Al ghazali
Transcript of Al ghazali
Jelaskan sumbangan imam al-Ghazali dalam bidang falsafah
Nur Akhma binti Hassan
PengenalanNama sebenar ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin
Ahmad al-Ghazali. Dilahirkan di desa Ghazalah, pinggir Kota Thus, timur laut Iran .gelaran al-Ghazali bersempena kerjaya bapanya sebagai peminat bulu kambing (al-Ghazzal). Pendapat lain mengatakan gelaran itu diambil sempena nama kampung kelahirannya, Ghazalah.
Imam al-Ghazali pernah memegang jawatan pengetua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun (1091-1095M). Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi.
Dalam dunia islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul islam (pembela islam) kerana kepetahan beliau berhujah membela islam dan umatnya.
Imam al-Ghazali menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk falsafah, keagamaan,kenegaraan, pendidikan dan sebagainya.
Sumbangan imam al-Ghazali dalam falsafah
Sumbangan kepada tamadun
dunia
Hasil karya falsafah Mengklasikasi
ilmu falsafah
Menyelamatkan umat islam
daripada pengaruh falsafah yunani Memurnikan
fahaman umat islam terhadap ilmu
falsafah
Hasil karyafalsafah
al-Falasifah (kekacauan para
Filosofi)Yang
membincangkan penyelewengan falsafah Barat
tentang fizik dan metafizik
Kitab al- Ma`riful` Aqaliyah(Ilmu pengetahuan yang Rasional)
Memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional
serta tujuan penghasilannya.
Penulisan kitab Maqasid- falasifah
(tujuan ilmu falsafah) yang
membincangkan teori falsafah.
Menyelamatkan Umat islam daripada pengaruh falsafah Yunani• Falsafah yunani telah mencapai kemuncaknya hingga telah menggoncangkan akidah
umat islam.• Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu falsafah
Islam, bagi menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci, iaitu agama Islam. Al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekaligus mengelak amalan mengagungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.• Imam al-Ghazali berupaya membersihkan akidah islam dari diwarnai oleh pemikiran
falsafah Yunani. Hal ini demikian kerana pemikiran falsafah yunani dalam bab ketuhanan dan akidah mendedahkan umat islam kepada bahaya yang lebih serius berbanding dengan muktazilah kerana golongan muktazilah masih menerima wahyu dan akal dalam menjelaskan sesuatu. Sedangkan ahli falsafah islam mula meletakkan martabat falsafah menyamai atau lebih tinggi dari wahyu.• Beliau juga lantang menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia sejak azali
dan tiada permulaannya, manakala al-Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan oleh Tuhan.
Memurnikan fahaman umat islam terhadap ilmu falsafah
• Menurut golongan al-Asyariah, akal membolehkan seseorang mengenali Allah SWT tetapi akal semata-mata tidak boleh menentukan baik buruk sesuatu dan tidak sebebas.• Akal hanyalah alat bantu untuk mencari hakikat kebenaran. Dalam penulisan, imam al-
Ghazali banyak menolak hujah pihak yang berketelaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul• Imam al-Ghazali menolak cara golongan al-Asyariah dalam membicarakan ilmu tauhid
menerusi pendekatan falsafah yang menyebabkan munculnya ilmu kalam. Beliau mengecam golongan ini melalui karyanya al-Tahaful al-Falasifah. Kritikan al-Ghazali terhadap ahli falsafah berkaitan perkara yang terkandung dalam karyanya itu yang mana tiga daripadanya didakwa boleh membawa kepada kekufuran.• Oleh sebab falsafah banyak tidak bertunjangkan tauhid dan akhlak islam, maka
pengetahuan seringkali membawa bahaya dan ancaman kepada umat islam, malah boleh membawa kepada kesesatan.• Namun demikian, Al-Ghazali telah mengambil langkah untuk membahaskan ilmu kalam
menurut methologi Rasulullah SAW dan para sahabat berteraskan al-quran, as-sunnah dan perbahasan para sahabat.
Mengklasifikasi ilmu falsafah• Mengklasifikasi Ilmu Falsafah Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang
mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. • Matematik menurut al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu
ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut agama. • Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai
agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.• Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam
seluruhnya.• Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dan perspektif akal. Ilmu
ketuhanan ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik. • Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.
Menurut Imam al-Ghazali, siasah ialah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang dapat membantu manusia menjalani kebidupan seharian dengan lebih baik. Ilmu yang terakhir dalam ilmu falsafah menurut Imam al-Ghazali ialah akhlak, iaitu ilmu yang berkaitan dengan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia
Sumbangan kepada Tamadun Dunia• Kebanyakan hasil karya imam al-Ghazali berbentuk falsafah dan agama.
Justeru, para pengkaji Barat telah menganggap beliau adalah seorang ahli falsafah.• Beberapa karya falsafahnya telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa
eropah untuk dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi.• Antaranya karya Tahafut al-Falasifah dan Ilya Ulumuddun telah diterjemah
ke dalam bahasa Inggeris, perancis, dan jerman.• Hasil-hasil tulisan falsafah Imam al-Ghazali turut mempengaruhi ahli fikir
islam selepanya seperti Jalaluddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah Waliyullah.
kesimpulan
• Kemampuan Imam al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan beliau berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas menyebabkan beliau dikagumi di seluruh dunia.• Gelaran hujjatul islam yang diberikan kepada Imam al-Ghazali
sememangnya amat tepat berdasarkan keberanian ilmiahnya untuk mengingkari kemaksuman falsafah disamping memiliki ketinggian akal fikiran.• Imam al-Ghazali Berjaya mempertahankan kemurniaan islam sekaligus
mengelakkan amalan mengagung-agungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah islam.
sekian terima kasih