Alquds in malay issue 59 hi re

9
| 1 Issue No 59 // 18 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 18 March 2015, Issue no 59 KESATUAN ULAMA’ ISLAM ANTARABANGSA: UMAT ISLAM TIADA PILIHAN LAIN MELAINKAN MENENTANG PENJAJAHAN ISRAEL Isu minggu ini : Kesatuan Ulama’ Islam Antarabangsa menegaskan bahawa dalam keadaan sekarang yang mana penduduk-penduduk Palestin, tanah mereka, dan tempat-tempat suci di sana terdedah kepada pelangg- aran-pelanggaran Israel, maka umat Islam tiada pilihan lain kecuali menentang mereka dengan segala apa yang yang dimiliki dan meng- gunakan segala cara yang mungkin. Kesatuan itu juga menyebut bahawa “Al-Quds yang merupakan tem- pat suci umat Islam, dan rakyat palestin sendiri kini terdedah kepada bahaya besar akibat daripada perlakuan Israel, pendatang-pendatang mereka, dan proses pengyahudian sekaligus menguatkan bahawa konflik yang berlaku disebabkan Israel bukan sekadar konflik di sempadan sahaja tetapi merupakan konflik antara Israel dengan umat Arab dan Islam keseluruhannya. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 4/3/2014 MAJLIS FIQH ISLAM AKAN MENGKAJI SEMULA HUKUM MENZIARAHI AL-QUDS DAN MASJID AL-AQSA DI BAWAH SE- LIAAN ISRAEL ORANG-ORANG ISLAM DI AFRIKA SELATAN BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENGADAKAN ZI- ARAH KE MASJID AL-AQSA PERANCANGAN MEMBINA LALUAN KERETA KABEL BERDEKATAN DENGAN MASJID AL-AQSA PIHAK BERKUASA ISRAEL MENYERANG AGENSI ME- DIA “CIOBRS” POLIS ISRAEL MENYENARAI HITAM BEBERAPA ORANG PEN- DUDUK PALESTIN YANG AKAN DIBURU KECEDERAAN 7 ORANG ANG- GOTA TENTERA ISRAEL DALAM SERANGAN DI JURUSALEM

description

 

Transcript of Alquds in malay issue 59 hi re

Page 1: Alquds in malay issue 59 hi re

| 1Issue No 59 // 18 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 59 // 18 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

18 March 2015, Issue no 59

KESATUAN ULAMA’ ISLAM ANTARABANGSA: UMAT ISLAM TIADA PILIHAN LAIN MELAINKAN

MENENTANG PENJAJAHAN ISRAEL

Isu minggu ini :

Kesatuan Ulama’ Islam Antarabangsa menegaskan bahawa dalam keadaan sekarang yang mana penduduk-penduduk Palestin, tanah mereka, dan tempat-tempat suci di sana terdedah kepada pelangg-aran-pelanggaran Israel, maka umat Islam tiada pilihan lain kecuali menentang mereka dengan segala apa yang yang dimiliki dan meng-gunakan segala cara yang mungkin.

Kesatuan itu juga menyebut bahawa “Al-Quds yang merupakan tem-pat suci umat Islam, dan rakyat palestin sendiri kini terdedah kepada bahaya besar akibat daripada perlakuan Israel, pendatang-pendatang mereka, dan proses pengyahudian sekaligus menguatkan bahawa konflik yang berlaku disebabkan Israel bukan sekadar konflik di sempadan sahaja tetapi merupakan konflik antara Israel dengan umat Arab dan Islam keseluruhannya.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 4/3/2014

MAJLIS FIQH ISLAM AKAN MENGKAJI SEMULA HUKUM MENZIARAHI AL-QUDS DAN MASJID AL-AQSA DI BAWAH SE-LIAAN ISRAEL

ORANG-ORANG ISLAM DI AFRIKA SELATAN BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENGADAKAN ZI-ARAH KE MASJID AL-AQSA

PERANCANGAN MEMBINA LALUAN KERETA KABEL BERDEKATAN DENGAN MASJID AL-AQSA

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENYERANG AGENSI ME-DIA “CIOBRS”

POLIS ISRAEL MENYENARAI HITAM BEBERAPA ORANG PEN-DUDUK PALESTIN YANG AKAN DIBURU

KECEDERAAN 7 ORANG ANG-GOTA TENTERA ISRAEL DALAM SERANGAN DI JURUSALEM

Page 2: Alquds in malay issue 59 hi re

2 | Issue No 59 // 18 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

MAJLIS FIQH ISLAM AKAN MENGKAJI SEMULA HUKUM MENZIARAHI AL-QUDS DAN MASJID AL-AQSA DI BAWAH

SELIAAN ISRAEL

Kesatuan Ulama’ Islam Antarabangsa menegaskan bahawa dalam keadaan sekarang yang mana penduduk-penduduk Palestin, tanah mereka, dan tempat-tempat suci di sana terdedah kepada pelanggaran-pelanggaran Israel, maka umat Islam tiada pilihan lain kecuali menentang mereka dengan segala apa yang yang dimiliki dan menggunakan segala cara yang mungkin.

Kesatuan itu juga menyebut bahawa “Al-Quds yang merupakan tempat suci umat Islam, dan rakyat palestin sendiri kini terdedah kepada bahaya besar akibat daripada perlakuan Israel, pendatang-pendatang mereka, dan proses pengyahudian sekaligus menguatkan bahawa konflik yang berlaku disebabkan Israel bukan seka-dar konflik di sempadan sahaja tetapi merupakan konflik antara Israel dengan umat Arab dan Islam keselu-ruhannya.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 4/3/2014

Page 3: Alquds in malay issue 59 hi re

| 3Issue No 59 // 18 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

ORANG-ORANG ISLAM DI AFRIKA SELATAN BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENGADAKAN

ZIARAH KE MASJID AL-AQSA

Pengarah Majlis Kehakiman Islam di Republik Afrika Selatan, Syeikh Ihsan Hendricks berkata, sesungguhnya umat Islam di Afrika Selatan begitu bersungguh-sungguh untuk menziarahi Masjid Al-Aqsa selain melawat Pales-tin dan Jurusalem. Hendricks menambah, bahawasanya ziarah ke Masjid Al-Aqsa pada waktu-waktu sukar yang dilalui oleh umat Islam di sana merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang Islam sebagai sokongan kepada mer-eka dan sebagai bukti bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi penentangan kejam Israel. Beliau juga meminta supaya umat Islam sentiasa berdiri di belakang penduduk Al-Quds kerana mereka itu sebenarnya me-wakili keseluruhan umat Islam dalam mempertahankan tempat paling suci Islam di atas muka bumi ini selepas Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 6/3/2015

Page 4: Alquds in malay issue 59 hi re

4 | Issue No 59 // 18 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PERANCANGAN MEMBINA LALUAN KERETA KABEL BERDEKATAN DENGAN MASJID AL-AQSA

Akhbar Yahudi “Hareetz” mendedahkan bahawa majlis perbandaran Israel di Al-Quds kini dalam rangka projek mereka bentuk baru landasan kereta kabel yang dirancang untuk dibina diatas kota lama Al-Quds dan di atas kawasan Masjid Al-Aqsa.

Akhbar itu juga menyebut bahawa majlis perbandaran telah pun mengadakan perbincangan bersama sebuah syarikat pembinaan Perancis “SAFEGE” baru-baru ini dalam mengkaji landasan dan laluan kereta kabel itu, kos pembinaannya, dan segala kemungkinan berkaitan hal pembinaan itu. Syarikat Perancis itu merupakan sebuah syarikat pembinaan antarabangsa yang khas dalam bidang pembinaan kereta kabel.

Akhbar Hareetz menjelaskan bahawa syarikat ELAD milik pendatang yahudi dan syarikat “Pemban-gunan Al-Quds” turut terlibat dalam perancangan projek itu sekira-kira pembinaan itu berhadapan dengan tempat pembinaan pusat pelawat berdekatan dengan Tembok Ratapan. Katanya lagi, majlis perbandaran Israel akan mendedahkan mengenai perancangan projek ini dalam masa 2 minggu akan datang dalam satu sidang akhbar yang akan diadakan di kota itu.

Dalam kes berkaitan, Pusat “Media Jurusalem/CIOBRS” berkata bahawasanya kereta kabel itu akan pergi dalam jarak 2.3 kilometer dalam masa 5 minit dengan membawa 5000 penumpang, sekira-kira setiap satu kereta kabel itu boleh memuatkan 5 orang penumpang. Oleh itu, puluhan tiang akan dipa-cakkan sepanjang jarak itu supaya mampu membawa kereta-kereta kabel tersebut. Kos yang diper-lukan untuk pembinaan itu adalah sekitar 125 juta syikal iaitu lebih daripada 30 juta dolar Amerika.

Sumber: Laman Web “Palestin 48” bertarikh 8/3/2015

Page 5: Alquds in malay issue 59 hi re

| 5Issue No 59 // 18 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENYERANG AGENSI MEDIA “CIOBRS”

Pihak berkuasa Israel pada tengahari Isnin (3/9) telah meny-erang ibu pejabat agensi “CIOBRS” di Umm Al-Fahm. CIO-BRS merupakan sebuah agensi media yang bertanggungjawab memantau hal ehwal Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa. Pihak Is-rael telah merampas beberapa fail arkib dan komputer-komput-er milik agensi mereka dan menahan beberapa orang wartawan, petugas media dan pekerja-pekerja di situ. Antaranya ialah Dr Hikmat Naamneh, Saher Ghazzawi, Anis Ghanayem, Badar Muhajneh, dan Badar Ighbariyah. Mereka ini telah ditahan dan dibawa ke sebuah tempat rahsia namun kemudiannya dibebas-kan semula.Dalam kes lain yang berkaitan, pihak berkuasa Israel juga di-dapati menyerang rumah Taufiq Mahamid, salah seorang pe-kerja di agensi “CIOBRS”, dan mendatangkan kerosakan di rumah tersebut. Mereka telah mencabut dan merosakkan jubin rumah, mengoyakkan karpet-karpet dan menceroboh keselu-ruhan kawasan dalam rumah tersebut. Seorang lagi mangsa, Muhammad Khairi yang merupakan wartawan “Laman Web Palestin 48” juga dilaporkan telah diganggu oleh tentera Israel ketika menjalankan tugasnya. Mereka telah merampas kamera dan telefon bimbit miliknya seterusnya memadamkan gambar-gambar di dalamnya.

Sumber: Laman Web “Palestin 48” bertarikh 9/3/2015

Page 6: Alquds in malay issue 59 hi re

6 | Issue No 59 // 18 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Akhbar Yahudi “Hareetz” pada hari Selasa (10/3) mendedahkan ba-hawa polis Israel telah pun menyenarai hitamkan beberapa nama penduduk Arab di Jurusalem yang diperintahkan untuk diburu dan ditahan. Bahkan pegawai-pegawai perbandaran Israel juga diarah-kan supaya sentiasa menyemak dan mengemaskini senarai hitam tersebut beserta dengan no kad pengenalan penduduk-penduduk tersebut sekiranya terdapat sebarang penambahan dan mengkaji hukuman apakah yang sesuai dengan mereka, samada perobohan rumah, penutupan premis perniagaan, ataupun pengenaan cukai ke atas mereka. Akhbar itu turut menyebut bahawa senarai itu men-gandungi ratusan nama penduduk Al-Quds dan kebanyakan nama yang terdapat di dalamnya merupakan pemimpin-pemimpin tempa-tan dan juga mereka yang pernah ditahan sebelumnya kerana terli-bat dalam demonstrasi melawan Israel.

Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 10/3/2015

POLIS ISRAEL MENYENARAI HITAM BEBERAPA ORANG PENDUDUK PALESTIN YANG AKAN

DIBURU

Page 7: Alquds in malay issue 59 hi re

| 7Issue No 59 // 18 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Sumber-sumber media Yahudi mengesah-kan bahawa 7 orang anggota tentera Israel yang terdiri daripada pengawal sempadan mengalami kecederaan dalam satu serangan pada pagi Jumaat (6/3) di kejiranan Syeikh Jarrah di Jurusalem. Kecederaan 3 orang daripada mereka disifatkan sebagai seder-hana dan serius. Manakala pelaksana seran-gan, Muhammad Mahmud As-Sulaimeh (21 tahun) yang merupakan penduduk kejiranan “Ra’s Al-A’mud” pula mengalami cedera teruk dan dipindahkan ke hospital dengan segera. Pihak polis telah pun memanggil ayahnya untuk disoal siasat. Dan pihak mah-kamah majistret pada hari Sabtu (7/3) telah melanjutkan tempoh penahanan Muhammad As-Sulaimeh sehingga tarikh 16/3/2015.

KECEDERAAN 7 ORANG ANGGOTA TENTERA ISRAEL DALAM SERANGAN DI JURUSALEM

Page 8: Alquds in malay issue 59 hi re

8 | Issue No 59 // 18 March , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Page 9: Alquds in malay issue 59 hi re

| 9Issue No 59 // 18 March , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin, yang juga Pengarah Hal Ehwal Juru-salem, Ahmad Qurei mengutuk perancangan pihak berkuasa Israel yang ingin mewujudkan kereta kabel di kawasan Kota Lama Al-Quds. Beliau menjelaskan bahawa projek ini akan melalui wilayah Silwan ke tempat-tempat suci dan kawasan perkuburan pintu Al-Rahmah seterusnya tembok-tembok Masjid Al-Aqsa dan tempat-tempat bersejarah lainnya sehingga ke Bukit Zaitun, dan akan mendatangkan kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap Kota Al-Quds.

Qurei juga menyeru umat Arab dan Islam, Pertubuhan Persidangan Islam dan Liga Arab supaya sedar akan kepentingan mengambil tindakan segera bagi menghentikan permusuhan harian yang berterusan oleh Israel yang berlaku di Al-Quds dan tempat-tempat suci Islam dan Kristian, khususnya di Masjid Al-Aqsa yang mulia.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 10/3/2015

QUREI MENGUTUK PERANCANGAN ISRAEL YANG MAHU MEMBINA KERETA KABEL DI KAWASAN KOTA

LAMA AL-QUDS