Alat muzik tradisional

10
ALAT MUZIK TRADISIONAL DISEDIAKAN OLEH : MASIHAH BINTI SAPIAN NAJMAWATI BINTI KHIDZIR AMINAH BINTI HASAN

Transcript of Alat muzik tradisional

ALAT MUZIK TRADISIONAL

DISEDIAKAN OLEH :MASIHAH BINTI SAPIANNAJMAWATI BINTI KHIDZIRAMINAH BINTI HASAN

GAMBUS 

• Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. 

• Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. 

• Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.

• Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

GENDANG

Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu.

Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. 

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.

Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.

Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. 

Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

GONG

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia.

Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik.

REBANA

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.

Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.

SERULING

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup.

Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu.

Cara memainkannya adalah dengan meniup.

Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.

ALAT MUZIK DIRAJA (NOBAT)

Alat Muzik Diraja (Nobat) Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih

kekal sehingga kini.

Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja.

Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

SEKIAN TERIMA KASIH