Alat Bahan Bantu Mengajar

27
Mengajar Math dengan Permainan Macam biasa la kan, bakal cikgu Matematik kena tahu macam mana nak jadikan pengajaran Math ni menarik. Kadang-kadang kita tak sangka pun permainan yang kita selalu main ngan kawan-kawan boleh jadi satu aktiviti yang menarik. So, saya dan rakan sekelas yang lain telah menyediakan aktiviti. Ikut buku je pun, tapi bila buat praktikalnya jadi lebih menarik. Jom tengok apa yang ada. Aktiviti ni sesuai untuk ajar multiplication. So, students akan lebih faham sebab dia nampak secara grafik konsep pendaraban tu. Secara tak langsung, kita bina pemahaman dia dalam comutative law. Comutative law: 4 x 5 = 5 x 4. Hopefully student akan nampak la bahawa dua equation tu boleh bagi jawapan sama. Erm... boleh juga guna untuk ajar finding the area kan? Next,

description

Mengenai bahan bantu mengajar

Transcript of Alat Bahan Bantu Mengajar

Page 1: Alat Bahan Bantu Mengajar

Mengajar Math dengan PermainanMacam biasa la kan, bakal cikgu Matematik kena tahu macam mana nak jadikan

pengajaran Math ni menarik.Kadang-kadang kita tak sangka pun permainan yang kita selalu main ngan

kawan-kawan boleh jadi satu aktiviti yang menarik.So, saya dan rakan sekelas yang lain telah menyediakan aktiviti.Ikut buku je pun, tapi bila buat praktikalnya jadi lebih menarik.

Jom tengok apa yang ada.

Aktiviti ni sesuai untuk ajar multiplication.So, students akan lebih faham sebab dia nampak secara grafik konsep

pendaraban tu.Secara tak langsung, kita bina pemahaman dia dalam comutative law.

Comutative law:4 x 5 = 5 x 4.

Hopefully student akan nampak la bahawa dua equation tu boleh bagi jawapan sama.

Erm... boleh juga guna untuk ajar finding the area kan?

Next,

Page 2: Alat Bahan Bantu Mengajar

Yang ni paling menarik.Sebab main kad.

Agak mencabar la sebab kena pandai menambah dan menolak secara mental.

Cara main:Setiap pemain dapat 3 kad.

Tengok kombinasi nombor tu, boleh tak buat operasi + dan - supaya dapat jawapan 0.

Siapa kombinasi kad dia boleh bagi jawapan 0, dialah pemenang.

Contohnya, 9, 13, 1, 3 boleh buat operasi 9+3+1-13=0.

Saya tak menang pun main ni.Even kawan-kawan yang lain pun blur sebab mencabar.

Just yang cepat kira je leh menang.

Lagi!

Roda Impian!!Bukan. Bukan.

Ni roda untuk main Bingo.Boleh putar taw. Menarik kan. Saya rasa setiap guru math perlu ada roda ni

sebab banyak gunanya.Bukan setakat ajar tambah, tolak, darab dan bahagi. Boleh juga ajar Bahasa.

Kena improvisasi la kan.

Cara main: Putar roda 2 kali dan tambah nombor yang kita dapat.

Pastu sama step ngan main Bingo.

Page 3: Alat Bahan Bantu Mengajar

Nombor kat dalam ni boleh suruh student isi ikut suka. Dari 1-18.

Kotak yang kosong tu isi la nombor apa-apa dari 1-18. Janji penuh.Lepas putar 2 kali, tambah, then tanda.

Dapat je satu line menegak, melintang atau penjuru bertanda, anda menang.Sama kan ngan bingo.

Cuma bingo kita pilih sendiri nombor.Yang ni bergantung nasib pada wheel tu.

Game ni saya menang.Hihi...

Ni lagi satu game untuk ajar darab.Baling dadu 2 kali pastu darab nombor yang dapat tu.

Tanda tempat.Siapa yang dapat tanda tempat sekeliling dia ngan penanda sendiri, dia

menang.

Bila buat aktiviti macam ni, student tak perasan pun yang diorang tengah tajamkan skill dalam math sebab aim diorang nak menang je.

Cuba bagi buku latihan suruh buat sejam.Konfem nangis or tido sebab malas buat.

Bagi aktiviti ni.

Page 4: Alat Bahan Bantu Mengajar

2 jam pun diorang nak main lagi.

Last but not least, kawan number arrow dalam post INI

Nama dia Number Expendent.Ni rupa dia.

Ni untuk rumah sa. Cikgu boleh tulis nombor di kad putih tu.

So, students boleh tahu cara membaca nombor sebab mereka tahu nilai tempat nombor tersebut.

Lepas lipat, jadilah begini.

Page 5: Alat Bahan Bantu Mengajar

Kad tadi dah dilipat masuk ke dalam envelope.

Dengar kata dah mendapat sambutan Alat Bantu Mengajar (ABM) ni.Dah ada yang nak pinjam untuk mengajar.

Semua ni sebahagian je daripada aktiviti dan ABM yang dah saya dan rakan sekelas buat.

Hah.. Untung kan budak sekarang.Budak dulu-dulu tak ada la nak merasa benda-benda ni.

So, senang ke nak jadi CIKGU?

Bahan bantu mengajar pemulihan

Antara Alat Bantu Mengajar yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan adalah seperti berikut:

Page 8: Alat Bahan Bantu Mengajar

Bola ping pong suku kata KV

Buku bacaan bergred

Contoh bahan bantu mengajar..

Gambar di bawah merupakan beberapa contoh bahan bantu mengajar yang digunakan untuk kelas pemulihan.  Bahan bantu ini dapat meningkatkan kefahaman murid serta menarik minat murid untuk belajar. Semoga mendapat manfaat daripadanya...

Page 12: Alat Bahan Bantu Mengajar

10. kad nombor

Pembinaan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan Matematik

Bahan-bahan aktiviti :

         Bertulis  – Lembaran kerja / Kad kerja   Lisan      – Latih tubi / congak

         Bahan konkrit – Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah, alat pengukur / penimbang

Page 13: Alat Bahan Bantu Mengajar

  Kit bahan bantu mengajar matematik

Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar matematik dan  buku  panduan menggunakannya.

         Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah;

            1.   Papan flanel bermagnet -  semua topik

            2.   Abakus/dekak-dekak      - Topik : nilai tempat, operasi tambah, operasi tolak.

            3.   Carta-carta -  semua topik

            4.   Kad-kad nombor / kad jalur – Topik : nombor, susunan nombor ↑ ↓ .

            5.   Benda-benda pembilang -  Topik : nombor, operasi  +, -, x dan - .

            6.   Lembaran-lembaran kerja / kad kerja -  semua topik

Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka.  Bahan-bahan ini boleh digunakan bersama dengan aktiviti pelajaran yang dicadangkan di dalam Buku Panduan Khas Matematik.          

 Set permainan matematik

Page 14: Alat Bahan Bantu Mengajar

Terdapat berbagai jenis permainan yang berunsur pendidikan yang sesuai dan boleh digunakan untuk  aktiviti pengukuhan dalam bilik darjah.  Di antaranya ialah:

      Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik yang        lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda      yang  tersembunyi.

Menyambungkan garis putus-putus  atau titik untuk mencari jalan keluar.  

Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar.

Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid.

Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor.

Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran operasi

tambah dan  tolak

Membentuk gambar daripada tangram.

Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey)

Jigsaw puzzle bernombor

Boling nombor

Roda impian

Dart bermagnet

Pancing ikanhttp://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011_09_01_archive.html

Page 15: Alat Bahan Bantu Mengajar

Belajar Sambil BermainDalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek pemulihan, aktiviti bermain merupakan salah satu langkah yang perlu ada. Pelbagai aktiviti bermain yang boleh digunakan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan. Malah, murid-murid dapat bekerjasama dan aktif melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti permainan dapat meransang dan menarik minat murid untuk belajar. Di bawah merupakan contoh aktiviti permainan yang boleh digunakan oleh guru pemulihan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murd-murid pemulihan.

Permainan 1: Mix n Match Bagi Perkataan KV + KVK

Langkah 1 : Meletakkan suku kata KV dan KVK secara berterabur

Page 16: Alat Bahan Bantu Mengajar

Langkah 2 : Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KV dan KVK untuk membentuk perkataan bermakna

Page 17: Alat Bahan Bantu Mengajar

Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KV dan KVK untuk membentuk perkataan bermakna

Mix n Match Bagi Perkataan KVK + KVKK 

Page 18: Alat Bahan Bantu Mengajar

Langkah 1 : Meletakkan suku kata KVK dan KVKK secara berterabur 

Page 19: Alat Bahan Bantu Mengajar

Langkah 2 : Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KVK dan KVKK untuk membentuk perkataan bermakna 

Page 20: Alat Bahan Bantu Mengajar

Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KVK dan KVKK untuk membentuk perkataan bermakna 

Permainan ini boleh di ubah suai untuk kemahiran-kemahiran membaca perkataan yang lain. Ianya merupakan salah satu permaian yang dapat menguji ketangkasan pemikiran murid untuk mencari padanan suku kata yang boleh membentuk perkataan yang bermakna.

Page 21: Alat Bahan Bantu Mengajar

Permainan 2: Bingo Roda Bergambar

Langkah 1 : Menghasilkan papan roda berputar yang mempunyai pembahagian

Page 22: Alat Bahan Bantu Mengajar

 Langkah 2 : Melatakkan gambar atau perkataan bagi kemahiran KV+KV+KVKK

Page 24: Alat Bahan Bantu Mengajar

Langkah 3 : Menyediakan kad bingo untuk dibekalkan kepada setiap pemain

Permainan ini boleh dimaiankan secara individu atau berpasanagn. Pemain yang memulakan permainan akan memutar roda. Anak panah yang berhenti pada gambar atau perkataan yang tertera pada roda, perlu dihitamkan pada kad bingo setiap pemain. Permainan diteruskan sehingga salah sorang pemain dapat  menghitankan  satu garisan sama ad secara melintang,

Page 25: Alat Bahan Bantu Mengajar

menegak atau berpenjuru. Pemain pertama yang berjaya melakukannya dianggap pemenang.

http://chekgunoorlyza.blogspot.com/2012/09/belajar-sambil-bermain.html

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)Rod@ Impi@n ...

Pandangan Depan

Dicipta khas utk kegunaan guru yg suka membuat kuizkpd pelajar selepas habis mengajar sesuatu topik di dalam kelas.

Boleh dicuba dan rasailah kenikmatannya...hehehe.Juz play dOn't stress anymOre!!!!!! ^_^

* Cara bermain senang jer,,juz suruh pelajar putar roda impian tersebutdan lihat warna apakah yg pelajar itu dapat.

Jika dia dapat warna pink, maka soalan yg wajib dia jawabialah kad soalan warna pink...senang kan???

Juz try it...sO nice.http://renhersblog.blogspot.com/2010/10/bahan-bantu-mengajar-bbm.html