Allah Dan Rasul

2
Allah dan Rasul-Nya banyak menyebut ganjaran syurga dan mengancam dengan azab neraka bagi memotivasikan uamt-Nya agar umat-Nya memperbanyakkan amalan dan menjauhi segala larangan-Nya. Di samping itu Allah pun telah mengabarkan bahawa sifat-sifat syurga dan neraka untuk lebih meningkatkan keinginan manusia untuk meraih syurga dan menjauhi neraka. Jalan menuju ke syurga dipenuhi onak dan duri. Akan tetapi sesungguhnya terdapat banyak amalan-amalan yang mudah dilakukan namun Allah membalasnya dnegan ganjaran yang sangat besar. Berzikir kepada Allah Rasulullah bersabda yang bermaksud ” Ada dua kalimat yang ringan bagi lisan, berat dalam mizan (timbangan amal) dan dicintai ar-Rahman : ‘Subhanallahu wa bihamdih’ ( Maha Suci Allah dan dengan pujian-Nya kami memuji) ‘ Subhanallah al- Azhiim’ ( Maha Suci Allah Dzat Yang Maha Agung). ” HR Bukhari dan Muslim) Meredhai Allah, Islam dan rasulullah “Tidaklah seorang hamba muslim mengucapkan pada saat dia memasuki waktu pagi dan memasuki waktu petang : ‘ radhiitu billahi rabba, wa bil islaami diina wa bi muhammad shallallahu ‘alaihi wa salam nabiya ( aku redha Allah sebagai Rabb-ku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabi-ku)’ sebanyak 3 kali, melainkan merupakan hak bagi Allah untuk meredhainya pada hari khiamat kelak.” (HR Ahmad dihasankan oleh al-Allamah Ibnu Baz dalam kitab Tuhfah al- Akhyaar) Menuntut ilmu Syar’i Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ” Barangsiapa menumpuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR Muslim) Menahan Marah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Barang siapa yang menahan amarahnya padahal dia mampu untuk melampiaskannya, nescaya Allah akan memanggilnya pada hari khiamat di hadapan para makhluk sampai Allah memilihkan untuknya bidadari-

description

jalan syurga

Transcript of Allah Dan Rasul

Page 1: Allah Dan Rasul

Allah dan Rasul-Nya banyak menyebut ganjaran syurga dan mengancam dengan azab neraka bagi memotivasikan uamt-Nya agar umat-Nya memperbanyakkan amalan dan menjauhi segala larangan-Nya. Di samping itu Allah pun telah mengabarkan bahawa sifat-sifat syurga dan neraka untuk lebih meningkatkan keinginan manusia untuk meraih syurga dan menjauhi neraka. Jalan menuju ke syurga dipenuhi onak dan duri. Akan tetapi sesungguhnya terdapat banyak amalan-amalan yang mudah dilakukan namun Allah membalasnya dnegan ganjaran yang sangat besar.

Berzikir kepada AllahRasulullah bersabda yang bermaksud ” Ada dua kalimat yang ringan bagi lisan, berat dalam mizan (timbangan amal) dan dicintai ar-Rahman : ‘Subhanallahu wa bihamdih’ ( Maha Suci Allah dan dengan pujian-Nya kami memuji) ‘ Subhanallah al-Azhiim’ ( Maha Suci Allah Dzat Yang Maha Agung). ” HR Bukhari dan Muslim)

Meredhai Allah, Islam dan rasulullah“Tidaklah seorang hamba muslim mengucapkan pada saat dia memasuki waktu pagi dan memasuki waktu petang : ‘ radhiitu billahi rabba, wa bil islaami diina wa bi muhammad shallallahu ‘alaihi wa salam nabiya ( aku redha Allah sebagai Rabb-ku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabi-ku)’ sebanyak 3 kali, melainkan merupakan hak bagi Allah untuk meredhainya pada hari khiamat kelak.” (HR Ahmad dihasankan oleh al-Allamah Ibnu Baz dalam kitab Tuhfah al-Akhyaar)

Menuntut ilmu Syar’iRasulullah SAW bersabda yang bermaksud ” Barangsiapa menumpuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR Muslim)

Menahan MarahRasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Barang siapa yang menahan amarahnya padahal dia mampu untuk melampiaskannya, nescaya Allah akan memanggilnya pada hari khiamat di hadapan para makhluk sampai Allah memilihkan untuknya bidadari-bidadari yang dia suka.” (Dihasankan olen Imam at-Tarmizi dan Syaikh al-Albani)

Membaca ayat KursiRasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Brangsiapa yang membaca ayat kursi setiap selesai solat, maka tidak ada yang dpaat menghalanginya untuk masuk syurga kecuali jika dia mati.” (HR an-Nasaa’i dan Syaikh al-Albani)

Menyingkirkan gangguan di jalanRasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sungguh aku telah melihat seorang lelaki mundar-mandir di dlam syurga kerana sebuah pohon yang dia tebang dari tengah jalan yang selalu mengganggu manusia” (HR Muslim)

Membela kehormatan saudaranya di saat ketidakhadirannyaRasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Barangsiapa membela harga diri saudaranya, nescaya pada hari khiamat Allah akan memalingkan wajahnya dari api neraka.” (Dihasankan oleh Imam at-Tarmizi dan Syaikh al-Albani)

Berwuduk dan solat 2 rakaatRasulullah SAW bersabda yang bermaksud “TIdaklah seorang muslim berwuduk,

Page 2: Allah Dan Rasul

kemudian dia berdiri mengerjakan solta dua rakaat dengan menghadapkan hatinya dan wajahnya pada kedua rakaat itu, melainkan syurga wajib baginya.” (HR Muslim)

Menunaikan solat di masjidRasulullah SAW bersabda yang bermaksud ” Barngsiapa yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid, nescaya Allah akan persiapkan baginya muzul di dalam syurga setiap kali dia pergi dna pulang.” (HR Bukhari dna Muslim)