Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

12
AKTIVITI PRATULISAN DAN TULISAN MEKANIS PERINGKAT PRATULISAN Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang- lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.

Transcript of Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

Page 1: Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

AKTIVITI PRATULISAN DAN TULISAN MEKANIS

PERINGKAT PRATULISAN

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat

mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah

tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat

menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot,

tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-

awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-

lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah

sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. 

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan

latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas

garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai

gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan

seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput

tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh

dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan

memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan

sebagainya. 

Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan

pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi

tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan

mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk

garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari

kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan

garis lurus secara bebas. 

Page 2: Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

PERINGKAT TULISAN MEKANIS

Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang

pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk

lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di

atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati

memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila

murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu

dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis.

Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contoh

aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus

dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan

menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan

dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan

tulisan yang seragam. 

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian

kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-

lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga

diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru

haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan

menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang

dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang

bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik ,

baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis

mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan

menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya

menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini

diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang

mudah dan sebagainya.

Page 3: Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

Analisis pratulisan dan tulisan mekanis

Kedua-dua peringkat pratulisan dan tulisan mekanis merupakan peringkat

persediaan kepada pelajar sebelum mereka diperkenalkan dengan penulisan abjad

yang betul. Peringkat ini penting sebagai pengenalan pelajar kepada cara penulisan

supaya mereka dapat menghasilkan lamban-lambang tulisan yang kemas dan jelas

pada peringkat seterusnya.

Pada peringkat pratulisan pelajar akan didedahkan tentang asas-asas penulisan

sebelum mereka diajar untuk menulis abjad dengan betul. Motor halus mereka serta

koordinasi mata dan tangan mereka akan dilatih sebagai persediaan untuk mereka

memegang pensel untuk menulis dan membentuk huruf. Pelbagai kaedah boleh

dilakukan kepada pelajar seperti yang telah diterangkan dan kaedah-kaedah ini

seharusnya dilakukan kepada pelajar sebelum mereka diajar untuk menulis abjad

supaya mereka dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan jelas. Aktiviti yang

dijalankan kepada pelajar haruslah berperingkat. Mereka seharusnya dapat kuasai

gerak tangan bebas sebelum melakukan aktiviti melibatkan pergerakan mata dan

tangan.

Peringkat tulisan mekanis seharusnya dilakukan setelah kita ketahui bahawa

pelajar telah bersedia dan tahu untuk memegang pensel dengan betul. pada peringkat

ini, mereka akan mula diajar untuk mengenal lambang-lambang tulisan dan mula

melakukan aktiviti menulis. Pelajar juga akan diajar untuk menyebut abjab yang ditulis

untuk membiasakan mereka untuk mengenal huruf yang ditulis bagi mengelakkan

kekeliruan kepada pelajar sekaligus mereka dapat membiasakan diri dengan abjad.

Kedua-dua kaedah ini penting untuk pelajar kuasai sebelum mereka diajar ke

peringkat seterusnya dalam penulisan supaya mereka dapat menghasilkan lambang

huruf yang kemas dan jelas.

Page 4: Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

Lampiran:

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan: plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Kaedah: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau

model yang disukainya.

3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Gambar rajah: Contoh doh mainan yang boleh disunakan dan bentuk yang boleh

dihasilkan.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke

bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model

tiang bendera, bola, manik, cawan air) kertas pendua yang mengandungi

perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Kaedah: 1. Murid menggolekkan bola dia atas dulang berpasir dengan jari dari kiri

Page 5: Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

ke kanan dan sebaliknya.

2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air menggunakan

tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri

ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.

3. Murid membilang manik yang digantung dengan menggunakan jari dari

atas ke bawah dan sebaliknya.

4. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang

bendera.

PRATULISAN / PRAMENULIS

Peringkat Pramenulis

i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke

belakang.

ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah

dan bawah ke atas.

v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung dan bulatan arah jarum jam.

vi. Melukis garis condong.

vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk.

viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan

bentuk huruf-huruf tersebut.

Contoh aktivi pramenulis seperti berikut:

i. Latihan menulis dari kiri ke kanan.

Page 6: Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

ii. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

iii. Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa

menggunakan alat tulis.

iv. Latihan membentuk garis lurus.

Page 7: Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan

secara bebas.

vi. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

Page 8: Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis

PENULISAN MEKANIS

Peringkat Mendirikan Asas

i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaanyang terkawal.

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua / tiga.

iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul.

v. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan yang betul abjad a-z.

vi. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan songsang abjad z-a.

vii. Membina satu suku kata KV dan KVK

viii. Menggabungkan suku kata menjadi perkataan.

ix. Membina ayat tunggal.