluarga khususnya ibubapa mempunyai

pengaruh yang kuat terhadap persepsi dan sikap murid-murid dengan penglibatan

dalam kokurikulum dan sukan. Murid-murid akan lebih cenderung untuk menyertai

Page 65: aktiviti koko

50

kokurikulum dan sukan dengan adanya keperihatinan daripada ibubapa atau keluarga

selain daripada galakan guru-guru, PIBG dan sebagainya.

Faktor “ minat” merupakan faktor yang terakhir mengikut urutan keutamaaan.

Item-item “minat” yang dikemukakan adalah “saya melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum / aktiviti sukan”, “saya mengikuti aktiviti yang ditetapkan oleh pihak

sekolah”, “aktiviti kokurikulum / aktiviti sukan menarik minat saya pada waktu

sekolah dan luar sekolah” dan “strategi atau kaedah pengajaran guru telah menarik

minat dan mewujudkan sikap positif”. Dapatan kajian Teng Boon Tong (1987)

menyatakan salah satu cara untuk mengelakan kebosanan pelajar ialah mempelbagai

teknik dan kaedah pengajaran. Teknik pengajaran yang bersesuaian akan menarik

minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum mahupun aktiviti sukan.

5.4 Rumusan

Aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan telah lama dijalankan selari dengan Pekeliling

Ikhtisas Bil. 4/1995 (Fasa 14: Kegiatan Ko-Kurikulum) yang mewajibkan semua

pelajar mengambil bahagian atau aktif di dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dan

Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 yang mengkehendaki semua pelajar terlibat dalam

aktiviti sukan tanpa mengira kaum atau keturunan dan perlaksanaannya bermula dari

sekolah rendah lagi tetapi mulai tahun 2007 apabila Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah mengenakan

syarat wajib 10 peratus sebagai merit dalam sistem meritokrasi bagi kemasukan

pelajar ke seluruh institut pengajian tinggi awam (IPTA) selain dari kecemerlangan

Page 66: aktiviti koko

51

akademik, perlaksanaan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan bukan sahaja dilihat

berkesan bagi mencapai matlamat pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan mewujudkan suasana yang seimbang antara perkembangan

pemikiran dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani tetapi ianya juga turut

mempengaruhi faktor penyebab murid-murid untuk melibatkan secara aktif dalam

aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.

Menteri pelajaran Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan

menetapkan semula dasar 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan calon ke

institut pengajian tinggi awam (IPTA) bermula sesi pengambilan 2006/2007

berasaskan kepada dua bidang terbaik dari tiga bidang yang murid sertai pada setiap

tahun. Tiga bidang tersebut ialah pasukan badan berunifom, persatuan / kelab dan

sukan / permainan. Sehubungan itu, beliau mengarahkan setiap sekolah meningkatkan

pengurusan bagi membolehkan semua pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum

dan sukan secara lebih teratur dan berkesan. (Utusan Malaysia, 2007, Jan 23, hlm.2).

Sebenarnya, kenyataan terbaru menteri pelajaran ini adalah satu mercu tanda

amat signifikian. Dengan mengambil kira pelbagai aspek tidak dibicarakan dalam

kajian ini, misalnya aspek spiritual, ini bermakna sistem pendidikan di sekolah akan

menggunakan nisbah 90:10, iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum.

Ini bermakna aktiviti kokurikulum dan sukan mula mendapat tempat lebih wajar.

Menurut Richard Bradley (2005, dalam Berita Harian, Disember 2, hal.10) dalam

bukunya Harvard Rules untuk memasuki Universiti Harvard, iaitu universiti terbaik di

dunia, kelulusan akademik tidak memadai. Colon juga perlu mempunyai ciri seperti

ahli muzik, sainstis, usahawan, ahli sukan dan sebagainya - yang bertaraf dunia.

Page 67: aktiviti koko

52

Dalam kajian ini, penyelidik telah membincangkan faktor utama yang

mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan

yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan berdasarkan empat gagasan yang mengikut urutan keutamaaan hasil

daripada dapatan kajian yang dijalankan iaitu faktor “pentadbiran / pengurusan”,

“penyertaan”, “persekitaran” dan “minat”. Hasil dapatan kajian ini menjelaskan

bahawa peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbiran / pengurusan sekolah dengan

sokongan guru berkesan dan berjaya mempengaruhi murid-murid sekolah melibatkan

diri dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan khususnya penglibatan murid-murid

tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu,

Jitra, Kedah yang terlibat dengan kajian ini.

Kajian ini juga mendapati dapatan yang kedua iaitu faktor penyertaan telah

menjelaskan bahawa aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan berjaya mempengaruhi

penglibatan murid-murid kerana ia memberi faedah kepada kesihatan mental dan

fizikal, mengenali dan mendapat ramai kawan, dapat mengembangkan nilai-nilai

murni, bakat serta sahsiah, dan memasuki sekolah berasrama penuh. Kebanyakkan

murid-murid generasi alaf baru ini bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran yang

bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga mental. Tanpa keteguhan

mental, mereka pasti tidak mampu menempuh pelbagai dugaan, maka penyertaan

mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan adalah untuk membekalkan

murid-murid dengan nilai tambah yang positif selain membina keyakinan diri.

Dapatan kajian ketiga iaitu faktor persekitaran juga dilihat sebagai ‘mangkin’

dalam mempengaruhi faktor penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan

Page 68: aktiviti koko

53

aktiviti sukan. Suasana persekitaran yang asasnya bermula dirumah iaitu galakkan

ibubapa serta keluarga yang memberangsangkan serta berterusan adalah satu faktor

penting yang menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti tersebut. Selain

mengingatkan anak-anak mengenai kepentingan mereka melibatkan diri dalam

aktiviti, ibubapa yang memahami akan berusaha untuk memenuhi keperluan anak-

anak mereka dalam mendapatkan atau membeli keperluan untuk melakukan aktiviti.

Di sekolah, melalui Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) pelbagai bentuk aktiviti

boleh dimainkan oleh PIBG bagi membantu sekolah dan ibubapa dalam membantu

mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti

sukan seperti membantu pihak sekolah menyediakan alatan dan kelengkapan untuk

melakukan aktiviti melalui sumbangan ahli-ahli atau dana PIBG, memberi ganjaran

berupa hadiah wang tunai atau harta material sebagai galakkan kepada yang menang

dan pengiktirafan kepada murid dan sebagainya.

Faktor yang keempat dan terakhir sekali hasil daripada dapatan kajian ini

adalah faktor minat. Minat yang disokong pula dengan dorongan pentadbir sekolah,

guru, ibubapa selain persekitaran yang memberangsangkan, kemudahan yang banyak,

pengaruh rakan sebaya dan sebagainya juga dilihat berjaya mempengaruhi penglibatan

murid-murid tahap dua (tahun 4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah

Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Tidak dapat

dinafikan bahawa elemen minat boleh menimbulkan suasana yang ‘tenteram’ dan

dapat memberi kepuasan kepada murid kerana murid akan melakukan sesuatu aktiviti

secara bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Page 69: aktiviti koko

54

Kesimpulannya aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan juga mesti dilihat

dengan paradigma bahawa ia mempunyai kepentingan seimbang dengan akademik.

Aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan mesti dilihat sebagai pelengkap kepada

akademik sebagai sebahagian daripada cara hidup. Justeru itu aktiviti kokurikulum

dan aktiviti sukan mesti diberi ruang lebih luas dan penekanan sejak dari sekolah

rendah hinggalah ke universiti.

5.5 Cadangan

Secara umumnya kajian ini telah menghasilkan maklumat-maklumat mengenai

faktor-faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid tahap dua (tahun

4,5,6) sekolah kebangsaan yang terpilih di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah dalam

aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Faktor-faktor ini wujud kerana sekiranya kita

percaya kepada matlamat melahirkan insan yang sepadu dan seimbang, paradigma

yang sepatutnya digunakan ialah memberi penekanan seimbang terhadap ketiga-tiga

kompenen iaitu akademik, kokurikulum dan sukan.

Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada kajian ini sangat berguna kepada

pelajar di tiga buah sekolah kebangsaan (SK) yang terpilih tersebut untuk tindakan

mereka dalam merencanakan kehidupan harian mereka baik pada waktu persekolahan

rendah mereka sebagai asas dan kesinambungan persekolahan diperingkat menengah

atau yang lebih tinggi nanti, Guru penasihat aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan

dalam mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar dapat menarik

serta menyemai minat serta melatih budaya kerja berpasukan disamping memberi

sokongan moral dan material dikalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan, Pihak pentadbir / pengurusan sekolah dalam merancang, mengurus,

Page 70: aktiviti koko

55

mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan,

masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan

oleh kerajaan.

Selain itu ia juga membantu para pentadbir atau pegawai di Jabatan Pelajaran

Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, yang merupakan pegawai yang menjalankan tugas

untuk menyelia pelaksana iaitu guru bagi memastikan semua program berjalan dengan

lancar, pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-

anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakkannya

ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian / sawah

yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu dan para

pentadbir dalam aktiviti kokurikulum dan sukan selain daripada sekolah seperti

Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang menjadi pemangkin terhadap aspirasi kerajaan

untuk melahirkan belia atau pelajar yang berwawasan.

Justeru itu, cadangan ini juga berguna kepada para penyelidik yang ingin

mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam

kokurikulum dan sukan supaya penyelidikan yang akan dijalankan nanti akan lebih

bermakna dan dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan dalam pembangunan

insan murid-murid. Oleh itu aspek kajian yang lebih luas dan menyeluruh perlu

dijalankan serta meliputi semua kompenan-kompenan dalam aktiviti kokurikulum dan

aktiviti sukan. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan populasi yang lebih besar

dan pelbagai akan dapat memberi inferens tentang faktor penglibatan yang

menyeluruh dan saksama. Sehubungan dari kajian ini juga dapatlah dibuat

perancangan dan tindakan untuk mempertingkat atau memperkasakan lagi penglibatan

Page 71: aktiviti koko

56

murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Soal-selidik yang

digunakan juga dicadangkan dapat memasukan faktor-faktor lain yang turut

mempengaruhi faktor penglibatan murid-murid misalnya peranan ibubapa, guru,

pengaruh rakan-rakan, kecergasan fizikal, keseronokan, pencapaian status,

peningkatan kemahiran dan lain-lain.

5.6 Penutup

Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan perlu

dilihat sebagai pelengkap kepada akademik serta sebahagian cara hidup. Kita tidak

mahu kokurikulum hanya digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan ke institut

pengajian tinggi semata-mata; atau, dalam konteks mahasiswa, hanya memenuhi

syarat mendapat pekerjaan semata-mata. Jika ini paradigmanya, maka persoalan insan

yang sepadu dan seimbang itu masih belum dijawab.

Ada yang menolak kepentingan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan kerana

mereka gagal dalam akademik akibat kokurikulum. Premis ini tidak betul. Memang

ada yang gagal akademik, tetapi bukan faktor penglibatan mereka dalam aktiviti

kokurikulum atau aktiviti sukan. Ia akibat faktor pengajaran dan pembelajaran dan

sebagainya yang langsung tiada kaitannya dengan kokurikulum atau sukan. Maknanya

kalau ia tidak terbabit dengan aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan sekalipun, ianya

akan gagal juga.

Aktiviti Kokurikulum dan aktiviti sukan mesti dilihat dengan paradigma

bahawa ia mempunyai kepentingan seimbang dengan akademik. Kokurikulum dan

Page 72: aktiviti koko

57

sukan juga mesti dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara

hidup bagi mendapatkan keseimbangan dalam sistem pendidikan kerana ia mampu

melahirkan insan yang cemerlang. Justeru itu, aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan

mesti diberikan penegasan serta ruang yang lebih luas sejak dari asas iaitu sekolah

rendah sehingalah kepada kemuncaknya iaitu universiti.

Page 73: aktiviti koko

58

RUJUKAN Adnan Bin Sharif (1998). Pengaruh Jantina, Jenis Sekolah dan Kegiatan

Kokurikulum Terhadap personaliti Remaja Yang Terbentuk Oleh Rakan Sebaya: Kajian Kes Di Antara Sekolah Asrama Dengan Sekolah Biasa di Daerah Hilir,Perak. Tesis sarjana muda yang tidak diterbitkan. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anderson, J.A. (1994). Acknowledging the learning style of diverse student

population: Implications for instructional design. New directions for teaching and learning, 49, 19-33, San Francisco : Josey Bass.

Almond, L. (1997). Physical education in schools (2nd. ed.). London : Kogen Page.

Limited Azemi Abdullah (2004). Motif Penglibatan Dan Corak Orientasi Matlamat Pelajar

Dalam Kegiatan Kokurikulum Sukan. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Baumgartner, Ted.A., Lary D. Heaslgy,.(2006). Conducting And Reading Research in Health And Human Perfomance.(4.ed.) New York : Mc Graw Hill. Bergin, D.A., & Hubusta, S.F. (2004). Goal Orientations Of Young Male Ice Hockey

PlayersAnd Their Parents. The Journal Of Genetic Psychology, 165(4) 383-389

Bramley, P. (1991). Evaluating training affectiveness translating theory into practice. London: Mc Graw – Hill Book Company. Bukan tugas mudah, (2006, Februari 9). Harian Metro, 52 Bandura, A. (1986). Social foundation of thought an action: A social cognitive theory.

Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Che Abd Rashid (2005) Kajian kes penglibatan pelajar dalam akademik dan aktiviti

luar sekolah di dua buah sekolah dalam Daerah Hulu Selangor. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 74: aktiviti koko

59

Crites, J.O. (1969). Vocational psychology of human adjustment. New York:

Alfred A. Knopt. Cox, R.H. (1998). Sport Psychology: Concepts and applications (5eds). New York:

Mc Graw Hill Companies. Gill, D.L.(2000). Psychological dynamics of sport and exercise (2nd ed.) Champaign,

III: Human Kinetics. Gill, D.L.(1986). Psychological Dynamic of Sport. Champain, IL.: Human Kinetics. Gardner, H. (1983). Frame of mind: The theory of muliple intelligence: New York :

Basic Book. Habibah, Noran Fauziah (2002). Psikologi Personaliti. Hulu Kelang: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan Bahasa (2002), Kamus dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Oxford Fajar (2001), Kamus dwibahasa edisi ketiga. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2000), Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000

(Panduan Keselamatan Diri pelajar semasa kegiatan kokurikulum dan sukan) Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1995), Panduan pengurusan gerakerja kokurikulum

Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (1995), Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995

(Fasa 14 : Kegiatan Kokurikulum). Kuala Lumpur.

Page 75: aktiviti koko

60

Kementerian Pelajaran Malaysia (1994), Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1994 (Peruntukkan Masa Pembelajaran). Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1986), Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986

(Sukan). Kuala Lumpur. Lim Chin Hin (1990). Sikap Pelajar Terhadap Program Instramural Sukan di Sekolah

Dan Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Mereka. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lian Yoke Peng (1989). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Mahasiswa

Kamsis Aminuddin Baki. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laporan Mahathir (1985). Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji perlaksanaan

dasar pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Feroz (2005, Disember 01), PLKN: Pelajar aktif dikecualikan. Berita Harian, 3. Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan-Pendekatan Kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan (edisi kelima).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Mohd Majid Konting (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Pustaka. Malpeli, R. (1997). Physical education (2nd ed.). South Melbourne, Australia

International Thompson Publishing Company.

Page 76: aktiviti koko

61

Mohd. Nor Che Noh (1981). Kertas kerja bahagian pendidikan jasmani dan gerak kerja kokurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Miles, M.B., & Huberman, A.M.(1994) Qualitative Data Analysis: A sourcebook of New methods. Beverly Hills, CA:SAGE Publications. Nelfianty Hj. Mohd Rashid (2004). Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat

dalam atlet hoki lelaki Sekolah Sukan Malaysia dalam permainan hoki. Dalam Prosiding Pendidikan Sukan Dan Rekreasi (m.s.129-141). Bangi: UKM.

Roberts, G.C. (1993). Motivation in sport: Understanding and enhancing the

motivation and achievement of children. Dalam R.N. Singer, M. Muphey, & L.K. Tennant. (Eds.). Handbook of research on sport psychology (m.s. 405-402). New York : Macmillan.

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Slavin, R.E.,(1997). Educational Psychology. Boston: Houghton Mifflin Co. Sekaran (1992), Research method for business : a skill building approach,

New York : John Wiley and Son. Teng Boon Teong (1994). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Petaling Jaya :

Longman Malaysia Sdn. Bhd. Zarihan Yunos (2001). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mahasiswa Dalam

Aktiviti Sukan: Kajian Kes Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.