AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM · PDF file1,2 Unit Bahasa Arab, ... SPM, Diploma...

5
1 AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ): PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN Salamiah Ab. Ghani, 1 Zainuddin Ismail, 2 Suhaila Zailani @ Hj Ahmad 3 [email protected] 1,2 Unit Bahasa Arab, 1,2,3 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak: Kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran yang penting untuk menguasai bahasa Arab. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran ini boleh menyumbang kepada kelemahan dalam penguasaan bahasa Arab secara keseluruhannya. Pelajar PBJJ berpeluang untuk berinteraksi dengan guru begitu sedikit berbanding dengan pelajar sepenuh masa. Bentuk pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar PBJJ lebih menjurus kepada pembelajaran terarah kendiri. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran terarah kendiri dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Di samping bertujuan melihat sejauh mana para pelajar boleh akses kendiri dan sejauh mana teknik penceritaan al-sirah al-zatiyah dapat menyokong pendekatan komunikatif Kajian ini menggabungkan dua kaedah kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian ialah dua puluh rakaman yang dipilih secara rawak daripada rakaman para pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Rakaman ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran terarah kendiri dan teknik pembelajaran secara penceritaan dapat meningkatkan keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar PBJJ di Fakulti Pengajian Islam. PENGENALAN Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) merupakan program ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan kepada pelajar lepasan STPM, SPM, Diploma pengurusan Islam dan yang setara dengannya. Kebanyakan pelajar yang mendaftar program ini ialah mereka yang sudah berkerjaya, namun begitu ada yang baru tamat pengajian mereka di peringkat STPM dan diploma. Pelajar yang mengikuti program sarjana muda pengajian Islam diwajibkan mengambil empat kursus Bahasa Arab, iaitu PPPY1112 Maharat al-Qira’ah, PPPY1122 Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah, PPPY1132 Maharat al-Kitabah dan PPPY1142 Maharat al-Istima’ wa al-Fahm. Kuliah-kuliah ini dikendalikan pada hujung minggu dengan kekerapan pertemuan sebanyak 4 kali per semester, iaitu 4 jam bagi setiap kali pertemuan. Pembelajaran pelajar PBJJ secara amnya lebih kepada pembelajaran akses kendiri, kerana pertemuan mereka dengan guru-guru hanya 16 jam sahaja per semester. Kursus PPPY1122 Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah ditawarkan kepada pelajar tahun satu semester dua, Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN 978-967-5478-78-9

Transcript of AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM · PDF file1,2 Unit Bahasa Arab, ... SPM, Diploma...

Page 1: AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM · PDF file1,2 Unit Bahasa Arab, ... SPM, Diploma pengurusan ... seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur (Zawawi Ismail

1

AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM KALANGAN

PELAJAR PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ):

PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

Salamiah Ab. Ghani,1 Zainuddin Ismail,

2

Suhaila Zailani @ Hj Ahmad3

[email protected] 1,2

Unit Bahasa Arab, 1,2,3

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak: Kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran yang penting untuk

menguasai bahasa Arab. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran ini boleh

menyumbang kepada kelemahan dalam penguasaan bahasa Arab secara keseluruhannya.

Pelajar PBJJ berpeluang untuk berinteraksi dengan guru begitu sedikit berbanding dengan

pelajar sepenuh masa. Bentuk pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar PBJJ lebih menjurus

kepada pembelajaran terarah kendiri. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana

keberkesanan pembelajaran terarah kendiri dapat membantu pelajar dalam meningkatkan

kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Di samping bertujuan melihat sejauh mana para

pelajar boleh akses kendiri dan sejauh mana teknik penceritaan al-sirah al-zatiyah dapat

menyokong pendekatan komunikatif Kajian ini menggabungkan dua kaedah kualitatif dan

kuantitatif. Sampel kajian ialah dua puluh rakaman yang dipilih secara rawak daripada

rakaman para pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Rakaman ini

kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses

pembelajaran terarah kendiri dan teknik pembelajaran secara penceritaan dapat meningkatkan

keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar

PBJJ di Fakulti Pengajian Islam.

PENGENALAN

Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) merupakan program ijazah Sarjana Muda yang

ditawarkan kepada pelajar lepasan STPM, SPM, Diploma pengurusan Islam dan yang setara

dengannya. Kebanyakan pelajar yang mendaftar program ini ialah mereka yang sudah

berkerjaya, namun begitu ada yang baru tamat pengajian mereka di peringkat STPM dan

diploma. Pelajar yang mengikuti program sarjana muda pengajian Islam diwajibkan

mengambil empat kursus Bahasa Arab, iaitu PPPY1112 Maharat al-Qira’ah, PPPY1122

Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah, PPPY1132 Maharat al-Kitabah dan PPPY1142

Maharat al-Istima’ wa al-Fahm. Kuliah-kuliah ini dikendalikan pada hujung minggu dengan

kekerapan pertemuan sebanyak 4 kali per semester, iaitu 4 jam bagi setiap kali pertemuan.

Pembelajaran pelajar PBJJ secara amnya lebih kepada pembelajaran akses kendiri, kerana

pertemuan mereka dengan guru-guru hanya 16 jam sahaja per semester. Kursus PPPY1122

Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah ditawarkan kepada pelajar tahun satu semester dua,

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri

Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM · PDF file1,2 Unit Bahasa Arab, ... SPM, Diploma pengurusan ... seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur (Zawawi Ismail

2

iaitu setelah mereka lulus PPY1112 Maharat al-Qira’ah. Memandangkan pertemuan pelajar-

pelajar dengan guru amat terhad, maka para pelajar diberi tugasan merakamkan al-sirah al-

zatiyah (biografi) sebagai tugasan individu. Rakaman al-sirah al-zatiyah ini dijadikan sebagai

bahan kajian, dinilai dan dianalisis.

PERMASALAHAN

Isu kelemahan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia sama ada di

peringkat sekolah menengah atau di peringkat institut pengajian tinggi mendapat perhatian

dan sering dibincangkan dalam seminar atau muktamar oleh ramai pihak. Kelemahan pelajar

dalam menguasai Bahasa Arab ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kelemahan

mereka dalam menguasai ilmu nahu sebagaimana yang dinyatakan oleh Zaini (2012: 191).

Wan Muhamad et al. (2006: 339) berpendapat bahawa penguasaan bahasa Arab dalam

kalangan pelajar terutama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan belum berada

pada tahap yang memuaskan. Sebilangan besar pelajar memahami tajuk-tajuk nahu yang

dipelajari dengan baik, namun mereka tidak dapat mengaplikasi ilmu-ilmu tersebut dengan

sebaik mungkin sama ada dalam penulisan atau pertuturan. Sikap pelajar juga turut

menyumbang kepada kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab. Ada antara para

pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri, malu untuk bertutur dalam bahasa Arab sama

ada dengan guru-guru atau dengan rakan-rakan. Perasaan takut salah dan takut diketawakan

oleh rakan-rakan masih lagi menguasai mereka. Teknik-teknik yang sering diamalkan dalam

pengajaran kemahiran bertutur ialah teknik yang memerlukan respon terus atau langsung

seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur (Zawawi Ismail et al. 2011:

67), teknik ini sangat baik dan berkesan. Pelajar PBJJ tidak mempunyai peluang yang

banyak untuk berinteraksi dengan para guru, oleh itu mereka ditugaskan merakam sirah

zatiyah (biografi) masing-masing dalam bahasa Arab. Daripada tugasan ini, pengkaji dapat

melihat sejauh mana kemampuan pelajar PBJJ bertutur dalam bahasa Arab.

PERBINCANGAN

Kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab merupakan satu kemahiran yang penting sebagai

mana yang dinyatakan oleh (Zawawi Ismail.et. al 2011:67) bahawa penguasaan kemahiran

bertutur satu aspek penting yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa

kedua atau bahasa asing. Kemampuan bertutur dalam Bahasa Arab merupakan salah satu

matlamat kursus PPPY1122 Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah, iaitu para pelajar

berkemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam kursus ini, kemahiran kemahiran lain seperti kemahiran membaca, menulis dan

mendengar juga tidak diambil kira kerana penumpuan lebih kepada kemahiran bertutur. Bagi

membolehkan para pelajar bertutur dalam bahasa Arab, peluang yang cukup hendaklah diberi

kepada mereka agar mereka dapat mempraktik komunikasi dengan menggunakan

perbendaharaan kata yang telah dipelajari.

Tugasan merakam al-sirah alzatiyah ini secara individu bukan bertutur secara

langsung di hadapan khalayak telah memberi ruang yang cukup selesa kepada pelajar untuk

bercerita tentang diri dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

Sebelum para pelajar merakam tugasan masing-masing, mereka hendaklah menulis teks

terlebih dahulu. Contoh dan isi-isi penting telah diberi kepada para pelajar dan dibicang

bersama dalam kuliah. Dalam kajian ini, pengkaji membuat analisis terhadap rakaman al-

sirah al-zatiyah dengan memfokuskan kepada beberapa perkara seperti, penggunaan

perbendaharaan kata, aspek penggunaan pola, penggunaan huruf jar dan aspek baris (nahu).

Hasil daripada analisis rakaman al-sirah al-zatiyah, terdapat beberapa kesilapan sebagai

mana yang dinyatakan dalam jadual di bawah ini.

Page 3: AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM · PDF file1,2 Unit Bahasa Arab, ... SPM, Diploma pengurusan ... seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur (Zawawi Ismail

3

Jadual 1: Penggunaan perbendaharaan kata yang kurang tepat

Bil Isu Ayat pelajar Jangkaan ayat yang ingin

diungkapkan

1 Pelajar ingin

mengungkap: saya tidak

mempunyai

بن ت ولكن ليسعن ديولد والبن ت غي راب نأو لكن

2 Penggunaan كان salah

tempat

وأناالثالثةفيهم طف لةالثالثةوكن ت

3 Perbendaharaan kata

tidak tepat

لبدايةفي فيالبداية أو

4 Penggunaan perkataan

ىعس salah tempat

العلمعسى ألنشر كمعلمة أكون أن

والمعارف

العلم ألنشر معلمة أكون أن أتمنى

والمعارف

5 Penggunaan nombor ثلث واحد تسعةصفر اثنا ثالثاثنا

وتسعة

تسعة اثنان اثنان ثالث واحد صفر

ثالثوتسعة

6 Penggunaan واصلتالدراسةوبعده بعد الدراسةواصلت وبعدذلك

7 Sebutan huruf – mad

perbendaharaan kata –

bilangan

أحدوألفينفيسانةكنتمتزوج سنةألفينوواحد/قدتزوجتفيعام

8 Penggunaan perkataan

أرجو

...بعدأنتخرجتبهذهالدراسةوأرجو هذه من أتخرج أن بعد وأتمنى

...الجامعة

Jadual 2: Penggunaan pola perkataan yang salah (aspek sarf)

Bil Isu Ayat pelajar Jangkaan ayat yang akan

disampaikan

1 Tidak dapat membezakan

antara makna perkataan

فdengan عرف عر

رفأن ا أعرف ......أع أن

2 Tidak dapat membezakan

antara makna perkataan

dengan وصل واصل

المدرسةوصل تثم في الثانوية

.نهضةالحسنةثانوية

نهضة مدرسة دراستي واصل ت ثم

.الحسنةالثانوية

Page 4: AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM · PDF file1,2 Unit Bahasa Arab, ... SPM, Diploma pengurusan ... seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur (Zawawi Ismail

4

Jadual 3: Aspek baris (baris tengah dan akhir)

Jadual 4: Penggunaan huruf jar

Bil Isu Ayat Pelajar Jangkaan yang akan

disampaikan

1 Kesilapan Penggunaan

huruf الباء

بهذهوأرجوأنأكونفاصحاوماهرا

اللغة

أنأكونفصيحاوماهرافيهذهوأرجو

اللغة

2 Kesilapan Penggunaan

huruf الباء

بعد تخرجت وأرجو بهذهأن

...الدراسة

هذه من أتخرج أن بعد وأتمنى

...الجامعة

3 Tidak perlu kepada

huruf على

ت الشهادةالعاليةعلىأخذ تالشهادةالعالية أخذ

3 Kesilapan mengguna اسم

فاعل

وماهرابهذهفاصحاوأرجوأنأكون

اللغة

بهذه وماهرا أنأكونفصيحا وأرجو

اللغة

4 Tidak dapat membezakan

antara makna perkataan

س dengan perkataan أدر

رس أد

رس اللغةالعربيةأد ساللغةالعربية أدر

5 Kesilapan wazan ةأود اآلخركلمة... ...الكلمةاألخيرةأود

6 Kesilapan pembentukan

wazan مضارع merujuk

kepada penutur

أن ...تصبحأود ...صبحأودأنأ

7 Kesilapan menggunakan

jenis فعل

بعدأن بهذهتخرجتوأرجو

...الدراسة

هذه من أتخرج أن بعد وأتمنى

...الجامعة

8 Kesilapan menggunakan

jenis perkataan

أكون أن أرجو دراستي انتهاء بعد

معلما

بعدأنأنهيدراستيأتمنىأنأكون

معلما

Bil Ayat Pelajar Jangkaan yang ingin disampaikan

رعندياثنا 1 عندياثناعشرإخوة إخوات عش

العربيةالل غةأحب 2 أحبالل غةالعربية

...الثانويةالدينيةمدارسدرستفي 3 رسةالثانويةالدينية ...درستفيمد

فيكليةالشريعةاإلسالميةدرس تبعدذلك 4 تفيكليةالشريعةاإلسالمية بعدذلكدرس

مأواصلالدراسةفي 5 السيكولوجيالقس مالسيكولوجي أواصلالدراسةفيالقس

دراسةاللغةالعربيةللعلوموالثقافةاإلسالمية 6 عربيةللعلوموالثقافةاإلسالميةدراسةاللغةالأحب أحب

تفي 7 عشرستةولد تفيستةعشر ولد

Page 5: AKTIVITI PENCERITAAN BENTUK BIOGRAFI DALAM · PDF file1,2 Unit Bahasa Arab, ... SPM, Diploma pengurusan ... seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur (Zawawi Ismail

5

4 Tidak perlu kepada

huruf على

تعليماللغةالعربيةأحبعلى أحبتعليماللغةالعربية

5 Kesilapan Penggunaan

huruf الباء

وهكذابياناتيتوصيةوأمانيتي

بالمستقبل

في وأمانيتي توصية بياناتي وهكذا

المستقبل

DAPATAN KAJIAN DAN RUMUSAN

Hasil daripada analisis rakaman al-sirah alzatiyah menunjukkan bahawa para pelajar PBJJ

mampu menuturkan ayat-ayat yang mudah dan mampu menyusun idea-idea untuk

dipersembahkan. Daripada aspek sebutan, para pelajar dapat menyebut perkataan-perkataan

Arab dengan makhraj yang betul dan lancer. Hal ini kerana orang Melayu Muslim sudah

biasa dengan sebutan huru-huruf Arab khususnya istilah-istilah yang berkaitan dengan

persoalan ibadah dan hukum hakam. Di samping itu banyak perkataan-perkataan Arab

dipinjam dalam bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu

diatasi ketika melaksanakan aktiviti penceritaan dalam bentuk biografi ini. Antaranya,

perbendaraan kata yang dimiliki oleh pelajar amat terhad dan kurang tepat. Antara lainnya,

kesilapan menggunakan pola, huruf jar dan zarf. Selain itu, terdapat juga kesalahan baris

akhir dan baris tengah perkataan. Terdapat juga ayat-ayat yang tidak jelas dan tidak dapat

difahami maksud yang ingin disampaikan. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan

penggunaan perbendaharaan kata yang tidak sesuai pada tempatnya.

Bagi mengatasi masalah ini dan meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam

kalangan pelajar PBJJ, pengkaji mencadangkan beberapa saranan berikut:

1. Pembincangan yang menjurus kepada kesilapan ini perlu dilakukan sebelum latihan

penceritaan ini dilaksanakan oleh pelajar

2. Sampel-sampel ayat-ayat yang betul dan tepat serta sampel penceritaan perlu diagihkan

kepada pelajar sebagai panduan kepada mereka

3. Sampel-sampel yang pelbagai sama ada dari segi gred yang berbeza serta tema latar

belakang pelajar yang berbeza perlu diberi kepada pelajar agar mereka membiasakan diri

dengan mendengar sumber audio dalam bahasa Arab, sebelum mereka merakamkan

latihan penceritaan biografi mereka sendiri. Ini ialah sebagai bahan pembelajaran kendiri

terarah di kalangan pelajar.

RUJUKAN cAbduh, Dawud. 1990. Nahwa ta

clim al-Lughah al-Arabiyah wazifiyah.Cet.2. Dar al-Kamal li

al-Nashr wa Tawzic

CAbd al-Mutalib, Muhammad Jad. 2003. Su

cubah fi ta

clim al-lughah al-Arabiyah. al-Urdun:

Dar al-Fikr li Tibacah wa al-Nashr wa Tawzi

c

Jawdat al-Rukabi. Turuq tadris al-Lughah al-Arabiyyah. 1986. Damsyiq: Dar al-Fikr li-

Tibacah wa al-Nashr

al-Khuli, Muhammad Ali.1982. Asalib tadris al-lighah al-Arabiyah. Riyad: Dar al-Ulum

Muhammad Abdul Ghani al-Misri. Asalib tadris al-Lughah al-Arabiyah. 1990. Omman:

Maktabah al-Risalah al-Hadithah

al-Shanti, Muhammad Salih. 2003. al-Maharat al-Lughawiyah. Cet. ke-5 al-Mamlakah al-cArabiyah al-Sa

cudiyah: Dar al-Andalus Li al-Nashr wa Tawzi

c

Shalabi, Ahmad. 1980. Ta’lim al-Lughah al-Arabiyah li ghayr al-Arab. Kaherah: Maktabah

al-Nahdah al-Misriyah

Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd.rahman, Arnida A.Bakar & Ahmad Pangidoan

Nasution Mandily. 2005. Pendekatan dan strategi efektif dalam penguasaan Bahasa

Arab. Nilai: Penerbit Universiti Sains Malaysia