Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu

download Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu

of 7

description

Penulisan Ilmiah BM

Transcript of Aliran Dan Tokoh Tatabahasa Melayu

ALIRAN DAN TOKOH TATABAHASA MELAYU

Tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.

Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang-undang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.

Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. Werndly, iaitu Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar (1914). Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Zaba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.

Rajah 1: Definisi Tatabahasa Melayu

Rajah 2: Kesimpulan Tentang Tatabahasa

Rajah 3: Empat Aliran Tatabahasa

Rajah 4: Tokoh dan Ciri Tatabahasa Aliran Tradisional

Rajah 5: Tokoh dan Ciri Tatabahasa Aliran Struktural

Rajah 6: Tokoh dan Ciri Tatabahasa Aliran Transformasi Generatif

Rajah 7: Tokoh dan Ciri Aliran Tatabahasa Dewan

Perkembangan Aliran Tatabahasa

Setelah muncul ilmu linguistik moden, penghuraian tatabahasa sebelumnya yang kesemuanya mengikut acuan tatabahasa Yunani-Latin digolongkan sebagai tatabahasa tradisional atau tatabahasa nasional, termasuk tatabahasa Zaba. Dari kaca mata linguistik moden, Pelita Bahasa Melayu (1940) yang digolongkan sebagai tatabahasa tradisional asas penghuraian item tatabahasa ini mengikut kriteria semantik. Perubahan yang berlaku dalam sejarah penulisan tatabahasa Melayu di Malaysia daripada tatabahasa tradisional kepada tatabahasa formal (moden) bermula pada tahun 1960.

Perkembangan sejarah penghuraian tatabahasa Melayu mengikut acuan atau pola tatabahasa formal atau moden yang berlandas ilmu linguistik yang bermula pada dekad 1960-an, tidak berhenti begitu sahaja. Seiring dengan perkembangan teori linguistik yang terkemudian daripada itu penghuraian tatabahasa Melayu juga mengikut linguistik struktural bagi menghasilkan karya tatabahasa mereka. Tetapi menjelang dekad 1970-an, teori linguistik TG pula mendapat perhatian ahli bahasa tempatan yang menerapkan teori ini dalam penulisan dan penghuraian tatabahasa Melayu. Contohnya, Tatabahasa Dewan karya Nik Safiah Karim et. al (1994) yang diguna secara meluas di Malaysia kini, merupakan salah satu contoh acuan teori TG. Seterusnya pada dekad 1980-an, pemerian tatabahasa Melayu mengikut teori tatabahasa wacana mula mendapat popularitinya di Malaysia. Buku yang bertajuk Discourse-Syantax of Yang in Malay yang asalnya disertasi doktor falsafah Azhar M. Simin (1983) kemudian diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988 adalah contoh karya yang mengaplikasi teori tatabahasa wacana bagi menghuraikan bahasa Melayu. Di samping itu, karya Sanat Mohd. Nasir berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar (2002) merupakan sebuah hasilan yang cenderung terhadap tatabahasa wacana.RUJUKAN1. Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Ismail Hussein, 1966. Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.4. James T Collins, 1998. Malay, World Language: A Short History,. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.5. Ibrahim Ahmad 1994. Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.6. Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala Lumpur.7. Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.8. B. Mallikarjun Globalization and Indian languages. Language in India, Vol.3: 2 Februari 2003.9. A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.10. Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.11. Awang Sariyan, 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Asas Pegangan Guru, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.12. Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.13. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.14. Harimurti Kridalaksana (1983). Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa Melayu. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia.7