Aliran Dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu.docx

5
Aliran Dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu a) Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus. Noam Chomsky menganggap nahu sebagai analisis bahasa (ayat- ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian dengan sebanyak mungkin. b) Perkembangan Tatabahasa Transformasi Generatif Bahasa Melayu Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures. Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus seperti rumus matematik. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis seantero dunia. Tatabahasa ini tidak terhenti di negara-negara Eropah tetapi telah menular juga ke Asia Tenggara. Di negara kita, kemunculan tatabahasa transformasi generatif terhadap perkembangan

description

gjkh

Transcript of Aliran Dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu.docx

Page 1: Aliran Dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu.docx

Aliran Dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu

a) Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif

Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk

menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan

korpus-korpus.

Noam Chomsky menganggap nahu sebagai analisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif

dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi

menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian dengan sebanyak mungkin.

b) Perkembangan Tatabahasa Transformasi Generatif Bahasa Melayu

Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik

pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures.

Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang

telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana

kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus seperti rumus matematik. TG mendapat

sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis seantero dunia.

Tatabahasa ini tidak terhenti di negara-negara Eropah tetapi telah menular juga ke Asia

Tenggara. Di negara kita, kemunculan tatabahasa transformasi generatif terhadap

perkembangan tatabahasa bahasa Melayu dapat dirujuk berdasarkan kepada sejumlah

kandungan yang terdapat dalam buku-buku yang berikut:

1) Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulis oleh Lufti Abas (1971)

2) Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi-

Generatif oleh Arbak Othman (1980)

3) Linguistik Am oleh Abdullah Hassan (1980)

4) Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim (1993)

5) Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu Satu Huraian Dari Sudut

Tatabahasa Generatif oleh Hashim Haji Musa (1993)

Page 2: Aliran Dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu.docx

Buku-buku ini ada menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep-konsep tatabahasa ini dan

juga menghuraikan dengan jelas komponen-komponen nahu transformasi. Dan sekarang jelas

menunjukkan TTG mendapat tempat kerana pengaruhnya masih kuat di Malaysia sendiri.

Antaranya ialah, tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran

bahasa Melayu.

Penerapan ini dilakukan dengan mengadakan beberapa pengubahsuaian dengan

kehendak dan kriteria bahasa Melayu. Mashudi Kader, Nik Safiah Karim, Arbak Othman,

Hashim Haji Musa dan Asmah Hj. Omar telah menggunakan pendekatan tatabahasa

transformasi generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat

universiti. Daripada segi penerapan tatabahasa untuk diajarkan di sekolah-sekolah pula, Dewan

Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 dan Jilid 2. Memang tidak

dapat dinafikan bahawa kemunculan tatabahasa transformasi generatif telah mempengaruhi

senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di

Malaysia.

c) Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Melayu Era Tahun 1970 - 2009

Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah:

1) Lufti Abas (1971) – Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu

2) Abdullah Hassan (1980) – Linguistik Am

3) Nik Safiah Karim et al. (1991) – Tatabahasa Dewan

4) Mashudi Kader (1981) – The Syntax of Malay Interrogatives

5) Nik Safiah Karim (1978) –Bahasa Melayu Syntax Some Aspects Of Its Standardization

6) Ramli Hj. Salleh (1995) – Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan

Tambatan

d) Contoh Tatabahasa Transformasi Generatif (Tatabahasa Dewan)

Page 3: Aliran Dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu.docx

Buku Tatabahasa Dewan ini mengandungi 19 bab telah membicarakan proses penerbitan

ayat bahasa Melayu dengan menggunakan konsep tatabahasa transformasi generatif. Antara isi

kandungan yang terdapat didalamnya adalah seperti:

Bahagian І - Sejarah dan Variasi Bahasa

Bab 1 - Sejarah Ringkas Bahasa Melayu

Bab 2 - Variasi Bahasa Melayu

Bahagian ІІ - Morfologi

Bab 3 - Morfologi:Satu Pengenalan

Bab 4 - Pembentukan Kata

Bab 5 - Golongan Kata

Bab 6 - Kata Nama

Bab 7 - Kata Kerja

Bab 8 - Kata Adjektif

Bab 9 - Kata Tugas

Bab 10 - Pembentukan Perkataan Baharu

Bahagian ІІІ - Sintaksis

Bab 11 - Sintaksis: Satu Pengenalan

Bab 12 - Frasa Nama

Bab 13 - Frasa Kerja

Bab 14 - Frasa Adjektif

Bab 15 - Frasa Sendi Nama

Bab 16 - Ayat

Bab 17 - Ayat Tunggal

Bab 18 - Ayat Majmuk

Bab 19 - Proses Penerbitan Ayat

Aspek yang dibincangkan dalam buku ini adalah seperti yang berikut:

Page 4: Aliran Dan Tokoh Dalam Tatabahasa Melayu.docx

1) Konsep Transformasi Generatif

2) Konsep Ayat Terbitan

3) Konsep Pengguguran

4) Proses Penyusunan Semula

5) Proses Peluasan