Al Hadharah Al Islamiah

12
AL HADHARAH AL ISLAMIAH BKA3353 PERANAN BUDAYA DALAM TAMADUN ISLAM NAMA : SITI NUR AISHAH BINTI MOHD ZAILANI NO MATRIK : 2011003033 NAMA PENSYARAH : USTAZ SOFIAN SAURI

Transcript of Al Hadharah Al Islamiah

Page 1: Al Hadharah Al Islamiah

AL HADHARAH AL ISLAMIAH

BKA3353

PERANAN BUDAYA DALAM TAMADUN ISLAM

NAMA : SITI NUR AISHAH BINTI MOHD ZAILANI

NO MATRIK : 2011003033

NAMA PENSYARAH : USTAZ SOFIAN SAURI

Page 2: Al Hadharah Al Islamiah

NAMA : SITI NUR AISHAH BINTI MOHD ZAILANI

NAMA KOLEJ : KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH

NO TELEFON : 0175392842

EMAIL : [email protected]

PENGENALAN

Pengertian tamadun dan tamadun islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemology bahasa Inggeris dan Latin.

Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah,tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran. Umran digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.

Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil mudun yang memiliki cirri-ciri tamadun.

Dari sudut epistemology, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya diperingkat negara1.

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai “ keadaan kehidupan insane bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya”.

Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al-Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung 1 http://www.oocities.org/tamadunislam/konsep__tamadun__islam.htm

Page 3: Al Hadharah Al Islamiah

sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid.

Istilah ‘kebudayaan’ itu sendiri, Kamus Dewan memberikan definisi “cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)” iaitu merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusa dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Mungkin boleh menyatakan bahawa dalam zaman klasik, istilah kebudayaan itu tidak digunakan, dan ditempatnya digunakan istilah ‘adat’, sebagaimana yang disyaratkan oleh Dr Zainal Kling2.

Dalam bahasa Inggeris disebut “culture”, yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, lahir batin, termasuk institusi-institusi yang diwujudkan dan juga nilai-nilai, serta pengetahuan yang dihasilkan, termasuk alat-alat yang direkakan. Sudah tentu alam tabii sebagai sesuatu yang bukan buatan manusia tidak boleh dikatakan kebudayaan.

Dalam Islam, apabila dibicarakan masalah kebudayaan, nampaknya perlulah terlebih dahulu dilibatkan kandungan maksud-maksud yang ada dalam istilah-istilah yang digunakan dalam sejarah Islam bagi menyebut hidup kolektif Muslimin, antaranya ialah millah, ummah, thaqafah, tamaddun, hadarah dan akhirnya adab.

Kalimat millah, jamaknya milal digunakan dalam al-Quran dlam hubungan dengan Nabi Ibrahim a.s., seperti dalam Surah al-Baqarah, 130, 135; ali ‘Imran, 95; an-Nisa’, 124, an’ Am, 162; an-Nahl, 123; al-Haji, 78; dan dalam hubungan dengan ahlil-Kitab, al-Baqarah, 120.

Perkataan ini berasal daripada malla, yamullu, mallan dengan pengertian menjahit (pakaian); kalau imtalla, dengan pengertian meletak (seperti roti dan daging) dalam bara untuk dimasak; malla diperbetulkan (seperti busur panah) dalam api; amalla’ala merencanakan sesuatu (pengajaran) kepada seseorang; tamallala dan intalla bermakna memeluk sesuatu agama; millah pl. Milal bermakna agamma, syariat, hukum, cara beribadat.

2 http://traditionalislam.freeservers.com/KebudayaanDalamPandanganIslam.htm

Page 4: Al Hadharah Al Islamiah

Antara budaya yang diamalkan oleh masyarakat melayu yang bertamadun islam

Agama dan Kepercayaan

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan.Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan,hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamaldan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama.Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyaisemangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yanglain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26). Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangatdan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci . Keimanan mereka diikuti dengan amalibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakansambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran. Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang manamasyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yangberteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang Melayu daripadazaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu danmasyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185)3.

Sistem Kekeluargaan

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang billk, IIIberagama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agensosialisasi : utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turut dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanyaialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang baik.Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa.Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untukmemperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut. Proses sosialisasi pada

3 http://pengaruhtamadunislamterhadapasia.blogspot.com/2012/03/pengaruh-islam-di-nusantara-dari-segi_17.html

Page 5: Al Hadharah Al Islamiah

tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian.Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yangbesar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagipengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal 26, upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217).

Memuliakan yang Tua

Dalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan orang yang tua adalah satu nilai yang jelaskan sekali berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang-orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam masyarakat Melayu. Golongan muda digalakkan merantau untuk mencari pengalaman lain. Dalam konteks Islam, Baginda S.A.W. tidak mengiktiraf umat yang tidak menghormati orang yang tua dan menyayangi orang yang orang muda. Menghormati dan mendengar nasihat orang tua, orang muda tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk menjamin keharmonian masyarakat sekeliling4.

Adat dan Cara Hidup

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walaubagaimanapun, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan. Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat ataubangsa yang berkenaan. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekali gus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990:4). Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa. Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu mula menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

4 http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/06/nilai-dalam-budaya-masyarakat-melayu.html

Page 6: Al Hadharah Al Islamiah

Saling Menghormati

Salah satu nilai budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah.

Meraikan Tetamu

Meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melyu. Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.

Bertimbang Rasa

Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaannya semata-mata. Pemikiran ini memerlukan kita tidak mengikut perasaan sahaja, ia memerlukan pertimbangan perasaan orang lain. Nilai bertimbang rasa ini adalah salah sifat terpuji dalam Islam. Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda haruslah meminta kepada orang tua sesuatu yang termampu dan tidak melampau. Begitu juga, dengan permintaan terhadap rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar. Setiap permintaan dan kelakuan harus ada timbang rasa. Budaya inilah yang akan menaikkan masyarakat Melayu.

Bersopan Santun atau Berbudi Pekerti

Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan beradab (atau civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa: Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan pengikutnya sentiasa bercakap benar dan melarang pembohongan. Begitu juga di bidang penulisan, terutama dalam konteks laporan berita, isi karya yang dihasilkan mestilah benar dan tidak mengandungi penyelewengan. Ia harus membantu dalam meninggikan pemikiran masyarakat. Dalam berpakaian, selain bersih, Islam juga menekankan pentingnya menutup aurat. Namun, sesetengah orang Melayu/Islam ‘moden’ gemar mengamalkan budaya dedah. Pendidikan moral memang sesuai untuk membentuk masyarakat lain yang sopan. Tetapi, masyarakat Melayu dan Islam amnya amat perlukan pendidikan Islam. Untuk membina masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibubapa memainkan peranan penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa menjadi orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian keluarga

Page 7: Al Hadharah Al Islamiah

dan tidak bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat merangsang perkembangan mental dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah sosial yang melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa Melayu/Islam perlu menilai kembali pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu.

Bekerja bersungguh-sungguh

Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal dan kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita melakukan perkerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok. Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa Allah S.W.T. amat menyukai mukmin yang tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu pekerjaan yang diamanahkan.

Bergotong-royong

Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan dengan bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-royong dalam melaksanakan apa sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Antara sifat masyarakat Melayu ialah dalam membersihkan masjid, surau dan sebagainya. Dalam membersihkan masjid, amalan ini dilakukan sejak awal kedatangan Islam di Alam Melayu. Sifat ini menggambarkan budaya Melayu sentiasa bersatu padu dalam apa jua cabaran dan halangan.

Bermesyuarah dan Bermuafakat

Nilai masyarakat Melayu iaitu bermesyuarah ataupun bermuafakat adalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai. Orang Melayu selalu menyebut “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”. Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat. Sesuai dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran :

“Supaya sentiasa bermesyuarat dalam semua urusan hidup mereka” (surah al-Syura, ayat 38)

Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim

Dalam budaya masyarakat Melayu adalah satu perkara penting yang harus diketahui oleh masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk, nenek, along, angah, pak cik dan

Page 8: Al Hadharah Al Islamiah

mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara bagaimana mengikat hubungan silaturahim orang Melayu. Orang Melayu bersifat bekerjasama dalam mengadakan kenduri kendara dan saling ziarah menziarahi. Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan malah dalam persahabatan.

Nilai – nilai tradisi

Tradisi yang dimaksudkan di sini bukanlah pengertian yang biasa digunakan secara popular, tetapi yang dimaksudkan ialah gugusan daripada kebenaran-kebenaran (haqa’iq) yang diturunkan dari alam tinggi dan yang kemudian diterima oleh golongan manusia yang ditakdirkan untuk menerimanya, dan kemudian timbullah dari situ pandangan hidup, upacara-upacara, nilai-nilai serta institusi-institusi yang berdasarkan kepada kebenaran-kebenaran itu. Sebelum terlaksananya kebenaran-kebenaran itu dalam alam ruang dan waktu ianya dipanggil wahyu, dan bila dilaksanakan dalam hidup dan peradaban serta kebudayaan maka timbullah tradisi yang dimaksudkan itu. Maka bila dikatakan tamadun Islam dan kebudayaannya adalah bersifat tradisional, maksudnya ialah bahawa kebudayaan itu atau peradaban itu adalah berdasarkan kepada tradisi dalam pengertian ini. Tradisi dalam pengertian sedemikian ini yang universal sifatnya menyamai istilah al-din dalam bahasa Arab.

KESIMPULAN

Umumnya suatu yang dicetuskan itu bersih daripada sebarang percanggahan dengan ajaran Islam baik dalam bentuk pemikiran atau pun sudah berupa bentuk, sikap atau perbuatan, dan ia didorong oleh perintah wahyu. Itulah yang benar-benar dinamakan kebudayaan Islam. Sebab itu sebarang usaha lahir mahu pun batin yang bersih (tulen) yang dicetuskan oleh umat Islam itu hasil dari dorongan ajaran Islam (wahyu) yang tidak bertentangan dengan apa jua yang ada dalam ajaran Islam, maka barulah ia dinamakan kebudayaan (tamadun) Islam. Oleh kerana itu kalau kita tinjau, sebenarnya sangat sedikit kebudayaan Islam yang dapat kita lihat hari ini. Apa muncul ditengah-tengah masyarakat Islam di seluruh dunia sebenarnya adalah kemajuan dan kebudayaan hasil tajaan orang lain yang kita tiru, bukan kebuadayaan Islam. Maka jadilah kita orang Islam yang berkebudayaan orang lain. Kesimpulannya, jelaslah Islam bukan kebudayaan sebab ia bukan hasil ciptaan manusia. Walau bagaimana pun agama Islam itu mendorong orang berkebudayaan. manakala agama-agama di luar Islam memang kebudayaan sebab ia hasil kerja akal, khayalan dan angan-angan manusia itu sendiri. Justeru itu, jika ajaran agama Islam ini diamalkan seungguh-sungguh, umat Islam akan jadi maju. Dan dengan kemajuan yang dihasilkan itu, lahirlah kebudayaan atau tamadun. Makin banyak umat Islam mengamalkan hukum, semakin banyaklah kemajuan dihasilkan dan seterusnya makin banyak lahirlah kebudayaan atau tamadun Islam.