Alter Terahsia Bangsa Melayu

29
Home PostsRSS CommentsRSS Edit Wednesday, October 9, 2013 Siri Jalan-jalan Sejarah Bersama Srikandi Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat sejarah dan pembaca.Saya Srikandi,rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi akan memperkenalkan anda semua kepada siri baru di MistisFiles sementara menanti siri-siri artikel dari para penyumbang di MistisFiles. Sementara ini MistisFiles masih dalam musim siri The Matrix namun kelewatan penulisnya (M.O) untuk menghubungi saya membuatkan saya sebagai moderator MF bercadang untuk memulakan program kelolaan saya sendiri memandangkan siri 'killer' saya iaitu Alter Terahsia Bangsa Melayu telah pun menamatkan musimnya yang lalu. Tidak lupa juga ucapan pembukaan ini saya tujukan kepada pembaca istimewa,iaitu para InnerCircle yang mendapat tempat istimewa dalam MistisFiles. Jadi,sementara kita menunggu artikel Matrix,anda bolehlah 'mengikut' saya pusing satu dunia jalan-jalan ke tempat- tempat bersejarah sambil mendengar celoteh saya mengenai sejarah tempat tersebut dan kepentingan mempelajari sejarah. Selanjutnya di Mistisfiles.... Posted by Mistis Organization at 12:53 AM || 68 comments Saturday, December 8, 2012 Alter Terahsia Bangsa Melayu XXI FanPage SK Srikandi Promote Your Page Too Siapa Srikandi Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang sejarah. Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,Rewriting History Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics Divide and Rule,Chronological Conspiracy,History Exploitation Conspiracy Studies dan Genealogy Studies. Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles,sebuah medium internet yang diwujudkan oleh Mistis Organization. Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. Makan Dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu On these ruins,I write my ancient chronicles... Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/ 1 of 29 10/2/2014 7:40 PM

description

secret story of Malay

Transcript of Alter Terahsia Bangsa Melayu

Home PostsRSS CommentsRSS Edit

Wednesday, October 9, 2013

Siri Jalan-jalan Sejarah Bersama Srikandi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat sejarah dan pembaca.SayaSrikandi,rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi akan memperkenalkan anda semua kepada siri baru di MistisFilessementara menanti siri-siri artikel dari para penyumbang di MistisFiles.

Sementara ini MistisFiles masih dalam musim siri The Matrix namun kelewatan penulisnya (M.O) untukmenghubungi saya membuatkan saya sebagai moderator MF bercadang untuk memulakan program kelolaan sayasendiri memandangkan siri 'killer' saya iaitu Alter Terahsia Bangsa Melayu telah pun menamatkan musimnya yanglalu.

Tidak lupa juga ucapan pembukaan ini saya tujukan kepada pembaca istimewa,iaitu para InnerCircle yang mendapattempat istimewa dalam MistisFiles.

Jadi,sementara kita menunggu artikel Matrix,anda bolehlah 'mengikut' saya pusing satu dunia jalan-jalan ke tempat-tempat bersejarah sambil mendengar celoteh saya mengenai sejarah tempat tersebut dan kepentingan mempelajarisejarah.

Selanjutnya di Mistisfiles....

Posted by Mistis Organization at 12:53 AM | | 68 comments

Saturday, December 8, 2012

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXI

FanPage SK

Srikandi

Promote Your Page Too

Siapa Srikandi

Beliau seorang penyelidik bebas berlatarbelakangkan bidang sejarah.

Beliau memiliki pengkhususan dalam bidangHistory Manipulation,Rewriting HistoryConspiracy,History Restoration Data,HistoryTactics Divide and Rule,ChronologicalConspiracy,History Exploitation ConspiracyStudies dan Genealogy Studies.

Srikandi adalah penulis tetap dalamMistisFiles,sebuah medium internet yangdiwujudkan oleh Mistis Organization.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salahsebuah universiti tempatan.

Makan Dalam

Alter Terahsia Bangsa MelayuOn these ruins,I write my ancient chronicles...

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

1 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Selamat datang ke tuan-tuan dan puan-puan!Namaku Srikandi.Daku adalah cucu kepada penjaga semua peti-petiini.Sekarang semua peti-peti ini telah dikunci.Dan kuncinya berada di dalam genggaman daku.Daku telahdiwasiatkan untuk memegang rahsia dalam peti ini,kerana ia mengandungi rahsia orang berdagang,orangbermusafir dan raja-raja.Mari ikut Srikandi ke balairong seri.

Lihat disini,pertama-tama daku diajar oleh empunya peti bahawa terdapat tiga tulisan disini.Tulisan orangMesir,tulisan orang Kanaan dan tulisan orang Parsi.Di sini daku diajar rahsia orang berdagang dan orang pulang kenegeri asal.Daku juga diajar bahasa-bahasa dan peradaban kuno.Di sini,Srikandi nak tunjukkan satu lukisan kunoyang menggambarkan seekor ular laut yang besar.Ular besar ini adalah lambang kepada seorang raja yang pernahmemerintah Asia Tenggara beribu tahun dahulu.Kisah pelayaran bertemu raja ini tersebut dalam kesusasteraanMesir Purba dari Era Kerajaan Pertengahan 'Tale of the Shipwrecked Sailor',di mana pengembara dari Mesir Purbatelah bertemu dengan raja ular ini.Raja ini ketawa mendengar kata-kata orang Mesir itu yang menawarkan hadiahberupa kemenyan wangi kerana menolongnya dalam kesusahan,tetapi anehnya raja ular itu sebaliknya memberitahubahawa dia adalah raja bagi kepulauan itu yang memang kaya dengan wangian dan kemenyan.

Si empunya peti telah mengajarkan kepada daku hikayat dari The Egyptian Book of Dead,tulisan-tulisan hiroglifyang menceritakan seorang raja bernama Hari.Raja ini mempunyai perdagangan maritim antara timur barat danterkenal dengan perdagangan emas dan kemenyan.Empayarnya dikenali sebagai The King's Mines (Lombong raja)oleh penguasa Mesir Purba yang terkemudian.

Daku pada mulanya sangsi dengan semua ini.Namun rahsia tentang raja ular itu sebenarnya terpelihara dari mulutke mulut,memakan masa beribu-ribu tahun,oleh pelbagai etnik dan bangsa yang bersilihganti.Jadi Srikandi telahmenemui kunci bagi masalah ini,yang tersembunyi dalam riwayat Kaundinya dan Soma,atau Mera...anak kepadaraja ular itu!

Ini memerlukan Srikandi membaca riwayat purba Khmer,dan rekod dari Champa di Myson,Vietnam.NamunSrikandi telah menemui satu keganjilan dalam riwayat Mera ini.Keganjilan ini adalah sesuatu yang pelik dan inimemandu Srikandi kepada khazanah yang lebih bernilai dari The King Solomon's Mines.Srikandi telah berjumpalombong wangian kepunyaan The King of Serpent yang mengetawakan kekayaan raja Mesir Purba yang tidaksetanding dengannya.

The Naga King's Daughter telah memberitahu daku siapakah Merong dan jalan ke King's Mines!

The Bloodline of Naga King's Daughter

Koloborasi saya dengan 6 blogger lain.>>MakanDalam adalah buku penulisan pendapat dari tujuhpenulis iaitu ; Hamka Kereta Mayat,Cik SrikandiMistisfiles, The Other Khairul, Nizam Archibald,Karl Naim, Penulis Sahaja, Alexia Aqram.Sila klikgambar untuk mendapatkannya!

Vampire of Grahi

Berdasarkan kisah misteri dari sebuah manuskrippurba berusia 700 tahun yang silam.Klik gambaruntuk akses kepada dejavu penuh misteri

Sebagai memenuhi permintaan peminat,saya akanterbitkan satu 'urban-chronicles' tentang Vampireof Grahi.Asal-usulnya.Salasilahnya lengkap dengancatatan sejarah dan fakta yang 'real'.

Riwayat Terahsia

▼ 2013 (1)

▼ October (1)

Siri Jalan-jalan Sejarah Bersama Srikandi

► 2012 (6)

► 2011 (26)

► 2010 (28)

Certificate of The Bloodline

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

2 of 29 10/2/2014 7:40 PM

(....she lives in a house on earth because the Nagas would die from the constants presence in the underworld.PreahThong marries her.From Indra she received her son,Keto Mala...)

-Sejarah Diraja Khmer,terjemahan oleh Moura 1883

Benang-benang merah antara riwayat Khmer dengan sejarah bangsa Melayu akan dapat diketahui jika kita bijak'read between the lines' sebagaimana membaca Hikayat Merong Mahawangsa.Hikayat ini mesti dibacabersama-sama Riwayat Diraja Khmer,atau kodeks-kodeks Mon purba yang kini telah disalin ke bahasa Thai eraKlasik.Sejarah bangsa Melayu di Indochina amat tua,setanding dengan misteri sejarah Melayu di Borneo.Beberaparahsia akan dapat diketahui dengan berpandukan riwayat Khmer dan batu bersurat yang dipahat oleh raja-rajaCham.Apabila kita dapat memecahkan kod-kod di dalam riwayat-riwayat ini,kita akan dapat mengetahui siapakahThe King of Serpent yang dicatat oleh pencatat istana Mesir Purba sebagaimana yang dicatat dalam Ameni-amennaCodex.

Rahsia pertama yang kita cuba untuk membongkarnya,ialah mengapa di dalam tradisi Khmer mengaitkan pengasaskepada Funan ialah anak perempuan kepada 'King of Serpent'.Juga kisah 'King of Serpent' juga tercatat di tempatsuci Cham di Myson.Kebetulan?Apakah rahsia yang sebenarnya cuba untuk dijelaskan di sini?Di dalam riwayatKhmer juga ada diberitahu,ketika Kaundinya (bapa bangsa Khmer) tiba Indochina,'Cham King' atau raja Chamsudah lama bertapak dan memiliki wilayah yang luas di Indochina.Finot(1911,31) yang memetik dari rekod dirajaKhmer:

Adityavamsa, king of Indraprastha, is discontented with one of hissons, Prah Thong, and expels him from his kingdom. The princearrives at Kouk Thlok, where a Cham ruler reigns. The princeusurps the throne. One day, the tide comes up sooner than expectedand the prince has to pass the night on a sandbank. Anigi of great beauty comes to play on the beach. Prah Thong fallsin love with her and obtains her consent to marriage. The kingof the nagas, her father, enlarges the land area by drinking the waterthat covers the land, builds him a capital, and changes the name ofthe land to Kambuja.

Di sini kita tahu bahawa nama 'Cham' muncul dalam terjemahan Finot dari rekod asal Khmer itu.Inibermakna,dalam sejarah Khmer,orang Cham tidak mampu diketepikan sama sekali dan jika dalam sejarah Khmer(Khmer Annals) sendiri mengaku bahawa sebelum kewujudan bangsa Khmer,bangsa Cham telah lama wujud diInddochina (Kok Thlok).Persoalannya,mengapa kita mesti merujuk kepada 'Khmer' dan 'Cham' untuk menjejaksejarah bangsa Melayu?

Hubungan Antabangsa

Jika kita membaca Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu,SL) kita akan mendapati bahawa karya sejarah itu banyakmenyebutkan beberapa kerajaan di sekeliling Melaka.Ya,SL adalah rekod sejarah yang ditulis untuk menceritakantentang Melaka,sebuah negarakota-pelabuhan (seaport) yang pengaruhnya mengawal wilayah dari Singapura hinggaPatani,dan sebahagian Sumatera.SL seakan-akan kodeks atau rekod sebuah dinasti sepertimana dinasti-dinasti

TazkirahPerihal Di dalam Sunnah Ada Kejayaan2 years ago

The Gems of Srikandi

1)The Gems of Srikandi

Kompilasi Catatan Srikandi untuk memahamiVampire of Grahi (sila klik).Cerita ni memangkompleks dan siapa yang tak paham sejarahMelayu Segenting Kra dengan Siam memang lost....

1)buat pembayaran RM10 sahaja di sini (akaunfreelancer Srikandi):

>>>http://goo.gl/ZAnjH

2)bayar mesti dapat resit kan?screenshot resit tu(printscreen),pakai hp camera ke...atau scan...lepastu emel ke: [email protected]

3)nanti Srikandi approvekan dan emelkan 'TheGems of Srikandi' pada anda ek.

2) Hikayat Daik & Elizabelle

Ini adalah karya dan idea Srikandi dengan bantuanseorang freelancer Srikandi.Ia berkonsepkanfiksyen-sejarah dan berlatarbelakangkan eraSrivijaya.

Dalam siri pertama ini,ia mengandungi 134mukasurat.Terdiri dari 6 bab.

Ia ada sambungan dia.Semua ada 15 bab.

sila ke laman ini untuk menempah:>>>sasterawati

Semua pembayaran adalah dianggap sebagai'donation' untuk projek punk_historian

Penyejuk Hati

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

3 of 29 10/2/2014 7:40 PM

China dan sesungguhnya SL adalah karya yang amat berharga dan penting sekali bagi bangsa Melayu khususnya danrumpun Nusantara/Austronesia amnya.SL juga seperti Kakawin Negarakertagama,iaitu himpunan puisi yangmenceritakan tentang Majapahit.Pendek kata SL adalah rekod tentang Kesultanan Melaka.Sebab itu,SL kerapdijadikan rujukan kepada sejarah bangsa Melayu dan ini mendatangkan satu kesan negatif,iaitu menyangka bahawasejarah Melayu hanya bermula di Melaka.Mujurlah,sebuah 'federation' yang wujud di Segenting Kra hingga keKedah,iaitu Langkasuka,telah berjaya menyimpan sejarah orang Melayu di utara di dalam satu prosa sejarahagung,iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.

Apa yang ingin ditekankan di sini,sejarah Melayu tidak boleh tidak pasti akan menyebutkan tentang hubunganantarabangsa mereka.Ini adalah WAJIB dalam karya-karya Melayu.Ini kerana,bangsa Melayu adalahpengembara,pelayar dan pedagang pada masa silam.Adalah pelik,jika kita mengkaji sejarah Melayu tanpamengambil kira hubungan mereka dengan bangsa-bangsa sekeliling seperti Mon,Khmer,Burma,Dai-Viet,Thaimahupun suku-suku Austronesia sendiri seperti Jawa,Sunda,Dayak,Aceh,Bugis dan sebagainya.Juga bangsa-bangsayang selalu berdagang dengan mereka seperti China,India,Parsi,Arab dan lain-lain.Setiap bangsa yang membuathubungan dengan satu-satu bangsa lain,pasti akan menyimpan rekod,setidak-tidaknya disebut dalam hikayatmereka.Jadi sekiranya kita mendapati sumber dari rekod sesuatu bangsa amat kurang atau tiada sama sekali,kitaboleh mencarinya dari sumber kedua,iaitu rekod asing.Inilah disiplin sejarah yang betul,namun yang anehnya,ramaisejarahwan Malaysia yang pemalas dan apabila tidak menemui apa-apa dari rekod yang ditulis oleh orangMelayu,maka dia akan berpegang kepada pemikiran 'inferior' nya.Jika dia rajin sedikit,dia akan berpegang kepadasumber penjajah,atau orientalis seperti Raffles untuk menafsir sejarah Melayu.Ini adalah sikap yang mengecewakan.

Jika kita lihat sejarah Eropah,setiap suku-suku Eropah sepertiDanish,Frank,Norman,Celt,Druid,Norse,Saxons,Swedish,Croat dan sebagainya mempunyai rekod sejarah yangsaling berhubungkait antara satu sama lain.Ini kerana seperti biasa,bangsa-bangsa yang tinggal berdekatan dalamsatu kawasan akan berperang dan berkahwin sesama sendiri.Ini adalah lumrah.Seperti juga jika kita lihat suku-sukubangsa di benua kecil India,mereka berperang dan membuat hubungan sosial sesama sendiri.Misalnya kerajaan-kerajaan Tamil menyerang orang Sinhala di Sri Lanka seperti Chola dan Pandyan.Juga orang Moghul (clan) yangberkahwin dengan orang Telegu ketika dasar perluasan kuasa ke selatan oleh Aurangzeb.Juga ketika PersekutuanMaratha ketika menjadi kuasa imperial terakhir India sebelum era British Raj.Ini adalah tabii biasa dalam sejarahmanusia.Jadi yang peliknya,dalam buku teks sejarah Malaysia,tidak diterangkan hubungan Melayu denganKhmer,Burma atau lain-lain.Malahan nama 'Khmer' sendiri adalah janggal kepada kebanyakan kita,mungkin kitaselalu memanggil dengan nama 'orang Kemboja'.

Mengapa orang Khmer penting kepada sejarah Melayu?

Credit: John Fung

Seperti mana kepentingan setiap rekod-rekod imperial China kepada sejarah kerajaan-kerajaan Melayu danNusantara amnya,begitu juga kepentingan rekod dari manuskrip Khmer kepada kita.Ini kerana terdapat beberapaperkara penting tentang hubungan Melayu-Khmer:

1-pemerintah-pemerintah Angkor ada yang berdarah Melayu2-kaum kerabat Angkor ada yang menjalinkan perkahwinan dengan Melayu Segenting Kra3-'Siam Asli' dalam SL merujuk kepada suku-suku Mon-Khmer,bukan Thai3a-Orang Asli di Malaysia bertutur dalam dua kategori bahasa,Proto-Melayu dan Mon-Khmer,menunjukkan sejarahpurba yang kompleks antara Melayu dan Khmer/Mon.4-panglima dan 'imperial guards' kerajaan Angkor adalah diambil dari kalangan pendekar Melayu5-banyak pemerintah Angkor yang tinggal di kampung-kampung Melayu atau dibesarkan berdekatan dengan orangMelayu,malah pengasas Angkor,Jayavarman II sendiri dibesarkan di istana Sailendra.6-Cham,satu bangsa yang bertutur dengan bahasa dan budaya yang mirip dengan Melayu,adalah serumpun denganMelayu dan mempunyai sejarah panjang dengan Khmer.

Terdapat banyak lagi poin penting yang mengaitkan kepentingan Khmer kepada sejarah Melayu dan ini perlu dibuat

The History BlogImportant early Seurat drawing acquired bythe Getty6 hours ago

Viking Archaeology BlogCULTURAL IDENTITY – CELTIC ANDANGLO-NORMAN REALMS3 days ago

Real History BlogWho killed the Palestinian Ambassador withan exploding safe, and other questions5 weeks ago

Ustaz Amin - Bicara Agama,Keluarga, Masyarakat dan AktivitiDakwahJawapan kepada isu ketidakpuasan hatipenganut agama Hindu tentang perlaksanaanibadah korban umat Islam di Malaysiakhususnya.3 months ago

RANTAI.ARTSenarai Persembahan Musik & PuisiRANTAI.ART 2011 "REVISIT"2 years ago

MELAYU NUSANTARAAPA SALAH MELAYU?

1 week ago

IBNU RUSYDIAnugerah Darjah KebesaranDato’ Dari Luar Negara –Siri2-

1 month ago

Susor Galor Alam MelayuMencari Susor Galor.3 months ago

Cik Seri BercelotehLaguna CopperplateInscription,Filipina

2 years ago

Port Lepak Srikandi

Universiti Malaya

Tun Dr. Mahathir Mohamad

UIA

Klinik Sejarah

Komen kome

On Feb 08 gondoruwwo commented on siri jalanjalan sejarah bersama: “salam 2 sis srycandyguanak tanye sama lulu ade dara lagi ker or dahloose??gua tanye jer.sorryp”

On Feb 04 mohdeez commented on siri jalan jalansejarah bersama: “Assalam, Cik Seri... tolonginvitekan sy dlm blog Mistisfiles bolehhhh....??..rindu dh.. lama x…”

On Feb 03 Hishyam commented on siri jalan jalansejarah bersama: “Assalamualaikum,... mintak

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

4 of 29 10/2/2014 7:40 PM

satu tesis mengenainya.Sebab itu usaha seperti yang dibuat oleh RAC (Akademi Diraja Kemboja) dan pihak-pihak diMalaysia seperti Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah usaha yang tepat.Ingin dijelaskan di sini,dua kerajaanini,iaitu raja-raja Thai dan Kemboja mempunyai 'secret vault'nya sendiri yang mempunyai sejarah penting hubunganmereka dengan orang Melayu.Ini yang diberitahu oleh rakan sejawatan kepada penulis (Srikandi) semasa acara olehRAC itu.

Mengapa Cham?

Kita tahu bahawa Cham adalah satu bangsa yang pernah mempunyai kerajaan yang hebat pada masalampau,Champa.Kita boleh bayangkan kebanyakan suku-suku Austronesia mempunyai kerajaan merekasendiri,seperti orang Sunda mempunyai Tarumanagara dan juga kerajaan Sunda Galuh,hasil penyatuan kerajaanSunda dan Galuh.Orang Jawa dengan Majapahit,Singhasari mahupun Demak.Malahan orang Dayak jugamempunyai sejarah Kerajaan Kutai.Begitu juga dengan orang Cham yang menubuhkan kerajaan Champa.Sejarahtua dari rekod China dan Champa sendiri menyatakan bahawa peperangan antara orang Cham dan dinasti Chinapada zaman purba (beberapa dekad Sebelum Masehi) di kawasan selatan China (kemungkinan di utara Laos danVietnam) sehingga membawa kepada kekalahan tentera China.

Orang Cham juga disebut dalam rekod diraja Khmer ketika permulaan migrasi orang Khmer ke Indochina.Moura(1883) dan Poree-Maspero (1950) dalam terjemahan mereka dari manuskrip diraja Khmer:

A few months before his death, Buddha arrives at the island KoukThlok (land of the thlok tree) and prophesies that a trakuot (a kindof lizard) living there by a thlok tree would obtain rebirth as theson of the king of Intakpath (Indraprastha) and later become kingof a new state at Kouk Thlok. In the year 1 of the Buddhist era(commonly beginning with Buddha's death in 543 B.c.), the king ofthe Chams is shipwrecked near the Dangrek Mountains, where heforms a new state and also becomes ruler over Kouk Thlok. Inthe year 100 of the Buddhist era, King Atichavong of Indraprasthahands over portions of his kingdom to his sons; to the fourth,named Preah Thaong, he gives the southern part. As a result ofdisobedience, Preah Thaong is later exiled together with his people.He arrives at Kouk Thlok, displaces the Cham ruler, andhimself becomes king. Later he meets the daughter of the ncigaking on the beach. A marriage ceremony takes place in the subterraneankingdom, after which the nGga king creates a realm on earthfor his son-in-law by drinking up the ocean. The new land isnamed Kampuchea. After nine months a daughter is born. Inthe year 500 of the Buddhist era the Cham king comes with anarmy from Laos, but they are beaten back. The daughter of PreahThaong and the niiga princess then become pregnant by the godIndra. Their son is Ketmealea, for whom Indra orders a palace tobe built by Viivakarman. In the year 600 of the Buddhist eraPreah Thaong dies.

Kita juga maklum bahawa orang Cham mempunyai ikatan bahasa dan budaya yang sama dengan orang Melayukhasnya,jika kita lihat prasasti antara yang tertua di Indochina (prasasti yang paling tua juga dimiliki oleh Cham)iaitu Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam maka kita boleh lihat bahawa bahasa Melayu adalah 'the ancient language' diIndochina jika para sejarahwan Laos dan Thai menyebutkan Cham sebagai 'the ancient nation'.Dalam Prasasti DongYen Chau,dijangka dipahat pada awal abad ke-4:

"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu diko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"

Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini,

uran=orangyan=yangpun=pun

tolong invite saya dalam mistisfiles boleh,...?…”

On Feb 02 Harun Aminurasyid commented onucapan pembukaan oleh hermit: “Salam sejahtera,Hamba rasa terpanggil setelah membaca artikledi atas utk membantu ttg masalah…”

On Feb 01 Harun Aminurasyid commented onpelajaran iii pengaruh kebudayaan: “Salamsejahtera puan srikandi,Bgaimana sekiranya kitabergabong dlm menyatukan kembalikedaulatan…”

On Feb 01 Harun Aminurasyid commented ontemubual bersama srikandi: “Salam sejahteraSrikandi yg berilmu,Hamba tertarik dgnpengetahuan puan dalami. Oleh itu hamba…”

On Jan 31 RinggitSense commented on alterterahsia bangsa melayu xxi_8:“[email protected]. Ni email sy. Mohon ciksri jemput sy”

On Jan 31 RinggitSense commented on alterterahsia bangsa melayu xxi_8:“Assalammualaikum cik seri. Sy sgt berminatpenulisan berkenaan kehebatan bangsa melayu.Sy amat…”

Powered by Blogger Widgets

Klik foto!!Mari Dengar Cerita

Mari dengar celoteh Cik Seri dihalamansrikandi,jumpa Cik Seri di sana ya!

Feedjit

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

5 of 29 10/2/2014 7:40 PM

kurun=kurunsaribu=seributahun=tahundavam=diamdi=dinaraka=nerakadnan=dengantijuh=tujuhni=ini

Dalam kategori linguistik sekalipun,orang Cham adalah serumpun dalam kategori Malayo-Polinesia dan punyakaitan rapat dengan bahasa Aceh.Ini benar kerana dalam sejarah,keturunan raja Acheh adalah berasal dari anak rajaCham,di mana ia dicatatkan di dalam SL sebagai Syah Pau Ling.Dipercayai Syah Pau Ling inilah raja Acheh yangpertama,iaitu Ali Mughayat Syah yang terkenal amat bijak dalam seni peperangan sehingga keupayaan tenteranyamampu mengalahkan armada Portugis di Aru pada tahun 1524.

Selain hubungan sejarah,bahasa dan budaya yang kuat,orang Cham dan Melayu juga mempunyai hubungan'kekeluargaan' yang misteri.Apabila Melaka di dalam kesusahan,raja Champa sempat membantu menghantar tenterawalaupun negerinya juga menghadapi ancaman Annam (Dai-Viet).Acheh juga dibawah keturunan Cham berterusanmenyusahkan Portugis di Selat Melaka.Apabila Champa sepenuhnya jatuh ke tangan Annam,maka pelarian Champaini banyak lari ke semenanjung selain ke kawasan berdekatan seperti ke Kemboja.Kaum kerabat Cham banyak lari keMelaka,ketika Kesultanan Melaka dan ini dicatatkan dalam SL.Syah Indera Berman (Indravarman),saudara SyahPau Ling telah dijadikan pegawai kerajaan kerana kebijakan politiknya oleh Sultan Melaka ketika itu.Ketika eraKhmer Rouge,ramai juga pelarian Kemboja (orang Cham) yang disambut oleh kerajaan Malaysia atas persamaanagama dan bangsa.Fenomena ini tidak aneh,jika kita menyelusuri sejarah Melayu dan orang Cham yang memakanmasa ribuan tahun.

Tradisi Naga

Jika kita memahami setakat ini,kita akan faham mengapa rekod dari Khmer dan Cham amat penting dalammerungkai masalah 'The King of Serpent'.Jika anaknya adalah ibu kepada Khmer,maka sudah tentu ayahnya bukanKhmer...malahan anaknya sendiri...dari bangsa lain.Ini adalah logik yang mudah.Jika nabi Ibrahim a.s menurunkanbangsa Arab dan Bani Israel,maka sudah tentu baginda bukan dari bangsa Arab dan apatah lagi Yahudi.Kisah 'TheNaga King's Daughter' ini adalah konsep bangsa Khmer dalam menceritakan asal-usul bangsa mereka,seperti manamitos Khun Borom oleh orang Thai dan Laos.Kita tahu,Khun Borom adalah konsep orang Tai dalam menceritakanmigrasi mereka ke Indochina setelah kerajaan Nanchao runtuh.Kisah ini juga mempunyai konsep cerita yang hampir

Popular Posts

Catatan Srikandi VI

Catatan Srikandi VI: "Don'tcry,Srikandi" Malam semalam sayapengsan lagi.Sebelum itu saya terasabadan saya l...

Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1

Mengapa Israel bersusah-payahmembina pangkalan dan pengaruhnyadi Singapura?Apa kaitan CinaSingapura dengan Yahudi

Zionis?Adakah terdapat...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXI

Selamat datang ke tuan-tuan danpuan-puan!Namaku Srikandi.Dakuadalah cucu kepada penjaga semuapeti-peti ini.Sekarang semua peti-...

Pembuka Bicara dari Srikandi

Live Traffic Feed

Real-time view · Menu

A visitor from Putrajayaviewed "Alter TerahsiaBangsa Melayu" 1 minagoA visitor from KualaLumpur, WilayahPersekutuan viewed"Alter Terahsia BangsaMelayu" 6 mins agoA visitor from PetalingJaya, Selangor viewed"Alter Terahsia BangsaMelayu: Catatan SrikandiIV" 7 mins agoA visitor from KualaLumpur, WilayahPersekutuan left "AlterTerahsia Bangsa Melayu"viasusorgalor.blogspot.com12 mins agoA visitor from KualaLumpur, WilayahPersekutuan viewed"Alter Terahsia BangsaMelayu: Alter TerahsiaBangsa Melayu XI" 15mins agoA visitor from KualaLumpur, WilayahPersekutuan viewed"Alter Terahsia BangsaMelayu" 19 mins agoA visitor from Malaysiaviewed "Alter TerahsiaBangsa Melayu: TheTombs of AyutthayanKings" 32 mins agoA visitor from SungaiBakap, Pulau Pinangviewed "Alter TerahsiaBangsa Melayu: KataAlu-aluan dari Srikandi"46 mins ago

A visitor from KualaLumpur, WilayahPersekutuan viewed"Alter Terahsia BangsaMelayu: The Origin ofThe Sea Dragon" 1 hr agoA visitor from Putrajayaviewed "Alter TerahsiaBangsa Melayu: SiriJalan-jalan Sejarah

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

6 of 29 10/2/2014 7:40 PM

sama dengan Merong Mahawangsa,dengan ciri-ciri 'menghantar anak-anak raja untuk menjadi raja di beberapakawasan'.Yang trivianya,pengkaji Kemboja mendapati kisah Khun Borom adalah bayangan kepada kisah raja-rajaSrivijaya di Indochina.Penulis (Srikandi) berpendapat,ini adalah versi Thai kepada Hikayat MerongMahawangsa,dan ini adalah sebab yang kuat mengapa raja Thai ketika era Chakri memerintahkan hikayat inidibakar dan dihapuskan.

Apabila terdapat legenda yang punya konsep serupa (Hikayat Merong Mahawangsa) dan Khun Borom,juga 'TheNaga King's Daughter' dari pihak Khmer (Mera) dan Cham (Soma),apakah 'read between the lines' yang bolehdibuat?

HUBUNGAN SEJARAH

Ini adalah katakunci mengapa sejarah Melayu tidak boleh dibaca berasingan dengan rekod-rekod asing di sekelilingmereka.Penulis (Srikandi) ingin mengesyorkan sejarah Malaysia khasnya (walaupun siri Alter Terahsia BangsaMelayu dalam skop sejarah Melayu seluruh dunia khasnya dan Nusantara amnya) mesti ditulis semulabersama-sama hubungan dengan kaum-kaum Asia Tenggara yang lain,sepertimana sejarah Eropah.Bukannyamenumpu kepada hubungan dengan kuasa imperialis.Ini adalah pendekatan yang tidak bijak.

Di dalam sejarah Khmer,naga adalah unsur yang sangat penting.Dalam seniukir mereka,naga kepala tujuh adalahkonsep yang sangat penting dan ini muncul dalam pelbagai kedudukan di dalam senibina Khmer.Contoh yangpopular ialah tembok kiri kanan di jalan masuk Angkor Wat.Ini bertitik tolak dari kisah 'The Naga King's Daughter'yang dipercayai diwarisi dari legenda Funan.

Apa yang menariknya,kisah yang sama dipahat di Myson,tempat suci raja-raja Cham (sebelum era Islam).

Dalam kisah Seri Gumum,dari hikayat Pahang,ada seekor naga yang diberi nama Seri Kemboja dan naga ini adalahantagonis.Apabila dalam keadaan terdesak,Seri Kemboja meminta bantuan 'Siam' dan Seri Kemboja dibantu olehserangan meriam dari 'Siam'.Penulis (Srikandi) memikirkan ini adalah perlambangan kepada politik AsiaTenggara,khususnya di Indochina...dan hubungan Pahang dengan sejarah Indochina.

Dan ini menjejak kisah yang sama beribu-ribu tahun kebelakang,iaitu ketika era dinasti ke-12 Mesir Purba(1991-1782 SM).Di dalam catatan yang ditulis oleh Amenii (penulis Mesir Purba bagi hikayat ini) ada menceritakankisah seorang pelaut yang terdampar di sebuah 'pulau ajaib'.Pulau itu dikenali sebagai Punt dan rajanya ialah 'TheKing of Serpent.Yang menariknya,Punt adalah pulau dan bukan tanah besar,dan ini menolak teori Punt sebagaiSomalia,Sudan atau sebagainya di Afrika.Aneh,kerana semua hikayat Mesir mengenai Punt menegaskan ia adalahPULAU dan bukan tanah benua,namun sebahagian para pengkaji masih mengaitkannya dengan negeri-negeriAfrika.Walaupun bukti kapur barus untuk mengawetkan mayat para Firaun diyakini datang dari Sumatera,namundalam kes Punt ini,mereka tidak percaya kapal-kapal Mesir mampu mengharungi keganasan Lautan Hindi.

Kajian penulis (Srikandi) mendapati Punt adalah Borneo pada hari ini setelah nama purba Borneo adalah slang Latinkepada 'Brunei'.Jadi Borneo sebenarnya adalah Pulau Brunei.Apabila mendapati rekod purba China menyebutBrunei sebagai Poni atau Puni maka penulis yakin bahawa orang Mesir Purba juga memanggil Brunai/Borni sebagaiPUNI.

Untuk menambah sensasi,Sri Kambu,iaitu pengasas kepada Funan muncul dalam jurnal sejarah Kemboja sebagai'seorang yang datang dari kawasan seperti Kalimantan'.Ini adalah salah satu teori yang mencabar teori Kaundinyaatau Sri Kambu berasal dari India.Jika ini benar maka ini adalah melengkapkan 'puzzle' 'The King of Serpent'.

Dalam catatan lain,terdapat dua raja yang memiliki nama yang sama,Sri Mara dalam rekod raja-raja Cham danFunan.Keduanya (Cham dan Funan) mengaku berasal dari sasilah anak perempuan 'raja Naga' itu.

Persoalannya,siapakah sebenarnya 'The Naga King's Daughter'?

Rujukan:

Sulalatus Salatin edisi ShallebearAsian Folklore Studies, Volume 52, 1993 : 333-358Pelliot (1902, 144-45; 1951,12)Moura (1883,11,4-11; 1971,1-7)Pore-Maspero(1950,239-40)makalah-makalah oleh Lee Chuck MothThe Šaiva Religion among the Khmers (Part I),SandersonHikayat Merong Mahawangsa

di atas nisan sejarah ku tuliskan riwayatsilamku dengan darah peperangan kutuliskan riwayat silamku ...

"Sophie Jan Rothsmarck"

Catatan Srikandi XI "Sophie JanRothsmarck" "Saya merasa hairandengan bangsa kamu,The Malays...,"Sop...

Organisasi

Mistis Organization

Mistis Organization adalahsebuah organisasi tidak rasmiyang terlibat dalam kerja-kerjapenyelidikan dan informasi.Makmal penyelidikannyaterletak di satu kawasan rahsia

yang dikenali sebagai Area 77 di tengah-tengahwilayah segitiga emas Kuala Lumpur.Paranormal, extra-terrestrial, astrofizik-kosmologi, mindcontrol, teori konspirasi danteologi adalah diantara subjek kajian MistisOrganization.

View my complete profile

Koleksi Promo ATBM

Promo:The Weird Flowers From The MysticMountainPromo:The Resurrection of Bani JawiPromo:The House of Bani Jawi

Pengikut Alter Terahsia

Servernot found

Firefox can'tfind theserver at4t4qjto8n6vcba9cabf6v2lrng9ast6r-a-fc-opensocial.googleusercontent.c

Total Pageviews

Sparkline 835,038

Diari Cik Srikandi

1 Nov 2011

M.O akan buka satu site khas untuk jigsclue.Inilink dia:

jigsclue

Boleh mengubat rindu pada tulisan M.O

Lawat ya!

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

7 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Chiang Mai ChroniclesDong Yen Chau InscriptionNegara Melayu Champa,Wan Abdul Rahim Kamil bin Wan Mohamed Ali bin Wan Ahmad Hakim

----------------------------------------------------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXII

ACCESS DENIED

Nantikan pengembaraan seterusnya mencari tradisi raja Naga di Asia Tenggara!Hanya di MistisFiles...

-------------------------------------------------------------

1)The Gems of Srikandi

Kompilasi Catatan Srikandi untuk memahami Vampire of Grahi.Cerita ni memang kompleks dan siapa yang takpaham sejarah Melayu Segenting Kra dengan Siam memang lost....

1)buat pembayaran RM10 sahaja di sini (akaun freelancer Srikandi):

http://goo.gl/ZAnjH

2)bayar mesti dapat resit kan?screenshot resit tu (printscreen),pakai hp camera ke...atau scan...lepas tu emel ke:[email protected]

3)nanti Srikandi approvekan dan emelkan 'The Gems of Srikandi' pada anda ek.

2) Hikayat Daik & Elizabelle

Ini adalah karya dan idea Srikandi dengan bantuan seorang freelancer Srikandi.Ia berkonsepkan fiksyen-sejarah danberlatarbelakangkan era Srivijaya.

Dalam siri pertama ini,ia mengandungi 134 mukasurat.Terdiri dari 6 bab.

Ia ada sambungan dia.Semua ada 15 bab.

15sept2012

tengah meneliti jurnal dari Thailand dan Kembojapasal city-states Kota Gelanggi.ada peminat hantaremel pasal perkara ni.apa yg diberitahu olehLodgekeeper pasal Raimy Che Ross memangbetul.mungkin ada nama lain bagi 'Gelanggi'.

10 Dis 2012

akhir tahun ni SK nak jalan-jalan cari angindengan sepupu.Seronoknya.Tapi siri ATBM takhabis lagi.M.O tak nak bukak MF.Apa bolehbuat.Tapi artikel saya nak pulak.Ada assignment'Liberation in France' dan 'Napoleon Policies'.Nakbuat sungguh-sungguh lah

Powered by Blogger.

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

8 of 29 10/2/2014 7:40 PM

sila ke laman ini untuk menempah: sasterawati

Semua pembayaran adalah dianggap sebagai 'donation' untuk projek punk_historian

Posted by Mistis Organization at 8:31 AM | | 135 comments

Saturday, December 8, 2012

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXI (promo)

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

9 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

10 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Posted by Mistis Organization at 5:00 AM | | 22 comments

Tuesday, September 18, 2012

Pembuka Bicara dari Srikandi

di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

ku tuliskan riwayat silamku

dengan nanah dan tangisan

biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan

Kepada para pengkaji ilmu,para pencinta sejarah,anak-anak bangsa,para pendidik,negarawan-negarawan,kerabat diraja dan warisan Srivijaya...Dari gerbang para Dapunta dan Bentara,saya...Srikandi membukabicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Tidak dinafikan bahawa Hang Tuah,seorang komander,negarawan,perancang militari terunggul,laksamana,ketuatentera dan pemikir...dalam manuskrip-manuskrip lama Melayu,menyatakan bahawa 'Tidak Hilang Melayu DiDunia'.Ramai akan mencebik dengan kata-kata ini daripada editor majalah lawak,mat-mat kilang,teknokratsehinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad (dengan maaf) sendiri punya 'inferior' terhadap kata-kata ini.Tidak hilangMelayu di dunia,adalah satu ayat yang amat misteri dan apabila ia jatuh ke tangan saya,'The Wizard of History'...sayadengan kuasa sihir 'channeling' saya,melihat sehingga 1300 tahun Sebelum Masehi sebuah tamadun satu bangsayang tidak pupus sehingga ke hari ini sementelah bangsa-bangsa hebat seperti MesirPurba,Akkadia,Assyria,Media,Phoenicia dan sebagainya pupus sebagai satu 'state-nation'.

Sargon of Akkadia,Nebuchadnezzar II yang menakluk Judah dan Jerusalem,Nimrod of Mesopotamia yang sezamandengan Nabi Ibrahim dan Ashurbanipal King of Nineveh adalah mereka yang menyaksikan rahsia di sebalikayat-ayat Hang Tuah.Ada yang menganggap Hang Tuah adalah fiksyen,namun di mana saya mahu mencampakkankata-kata ini,"

“Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world. It is a city state made for merchandise,

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

11 of 29 10/2/2014 7:40 PM

fitter than any other in the world.."

Ini bukan kata-kata Hang Tuah atau Hang Buah...jika kita rasa ia fiksyen,tetapi ini adalah kata-kata TomPires,pengembara dan penulis Portugis yang berasal dari Lisbon yang hidup pada abad-16.Begitu juga kata-kata ini,

“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping thatcan be found in the whole world..”

dari penulis dan pedagang Portugis,Duarte Barbosa.Jika seorang pedagang yang pakar menyatakan saiz pasaran danbisnes kepada anda,adakah anda menafikan?Jika saya pergi ke Guangzhou dan menyatakan kepada anda saizpasaran borong di sana,adakah anda percaya?Pergi tanyalah para 'pedagang' di Chow Kit atau Plaza TAR.Jika kitapercaya kepada kewujudan Melaka sebagai "greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping"dari pedagang luar negara,mengapa tidak kita percaya kepada personaliti Hang Tuah?Pelabuhan perdagangan yangmampu menjalankan bisnes maritim yang berskala besar mengatasi peranan Venice di Itali tidak mungkin wujudtanpa orang-orang yang bersifat negarawan dan bijak dalam siasah perniagaan.

Dahulu orang mencebik tentang kisah Hang Tuah pergi ke Jepun dalam Hikayat Hang Tuah,namun apabila ditemuirekod-rekod hubungan Kerajaan Ryukyu dengan Melaka seperti Maharaja Sho Tako telah mengirimkan utusan danhadiah kepada Sultan Mansur Shah berupa 2,000 buah mangkuk, 5 buah kipas,20 buah tembikar,5 bilah pedang dan25 kotak kain sutera,barulah mereka sedar bahawa ada 'something' dalam hikayat Melayu lama itu.Tanyalah parapengkaji Jepun tentang rekod-rekod kerajaan Ryukyu dengan Aceh,Siam dan Jawa.

Jika Hang Tuah tidak wujud,Melaka juga tidak wujud.

Jika Melayu hilang di dunia,maka dunia ini juga akan hilang.

Hang Tuah tidak bercakap soal budaya atau identiti.Ya...kita tahu orang Melayu di Singapura semakin terhakisidentiti mereka kerana asakan budaya material di sana.Anak-anak Melayu sudah biasa bercakap bahasa Inggeris dirumah.Di utara,anak-anak Melayu tidak kenal bahasa mereka dan bangga berbahasa Thai.Bangsa juga ditukarmenjadi 'Thai Muslim'.Jika saya melihat dari aspek ini,saya akan percaya bahawa Hang Tuah membuang masa sayadan merepek-repek.Tetapi sebenarnya beliau TIDAK MEREPEK.

Hang Tuah bercakap mengenai soal SURVIVAL.Melayu tetap Melayu walaupun diasak berbagai-bagaibencana.Cara mereka bertahan amat unik,menggunakan diplomasi dan tolak ansur.Dengan cara yang anehini,mereka bertahan dan tetap wujud walaupun bangsa-bangsa purba sezaman dengan mereka musnah dan pupustidak bersisa.Hang Tuah tahu,apabila beliau dilantik menjadi ketua angkatan laut Melaka,pada masa yang samabeliau telah menjadi duta dan mendapat tiket untuk mengembara ke seluruh dunia.Dari kerajaan-kerajaan yangdilawatinya,Hang Tuah telah menyedari bahawa kerajaan-kerajaan itu mempunyai sejarah dan rekod perdagangandengan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya.Saya tidak hairan dengan kisah Hang Tuah pernah melihat piramidketika pengembaraannya ke Mesir.Idea nenek moyang berdiri megah di tempat orang.

Jika orang Melayu tidak survive,mereka akan mengikut jejak bangsa-bangsa yang hilang.Mengapa orang Melayusangat membenci Yahudi?Kerana mereka pernah berurusan dengan mereka beribu tahun yang silam dan kenalperwatakan dan cara orang Yahudi berniaga.Mengapa tulisan Rencong mendekati tulisan Phoenicia?Mengapa adakosakata Ibrani (Old Hebrew) dalam bahasa Melayu?Mengapa ada perkataan Mesir Purba dalam bahasaMelayu?Mengapa ada persamaan kata dalam bahasa Maya dan Melayu?Why..why...and why...dan senarai ini akanberterusan jika kita tidak memahami cerita di sebalik kata-kata Hang Tuah.

Identiti dan budaya mungkin akan hilang jika kita miskin sejarah.Sejarah adalah benteng terakhir untukmempertahankan identiti bangsa.Walaupun bahasa dan budaya lenyap sekalipun,jika kita punya jejak sejarah...kitatidak akan pupus.Kaum Inca sudah pupus bahasa dan budaya,namun bukti sejarah masih ada dan dunia masihmerakam tamadun mereka.Biar orang Melayu di Thailand dan Singapura pupus budaya dan bahasa namun kita disini masih punya tanahair.Jika kita masih punya harapan,harapan itu akan menyalakan mimpi-mimpi kita.Jikasemua lilin-lilin impian sudah padam,kita hanya perlukan satu sahaja lilin.Satu sahaja.Dengan satu lilin ini,ia akanmenyalakan lilin-lilin yang lain.Itulah harapan.Jika anda semua mati dan terpadam di dalam hujan lebatsekalipun,biar saya menjadi harapan yang menyala-nyala.

Bila saya bercakap pasal 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap pasal sikap optimistik Hang Tuah.Self-confident.Self-esteem.Hang Tuah bercakap berdasarkan pengalamannya sebagai duta dan komander satu empayarmaritim yang hanya dikendalikan dari satu 'seaport'.Jika yang bercakap itu Hang Buah atau Hang Rempit,kita bolehabaikan,tetapi tunggu tuan-tuan dan puan-puan...yang bercakap itu adalah seorang negarawan ulung.Namanyadisebut dalam dua manuskrip teragung,Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.Jika Melaka hanya kampungnelayan yang miskin dan Hang Tuah adalah ketua kampungnya,kita boleh abaikan sahaja tetapi tunggu abang-abang,kakak-kakak...yang berkata itu adalah seorang komander tentera dan pakar sains politik teragung,yangmenukar Melaka menjadi Venice Timur Jauh.

"Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice"

-Tom Pires

Jika Hang Tuah adalah fiksyen.Melaka juga adalah fiksyen.

Tom Pires adalah fiksyen,Venice adalah kota Cinderella.

Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritimorang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.Saya bercakap tentang survival dan dayatahanuntuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya tanahair dan masihmengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara mengatasiThailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

12 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisikepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masihmengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga kekal,sebagaimanayang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan China malah sejauh kerajaanAbbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India memahatkan sejarah kita di dalam prasastimereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial China merekodkan nama kita di dalammanuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah 'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antaraTimur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.

Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.

Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kitatahu,Singapura hari adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.JikaSegenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.

Jadi,bila ada orang berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',ini bergantung kepada tahap pemikiran anda danself-esteem anda.Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu ketika dirinya bersemangat melihat status pengurusanpelabuhan dan perdagangan orang Melayu mencapai tahap sehingga orang luar mahu menaklukinya.Di dalamSulalatus Salatin ada menyebutkan situasi Melaka ketika itu:

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melakapada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamai Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyakjenis dagangan ada di sana…”

Adakah Sulalatus Salatin merepek-repek dan berkhayal?Seperti Hang Tuah berkata 'Tidak Melayu Hilang diDunia'?Namun apabila Tom Pires yang menulis di dalam bukunya Suma Oriental:

“There is no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance, and of much profit and great honour. It is aland that cannot depreciate on account of its position, but must always grow. No trading port as large as Malacca isknown, nor any where they deal in such fine and highly-prized merchandise. Goods from all over the East are foundhere; goods from all over the West are sold here. It is at the end of the monsoons where you find what you want andsometimes more then you are looking for”

Bukankah seperti sama dengan ulasan Sulalatus Salatin?

Sebab itu bila beratus tahun sebelum kewujudan Melaka,apabila tertulis nama kerajaan Langkasuka pada manuskripHikayat Merong Mahawangsa maka orang-orang Melayu yang perasan mereka berpelajaran mengetawakan kerajaanfiksyen dan dongengan ini.Namun apabila para sarjana antarabangsa menemui nama "Lang-ya-xiu" dalam rekodDinasti Liang,sarjana Tamil menemui perkataan ""Ilangasoka" terpahat di dalam kuil purba di Tanjore,disebut jelas'Langkasuka' dalam rekod era Majapahit,Kakawin Negarakratagama,hari ini Langkasuka bukan lagi mimpipenglipurlara.

“When the king goes forth he rides upon an elephant. He is accompanied by banners, fly-whisks, flags and drumsand he is shaded with a white parasol. The soldiers of his guard are well-appointed. The inhabitants of the countrysay that their state was founded more than four hundred years ago..."

-rekod imperial Dinasti Liang 500 Masehi mengenai negara "Lang-ya-xiu".

Apabila seorang sarjana Belanda menemui satu batu bersurat yang mulanya dijadikan mainan oleh para pendudukkampung di Sumatera,beliau merasakan tulisan aneh pada batu itu mempunyai rahsia yang mendalam.Apabiladitemui kata 'Srivijaya,kota yang makmur' pada batu bersurat,ramai orang merasakan ia adalah omong-omongandan sekadar kata-kata azimat.Namun apabila Goerge Coedes,seorang sarjana yang mengkaji sejarah Asia Tenggaramendedahkan bahawa nama 'Sanfotsi' dalam rekod dinasti Sung,merujuk kepada Srivijaya,sebuah empayar maritimyang hilang,kemudiannya beratus-beratus manuskrip,catatan pengembara dan prasasti muncul dariParsi,Arab,India,China sehinggalah kepada riwayat-riwayat Mon,Thai,Khmer dan Burma mengungkapkan sebuahhegemoni politik yang memakan masa lebih 1000 tahun.

"Sanfotsi (Srivijaya) is situated between Cambodia and Java. . . . The people are skilled at fighting on land andwater. . ."

-rekod imperial Dinasti Sung abad ke-10 Masehi

Srivijaya pada hari ini tidak dapat dinafikan oleh sejarahwan adalah legenda politik dan bisnes maritim AsiaTenggara.

Apabila seorang kenalan menunjukkan kepada saya satu salinan mikrofilem sebuah manuskrip dari koleksi TheInstitute of Microfilmed Hebrew Manuscripts berdasarkan beberapa projek pemuliharaan manuskrip Ibrani Kunoseperti Mishna dan Piyyut,saya telah nampak maksud dari kata-kata sosok misteri,Laksamana Hang Tuah.

Saya melihat kata 'ּתּנין' yang bermaksud 'dragon' setelah menyemak mengikut kamus moden.Namun rakan saya yangmempunyai darah Yahudi di sebelah ibu menyatakan bahawa ia bermaksud raksasa air,atau 'ular besar yang tinggaldi laut' (sea monster).

Manuskrip itu amat susah difahami,kerana menggunakan bahasa Ibrani (Old Hebrew) era Biblical sekitar abad ke-6Masehi.Manuskrip itu majoriti isinya ialah mengenai tatacara atau ritual satu aliran keagamaan tertentu.Terdapatkata 'ophir' di sana sebagai satu kalimah pemujaan.Saya teringatkan panggilan orang Barat terhadap GunungLedang sebagai 'Mount Ophir'.Apabila saya ajukan makna 'ophir',rakan saya menjawab 'ring of fire'!

Hebrew:

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

13 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Malay=Hebrew=English

Api=ophir=ring of fire.

Adat=dawth=law

Surau=sawraw=house,small mosque/fort

Egyptian:

Malay=Egyptian=English

Mata=maat=eye

Perahu=perehu=boat

Phoenicia:

Malay=Phoenicia=English

Rabun=rabun=blindness(Malay),large eye(Phoenicia)

Bala=Baal=disaster(Malay),fertility(Phoenicia)

Bagaimana perkataan-perkataan dari bangsa-bangsa purba boleh ada dalam kosakata Melayu?Bahasa Melayuberhubung dengan bahasa Sanskrit dan Arab melalui faktor agama,Parsi dan Cina melalui perdagangan dan bahasa-bahasa Eropah melalui penjajahan dan globalisasi,tetapi bagaimana dengan Ibrani,Mesir Purba dan Kanaan(Phoenicia)?Kosakata Phoenicia contohnya mempunyai makna yang berlawanan dengan bahasa Melayu dengan katayang sama.Adakah ini kebetulan?Ini amat aneh dan membingungkan!

Tidak Melayu Hilang di Dunia,membawa erti mendalam bagi saya.Bila saya merenung dalam-dalam kata-kataLaksamana Hang Tuah ini,saya seperti dibawa mengembara ke Sumeria di zaman Sargon II,Nebuchadnezzar ketikamenawan Jerusalem,pasar-pasar di kota Petra oleh kaum Arab Purba Nabatean,raja-raja Media (Madyan) danParsi,Cyrus The Great dan Cambyses II dan dataran Persepolis juga kota Rom di bawah Hadrian dan MarcusAurelius.

Kemudian era kejatuhan Empayar Rom,kebangkitan Srivijaya,era Kesultanan Melaka,era penjajahan,kemerdekaandan saya melihat langit terbuka;teknologi maklumat dan angkasa lepas.Saya melihat satu kuasa yang amat kuatuntuk bertahan dari segala kesengsaraan,bukan menggunakan kekerasan,tetapi sikap kesabaran yang tinggi yangmelenyapkan dendam dan kesakitan.

Saya akan membawa anda jauh ke hutan rimba di tengah Mexico menjejak dewa naga Quetzalcoatl,menjejak ritualaliran Kabbalah paling rahsia "The Sect of Dragon Lord of The Rings" di runtuhan Babylon di Iraq,menjejak kultus-kultus Naga Suci di Perancis dan Jerman,membawa anda membaca makna-makna paling purba dalam manuskripPali di wat-wat usang di Thailand dan Laos,menghayati riwayat-riwayat Mon dan Khmer,tentang legenda raja Nagadan mencari anak gadisnya...'The Naga King's Daughter'.

Saya akan bacakan kepada anda riwayat Seri Gumum,Seri Pahang dan Seri Kemboja,mencari asal-usul moyangemperor-emperor Srivijaya,saya akan menggali untuk anda emas dan permata para Dapunta,Bentara dan Maharaja.

dengan rendah diri,saya persembahkan untuk anda asal-usul nenek moyang,

"The Origin of The Sea Dragon"היםּתּניןשלמקורו

Chapter IV

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

14 of 29 10/2/2014 7:40 PM

~Srikandi"Don't hide my Chronicles behind your lack of consciousness.I'm wizard of history"

Posted by Mistis Organization at 8:08 AM | | 205 comments

Sunday, September 16, 2012

Ucapan Pembukaan dari Lonecryer

Ke hadapan jiggers dan alters,

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

15 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Ketika bertugas di Tanah Melayu sekitar 1930-an,seorang pengembara dan amatur dalam bidang arkeologiBritish,Gerald Brosseau Gardner,telah menjumpai beratus-ratus manik dan beberapa tinggalan di sebuah kota yangtersembunyi di dalam hutan di Johor.Apabila diteliti,alangkah terkejutnya dia apabila mendapati usia manik-manikitu sekitar 700 Sebelum Masehi iaitu bermula dari era Hittite,Phoenicia dan Empayar Rom!Ada juga manik-manikyang diperbuat dari kaca yang hanya terdapat di sekitar Cyprus sekitar 1100 hingga 300 Sebelum Masehi!

Ini telah merubah pandangan Gardner terhadap penduduk di Tanah Melayu secara peribadi dan setelahdiperkenalkan oleh rakan Amerikanya kepada sebilah keris,Gardner telah merasakan sesuatu yang aneh dan mulamenghidu satu tamadun purba yang hilang,seperti yang diyakini oleh para pengamal kultus-kultus rahsiaEropah.Gardner kemudiannya mula berminat dengan sihir dan amalan mistik orang-orang Melayu.

Hari ini G.B Gardner lebih dikenali di Eropah sebagai 'Father of Wicca' iaitu satu kultus sihir Neo-Pagan yangpopular di Barat.

Apakah yang dijumpai oleh Gardner semasa bertugas di Johor?Selain dari apa yang beliau terbitkan dalam Journalof Malayan Branch of Royal Asiatic Society pada tahun 1933,terdapat beberapa makalah lain yang kita tidakketahui,menceritakan masa silam orang-orang Melayu berhubung dengan bangsa-bangsa purba yang telah pupusseperti Hittite (diyakini era Nabi Ibrahim a.s),Phoenicia (orang Kanaan) dan Mesir Purba.

Apa yang dijumpai oleh beberapa individu British sama ada bertugas sebagai pegawai kerajaan,pengkaji,pengembaradan sebagainya,di mana hasil kajian mereka berselerak dalam jurnal-jurnal antarabangsa,menunjukkan hasil kajianyang sama diutarakan oleh Srikandi dalam blog riwayatmelayu.Sebelum penemuan di dalam jurnal oleh individu erakolonial didedahkan,Srikandi telah memberitahu kami tentang petunjuk-petunjuk di beberapa tempat mengenaikaitan tamadun Melayu dengan Mesir Purba,dengan Phoenicia,dengan Ibrani (Bani Israel,Yahudi Kuno) sertakaum-kaum peribumi Amerika seperti Maya,Inca dan Aztek.Penemuan di tapak arkeologi Oc-eo di Vietnam tentangsyiling-syiling Rom memang terkenal,namun penemuan manik-manik era Hittite di Johor kurang diketahui dan iniamat mengejutkan sama seperti penemuan teknologi peleburan besi di Kedah oleh pengkaji USM.

Buat pengetahuan anda,kaum Hittites adalah sezaman dengan Assyria,Babilon (era Namrud juga termasuk didalamnya),Kerajaan Israel Raya dan Judah (era Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s).Bagaimana barangan era1000-800 sebelum Masehi boleh dijumpai di Johor Lama?

Ada sesuatu yang berlaku di sana 1000 tahun Sebelum Masehi,sebagaimana yang diberitahu oleh Srikandi tentangRaja Hari dan empayar maritimnya.Dalam artikel ATBM 'The Chronicles of Matahari' Srikandi menjelaskan bahawaHorus atau dalam sebutan Mesirnya 'Heru' adalah Raja Hari dimana perlambangan dewa Mesir ini dinamakan"maatheru' dalam bahasa Mesir Purba yang diterjemahkan sebagai 'The Eyes of Heru',Mata kepada Hari.

Namun apa yang dikesalkan ialah,kebanyakan artifak kita telah dilarikan oleh pihak British manakala raja-rajaMelayu ketika itu majoritinya tidak memahami sejarah nenek moyang.

Ini menunjukkan sebelum Srivijaya bangkit sebagai kuasa maritim yang mengawal Selat Melaka,telah munculbeberapa hegemoni kuasa laut sebelumnya.Selat Melaka dari dulu sampai kini kekal sebagai laluan perdaganganpaling sibuk dan menguntungkan.

Saya boleh membayangkan kapal-kapal dari Babilon,Phoenicia dan Anatolia sampai ke sini dan berdagang dengannenek moyang kita.Tidak hairanlah Gunung Ledang dikenali dengan nama 'Hebrew'nya iaitu Mount Ophir olehorang Barat.Siapa kata Bani Israel tidak kenal orang Melayu?Jika kita dapat mengusahakan supaya mengaksesmanuskrip-manuskrip Ibrani di universiti-universiti di Israel untuk mengesan aktiviti kerajaan Judah,Samarra atauIsrael Raya dengan nenek moyang kita,kita akan dapat membuka kunci segala misteri.

Kita mungkin kekurangan bukti fizikal setua Piramid Giza atau Tembok Besar China.Tetapi kita mempunyai jejakbisnes maritim yang lebih tua dari Taman Tergantung Babilon.

Ketika saya bertemu dengan Srikandi di 'Mushroom',Universiti Teknologi Mara Perlis,beliau ada menunjukkanpetunjuk terbaru...bahawa tradisi ular besar atau naga adalah berasal dari kultus kuno tamadun Melayu yanghilang.Srikandi sekaligus menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara raja-raja yang memerintah Alam Melayupada era purba dengan imej dewa-dewi Mesir Purba dan Hindu.Petunjuk paling dekat terletak di Kemboja,dengansejarah emperor-emperor Angkor berdarah Melayu memerintah bersama-sama orang Khmer.Jika kaum Mayamempunyai tradisi 'ular besar' sehingga dijadikan dewa,maka kita mempunyai 'Merong' iaitu bahasa lama Melayuera Jawaka (pra-Srivijaya) merujuk kepada 'ular besar'.Tradisi naga yang begitu kuat dalam budaya Khmer namunkita tahu apabila Preah Thong dan Nang Neak (Kaundinya dan Soma dalam prasasti Champa) iaitu Bapa dan Ibuorang Khmer mula bertemu,dicatatkan kelibat 'Cham King' dalam riwayat Khmer.Ini bermakna sebelum kehadiranorang Khmer,raja-raja serumpun dengan bangsa Melayu telah lama memerintah Asia Tenggara!

Jadi saya tidak hairan bahawa bisnes maritim orang Melayu mencapai era Hittite,Babilon,Assyria dan EmpayarRom.Selagi kosakata 'MATAHARI' masih berada dalam bahasa Melayu,selagi itu saya percaya hubungan bangsaMelayu dengan Mesir Purba.

'The Origin of The Sea Dragon' itulah kata-kata yang dibisikkan oleh Srikandi kepada saya,merujuk kepada rajah suciKhmer Kuno abad ke-16 menunjukkan lukisan naga yang berenang di laut.Misteri bangsa yang hilang diabadikandalam riwayat paling terahsia di Indochina.Menyelusuri kepada salasilah moyang kepada raja-raja Srivijaya,SeriGumum dan Seri Pahang hingga kepada Horus 'Mata-Hari'.

Jika Srikandi pandai membahagikan masanya dan tidak menghabiskan masanya merayau-rayau atau melepakbersama rakan-rakan sekuliah di Wangsa Walk dan KL Festival,kita akan cepat mengetahui siapakah sebenarnya'The Sea Dragon' itu.Kita mahu tahu lebih dalam apa yang ditemui oleh 'The Naga King's Daughter' ini.

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

16 of 29 10/2/2014 7:40 PM

-Lonecryerהיםדרקוןשלמקורו

Haifa,Mei 2@12.

Posted by Mistis Organization at 8:44 AM | | 74 comments

Tuesday, July 31, 2012

"The Black Diary"

Catatan Srikandi XIII

"The Black Diary"

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan

"Hahahaha!Apa yang Siti merepek ni sayang...saya tidak ada apa-apa...,"Pong ketawa mengejek di dalamtelefon.Saya benar-benar merasa jengkel dengan panggilan 'sayang'."Betul,kamu tidak ada apa-apa?"saya memintakepastian.

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

17 of 29 10/2/2014 7:40 PM

"Wah...alangkah bertuahnya saya,tuan puteri raja sombong yang dahulunya jual mahal dengan saya,kini begitumengambil berat terhadap saya yang hina ini...hahaha...!"Pong semakin galak mengetawakan saya.

"Sudahlah!"saya memutuskan talian telefon bimbit.Kalau saya sedang memegang gagang telefon,sudah tentu sayamenghempaskannya sekuat hati biar pecah gegendang telinga Pong.Seperti yang dijangka,tak sampai beberapasaat,Pong membuat panggilan.Saya duduk dengan perasaan bengang.Sambil menjeling ke arah telefon bimbit,sayamengawal desahan nafas kemarahan saya perlahan-lahan.

Telefon bimbit semakin galak berbunyi tidak berhenti-henti.Saya semakin rimas.Saya menekan butang'call'.Sayup...sayup kedengaran suara Pong meminta 'ampun'.

"Please...i'm so sorry...don't treat me like this...Siti...please give me one chance...."

Ekor mata saya memandang ke sana sini.Kepala saya mula memikirkan apa hukuman yang harus saya kenakankepada si jahat itu.Sambil tersenyum,saya mendekatkan bibir saya ke telefon."Give me a favor..."

"Okay...okay....ingat tak kain suci yang terentang di atas palang kuil di Ranong?"

"So..?"

"Saya akan beritahu siapa lukisan lelaki dalam rajah suci itu..."

Ah...dia pandai memancing saya!Memang saya begitu ingin tahu siapa lelaki misteri yang memegang senjata seakankeris dalam rajah kuno bertulisan skrip Khmer purba di atas kain lusuh yang tergantung terbuai-buai di palang kuillama di Ranong tersebut.

"Cakaplah lagi pasal lelaki tu..."saya memancing kembali.

"Siti maafkan saya?"

"Cakap dulu!!"saya mula hilang sabar dengan pemuda Thailand itu.

"Okay...okay...menurut sumber dari sami tua di kuil berdekatan,memberitahu saya bahawa lelaki dalam rajah ituadalah salah seorang dari dua putera raja Sri Dharmaraja ketika era Siwichai.Namanya Indera Sairen.."

Mata saya bersinar.Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata lembaga yang menyerupai Pong di GunungJerai.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara rajakamu.Dia yang hasut Raja Siam..."

Apa yang berlaku antara Sri Dharmaraja dan Sukhotai beratus tahun dahulu selepas perpecahan wilayah-wilayahSegenting Kra milik Empayar Srivijaya dahulu?Apa yang dibisikkan oleh Sri Raja,raja terakhir Sri Dharmarajakepada Chakrapat,raja Ayutthaya semasa raja Melayu itu hampir menghembuskan nyawa terakhirnya?Apa yangberlaku antara Ligor dan Kedah ketika raja Ligor (Sri Dharmaraja baru),Syariff Abu Bakar Syah mahu membebaskandiri dari pengaruh Thai?Mengapa negeri-negeri Melayu tidak membantu Ligor?

Saya semakin pening.Kisah-kisah sedih beratus-ratus tahun yang lampau itu bagaikan batu-bata diBaphuon,Kemboja 'The biggest puzzle in the world'.

Malam itu,selepas solat maghrib,saya mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Nai Long Kassim dan umatIslam.Saya rasa ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh arwah.Walaupun anak cucu dan orang yang tidak ada kenamengena dengan waris raja Ligor itu kerap merepek-repek dan 'over-acting' sehingga mengaburkan sejarahsebenar,saya dapat merasakan beliau benar dalam beberapa hal.Tentang itu biar saya rahsiakan dahulu.Sayabenar-benar terkilan kerana tidak dapat bersemuka dengan beliau.Saya rasa jika saya dapat bersemuka danberbual-bual dengan beliau secara peribadi tanpa kehadiran 'pembodek-pembodeknya' yang merepek-repek itu,pastisaya dapat mencungkil rahsia besar hubungan Ligor dengan Kedah,Ayutthaya dan Chakri pada masa silam.Pastisaya dapat mencantum beberapa 'puzzle' yang hilang ditelan zaman.

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

18 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Selepas solat,saya membuka laptop saya di atas katil.Saya masih memakai kain telekung saya,menggodek-godeklaptop saya,membuka emel dan membalas yahoo messenger.Nampaknya ada emel baru.Ada seseorang hantar lagupada saya.Saya mengklik 'play'.

Lagu dari Tai Oratai - Wun Tee Bau Mee Ai.

Di dalam emel itu ada 'caption':Bila saya melihat Kanyaphak Suwankut,saya teringatkan kamu.Dia adalah artiskegemaran saya.Kamu faham maksud saya kan?

Saya pun terbaring di sisi laptop sambil melayan alunan lagu siam itu.Nadanya mendayu-dayu.Tiba-tiba telefon sayaberbunyi.Si jahat itu lagi.Saya mengangkat panggilan.

"Seperti yang saya janjikan,saya akan beritahu kamu satu rahsia tentang kuil lama itu.Juga sejarah raja-raja Thaipada masa dahulu dengan negeri-negeri selatan (negeri-negeri Melayu),tentang 'Krung Siwichai' dan dinasti terataiSri Thammasok..."

"Beritahu saya Pong,saya maafkan kamu..."perlahan suara saya.Air mata saya seperti mahu menitis.Tidak tahumengapa.Adakah kerana alunan sayu lagu siam itu atau kerana saya begitu sensitif.

"Baiklah...owh sebelum itu saya ketika ini berada di dalam bilik di mana Goerge Coedes pernah bertugas...macambiasa,saya ni suka merayau-rayau...hahahaha,"Pong cuba membuat saya ketawa.

"......"

"Okay..okay...begini.Kira-kira 800 tahun yang lalu,beberapa kerajaan Thai telah terbentuk di atas tanah bekaswilayah-wilayah Empayar Khmer.Raja-raja Lanna dan Sukhotai sebenarnya ialah gabenor-gabenor di bawahempayar Khmer yang memberontak.Raja Mangrai telah menawan Haripunjaya,negarakota Mon di utaraSiam.Secara automatik,Chiang Mai yang bersejarah jatuh ke tangan Lanna..."

Saya berbisik di dalam hati,Chiang Mai pernah di bawah raja-raja Chih Tu (Sriwijaya purba sebelum era Dapunta SriJayanasa).Suku Lawa yang merupakan pribumi Lawasangharata (nama lama Chiang Mai) berasal dari Kembojasebelum bermigrasi ke utara.Nenek moyang suku ini adalah Austronesia (Melayu purba) sebelum berasimilasidengan etnik Mon-Khmer.Dari nama 'Lawa' ini,suku Tai terawal tiba di Indochina,Lao,mendapat namanya.

"Sukhotai telah menjadikan Hamsavati sebagai negeri bawahannya,tindakan pertamanya menakluk kerajaan-kerajaan Mon di sekitar.Raja Wareru telah menduduki Martaban dari perpecahan empayar Pagan hasil pertolonganSukhotai.Selepas itu mereka meluaskan pengaruh ke selatan.Kerajaan Suvarnabhumi dan Tambralingga,duakerajaan legenda Indochina jatuh ke bawah pengaruh Sukhotai.Tambralingga pada mulanya adalah sekutu Sukhotaimenentang sisa pengaruh Srivijaya,kemudian selepas bebas dari pengaruh Srivijaya,raja-rajanya mula tamakkankuasa dan menguasai sehingga ke Temasik(Singapura lama).Sukhotai sudah lama mengintai peluang memilikiTambralingga yang kini bergelar Nagara Sri Dharmaraja kerana pengaruh besarnya ke atas negeri-negeri Melayu.Sititelah maklumkan,Sri Dharmaraja punya pengaruh misteri ke atas kerusi emperor-emperor Angkor.Siapa yangduduk di atas Sri Dharmaraja,dia yang menentukan corak politik istana empayar Khmer.Ini tercatit dalam PrasastiPhimanakas di Kemboja.Dalam batu bersurat itu mengatakan bahawa Suryavarman I telah naik takhta SriDharmaraja pada tahun saka 924.Kita tahu Suryavarman I adalah emperor Angkor selepas itu.Siti tahu rahsiasebenar konflik antara Sukhotai dan Sri Dharmaraja?Sukhotai mahu menewaskan Khmer melalui SriDharmaraja.Apabila raja Chandrabhabu mangkat di Sri Lanka,Sukhotai melanggar Sri Dharmaraja tidak lamaselepas itu.Sri Dharmaraja adalah 'key point' dalam konflik antara Thai-Khmer.Pengaruh Melayu Sri Dharmarajaamat kuat dalam istana Angkor,sejak raja pertamanya,Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu danpernah berlayar ke istana Srivijaya,ketika dinasti Sailendra memerintah.Ini adalah beberapa lama selepas catatanMas'udi dalam "Meadows of Gold and Mines of Gems" yang terkenal itu diambil dari catatan seorang pengembarabernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi."

"Jadi apa kaitannya dengan lelaki dalam rajah itu?"saya menyoal.

"Itu adalah Putera Indera Sairen.Anak kepada raja dinasti teratai,Chandrabhanu.Dialah raja yang berhatimulia,mengajarkan ajaran Theravada kepada orang-orang Sukhotai.Indera Sairen ada seorang saudara bernamaIndera Khao Kheo.Mereka berdua,mengikut legenda kami adalah jelmaan Buddha yang sejahtera.Mereka adalahdewa-dewa tempatan yang kini masih ada kultus di wilayah Nakhon Si Thammarat yang memuja mereka."

Tiba-tiba saya dapat mengagak bahawa pada suatu masa,Sri Dharmaraja menguasai seluruh semenanjung TanahMelayu dan juga mengawal empayar Khmer yang semakin melemah.Pengaruh wilayahnya amat luas ketika itu.Inisebenarnya yang dimaksudkan 'benua Siam' oleh waris Raja Ligor itu.Sri Dharmaraja secara spesifiknya mengawal12 negeri-negeri Melayu yang dilambangkan dalam takwim 12 haiwan mengikut kalendar penuaian padi KedahTua.Oh,sejarah Melayu begitu misteri dan mengasyikkan.

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

19 of 29 10/2/2014 7:40 PM

"Siti,ketika peperangan Burma-Siam (1568–1569),Ayutthaya telah kalah dalam Pengepungan Ketiga Ayutthaya.Siammenjadi negeri bawahan Burma.Raja Siam telah meminta bantuan dari negeri-negeri Melayu selatan Thai ketikaitu.Sebenarnya hubungan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dengan Ayutthaya baik ketika itu kerana ramaikerabat Ayutthaya awal adalah dari keturunan Nai dan Nang dari Sri Dharmaraja.Dalam Riwayat Sri Dharmarajaada disebutkan tentang anak-anak angkat raja Ayutthaya sehingga mereka dibenarkan mengutip cukai dari 12 negeriMelayu bawahan Sri Dharmaraja bagi pihak Ayutthaya dari satu satu perjanjian sulit."

"Perjanjian oleh siapa?"

"Pra Sodhanaraja,anak Sri Raja kepada raja Siam Ayutthaya."

Saya hairan.Kini Ligor telah sah sebagai 'supervizor' baru bagi negeri-negeri Melayu utara.Dalam SejarahMelayu,Sultan Melaka disebutkan bahawa berkata,'raja Benua Siam itu bukanlah orang lain kepada kita'.Inibermakna 'raja Benua Siam' itu punya pertalian dengan Sultan Melaka dan orang Melayu.Sehingga tentera Melakapernah berperang di bawah arahan 'raja Benua Siam' itu dalam kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Apa semuaini?

Saya membuka kitab Undang-undang Kedah.Kitab ini punya rahsia besar hubungan negeri-negeri Melayu utaradengan Ligor dan negeri-negeri Melayu Segenting Kra.Kitab ini bagaikan perakam masa antara kita dengan negeri-negeri Melayu seperti Setul,Reman,Patani,Ligor,Singgora dan lain-lain yang telah lenyap dimakan zaman.NegeriSetul Mambang Segara terutamanya macam kerajaan di alam mimpi padahal pintu istananya masih tertayang diMuzium Negara.Jika anda lihat lambang Satun (Setul) di Thailand anda akan lihat gambar dewa laut.Itu adalah'Mambang Segara' iaitu nama lama bagi kerajaan purba Setul.Sebahagian sejarah purba kita dipegang oleh orangThai.

“Sebermula banyak emas ditempa Bunga Emas, dihantar ke Benua Siam Dua Puluh Emas masa Raja dahulu-dahulu, pada masa Sultan Muhammad Jiwa tambah sepuluh emas sebab sukar ia ditempahnya itu”

Apa semua ini?Mengapa mesti hantar bunga emas?

Saya membuka Hikayat Merong Mahawangsa,yang kronologinya melampui beratus-ratus tahun sebelum era Ligordan Ayutthaya.(Tambralingga bermula 1 Masehi begitu juga Langkasuka,mengikut pendapat sarjana Barat)

"Tidak berapa lama setelah lengkap segala kelengkapan dan bingkisan serta beberapa pakaian yang akandibalasnya kepada saudaranya negeri Kedah itu.Setelah diperbuat surat itu lalu diserahkan kepada utusan ituserta berpesan kepada saudaranya,"Barangkali kita beroleh putera maka hendaklah saudara kita perbuat beriseperti bunga emas dan bunga perak itu hantarkan mari kepada kita kerana pekerjaan itu amat kesukaanbermain akan dia."

Mengapa tradisi menghantar bunga emas dan perak disebut dalam dua manuskrip ini?Apa rahsianya?Sayatermanggu kebingungan.Satu adalah dokumen perundangan.Satu lagi bertaraf epik dan legenda.Tetapi tradisimenghantar bunga emas dan perak disebutkan.Ini adalah misteri.Jika saya memahami rahsia dan perlambangan disebalik bunga emas dan perak,saya akan dapat mengorek rahsia suku Lawa,Langkasuka,raja-raja Chih-Tu danTambralingga.

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

20 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Setelah membuat sedikit kajian,saya memahami beberapa perkara.Tradisi menghantar bunga emas dan perakmemang tradisi Kedah Tua/Langkasuka dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra,ya seperti yang kita baca dalamHikayat Merong Mahawangsa,dengan tujuan mengekalkan hubungan saudara.Raja Patani,Sri Dharmaraja punyakaitan dengan Kedah Tua.Dahulu raja Langkasuka menghantar bunga emas tanda hadiah menyambut kelahirancucu anak-anaknya yang menjadi raja-raja Malay city-states di 'benua Siam'.Dalam sejarah Indochina terdapat duainduk keturunan raja-raja yang memerintah sekitar utara semenanjung,Segenting Kra hingga ke ChiangMai.Pertamanya Kedah Tua yang di dalam riwayat-riwayat Kemboja menyebutnya sebagai dinastiKetomala.Keduanya ialah Chih-Tu (kerajaan Tanah Merah) di kawasan Kelantan-Patani sekarang yang menurunkanraja-raja Champa dan Funan (sejak dinasti Pan seperti Fan Shih Man,dikesan dalam pelbagai cross-referenceriwayat berasal dari Chih-Tu atau Pan-pan di Kelantan).

Apabila Sri Dharmaraja menjadi besar sehingga menakluk seluruh semenanjung,Kedah tunduk dibawahpengaruhnya,pada masa yang sama tradisi menghantar bunga emas dan perak diteruskan.Kemudian setelah SriDharmaraja tunduk dibawah Ayutthaya,penghantaran bunga emas bukan lagi sebagai ikatan kekeluargaan namunsebagai simbol politik,tanda penyerahan atau cukai.Inilah yang tertulis dalam riwayat Sri Dharmaraja sebagai'menyimpan emas dan perak dalam simpanan kerajaan'.

"Awak baca diari itu.Buka mukasurat 422,"lelaki yang dipanggil Lonecryer itu berkata.

Ketika itu saya di Universiti Teknologi Mara Perlis di Arau.Di depan saya terdapat satu diari tebal yang usang.Sayaberdebar-debar.Saya menyentuh diari itu.Nampaknya ia terdiri dari cantuman beberapa buku atau helaian-helaiankertas tambahan kepada satu diari induk,menjadikan ia semakin tebal.Tertulis di depannya:

by Lodgekeeper

Diari Lodgekeeper,bisik hati saya.Ini Diari Lodgekeeper.Oh,benarkan saya membaca bab 'The Tabernacle of Melatiand Mala'.Saya mahu lebih lagi pasal Soma,Ye ye dan Keturah.

Tetapi saya membuka mukasurat 422.

Ada sebuah peta di situ.Peta lama yang menggambarkan seluruh Indochina dan semenanjung Tanah Melayu.Tulisandi kiri kanan adalah dalam bahasa Sepanyol atau Portugis.Peta itu cukup tua,tetapi di belakangnya ada satu petalain.Oh,salinan kepada peta Ptolemy,'Geographike Hyphegesis'.Saya melihat perkataan seperti Pulo Condo,HujongSalang dan Kampong.

"Kenapa dengan peta ini?"Saya bertanya.

"Ini peta Ptolemy,ahli geografi Yunani,telah melukis peta ini seawal abad pertama Masehi berdasarkan beberapapeta lama yang lain dan catatan pengembara.Awak boleh lihat nama-nama tempat sekitar Asia Tenggara khasnya disemenanjung,Segenting Kra hingga ketengah Indochina berbau Melayu.Awak lihat nama-nama tempat seperti 'Pulo'ialah bermaksud Pulau dan 'Jung' bermaksud tanjung.Ini menunjukkan bahasa rakyat adalah bahasa Melayutulen,cuma bahasa persuratan istana bercampur dengan Sanskrit atas faktor agama anutan."

"Ada orang Melayu tinggal di sini masa tu?"Saya menunjukkan ke wilayah Tenasserim sekarang di Burma.

"Ya,si bertuah..."saya tersenyum dengan usikan Lonecryer.

"Ini semua ada Malay city-states yang bertaburan sepanjang Segenting Kra.Mereka macam Greece punya city-statesatau Trojan atau Phoenicia.Ada city-states yang berperang sesama sendiri.Ada yang buat allied dan serang kelompoklain.It's all about politics babe..."Lonecryer tersenyum kepada saya.

"Jadi apa tugasan saya kali ini?"tanya saya.

Lonecryer menunjukkan wilayah Hamsavati,Arakan,Ava dan Martaban juga Mandalay kemudian menunjukkanChiang Mai,Luang Phrabang sehingga ke tengah Thailand.Kemudian menunjukkan kawasan Angkor diKemboja.Jarinya terus menunjukkan wilayah Champa dan akhirnya berhenti ke tengah Segenting Kra.Dia bersuara:

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

21 of 29 10/2/2014 7:40 PM

"Ada rahsia beberapa kurun sebelum Masehi di tempat-tempat ini.Usia Langkasuka dan Tambralingga yang kitaketahui selama ini sebenarnya jauh ke belakang dan ini ada kaitan dengan pra-Sriwijaya.Jika kita tahu apa konflikyang berlaku antara Malay city-states di Indochina dan semenanjung pada masa lampau,kita akan tahu dengansiapa ketua-ketua puak Lao berurusan sehingga mereka menabalkan raja-raja mereka dengan gelaran 'Mahkotaorang-orang Mala'.Di sini ada salinan manuskrip dalam bahasa Pali kuno yang menceritakan catatan para samipengembara dari Bihar.Mereka kononnya bertemu dengan beberapa raja di sekitar sempadan Burama-Thailandsekarang pada abad ketiga Sebelum Masehi.Buat rumusan darinya,"Lonecryer memberikan satu bungkusan bersaizA4.

Saya mengambil bungkusan itu."Baiklah,saya beransurlah kalau tidak ada apa-apa,"saya meminta diri.

Lonecryer mengangkat kening."Hai,nak buat harta pulak."

Saya buat-buat tak faham."Apa dia?"

Lonecryer tersenyum panjang.Saya tak dapat menahan perasaan lalu menyerahkan Diari Lodgekeeperkepadanya."Bukan diari ni diberi pada saya untuk kajian juga?"

"Oh no...ini rahsia sulit.Saya bawa untuk tunjuk saja pada awak,Siti...."Lonecryer tersengih memandang saya.

Ketika Lonecryer berlalu menuju ke arah dewan makan asrama perempuan,saya hanya merenung sedih melihat diariyang berada di tangan lelaki itu.Saya mengertap bibir,sambil memandang couple-couple yang bersidai di MushroomUiTM Arau.

Kisah-kisah sedih yang terjadi di Segenting Kra pada masa lalu menghantui saya.Saya hanya merenung salinanmanuskrip aneh di depan saya.Sejarah Melayu benar-benar memabukkan saya dan hampir-hampir membuat sayakelemasan dan putus asa.

biar hanyirnya membau perjuanganbiar badinya mengasap kebangkitan

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

22 of 29 10/2/2014 7:40 PM

~The Naga King's DaughterThe Ketomala & Tanamera Dynasty

Posted by Mistis Organization at 4:18 PM | | 46 comments

Tuesday, July 10, 2012

"Moonlight on The Epitaph"

Catatan Srikandi XII

Disclaimer: Penulis tidak mempunyai akaun Facebook atas nama penulisan Catatan Srikandi dan ATBM.Fans bolehmenyebarkan pengetahuan dari tulisan penulis,namun tidak boleh menyamar atas nama Srikandi,yakni penulisCatatan Srikandi dan ATBM.Amat mendukacitakan terdapat pihak yang menyamar menjadi penulis dalam akaunFacebooknya.Peminat Srikandi hanya boleh berhubung dengan penulis di blog ATBM,Celoteh Srikandi danMistisFiles sahaja.Harap maklum.

"Moonlight on The Epitaph"

di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

Suara ayam berkokok bersahut-sahutan di luar.Saya berbaring di atas tilam toto selepas menunaikan solatsubuh.Bayu dingin dalam suasana perkampungan yang damai.Di kaki gunung Jerai itu tiba-tiba saya terkenangkansuasana kampung saudara sepupu di Kuala Kangsar.Kabus pagi saling mengintai di balik bukit.Gelap dinihari masihlagi kelihatan di luar.Dari tingkap saya memandang langit .Kemudian saya mendengar seakan rintik-rintik kecil.Saya

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

23 of 29 10/2/2014 7:40 PM

menarik selimut tebal ke dada saya.

"Arghhhhh...sedapnya tidurrrr....."

Saya menggeliat penuh nikmat.Selimut saya tarik lagi sampai menutup muka.Kalau di universiti saya jarang dapattidur dengan selesa macam ni.Setiap kali dapat bilik asrama,mesti saya dapat katil atas 'double-decker'.Tak tahu apamalangnya nasib saya.Dapat katil atas susah saya mahu tidur lesak,kata orang Perak.Tapi di sini saya dapatmengiring ke sana ke sini,buat pusingan 180 darjah pun boleh.Tidur ni memang salah satu nikmat Tuhan yangsangat besar.Alhamdulillahhh....bisik hati kecil saya,sambil memejam mata penuh nikmat.Ada orang yang punyawang berjuta-juta,tetapi tidak dapat tidur nyenyak.Sungguh,tidur adalah salah satu nikmat Tuhan yang selalu kitalupakan.

"Dek Ti....oooo....Dek Ti....mana dia ni....tidoqqq ka..."

Alamak,Tok Midah mai dah...bisik hati saya.Malas betullah nak tolong masak sarapan.Buat-buat pura-puratidurlah.Saya menyelimuti seluruh tubuh saya dengan selimut.Dalam kegelapan di bawah selimut,saya teringatkankata-kata Pak Habiburrahman,pegawai universiti dari Indonesia yang berketurunan Bugis.

"Orang Bugis adalah suku Melayu Tua...mereka suka berlayar dan merantau.Mereka ada hikayat epik yang lebih tuadari Ramayana dan Mahabbrata yang dibanggakan orang India..."

"Maksud bapak...La Galigo...?" soal saya acuh tak acuh.

"Iya...bijak kamu...", Pak Habiburrahman tersenyum manis.

Epik La Galigo adalah antara karya terbesar dalam sejarah dunia,mengandungi lebih 6000 halaman dengan300,000 baris.Manuskripnya diduga ditulis pada abad ke-18 atau 19,dari tradisi lisan yang bersambung-sambung.Tradisi lisan inilah yang dikatakan oleh sarjana lebih tua dari epik Ramayana dan Mahabbrata dan jugalebih panjang mengalahkan kedua epik India itu.

Epik ini berkisarkan pelayaran Sawerigading.Menariknya,epik ini dimulai dengan babak mesyuarat Raja DiLangit,La Patiganna dengan beberapa kerajaan seperti Senrijawa yang disifatkan sebagai 'pertemuan keluarga',untukmelantik Raja Di Bumi.Pengkaji La Galigo sepakat mengatakan bahawa Senrijawa adalah empayar maritim legendaAsia Tenggara,Srivijaya!

"...Dek Ti..."

Tok Midah membuka pintu.Saya mendiamkan diri."Tidoq pulak budak ni...Dek Ti...bangkit aih...tak mau sarapanka...",saya terasa Tok Midah duduk di sisi saya.Saya perlahan-lahan mengalihkan badan.Saya berkeadaan telentangnamun kain selimut masih menutupi wajah saya."Bangkit aih...main-main pulak dengan tok ya...!"

Tok Midah menarik selimut yang menutup wajah saya.Saya tersenyum namun dengan mata terpejam.Tok Midahmemukul-mukul perlahan bahu saya."Main-main dengan tok ya...tak pueh tidoq ka lagi Dek Ti ni...." saya membukamata saya.

"Tok masak apa?"

"Mai la bangkit...nak tau kena la pi dapuq..." Tok Midah mencubit pipi gebu saya.

Saya tersenyum memandang nenek angkat saya itu.Tok Midah menjadi nenek angkat saya ketika saya menyertaiprogram pelajar angkat usahasama universiti dan penduduk kampung berdekatan Gunung Jerai itu.Tok Midahpernah datang ke rumah saya di Perak.Kami sudah macam keluarga sendiri.

Saya pula berada Kedah seminggu untuk menunaikan hajat Abang Hamid yang memberitahu saya,kawannya adamenjumpai seketul batu nisan purba di atas Gunung Jerai.Tulisan di atas batu nisan itu tidak dapat dibaca keranamengandungi karakter-karakter kuno menurut Abang Hamid.Ketika saya berjalan menaiki Tangga 1000 bersamarombongan seramai 7 orang termasuk saya,Abang Hamid ada menceritakan sedikit tentang sejarah Kedah yang bagisaya punya kaitan dengan riwayat-riwayat Khmer purba dan Hikayat Merong Mahawangsa.

"Kedah ini asalnya kerajaan besar.Kerajaannya mencapai nun Burma sana hingga ke Kemboja.Kalau nak kira orangKedah inilah Melayu asli dan paling tua antara sekian banyak suku Melayu di alam Melayu ni.Kerajaan-kerajaanpurba macam Patani dan Ligor memang ada kaitan kerabat dengan raja-raja Kedah.Nama pun Kedah Tua,memangKedah ni banyak warisan sejarahnya...",Abang Hamid berhenti sambil menghisap rokok daun.Pelik saya melihat

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

24 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Abang Hamid ni,kelihatan steady sahaja walaupun sedang menaiki anak-anak tangga curam,sedangkan diri sayasudah tercungap-cungap.Sudah beberapa kali perjalanan rombongan tergendala sebab saya minta berhenti rehat.

Suku Melayu paling tua,bisik hati kecil saya.Siapa suku Melayu paling tua?Orang Bugis mengatakan mereka adalahSuku Melayu Tua.Orang Kedah juga tidak kurang hebatnya dengan riwayat raja-rajanya yang bersimpang-siurdengan sejarah Kemboja,Thailand dan Burma.Orang Kelantan dikatakan Melayu paling asli.Bagaimana dengan sukuMelayu di Sumatera?Tulisan purba Rencong,manuskrip dan prasasti-prasasti yan mendokumentasikan sejarahMelayu Nusantara banyak di sana.Siapa Melayu paling tua?

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.Saya sudahmemberitahu anda semua,pembaca saya yang sangat saya sayangi.Saya berani berkata sebab saya ahli sejarah yangterlibat dalam kajian cross-reference.Dalam disiplin sejarah,penyelidikan secara cross-reference atau rujuk silangdengan pelbagai sumber adalah satu jurus yang amat berbisa,secara saintifiknya,ia adalah satu teknik penyiasatanyang banyak membantu ahli sejarah mencari jawapan kepada segala teka-teki atau untuk mencantumkronologi.Pernah tengok CSI?Jika pakar forensik ada unit IT yang mempunyai perkakasan yang canggih untukmenganalisa dengan teknik perbandingan cap jari atau wajah suspek,maka rujuk-silang adalah teknik yang ampuhdalam disiplin penyiasatan sejarah.

Raja-raja Kedah dalam riwayat Khmer digelar Ketomala dengan Prithivindravarman,salah seorang raja Angkorsebagai 'came from Malayu' dalam jurnal-jurnal Kemboja,sama seperti Suryavarman I yang juga '...from Malayu'dalam riwayat Siam 'The Chronicles of Chiang Mai'.Prithivindravarman,dikatakan dari garis keturunanKetomala,dimana disyaki oleh pengkaji Kemboja ada kaitan dengan kerabat Kedah dan Malayu.Nama Kedahterakam dalam riwayat bangsa-bangsa lain.China purba menyebutnya sebagai 'Kiteh',Tamil purba sebagai 'Kadaram'atau 'Kataha',Parsi dan Arab sebagai 'Kalah,Qalah' dan Khmer purba sebagai Keta,Ketah atau Keto.Nama tempatyang tercatat dalam sejarah bangsa-bangsa lain adalah bukti jelas ia adalah pusat perdagangan yang terkenal yangdikunjungi oleh ramai orang dari serata dunia.

Orang yang langsung tidak mengetahui semua ini akan mengatakan orang Melayu pendatang dari Indonesia.Adakahsebelum datang segala makhluk yang kelaparan untuk mencari rezeki di bumi kita ini,tanah semenanjung ini kosongbegitu sahaja?'Orang Melayu dari Indonesia' itu tak berani sentuhkah?Jejak bumi pun tidakkah?Para sarjanabersepakat mengatakan kaum Merina di Madagaskar adalah berasal dari ekspedisi empayar Melayu Srivijaya,jaditanah sejauh Madagaskar boleh jejak,Tanah Melayu tak boleh 'orang Melayu dari Indonesia' nak jejak?Nak tunggusegala makhluk kelaparan mencari rezeki di sini jejak rasmi bumi semenanjung,baru 'orang Melayu dari Indonesia'yang duduk hanya seberang Selat Melaka ikut jejak.What a stupid retarded!

Mereka itu sebenarnya mahukan bumi kita.Itu sahaja ceritanya.Makhluk-makhluk Tuhan yang kelaparan itu tidaktahu mencari rezeki di tanah asal mereka lalu mencarinya di bumi bertuah kita.Kemudian menyalak macam anjingyang kekenyangan.Ingat!Orang lain sanggup mati berebutkan tanah kita ini,kerana kita duduk di persinggahanantara Barat dan Timur,laluan transit antara India dan China.Kita ada selat tersibuk di dunia,di mana selat iniadalah 'checkmate' untuk kapal-kapal mencari laluan paling singkat yang lain antara India dan China.Lain kata,kitaduduk di atas timbunan emas permata.Siapa yang tak mahu harta benda?

'Orang Melayu dari Indonesia' tidak bina Langkasuka.Mereka tak bina Kedah Tua dan loji pemproses besi tertua AsiaTenggara.Orang Melayu bukan datang dari Indonesia.Bukan pula Malaysia.Orang Melayu datang dari SELURUHASIA TENGGARA!Apa yang dinamakan Malaysia,Indonesia,Brunei dan sebagainya pada hari ini di AsiaTenggara,pernah dijejak tanahnya oleh orang Melayu dan kawasan 'permainan' mereka zaman-berzaman;rumahorang-orang Melayu khasnya dan wilayah Austronesia amnya.Southeast Asia is the home of Malays.Manatidaknya,kita adalah bangsa pedagang dan pelayar paling disegani dunia setaraf dengan bangsa Phoenicia danNorsemen.'Viking of The Orient' tidak duduk senyap dalam hutan atau gua.

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.

Sejarah Melayu akan dijumpai dalam riwayat raja-raja Angkor,Champa dan Siam.Misalnya pengasas EmpayarAngkor iaitu Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu sebelum dibantu oleh pihak dari Malaycity-states itu untuk menentang overlords seluruh Kemboja bagi persaingan menyatukan Kemboja dan menjadi rajaempayar Khmer.Para pendekar Melayu juga dijadikan bodyguard istana oleh raja Angkor dan ini disebutkan dalammanuskrip Khmer abad ke-16.Bagaimana orang Melayu boleh dipercayai oleh kerabat diraja Khmer sehingga

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

25 of 29 10/2/2014 7:40 PM

dilantik menjadi pengawal istana jika tidak bermastautin di Kemboja dan dikenal begitu lama oleh raja-raja Angkor.

Saya menceritakan dan menekankan tentang sejarah bangsa sebab saya sayangkan bangsa saya atas satu sifatini;memeluk Islam secara beramai-ramai tanpa bertangguh dan tanpa menumpahkan darah.Dalam sebanyak manakeburukan dan perspektif negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu,mereka menjadi mulia sebab masihsayangkan agama.Bangsa Monggol dan Tartar sebelum memeluk Islam banyak menjarah kota-kota Islam danmembunuh berjuta umat Islam sebelum menjadi pengikut Islam yang taat dan membentuk wilayah-wilayahKazakhstan,Kygyztan dan sebagainya.Bangsa Arab sekalipun pernah menjadi musuh Islam,maksud saya kalau kitamembaca kisah-kisah para Sahabat nabi s.a.w,kita akan membaca pelbagai kisah kaum kafir Quraisy menyeksaorang Islam di kalangan mereka.Tetapi dalam sejarah Melayu dan Nusantara,perkara-perkara begini tidak kitadengar dan terbaca.Apabila raja Melayu masuk Islam,maka secara automatik rakyatnya beramai-ramai membuangsembahan-sembahan patung dan animisme kepada mentauhidkan Allah s.w.t.Tanpa peperangan,tanpasengketa.Islam masuk ke Nusantara melalui cara perdagangan dan hubungan muamalah,bukan paksarela atas namapeperangan.Bangsa Cina masih banyak yang kafir dari Islam begitu juga dengan India.Negara paling banyakpenduduk Islam ialah Indonesia yang merupakan campuran kaum-kaum Nusantara/Austronesia termasuk Melayu.

Nikmat yang paling bernilai ialah nikmat Islam dan iman.Allah s.w.t telah letakkan bangsa Melayu di tengah-tengahtransit perdagangan.Cukuplah Allah s.w.t anugerahkan kita Selat Melaka,darinya banyak rezeki melimpah ruah ataskeizinan-Nya.Dunia Allah Taala sudah bagi,Allah s.w.t pilih lagi kita orang-orang Melayu dalam agama Islam,apalaginikmat Allah yang mahu kita dustakan lagi?Bumi subur,laluan perdagangan,ada minyak pula.Sebab itu orang luarsanggup bermati-matian berebutkan homeland kita ini sehingga sanggup menipu mengatakan kita pendatang.Sayanamakan ini sindrom 'pendatangness' sebab hanya mereka berjiwa pendatang sahaja tiba-tiba melatah tak tentupasal menuduh orang lain pendatang.

Kalau tidak mengapa I-Ching (Yi Jing) seorang sami dan pengembara China dari era dinasti Tang singgah di negeri-negeri Melayu dan menceritakan di hadapan Maharani Wu bahawa dia bertemu dengan 'the nation of Mo-lo-yu'serta belajar bahasa Melayu untuk menimba ilmu kependetaan Buddha dari mahaguru-mahaguru terkenal disana?Ketika era keemasan Srivijaya,orang Melayu adalah rujukan kedua kependetaan agama Buddha selepas Indiadan jika tidak mampu ke India untuk belajar agama Buddha,para pelajar seluruh dunia ketika itu akan singgah dinegarakota-negarakota Melayu purba untuk belajar agama Buddha.Terdapat universiti di kota Srivijaya,sama sepertiUniversiti Islam Antarabangsa atau Pesantren Temboro,di mana seluruh dunia bertumpu untuk belajar agama.IChing menyebutkan bahawa beliau telah melihat kitab-kitab asli Buddha seperti Tripitaka yang sebanyak 500 gathaditulis dalam 'bahasa Sriwijaya' (bahasa Melayu Kuno) dan jika diterjemahkan dalam bahasa Cina akan memakanribuan jilid.

Segala makhluk kiasu yang takut miskin dan kebuluran itu wajib membaca catatan I-Ching;Account of Buddhismsent from the South Seas dan Buddhist Monk's Pilgrimage of the Tang Dynasty untuk mengetahui pengiktirafanorang Cina purba tentang 'the nation of Mo-lo-yu',satu bangsa purba yang sejak zaman berzaman menduduki AsiaTenggara yang digelar 'Southern Sea' oleh dinasti-dinasti purba Cina seperti Shu dan Chen.

Ketika darjat kerohanian Buddha orang-orang Melayu mencapai tahap 'dewa' sehingga sami Cina selesa belajardengan orang Melayu (I Ching pernah dirompak dan ditinggalkan berbogel oleh perompak jalanan ketika diIndia,manakala ketika di wilayah Srivijaya,beliau diberi perlindungan oleh Maharaja Srivijaya),ketika salah seorangmaharaja Melayu Srivijaya,Indravarman mengutus surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal warakuntuk belajar tentang Islam,ketika itu pintu hidayat tidak boleh ditahan-tahan lagi.Satu persatu raja-raja di AlamMelayu memeluk Islam termasuk raja Champa dan Patani.Mereka rela mencampak segala ilmu kerohanian Buddhaaliran Tantra (orang Melayu purbakala antara pengasas aliran 'sufism' Buddha ini) yang dibangunkanmereka,meninggalkan kemasyhuran mereka ketika era Hindu-Buddha,memeluk Islam dan menghadapi kemaraanImperialis Eropah.

Kami sampai di kem perkhemahan sekitar pukul 3 petang.Suasana di puncak gunung amat misteri.Saya begitukepenatan,masih di dalam situasi tidak percaya saya boleh sampai ke puncak.Abang Hamid akan menunjukkan sayakawasan batu nisan aneh itu selepas asar.

Saya berehat di dalam khemah dan sempat berfikir-fikir tentang seorang pelajar saya yang asyik 'menganggu' sesikuliah saya.Namanya Nik Azri.Ketika saya memberikan syarahan,dia akan mengangkat tangan dan mula bertanyasoalan-soalan yang kadang-kadang menguji kesabaran saya.Matanya asyik merenung wajah saya ketika sayabercakap dan mula menunjukkan muka pesimis;tersengih-sengih dan mencebikkan bibir seolah-olahmemperlekehkan saya.Kemudian dia akan mengangkat tangan.

"Err...Cikgu Siti,apa buktinya bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan di sekitar Sulawesi?Berikan sayabukti-bukti yang jelas.Cikgu mengatakan bahawa raja-raja Bugis dan Kepulauan Rempah menggunakan bahasaMelayu dalam urusan rasmi,siapa yang kata?Saya mahu bukti jelas bukan cakap-cakap orang...",beberapa pelajarmenjeling ke arah Nik Azri yang tersenyum mengejek.Hanya si nakal itu saja berani membahasakan diri saya 'cikgu'manakala para pelajar lain seperti biasa memanggil saya dengan nama Cik Siti.Saya sedar ramai pelajar tidak

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

26 of 29 10/2/2014 7:40 PM

berpuashati dengan Nik Azri,namun kerana dia memegang jawatan penting MPP dan berpengaruh maka merekamendiamkan diri sahaja,tambahan lagi pelajar junior yang mengharapkan kupon asrama.

Saya merenung wajah Nik Azri.Pemuda itu mengangkat keningnya,sambil tersengih.Saya merenung lantai seketikasambil cuba tersenyum."Bahasa Melayu sememangnya adalah bahasa perdagangan sejak zaman-berzaman dikawasan Asia Tenggara.Ini disebabkan faktor aktiviti para pedagang dan pelayar Melayu yang aktif di Selat Melakadan sekitarnya.Thomas Bowrey* yang telah berlayar dan berdagang di sekitar Teluk Bengal dan Asia Tenggaraselama 19 tahun pada abad ke-17 mencatatkan bahawa,'...whereas in all the islands...the Malay Language isreceived and generally used in all trading ports of those islands,as a Trading Language...' menunjukkan pengaruhbahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan". Saya menarik nafas.

"Dalam catatan yang lain,Bowrey menulis,'...there is several different nations and languages...but I must tellyou,that the Malayo Language spoken in the Islands,is somewhat different from the true Malayo spoken in theMalayo country, although not so much,but to be easily understood by each other. The Malayo spoken in the Islandsis called Basadagang (bahasa dagang), that is to say, the Merchants or Trading Language,and is not so wellesteemed as the true Malayo...',jadi dalam konteks ini jelas pemerhati Eropah yang berpengalaman selama 19 tahunini membuat kesimpulan yang tepat tentang situasi bahasa Melayu ketika itu".Saya meletakkan fail saya di atasmeja.Saya mengangkat kening ke arah pemuda nakal itu."Adakah ini membantu anda,Nik Azri?" Saya pulatersenyum mengejek ke arahnya.

Nik Azri nampaknya tidak mahu mengalah.Mungkin dia keturunan Bugis yang tidak percaya bahasa Melayudigunakan secara meluas oleh raja-raja Bugis dan para Daeng yang berlayar dan berdagang hingga ke Johor."Itucakap-cakap orang Cikgu,saya sudah katakan tadi,bukti-bukti yang jelas...saya mahu bukti konkrit,dokumen ataumanuskrip.Cikgu ada?",pemuda itu menjuihkan bibir dan seperti biasa beberapa kerat juak-juaknya mula membuatkecoh dalam dewan kuliah.

"Bawa bertenang.Soalan awak Nik Azri...tak mencabar langsung,dalam dua pucuk surat Sultan Abu Hayat darikerajaan Ternate kepada King John III (Portugis) masing-masing ditulis dalam tahun 1521 dan 1522,sepenuhnyaditulis dalam bahasa Melayu",saya tersenyum ke arah pelajar perempuan yang mula memprovok Nik Azri.

"Saya mahu tengok contohnya",budak nakal itu tidak berpuashati.

"Bila-bila masa awak boleh datang ke bilik saya,saya akan tunjukkan contoh manuskripnya",saya membalas.

Nik Azri kadangkala bertindak di luar kesabaran saya.Ada kertas jawapan ujian atau peperiksaan semesternya yangmempunyai 'mesej-mesej rahsia' yang ditujukan kepada saya;sebagai penyemak kertas jawapan.'Love u so much...'atau 'My dream girl' acapkali ditulis dalam font kecil dihujung kertas jawapan.Saya sedar perbezaan umur saya tidakjauh beza dengan beberapa pelajar.Saya antara tenaga pengajar termuda di sini.

Sultan Abu Hayat ialah antara pemerintah Kesultanan terkuat di wilayah yang dikenali di Barat sebagai 'SpicesIsland'.Pemerintahan Kesultanan ini pernah mencakup timur Sulawesi,Ambon dan Seram.Ketika berurusan dengankuasa asing,sultan-sultannya berkomunikasi dalam bahasa Melayu.Contohnya dalam sepucuk surat tahun 1522kepada raja Portugis:

Ini surat kaseh Sultan Abu Hayat surat datang ke-pada ayahanda Sultan Portukal dunia 'alamialah yang maha besar...

"Siti,nak tengok batu nisan tu tak?"Abang Hamid bertanya petang itu.

Kami pun meredah satu denai yang sederhana panjang.Kemudian kadangkala berhenti.Lama juga kami berpusing-pusing mencari batu nisan itu.Adakalanya Abang Hamid berpatah balik.Saya lihat dahi Abang Hamidberpeluh.Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati.

"Kenapa Abang Hamid?",saya berbisik perlahan sambil memandang lelaki berusia 40-an itu.

"Semua tanda ke batu tu dah hilang,"keluhnya.Suasana mula bertukar senja.

Saya menenangkan diri saya.Mulut saya terkumat-kamit membaca surah Alam Nasyrah.Lebih kurang sejam kamimencari.Saya bergerak mengikut Abang Hamid ke satu belukar terletak berdekatan pokok besar yang ditumbuhi'pokok langsuir' di dahannya."Abang rasa di sini tempatnya,syukur...itu dia di sana,"Abang Hamid bergerak cepatdan menyelak satu rimbunan belukar tebal.

Saya melihat satu batu yang sederhana besar,berbentuk hampir segiempat sama membujur.Di atasnya ada sebarisantulisan aneh seakan-akan tulisan Kawi atau sub-Pallava.Benar-benar diri saya diselubungi misteri apabila bertekukmendekati nisan tua yang terbaring itu.Saya cuba membaca tulisan itu,namun gagal."Apa katanya?"suara AbangHamid kedengaran di belakang saya tetapi garau sedikit.

"Siti tak dapat nak terjemah,tapi ada tulisan yang macam melambangkan angka-angka,"saya membalas tanpamemandang Abang Hamid.

Di sini bersemaditujuh keluargayang mati dibunuholeh pengkhianat dari Ligorpada 13 haribulan tahun Saka 1376

Suara garau itu membaca tulisan pada batu nisan.Saya spontan menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya sayaapabila Pong tiba-tiba berdiri di situ,bukannya Abang Hamid.Wajahnya sungguh ngeri,darah pekat keluar darimulutnya.Bajunya koyak rabak.Tangan kanannya terkulai seakan-akan patah.Saya seperti mahu menangis.

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

27 of 29 10/2/2014 7:40 PM

"...kau buat apa di sini Pong?"saya bersuara tiba-tiba tanpa kesedaran.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara raja kamu.Diayang hasut Raja Siam..."Pong ketawa menyeringai.Sungguh menyeramkan.

"Bohong...!"

Tiba-tiba suasana menjadi gelap.Saya merasa pening.Mata saya melilau ke sana sini mencari cahaya.Gelapamat.Tiba-tiba ada sesuatu di pangkuan saya.Benda yang keras dan bersalut tanah lembab.Saya dengar bunyitangisan dari benda itu.Tak semena-mena suasana bertukar cerah sedikit.Saya memandang ke atas,ke punca cahayaitu.Cantiknya rembulan itu.Saya masih memangku benda keras seakan batu pejal itu.Kemudian sayamemandangnya.

Batu nisan.Cahaya rembulan melimpahi permukaannya.Saya lihat tulisan di atasnya diukir dengan warnamerah.Seperti darah segar yang keluar dari luka yang baru.

Saya mendongak.Rembulan itu bergerak-gerak.Kemudian saya lihat rembulan tadi bertukar menjadi cahaya lampusuluh.Saya sempat mengecam wajah Abang Hamid sebelum segala-galanya kabur.

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan

*Thomas Bowrey's bilingual dictionary,published by Sam London in 1701

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

28 of 29 10/2/2014 7:40 PM

Older Posts

~The Naga King's Daughter

Posted by Mistis Organization at 2:11 PM | | 59 comments

Subscribe to: Posts (Atom)

© 2009Alter Terahsia Bangsa Melayu | by TNB

Alter Terahsia Bangsa Melayu http://riwayatmelayu.blogspot.com/

29 of 29 10/2/2014 7:40 PM