amalan-amalan pembudayaan penggunaan ICT Hijau A. · PDF file1 Siri II : Amalan-Amalan...
Transcript of amalan-amalan pembudayaan penggunaan ICT Hijau A. · PDF file1 Siri II : Amalan-Amalan...
1
Siri II : Amalan-Amalan Pembudayaan Penggunaan ICT Hijau
Dalam usaha melaksana dan menyahut saranan kerajaan ke arah
pembudayaan ICT Hijau di organisasi, beberapa amalan dan gaya hidup
perlu diamalkan dengan baik. Berikut disertakan beberapa panduan
berkenaan amalan-amalan pembudayaan penggunaan ICT Hijau yang
boleh dilaksanakan oleh Warga IDFR.
A. KOMPUTER PERIBADI DAN KOMPUTER RIBA
i
Memastikan komputer ditutup dan suis
dimatikan serta plug dicabut dari soket
elektrik apabila tidak digunakan untuk
jangka masa lama.
Ini untuk mengelakkan arus elektrik yang
masih aktif dalam sistem pendawaian
mengalir menerusi plug komputer yang
tidak dimatikan dan dicabut
Tahukah Anda?
ii
Tidak menggunakan atau mengaktifkan
screen saver. Ini disebabkan penggunaan
screen saver akan menggunakan jumlah
tenaga yang sama dengan penggunaan
skrin yang aktif;
Tahukah Anda?
Kita boleh
menjimatkan antara
RM 25 dan RM 75
pada bil elektrik
bagi setiap PC
setiap tahun dengan
memadamkan kuasa
ketika tidak
PC dengan
screensaver
menggunakan lebih
dari 100W kuasa
elektrik, berbanding
dengan hanya
sekitar 10W dalam
2
iii
Memastikan kemudahan power
management untuk komputer peribadi
dan komputer riba diaktifkan.
iv
Memastikan monitor dalam keadaan
standby/ hibernate selepas 5 minit tidak
aktif;
v
Menggantikan monitor Cathode Ray Tube
(CRT) dengan monitor Liquid Crystal Display
(LCD). Ini adalah kerana penggunaan LCD
boleh menjimatkan 30% hingga 50%
tenaga elektrik berbanding CRT
vi
Menimbangkan penggunaan saiz monitor
yang bersesuaian kerana saiz monitor yang
besar akan menggunakan tenaga elektrik
yang lebih;
3
B. PENCETAK
i
Mengoptimakan penggunaan kertas
menerusi penggunaan kertas guna- semula
(recycle) atau mencetak di kedua-dua
halaman kertas. Ini adalah untuk
menjimatkan penggunaan kertas dan
dakwat pencetak.
ii
Mengurangkan bilangan pencetak stand-
alone dengan pewujudan pencetak
rangkaian yang dapat dikongsi bersama
oleh rakan sekerja.
iii
Mengaktifkan kemudahan power-saving
sleep mode (jika ada)
iv
Mengawal dokumen yang berkenaan
sahaja untuk dicetak
v
Mengurangkan kualiti cetakan seperti
penggunaan skel kelabu (grey) atau
mengurangkan pencetakan warna.
vi
Mengurangkan penggunaan bahan seperti
riben, kertas dan toner
4
C. APLIKASI SISTEM
i
Menggandakan penggunaan
perkhidmatan online ke arah pengurangan
penggunaan kertas dan bahan cetak
ii
Mempertingkatkan penggunaan
kemudahan e-mel untuk berkomunikasi
tanpa kertas bagi tujuan rasmi sahaja
iii
Mempertingkatkan pembangunan aplikasi
online yang menggantikan proses kerja
secara manual.
iv
Mempertimbangkan kemudahan
penggunaan saluran baru untuk
mendapatkan maklum balas dan aduan
secara rasmi
Sumber :
Garis Panduan Penggunaan ICT ke arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam
Sekian. Terima kasih
Disediakan oleh :
ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, IDFR.
30 Julai 2012