Al Quran Sumber Perundangan

2
AL QURAN SUMBER PERUNDANGAN YG DIIKTIRAF PERLEMBAGAAN PESEKUTUAN Kitab suci sewajarnya diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan AL-QURAN yang menjadi petunjuk sekalian alam diturunkan pada Ramadan yang mulia dan dalam setiap keadaan, umat Islam wajib mencari penyelesaian bersandarkan al-Quran dan hadis kerana penyelesaian sesuatu perkara sebenarnya sudah digarap oleh al-Quran. Ayat al-Quran yang tersurat dan tersirat perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian bagi menzahirkan ketaatan serta kepatuhan umat Islam kepada Yang Maha Pencipta. Al-Quran menggariskan batas sempadan antara yang halal dan haram, menjelaskan tindakan yang boleh serta dilarang, mengajar segala bentuk ilmu, sebagai manual hidup paling sempurna bagi orang Islam, begitu juga bukan Islam. Al-Quran memiliki pelbagai sifat menarik antaranya ialah cahaya (surah al- Tagabun, ayat 8), petunjuk (surah al-Baqarah ayat 2), rahmat (surah al- A’raf, ayat 203), penyembuh (surah Yunus, ayat 57), pembawa perkhabaran gembira (surah al-Fushilat, ayat 4). Al-Quran juga pemberi peringatan (surah al-Furqan, ayat 1), penerangan (surah Ali-Imran, ayat 138), keberkatan (surah al-Anbiyak, ayat 50) dan sebagai kitab yang nyata (surah al-Naml , ayat 1). Kesempurnaan al-Quran tidak ada sebarang syak padanya kerana ia adalah petunjuk kepada orang yang bertakwa. Jika diabaikan, amaran dahsyat sudah diberikan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (al-Quran), kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkan) lalu jadilah syaitan itu temannya yang renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang yang mendapat petunjuk.” – (Surah az-Zukhruf, ayat 36-37) Sebagai manual lengkap umat Islam, sewajarnya al-Quran diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan Malaysia yang majoriti rakyatnya

description

Al Quran sumber perundangan

Transcript of Al Quran Sumber Perundangan

Page 1: Al Quran Sumber Perundangan

AL QURAN SUMBER PERUNDANGAN YG DIIKTIRAF PERLEMBAGAAN PESEKUTUANKitab suci sewajarnya diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan

AL-QURAN yang menjadi petunjuk sekalian alam diturunkan pada Ramadan yang mulia dan dalam setiap keadaan, umat Islam wajib mencari penyelesaian bersandarkan al-Quran dan hadis kerana penyelesaian sesuatu perkara sebenarnya sudah digarap oleh al-Quran.

Ayat al-Quran yang tersurat dan tersirat perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian bagi menzahirkan ketaatan serta kepatuhan umat Islam kepada Yang Maha Pencipta. 

Al-Quran menggariskan batas sempadan antara yang halal dan haram, menjelaskan tindakan yang boleh serta dilarang, mengajar segala bentuk ilmu, sebagai manual hidup paling sempurna bagi orang Islam, begitu juga bukan Islam.

Al-Quran memiliki pelbagai sifat menarik antaranya ialah cahaya (surah al-Tagabun, ayat 8), petunjuk (surah al-Baqarah ayat 2), rahmat (surah al-A’raf, ayat 203), penyembuh (surah Yunus, ayat 57), pembawa perkhabaran gembira (surah al-Fushilat, ayat 4).

Al-Quran juga pemberi peringatan (surah al-Furqan, ayat 1), penerangan (surah Ali-Imran, ayat 138), keberkatan (surah al-Anbiyak, ayat 50) dan sebagai kitab yang nyata (surah al-Naml , ayat 1).

Kesempurnaan al-Quran tidak ada sebarang syak padanya kerana ia adalah petunjuk kepada orang yang bertakwa. Jika diabaikan, amaran dahsyat sudah diberikan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (al-Quran), kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkan) lalu jadilah syaitan itu temannya yang renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang yang mendapat petunjuk.” – (Surah az-Zukhruf, ayat 36-37)

Sebagai manual lengkap umat Islam, sewajarnya al-Quran diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan Malaysia yang majoriti rakyatnya umat Islam. Malah, susur galur sejarah sudah meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai teras perundangan Islam di Malaysia.

Persoalan sekarang, apakah Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi al-Quran? Saya percaya ramai tahu bahawa Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.

Jika ada sebarang pertentangan antara perlembagaan dengan undang-undang lain, perlembagaan akan mengatasi dan undang-undang itu diisytiharkan tidak sah setakat mana ia bertentangan. Oleh itu, sering dibahaskan bahawa Perkara 4 menghalang pelaksanaan undang-undang Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana ketinggian Perlembagaan Persekutuan menurut Perkara 4 memang tidak dapat dinafikan. Namun Perkara 4 sebenarnya mengangkat keseluruhan peruntukan Perlembagaan itu sendiri termasuk Perkara 3 yang disebut terlebih dulu.

Page 2: Al Quran Sumber Perundangan

Perkara 3 memperuntukkan Islam agama bagi Persekutuan. Oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, sebarang perkara yang tidak selari dengan agama bagi Persekutuan itu hendaklah dianggap tidak berpelembagaan dan melanggar perlembagaan itu sendiri.

Rakyat sering dimomokkan dengan idea bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Adalah menjadi kesilapan besar mengatakan Islam agama rasmi kerana Perlembagaan Persekutuan tidak