Ali Haji Bin Raja Haji Ahmad

28
ALI HAJI BIN RAJA HAJI AHMAD Ali Haji bin Raja Haji Ahmad Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928. Latar belakang Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Raja Ali Haji merupakan keturunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya, Gurindam Dua Belas, yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Pada tahun 1822 sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Riau untuk menjumpai Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana

description

mac ac .,qe

Transcript of Ali Haji Bin Raja Haji Ahmad

ALI HAJI BIN RAJA HAJI AHMAD

Ali Haji bin Raja Haji Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.

Latar belakang

Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Raja Ali Haji merupakan keturunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya, Gurindam Dua Belas, yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.

Pada tahun 1822 sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Riau untuk menjumpai Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana kebudayaan Belanda seperti T. Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya.

Kira-kira tahun 1827/1243H Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja Ahmad pergi ke Makkah al-Musyarrafah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah di antara anak Raja Riau yang pertama menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal dan belajar di Mekah dalam jangka masa yang agak lama. Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat bergaul dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau sempat belajar beberapa bidang keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah. Beliau bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Barangkali ketika itulah, Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu supaya datang ke Riau, dan jika ulama tersebut bersetuju untuk datang, ulama itu akan dijadikan Mufti di kerajaan Riau. Dalam perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah (Mesir), setelah itu kembali ke negerinya Pulau Penyengat, Riau.

Pada zaman dahulu, kerajaan Riau-Johor memiliki ramai ulama antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi. Tambahan lagi, saudara sepupu Raja Ali Haji yang bernama Raja Ali bin Raja Jafar menjadi Yamtuan Muda Kerajaan Riau VIII (tahun 1845-1857) menggantikan saudaranya Raja Abdur Rahman bin Raja Haji Yamtuan Muda Kerajaan Riau VII (taun 1833-1845). Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu untuk mengajar agama Islam, Raja Ali bin Raja Jafar juga turut belajar dengan Raja Ali Haji.

Setelah sekian lama, Raja Ali Haji terjun ke bidang pendidikan. Beliau dikatakan telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji mempunyai kepakaran yang tinggi dalam ilmu pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya.

Ramai anak murid Raja Ali Haji yang telah menjadi tokoh terkemuka, di antaranya Raja Haji Abdullah yang kemudian menjadi Yamtuan Muda Riau IX, tahun 1857-1858, Saiyid Syaikh bin Ahmad al-Hadi.

Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan Mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang akan faham Syeikh Abul Hasan al-Asyari dan Abu Manshur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasauf beliau adalah seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan Selawat Dalail al-Khairat yang dibangsakan kepada Saiyid Sulaiman al-Jazuli, yang diamalkan secara beruntun sejak datuk-datuknya terutama Raja Haji as-Syahidu fi Sabilillah yang ketika akan meninggalnya masih tetap memegang kitab selawat tersebut di tangannya, sementara pedang terhunus di tangannya yang satu lagi.

Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh pemerintah Republik Indonesia sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.

Karya

Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan kamus loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara. Beliau juga menulis Syair Siti Shianah, Syair Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, serta Syair Sultan Abdul Muluk.

Raja Ali Haji juga patut dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa Tuhfat dikarang terlebih dahulu oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-undang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam (undang-undang dan politik). Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan.

Salasilah Melayu dan Bugis 1890

Tuhfat al-Nafis 1865

Bustanul-Katibin

Kitab Pengetahuan Bahasa

Gurindam Dua Belas

Syair Siti Shianah

Syair Suluh Pegawai

Syair Hukum Nikah

Syair Sultan Abdul Muluk

RAJA ALI HAJIbin Raja Ahmad dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Penyengat, sebuah pulau kecil di Riau, yang ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan Islam di Kepulauan Melayu. Sebagai putera daripada golongan bangsawan Riau, beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan Riau-Johor.

Raja Ali Haji mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam dan ilmu pentadbiran. Pengetahuan agama yang mendalam diperolehnya daripada ulama-ulama setempat dan luar negara. Beliau menjadi guru agama dan mengajar bahasa Arab.

Raja Ali Haji juga terdidik dengan ilmu bidang lain, dan telah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang, iaitu agama, bahasa, sastera, sejarah, dan undang-undang. Beliau turut menjadi guru agama yang mengajar tatabahasa, fikah, dan tasawuf. Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan dua buah karya yang amat penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaituKitab Bustanul-Katibin(1857) danKitab Pengetahuan Bahasa(1859).

Buku tatabahasa bahasa Melayu karangannya yang berjudulBustanul-Katibina Lis Subyanil-Mutaalaminditerjemahkan (secara harfiah) ke dalam bahasa Melayu sebagaiKitab Perkebunan Jurutulis bagi Kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia, dan merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa. NaskhahBustanul-Katibinini telah dihasilkan dalam bentuk cap batu pada 20 Syaaban 1273H (15 April 1857) di Pulau Penyengat. Buku setebal 70 halaman ini, terdiri daripada mukadimah (pendahuluan), 31 fasal, dan khatimah (penutup). Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah penulisan tentang bahasa Melayu, sementara bahagian kedua menghuraikan tatabahasa bahasa Arab. Pada umumnya buku ini merupakan buku tentang cara menulis huruf Arab dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian istilah bahasa Arab. Penulis berusaha menyesuaikan dan menerapkan sistem tatabahasa bahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu.

Kitab Pengetahuan Bahasayang tebalnya kira-kira 550 halaman disusun pada tahun 1858 dan dicetak di Singapura pada tahun 1929. Karya ini merupakan sebuah kamus, tetapi bukan seperti kamus zaman sekarang. Lebih tepat lagi, buku ini merupakan sejenis ensiklopedia yang mengandungi pengetahuan umum, pendapat dan pandangan pengarangnya tentang perkataan. Pengarang menyusun entri dengan tidak menurut susunan abjad, sebaliknya menurut caranya tersendiri. Buku ini tidak lengkap, dan berakhir setakat hurufca( ) sahaja. Sebanyak 32 halaman yang mengandungi huraian tentang bahasa Arab yang diterapkan oleh pengarang ke dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, terutamanya apabila ditinjau dari kaca mata kini, buku ini tetap penting dan merupakan usaha pertama orang Melayu dalam penyusunan kamus.

Antara karya terkenal Raja Ali Haji

Melalui kedua-dua buah karya itu, Raja Ali Haji telah memulakan proses membina dan menjadikan bahasa Melayu Riau bahasa yang kukuh dan berupaya sebagai alat pengungkapan ilmu pengetahuan. Raja Ali Haji memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan persuratan di Kepulauan Melayu.

Raja Ali Haji turut melahirkan karya dalam bidang lain juga. Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai pencatat sejarah Nusantara yang pertama dengan bukuSalasilah Melayu dan BugisdanTuhfat al-Nafis, yang merupakan antara sumber terpenting bagi sejarah Melayu. BukuSalasilah Melayu dan Bugisditerbitkan pada tahun 1911 di Singapura dalam bentuk litograf. Buku ini mengisahkan asal usul keturunan raja-raja Bugis yang mengembara menuju ke kerajaan Melayu seperti Johor, Lingga, dan Riau.

Buku sejarah yang lebih luas dan terperinci kandungannya ialahTuhfat al-Nafisyang mula ditulis pada tahun 1865. Buku yang terdiri daripada dua bahagian ini membincangkan sejarah Singapura, Melaka, Johor, dan riwayat raja-raja Bugis.

Kecintaan Raja Ali Haji terhadap kesusasteraan, khususnya puisi terserlah melalui tulisan sejarahnya yang sering disulami syair dan puisi, sehingga dalamKitab Pengetahuan Bahasakarangannya terdapat juga beberapa rangkap puisi.

Kebanyakan karya sastera Raja Ali Haji terutamanya syair, menghuraikan hal keagamaan, misalnyaSyair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama, Syair Abdul Muluk, Syair Siti Sianah, danSyair Hukum Nikah.

Di samping itu, Raja Ali Haji juga menghasilkan dua buah karya undang-undang, iaituThamarat-al-Muhamedahlil-Mahkamah(1896) danMukaddimah fi Intizam al-Wazaif al-Malik(1857).

Makam Raja Ali Haji di Pulau Penyengat, Riau

Sesungguhnya, Raja Ali Haji merupakan tokoh pengarang yang agung pada zaman pertengahan abad ke-19. Dengan bakatnya yang besar dan kecintaannya kepada ilmu, bahasa dan persuratan, beliau muncul sebagai cendekiawan Melayu yang serba boleh, yang telah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang. Beliau dapat dianggap sebagai salah seorang pemikir besar dalam dunia persuratan Melayu, terutamanya dalam bidang agama, sejarah, bahasa dan kesusasteraan.

Analisis Syair Nasihat Karya Raja AliHaji

(Teh Koon Hoo)

Biografi Raja Ali Haji

Nama Lengkap RAH adalah Raja Ali al-Hajj ibni Raja Ahmad al-Hajj ibni Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Celak alias Engku Haji Ali ibni Engku Haji Ahmad Riau. Ia dilahirkan pada tahun 1808 M di pusat Kesultanan Riau-Lingga di Pulau Penyengat (kini masuk dalam wilayah Kepulauan Riau, Indonesia).

Beberapa karya Raja Ali Haji yang terkenal seperti Syair Nasihat di atas, dan Syair Nasihat Kepada Anak, lebih banyak berisikan nasihat bertemakan kepemimpinan.Hal ini bisa jadi dipengaruhi oleh lingkungan di mana Raja Ali Haji lahir dan dibesarkan. Kakeknya, Raja Ali Haji Fisabilillah adalah keturunan keluarga kerajaan Riau. Sementara neneknya, Opu Daeng Cellak memiliki garis keturunan dari kerajaan Bugis.

Selain dibesarkan di lingkungan kerajaan, Raja Ali Haji semasa mudanya juga telah memangku beberapa jabatan penting. Ketika usia Raja Ali Haji telah mencapai 32 tahun, ia beserta saudara sepupunya dipercaya memerintah wilayah Lingga untuk mewakili Sultan Mahmud Muzaffar Syah, yang pada saat itu masih berumur sangat muda. Pada tahun 1845, Raja Ali Haji diangkat sebagai penasehat keagamaan kesultanan. Selain itu, Pekerjaan sebagai penanggung jawab bidang hukum Islam di Kerajaan Riau-Lingga diemban oleh RAH hingga ia meninggal pada tahun 1873.

Selain memangku jabatan kesultanan, Raja Ali Haji juga terkenal sebagai seorang ulama terkemuka. Oleh karena itu, karya-karya Raja Ali Haji banyak berisikan nasihat tentang kepemimpinan dan keagamaan. Lingkungan dan pengalamannya benar-benar memberikan warna tersendiri pada karya-karyanya yang berisikan nasihat.

Sekilas tentang Kepemimpinan

DalamKamus Besar Bahasa Indonesia, pemimpin diartikan dengan orang yang memimpin (Depdiknas, 2002: 874). Sementara itu, menurut Mumford dalam Marat (1982: 8) kepemimpinan adalah keunggulan seseorang atau beberapa individu dalam kelompok, dalam proses mengontrol gejala-gejala sosial.

Jadi, kepemimpinan dapat timbul kapan dan di manapun, apabila ada unsur-unsur sebagai berikut :

1. Ada orang yang dipengaruhi atau anggota, bawahan, pengikut, kelompok yang mau diperintah, atau dikomandoi;

2. Ada orang yang mempengaruhi atau pemimpin, yang memberi komando, pembimbing;

3. Ada pengarahan kepada suatu tujuan oleh orang yang mempengaruhi atau pemimpin (Marat, 1982: 37)

Analisis Isi Syair Nasihat

Syair Nasihat di atas digolongkan sebagai karya sastra klasik, karena memiliki ciri sbb :

Bercerita seputar kehidupan raja / kerajaan

Menggunakan bahasa kemelayu-melayuan

Menggunakan bahasa klise

Menggunakan majas perbandingan

Berbentuk syair

Dari awal hingga akhir bait syair akan sangat terasa suasana kerajaan. Berikut akan dibahas syair tersebut bait per bait.

Bait pertama :

Ayuhai segala pegawai sultan,hendaklah jaga pada jabatanKamu itu seperti intanJangan dibuangkan ke dalam hutan

Pada bait pertama, Raja Ali Haji mengungkapkan bahwa Sultan adalah figur yang sangat penting. Nasihat beliau tercantum pada baris kedua, yang bermakna seorang sultan hendaknya memiliki sifat amanah. Pada baris ketiga, Raja Ali Haji menggunakan majas asosiasi, yaitu majas perbandingan yang mengungkapkan sifat manusia seperti benda mati. Dalam hal ini, sultan oleh Raja Ali diibaratkan seperti intan yang amat berharga. Bait ini ditutup dengan baris keempat yang mengungkapkan bahwa seorang sultan harus pandai menempatkan dirinya, bukan justru mengasingkan diri dari rakyatnya.

Bait kedua :

Ayuhai segala raja menteriSerta pegawai kanan dan kiriHendaklah jaga ingatkan negeriPerompak penyamun, kompak mencuri

Pada bait kedua, Raja Ali Haji memberikan nasihat kepada para pemangku jabatan secara keseluruhan. Hal ini tampak pada baris pertama dan kedua yang menyebutkan raja, menteri, serta pegawai kanan dan kiri. Artinya, bahwa para pemangku jabatan di kerajaan tidak bisa bekerja sendiri, namun haruslah bekerja secara bersama-sama. Antara raja, menteri, dan pegawai memiliki peran dan tugas masing-masing, namun tetap memiliki tujuan yang sama. Pada baris ketiga disebutkan tugas para pemangku jabatan tersebut yaitu untuk menjaga ketentraman dan keamanan negeri. Pada baris keempat, disebutkan bahwa perompak dan penyamun, sebagai pengganggu keamanan negeri, kompak mencuri. Artinya, musuh kerajaan itu membangun kekuatan dengan kekompakan, maka para pemimpin juga seharusnya demikian. Bait kedua secara keseluruhan juga merupakan sindiran bagi para pemimpin zaman sekarang, yang justru saling sikut dan saling berebut kekuasaan padahal keamanan dan ketentraman masyarakat belum lagi tercipta.

Bait ketiga :

Kehidupan rakyat janganlah lupaFakir-miskin hina dan papaJangan sekali tuan nan alpaAkhirnya bala datang menerpa

Bait ketiga mengandung peringatan dan ancaman pada para pemimpin negeri. Diawali dengan mengingatkan akan kehidupan rakyat yang berada dalam kesengsaraan. Baris pertama dan baris kedua seolah menyampaikan pada para pemimpin bahwa di bawah sana masih banyak rakyat yang menjadi fakir-miskin, hidup susah, sengsara, dan melarat. Baris ketiga berisi nasihat agar para pemimpin tidak melupakan tanggung jawabnya terhadap kesejahteraan rakyat. Baris keempat ditutup dengan ancaman bahwa jika pemimpin lalai akan tanggung jawabnya, maka yang datang tidak lain adalah bencana dan malapetaka.

Bait keempat :

Kacaulah negeri tidak terperiBerdengki-dengki sama sendiriUmpat dan puji sehari-hariKepada raja tidaklah ngeri

Bait keempat secara keseluruhan menggambarkan akibat yang terjadi jika pemimpin sudah lupa akan tugas dan tanggungjawabnya. Ini adalah penjelasan daribalayang diungkapkan Raja Ali Haji pada bait sebelumnya. Pada baris pertama, Raja Ali Haji menggunakan majas hiperbola yang menggambarkan kekacauan teramat dahsyat yang melanda negeri. Baris-baris selanjutnya menegaskan bentuk kekacauan yang terjadi : ancaman perang saudara, rakyat saling benci, bahkan tidak senang dengan pemimpinnya sendiri.

Bait kelima :

Raja pun sudah hilang hebatnyaKepada segala rakyat tentaranyaSebab karena lalai alpanyaSerta dengan fasik zalimnya.

Bait ini merupakan klimaks dari bait-bait sebelumnya. Pada baris pertama disebutkan bahwa seorang pemimpin bisa saja jatuh kewibawaannya. Baris kedua menggambarkan kembali bahwa raja adalah figur sentral di tengah rakyat dan tentaranya. Dua baris pertama menggambarkan seorang pemimpin yang sudah tidak lagi dipercaya oleh rakyat, bahkan tentaranya sendiri. Dua baris terakhir menutup nasihat ini dengan menyebutkan sebab hilangnya wibawa seorang raja. Setidaknya ada dua sebab : lalai dari tanggung jawab, dan memerintah secara zalim.

Nasihat untuk Pemimpin Masa Depan

Syair Nasihat Raja Ali Haji di atas jika dicermati lebih jauh, sesungguhnya memuat nasihat-nasihat yang berlaku untuk para pemimpin seluruh zaman. Setidaknya ada beberapa tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya :

1. Pandai menempatkan diri di tengah rakyatnya

2. Membangun kerjasama yang baik dengan menteri dan pegawainya

3. Menjaga stabilitas dan keamanan negeri

4. Memperhatikan kesejahteraan rakyat

5. Menjalankan amanah dengan penuh tanggung jawab

6. Memerintah dengan adil dan bijaksana

Selain itu, pemimpin juga harus menyadari adanya bahaya dan ancaman yang mengganggu negeri yang dipimpinnya, antara lain :

1. Pemberontak dan pengganggu keamanan negeri

2. Perebutan kekuasaan yang menimbulkan perang saudara

3. Hilangnya wibawa raja di mata rakyat

Mencermati kondisi Indonesia saat ini, agaknya apa yang disebutkan Raja Ali Haji dalam syair nasihat sungguh benar adanya. Saat ini pemimpin sudah semakin hilang wibawa. Masyarakat semakin antipati dengan pemerintah, sementara di kalangan pejabat sana banyak yang melakukan tindakan korupsi. Ada juga yang sampai saling sikut karena berebut kekuasaan. Inilah tanda-tanda datangnyabalayang disebutkan Raja Ali Haji dalam syairnya. Maka, figur pemimpin yang adil dan bijaksana tentulah sangat diharapkan oleh negeri ini. Pemimpin yang bisa menyelesaikan segala permasalahan rakyat, mulai dari kesejahteraan hingga keamanan, dan pemimpin yang amanah serta memiliki integritas dan kapabilitas yang baik. Pemimpin seperti inilah yang diungkapkan seperti intan oleh Raja Ali Haji, dan pemimpin seperti inilah yang diidamkan oleh negeri ini.

Kesimpulan

1. Syair Nasihat menggambarkan beberapa karakter pemimpin yang ideal

2. Syair ini juga menyebutkan tantangan yang akan dihadapi seorang pemimpin

3. Syair ini mengungkapkan akibat bila seorang pemimpin hilang wibawa

4. Syair ini sesuai dengan kondisi Indonesia saat ini

Hikayat Muhammad Ali Hanafiahmenceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuangIslam, iaitu Muhammad Ali Hanafiah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitanIslam.

Terdapat 2 manuskrip Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, iaitu:-

Manuskrip "A": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi perca dari teks keseluruhan. Tarikh ditulis sekitar 1580, pastinya sebelum 1624. Ia dipercayai didapati oleh Peter Floris di Aceh sekitar 1604 dari koleksi Erpenius yang didapati oleh Cambridge pada 1632.

Manuskrip "B": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi tek lengkap, bertarikh sebelum 1682. Didapati oleh William Mainstone pada tahun 1682, di Bantam, Jawa.

Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalamSejarah Melayu, semasa pertahananMelakadari seranganPortugis, hikayat ini dikatakan telah diminta dariSultan Melakauntuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.

Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini

Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkanHikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahiHikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah. Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah merupakan Sastera Syiah?

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah terkenal dalam pensejarahan Melayu kerana menurut Tun Seri Lanang didalam kitabnya, Sulatus Salatin atau juga dikenali sebagai kitab Sejarah Melayu, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah ini dibaca kepada tentera-tentera Melaka bagi meniup semangat perjuangan menentang penjajahan Portugis.Dipetik dari entri Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dari ms.wikipedia.org (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Muhammad_Ali_Hanafiah)Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini

Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja?Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkanHikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya.Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahiHikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah.Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.

Siapa Muhammad Ali Hanafiah?Beliau ialah Muhammad Bin Ali Bin Abi Thalib, iaitu anak kepada Sayidina Ali R.A dengan isteri yang dinikahinya selepas kematian Sayidatina Fatimah Bin Muhammad Rasulullah.Ibu Muhammad Bin Ali ialah Haulah(Ada juga yang menyebut Khaulah)dari Bani Hanifah.Beliau digelar Al-Hanafiah sempena kabilah ibunya.Dalam kitab Hikayat Muhamad Ali Hanafiah mengandungi unsur-unsur ajaran Syiah Kaisaniah iaitu mempertahankan hak Hassan R.A dan Hussien R.A sebagai Khalifah dan perincian dendam melampau terhadap Muawiyah R.A dan puteranya,Yazid.Turut diceritakan Hussein menyembuhkan sayap malaikat, Muawiyah tidak mahu beristeri tetapi akhirnya berkahwin dengan wanita tua dan dendam Yazid kerana ditolak pinangan dari dua wanita yang menikahi Hassan dan Hussein.Juga dalam kitab ini diceritakan bahawa Muhammad Ali Hanafiah meninggal akibat terperangkap di dalam sebuah gua.Syiah Kaisaniah:Diasaskan oleh Mukhtar Bin Ubau Al-Thaqafi (khadam kepada Muhammad Bin Ali R.A Bin Abi Thalib) dan Kaisan (Khadam kepada Sayyidina Ali, dan diwarisi oleh Muhammad Ali Hanafiah).Mereka mempertahankan hak kekhalifahan Hassan dan Hussein. Selepas kesyahidan kedua-duanya, Kaisan dan Mukhtar bermati-matian mempertahankan hak kekhalifahan kepada Muhammad Ali Hanafiah.Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :1. Yang mendakwa bahawa Muhammad Ali Hanafiah masih belum mati kerana beliau menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi.2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad Ali Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas kematiannya.

Hikayat Mumammad Ali Hanafiah

Dari segiperwatakan,watak-watak bulatyang dikemukakan terbahagikepadaduakumpulaniaituprotagonisdanantagonis.Tokoh-tokohprotagonisnyaialah Ali, Hassan dan Hussain. Muawiyyah dan Yazid ialah tokoh-tokoh antagonis. Tokoh-tokohprotagonisnyadigambarkansebagaimanusiayangsempurnalahirdanbatinnya. Antagonisnya diberi gambaran penuh keburukan.Tokoh-tokohprotagonisdigambarkansebagaipahlawan-pahlawanyang terbilang, tiadatolokbandingnya, sertaterlaludibesar-besarkanhinggamelebihi kemampuandankebolehanmanusiabiasa.Unsurinidapatdikesandalamsetiap peperangan yang diceritakan. Semua peperangan yang dilukiskan dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah melibatkan Ali dan anak-anaknya dengan Muawiyyah danYazid. DalamHikayatMuhammadHanafiyyahterdapatplotceritayangterdiri daripadabeberapabahagian.Bahagianyangpertamaiaitupermulaankehidupan NabiMuhammadsertaHassandanHusseinsemasakecil.NabiMuhammad,Fatimah, Hassan dan Hussein ialah ahlul bait iaitu penghuni rumah Nabi Muhammad yang penuh dengan cahaya keimanan dan sering dikunjungi oleh malaikat. Jibrail telahmengunjungkedalamkeluargaNabiMuhammaddanmengayunbuaian Hasan dan Husain sewaktu Ali dan Fatimah sedang solat dan meramalkan masa depan mereka melalui pakaian. Bahagian kedua pulamemaparkan kehidupan masyarakat islam setelahNabiMuhammaddanFatimahwafat. AbuBakarmenjalankanpentadbiranjawatan khalifah. Dalam upacara sayembara memilih jodoh, Syaharbanun memilih Hussain sebagaibakalsuminya(tradisiArya).Kinikekhalifahandibawahpemerintahan Umar. Beliau meneruskan tradisi melarang Marwan Hakim pulang ke Madinah. Umar wafat ditikam oleh Abu Lukluk Usman dipilih menjadi khalifah.Pentadbiran Usman bersifat kroni dan nepotisme.Timbul kontroversi pelantikan antara Marwan dengan Muhammad Abu Bakar. Pengikut Muhammad Abu Bakar telah membantah.Hassan dan Hussain turut membantu Usman. Akhirnya Usman Terbunuh. Ketikamenjadikhalifah, Alisentiasaberhadapandengancabaran. Aisyahmembantu Muawiyah berperang denganAli. Setelah Muawiyah kalah, Ali, Hassan, dan Hussain kekal di Madinah. Ali Muhammad Hanafiah memerintah di buniara,Umar Ali,TalibAlidanAkilAlimemerintahdiBaghdad.MasibKakamemerintahdi Iraq, Tughan Turk, Mughan Turk menjadi pemerintah di Tabriz,manakala Ibrahim Astar memerintah tujuh. Akhirnya Ali mati dibunuh oleh Abdul Rahman Ibn Muljam. Padabahagianketiga,ceritabermulaapabilaMuawiyyahmenyuruhabu HurairahmelamarZainabbintiJaafarTayyar untukYazidtetapipeminanganitu ditolakkeranazainabmenerimapinanganHassan.Padamasayangsama MuawiyyahjugamemintabantuanMusaAsyarimelamarbekasisteriAbdullah tetapi ditolak kerana beliau menerima lamaran daripada Hussain. Yazid mengupah isteriHassanmeracuniHassanlaluwafat. Yazidmenaikkandendammasyarakat Arab pada zaman Jahiliah kerana banyak kalangan mereka yang mati dibunuh oleh masyarakat islam. Dendam mereka itudilaksanakan dengan cara berperang dengan Hussain dan Hussain meminta bantuanMuhammad Hanafiyyah. Dalam peperangan denganYaziddiKarbalabanyakkeluarganyayangmeninggaliaituKasim, AliAkbar, dan Hussain sendiri wafat pada 10Muharam, hari Jumaat. Pada bahagian keempat pula, menceritakan tentang Muhammad Hanafiyyah menerimasurattentangMuawiyahmeracunHassandanYazidmembunuh

Hussain. Peperangan tercetus antara keluarga Muhammad Hanafiyyah menentang tentera Yazid. Peperangan hebat terus berlaku dan tangan Muhammad Hanafiyyah terputus.IbrahimAstarmenyelamatkanMuhammadHanafiyyahdenganmenyambung ke bahu dan sembuh semula. DalamHikayatMuhammadHanafiyyahjugaterdapatlatariaitulatarmasa,latartempatdanlatarmasyarakat.Latarmasaialahpadazamanpemerintahan Nabi Muhammad serta zaman pemerintahan sahabat-sahabat Nabi iaitu khalifah Umar,Usman, Ali dan Abu Bakar. Latar tempat pula ialah di tanah Arabtempat pemerintahan Nabi Muhammad dan latar masyarakat juga ialahmasyarakat Arab yang sering berperang dengan kaum Musyrikin. BIBLIOGRAFI

Ali Ahmad. 1987, karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur,

kementerian Pendidikan Malaysia

.

Abu Hassan Sham,

Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu

, Kuala Lumpur : Utusan Printcorp Sd.Bhd. 1977.

Mohd Taib Osman, 1986, Sastera Sejarah Interprestasi dan Penilaian , KualaLumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ditulis Oleh Irman Abdurrahman

Sebuah hikayat dari ranah kesusasteraan Melayu lama berkisah tentang peristiwa Karbala. Warisan budaya yang terlupakan.

Meski tampak lusuh, kitab itu tetap terawat. Beberapa bagian yang robek coba ditautkan dengan sejenis perekat. Tiap-tiap lembarnya menebarkan wangi kapur barus yang menjaganya dari kerusakan. Tersimpan dalam ruangan bersuhu 16C, seperti juga kisah di dalamnya,Hikayat Muhammad Hanafiah, nama kitab itu, memang tak lekang oleh zaman.

Tak banyak orang tahu bahwa hikayat berusia hampir empat ratus tahun ini menyimpan kisah sedih keluarga Rasulullah saw: kisah pembunuhan Hasan karena racun dan Husain di padang Karbala. Boleh jadi inilah catatan paling awal dalam bahasa melayu tentang peristiwa berdarah tersebut. Liau Yock Fang dari Jurusan Pengajian Melayu, Universitas Nasional Singapura, mencatat bahwa fragmen (sepanjang 60 halaman) hikayat ini sudah tersimpan di Perpustakaan Universitas Cambridge, sejak tahun 1604. Dalam salah satu bagian naskah yang dimiliki Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PNRI), tertulis tahun tahun 1191 H atau bertepatan dengan 1771 M sebagai waktu penyalinan naskah.

PNRI memiliki sembilan naskahHikayat Muhammad Hanafiah. Beberapa halaman dari tiga naskah di antaranya telah lapuk dan hampir tidak dapat dibaca. Selebihnya naskah dalam kondisi yang baik dan tulisan di dalamnya jelas terbaca. Kesembilan bagian naskah ditulis di atas kertas Eropa dengan ukuran naskah rata antara 25 X 20 cm sampai 33 X 21 cm dan banyak baris sekitar 15 sampai 21 baris. Jumlah halaman bervariasi dari 170-an halaman sampai ada yang berjumlah 600 halaman. Semuanya ditulis dengan tulisan Arab Jawi dan dalam bahasa Melayu.

Sebagian besar peneliti meyakiniHikayat Muhammad Hanafiah berasal dari sumber Arab. Tapi, Filolog tenar asal Belanda, Van Ronkel punya cerita lain. Setelah menyelediki fragmen Cambridge, Ronkel berpendapat bahwa hikayat ini merupakan terjemahan dari bahasa Persia. Alasannya, pujian yang melimpah kepada kedua putra Ali, Hasan, dan Husain, pemakaian gelarpengembarauntuk Nabi saw yang dalam bahasa Persia adalahnabi, dan kesesuaian isinya dengan dua naskah versia Persia yang tersimpan di British Museum. L.F. Brakel yang pernah menyuntingHikayat Muhammad Hanafiahuntuk memperoleh gelar doktor kesusasteraannya dari Universitas Leiden mengukuhkan pendapat Van Ronkel dengan beberapa bukti baru.

Pertama, bahwa pembagian bab dalam naskah Melayu sama dengan naskah Persia. Kedua, dalam bahasa Persia, hubungan kekerabatan dalam bahasa Arab pada namaMuhammad bin Hanafiah, dinyatakan oleh apa yang dinamakanezafat:eyang tidak dinyatakan sehingga menjadiMuhammad Hanafiah. Karena mengabaikanezafat:etadi, penyalin Melayu telah salah menuliskan nama tersebut, yakni Muhammad Hanafiah bukan Muhammad bin Hanafiah. Ketiga, banyak nama orang yang ditulis dalam bentuk Persia, sepertiUmmi KulsumdanImmi Salamah.

Meskipun demikian, Brakel juga tidak memungkiri kemungkinan hikayat ini merujuk kepada sebuah kitab sejarah dalam bahasa Arab,Maqtal al-Husain, karya Abu Mikhnaf. Karya Abu Mikhnaf ini merupakan catatan paling awal karena sebagian besar sejarahwan Muslim merujuknya ketika menulis tentang pembataian keluarga Nabi saw tersebut.

Tiap-tiap naskahHikayat Muhammad Hanafiahberkisah tentang hal yang berbeda meskipun masih berikisar seputar terbunuhnya kedua cucu kesayangan Rasulullah tersebut. Naskah pertama paling banyak mengisahkan tentang gugurnya anak-anak Ali, seperti Hasan dan Husain di Karbala pada masa kekuasaan Yazid. Meskipun jelas, beberapa bagian tampak sudah lapuk dan robek. Isi naskah pertama ini sudah pernah ditransliterasi dan diberi penjelasan oleh seorang peneliti Belanda, Prof. Pijnappel pada 1870. Sayangnya PNRI tidak memiliki hasil penelitian itu.

Naskah kedua mengawali cerita dengan kisah nabi-nabi lama, mistik Nur Muhammad, kisah Fatimah dari Siria, masa muda Nabi Muhammad, pernikahan Nabi saw, hingga zaman Khalifah Ali. Naskah ketiga mengisahkan persahabatan Muhammad bin Hanafiah dengan beberapa orang. Ia mendapat luka dalam perang tetapi dengan keajaiban lukanya sembuh. Yazid dapat mengalahkan musuh-musuhnya lalu kemenakannya ditunjuk menjadi raja Damaskus dan kawin dengan cucu Abu Bakar. Akhirnya Muhammad Hanafiah berhasil mengalahkan musuh-musuhnya seorang diri.

Berbeda dengan naskah-naskah yang lain, naskah keempatHikayat Muhammad Hanafiahyang dimiliki PNRI memiliki cerita yang sangat berbelit-belit. Selain itu, bahasanya pun sukar dipahami. Naskah kelima merupakan bagian terpanjang, yakni mencapai 600 halaman. Tebalnya naskah ini, salah satunya, disebabkan oleh hurufnya yang sangat besar. Satu hal lagi, selain naskah keenam, yang kelima ini merupakan bagian yang memuat waktu penyalinan dengan lengkap, yaitu 11 Rabiul Awwal 1288 H.

Naskah yang keenam yang bertanggal 6 Syaban 1281 H ini memuat kisah kematian Yazid pada bab III, tetapi di dalamnya, tidak diceritakan kemenangan Muhammad bin Hanafiah yang banyak dibicarakan dalam naskah-naskah lain. Naskah ketujuh merupakan sebuah eksemplar yang baik meski sebagian rusak. Naskah ini mengisahkan tentang perikehidupan Nabi saw secara panjang lebar.

Naskah kedelapan dimulai dengan uraian tentang kewajiban-kewajiban bagi para pengikut Nabi saw, sementara kelahiran Hasan dan Husain baru terdapat pada halaman 88. Naskah terakhir memuat cerita peperangan antara Ali dengan Muawiyah, pembunuhan Hasan dengan racun dan Husain di padang Karbala oleh Yazid. Kemudian dilanjutkan dengan pembalasan dari Muhammad bin Hanafiah kepada Yazid. Yazid dapat dikalahkan tetapi Muhammad bin Hanafiah malang juga nasibnya. Ia mati bersama musuh-musuhnya dalam sebuah gua.

Dengan kandungan yang sarat nilai, naskah-naskahHikayat Muhammad Hanafiahjelas sangat berharga untuk diteliti. Tetapi penelitian filologi yang menuntut keahlian interdisiplin tampaknya kurang diminati para peneliti dan mahasiswa kita. Justru peneliti asing yang banyak meneliti-meneliti naskah-naskah tersebut. Ibarat peribahasa kacang lupa akan kulitnya, kita kerap memandang sebelah mata terhadap warisan budaya nenek moyang. [irman abdurrahman]

Dan Muawiyah pun Menolak Beristri

Dari banyak kisah yang dituturkan dalamHikayat Muhammad Hanafiah, peristiwa Karbala, termasuk cerita yang mengawali dan mengikutinya, paling banyak menyita halaman dari hikayat ini.

Bagian kedua ini biasa disebut denganHikayat Maktal Husain. Berikut petikannya yang sengaja ditransliterasi sesuai ragam bahasa aslinya.

Tatkala Husain masih muda, ada malaikat yang kedua sayapnya tertunu, turun ke dunia. Husain menyapu bahu malaikat itu dengan tangannya. Dengan takdir Allah, sayap malaikat itu pun baik lalu ia kembali ke udara. Jibrail berkata bahwa malaikat itu tidak akan turun ke bumi melainkan pada waktu Husain dibunuh oleh segala munafik. Adapun semasa Hasan dan Husain masih kecil itu, Jibrail selalu turun ke dunia bermain-main dengan mereka. Sekali peristiwa, sehari sebelum hari raya, Jibrail membawa pakaian untuk Hasan dan Husain. Hasan memilih pakaian hijau dan diramalkan akan mati kena racun; Husain memilih pakaian merah dan diramalkan mati terbunuh di Padang Karbala. Muawiyah mendengar bahwa dari keturunannya akan lahir pembunuh cucu Muhammad dan bersumpah tidak mau beristeri. Pada suatu malam, ia pergi buang air dan beristinjak dengan batu. Zakarnya disengat oleh kala. Ia tidak terderita sakitnya. Menurut tabib, sakitnya hanya akan hilang jika ia berkawin. Maka berkawinlah ia dengan seorang perempuan tua yang tidak boleh beranak lagi. Dengan takdir Allah, perempuan tua itu melahirkan seorang anak yang diberi nama Yazid.

Setelah Ali wafat, Muawiyah menjadi raja. Sekali peristiwa, Muawiyah mengirim seorang utusan pergi meminang Zainab, anak Jafar Taiyar untuk menjadi isteri anaknya, yaitu Yazid. Zaainab menolak pinangan Yazid, tetapi menerima pinangan Amir Hasan. Karena itu Yazid pun berdendam dalam hatinya, hendak membunuh Amir Hasan dan Amir Husain, bila ia naik kerajaan. Sekali peristiwa, Yazid ingin berkawin dengan isteri Abdullah Zubair yang sangat baik parasnya. Muawiyah berja menipu Abdullah Zubair menceraikan isterinya. Isteri Abdullah Zubair tiada mau menjadi isteri Yazid. Sebaiknya, isteri Abdullah Zubair itu berkawin dengan Amir Husain. Yazid makin berdendam dalam hatinya, Jika aku kerajaan, yang Hasan dan Husain itu kubunuh juga, maka puas hatiku.

Maka berapa lamanya, Muawiyah pun matilah dan kerajaan pun jatuh ke tangan Yazid. Mulailah Yazid melaksanakan niatnya untuk membunuh Amir Hasan dan Amir Husain. Ia berhasil memujuk seorang hulubalang di Madinah (menurut suatu cerita, salah seorang isteri Hasan sendiri) meracuni Hasan. Setelah Hasan wafat, pikirannya tidak lain daripada membunuh Husain saja. Ia mengirim surat kepada Utbah, seorang hulubalang di Madinah, dan memintanya membunuh Husain dengan menjanjikan harta dan anugerah. Seorang hulubalang yang bernama Umar Saad Malsum juga dikirim untuk membunuh Utbah. Biarpun begitu, Utbah masih tidak berani membunuh Husain. Katanya jika Husain ada di dalam Madinah, mereka tidak dapat mengalahkannya. Karena itu mereka meminta raja Kufah, Ubaidullah Ziyad namanya, supaya menipu Husain ke Kufah. Husain menerima jemputan raja Kufah untuk pergi ke Kufah. Ummi Salamah mengingatkan Husain tentang bahaya yang mengancamnya. Pada malam itu Husain juga bermimpi berjumpa dengan segala nabi dan malaikat. Nabi Muhammad memberitahu bahwa surga sudah berhias menantikan ketibaannya. Sungguhpun begitu, Husain berangkat juga ke Kufah bersama-sama dengan pengikutnya yang tidak banyak itu.

Hatta berapa lamanya sampailah mereka ke suatu tempat. Unta dan kuda Husain merebahkan dirinya, tiada mau berjalan lagi. Mereka lalu mendirikan kemah di situ. Adapun segala kayu yang mereka tetak, berdarah balak. Baharulah mereka ketahui bahwa tempat itu ialah Padang Karbala, tempat kematian Husain yang diramalkan Nabi Muhammad dahulu. Hatta mereka pun kekurangan air, karena air sungai sudah ditebat oleh tentera Yazid. Air yang di dalam kendi kulit juga sudah terbuang, karena digorek tikus. Apa boleh buat. Terpaksalah mereka menahan dahaga yang sangat. Maka mulai peperangan itu. Pengikut Husain, satu demi satu syahid. Akhirnya anaknya sendiri, Kasim dan Ali Akbar, juga mati. Barulah ketika itu Husain teringat meminta bantuan kepada saudaranya, Muhammad Hanafiah, yang menjadi raja Buniara. Sesudah itu ia pun terjun ke dalam medan perang. Banyak musuh dibunuhnya. Sekali peristiwa, ia berjaya menghampiri sungai. Biarpun begitu, ia tidak meminum air itu, karena teringat kepada sahabat taulannya yang mati syahid disebabkan dahaga itu. Maka Husain pun lemahlah lalu gugur ke bumi. Betapa pun demikian, tiada seorang pun berani menghampirinya. Akhirnya Samir Laain yang susunya seperti susu anjing lagi hitam itulah yang maju ke depan dan memenggal leher Husain. Adapun Husain syahid itu pada sepuluh hari bulan Muharam, harinya pun hari Jumaat. Tatkala Husain syahid itu, arasy dan kursi gempar, bulan dan matahari pun redup, tujuh hari tujuh malam lamanya alam pun kelam kabut.

Setelah Husain syahid, maka segala isi rumah Rasul Allah terampaslah oleh tentera Yazid. Akan tetapi, seorang pun tiada berani menghampiri Ummi Salamah. Seorang lasykar yang merampas anak perempuan Ummi Salamah, dengan kudrat Allah, matanya menjadi buta. Yazid berjanji akan memberi diat kematian Husain, jika Ummi Salamah rela dengan dia. Ummi Salamah menolak. Yazid sangat marah. Apabila Fatimah, anak perempuan Ummi Salamah, meminta air minum, yang diberikannya ialah kepala Husain yang diceraikan dari badannya.

Naskhah Kesusasteraan Lama Melayu: Sorotan Sejarah Di Nusantara

Agama Islam dikatakan mula bertapak di alam Melayu pada kurun ke 13 Masihi. Antara wilayah yang terawal memeluk Islam adalah Perlak, Pasai dan Samudera iaitu wilayah-wilayah yang sekarang ini menjadi negeri Aceh, di Sumatera Utara. Islam bertambah kuat pemerintahannya di nusantara ini apabila kerajaan Majapahit yang terkenal itu dikalahkan oleh Radin Patah bersama-sama dengan Sembilan orang Ulama Islam yang termahsyur dengan gelaran Wali Sanga yakni Wali yang Sembilan. Adapun perkembangan Islam ke alam Melayu ini telah berlaku pada kurun ke 15 Masihi dan dikatakan saling beriring-iringan dengan kuasa-kuasa besar barat. Pada awal perkembangannya, kaedah atau metod yang digunakan oleh ulama dan pendakwah Islam adalah menggunakan jalan dakwah yakni pertuturan atau komunikasi dalam menyampaikan ajaran dan fahaman Islam. Sumber kitab-kitab risalah dakwah yang digunakan pada mulanya adalah berhuruf Jawi yang berasaskan huruf Arab dan hanya dapat dilengkapkan sesudah disertakan huruf-huruf tambahan menurut kaedah huruf Parsi iaitu hurufcha,nga,gadannya. Kemudian daripada itu barulah dapat disusun kaedah-keadah ejaan jawi dan bermulalah usaha-usaha menterjemahkan kitab-kitab risalah seperti huraian kaedah, rukun dan aturan Islam, Iman dan Ihsan yang wajib diketahui oleh seorang Muslim. Seterusnya timbullah apa yang dinamakan kesusasteraan Islam di sisi orang Melayu yang sebelum kedatangan Islam itu telah terkenal dengan kesusasteraan Hindu seperti cerita Pandawa Lima dan cerita Seri Rama yang berperang dengan Maharaja Ravana dalam Kitab Mahabharata. Maka bermulalah era kesusasteraan Melayu Islam yang berkembang mekar menggantikan kesusasteraan Hindu itu.

Sederhananya usaha menterjemahkan kitab-kitab atau risalah-risalah Islam pada zaman itu di lihat belum memadai dalam memperkenalkan kesempurnaan dan kebesaran Islam kepada orang-orang yang baru hendak mengenal atau cuba hendak meyakini ajaran-ajarannya. Salah satu jalan yang dirasakan berkesan dalam melaksanakan tugas suci ini ialah menerusi kesusasteraan. Ini dapat dipastikan bahawa ramai pengembang-pengembang Islam telah banyak menggunakan lapangan kesusasteraan bagi memperkenalkan riwayat-riwayat seperti kisah para Rasul dan Nabi, tentang pahlawan-pahlawan dan mujahid Islam dalam menegakkan syiar Islam dan sebagainya. Barangpasti cerita atau riwayat seumpama ini dilihat mampu menarik perhatian dan cepat tersebar kepada orang-orang yang baru mula hendak mengenal dan memahami ajaran Islam itu. Antara hasil naskhah kesusasteraan lama Melayu yang berintikan Islam itu adalah Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nabi Muhamad Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nabi Yusof dan hikayat beberapa orang nabi-nabi lagi yang kemudiannya dihimpunkan dalam satu kitab yang dinamakanKessasul Anbiaatau kisah para nabi. Kisah perjuangan pada zaman Islam mula berkembang dan kisah kegagahan pahlawan Islam dalam peperangan pada zaman itu adalah antara kisah-kisah yang amat digemari oleh orang-orang Melayu. Antara hikayat-hikayat pahlawan Islam yang awal sekali diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu adalah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Raja Handak yang meriwayatkan tentang kegagahan Sayyidina Ali dan Hikayat Raja Badar. Ini dibukti dan disahkan dalam buku Sejarah Melayu tentang dua buah hikayat iaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah (kedua-duanya diterjemahkan dari bahasa Parsi) yang sering dibaca dan dijadikan rujukan oleh orang-orang Melayu terdahulu sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511 Masihi. Dalam buku Sejarah Melayu tersebut ada menghuraikan kesahihan ini yang mendokumenkan kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka seperti frasa di bawah :

Maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan suroh berhadhir senjata. Maka hari pun malam-lah; maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai-rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai-rong diam-diam sahaja? Baik kita membachahikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, Benar kata tuan-tuan itu, baik-lah Tun Indera Sagara pergi memohon Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patek-patek itu mengambil faedah daripada-nya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masok menghadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya di-persembahkan-nya ka-bawah duli Sultan Ahmad. Maka Sultan Ahmad di-anugerahi Hikayat Amir Hamzah; maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, Katakan kapada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerah-kan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu saperti Muhammad Hanafiah; hanya jikalau pun dapat seperti Amir Hamzah pun pada-lah; maka kita beri Hikayat Hamzah.

Daripada permulaan kata buku Sejarah Melayu (naskhah Shellabear) itu dapat dipastikan kesusasteraan lama Melayu itu adalah kebanyakkan bercorak atau mencontohi aliran bentuk Mathanawi (Mesnewi) yakni sejenis syair Parsi yang lazimnya dimulai dengan mukaddimah atau permulaan kata memuji Allah dan Rasulnya. Petikan ayat di atas turut menjelaskan juga bahawa hasil kesusasteraan lama Melayu merupakan satu instrumen dan bukti yang kesusasteraan itu bukanlah hanya menjadi bahan bacaan dan rujukan umat pada ketika itu malah digunakan ia sebagai pelajaran dan penaik semangat dalam menghadapi perang. Menariknya lagi tentang kesusasteraan lama Melayu ini ialah pengarangnya dapat menerangkan sesuatu peristiwa itu secara terperinci iaitu dengan menyebut satu-persatu tarikh, tahun, hari bahkan hingga saat ketika terjadinya ia seperti contoh berikut:

Tatkala hijratu l-nabiyyi sallu LLahu alaihi was-salamu sa-ribu dua puloh satu tahun, kepada tahun Dal, pada tahun Dal, pada dua belas hari-bulan Rabiil-Awwal, kapada hari Khamis, waktu al-dhoha, pada ketika Shamsu, pada zaman kerajaan marhum mangkat di-Acheh, Sultan Alaud-din Riayat Shah zillu LLahi fil-alam anak Sultani I-ajalli Abdil-Jalil Shah, diriwayatkan

Perkembangan kesusasteraan lama Melayu yang berpengaruh Islam di nusantara sama ada bercorak Parsi atau pun Arab pada asasnya dapat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu :

Zaman Kerajaan Pasai (1280 hingga 1400 Masihi)

Zaman Kerajaan Melaka ( 1400 hingga 1511Masihi)

Zaman Kerajaan Acheh dan Johor ( 1511 hingga 1650 Masihi)

Kesusasteraan lama Melayu telah mula berkembang di negeri Pasai iaitu negeri yang paling awal menerima Islam di alam nusantara. Kebanyakkan hasil kesusasteraan tersebut adalah bersifat keagamaan dan bahagian terbesar daripada nakhahnya adalah berbahasa Parsi. Apabila negeri Melaka berdiri dan bertambah kuat kerajaannya maka di situlah menjadi tempat tumpuan pengembang-pengembang agama dan ulama-ulama Islam. Walaupun usaha-usaha dijalankan bagi kemajuan dan perkembangan sastera paza zaman Kerajaan Melayu Melaka itu, tetapi dicatatkan zaman kegemilangan kesusasteraan lama Melayu di Nusantara ini adalah pada pertengahan pertama pada kurun ke 17 Masihi. Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511 Masihi telah menjadikan Kerajaan Acheh berdiri dalam puncak pemerintahannya. Beberapa buah buku-buku kesusasteraan Melayu yang tinggi kualitinya tercipta pada zaman tersebut di antaranya adalah Sulalatunl-Salatin yang disusun pada 1612 Masihi, Taj ul-Salatin pada tahun 1603 Masihi dan Bustan ul-Salatin pada tahun 1638 Masihi.

Hakikatnya banyak hasil-hasil naskhah kesusasteraan lama Melayu yang telah hilang dan musnah sepanjang peredaran zaman yang telah mengharungi pelbagai peristiwa sejarah oleh bangsanya. Dikatakan antara peristiwa yang menyebabkan banyak naskhah-naskhah kesusasteraan lama Melayu itu hilang dan musnah adalah sewaktu Kerajaan Melayu Melaka berperang dengan kuasa Portugis. Istana raja yang menjadi tempat penyimpanan buku-buku dan kitab-kitab telah binasa di makan api akibat dibakar oleh pihak musuh yang datang menyerang. Selain itu, peristiwa yang lebih besar yang menyebabkan kehilangan hasil-hasil kesusasteraan lama Melayu itu adalah terbakarnya kapal yang bernamathe Famepada 2 Februari 1824yakni kapal pelayaran Britain yang membawa muatan barang, dokumen (perpustakaan lama Melayu) dan khazanah yang dicuri dan dirampas untuk di bawa pulang ke negara asal mereka.