Alat radas

9
Alat-alat radas dalam makmal Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal sains. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis alat radas yang biasa digunakan. Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu mengetahui tentang kegunaan am pelbagai alat radas. Mangkuk pijar (Crucible) Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia. Tabung uji (Test tube) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Transcript of Alat radas

Page 1: Alat radas

Alat-alat radas dalam makmal

Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal sains. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis alat radas yang biasa digunakan.

Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu mengetahui tentang kegunaan am pelbagai alat radas.

Mangkuk pijar (Crucible)Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish)Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Page 2: Alat radas

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)

Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder)Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe)Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang

kecil.

Slaid kaca (Glass slide)Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan

pemerhatian di bawah mikroskop.

Page 3: Alat radas

Jam randik (Stop watch)Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Page 4: Alat radas

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut tidak

memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel)Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Page 5: Alat radas

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack)Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan

yang tegak.

Page 6: Alat radas

Rod kaca (Glass rod)Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam

bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa

eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Page 7: Alat radas

Balang gas (Gas jar)Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Page 8: Alat radas

Silinder penyukat (Measuring cylinder)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer)Kegunaan: Untuk menyukat suh