Alam Belajar

16
Kini, sukan diberi penekanan penting selain proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mengatakan setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Objektif diwujudkan dasar ini antaranya adalah meningkatkan kecergasan jasmani yakni memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Ia juga dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni disamping memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.dengan bersukan. Dengan erti kata lain, bersukan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan bermain yakni bersukan perkembangan kognitif murid akan terangsang, pertumbuhan dan perkembangan fizikal akan terbentuk, perkembangan komunikasi akan menjadi lebih baik dan 1

description

alam belajar

Transcript of Alam Belajar

Kini, sukan diberi penekanan penting selain proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mengatakan setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Objektif diwujudkan dasar ini antaranya adalah meningkatkan kecergasan jasmani yakni memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Ia juga dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni disamping memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.dengan bersukan. Dengan erti kata lain, bersukan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Dengan bermain yakni bersukan perkembangan kognitif murid akan terangsang, pertumbuhan dan perkembangan fizikal akan terbentuk, perkembangan komunikasi akan menjadi lebih baik dan perkembangan emosi juga dapat dikawal. Menurut Santrock, 1994, bermain mempunyai banyak fungsi. Ia meningkatkan hubungan rakan sebaya, menghilangkan stress, meningkatkan kemahiran intelektual, meningkatkan penguasaan sesuatu dan memberi peluang murid berinteraksi antara satu sama lain.

Selain permainan yang diperkenalkan oleh pihak sekolah, permainan tradisional tidak dilupakan. Ia juga dikenali sebagai permainan rakyat. Guru juga boleh mengaplikasikan permainan rakyat bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Contohnya permainan batu seremban.Permainan batu seremban adalah sejenis permainan rakyat untuk kanak-kanak peringkat umur lapan tahun ke atas. Mengikut Jean Piaget pada tahap ini semangat inkuiri murid berkembang dan mereka mula bermain dan bergaul dengan rakan sebaya. Mereka juga mula memahami unsur-unsur pemikiran logik seperti konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. Permainan ini bertujuan untuk mendapatkan kiraan mata sebanyak mungkin yakni bersaing sesama sendiri ataupun sesama kumpulan dengan memiliki semangat bekerjasama ataupun semangat berpasukan.. Nama-nama lain bagi permainan batu seremban adalah seperti selambut ataupun putu mama. Permainan batu seremban atau selambut ini tidak memerlukan tempat yang khas dan ia bebas dimainkan pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat yang difikirkan sesuai. Lazimnya ia dimainkan oleh sekurang-kurangnya dua orang ataupun secara berkumpulan sehinggalah kepada empat orang sekumpulan. Permainan ini hanya memerlukan batu-batu kecil yang hampir sama saiznya. Bilangan batu bagi sesuatu permainan adalah sebanyak lima ataupun tujuh biji. Kebiasaanya bilangan batunya adalah ganjil. Sebelum memulakan permainan ini, para pemain perlu menentukan giliran bagi setiap seorang pemain. Proses ini dinamakan menimbang. Mana-mana pemain yang ingin memulakan permainan, seseorang itu perlu mendapatkan mata yang terbanyak berbanding pemain yang lain. Sekiranya permainan dilakukan berkumpulan, mata dikira berdasarkan campuran mata yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan. Kumpulan yang memperolehi mata tertinggi layak memulakan permainan. Melalui proses menimbang ini, para pemain akan mengundi dengan meletakkkan batu-batu di atas tapak tangan dan melambungkan ke atas dan akan menyambut dengan belakang tangan dengan seberapa banyak yang boleh. Batu-batu yang terletak di belakang tangan itu, kemudiannya akan dilambung semula dan disambut dengan telapak tangan pula. Melalui permainan ini, murid dapat menguasai kawalan motor kasar ketika proses menimbang dan menyambut batu dengan tangan. Ini memberi kesedaran kepada murid tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan. Melalui bermain, kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhiriah, 2009).Seperti permainan yang lain, permainan batu seremban ini juga mempunyai cara dan peraturannya yang tersendiri bagi menentukan permainan itu dapat dimainkan dengan lancar. Antara peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh setiap pemain ialah semasa batu seremban itu diselerakkan di lantai, pemain yang ingin memungut batu tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang terletak di atas lantai. Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut maka pemain itu dianggap mati. Kedua, bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh. Jika batu tersebut jatuh sebelum dapat disambut oleh pemain yang melambungkannya, pemain itu juga dianggap mati. Ketiga, setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului permainan telah membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan meneruskan permainan. Keempat, jika seseorang pemain telah mati, maka pemain yang mati itu hanya boleh menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali, iaitu setelah semua pemain yang selepasnya mati atau telah membuat kesalahan. Kelima, setiap pemain akan menyambung permainannya semula berdasarkan tahap kesalahannya. Ia dikehendaki mengulangi cara bermain pada tahap tersebut contohnya jika seseorang itu mati pada tahap keempat maka ia dikehendaki menyambung kembali permainannya pada tahap tersebut. Seterusnya seseorang pemain akan terus bermain mulai dari peringkat pertama hingga peringkat teratas yang dinamakan buah tujuh selagi seseorang pemain itu tidak membuat kesalahan. Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika dipersetujui bersama oleh kesemua pemain. Akhir sekali untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ini ialah pemain atau kumpulan yang memperolehi mata yang terbanyak maka dikira sebagai pemenang. Dengan peraturan yang terdapat pada permainan batu seremban ini, dapat dilihat bahawa permainan rakyat ini dapat merangsang perkembangan sosioemosi iaitu murid berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, murid dapat keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Murid juga berkeboleh-upayaan dalam menerima tekanan iaitu patuh pada setiap peraturan-peraturan yang ditetapkan. Selain itu, adanya peraturan permainan, secara automatiknya dapat membentuk moral murid yakni mereka belajar apa yang benar dan salah. Perkembangan moral terbentuk apabila mereka faham apa yang benar dan apa yang salah dalam tingkah laku mereka.Permainan batu seremban ini mempunyai tujuh peringkat permainan iaitu bermula dengan Peringkat Buah Satu. Pada peringkat ini, kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke udara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai habis dilambung dan disambut. Peringkat Buah Dua adalah serupa seperti buah satu tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Peringkat Buah Tiga agak berbeza sedikit iaitu bermula dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Peringkat Buah Empat pula, pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Seterusnya Peringkat Buah Lima adalah urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tanagn tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendahlah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Peringkat Buah Enam dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripdanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai sehingga selesai. Akhir sekali, Peringkat Buah Tujuh adalah urutan dari peringkat buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serentak. Sementara itu, sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan mennetukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.Melalui permainan ini juga perkembangan kognitif murid dapat ditingkatkan.. Murid akan menggunakan kemahiran berfikir bagi mengatur strategi supaya dapat mengalahkan lawan. Ilmu pengetahuan yang sedia ada seperti operasi menambah dalam matapelajaran Matematik boleh digabungjalinkan malahan murid akan lebih cekap mencongak sekiranya permainan ini sering dimainkan. Sepertimana dalam kata-kata aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dato Abd Ghafar Bin Mahmud di dalam Buku Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) iaitu melalui program sukan, murid memperoleh, menyebar dan menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat.Selain itu, permainan batu seremban ini juga dapat mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid. Murid akan lebih yakin untuk meluahkan pendapat ataupun menegur kawannya sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan. Ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada murid untuk berdepan dengan situasi sebenar di dalam proses pengajaran dan pembelaharan murid di sekolah. Menurut Fromberg dan Gullo (1992) main meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak, di samping kompetensi sosial, kreativiti, imaginasi dan kemahiran berfikir.

Permainan ini juga dapat merapatkan hubungan sesama murid malahan dapat memupuk perpaduan di antara kaum. Murid juga dapat saling saling bantu membantu antara satu sama lain yakni dapat meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp sepertimana hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Dasar Satu Murid Satu Sukan yang dilancarkan oleh beliau. Beliau juga berhasrat dengan aktiviti sukan dikembalikan di sekolah, murid akan terbentuk sahsiah bukan sahaja dari segi akademik bahkan kokurikulum (Berita Harian, Kuala Lumpur 22 Mei 2011). Bruno Bettelheim (1987) juga ada mengatakan main diibaratkan sebagai jalan yang akan membawa kita mengenali dunia dalaman kanak-kanak yang bersifat sedar dan tidak sedar: jikalau kita berhasrat untuk memahami dunia dalaman kanak-kanak dan ingin membantu mereka sepanjang perjalanan ini, kita seharusnya belajar berjalan atas jalan tadi.

Permainan batu seremban ini boleh diintegrasikan kedalam Model Pengajaran Sosial iaitu Pembelajaran Koperatif. Pembelajaran koperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan unsur-unsur kerjasama di dalam kumpulan, Ia juga menekankan perkembangan sosial melalui saling berinteraksi di antara ahli kumpulan, kemahiran akademik (matematik) melalui pengiraan jumlah mata yang dikumpul oleh setiap pemain dan pemahaman peribadi seperti memahami peraturan permainan dan cara-cara bermain dengan betul. Model pembelajaran koperatif akan berpandukan kepada empat fasa iaitu sintaksis, sistem sosial, prinsip reaksi dan sistem sokongan. Seperti mana yang dijelaskan dalam fasa sintaksis dalam model koperatif, pada fasa pertama murid menghadapi situasi yang membingungkan iaitu semasa guru memberi penerangan mengenai peraturan permainan. Pada fasa kedua, murid meneroka reaksi masing-masing terhadap situasi tersebut iaitu melalui perbincangan sesama ahli kumpulan mengenai teknik permainan. Seterusnya pada fasa ketiga, murid membentuk tugasan pembelajaran serta merancang pembelajaran masing-masing iaitu melalui peranan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan di dalam merealisasikan permaianan dengan cara yang betul. Pada fasa keempat, murid melalui pembelajaran secara kumpulan iaitu murid memerhati pergerakan dan teknik permainan yang dilakukan oleh ahli kumpulan. Manakala pada fasa kelima, murid menganalisis kemajuan dan proses mengajar iaitu murid mula mengaplikasikan teknik, gerakan serta langkah-langkah dalam permainan. Di dalam fasa keenam pula, murid mengulangi aktiviti permainan ini bermula dari peringkat pertama sehinggalah peringkat teratas.

Melalui fasa sistem sosial, murid didedahkan dengan sifat demokratik dimana keputusan permainan dibuat berdasarkan pengalaman berkumpulan. Suasana pembelajaran berunsurkan tolak ansur dan boleh dirunding. Pada fasa prinsip-prinsip reaksi, guru hanya berperanan sebagai fasilitator, perunding dan pengkritik yang mesra. Antara tugas dan tanggungjawab guru ialah membimbing ahli-ahli kumpulan supaya dapat menyalurkan tenaga mereka menjadi sinergi kumpulan ke arah pengumpulan jumlah mata yang tertinggi dalam kumpulan. Pada fasa sistem sokongan di dalam model pembelajaran koperatif murid dapat meluaskan pemahaman serta responsibiliti terhadap diri serta ahli kumpulan di dalam mengumpul bilangan mata terbanyak.Model seterusnya yang dapat diintegrasikan dalam permainan batu seremban ini adalah Model Pemprosesan Maklumat iaitu melalui Model Inkuiri Saintifik. Model ini dibentuk bertujuan meningkatkan kecekapan murid untuk belajar dan seterusnya mengembangkan konsep yang sedia ada. Apabila guru menggunakan kaedah inkuiri, murid akan melibatkan diri dalam proses penaakulan dimana mereka berpeluang mengasahkan kemahiran-kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan serta membina dan seterusnya menguji konsep dan hipotesis. Kaedah inkuiri dibincangkan mengikut empat fasa iaitu sintaksis, sistem sosial, prinsip-prinsip reaksi dan sistem sokongan. Dalam fasa sintaksis terdapat empat fasa kecil bermula dengan pengenalan bidang penerokaan oleh guru kepada murid iaitu guru memberi arahan tentang peraturan permainan. Pada fasa kedua murid menstruktur masalah yang timbul iaitu memahami peraturan, teknik serta langkah-langkah permainan dengan cara yang betul. Fasa ketiga murid mengenalpasti masalah yang perlu dibuat penerokaan selanjutnya iaitu murid membincangkan tentang peraturan serta langkah permainan. Akhir sekali pada fasa keempat murid mengesyorkan cara-cara penyelesaian iaitu melaksanakan aktiviti permaianan mengikut cara yang betul seperti yang telah ditetapkan.Melalui fasa sistem sosial dalam Model Inkuiri Saintifik, adalah sama seperti tahap pada fasa sistem sosial dalam Model Koperatif iaitu di mana murid didedahkan dengan sifat demokratik yang membolehkan keputusan permainan dibuat berdasarkan pengalaman berkumpulan. Suasana pembelajaran berunsurkan tolak ansur dan boleh dirunding. Pada fasa prinsip-prinsip reaksi, guru hanya berperanan sebagai fasilitator, perunding dan pengkritik yang mesra. Antara tugas dan tanggungjawab guru ialah membimbing ahli-ahli kumpulan supaya dapat menyalurkan tenaga mereka menjadi sinergi kumpulan ke arah pengumpulan jumlah mata yang tertinggi dalam kumpulan. Pada fasa sistem sokongan pula, murid dapat meluaskan pemahaman serta responsibiliti terhadap diri serta ahli kumpulan di dalam mengumpul bilangan mata terbanyak.

Secara keseluruhannya permainan batu seremban ini sesuai diintegrasikan dengan dua jenid model di atas untuk diaplikasikan bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Melalui permainan ini juga, ia dapat merapatkan hubungan, meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp iaitu saling bantu membantu antara satu sama lain dan melahirkan murid yang seimbang dan melakar kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan sepertimana yang disyorkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik dari Berita Harian, 22 Mei 2011. Ia juga membawa kemajuan dan kepentingan kepada intelek, sosial, emosi dan fizikal serta implikasi dan cirri-ciri mengintegrasi melalui permainan sukan yang dapat membawa inovasi kepada pembelajaran murid dan pengajaran guru di sekolah.2