Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

download Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

of 19

Transcript of Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    1/19

    Tajuk: Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Teknik & Vokasional

    PENGENALANPendidikan PTV telah wujud sejak sebelum kemerdekaan tetapi oleh sebab

    pengurusan dan pentadbiran yang kurang cekap ianya tidak dapat berjalan lancar

    dan teratur. Namun begitu, pelbagai cara dan usaha telah dilakukan dan

    dilaksanakan untuk memajukan bidang PTV ini. Antaranya, perwujudan

    Jawantankuasa Barnes, Jawatankuasa Lemon dan Jawatankuasa Winsteadt. Dewasa

    ini, dengan kemajuan yang telah dicapai oleh negara, Pendidikan Teknik dan

    Vokasional telah dinaik taraf dengan diperbaharui dalam pelbagai bidang kemahiran.

    Namun begitu, tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap, PTV tidak akan

    mencapai kemajuan seperti hari ini. Umpama pahat dengan penukul, tanpa

    pentadbiran dan pengurusan yang mantap maka tidak akan berkembanglah bidang

    PTV dalam negara ini.

    Pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang sangat penting dalam

    menyusun isntitusi dan menggerakkan kakitangannya ke arah mencapai matlamat

    institusi.Organisasi dengan segala sumber yang ada padanya,sama ada sumber

    manusia atau sumber bukan manusia,menjadi perkara penting yang perlu diberi

    perhatian oleh pengurus yang mentadbir organisasi berkenaan.Pengurus yang

    dimaksudkan adalah menyeluruh termasuk pengurus dalam bidang

    pendidikan,bidang kejuteraan danlain-lain bidang kehidupan.Tanggungjawab utama

    pengurus ialah memastikan bahawa organisasi yang dipimpinnya bergerak menuju

    kepada matlamat yang telah ditetapkan dengan menggunakan sumber yang paling

    minimum tetapi mencapai matlamat secara menyeluruh.Hal ini dapat dicapai dengan

    mengamalkan pengurusan yang cekap dan menggunakan sumber yang sedia ada

    secaraoptimun dan berhemah.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    2/19

    Matlamat ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesefahaman yang mendalam

    pihak pengurusan tentang pengertian pengurusan organisasi yang dipimpin

    beliau.Pemimpin pengurusan juga perlu menguasai kemahiran komunikasi dan

    perhubungan bagi menyokong beliau mewujudkan perhubungan yang baik bukansahaja antara anggota dalam sesuatu organisasi tetapi juga dengan organisasi-

    organisasi lain.

    Oleh itu,pengurusan ialah pencapaian objektif melalui orang yakni pengurus

    bertanggungjawab atas kerja orang lain.Bush dan West-Burnham(1994)

    meghasilkan satu definisi tentang prinsip pengurusan yang

    meliputi,perancangan,pengambilan sumber,pengawalan,pengaturan,pimpinan dan

    penilaian.Sebagai intipati,pengurus memimpin,mengurus dan mentadbir.Amat

    penting bagi pengurus memastikan semua perkara terus berlaku,mengatasi

    masalah,memulakan aktiviti baru dan menyatukan aktiviti secara bersama.Secara

    khususnya,fungsi utama pengurusan Pendidikan Teknik dan vokasional ialah untuk

    menguruskan polisi,pembelajaran,pelajar dan sumber.Pentadbir organisasi mesti

    mencipta,mengekal dan meningkatkan keadaan yang boleh mewujudkan

    pembelajaran yang berkesan.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    3/19

    1. Definisi PengurusanPengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan

    yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan

    dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia

    seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan

    teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk

    kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi

    pengurusan.Pengurusan juga adalah melaksanakan sesuatu melalui manusia,satu

    proses sosial dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama, penyertaan dan

    penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif

    atau matlamat dan melibatkan proses kemanusiaan.

    2.Definisi pentadbiranPentadbiran ialah sebuah istilah yang menghuraikan tingkah laku kerja dan

    fungsi atau yang pencapaian matlamat-matlamatorganisasi. Disebabkan pentingnyatanggungjawab pentadbiran di dalam sesebuah pertubuhan, keadaan sistematik

    dan konsisten boleh diwujudkan oleh para pentadbir yang mahir.Ianya satu proses

    yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan

    penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia

    mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai

    objektif yang telah ditetapkan.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengarahan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengawalan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_manusia&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Istilah&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tingkah_laku&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Disfungsi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanggungjawab&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pentadbiran_(perniagaan)&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengarahan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengawalan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_manusia&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kewanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sumber_alam_semula_jadi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Istilah&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tingkah_laku&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Disfungsi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Matlamat&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tanggungjawab&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pentadbiran_(perniagaan)&action=edit
  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    4/19

    3. Proses Pengurusan dan pentadbiranPengurusan dan pentadbiran dalam sesuatu organisasi tentunya melalui satu

    proses tertentu. Proses pengurusan pentadbiran adalah langkah atau prosedurbagaimana seseorang pengurus pentadbir itu bertindak untuk mencapai objektif

    serta melaksanakan tanggungjawabnya.Senarai semak bagi satu proses pengurusan

    pentadbiran adalah seperti berikut:-

    a)Menentukan matlamat dan objektif dengan jelas.

    b) Menentukan tenaga manusia - mengagih tanggungjawab, kewibawaan

    serta Penggunaan bahan sumber.

    c) Menentukan dasar prosedur, tata cara kerja yang meliputi satu-satu tugas.

    d) Menentukan tugas, panduan tugas, keperluan kecekapan dan penggunaan

    jenis staf.

    e) Menentukan keperluan kewangan, kemudahan-kemudahan bahan serta

    kemudahan.

    f) Menentukan jangkawaktu dan urutan aktiviti yang dijalankan.

    g) Membuat penilaian dan menentukan standard serta kualiti kerja.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    5/19

    4.Tugas PengurusanFungsi/tindakanutama

    Tugas Pasukan Individu

    Kenalpastimatlamat

    Jelaskanmatlamat

    Tentukanjangka masa

    Kumpulmaklumat

    Pilih pasukan

    Jelaskanmatlamat danrasional

    Menjanakankomitmen

    Memastikanindividu fahamtentang matlamat

    Respons kepadasoalan

    Melibatkan setiaporang

    Rancangdan ambilkeputusan

    Kenal pastipilihan

    Semakkeperluan

    Kenal pastikriteriakejayaan

    Rujuk kepadapasukan

    Senaraicadangan

    Cambah fikiran

    Dengar cadangan

    Bimbing untuksesuatu kemahiran

    Mengaturdan berimaklumat

    Tentukanprosedur

    Beri taklimatdan rancangantindakan

    Dengar danresponskepadamaklum balas

    Bentuk strukturyang sesuai

    Sebarkanrancangan yangdipersetujui

    Jawab soalan

    dan pertanyaan

    Memuktamadkanrancangan

    Beri sokongankepada individu

    Galakkanpendedahanmasalah

    Hargai pencapaianindividu

    Kawal,sokongdan awasi

    Laporkemajuankepada yangberkenaan

    Baikirancangan

    tindakan

    Tunjukkancontoh

    Selaraskan kerjadengankumpulan kecil

    Semak sumberyang digunakan

    Beri maklum

    balas tentangtugas

    Tanganiperselisihan

    Beri sokongankepada individu

    Galakkanpendedahanmasalah

    Hargai pencapaian

    individu

    Mententeramkanjika perlu

    Penilaian/kajisemula

    Nilai kejayaanmatlamat

    Lapor tentangprestasikejayaan

    Ambil kiratindakan masadepan

    Beri maklumbalas tentangpencapaian

    Jemput pasukanmembuat semak

    semula tentangkeberkesanantugas mereka

    Hargaiperkembanganindividu

    Beri setiap individumaklum balas

    tentangpencapaianmatlamat

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    6/19

    5.Peringkat pengurusan dan pentadbiranPengurusan merupakan satu proses sosial. Banyak percubaan digunakan untuk

    menganalisis peringkat-peringkat proses pengurusan ini dan didapati banyak

    perubahan.

    5.1. Planning (merancang)Terdiri daripada:

    i. menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat.

    ii. mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan

    yang paling maksimum melalui proses penetapan matlamat.

    iii. mengumpul serta menganalisis maklumat.

    iv. mencari alternatif atau pilihan.

    v. menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan.

    5.2. Organising (mengelola)i. mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mengwujudkan rangka

    dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah

    dirancangkan.

    ii. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang

    baik.

    iii. membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan

    jentera pelaksanaan.

    iv. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.

    v. memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber

    lain yang perlu.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    7/19

    5.3. Directing (mengarah)i. terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan.

    ii. memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan

    perancangan

    dengan cara membuat keputusan.

    iii. mengeluarkan arahan-arahan tertentu.

    iv. memimpin, mengelola dan memberi motivasi.

    5.4. Controlling (mengawal)i. menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan.

    ii. melaporkan segala penyelewengan, kelemahan dengan segera supaya

    dapat dibetulkan.

    iii.Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara

    membentuk matlamat dan taraf.

    iv. menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    8/19

    6.Prinsip PengurusanTerdapat berbagai prinsip tentang pengurusan. Henry Fayol mengemukakan 14

    prinsip pengurusan yang wujud dalam organisasi iaitu:-

    1. Pembahagian kerja.

    2. Kewibawaan.

    3. Disiplin.

    4. Menerima arahan dari orang lain.

    5. Seorang ketua bagi satu unit atau bahagian.

    6. Mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu.

    7. Gaji atau upah.

    8. Pemusatan

    9. Aliran Kewibawaan.

    10. Mengikut arahan.

    11. Persamaan.

    12. Kestabilan kerja

    13. Inisiatif atau daya usaha.

    14. espirit de corp.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    9/19

    7.Elemen Pengurusan dan pentadbiran7.1. Membuat Keputusan

    Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat keputusan atau

    untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul di dalam

    semua peringkat proses pengurusan.

    7.2. Menyelesai Masalah.Membuat keputusan yang lebih rumit ketika memilih alternatif bagi

    mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu pencapaian

    matlamat organisasi.

    7.3. Hubungan Manusia.Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan pekerja,

    menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik.

    7.4. Komunikasi.Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang

    dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah

    pencapaian matlamat organisasi.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    10/19

    8.Pembahagian TugasPertimbangan yang terakhir dalam jadual ialah pembahagian yang

    perlu diuruskan.Dengan bertambahnya tanggungjawab dan jawatan dalam

    pengurusan kemajuan guru,terdapat juga kesan dari pembahagian tugas

    yang efisien.Waktu yang diagihkan mesti mencerminkan keperluan sesuatu

    tanggungjawab dan tugas.Pembahagian tugas untuk kerja pengurusan

    penting untuk pengurusan yang berkesan.

    Perincian dan keterangan tentang jawatan dapat membantu sesiapa

    yang membuat pembahagian tugas.Jika seseorang staf mempuyai peranan

    yang jelas dan khusus berkaitan dengan beberapa jam dalam jadual

    waktu,sudah pasti tiada masalah untuk membentuk jadual untuk peringkat

    individu.Jika terdapat ruang yang kurang jelas atau tidak dikenal pasti,ia akan

    menghalang proses pembentukan jadual dengan baik.

    Oleh itu,pengurus haruslah berusaha untuk terlibat sama dalam proses

    merancang pengurusan yang teratur.Keperluan individu dan pasukan perlu

    dikenal pasti untuk kepentingan perancangan yang berkesan.Salinan bagi

    surat menyurat mesti disimpan.Berunding dan bertolak ansur untuk tujuan

    menyelesaikan masalah.Pengurus harus mempunyai pengetahuan dan

    kefahaman dalam proses perancangan pengurusan.Dengan kemahiran dan

    kebolehan yang diperlukan,pengurus haruslah berada dalam kedudukan

    untuk merancang jauh ke hadapan.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    11/19

    Proses Perkembangan dan perlaksanaan tugas di sekolah

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    12/19

    9. Standard (Piawaian) dalam PTVWalaupun terdapat banyak badan-badan yang membuat pemantauan

    standart di Malaysia,hanya dua elemen sahaja yang betul-betul terarah kepada

    PTV iaitu Majlis Latihan Vokasional Malaysia(MLVK) dan Standart Kemahiran

    Pekerjaan Kebangsaan(NOSS).Kedua-dua elemen ini berkait rapat dengan

    Pendidikan dan Latihan Vokasional di Malaysia.

    9.1.Pengenalan Sistem Standard di MalaysiaTerdapat beberapa badan di Malaysia yang terlibat dalam menetapkan

    standart pendidikan dan latihan.Di peringkat pendidikan tinggi,lembaga

    Akreditasi Negara atau LAN yang ditubuhkan pada tahun 1996 berfungsi

    untuk merangka dasar,prosedur,standart dan memantau kualiti program yang

    ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi.

    Di peringkat sekolah pula,Jemaah Nazir Sekolah berperananmemastikan kualiti program di sekolah.Untuk program-program professional

    pula terdapat badan-badan professional yang memantau kualiti dan standard

    seperti Instituon of Engineers Malaysia(kejuteraan),Malaysia Medical

    Assotiaon(perubatan) dan lain-lain.

    Di sektor industri,SIRIM berperanan untuk memantau kualiti industri

    termasuk menganugerahkan pengkitirafan ISO untuk syarikat-syarikat yang

    layak.Di sektor awam,Mampu ditugaskan untuk menganugerahkan

    pengiktirafan ISO kepada institusi dan pejabat awam yang mencapai tahap

    kualiti yang ditetapkan.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    13/19

    9.2.Definisi standardStandard bolehlah didefinisikan sebagai sesuatu peraturan,kriteria atau

    piawaian yang ditetapkan sesebuah badan yang mempunyai kuasa atau diberi

    kuasa. Standard biasanya digubal oleh badan profesional yang mempunyai

    kepakaran dalam sesuatu badan. Contohnya, Amerika Syarikat, badan-badan

    profesional seperti National Council for Accrediation for Teacher Education

    (NCATE) memantau program pendidikan manakala Accrediation Board for

    Engineering Technology (ABET) memantau program Kejuruteraan dan

    Teknologi.

    9.3.Kepentingan standardStandard atau piawai adalah penting kepada individu atau organisasi

    dalam menbuat keputusan tentang sesuatu perkara. Standard juga digunakan

    untuk menentukan dan memantau kualiti individu atau program.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    14/19

    10.Bahagian-bahagian dalam Majlis Latihan Vokasional (MLVK) adalah sepertiberikut:

    6 bahagian

    penting

    dalam

    MLVK

    Bahagian

    Perancang

    an

    Penyelidik

    an danGalakan

    Bahagian

    Penyelarasan

    dan Khidmat

    Runding

    Bahagian

    kurikulum

    Bahagian

    Persijilan

    Bahagian

    Pengiktiraf

    an

    Bahagian

    Pentadbiran

    dan

    Kewangan

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    15/19

    10.1.Bahagian Perancangan Penyelidikan dan GalakanBahagian ini bertanggungjawab melaksanakan 3 tugas utama iaitu:

    Penyelidikan dan perancangan

    Promosi

    Pusat Sumber

    10.2. Bahagian Penyelarasan dan Khidmat RundingBahagian ini bertanggugjawab menyelaras jawatankuasa dan program

    berikut:

    Jawantankuasa Penasihat Kemahiran (JPK)

    Jawatankuasa Tetap Penyelarasan antara agensi latihan

    (JTPAAL)

    Program pembangunan kemahiran pengajar (PKP), tenaga

    pengajar latihan vokasional

    Jawatankuasa kerjasama pengambilan pelatih secara bersepadu

    ke institusi kemahiran awam

    10.3. Bahagian KurikulumBahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut:

    Standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS)

    Pembangunan panduan bahan pembelajaran

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    16/19

    10.4. Bahagian PensijilanBahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut:

    Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

    Pentauliahan Program Latihan

    Ujian Kemahiran

    Pentauliahan pencapaian terdahulu

    Pusat bertauliah

    Pertandingan kemahiran (Peringkat kebangsaan dan

    antarabangsa)

    10.5. Bahagian PengiktirafanPengiktirafan persijilan kemahiran Malaysia melibatkan pihak-pihak seperti

    kerajaan sendiri, khususnya JPA dan Kementerian berkaitan, pihak industri dan

    majikan serta badan antarabangsa dan organisasi luar negara. Bahagian ini

    bertanggungjawab melaksanakan urusan penilaian dan kelulusan program latihan

    termasuk:

    Bidang-bidang yang belum ada NOSS

    Pentauliahan tahap 3,4 dan 5

    Program yang dikendalikan oleh badan organisasi lain (awam

    dan swasta, dalam atau luar negara)

    10.6. Bahagian Pentadbiran dan KewanganBahagian ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut:

    Pentadbiran

    Penjawatan

    Kewangan

    Pembangunan Kakitangan

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    17/19

    KesimpulanKefahaman tentang tujuan pengurusan dan pentadbiran dalam konteks PTV

    merupakan satu asas penting. Penyataan yang boleh didapati oleh semua memberi

    titik permulaan kepada semua aktiviti pengurusan dan pentadbiran PTV iaitu amalan

    dan polisi. Sebagai suatu organisasi, PTV harus melibatkan diri dalam

    perkembangan, pelaksanaan dan penilaian pernyataan visi dan misi. Seperti yang

    ditunjukkan, perkongsian dan pernyataan visi dan misi sangat penting untuk

    mengenal pasti objektif dan polisi utama yang akan menjadi rangka kerja pendidikan

    yang kursus kesesuaiannya untuk sesuatu masyarakat.

    Oleh itu, pengurusan dan pentadbiran ialah pencapaian objektif melalui orang

    yakni pengurus bertanggungjawab atas kerja orang lain. Sebagai intipati pengurusan

    dan pentadbiran memimpin, mengurus dan mentadbir. Amat penting bagi

    pengurusan dan pentadbiran memastikan semua perkara terus berlaku, mengatasi

    masalah, memulakan aktiviti baru dan mempelbagaikan aktiviti yang sedia ada.

  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    18/19

    Sumber rujukan

    Hasmah Jalil(2007).Rancangan Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional.

    Yahya Emat al-Haj(2005).Buku Pendidikan Teknik dan Vokasional di

    Malaysia,IBS BUKU sdn.bhd.

    Sonia Blandford(1999).Bahariah Yusuf(penterjemah).Pengurusan Peringkat

    Pertengahan di Sekolah,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,Kuala

    Lumpur.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusandiakses pada 23 Febuari 2008

    members.tripod.com/~ifah/pengurusan.htm diakses pada 24 Febuari 2008

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan
  • 7/29/2019 Alham Dan Ikmal-Pentadbiran&Pengurusan PTV

    19/19