Alatan Mengukur
-
Upload
fadzilah-yusof -
Category
Documents
-
view
94 -
download
2
description
Transcript of Alatan Mengukur
Alatan Mengukur
PITA UKUR DAN PEMBARIS IALAH ALATAN MENGUKUR YANG DIGUNAKAN DALAM KERJA MENJAHIT.
Pita Ukur diperbuat daripada gentian kaca, sintetik, dan plastik, mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya, tidak memberi teguh dan tahan.
Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik
Gulung setelah digunakan dengan nombor yang besar di sebelah dalam dan nombor yang kecil di sebelah luar.
Simpan di dalam kotak jahitan.
Pembaris lurus diperbuat daripada kayu atau plastik, tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik.
Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan mengukur fabrik.
Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
Alatan Mendraf
PEMBARIS SESIKU DAN PEMBARIS MELENGKUNG ADALAH ANTARA ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDRAF.
Pembaris sesiku diperbuat daripada kayu atau plastik dan mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian dalam unit metrik.
Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik dan bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengen.
Pembaris melengkung diperbuat daripada kayu atau plastik dan ukuran metrik yang terang dan jelas.
Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt, dan kaki seluar semasa mendraf pola.
Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
Alatan Menanda
Alatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan bersama Karbon tukang jahit. Kapur tukang jahit boleh juga digunakan untuk memindahkan tanda pola pada fabrik.
Roda surih dan karbon tukang jahit diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak apabila ditolak.
Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.
Simpan di dalam kotak jahitan dan jangan lipat kertas karbon.
Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan fabrik dan kapur yang dibuat daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik.
Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan garisan tanda pola pada fabrik.
Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.
1. Benang Jahit
Terdapat dalam pelbagai warna mengikut warna kain yang hendak dijahit. Benang akan digunakan untuk jahitan tangan dan juga jahitan mesin. Gunakan warna benang yang sama untuk menjahit pakaian ataupun warna yang lebih lembut. contoh benang putih untuk menjahit kemeja sekolah. Semasa menjahit lilitkan benang dan selitkan hujungnya agar tidak bersimpul.
2. Jarum Tangan
Jarum yang tirus dan tajam. Jarum yang selalu digunakan adalah bernombor 7, 8 dan 9. Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada kain. Jarum yang kasar dan panjang digunakan untuk menjahit pada kain yang tebal sementara jarum yang halus untuk menjahit kain nipis dan lembut. Angka 9-10 untuk kain yang halus, angka 12-14 untuk kain sederhana dan angka 14-16 untuk kain yang tebal. Jarum yang patah dan tumpul jangan dibuang merata-rata. Simpan jarum dalam bekasnya supaya tidak berkarat. Semasa digunakan, cucuk di kusion jarum.
3. Gunting Kain
Digunakan untuk menggunting kain. Ukuran panjang biasa dalam 20 cm. Sebelah mata gunting berbentuk bulat, sebelah mata runcing. Untuk gunting tahan lama, elak daripada jatuh dan tidak digunakan untuk menggunting benda lain seperti kertas. Minyakkan sendi-sendinya selalu. Simpan dalam sarung atau kotak gunting. Menggunting dengan berhati-hati supaya kain yang digunting berdasarkan pola yang dikehendaki. Ketika menggunting kain, mata gunting menghala ke hadapan supaya tidak mendatangkan kecederaan pada diri sendir
4. Alatan Menyemat
Sumber gambar : http://www.njcreative.lot.my/index.php?route=product/product&product_id=64325
Hai, murid-murid. Pernahkan anda tengok saya? Badan saya berwarna-warni macam gula-gula. Tapi saya bukan gula-gula. ^^ Saya merupakan jarum peniti. Tahukah kegunaan saya? Ya, saya biasa digunakan untuk :-
menyemat pola pada fabrik; dan menetapkan kepingan fabrik sebelum menjahit.
Mari saya memperkenalkan diri saya. Saya merupakanperetas jahitan.Kegunaan saya adalah untuk meretas dan menanggalkan mata jahitan.
. Pita ukur digunakan untuk mengukur bahagian yang digunting atau dijahit
2. Gunting digunakan untuk menggunting fabrik
3. Jarum peniti digunakan untuk mnyemat pola pada fabrik dan kepinganfabrik sebelum menjahit jelujur
4. Kapur tukang jahit digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada fabrik
5. Jarum tangan digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik
6. Pembaris lurus digunakan untuk mengukur dan menanda
7. Penetas jahitan digunakan untuk menanggalkan benang jelujur
8. Seterika digunakan untuk melicinkan fabrik
Bahan jahitan dan kegunaannya
a. Benang digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin
b. Fabrik digunakan untuk
menghasilkan sesuatu pakaian.