Aktiviti Piramid Fizikal

1
Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya. Salah satu isu kesihatan kanak-kanak dan remaja kini adalah obesiti di kalangan kedua-dua golongan ini. Kajian menunjukkan bahawa obesiti yang berlaku pada usia muda maka akan berterusan masalah ini sepanjang hayat mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian serius memandangkan terdapat pelbagai risiko kesihatan sampingan yang timbul disebabkan oleh gejala tersebut. Kajian terkini menunjukkan bahawa kadar obesiti di kalangan kanak- kanak dan remaja berpotensi untuk terus meningkat jika langkah-langkah pencegahan tidak dilaksanakan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 di kalangan orang dewasa (merangkumi golongan yang berumur lima belas tahun ke atas) menunjukkan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat yang berumur telah meningkat dengan mendadak dari 4.4% pada tahun 1996 ke 12.3% pada tahun 2006. Masalah ini berpunca akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang mengamalkan aktiviti fizikal. Gaya hidup kanak-kanak dan remaja masa kini yang hanya menghabiskan masa di sekolah, pusat tuisyen dan bermain permainan video turut menyumbang kepada masalah ini. Oleh yang demikian, amat wajar supaya golongan kanak-kanak dan remaja dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keterampilan mereka sejak usia yang muda dengan mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten sebagai satu bentuk amalan cara hidup sihat.

description

PIRAMID

Transcript of Aktiviti Piramid Fizikal

Page 1: Aktiviti Piramid Fizikal

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya. Salah satu isu kesihatan kanak-kanak dan remaja kini adalah obesiti di kalangan kedua-dua golongan ini. Kajian menunjukkan bahawa obesiti yang berlaku pada usia muda maka akan berterusan masalah ini sepanjang hayat mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian serius memandangkan terdapat pelbagai risiko kesihatan sampingan yang timbul disebabkan oleh gejala tersebut. Kajian terkini menunjukkan bahawa kadar obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja berpotensi untuk terus meningkat jika langkah-langkah pencegahan tidak dilaksanakan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 di kalangan orang dewasa (merangkumi golongan yang berumur lima belas tahun ke atas) menunjukkan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat yang berumur telah meningkat dengan mendadak dari 4.4% pada tahun 1996 ke 12.3% pada tahun 2006. Masalah ini berpunca akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang mengamalkan aktiviti fizikal. Gaya hidup kanak-kanak dan remaja masa kini yang hanya menghabiskan masa di sekolah, pusat tuisyen dan bermain permainan video turut menyumbang kepada masalah ini. Oleh yang demikian, amat wajar supaya golongan kanak-kanak dan remaja dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keterampilan mereka sejak usia yang muda dengan mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten sebagai satu bentuk amalan cara hidup sihat.