Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data...

35
Aliran Proses Pelan Data Guru Februari 2018 1

Transcript of Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data...

Page 1: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Aliran Proses Pelan Data GuruFebruari 2018

1

Page 2: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PENAFIAN

1Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak pembekal secara berterusan menjalankan usaha bagi menjamin keselamatan maklumat yang diberikan berlandaskan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Namun KPM dan pihak pembekal tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ketirisan maklumat/data yang berpunca daripada pengguna perkhidmatan Pelan Data Guru sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.

2KPM dan pihak pembekal telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memastikan perbekalan perkhidmatan Pelan Data Guru dan peranti berkaitan dalam keadaan yang sebaiknya. Sebarang masalah yang berkaitan perlu dilaporkan terus kepada Meja Bantuan YESCare (018-3330000 / [email protected])

3 Bukti penghantaran bukan bermaksud bukti penerimaan dokumen / borang.

# LATAR BELAKANG

1Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pembekal 1BestariNet Fasa 2 iaitu YTL Communications Sdn. Bhd. (YTLC) menyediakan pelan data bulanan untuk digunakan oleh guru-guru bertauliah di sekolah-sekolah KPM mengikut syarat yang ditetapkan. Untuk membolehkan guru-guru menggunakan pelan data tersebut, YTLC telah bersetuju untuk menyediakan peranti pintar mudah alih YES yang sesuai.

2Setiap guru yang layak diperuntukkan kuota data sebanyak 2GB sebulan untuk digunakan dengan peranti YES yang dibekalkan di bawah perjanjian 1BestariNet Fasa 2 oleh pembekal melalui ID 1BestariNet guru. Peruntukan 2GB ini akan diperbaharui untuk guru-guru KPM pada setiap bulan sepanjang tempoh kontrak.

3 KPM memandang berat rungutan guru terutama sekali berkenaan guru yang terpaksa membiayai perkhidmatan data mudah alih secara peribadi untuk membolehkan aktiviti persediaan Pengajaran & Pembelajaran (PdP) dilaksanakan.

4 Sehubungan itu, pihak pemegang taruh dalam kalangan agensi Kerajaan yang terlibat telah bersetuju dengan cadangan untuk membekalkan pelan data untuk guru, sebagai tambahan kepada kemudahan jalur lebar 1BestariNet sedia ada di sekolah-sekolah KPM yang berteknologi 4G LTE.

Page 3: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# KONSEP PELAN DATA GURU

1Pelan Data Guru merupakan satu keistimewaan untuk guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah KPM dalam lingkungan perbekalan sambungan YES 4G LTE. Kelayakan guru menerima perkhidmatan Pelan Data Guru ini adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeriberdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan.

2

Pelan data dan peranti adalah diperuntukkan sebagai satu perkhidmatan kepada guru-guru yang menepati kesemua atau mana-mana kriteria berikut:

i. Sedang berkhidmat di sekolah-sekolah KPM dalam perbekalan sambungan YES 4G LTE 1BestariNet Fasa 2ii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik ke perkhidmatan awam Gred ‘DG’ (Guru) secara tetap.iii. Bukan dalam pengawasan / sedang menjalani tindakan tatatertib.iv. Guru-guru berikut adalah TIDAK LAYAK untuk dibekalkan dengan perkhidmatan Pelan Data Guru

a. Cuti melebihi tempoh 3 bulan, termasuk:• Cuti Kerana Perkhidmatan melebihi tempoh 3 bulan• Cuti Kerana Perubatan melebihi tempoh 3 bulan• Cuti Tidak Berekod melebihi tempoh 3 bulan• Cuti-cuti Lain melebihi tempoh 3 bulan

b. Sedang berkhidmat atau dipinjamkan di agensi/institusi selain sekolah KPM, termasuk sekolah-sekolah di bawah tanggung jawab Kerajaan Negeri.

c. Sedang berkhidmat secara kontrak.

3Peranti YES merupakan peralatan yang disumbangkan oleh pihak pembekal atas dasar pinjaman bagi membolehkan penggunaan Pelan Data Guru. Sekiranya guru tidak lagi menepati ciri-ciri kelayakan seperti dalam (2) di atas, guru tersebut bertanggungjawab membuat pemulangan peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru.

4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya dan akan dihapuskira.

5 Pembekalan kepada sekolah-sekolah baharu adalah bergantung kepada pentauliahan sekolah tersebut kepada teknologi 4G (Zoom) LTE.

Page 4: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# KONSEP PELAN DATA GURU

6Penggunaan Data Bulanan 1BestariNet tidak akan diambil kira selagi guru mengakses aplikasi FROG VLE, termasuk kandungan yang diakses daripada FROG Drive. Namun, akses kepada kandungan internet pihak ketiga yang dipautkan dalam FROG VLE (contohnya strim video, online games, dsb.), maka Data Bulanan 1BestariNet akan digunakan bergantung kepada penggunaan oleh guru berkenaan.

7 Data Bulanan 1BestariNet ini hendaklah digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8 Prestasi Perkhidmatan (kelajuan data) adalah bersamaan dengan prestasi industri rangkaian data mudah alih di Malaysia.

9Pihak pembekal berhak menukar atau menggantikan peranti, jenama serta model peranti yang dibekalkan sejajar dengan Perjanjian 1BestariNet Fasa 2 atas syarat Nilai Perjanjian tersebut dikekalkan dan kelengkapan dan/atau peranti baharu yang berkenaan setara atau lebih baik bagi memenuhi segala keperluan yang diwajibkan di bawah keperluan Perjanjian tersebut.

10 Tatacara penggunaan peranti boleh diperolehi di laman sesawang http://frogasia.link/mobile

11Sebarang kerosakan / kehilangan yang berlaku atau kegagalan peranti yang dibekalkan berfungsi hendaklah dilaporkan kepada Meja Bantuan YESCare pada talian 018-3330000 atau pada emel [email protected]. Setiap kehilangan perlu disertakan dengan dokumen sokongan (cth: laporan polis atau pengesahan sekolah) sebagai bukti kehilangan.

12 Kerosakan akibat manufacture defect akan dipertimbangkan untuk penggantian/pembaikan.

13 Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian pengguna atau/dan dalam pengawasan pengguna adalah menjadi tanggungjawab pengguna tersebut. Pihak pembekal mahu pun Kerajaan tidak akan menanggung sebarang kos penggantian atau pembaikan terhadap peranti tersebut.

Page 5: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN PELBAGAI PIHAK

1PMO 1BN F2

i. Urus Setia perjanjian projek 1BestariNet Fasa 2.ii. Menetapkan garis panduan umum pengagihan serta tadbir urus pelan data dan peranti.iii. Mengemukakan ‘Service Order’ terkumpul permohonan baharu dan penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru kepada pihak

pembekal.

2 JPN/PPD

i. Menyediakan senarai guru-guru yang layak menerima perkhidmatan Pelan Data Guru.ii. Mengesahkan permohonan baharu Pelan Data Guru.iii. Menyediakan ‘Service Order’ RMA, permohonan baharu dan penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru peringkat negeri untuk

dikemukakan kepada PMO 1BN F2 ([email protected]) dalam format asal (Microsoft Excel).iv. ‘Service Order’ daripada JPN mesti diemel menggunakan perkhidmatan emel rasmi jabatan (1GovUC) bagi memastikan kesahihan

dan untuk melancarkan operasi. Pihak PMO 1BN F2 tidak akan memproses ‘Service Order’ sekiranya diterima dalam bentuk / kaedah selainnya.

v. Menetapkan secara terperinci kelayakan penerima perkhidmatan Pelan Data Guru dan peranti menurut syarat-syarat yang telah digariskan.

vi. Menetapkan penjadualan, tadbir urus serta kaedah agihan dan pengurusan yang terbaik dan sesuai di peringkat negeri mengikut dasar-dasar Kerajaan yang ditetapkan.

vii. Menjadi pusat serahan/pengumpulan di peringkat negeri bagi menerima penghantaran Pelan Data Guru serta peranti.viii. Mengagihkan Pelan Data Guru beserta peranti di peringkat negeri dan seterusnya untuk sekolah-sekolah terlibat melalui kaedah

yang ditetapkan dalam (v).ix. Maklumat lanjut tentang pengedaran Pelan Data Guru dan peranti YES Altitude adalah seperti di bahagian Agihan Peranti Altitude

(Sekolah Baharu Dinaik Taraf Ke 4G LTE).

Page 6: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN PELBAGAI PIHAK

3 SEKOLAH

i. Mengagihkan pelan data dan peranti kepada guru-guru yang layak di peringkat sekolah.ii. Pentadbir Sekolah bertanggungjawab mengesahkan sama ada guru-guru di sekolahnya layak menerima perkhidmatan Pelan Data

Guru dan peranti mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.iii. Guru-guru yang menerima perkhidmatan Pelan Data Guru mesti mendapatkan pengesahan Pentadbir Sekolah bagi isu kerosakan

atau kehilangan peranti. Bagi kes kehilangan, dokumen sokongan (contoh: laporan polis) perlu dilampirkan.iv. Setiap guru yang menerima perkhidmatan Pelan Data Guru mesti membuat pengesahan penerimaan perkhidmatan secara individu.v. Setiap guru yang menerima perkhidmatan Pelan Data Guru bertanggungjawab membuat pemeriksaan dan memastikan set peranti

berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh penerimaan.

vi. Setiap guru yang menerima perkhidmatan Pelan Data Guru bertanggungjawab untuk membuat semakan pengaktifan perkhidmatan tersebut.

Page 7: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN PELBAGAI PIHAK

3 PEMBEKAL

i. Pihak pembekal bertanggungjawab menyelia urus proses keseluruhan termasuk:a. peruntukan muatan data 2GB untuk guru-gurub. pengagihan peranti ke JPN di setiap negeric. Penggantian / baik pulih peranti rosak

ii. Pembekal akan mengedarkan Pelan Data Guru beserta peranti ke JPN di peringkat negeri. Edaran seterusnya dilakukan oleh JPN/PPD ke sekolah-sekolah di bawah seliaan masing-masing.

iii. Berdasarkan klausa 6 seperti yang terkandung dalam kontrak perjanjian 1BestariNet Fasa 2, pihak pembekal hendaklah membekalkan peranti dengan syarat-syarat berikut:a. Hak milik peralatan berkenaan akan kekal di bawah hak milik pembekal.b. Penyenggaraan peranti adalah khusus di bawah tanggungan pembekal dan bukannya oleh mana-mana pihak ketiga atau

pihak yang tidak diizinkan/dibenarkan oleh pembekal.iv. Pembekal tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kecurian, mahupun bagi kerosakan dan kerugian yang disebabkan oleh

perbuatan, kelalaian, kecuaian, kerja-kerja penyenggaraan atau pembaikan yang tidak diizinkan atau apa-apa sebab yang berada di dalam kawalan pihak Kerajaan atau agensinya atau pekerjanya. Bagaimanapun jika peranti rosak atau hilang akibat bencana alam yang tidak dijangka, pihak pembekal berhak mempertimbangkan penggantian peralatan berkenaan, tertakluk kepada budi bicara pembekal.

v. Penerangan mengenai Pelan Data Guru dan peranti yang dihantar akan dilaksanakan ketika agihan.vi. Pihak pembekal bertanggungjawab membekal dan menghantar Pelan Data Guru dan peranti berdasarkan arahan dan skema

agihan yang telah ditentukan.vii. Menyediakan dokumentasi dan menyerahkannya kepada JPN/PPD dan satu (1) salinan simpanan oleh pihak pembekal:

a. Dokumen bukti penerimaan (packing list) ditandatangani oleh Pentadbir sekolah atau wakil.b. Bukti penerimaan ditandatangani oleh guru sekolah.

viii. Laporan pengesahan penerimaan Pelan Data Guru perlu dikemukakan kepada pihak PMO 1BN F2 untuk tujuan rujukan tuntutan pembayaran. Pihak PMO 1BN F2 hanya akan mengesahkan perbekalan perkhidmatan Pelan Data Guru melalui dokumen wajib Sijil Akuan Penerimaan (SAP).

Page 8: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN YTLC 1BN PMO F2 JPN

1 Memaklumkan SOP Pelan Data Guru kepada JPN

2 Memastikan SOP Pelan Data Guru dipatuhi semua pihak

3 Mematuhi semua proses yang telah ditetapkan di dalamSOP Pelan Data Guru

Peranan & Tanggungjawab

Page 9: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Senarai Aliran Proses

9

1. Agihan Peranti Altitude (Sekolah Baharu Dinaik Taraf Ke 4G LTE)2. Pengurusan RMA – Peranti & Aksesori Altitude Yang Rosak

(Manufacture Defect)3. Peranti Altitude Yang Hilang / Rosak (Bukan Manufacture

Defect)4. Penggantian Kad SIM yang Rosak5. Pendaftaran Guru-Guru Baharu untuk Pelan Data Guru6. Penamatan Perkhidmatan Pelan Data Guru7. Maklumat Guru Berpindah

Page 10: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Agihan Peranti Altitude (Sekolah Baharu DinaikTaraf Ke 4G LTE)

10

Page 11: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

ALIRAN PROSES: AGIHAN PERANTI ALTITUDE (SEKOLAH BARU DINAIK TARAF KE 4G LTE) – 1BESTARINET

YTLC

Mula

Hantar surat rasmi

dan senarai sekolah

ke JPN

Bulan 1Hari 20

Bulan 2Minggu 2GARIS MASA

Kemuka senarai rasmi

sekolah kepada PMO 1BN F2

Maklumkan senarai

dan tarikh

penghantaran ke YTL

Selaras sesi

penyerahan

Hantar Altitude ke

JPN mengikut tarikh

yang dipersetujui

Pastikan dokumen SAP

lengkap

Tamat

Tanda tangan dokumen

SAP & Delivery Note pada

hari agihan

Bulan 2Minggu 3/4

Bulan 3Minggu 1

PMO 1BN F2

Kemuka dokumen

tuntutan kepada PMO

1BN F2

JPNKemuka maklumat guru dan

tarikh sasaran penghantaran

kepada PMO 1BN F2 melalui

emel rasmi.Borang (bmgst_v1) boleh didapati

di laman

http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

• Kemas kini

butiran guru

• Jana akaun

Pelan Data

Guru

• Lengkapkan

pakej pelan

data dan

peranti

• Uruskan logistik

Serah dokumen SAP &

Delivery Note kepada

YTLC

Page 12: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN YTLC 1BN PMO F2 JPN

1 Kemukakan senarai rasmi sekolah yang akan diberikan Peranti Altitude

2Kemukakan surat kepada JPN untuk menyediakan senarai maklumat guru dan

tarikh sasaran agihan

3Menyediakan senarai maklumat guru dan tarikh sasaran agihan Peranti

Altitude kepada PMO 1BN F2

4 Menyerahkan maklumat yang disediakan dari JPN kepada YTLC

5Menguruskan penyediaan pelan data dan agihan mengikut senarai maklumat

guru dan tarikh yang dipersetujui oleh JPN

6

Menerima penghantaran Peranti Altitude dari YTLC, mengesahkan dokumen

penghantaran (Delivery Note) dan penerimaan (SAP). Menyelaras sesi

penyerahan dengan sekolah

7 Mengemukakan dokumen rasmi SAP yang disahkan oleh JPN kepada KPM

# ISU DIHADAPI CADANGAN PENYELESAIAN

1Penghantaran ke pelbagai lokasi dan lokasi selain JPN mempunyai

implikasi kos tambahan.Penghantaran hanya sekali sebulan ke premis JPN.

Peranan & Tanggungjawab

Isu & Penyelesaian

Page 13: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# EDARAN PELAN DATA GURU DAN PERANTI YES ALTITUDE

1

Edaran Pelan Data Guru dan peranti diuruskan oleh PPD ke sekolah-sekolah di bawah seliaan masing-masing. Borang penghantaran (Delivery Note) beserta perincian senarai sekolah di bawah pentadbiran PPD masing-masing akan diserahkan kepada PPD untuk pengesahan penerimaan. YTLC akan menyediakan borang pengakuan penerimaan peranti untuk setiap sekolah. Berikut adalah senarai borang yang berkaitan:

a. Dua (2) salinan ‘Delivery Note’ – Disahkan oleh PPD.b. Dua (2) salinan Borang Akuan Penerimaan (dilengkapkan oleh sekolah).

2 Pentadbir Sekolah akan menentukan guru yang layak menerima Pelan Data Guru dan peranti. Guru yang menerima Pelan Data Guru dikehendakimembuat pengesahan penerimaan melalui portal FROG VLE.

3Pentadbir Sekolah perlu melengkapkan Borang Akuan Penerimaan dan mengembalikan dua (2) salinan asal kepada PPD dalam tempoh 30 harikalendar. Pihak PPD akan mengumpul dokumen yang telah dilengkapkan oleh sekolah dan pengesahan bahawa pihak sekolah telah mengisiborang dengan betul.

4 Dokumen yang telah lengkap dari PPD dan borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP) yang disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengikuttarikh penerimaan yang dicatat pada Delivery Note oleh PPD akan dihantar oleh pihak YTLC kepada PMO.

5 Pelan Data Guru akan dikreditkan ke dalam akaun guru pada setiap tiga puluh (30) hari mengikut kitaran bil bulanan. Pelan data yang digantungakan dikreditkan semula ke dalam akaun pada bulan seterusnya mengikut tarikh pengaktifan yang ditetapkan di dalam akaun individu guru.

Page 14: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Borang ini dilengkapkan oleh YTLC dan PPD bagi mengesahkan

penerimaan peranti

PPD perlu mengesahkan dengan cop rasmi

1

PPD perlu melengkapkan nama. tarikh dan

tandatangan penerimaan peranti

23

Bahagian ini dilengkapkan oleh Sekolah

1

Bahagian ini dilengkapkan oleh Sekolah

2

Bahagian ini dilengkapkan oleh PPD

3

Delivery Note & Akuan Penerimaan

Page 15: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Sijil Akuan PenerimaanSAP ini dilengkapkan

oleh JPN

1

Pengesahan setiap SAP adalah mengikut

daerah PPD

2

Tarikh SAP ini perlu selaras dengan tarikh penhantaran peranti Delivey

Note yang diterima oleh PPD

3Empat (4) salinan SAP untuk edaran

4

Page 16: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Pengurusan RMA – Peranti & Aksesori Altitude Yang Rosak (Manufacture Defect)

16

Page 17: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

ALIRAN PROSES: PENGURUSAN (RMA – RETURN MERCHANDISE AUTHORIZATION) PERANTI & AKSESSORI ALTITUDE YANG ROSAK – 1BESTARINET

GURU

JPN

Mula Periksa peranti

Tamat

• Maklumkan pautan muat turunborang RMA dalam talian

• Beri nombor tiket aduan

Lengkapkan borang RMA

Cetak borang RMA dan hantar bersama perantirosak ke PPD

A

YES CARE

PMO 1BNF2

• Tanda tangan borang PengesahanPenerimaan Peranti Rosak

• Pakej borang dan peranti dalamkotak yang disediakan. þ

Emel Service Order RMA (bsopr_v1) ke

[email protected] format Excel

Maklumkan YTLC untuk pungutanperanti rosak dari JPN

Ambil peranti rosakdaripada JPN

Hantar peranti ke JPNYTLC

Maklumkan guru untukmengambil peranti

GARISMASA

Bulan 1Hari 20

Bulan 2Minggu 1

Bulan 2Minggu 4

PPD

• Tanda tangan borangPengesahan Penerimaan Peranti Diganti/Dibaikpulih

• Maklumkan PPD untuk ambilperanti

A Semak & sahkan borangRMA dan peranti

Hantar peranti rosak bersamaborang RMA ke JPN

Boleh didapati di laman http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

Layak?YA

TIDAK• Troubleshoot• Nilai dan sahkan peranti

layak untuk diganti / dibaiki

• Periksa kerosakan• Buat gantian / baikpulih• Kemaskini IMEI

Sahkan penggantian/ baikpulih telah

dilakukan

Lapor ke YESCare (018-3330000)

Rujuk garis panduan semakan peranti di laman http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

Ambil maklum laporangantian/baikpulih

Page 18: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Pengumpulan Peranti di JPN untuk pungutan oleh pihak YTL

SATU kotak plastik (rujuk gambardi atas) akan dibekalkan kepadasetiap JPN untuk tujuanpengumpulan, pungutan danpenghantaran peranti Altituderosak dan gantian.

Peranti-peranti Altitude rosak (KadSIM dikeluarkan)

Borang-borang RMA Altitude yangdiisi oleh guru dan disahkan olehPPD

Surat Akuan Pengesahan yangdisediakan oleh JPN

Page 19: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN YTLCPMO 1BN F2

JPN PPD GURU

1 Mengumpul semua borang RMA dan peranti rosak daripada guru

2 Menghantar peranti rosak, borang RMA dan butiran kepada JPN (bilangan unit dan nombor siri)

3 Memaklumkan PMO 1BN F2 butiran RMA (bilangan unit dan nombor siri)

4 Mengesahkan penerimaan peranti rosak melalui Surat Akuan Pengesahan Penerimaan

5 Menyediakan butiran peranti rosak (bilangan unit dan nombor siri dan lokasi JPN) kepada YTLC bersama arahan untuk pungutan dari JPN

6 Memungut peranti rosak dari JPN beserta borang RMA dan Surat Akuan Pengesahan

7 Membuat baikpulih / gantian dan menghantar semula peranti ke JPN

8 Mengesahkan penerimaan peranti yang telah diganti (JPN)

9 Menyerahkan peranti ke PPD

10 Memaklumkan kepada guru untuk mengambil peranti yang telah dibaiki / diganti

11 Menyediakan laporan bulanan (Service Evidence) penggantian peranti kepada PMO 1BN F2

12 Mengesahkan peranti telah dibaiki / diganti oleh YTLC

Peranan & Tanggungjawab

Page 20: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Peranti Altitude Yang Hilang / Rosak(Bukan Manufacture Defect)

20

Page 21: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

KPM atau YTL Communications tidak akanmenggantikan peranti yang hilang atau rosak

akibat kecuaian

Contoh kes kecuaian:1. Peranti hilang atau rosak akibat daripada tiada pengawasan pengguna.2. Peranti dicuri.

Page 22: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN YTLC PMO 1BN F2 JPN

1 Memaklumkan segala proses kepada JPN secara rasmi

2 Memaklumkan segala proses kepada semua sekolah dan guru secara rasmi

# ISU DIHADAPI CADANGAN PENYELESAIAN

1 Peranti hilang akibat bencana alam PMO 1BN F2 memaklumkan kepada YTLC secara rasmi dan setiap kesakan ditangani mengikut keputusan pengurusan YTLC

Peranan & Tanggungjawab

Isu & Penyelesaian

Page 23: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Penggantian Kad SIM Yang Rosak

23

Page 24: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

ALIRAN PROSES: PENGGANTIAN KAD SIM ROSAK

SEKOLAH (GURU)

YES STORE

Mula

Periksa kad SIM

YTLC

YESCARE

GARISMASA 7 hari bekerja

Laporkan kes ke YTLC

Nyahaktif kad SIM rosak

Ganti kad SIM dengancaj RM10

Tamat

SIM OK?

YA

TIDAK Lapor kerosakan kepadaYESCare (0183330000)

>14 hari?

Bawa kad SIM rosakke YES Store

YATIDAK

Sedia kad SIM gantianpercuma

Page 25: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN YTLC PMO 1BN F2 JPN

1 Memaklumkan segala proses kepada JPN secara rasmi

2Memaklumkan segala proses kepada semua sekolah dan guru secara rasmi

3 Menggantikan kad SIM rosak mengikut SOP

# ISU DIHADAPI CADANGAN PENYELESAIAN

1 Kad SIM dilaporkan rosak selepas tempoh 14 hari Penggantian kad SIM di YES Store dikenakan caj sebanyak RM10

Peranan & Tanggungjawab

Isu & Penyelesaian

Page 26: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Pendaftaran Guru-Guru Baharu untuk Pelan Data Guru

26

Page 27: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

ALIRAN PROSES: PENDAFTARAN GURU-GURU BAHARU UNTUK PELAN DATA GURU – 1BESTARINET ALTITUDE

PMO 1BN F2

JPNIsi dan hantar borang Service Order

(bsopdgb_v1.0) dalam format Excel [email protected]

Sekolah4G?

• Jana VLE ID (jika belum ada)• Pakejkan Pelan Data

bersama peranti• Uruskan logistik

Edar ke JPN

Tidak

JANGKAMASA Bulan 1Hari 14

Bulan 1Hari 20

Bulan 3Hari 30

Ya Maklum kepadasekolah

Mula

Hantar Service Order ke YTLC

TamatA

YTLC A

TandatanganSAP & DN

SEKOLAH(GURU)

Isi borang permohonan(bppdgb_v2) dan disokong oleh

Pentadbir sekolahHantar borang ke JPN

Boleh didapati di laman http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

Boleh didapati di laman http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

Rujuk Aliran Proses Agihan Peranti Altitude

Page 28: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN YTLC 1BN PMO F2 JPN

1 Menyediakan Service Order untuk pendaftaran guru baharu serta borang permohonan dari sekolah

2 Menyerahkan Service Order ke PMO dan menyimpan borang permohonan guru untuk rujukan.

3 Mengumpul Service Order dari semua negeri dan hantar ke YTLC

4 Menyemak permohonan dan menyediakan akaun kepada guru baharu, dan penghantaran kepada JPN

5 Terima Peranti Altitude dari YTLC. Mengesahkan dokumen penghantaran (Delivery note) dan dokumenakuan penerimaan (SAP). Menguruskan agihan dan penyerahan kepada sekolah

6 Meluluskan tuntutan yang dihantar berdasarkan dokumen rasmi SAP

# ISU DIHADAPI CADANGAN PENYELESAIAN

1 JPN keberatan untuk menyimpan peranti untuk diagihkan.

Pengagihan dilaksanakan oleh JPN melalui PPD. JPN boleh menentukantempoh pada setiap bulan untuk PPD membuat pungutan peranti untukdiagihkan ke sekolah-sekolah. Ini akan meminimumkan tempoh masa peranti disimpan di JPN.

2 Penghantaran ke pelbagai lokasi dan lokasi selain JPN mempunyaiimplikasi kos tambahan. Penghantaran hanya sekali sebulan ke premis JPN.

Peranan & Tanggungjawab

Isu & Penyelesaian

Page 29: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Penamatan Perkhidmatan Pelan Data Guru

29

Page 30: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

ALIRAN PROSES: PENAMATAN PERKHIDMATAN PELAN DATA GURU - 1BESTARINET

PMO 1BN F2

MulaGuru / GB mengisi borang

penamatan (bp_v2)

YTLC

JPN

Semak dan maklumkan

Service Order kepada YTLC

JANGKAMASA

Bulan 2Minggu 1

Hantar borang dan

peranti ke JPN

Semak borang &

peranti

Perakukan

permohonan

Isi dan hantar borang Service Order (bsopdg_v1.0) dalam format Excel ke

[email protected]

Bulan 1Hari 20

Tamat

Mengambil

peranti dari JPN

Bulan 2Hari 1

• Semak butiran penamatan

• Sahkan Service Order• Tamat dan nyahaktif Pelan Data

• Henti tuntutan caj perkhidmatan

• Tetapkan tarikh pengambilan

dengan JPN

SEKOLAH(GURU)

Boleh didapati di laman

http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

Simpan peranti di tempat

simpanan yang selamat

Boleh didapati di laman

http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

Bulan 1Hari 14

Page 31: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN YTLC 1BN PMO F2 JPN

1Menyediakan Service Order untuk penamatan akaun perkhidmatan guru berdasarkan borang permohonan

dari sekolah

2 Menerima dan mengumpul Service Order dari JPN untuk dihantar ke YTLC

3 Service Owner mengesahkan dan memberi kelulusan

4 Menamatkan akaun guru dan mengambil semula peranti dari JPN

5 Mengesahkan pengambilan oleh YTLC

6 Mengecualikan akaun yang ditamatkan dari tuntutan bulan berikutnya

# ISU DIHADAPI CADANGAN PENYELESAIAN

1JPN mempunyai kebimbangan untuk menyimpan peranti

atas sebab-sebab keselamatan.

YTLC akan memungut peranti yang dipulangkan oleh guru dari JPN pada minggupertama setiap bulan. JPN boleh menentukan tempoh tetap setiap hujung bulan bagi guru

untuk membuat pemulangan semula peranti. Ini akan meminimumkan tempoh masa peranti

disimpan di JPN.

2Pungutan dari pelbagai lokasi dan lokasi selain JPN

mempunyai implikasi kos tambahan.Pungutan hanya sekali sebulan dari premis JPN.

Peranan & Tanggungjawab

Isu & Penyelesaian

Page 32: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Maklumat Guru Berpindah

32

Page 33: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

ALIRAN PROSES: PENAMATAN PERKHIDMATAN GURU - 1BESTARINET

MulaGuru mengisi borang

Maklumat Guru Berpindah(bmgb_v2)

JPN DAHULU

JPN SEMASA

Failkan borang untukrujukan

JANGKAMASA

Hantar borang danperanti ke JPN semasa

Failkan borang untukrujukan

Tamat

SEKOLAH(GURU)

Boleh didapati di laman http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

Emel/faks salinan borangke JPN terdahulu

Bulan 1Hari 14

Guru membawa peranti bersama-sama ke sekolah baharu

Terima borang Maklumat Guru Berpindah

Sahkan maklumat guru

Page 34: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

# PERANAN JPN GURU

1 Menyediakan butiran yang betul dan sahih dalam Borang Maklumat Guru Berpindah setelah mula bertugas di sekolahbaharu

2 Menyerahkan Borang Maklumat Guru Berpindah kepada JPN semasa

3 Memaklumkan butiran guru berpindah di antara JPN semasa dan terdahulu

4 Menyimpan maklumat guru berpindah untuk rujukan

# ISU DIHADAPI CADANGAN PENYELESAIAN

1 - -

Peranan & Tanggungjawab

Isu & Penyelesaian

Page 35: Aliran Proses Pelan Data Guru - ppdmukah.com...peranti dan memohon penamatan perkhidmatan Pelan Data Guru. 4 Peruntukan data 2GB yang diperuntukkan, sekiranya tidak digunakan, tidak

Terima [email protected]

• Garis panduan ini adalah sesuaiuntuk digunakan pada masa inisahaja dan sebarang perubahandan penambahbaikan akandimaklumkan dari semasa kesemasa.

• Garis panduan ini juga bertujuanuntuk membantu Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah dalammelancarkan pelaksanaan projekPelan Data Guru di sekolah-sekolah KPM.

KESIMPULAN