Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

download Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

of 26

Transcript of Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    1/26

    AKTIVITI PENGAJARAN PERBANDINGAN KAPASITI ISIPADU CECAIR.

    AKTIVITI 1 : Untuk Pelajar-Pelajar Pintar.

    Topik : Isipadu Cecair

    Subtopik : Pengenalan Kepada Isipadu CecairKemahiran : Membandingkan dua isipadu cecair menggunakan perbandingan secara terus.Hasil Pembelajaran : Murid-murid akan dapat menyukat dan membandingkan jumlah isipadu

    cecair dengancara perbandingan terus.

    Strategi P & P : Demonstrasi dan tunjuk-cara.KBKK : Membanding-beza

    Nilai : Berkerjasama dan yakinBBM : Pinggan Plastik, Cawan Teh, botol plastik, corong air, air oren dan besen air.

    Perbendaharaan Kata : Isipadu, banyak, setengah, sedikitProsedur :

    1. Sediakan dua cawan teh yang kosong, pinggan plastik, botol plastik dain air oren yang

    disimpan di dalambesen yang diletakkan di atas meja.

    2. Arahkan dua orang murid untuk memasukkan air oren dengan menggunakan cawan teh daridalam besen

    ke dalam pinggan dan botol sehingga penuh.3. Minta pelajar di dalam kelas untuk mencatatkan berapa cawankah isipadu air yang digunakan

    untukmengisi sehingga pinggan dan botol tersebut penuh. Guru jangan memberitahu betul atau

    salah pada

    peringkat ini.4. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memperjelas akan jawapan mereka.5. Selepas semua pelajar terpilih tadi menyebut dan menerangkan jawapan mereka, barulah guru

    membuatkesimpulan akan jawapan mereka tadi.

    6. Rumusan guru perlu merangkumi :i. Tidak semestinya bekas yang lebad atau tinggi akan mempunyai kapasiti isipadu cecair

    yang banyak.Ia adalah bergantung kepada penuh, setengah atau sedikit cecair yang digunakan.

    ii. Lihat dengan teliti terlebih dahulu isipadu cecair di dalam bekas yang dibandingkansebelum membuat

    keputusan dan memberikan jawapan.

    AKTIVITI 2 : Untuk Pelajar-Pelajar Lemah.

    Topik : Isipadu Cecair

    Subtopik : Pengenalan Kepada Isipadu Cecair

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    2/26

    Kemahiran : Membandingkan dua isipadu cecair menggunakan perbandingan secara terus.

    Hasil Pembelajaran : Murid-murid akan dapat menyukat dan membandingkan jumlah isipadu

    cecair dengan

    cara perbandingan terus.

    Strategi P & P : Membuat pemerhatian dan tunjuk-cara.

    KBKK : Membanding-beza dan membuat rumusan

    Nilai : Berkerjasama dan yakin

    BBM : Bikar, Pinggan Plastik, botol plastik, air strawberi, besen air dan corong air.

    Perbendaharaan Kata : Isipadu, banyak, sama jenis, sedikit

    Prosedur :

    1. Sediakan bikar, pinggan plastik, botol plastik dan air strawberi yang disimpan di dalam

    besen yang diletakkan di atas meja.2. Arahkan dua orang murid untuk memasukkan air strawberi dengan menggunakan bikar dari

    dalam besenke dalam pinggan dan botol sehingga penuh.

    3. Minta pelajar di dalam kelas untuk menyebut tentang bekas yang manakah yang mengandungikapasiti

    isipadu air yang banyak. Guru jangan memberitahu betul atau salah pada peringkat ini.4. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memperjelas akan jawapan mereka.

    5. Guru meminta dua orang murid untuk ke depan kelas. Kedua-dua mereka diminta untukmenuangkan air

    strawberi dari dalam pinggan dan diikuti dengan air dari botol plastik ke dalam besenmenggunakan bikar yang sama saiznya. Sediakan corong air untuk aktiviti ini bagi

    mengelakkan airstrawberi dari tumpah ke tempat lain.

    6. Minta pelajar yang menjadi pemerhati aktiviti tersebut untuk memerhatikan aktiviti denganbaik dan perlu

    dimaklumkan juga kepada pelajar bahawa mereka perlulah membuat kesimpulan terhadapisipadu air yang

    manakah lebih banyak dari yang satu lagi.7. Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan berkaitan aktiviti ini. Rumusan guru perlu

    merangkumi :i. Tidak semestinya bekas yang lebad atau tinggi akan mempunyai kapasiti isipadu cecair

    yang banyak.Ia adalah bergantung kepada penuh, setengah atau sedikit cecair yang digunakan.

    ii. Lihat dengan teliti terlebih dahulu isipadu cecair di dalam bekas yang dibandingkan

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    3/26

    sebelum membuatkeputusan dan memberikan jawapan.

    Posted by ALFRED KENDIM at 7:01 AMEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

    Labels: Dua Aktiviti Pengajaran Isipadu Cecair

    0 comments:

    Post a Comment

    MEMBANDING DAN MENGUKUR ISIPADU CECAIR

    Definisi Isipadu Cecair

    Isipadu cecair membawa maksud kandungan air yang dapat di muatkan dalam sesuatu

    bekas, contohnya cawan, jug, bikar, baldi atau bekas bekas lain. Ianya boleh di takrifkan dalam

    2 skala unit iaitu unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan unit piawai seperti dalam millimeter

    (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Pengujian boleh di buat untuk membezakan jumlah cecair

    yang boleh diisi kedalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz . Guru boleh menggunakan

    bahan-bahan yang mudah di dapati seperti cawan, baldi, botol air mineral, jug air, mangkuk dan

    lain-lain untuk memudahkan murid memahami dengan lebih jelas tentang sukatan dan

    kandungan isipadu cecair. Pada peringkat kanak-kanak, kesilapan biasa berlaku dalam hal

    kandungan isipadu cecair, ini kerana kanak-kanak tidak dapat memahami berkaitan jumlah

    isipadu dalam sesuatu bekas dengan tepat. kebanyakan kanak-kanak mengetahui beberapa

    konsep panjang, pendek, besar, kecil dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi

    mereka tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kapasiti. Walaupun perbandingan

    persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan

    mengenai panjang bekas sahaja berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang

    mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek,

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    4/26

    kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek

    itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, guru mestilah memberi penekanan kepada konsep kapasiti

    dengan menggunakan kaedah perbandingan secara konkrit.

    Untuk membolehkan kanak-kanak memahami dengan lebih jelas mengenai kapasiti air

    dalam sesuatu bekas, beberapa aktiviti dapat di jalankan, cadangan saya sebagaimana berikut:-

    Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Aktiviti 1: Menggunakan Unit Bukan Piawai

    Topik : Mengukur dan membanding Isipadu Cecair

    Objektif :

    Selepas sesi pengajaran, murid-murid sepatutnya dapat mengukur dan membanding isipadu

    cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

    Pengetahuan Sedia ada :- murid biasa dengan peralatan yang di gunakan dalam sesi pengajaran.

    -Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek : lebih atau kurang, banyakatau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk lepas.

    Bahan Bantu Belajar:

    -Bekas yang berlainan saiz: cawan, jug air, tuperware,

    -satu baldi air

    Kosa kata :

    lebih, kurang, kosong, separuh, penuh,tinggi, rendah

    Langkah pengajaran :1. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk menjalankanaktiviti pembelajaran secara kooperatif.

    2. Meminta seorang murid menjadi pencatat dalam setiap kumpulan.3. Guru mengedarkan 3 jenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air dan sati jug kosong kepada

    setiap kumpulan.

    4.Setiap kumpulan akan mencatat bilangan bekas yang berisi air yang diperlukan untukmemenuhi jug yang diberi dalam jadual yang disediakan.

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    5/26

    Aktiviti 2 : Menggunakan unit bukan piawai.

    Topik: Menyukat isipadu cecair

    Hasil Pembelajaran : Murid seronok dan dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit

    bukan piawai dan melihat perbezaan kapasiti air dari berbagai bentuk bekas.

    Bahan-bahan : Pelbagai bekas kecil berlainan saiz ( bekas plastik tinggi, jug, gelas kaca, botol

    susu baby dan tuperware),

    Langkah-langkah :

    1. Murid bergerak dalam kumpulan berempat.

    2. setiap kumpulan mempunyai seorang perekod.

    3. Berikan satu set bekas yang berlainan saiz dan satu bekas tinggi kepada setiap kumpulan.

    4. Minta murid mengisikan bekas yang berlainan saiz ( tuperware, gelas kaca) tersebut dengan air

    yang sirap.

    5. Minta murid mengisi bekas tinggi untuk membuktikan perbezaan kapasiti air dari dua bekas yang

    berbeza bentuk.

    7. Ulang dengan bekas-bekas yang lain.

    8. Minta murid menjawab soalan berikut; ( bulatkan jawapan yang betul)

    Isipadu air di dalam botol susu adalah ( sama / tidak sama ) dengan kapasiti air dalam

    tuperware

    Isipadu air di dalam botol susu ( lebih / kurang ) daripada isipadu air dalam tuperware.

    10. Minta murid berbincang mengenai ketiga-tiga jenis bekas tersebut (bekas plastik tinggi, botol

    susu, dan tuperware), yang mana satu mempunyai kapasiti paling kecil.

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    6/26

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    7/26

    Kesimpulan:

    Sesuatu konsep yang hendak di terapkan khususnya kepada kanak-kanak memerlukan daya

    kreativiti guru yang tinggi, penggunaan alat yang menarik banyak membantu dalam hal ini.

    Untuk aktiviti ini murid-murid ditanamkan dalam minda mereka bahawa isipadu cecair boleh

    diubah berdasarkan bekas yang digunakan. Semakin besar bekas yang digunakan, semakin

    banyak kuantiti air yang boleh diisi ke dalamnya. Setelah memahami konsep isipadu, lebihmudah untuk murid membuat sebarang anggaran berkaitan kapasiti air dan juga boleh di

    aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

    sipadu Cecair

    1.0 Pengenalan

    Salah satu daripada topik baru bagi murid tahun 2 ialah isipadu cecair . Isipadu cecair

    adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Sebelum memasuki alam

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    8/26

    persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka

    mula menyusu, Selain susu, kanak-kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti air, minyak,

    sirap dan ubat. Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol , baldi , sudu

    dan sebagainya , yang digunakan mengisi cecair tersebut.

    Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti(muatan ) bekas itu.

    Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama.

    Kanak-kanak biasanya sudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan . Mereka

    menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar dan bekas yang rendah

    mempunyai kapasiti yang kecil.

    Kemahiran membanding beza isipadu cecair di antara dua bekas yang berlainan saiz

    merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar dikuasai oleh murid. Penggunaan bahan

    konkrit dan aktiviti yang memusatkan murid harus dipakai guna dalam membantu murid dengan

    memahami kemahiran ini dengan lebih mendalam.

    Berikut merupakan beberapa alat bantu mengajar dan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang dicadangkan bagi membolehkan murid memahami dengan lebih mendalam

    dalam membanding beza isipadu cecair bagi dua bekas yang berlainan saiz .

    Bahan Bantu Mengajar Pertama

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    9/26

    Bahan Bantu Mengajar Kedua

    Subjek : Matematik

    Kelas : Tahun 2

    Topik : Isipadu cecair

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    10/26

    Kemahiran : Membanding beza isipadu cecair antara dua bekas

    ktif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengukur isipadu cecair

    dengan menggunakan units yang standard.

    Alat Bantu mengajar kedua

    - Bekas yang mempunyai pelbagai jenis saiz seperti berikut

    - silinder penyukat

    - cawan plastik

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    11/26

    Aktiviti pengayaan

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    12/26

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    13/26

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    14/26

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    15/26

    Aktiviti Pengukuhan

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    16/26

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    17/26

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    18/26

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    19/26

    Rumusan

    Pada keseluruhan, guru memainkan peranan penting dalam mendidik murid untuk

    menguasai asas kemahiran matematik . Menguasai asas matematik adalah penting dalam

    memastikan murid mengikut pelajaran yang seterusnya setelah mereka pergi ke tahun 3 dan tidak

    ketinggalan ke belakang.

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    20/26

    Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, guru harus mengenalpasti

    pengetahuan sedia ada murid , memilih alat bantu yang sesuai dan merancangkan aktiviti yang

    berpusatkan murid dan mengikut kebolehan murid agar dapat menarik perhatian murid. Segala

    perancangan guru adalah penting dalam memastikkan murid mengikut pelajaran guru,dan

    menarik minat guru dalam pencapaian objektif pembelajaran kita.

    Rujukan internet

    http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag&feature=player_embedded

    http://www.youtube.com/watch?v=Wl6VDFaNn10&feature=related

    http://mykisshar.blogspot.com/2009/10/measure-and-compare-volume-of-liquid.html

    Rujukan buku

    Lee Tak Sing ,Mathematics ,Teks book ( Part 2) Hypersurf Corporation Sdn. Bhd ,2003

    Lee Tak Sing , Matematik Tahun 1 ,activity book (Part 2) Hypersurf Corporation Sdn. Bhd

    ,2003

    Toh Sing Ho Matematik Tahun 2, Buku Teks ,( Jilid 2) The Malaya Press Sdn Bhd

    Toh Sing Ho Matematik Tahun 2, Buku latihan dan aktiviti , (Jilid 2) The Malaya Press Sdn

    Bhd

    Murugiah s/o Velayutham and Kao Thuan Keat , HMBT2103 TeachingMathematics in Year

    Two, Meteor Doc. Sdn ,Bhd

    Maksud Isipadu Cecair

    Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair di dalam sebuah bekas.Kapasiti boleh di ukur dengan

    menggunakan bekas yang tidak besistematik dan diukur secara sistematik. Unit sistem metrik yang

    digunakan untuk mengukur isipadu cecair ialah millimeter dan liter. Untuk mengukur isipadu cecair,kita

    boleh menggunakan bekas yang mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza. Aktiviti ini juga boleh

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    21/26

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    22/26

    3. Perkenalkan perkataan kosong, separuh penuh dan penuh.4. Semasa memperkenalkan perkataan tersebut guru memaparkan gambar gelas

    kosong, gambar gelas air separuh penuh dan gambar gambar gelas air penuh.

    5. Guru meminta murid melekatkan perkataan di bawah gelas gelas tersebutmengikut kesesuaiannya.

    6. Selepas itu guru meminta murid datang kehadapan untuk mengisi air mengikutperkataan yang ditunjukkan oleh guru.

    7. Guru meminta pelajar lain pula tampil kehadapan dan menyusun gelas-gelastersebut mengikut turutan dari kosong ke penuh.

    8. Ulang aktiviti tersebut dengan menggunakan mangkuk, dan cawan.Aktiviti 2

    ii. Alat Bantu Mengajar 2

    Aktiviti 2 ( Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan sistem metrik )

    Hasil Pembelajaran : Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit piawai.

    Bahan-bahan : Selinder penyukat, satu jag air yang besar, 1 gelas minuman, 1 teko, 1 mangkuk,

    dan 1 cawan.

    Langkah-langkah :

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    23/26

    1. Bahagikan murid kepada 6 kumpulan.2. Lantik seorang murid menjadi pencatat.3. Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan.4. Guru meminta murid mengisi jag, gelas, teko, mangkuk dan cawan dengan air.5. Kemudian guru meminta murid menuang air di dalam jag ke dalam selinder penyukat.6. Murid merekodkan bacaan di dalam jadual yang disediakan.7. Murid diminta untuk mengulang aktiviti tersebut menggunakan bekas yang lain.8. Murid merekod menggunakan seperti jadual di bawah :

    Bekas Bacaan dalam Mililiter / liter

    jaggelas

    teko

    mangkuk

    cawan

    9. Guru meminta murid membincangkan bekas mana yang mempunyai isipadu yang palingkecil.

    10.Guru meminta murid menyusun bekas secara menurun dari kapasiti paling besar ke yangpaling kecil.

    11.Guru meminta murid lain menyusun bekas secara menaik dari kapasiti paling kecil keyang paling besar.

    Kesimpulan

    Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar akan dapat membuat perbandingan dengan menggunakan

    bekas yang berlainan saiz dan bentuk dengan lebih jelas lagi. Pelajar juga dapat mengukur

    dengan menggunakan unit system metric dan pelajar dapat mengukur dengan tepat dan

    mengambil bacaan dengan tepat.

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    24/26

    Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam tajuk mengukur isipadu cecair ini juga

    kadangkala terdapat salah konsep di kalangan pelajar. Dengan itu, guru perlu lebih berhati-hati di

    dalam mengajar tajuk ini. Aktiviti yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran ini

    perlulah sesuai dengan pelajar dan persekitarannya. Kaedah yang digunakan juga mestilah

    senang difahami oleh pelajar supaya mereka lebih memahami konsep mengukur isipadu cecair

    ini dengan lebih jelas lag

    Pengenalan

    Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan

    pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza. Seseorang pelajar akanmenganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekasseperti gambar yang di bawah.

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    25/26

    Pengenalan

    Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulanpelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza. Seseorang pelajar akan

    menganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekasseperti gambar yang di bawah.

    Proses menyukat isipadu cecairSememangnya tidak dapat dinafikan bahawa saiz bekas yang berbeza dapat mengelirukan

    kita dalam menentukan isipadu cecair. Oleh demikian, kita pada hari ini amat bertuah keranadapat menggunakan unit standard untuk menentukan perkara ini. Pelajar sebenarnya pernah

  • 8/6/2019 Aktiviti Pengajaran Per Banding An Kapasiti Isipadu Cecair

    26/26

    melihat ukuran standard isipadu cecair seperti yang terdapat pada botol ataupun tin minumannamun mereka tidak sedar akan perkara ini. Dengan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar,

    maka seseorang guru akan dapat membantu mereka dengan sebaik mungkin.Terdapat dua sukatan yang kita dapat gunapakai dalam menyukat isipadu cecair pada

    tahap sekolah rendah iaitu milliliter (ml ) dan liter (l ). Dengan adanya unit ini, maka dapatlah

    kita mengurangkan masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebihbekas yang berbeza saiz. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti bikar, silinderpenyukat dan sebagainya.

    Setiap silinder penyukat adalah mempunyai skala yang sama dengan silinder penyukatlain. Biarpun saiz sesebuah silinder itu berbeza, namun kapasiti dalamnya tetap tepat kerana

    ianya standard. Sebelum menyukat isipadu, pastikan kita berada pada sebuah permukaan yangrata seperti sebuah meja. Penggunaan silinder penyukat amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah

    kerana ianya boleh didapati di makmal sains sekolah.1

    Bagi proses menyukat pula, kita bolehlah menuangkan air ke dalamnya dan membuatkiraan yang tepat. Peranan kedudukan mata amatlah penting dalam memastikan ketepatan

    bacaan. Bacaan yang tepat adalah kedudukan mata berada selari dengan skala sukatan bukanyaSebagaimana yang telah ditunjukkan pada gambar ini, proses bacaan perlulah berada

    selari dengan aras cecair yang hendak disukat. Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yangmemusykilkan pelajar iaitu garisan aras cecair agak tebal. Namun demikian, adalah ditegaskan

    bahawa garis yang paling di bawah itulah merupakan jawapan yang paling tepat untukmenentukan aras cecair dalam silinder. Oleh demikian, adalah tanggungjawab seorang guru

    untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci kepada pelajar kita agar mereka lebihfaham dan masalah konsepsi dapat diatasi.

    Bahan bantu mengajar Isipadu cecairBagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep

    isipadu cecair kepada pelajar. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yangdigunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai

    perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untukmendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan

    yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akanmembolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.

    Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitandengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika

    dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpastioleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh gur