al ahwal al maqamat
description
Transcript of al ahwal al maqamat
AKHLAQ DAN TASAWWUF (WKU6011)
TAJUK : AL-AHWAL DAN AL-MAQAMAT
DefinisiAl Ahwal & Al- Maqamat
• Al ahwal (bentuk jamak dari Hal):• Ianya timbul dalam kehidupan ruhiyah dan merupakan akibat yang ditimbulkan
oleh suluk maqamat sampai mencapai ke tahap nafsu yang diredhai. Disebut sebagai ‘hal’ kerana keadaannya yang tidak tetap dan terus berubah.
• Menurut Syeikh Abu Nash Al-Siraj, hal adalah sesuatu yang terjadi yang mendadak yang bertempat pada hati nurani dan tidak bertahan lama. Ini dapat dikukuhkan lagi dengan pendapat Harun Nasution yang mengatakan, dalam Bukunya Abuddin Nata Akhlak Tasawuf bahawa hal atau ahwal merupakan keadaan mental perasaan senang, perasaan takut, perasaan sedih, dan sebagainya
• Menurut Ibnu Ajibah pula, al-hal itu adalah suatu lintasan atau bisikan hati yang baik, lawan kepada lintasan atau bisikan hati yang jahat. Menurut beliau, hati manusia yang beriman itu sentiasa mengamali dua jenis lintasan, iaitu lintasan yang baik (al-nuraniyah) dan yang jahat (al-zulmaniyyah). Jika lintasan hati yang jahat (al-zulmaniyah) itu lenyap maka yang ada di dalam hati ialah lintasan yang baik (al-nuraniyah), keadaan inilah yang dinamakan al-hal atau al-warid dalam Ilmu Tasawuf.
• Maqamat (bentuk Jamak dari Maqam):• Suatu tahap yang ditempuhi oleh salik dalam tarekatnya kepada Tuhannya.
Disebut sebagai maqam untuk kemantapan dan kepastiannya.• “ Jika anda inginkan datangnya kurniaan Allah S.W.T. itu atas kamu, maka
betulkanlah sifat-sifat fakir dan pergantunganmu kepada Allah (sifat kehambaan) itu, kerana bahawasanya Allah S.W.T. berfirman: Sedekah-sedekah itu (pemberian seperti zakat dan seumpamanya) adalah untuk orang yang fakir dan miskin”
• Dengan kata-kata hikmah Ibn `Ata’illah di atas dapat disimpulkan bahawa hanya seorang salik yang benar-benar menjaga adab-adab di samping mencapai tawhid rububiyyah sehingga merasa segala sifat kekurangan diri dan terasa pula kesempurnaan dan kekayaan Allah S.W.T. sahaja yang akan mencapai anugerah daripada Allah S.W.T dalam bentuk al-mawahib.
Tahap tahap dalam al-Ahwal dan al-Maqamat
Ulama Sufi Keterangan
IMAM AL GHAZALI
(IHYA’ ULUM AL-DIN)
• seluruh dari tingkatan-tingkatan keagamaan (maqamat ad-din) terdiri dari tiga bagian pokok, yaitu pengetahuan (ma’rifat), keadaan (ahwal), dan tindakan (a’mal).
• Ilmu pengetahuan asas kepada setiap tindakan.
• Taubat• Sabar• Syukur• Harap• Zuhud• Takut
• Tawakal• Cinta• Rindu• Intim• Redha
Ulama Sufi Keterangan
AL-MUHASIBIAl-Maqamat:• Taubat• Wara• Zuhud• Sabar• Tawakal• Redha• Syukur • Mahabbah.
Ulama Sufi Keterangan
IBNU ATAILLAH
Al-hal yang bersifat kurniaan Allah s.w.t itu terbahagi kepada tiga bahagian: 1. Al-Mubtadi2. Al-Mutawassit 3. Al-Muntaha
Maqamat: • Taubat• Zuhud• sabar • Syukur • Khauf,
• Raja‘• Redha• Tawakal • Mahabbah.
Tahap-tahap dalam maqamatIMAM GHAZALI
"Kitab Ihya' Ulum Al-Din" menyebut terdapat lebih daripda sepuluh maqamat iaitu taubat, sabar, syukur, harap, takut, zuhud, tawakal, cinta, rindu, intim dan reda.
AL-MUHASIBI pula terdapat lapan tahap yang utama dalam Al-Maqamat iaitu taubat, wara, zuhud, sabar, tawakal, redha, syukur dan mahabbah.
IBNU ATAILLAH Al-hal yang bersifat kurniaan Allah s.w.t itu terbahagi kepada tiga bahagian.Di antaranya ialah : al-mubtadi,al-mutawassit, al-muntaha. Manakala maqamat ialah taubat, zuhud, sabar, syukur, khauf, raja',reda,tawakal dan mahabbah.
Tahap-Tahap Maqamat
bahasa => الرجوع maknanya kembali, kembali daripada jalan salah kepada jalan yang benar.
Asal perkataan توبة ialah تاب maka ia bermaksud رجع. hakikat tawbah ialah kembali kepada Allah s.w.t dengan meninggalkan
segala perkara yang buruk di samping melakukan perkara yang baik seperti yang diperintah oleh Allah s.w.t.
Allah berfirman mafhumNya:"dan ada pula orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka,yang
mencampur adukan perbuatan baik dengan perbuatan yang buruk. mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(At-Taubah 102)
Taubat
Rukun Taubat
Penyesalan
Meninggalkan maksiat yang dilakukan .Keazaman untuk tidak mengulangi maksiat.Melakukan tuntutan syarak begi menghapuskan dosa.
Kaedah Mencapai Maqam Tawbah
uzlah dan tafakkur
DefinisiMenurut Ibrahim Bin Adham berkata wara' itu adalah meninggalkan segala sesuatu yang syubhah dan yang tidak bermanfaat ,dan itu adalah meninggalkan fudhul (meninggalkan harta yang lalai dan berlebih-lebihan)
1. Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah,seperti yang terkait dengan hati misalnya bid'ah, kesesatan, fanatik (berlebih-lebihan) dalam ucapan yang tidak mengandungi kebenaran.
2. Wajib meninggalkan apa yang diharamkan ke dalam hati dan seluruh anggota badan.
3. Meninggalkan sesuatu yang syubhah khuatir jatuh kepada haram.
4. Meninggalkan berlebihan sekalipun halal (al-fudhul kerana khuatir kerananya menjadi penyebab kepada haram seperti meninggalkan berlebih-lebihan dalam ucapan bimbang dusta , ghibah dan lain-lain)
KAEDAH MENCAPAI MAQAM WARA’
Wara’
Dari Abu Dzar r.a ia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:
sebahagian hari tanda kebaikan Islam seseorang adalah
meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya(HR At Tarmizi
dan Ibn Majah dengan sanad sahih).
bermaksud harapan. Dari sudut istilah = harapan hati untuk
mendapatkan sesuatu yang disukai pada masa akan datang.
Imam Ghazali menjelaskan "al raja'" ialah tenang hati di dalam menanti sesuatu yang disukai di sisinya.
Raja’ timbul dalam dua keadaan1) timbul perasaan harap di dalam
hatinya bahawa segala dosanya telah diampunkan oleh Allah
2) mengharap kepada Allah menyinari sepanjang hidupnya hingga ke akhir hayat dengan taufik hidayat dari Allah keatasnya.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang
berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang”.(Al-Baqarah 218)
Raja’
Tiga perkara menunjukkan kepada Raja’ :a. Cinta kepada apa yang diharapkannya.
b. Takut bila harapannya hilang.c. Berusaha untuk mencapainya.
Raja’ yang tidak dibenteng dengan tiga perkara itu hanyalah ilusi atau khayalan. Setiap orang yang berharap adalah juga orang yang takut (khauf). Orang yang berharap untuk sampai di suatu tempat tepat waktunya, tentu ia
takut terlambat. Dan kerana takut terlambat, ia mempercepat jalannya. Begitu pula orang yang mengharap redha atau keampunan Allah, diiringi
pula dengan rasa takut akan seksaan Allah.
Perpaduan antara pengetahuan yang luas
serta mendalam dan rasa cinta serta rindu yang
mendalam pula sehingga tertanamlah dalam jiwanya
perjumpaan secara langsung dengan
tuhannya.
Al-junaid, yaqin adalah tetapnya ilmu di dalam hati, tidak berbalik, tidak berpindah dan tidak berubah. Dengan demikian, yaqin adalah kepercayaan yang kukuh, tak tergoyahkan tentang kebenaran pengetahuan yang dimiliki.
Dzun nun al-mishri yaqin akan mendorong pendeknya cita-cita.Cita-cita yang pendek akan mendorong zuhud ,zuhud akan memberi hikmah ,dan hikmah akan menimbulkan pandangan yang membawa kepada natijah kebaikan.
Yaqin
3 ciri yakin pada salik
1) Sedikit pergaulan dalam masyarakt2) Meniggalkan pujian dalam pemberian
3) Tidak mencela orang lain apabila ditimpa masalah.
3 bentuk yakin itu yakin
1) Memandang allah dalam segala sesuatu
2) kembali kepada allah dalam segala urusan.
3) meminta pertolongan kepada Allah dalam segala hal
Raghib bahagikan yakin pada 3 tingkatan.
1.Ilmu yakin
2. Haqqul yakin
3.Ainul yaqin
Ilmu yang timbul dari pendapat yang lahir setelah beroleh dalil yang cukup.
Setelah cukup dalil lalu diuji.
Disaksikan sendiri lalu .
5) • bahasa Arab, Muraqabah =mengintip-
intip atau awas mengawasi. Memiliki makna yang sama dengan istilah ihsan, iaitu keyakinan yang mendalam bahwa Allah terus menerus mengamati seluruh aktiviti baik lahir mahupun batin
dalam kalangan para sufi sebagai mengawasi diri. Membawa maksud meneliti dan merenung apakah tindak tanduk setiap harinya telah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah atau bahkan menyimpang dari yang dikehendaki-Nya.
muraqabah
3 tingkatan
1.Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara ikhlas kepadanya.2.Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkan keseluruhannya.3.Muraqabah dalam hal-hal yang mubah adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua kenikmatan itu semua hanyalah daripada Allah. Kemudian dengan penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmatNya,4.Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuannya sera memohon petolonganNya dengan penuh kesabaran dan keyakina
1.Muraqabah al-qalbi, iaitu kewaspadaan dan peringatan terhadap hati, agar tidak keluar daripada kehadirannya dengan Allah. 2. Muraqabah al-ruhi, iaitu kewaspadaan dan peringatan terhadap ruh, agar selalu merasa dalam pengawasan dan pengintaian Allah. 3.(Rahsia) agar selalu meningkatkan amal ibadahnya dan memperbaiki adabnya.
Ada empat jenis Muraqabah
AHWAL DALAM TASAWUF
Fana’Maksud fana’ ialah seseorang ahli tasawuf dalam suluk
dan amalannya sampai kepada satu keadaan jiwa tertentu yang tidak lagi mempunyai perasaan yang ia berada
bersama dirinya sebaliknya ia mempunyai perasaan kekal bersama hakikat yang mutlak (Allah s.w.t)
Tawakal Tawakal berasal dari bahasa arab at tawakul yang di bentuk dari kata wakala, yang bermaksud
menyerahkan, mempercayai, atau mewakilkan, bersandar kepada dinding. Pengertian tawakal secara istilah adalah rasa pasrah hamba kepada Allah swt yang di sertai
dengan segala daya dan upaya mematuhi, setia dan menunaikan segala pertintahNya. Orang yang mempunyai sikap tawakal akan senantiasa bersyukur jika mendapatkan sesuatu hasil
dari usahanya. Asas kepada Tawakal adalah yakin. Dalam bertawakal hendaknya kita serahkan semuanya kepada Allah SWT, hal ini telah
diperintahkan Allah dalam surat Al-Maidah ayat 23 sebagai berikut :
‘’dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"
Untuk mewujudkan tawakal yang benar dan ikhlas diperlukan syarat-syarat. Syarat-syarat ini wajib dipenuhi untuk mewujudkan semua yang telah Allah janjikan. Para ulama menyampaikan empat syarat
terwujudnya sikap tawakal yang benar, iaitu:
•Bertawakal hanya kepada Allah saja. •Yakin bahawa Allah Maha mampu mewujudkan semua permintaan dan keperluan hamba-
hamba-Nya dan semua yang dapat oleh hambanya hanyalah dengan pengaturan dan kehendak Allah.
•Yakin bahwa Allah akan merealisasikan apa yang ditawakalkan seseorang hamba apabila ia mengikhlaskan niatnya dan menghadap kepada Allah dengan hatinya.
•Tidak putus asa dan patah hati dalam semua usaha yang dilakukan oleh hamba dalam memenuhi keperluannya dengan tetap menyerahkan semua urusannya kepada Allah.
Syarat-syarat tawakal
3Musyahadah
Musyahadah adalah nampaknya Allah pada hambanya dimana seorang hamba tidak melihat sesuatu apapun dalam beribadah, kecuali hanyalah
menyaksikan dan meyakini dalam hatinya, bahawa ia hanyalah berhadapan dan dilihat oleh Allah SWT.
Dalam beribadah ia tidak menghiraukan lagi terhadap sesuatu yang disekelilingnya, termasuk dirinya sendiri kerana keasyikan berhubungan
dengan Allah seakan-akan Allah benar-benar nampak dihadapannya.
4)
TAWAJUDDalam istilah tasawuf mendapati adanya istilah tawajud,
wajd dan wujud. Ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada tahap kerohanian (hal)
Tawajud ditakrifkan sebagai satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan wajd dengan merenung
atas rahmat-rahmat, ayat-ayat Tuhan, dan kesatuan pertemuan dengannya serta dahaga dengan pelbagai
amalan yang telah dilakukan oleh orang-orang suci ini. Dalam erti kata lain satu bentuk keadaan rohani seseorang
apabila dia telah diasingkan dari kesedaran dan kecenderungan kemanusian (fana), kemudian hidupNya adalah semata-mata hanyalah kepada Allah (al-Baqa ').
Lauh Mahfuz Dan Lauh Mahw Wa Al-ithbat Lauh Mahfuz bermaksud kepingan yang mengandungi ilmu
pengetahuan yang tidak boleh difahami oleh orang lain. Ianya merupakan pengetahuan yang terpelihara dengan rapi.
Lauh mahw wa Ithbat pula bermaksud kepingan yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh dipadam dan
diganti. Ianya merupakan pengetahuan yang boleh mengalami perubahan dari masa ke masa.
Lahw Mahw wa Ithbat adalah nama yang diberikan oleh Allah kepada ilmu atau pengetahuan para malaikat, Nabi dan para
wali. Ilmu mereka biarpun merupakan ilmu atau pengetahuan yang
paling lengkap dan sempurna dari sekalian manusia, namun ia masih tetap tidak lengkap apabila dibandingkan dengan ilmu
Allah.
Uns adalah sifat merasa selalu berteman, tidak pernah merasa kesepian. Berikut merupakan petikan syair yang menunjukkan mengenai al-Uns.
”Ada orang yang merasa sepi dalam keramaian.Ia adalah orang yang selalu memikirkan kekasihnya sebab sedang dimabuk cinta.
Seperti halnya sepasang pemuda dan pemudi. Ada pula orang yang merasa bising dalam kesepian.
Ia adalah orang yang selalu memikirkan atau merencanakan tugas pekerjaannya semata-mata.
Adapun engkau, selalu merasa berteman di manapun berada. Alangkah mulianya engkau berteman dengan Allah, artinya engkau selalu berada
dalam pemeliharaan Allah”
Syair tersebut menggambarkan sekilas perasaan keintiman para sufi dengan Tuhan. Istilah ’intim’ di sini, jelas bukan merujuk pada pengertian hubungan sesama makhluk. Intim hanya digunakan sebagai simbol bahasa dalam memahami kedalaman hubb (cinta) hamba kepada Allah swt. yang disimbolkan
sebagai Sang Kekasih
Al-Uns (Intim)
• Imam Abi Qasim Abdul Karim Bin Hawazin Al-Qusyairi,(2001), Risa‘lah Qusyairiyah, Beirut Lebanon: Dar Al-Kotob Al-ilmiyah.
• Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-qusyairi An-Naisaburi,(2002), Risalah Qusyairiyah Sumber Kajian Ilmu Tasawuf, Jakarta,: Darul Khair.
• Prof. Dr. H. Ris’an Rusli, M.A.,(2013), Tasawuf Dan Tarekat,cetakan Pertama, Jakarta: Fajar Interpratama Mandiri Ofsett.
• Zulkifli Mohamad Al-Bakri,(2013), Soal Jawab A-z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya, Cetakan Pertama, Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn Bhd
• Dr. Amir An-Najar,(2001), Ilmu Jiwa Dalam Tasawwuf, Cetakan Pertama, Jakarta: Pustaka Azzam.
• Othman Napiah,(2001), Ahwal Dan Maqamat Dalam Ilmu Tasawuf, Cetakan Pertama, Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
• Prof. Dr. Hamka, (2001), Tasauf Moden, Cetakan Keempat,kuala Lumpur: Darul Nu’man.
• Dato’ Haji Mat Saman Kati & Mokhtar Petah,(1997), Ilmu Tasauf, Cetakan Pertama, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Nusa S.Dn Bhd.
Rujukan