Alquds in malay issue 66 hi re

8
| 1 Issue No 66 // 20 MAY , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 20 MAY 2015, Issue no 66 SYEIKH RAED SOLAH: UAE MENYUMBANG DANA KEPADA PENGYAHUDIAN JURUSALEM Isu minggu ini : Pengerusi Gerakan Islam Syeikh Raed Solah menguatkan kesahihan mak- lumat tentang sumbangan UAE kepada Israel untuk proses pengyahudian Jurusalem. Syeikh Raed Solah berterus terang mengenai perkara itu dalam sebuah rancangan temubual yang diadakan di saluran BBC berbahasa Arab, katanya: “Sesungguhnya kami mempunyai maklumat yang dipercayai ba- hawa duit pembelian 34 buah rumah di Kota Jurusalem yang telah sam- pai di bank Yahudi adalah daripada negara UAE. Akan tetapi beliau tidak menunjukkan siapakah (secara tepatnya) dalang kepada pembelian tersebut, dan sekadar berkata bahawa ianya datang daripada pertubuhan-pertubuhan yang berada di UAE. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh KIRA-KIRA 100 PENAHANAN DIREKODKAN SEJAK AWAL TAHUN INI UNESCO MENGELUARKAN KEPUTUSAN BAHAWA AL- AQSA ADALAH SEPENUHNYA TANAH SUCI JURUSALEM BUAT KALI PERTAMANYA KONVOI NETANYAHU DIIRINGI OLEH PENEMBAK TEPAT DAN UNIT-UNIT KHAS TENTERA ISRAEL MEMBUNUH SEORANG REMAJA PALES- TIN DI BENTENG PEMISAH DI TIMUR JURUSALEM TURKI: PEMBIDAAN TENDER- TENDER PROJEK PERUMA- HAN DI JURUSALEM ADALAH BERTENTANG DENGAN UNDANG-UNDANG ANTARA- BANGSA

description

 

Transcript of Alquds in malay issue 66 hi re

Page 1: Alquds in malay issue 66 hi re

| 1Issue No 66 // 20 MAY , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 66 // 20 MAY , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

20 MAY 2015, Issue no 66

SYEIKH RAED SOLAH: UAE MENYUMBANG DANA KEPADA PENGYAHUDIAN JURUSALEM

Isu minggu ini :

Pengerusi Gerakan Islam Syeikh Raed Solah menguatkan kesahihan mak-lumat tentang sumbangan UAE kepada Israel untuk proses pengyahudian Jurusalem. Syeikh Raed Solah berterus terang mengenai perkara itu dalam sebuah rancangan temubual yang diadakan di saluran BBC berbahasa Arab, katanya: “Sesungguhnya kami mempunyai maklumat yang dipercayai ba-hawa duit pembelian 34 buah rumah di Kota Jurusalem yang telah sam-pai di bank Yahudi adalah daripada negara UAE. Akan tetapi beliau tidak menunjukkan siapakah (secara tepatnya) dalang kepada pembelian tersebut, dan sekadar berkata bahawa ianya datang daripada pertubuhan-pertubuhan yang berada di UAE.Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh

KIRA-KIRA 100 PENAHANAN DIREKODKAN SEJAK AWAL TAHUN INI

UNESCO MENGELUARKAN KEPUTUSAN BAHAWA AL-AQSA ADALAH SEPENUHNYA TANAH SUCI JURUSALEM

BUAT KALI PERTAMANYA KONVOI NETANYAHU DIIRINGI OLEH PENEMBAK TEPAT DAN UNIT-UNIT KHAS

TENTERA ISRAEL MEMBUNUH SEORANG REMAJA PALES-TIN DI BENTENG PEMISAH DI TIMUR JURUSALEM

TURKI: PEMBIDAAN TENDER-TENDER PROJEK PERUMA-HAN DI JURUSALEM ADALAH BERTENTANG DENGAN UNDANG-UNDANG ANTARA-BANGSA

Page 2: Alquds in malay issue 66 hi re

2 | Issue No 66 // 20 MAY , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

KIRA-KIRA 100 PENAHANAN DIREKODKAN SEJAK AWAL TAHUN INI

Menurut statistik yang dibuat oleh pusat media CIOBRS, mereka melaporkan bahawa kira-kira 100 orang rakyat Palestin telah ditahan sejak awal tahun 2015 sehinggalah hari Isnin (24/4). Penahanan mereka berlaku ketika berada di dalam Masjid Al-Aqsa. Antara sebab penahanan pula adalah samada melaungkan takbir ataupun menghalang pencerobohan warga Israel terhadap Al-Aqsa.

Statistik turut menunjukkan bahawa kebanyakan mereka ditahan usai solat Zohor dan Asar, ketika ingin keluar dari pintu-pintu masjid, dan ditahan di Beit El-Yahu berdekatan dengan Pintu Silsilah kemudian di bawa ke pusat operasi Al-Qishleh berdekatan dengan Pintu Al-Khalil untuk disoal siasat. Sebahagi-annya akan dibebaskan beberapa jam kemudian, manakala yang lainnya akan dilanjutkan tempoh pe-nahanannya sehingga hari berikutnya sebelum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah supaya diusir dari Al-Aqsa dalam tempoh antara 15 hingga 90 hari dan membayar denda sebanyak 500 hingga 2000 syikal.

Antara lain, kajian tersebut turut menyenaraikan jumlah tahanan pada setiap tahun seperti 2011 dengan 70 kes penahanan dan pengusiran, 2012 dengan lebih dari 15 kes, dan 2013 dengan 21 kes. Manakala pada tahun 2014, bilangan itu meningkat secara mendadak dengan mencatatkan penahanan 150 kes, dan 45 daripadanya merupakan wanita. Mulai tahun 2015 sehinggalah hari Isnin (24/4), telah dicatatkan 100 kes dan kebanyakannya adalah wanita dari pelbagai lapisan umur.

Peguam yang juga pengerusi Gerakan Hak Asasi Al-Quds, Umar Al-Khumaisi menegaskan bahawa pe-nahanan- penahanan itu merupakan sesuatu yang menyalahi undang-undang , sambil mengatakan ba-hawa pihak Israel mendakwa terdapat bukti-bukti sulit sehingga menyebabkan penambahan tempoh penahanan mereka sehingga berhari-hari dan kadang- kadang berbulan-bulan.

Peguam yang turut diusir dari Al-Aqsa selama 6 bulan, Khalid Zabarqah, membayangkan bahawa ke-mungkinan polisi yang diguna pakai Israel akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan peningkatan kes tahanan dan pengusiran di masa akan datang, sambil menambah bahawa gerakan-gerakan di Palestin perlu berbuat sesuatu sekarang

Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh

Page 3: Alquds in malay issue 66 hi re

| 3Issue No 66 // 20 MAY , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

UNESCO MENGELUARKAN KEPUTUSAN BAHAWA AL-AQSA ADALAH SEPENUHNYA TANAH SUCI

JURUSALEM

Menteri Wakaf Dan Hal Ehwal Agama, Yusuf Adeis pada hari Rabu (22/4) menyambut baik kepu-tusan Pertubuhan Pendidikan, Sains Dan Kebudayaan UNESCO yang menerima pakai keputusan Jordan dan Palestin yang menetapkan bahawa Masjid Al-Aqsa itu sepenuhnya merupakan tanah suci Jurusalem, dan Pintu Mugharabah juga merupakan sebahagian daripadanya.

Keputusan itu juga menggesa negara Yahudi supaya berpegang dengan keputusan UNESCO yang berkait dengan permasalahan mengenai warisan kota lama Jurusalem dan dinding- dindingnya yang diletakkan di dalam “senarai warisan dunia Islam” oleh Jordan sejak tahun 1981, dan “senarai wari-san yang terancam” sejak tahun 1982. Mereka turut menyeru negara Yahudi itu supaya menghenti-kan semua penggalian, pembinaan terowong, dan perobohan dari dalam Jurusalem dan sekitarnya, seterusnya menghentikan perlanggaran dan pencabulan hak yang akan menimbulkan ketegangan dan menambah konflik antara agama di sana. Antara lain, menjauhkan diri dari masuk campur urusan baik pulih Masjid Al-Aqsa, menghentikan penutupan pintu masjid, dan membiarkan urusan baik pulih laluan Pintu Mugharabah.

Israel turut diseru supaya menghentikan serangan harian yang dicetuskan oleh pelampau- pelampau yahudi dan tentera-tentera di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa, dan serangan terhadap pekerja- pe-kerja Islam dan pemimpin-pemimpin mereka yang berada di Jurusalem. Begitu juga mereka diminta menghentikan perubahan sebhagian daripada bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan Islam ke-pada rumah ibadat yahudi, dan pertukaran beberapa nama lama di jalan -jalan dan tempat-tempat sejarah kepada nama yahudi.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh

Page 4: Alquds in malay issue 66 hi re

4 | Issue No 66 // 20 MAY , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

BUAT KALI PERTAMANYA KONVOI NETANYAHU DIIRINGI OLEH PENEMBAK TEPAT DAN UNIT-UNIT

KHAS

Kerajaan Israel telah meletakkan sepasukan unit khas untuk menjaga kes-elamatan Perdana Menteri mereka ketika dalam perjalanannya untuk men-ziarahi perkuburan “Herzl” di Jurusalem, bersempena dengan “hari mem-peringati kematian tentera-tentera Israel” yang jatuh pada pada hari Rabu (22/4).Sebilangan tentera yang dinamakan “pasukan anti- keganasan” yang dileng-kapi dengan senjata dilihat berkonvoi mengawal kereta Perdana Menteri yang ditutupi oleh kain putih itu dan kereta beberapa VIP lain. Begitu juga dengan beberapa orang penembak tepat yang dilihat mengawal dari atas bangunan-bangunan yang berdekatan dengan tempat itu.Menurut satu saluran tv, ini merupakan kali pertama Perdana Menteri Is-rael dikawal dengan sebegitu rapi ketika memberi ucapan sempena “hari memperingati kematian”, yang mana menunjukkan bahawa terdapat kebim-bangan terhadap kemungkinan berlaku serangan yang disasarkan kepada Netanyahu dan pemimpin-pemimpin utama Israel daripada rakyat Palestin.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh

Page 5: Alquds in malay issue 66 hi re

| 5Issue No 66 // 20 MAY , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

TENTERA ISRAEL MEMBUNUH SEORANG REMAJA PALESTIN DI BENTENG PEMISAH DI TIMUR JURUSALEM

Tentera Israel telah membunuh seorang remaja Palestin Said Abu Ghanam (16 tahun), ketika dia melalui benteng itu bersama salah seorang rakannya pada pertengahan malam Jumaat (24/4). Saksi kejadian mengesahkan bahawa sekumpulan tentera Israel didapati menghalang laluan dan mengh-entikan remaja-remaja itu lalu memprovok mereka. Kemudian telah berlaku satu pergelutan kecil antara remaja itu (Abu Ghanam) dengan salah seorang tentera disebabkan kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh tentera tersebut kepada remaja perempuan yang berada bersamanya ketika itu, lalu tiba-tiba tentera tersebut melepaskan tembakan yang mengakibatkan kesyahidan serta merta remaja itu.Adapun di pihak tentera Israel, mereka telah mereka sebuah kisah bohong dengan perantaraan seorang tentera Israel Luba Samiri. Dia berkata: “Sesungguhnya remaja itu telah berjalan ke arah seorang tentera sambil mengacukan sebilah pisau yang tajam dan cuba untuk menikam tentera tersebut den-gannya, yang mana menyebabkan dia menembak remaja itu serta merta.” Perkara ini dinafikan oleh saksi kejadian keseluruhannya. Tentera-tentera itu kemudiannya menuju ke rumah as-syahid dan me-nyerang serta mengganggu seisi rumah berkenaan, lalu menangkap bapanya. Namun, dia dibebaskan beberapa jam selepas itu.Kejadian itu telah mendapat perhatian ramai yang berkabung ke atasnya pada pagi Isnin (27/4), sam-bil mengangkat bendera Palestin dan mengecam perbuatan kejam tentera-tentera tersebut. Adapun, jasad Abu Ghanam sampai agak lambat, dan pihak Israel memberikan alasan bahawa kelewatan itu adalah disebabkan oleh ribuan manusia yang berkabung ke atasnya di jalan raya, sedangkan mereka (Israel) awal- awal lagi telah meletakkan syarat bahawa hanya 70 orang dibenarkan untuk mengikuti jenazah.Sumber: Laman Web “Palestin48” + Pusat Berita Palestin + Akhbar Al-Quds bertarikh

Page 6: Alquds in malay issue 66 hi re

6 | Issue No 66 // 20 MAY , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Tentera Israel telah membunuh seorang remaja Palestin Said Abu Ghanam (16 tahun), ketika dia me-lalui benteng itu bersama salah seorang rakannya pada pertengahan malam Jumaat (24/4). Saksi ke-jadian mengesahkan bahawa sekumpulan tentera Israel didapati menghalang laluan dan menghentikan remaja-remaja itu lalu memprovok mereka. Kemudian telah berlaku satu pergelutan kecil antara remaja itu (Abu Ghanam) dengan salah seorang tentera disebabkan kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh tentera tersebut kepada remaja perempuan yang berada bersamanya ketika itu, lalu tiba-tiba tentera tersebut melepaskan tembakan yang mengakibatkan kesyahidan serta merta remaja itu.

Adapun di pihak tentera Israel, mereka telah mereka sebuah kisah bohong dengan perantaraan seorang tentera Israel Luba Samiri. Dia berkata: “Sesungguhnya remaja itu telah berjalan ke arah seorang ten-tera sambil mengacukan sebilah pisau yang tajam dan cuba untuk menikam tentera tersebut dengan-nya, yang mana menyebabkan dia menembak remaja itu serta merta.” Perkara ini dinafikan oleh saksi kejadian keseluruhannya. Tentera-tentera itu kemudiannya menuju ke rumah as-syahid dan menyerang serta mengganggu seisi rumah berkenaan, lalu menangkap bapanya. Namun, dia dibebaskan beberapa jam selepas itu.

Kejadian itu telah mendapat perhatian ramai yang berkabung ke atasnya pada pagi Isnin (27/4), sambil mengangkat bendera Palestin dan mengecam perbuatan kejam tentera-tentera tersebut. Adapun, jasad Abu Ghanam sampai agak lambat, dan pihak Israel memberikan alasan bahawa kelewatan itu adalah disebabkan oleh ribuan manusia yang berkabung ke atasnya di jalan raya, sedangkan mereka (Israel) awal- awal lagi telah meletakkan syarat bahawa hanya 70 orang dibenarkan untuk mengikuti jenazah.

Sumber: Laman Web “Palestin48” + Pusat Berita Palestin + Akhbar Al-Quds bertarikh

TENTERA ISRAEL MEMBUNUH SEORANG REMAJA PALESTIN DI BENTENG PEMISAH DI TIMUR

JURUSALEM

Page 7: Alquds in malay issue 66 hi re

| 7Issue No 66 // 20 MAY , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Menteri Luar Turki pada petang Isnin (27/4), ber-kata bahawa perbuatan kerajaan Israel yang mem-buka bidaan kepada projek pembinaan 77 unit pen-empatan di Jurusalem adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Beliau menjelaskan yang perkara itu tidak dapat diterima sama sekali. Tambahnya lagi, penerusan projek-projek haram seperti itu hanya akan memudaratkan kedua-dua buah negara dan menyukarkan proses pemulihan antara keduanya, bahkan meragukan masyarakat antarabangsa kepada kesungguhan kerajaan Israel untuk membina keamanan di antara keduanya.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh .

TURKI: PEMBIDAAN TENDER-TENDER PROJEK PERUMAHAN DI JURUSALEM ADALAH BERTENTANG

DENGAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Page 8: Alquds in malay issue 66 hi re

8 | Issue No 66 // 20 MAY , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News