Alasan Penghakiman
-
Upload
alia-salleh -
Category
Documents
-
view
367 -
download
15
description
Transcript of Alasan Penghakiman
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA LUMPUR
DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
KES TANGKAP NO: 5-83-548-05/2013
PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
lwn
TAN TAN … TERTUDUH
ALASAN PENGHAKIMAN
Kes ini telah membicarakan dan menyabitkan tertuduh di bawah Seksyen 354
Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Sekyen dan Akta yang sama.
Pertuduhan
“Bahawa kamu pada 12/1/2013, jam lebih kurang 10.40 pagi, di Plaza OSK,
Jalan Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah mencabul
kehormatan Aida Farhan bt. Mohamed Sohor dengan meletakkan tangan
kamu ke atas peha dan tangan tanpa izin dan dengan itu kamu telah
melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan
boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.
KES PENDAKWAAN
1. Pihak pendakwaan telah memanggil sejumlah lima (5) saksi bagi
membuktikan kes pendakwaan. Secara ringkas, keterangan daripada
keenam-enam saksi tersebut adalah seperti berikut:
2. Mangsa, Aida Farhan bt. (SP1) telah mengemukakan keterangan bertemu
dengan tertuduh buat kali pertama di sebuah kursus di Plaza OSK.
Menurutnya, tertuduh telah mencabul kehormatannya dengan cara
meletakkan tangan ke atas pehanya secara berulang kali.
3. Sebelum itu, tertuduh telah dengan secara friendly mengajak mangsa
untuk skip kursus itu tetapi bukan dengan niat seksual yang mana ini
dipersetujui SP1 juga. Tertuduh walaubagaimanapun telah meletakkan
tangan di peha mangsa dan juga tangan mangsa walaupun dihadang
mangsa dengan cara meletakkan beg tangan di pehanya.
4. Perbuatan tertuduh telah diberitahu mangsa kepada rakan kursus yang
juga baru pertama kali dikenalinya iaitu Nursyafawati binti Shahruin
(SP2) dan SP2 telah memberi keterangan melihat secara terus juga
perbuatan tertuduh itu.
5. Mangsa juga telah melaporkan perbuatan tertuduh dengan cara sms
kepada rakan sepejabatnya, Mohd Shahril bin Ramli, (SP3). SP3 telah
memberi keterengan dan mengakui bahawa dia memang ada
menghubungi mangsa dan memberikan nasihat kepada mangsa. SP3 juga
telah menghubungi bos mangsa untuk mencegah perbuatan ini.
6. Satu laporan polis, (P1) telah dibuat ke atas tertuduh selepas mangsa
mengambil keputusan meninggalkan kursus tersebut. Tertuduh telah
ditangkap pihak polis kemudiannya.
DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
7. Mahkamah dalam kes ini telah menilai secara maksimum kesemua
keterangan yang diajukan oleh kesemua enam (6) orang saksi kes
pendakwaan.
8. Mahkamah pada peringkat ini, perlu menentukan, berdasarkan
keterangan-keterangan tersebut, sama ada satu kes prima facie telah
ditimbulkan oleh pihak pendakwaan.
9. Ini sejajar dengan Seksyen 173(h)(i) Kanun Prosedur Jenayah yang
menyatakan seperti berikut:
“The following procedures shall be observed by Magistrates in
summary trials:
(h) (i) If the Court finds that a prima facie case has been made out
against the accused on the defence charged, the Court shall call upon
the accused to enter his defence.
10. Prima facie telah didefinisikan sebagai satu kes yang kukuh ke atas
tertuduh pada “face value”. Penerangan lebih lanjut mengenai apa itu
prima facie case juga boleh ditemui dalam satu kes Mahkamah
Persekutuan, Magendran Mohan v PP [2011] 1 CLJ 805.
Seksyen 354 Kanun Keseksaan
11. Seksyen 354 Kanun Keseksaan menyatakan berikut:
“Whoever assaults or uses criminal force to any person, intending to
outrage or knowing it to be likely that he will thereby outrage the modesty
of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may
extend to ten years, or with fine, or with whipping, or with any two of such
punishments.”
12. Bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, tiga
elemen harus dibuktikan pihak pendakwaan iaitu:
a. There must be assault or use of criminal force against a woman
b. The assault or criminal force is done:
i. With intention to outrage modesty of that woman; or
ii. With knowledge that the assault or use of criminal force is
likely to outrage modesty of that woman.
13. Mangsa dalam kes ini telah mengemukakan keterangan bahawa tertuduh
telah berulang kali meletakkan tangannya di peha mangsa walaupun
mangsa telah menghadang peha dengan meletakkan beg di atas peha. Ini
menunjukkan satu force ke atas mangsa.
Criminal Force
14. Menurut Seksyen 350 Kanun Keseksaan, ‘criminal force’ bermakna:
“Whoever intentionally uses force to any person, without that person’s
consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the
use of such force illegally to cause, or knowing it to be likely that by the use
of such force he will illegally cause injury, fear, or annoyance to the person
to whom the force is used, is said to use criminal force to that other.”
15. Kes Lim Thian Huat v Fozdar [1974] 1 MLJ 56 pula, dalam
penghakiman oleh Lee J:
“I think it convenient that the ingredients of Section 350 of the Penal Code
be set out.
The points requiring proof are:
(1) That the accused used force to the complainant;
(2) That he did so intentionally;
(3) That he used it without the complainant’s consent;
(4) That he did so in order to commit an offence or with the intention of
causing or knowledge of the likelihood of its causing injury, fear or
annoyance to the complainant;
(5) That he received no grave and sudden provocation from the
complainant.”
16. Di dalam kes ini, perbuatan tertuduh yang telah berulang kali meletakkan
tangannya di atas peha mangsa telah menjadikan ia satu criminal force ke
atas mangsa sesuai dengan definisinya yang merangkumi mendatangkan
annoyance atau ketidakselesaan ke atas mangsa.
17. Mahkamah berpendapat elemen ini telah dipenuhi dengan adanya
perbuatan berkenaan secara berulang kali dan walaupun setelah dihalang
oleh mangsa dengan meletakkan beg di atas pehanya.
Intention or knowledge
18. Elemen kedua pula adalah mengenai sama ada wujudnya intention (niat)
ataupun knowledge (pengetahuan) dari pihak tertuduh dalam melakukan
perbuatan ‘criminal force’ tersebut.
19. Bagi memenuhi elemen kedua ini, pencabulan kehormatan seorang
wanita itu berbeza mengikut individu. Seorang yang beragama Islam
mungkin merasa dicabul walaupun dengan hanya meletakkan tangan di
bahu contohnya.
20. Di dalam kes State v Manjor Singh AIR 1967 SC 63,:
“This intention of knowledge is the ingredient of the offence and not the
woman’s feelings. It would follow that if the intention or knowledge was not
proved, proof of the fact that the woman felt that her modesty had been
outraged would not satisfy the ingredient of the offence. Likewise, if the
intention or knowledge was proved, the fact that the woman did not feel
that her modesty had been outraged is irrelevant, for the necessary
ingredient had been proved. The sense of modesty in all women is of course,
not the same., it varies from woman to woman.”
21. Kes di atas menjelaskan bahawa elemen niat dan pengetahuan sahaja
yang harus dibuktikan untuk membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen
354 Kanun Keseksaan.
22. Mahkamah dalam hal ini mengambil kira keterangan mangsa yang yang
mengatakan bahawa tertuduh ada mengajaknya keluar dan ‘skip’ kursus
sebelum kemudiannya, meletakkan tangan ke atas peha mangsa. Mangsa
telah menolak ajakan tertuduh itu.
23. Perbuatan mangsa yang meletakkan beg di atas peha bagi mengelak
perbuatan tertuduh dengan lebih lagi juga pada dapatan Mahkamah,
mencukupi untuk menunjukkan bahawa mangsa tidak memberi consent
ke atas perbuatan tertuduh.
24. Selanjutnya, ini juga sewajarnya menunjukkan bahawa tertuduh, dengan
adanya dua tindakan mangsa di atas tahu bahawa perbuatannya itu akan
mendatangkan ‘outrage of modesty’ mangsa.
25. Mangsa dengan jelas telah mempamerkan rasa ketidakselesaan dengan
meletakkan beg tersebut di atas pehanya. Perbuatan meletakkan juga
tangan di bawah beg tersebut merupakan satu tindakan yang jelas tidak
patut.
26. Oleh itu, Mahkamah berpendapat elemen wujudnya criminal force dan
elemen pengetahuan telah dapat dibuktikan pihak pendakwaan.
27. Keterangan SP2 yang secara terus telah melihat perbuatan tertuduh itu
merupakan satu keterangan sokongan kepada keterangan mangsa dan
Mahkamah berpuas hati bahawa di dalam kes ini, elemen Seksyen 354
telah dipenuhi.
28. Setelah Mahkamah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan,
Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah berjaya
menimbulkan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
29. Tertuduh telah diterangkan ketiga-tiga pilihan dalam menjawab kes
terhadapnya. Dalam kes ini, tertuduh telah memilih untuk memberi
keterangan bersumpah sebagai pembelaan.
KES PEMBELAAN
30. Pihak pembelaan telah mengemukakan empat (4) orang saksi termasuk
keterangan daripada tertuduh sendiri dalam menjawab pertuduhan
dalam kes ini.
31. Tertuduh yang juga merupakan (SD1) telah memberikan keterangan
bahawa tujuan dia meletakkan tangan di atas peha adalah sekadar satu
‘tap’ sahaja dengan tujuan memanggil mangsa. Ia dilakukan tanpa niat
atau dorongan seksual.
32. SD2 yang juga merupakan bekas manager tertuduh juga telah
mengemukan keterangan mengenai character tertuduh. SD2 telah
menyatakan bahawa tertuduh merupakan seorang yang baik hati dan
suka menolong orang lain.
33. SD3 dan SD4 yang merupakan rakan karib dan kakak kepada tertuduh
juga masing-masing telah memberi keterangan bahawa tertuduh
mempunyai character yang baik. Tertuduh juga dikatakan mempunyai
suara yang perlahan.
34. Pihak pembelaan juga mengetengahkan bahawa keadaan yang bising
pada kursus berkenaan juga menjadi suatu faktor yang menjurus kepada
tertuduh terpaksa mencuit mangsa dengan cara ‘tap’ pada peha mangsa
dengan tujuan memanggil mangsa kerana suaranya yang perlahan.
DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN
35. Setelah meneliti kesemua keterangan saksi pihak pembelaan, Mahkamah
mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk mewujudkan satu
kesangsian bahawa tidak terdapat perbuatan mencabul kehormatan di
dalam kes ini.
36. Sepertimana yang diterangkan, bagi pertuduhan di bawah Seksyen 354
Kanun Keseksaan, adalah mencukupi sekiranya terdapat criminal force ke
atas mangsa dengan niat atau pengetahuan yang perbuatan itu akan
mencabul kehormatannya tanpa kerelaan mangsa.
37. Dalam mengendalikan pembelaan, pihak pembelaan gagal
mengetengahkan mana-mana saksi yang pada masa kejadian berada di
tempat kejadian dan mampu membuktikan bahawa tertuduh tidak
mencabul kehormatan mangsa.
38. Sebaliknya, pihak pembelaan cuma mengetengahkan saksi-saksi yang
mewujudkan character mangsa sebagai seorang yang bersuara lembut
dan baik hati.
39. Pada peringkat ini, pihak pendakwaan perlulah membuktikan kes tanpa
keraguan yang munasabah dengan meneliti the totality of evidence
daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes ini.
40. Mahkamah berpendapat character evidences sahaja tidak mencukupi
untuk menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes ini.
41. Mahkamah berpendapat dalam kes ini, tertuduh telah bersalah
melakukan satu kesalahan mencabul kehormatan mangsa di bawah
Seksyen 354 Kanun Keseksaan dengan cara meletakkan tangan ke atas
peha dan tangan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
42. Mahkamah berpendapat adalah selamat untuk mensabitkan tertuduh di
bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
HUKUMAN
43. Dalam menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh dalam kes ini, Mahkamah
telah mengambil kira faktor mitigasi dan agravasi yang dikemukakan
kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.
44. Selain itu, Mahkamah harus mengambil kira faktor kepentingan awam
juga. Dalam kes Sinnathurai Subramanian v PP [2011] 5 CLJ 56, jelas
bahawa “kepentingan awam haruslah menjadi pertimbangan pertama
dan terpenting dalam penilaian hukuman.”
45. Mahkamah juga mengambil kira dalam menjatuhkan hukuman, ia juga
haruslah menjadi suatu pengajaran kepada tertuduh. Hukuman juga
haruslah tidak terlalu ringan sehinga tidak mendatangkan suatu rasa
takut kepada undang-undang oleh masyarakat umum.
46. Mahkamah dalam kes ini berpendapat bahawa tertuduh dalam kes ini
tidak melakukan kesalahan dengan kadar yang serius. Tiada keganasan
fizikal dikemukakan oleh tertuduh.
47. Namun begitu, tindakan tertuduh masih merangkumi definisi mencabul di
bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan seperti yang diterangkan di atas.
Mahkamah haruslah menetapkan suatu hukuman yang setimpal supaya
masyarakat dan tertuduh sendiri tidak terlalu senang untuk melakukan
kesalahan memegang berlebihan seperti di dalam kes ini.
48. Sejurus itu, Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,500 ke atas
tertuduh. Sekiranya gagal bayar, tertuduh akan dipenjarakan selama 5
bulan dan kos pendakwaan RM500.
KESIMPULAN
49. Mahkamah berpendapat bahawa hukuman bagi kesalahan dalam kes ini
adalah sejajar dengan undang-undang dan tidak terlalu excessive. Denda
yang dikenakan adalah mencukupi untuk mengingatkan kepada
masyarakat akibat buruk mencabul kehormatan seseorang walaupun
sekadar memegang tanpa keganasan fizikal dan ini juga dapat
memberikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat secara
umumnya.
Abdullah Azman bin Abdullah Suhaimi
Majistret
Mahkamah Majistret Jenayah (5) Kuala Lumpur
5 Ogos 2013
Bagi pihak pendakwaan:
Puan Nithia
Timbalan Pendakwa Raya
Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur
Bagi Pihak Pembelaan:
Puan Norzalifah
Norzalifah & Co,
5, Jalan Ampang,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.