alat artikulasi

8

description

Alat Artikulasi

Transcript of alat artikulasi

Page 1: alat artikulasi
Page 2: alat artikulasi

GUSI

Alat pertuturan yang letaknya antara gigi

dengan lelangit keras.

Berkeadaan cembung dan berfungsi sebagai

daerah artikulasi iaitu daerah penyebutan dan

tidak boleh digerak-gerakkan.

Berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi

bahasa dengan bantuan hujung lidah yang

berfungsi untuk membuat penyekatan terutama

sekali ketika mengujarkan bunyi (t) dan (d).

Page 3: alat artikulasi

GIGI

Memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa,

tetapi peranannya tidaklah aktif.

Terbahagi kepada dua iaitu :

Gigi atas

Gigi bawah

Tidak boleh digerak-gerakkan dan berfungsi untuk menahan

udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga

mulut.

Page 4: alat artikulasi

BIBIR

Alat artikulasi yang terletak di

bahagian luar rongga.

Berfungsi untuk menyekat perjalanan

udara.

Terdiri daripada otot kenyal yang

boleh dihamparkan dan dibundarkan.

Contohnya :

Apabila mulut menyebut (i),

keadaan bibir adalah hampar.

Apabila bibir menyebut (u),

keadaan bibir adalah bundar.

Berfungsi untuk membuat sekatan

kepada udara yang keluar melalui

rongga mulut.

Page 5: alat artikulasi

LELANGIT

Boleh dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu :

Lelangit keras (palatal /

palatum)

Lelangit lembut (velar /

velum)

Lelangit keras :

Terletak di antara gusi dengan

lelangit lembut.

Berfungsi sebagai daerah

artikulasi dalam

mengeluarkan bunyi-bunyi

bahasa.

Lelangit lembut :

Terletak ke dalam sedikit, iaitu

selepas lelangit keras dan

sebelum anak tekak.

Berperanan dalam

menentukan sama ada bunyi

yang dihasilkan itu bunyi oral

atau bunyi nasal.

Lelangit lembut boleh diturunkan atau

dinaikkan manakala lelangit keras pula

merupakan tulang berbentuk cembung

pada bahagian atas mulut.

Page 6: alat artikulasi

RONGGA

Berperanan dalam pengeluaran bunyi-

bunyi bahasa.

Bahagian lapang yang menjadi tempat

laluan udara yang keluar dari paru-paru.

Terbahagi kepada tiga iaitu :

Rongga tekak

Rongga mulut

Rongga hidung

Rongga tekak bermula daripada

bahagian atas selaput pita suara

hinggalah ke bahagian anak

tekak.Rongga mulut bermula dari ruang di

belakang lidah membawa ke bahagian

bibir sebelah dalam.

Rongga hidung bermula dari

bahagian belakang anak tekak

menghala ke hidung.

Page 7: alat artikulasi

LIDAH

Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif

dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

Terbahagi kepada lima bahagian iaitu :

Hujung lidah

Tengah lidah

Hadapan lidah

Belakang lidah

Daun lidah

Kesemua bahagian lidah ini boleh digerakkan

sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan

untuk membuat penyekatan terhadap udara yang

keluar melalui rongga mulut.

Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah

penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal,

iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal

belakang.

Hujung lidah merupakan bahagian yang paling

aktif dan boleh digerak-gerakkan ke mana-

mana saja di dalam mulut untuk menyekat

perjalanan udara.

Page 8: alat artikulasi

ANAK TEKAK

Terletak di bahagian belakang rongga

mulut dan berhampiran dengan lelangit

lembut.

Bersambung dengan lelangit lembut

dan merupakan daging yang

tergantung dari lelangit lembut itu.

Berfungsi sebagai alat pertuturan

bersama-sama dengan lelangit lembut

Menentukan sama ada sesuatu bunyi

yang hendak dikeluarkan itu bunyi

sengau atau tidak.

Boleh digerakkan, sama ada dinaikkan

atau diturunkan.