Alat Muzik India

download Alat Muzik India

of 3

Transcript of Alat Muzik India

  • 7/31/2019 Alat Muzik India

    1/3

    Tuesday, July 8, 2008

    Alat-alat Muzik Yang DigunakanAlat-alat muzik yang sering digunakan dalam persembahan Karnatak:

    KANJIRA

    Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk

    yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat

    daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2

    hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi

    seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempa

    CHENDA

    Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam

    aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahka

    n dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam

    dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain

    gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain

    menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi

    kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan

    irama asas) dan Acchan Chenda.

    MRIDANGAM

    Mridangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari diatas lantai. Seorang pemain mridangam

    akan memukul sela put yang kecil dengan tangan kanannya manakala memukul

    selaput besar dengan tangan kirinya. Mridangam di letakkan diatas kaki kanan dan buku lali. Kaki kanan

    dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam

    dan bertentangan dengan badan pemain.

    http://1.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdF-wrYx7I/AAAAAAAAAKQ/N1-_25HJeUU/s1600-h/Mridangam+Kiri.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdEzWDQfYI/AAAAAAAAAKI/983pZ4uGXdw/s1600-h/Pemain+Chenda.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SMptpCRZaxI/AAAAAAAAAH4/jw1m_kdJEt8/s1600-h/Kanjira.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdF-wrYx7I/AAAAAAAAAKQ/N1-_25HJeUU/s1600-h/Mridangam+Kiri.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdEzWDQfYI/AAAAAAAAAKI/983pZ4uGXdw/s1600-h/Pemain+Chenda.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SMptpCRZaxI/AAAAAAAAAH4/jw1m_kdJEt8/s1600-h/Kanjira.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdF-wrYx7I/AAAAAAAAAKQ/N1-_25HJeUU/s1600-h/Mridangam+Kiri.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdEzWDQfYI/AAAAAAAAAKI/983pZ4uGXdw/s1600-h/Pemain+Chenda.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SMptpCRZaxI/AAAAAAAAAH4/jw1m_kdJEt8/s1600-h/Kanjira.JPG
  • 7/31/2019 Alat Muzik India

    2/3

    VENU

    Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di

    India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka

    lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu

    berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini

    dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni

    seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup

    dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan

    berdasarkan muzik raga.

    NADASWARAM

    Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam

    keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini

    mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang

    lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada

    yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang

    yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

    SARASWATI VEENA

    Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati

    veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang

    bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat

    muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan

    Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun

    begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.

    http://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdM81qtJPI/AAAAAAAAAKw/zTOiKhGgiMU/s1600-h/Saraswati+Veena.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdKnlFa-4I/AAAAAAAAAKo/D0AWCJRacPs/s1600-h/Nadaswaram.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdIJfIDJmI/AAAAAAAAAKY/pLvtOI6gvR8/s1600-h/Venu+Alat+Muzik.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdM81qtJPI/AAAAAAAAAKw/zTOiKhGgiMU/s1600-h/Saraswati+Veena.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdKnlFa-4I/AAAAAAAAAKo/D0AWCJRacPs/s1600-h/Nadaswaram.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdIJfIDJmI/AAAAAAAAAKY/pLvtOI6gvR8/s1600-h/Venu+Alat+Muzik.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdM81qtJPI/AAAAAAAAAKw/zTOiKhGgiMU/s1600-h/Saraswati+Veena.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdKnlFa-4I/AAAAAAAAAKo/D0AWCJRacPs/s1600-h/Nadaswaram.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdIJfIDJmI/AAAAAAAAAKY/pLvtOI6gvR8/s1600-h/Venu+Alat+Muzik.JPG
  • 7/31/2019 Alat Muzik India

    3/3

    Alat-alat muzik lain yang digunakan dalam persembahan karnatak terdiri daripada alat muzik:

    Mandolin Violin Tambura

    Posted by Kenali aku Tok Selampit. at9:43 PM

    Kategori:Alat-alat Muzik Karnatak

    http://azharhusin.blogspot.com/2008/07/jaha-karnatak-di-usa.htmlhttp://azharhusin.blogspot.com/2008/07/jaha-karnatak-di-usa.htmlhttp://azharhusin.blogspot.com/2008/07/jaha-karnatak-di-usa.htmlhttp://azharhusin.blogspot.com/search/label/Alat-alat%20Muzik%20Karnatakhttp://azharhusin.blogspot.com/search/label/Alat-alat%20Muzik%20Karnatakhttp://azharhusin.blogspot.com/search/label/Alat-alat%20Muzik%20Karnatakhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdRAh7el4I/AAAAAAAAALY/JY6POCOS5Ww/s1600-h/Violin.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdPhcop6yI/AAAAAAAAAK4/GHHJV0sgw9E/s1600-h/Mandolin.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdRAh7el4I/AAAAAAAAALY/JY6POCOS5Ww/s1600-h/Violin.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_lrFd-La-8Y8/SNdPhcop6yI/AAAAAAAAAK4/GHHJV0sgw9E/s1600-h/Mandolin.JPGhttp://azharhusin.blogspot.com/search/label/Alat-alat%20Muzik%20Karnatakhttp://azharhusin.blogspot.com/2008/07/jaha-karnatak-di-usa.html