AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN...

27
AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR JAWI BIN YUSOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN...

Page 1: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH ALIRAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SEMASA

MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

JAWI BIN YUSOP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

PSZ 19:16 (Pind. 1/08) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH

ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN,

UTM SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya JAWI BIN YUSOP

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 49, KAMPUNG PEKAJANG, EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008 Tarikh: 29 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Page 3: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia : ENCIK AHMAD JOHARI BIN SIHES

Tarikh : 29 APRIL 2008

Page 4: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

iii

AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH ALIRAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SEMASA

MENJALANI LATIHAN MENGAJAR.

JAWI BIN YUSOP

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

iv

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………

Nama Penulis : JAWI BIN YUSOP

Tarikh : 29 APRIL 2008

Page 6: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

v

DEDIKASI

Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku memohon ilmu yang berguna, rezeki yang baik

dan hidayah dari-Mu.

Untuk Ibuku (Amanah Bt. Abd. Jazim) dan Ibu Saudaraku (Hamiah Bt. Abdul

Jazim)

Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima kasih.

Untuk Arwah Ayahku (AllahYarham Yusop Bin Mahmud)

Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang

beriman

Buat Kakak dan Abang Iparku

Manisay Bt. Yusop

Suhaily Bt. Yusop

Mohd. Fakhzan Asrari Bin Ibrahim

Syed Mohamad Bin Syed Alwi

Buat Insan Tersayang

Terima Kasih atas kesabaranmu,

Sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai dengan wang ringgit sekalipun.

Para Pensyarah Dan Rakan Taulan

Terima kasih atas sokongan kalian

Hanya kepada Allah S.W.T daku berserah

Moga diberkati-Nya, insan-insan yang menjadi nadi perjuanganku ini

Amin.

Page 7: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah

kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kajian ini. Di sini saya mengambil kesempatan

untuk merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya, iaitu Encik Ahmad Johari Bin Sihes yang banyak memberikan tunjuk

ajar sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan

dorongan yang diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya.

Terima kasih juga ditujukan kepada keluarga saya di kampung, terutama ibu

dan kakak yang telah memberi dorongan untuk menyiapkan kajian ini. Tidak lupa

juga jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam kajian ini

samada secara langsung ataupun tidak. Di samping itu juga, ucapan terima kasih

diberikan kepada semua responden yang terlibat dalam kajian ini kerana tanpa

kerjasama kalian, mungkin kajian yang berunsurkan ilmiah ini tidak dapat dihasilkan

dengan jayanya.

Akhir sekali, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat

serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Sekian, Wassalam.

Page 8: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

vii

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap tahap amalan kemahiran generik

oleh pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa

menjalani latihan mengajar. Seramai 182 orang responden terlibat dalam kajian ini,

iaitu 121 orang responden perempuan dan 61 orang responden lelaki yang terdiri

daripada semua pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM yang

menjalani latihan mengajar pada semester satu 2007/2008. Kajian ini menggunakan

borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa

Cronbach) yang diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.925. Data mentah dianalisis

menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version

13.0 for Windows untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kemahiran generik oleh pelajar aliran

teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan mengajar

adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan hasrat UTM untuk

melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi

memiliki kemahiran generik dapat dicapai dengan jayanya.

Page 9: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

viii

ABSTRACT

This research studied on the level of generic skills being practiced amongst

Technical and Vocational Department students, Faculty of Education, UTM while

undergoing their practical teaching. A number of 182 respondents were involved in

this research which consists of 121 female and 61 male respondents from Technical

and Vocational Department, Faculty of Education, UTM who has undergo practical

teaching during the first semester of 2007/2008. Questionnaire was used as research

instrument. The reliability level (Alpha Cronbach) attained from the questionnaire is

0.925. The raw data gathered were then analyzed using the SPSS (Statistical Package

for the Social Science) Software Version 13.0 for Windows to get the value of

frequency, percentage and mean. The research finding shows that the level of

generic skills being practiced among Technical and Vocational students, Faculty of

Education, UTM during their practical teaching was high. This shows that UTM’s

aspirations to produce students that are not only excellent in their academic but also

has good generic skills were achieved.

Page 10: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Guru Pelatih 9

1.6.2 Pihak Pensyarah 9

1.6.3 Pihak Fakulti Pendidikan 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Terminologi 11

Page 11: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

x

1.8.1 Kemahiran 11

1.8.2 Generik 11

1.8.3 Kemahiran Generik 11

1.8.4 Kemahiran Komunikasi 12

1.8.5 Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan 12

1.8.6 Kemahiran Penyelesaian Masalah 13

1.8.7 Kemahiran Keyakinan Diri 13

1.8.8 Kemahiran Fleksibel atau mampu 13

menyesuaikan diri

1.8.9 Kemahiran pembelajaran sepanjang 13

hayat

1.8.10 Guru Pelatih Aliran Teknik dan 13

Vokasional

1.8.11 Fakulti Pendidikan 14

1.8.12 Universiti 14

1.8.13 Latihan Mengajar 14

1.9 Penutup 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kemahiran Generik 16

2.3 Elemen-Elemen Kemahiran Generik Di UTM 17

2.3.1 Kemahiran Komunikasi (Communication 19

skills)

2.3.2 Bekerja Dalam Kumpulan (Teamworking) 20

2.3.3 Kemahiran Penyelesaian Masalah (Problem 21

solving)

2.3.4 Fleksibel Atau Mampu Menyesuaikan 21

Diri (Adaptability)

2.3.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong 22

learning)

2.3.6 Keyakinan diri (Self-esteem) 22

Page 12: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

xi

2.3.7 Etika atau Moral (Ethics) 23

2.4 Latihan Mengajar 24

2.5 Kepentingan Kemahiran Generik 25

2.6 Hasil Dapatan Kajian Yang Lepas Berkaitan Dengan 29

Kemahiran Generik

2.7 Penutup 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 34

3.5.1 Bahagian A 34

3.5.2 Bahagian B 35

3.6 Keesahan Soal Selidik 37

3.7 Kajian Rintis 37

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 38

3.9 Prosedur Kajian 39

3.10 Analisis Data 41

3.11 Penutup 43

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Bahagian A 45

4.2.1 Jantina 45

4.2.2 Bangsa 46

4.2.3 Umur 46

4.2.4 Kursus 47

4.2.5 Jenis sekolah semasa menjalani

Page 13: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

xii

Latihan Mengajar 48

4.3 Analisis Bahagian B 49

4.3.1 Apakah tahap amalan kemahiran

komunikasi (Communication Skills)

oleh guru pelatih Aliran Teknik

dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,

UTM semasa menjalani Latihan

Mengajar di sekolah? 50

4.3.2 Apakah tahap amalan bekerja

dalam kumpulan (Teamworking)

oleh guru pelatih Aliran Teknik

dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,

UTM semasa menjalani Latihan

Mengajar di sekolah? 55

4.3.3 Apakah tahap amalan penyelesaian

masalah (Problem Solving)

oleh guru pelatih Aliran Teknik

dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,

UTM semasa menjalani Latihan

Mengajar di sekolah? 59

4.3.4 Apakah tahap amalan keyakinan diri

(Self-Esteem)oleh guru pelatih Aliran

Teknik dan Vokasional, Fakulti

Pendidikan, UTM semasa menjalani

Latihan Mengajar di sekolah? 64

4.3.5 Apakah tahap amalan fleksibel

atau mampu menyesuaikan diri

(Adaptability) oleh guru pelatih Aliran

Teknik dan Vokasional, Fakulti

Pendidikan, UTM semasa menjalani

Latihan Mengajar di sekolah? 68

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 73

4.5 Penutup 74

Page 14: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

xiii

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 75

5.3 Perbincangan Kajian 76

5.3.1 Bahagian A (Latar Belakang

Responden) 77

5.3.2 Bahagian B (Persoalan Kajian) 78

5.3.2.1 Tahap Amalan kemahiran

komunikasi (Communication

Skills) 78

5.3.2.2 Tahap amalan bekerja dalam

kumpulan (Teamworking) 79

5.3.2.3 Tahap amalan penyelesaian

masalah (Problem Solving) 80

5.3.2.4 Tahap amalan keyakinan diri

(Self-Esteem) 81

5.3.2.5 Tahap amalan fleksibel

atau mampu menyesuaikan

diri (Adaptability) 82

5.4 Kesimpulan 83

5.5 Cadangan Kajian 84

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.7 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 91

Page 15: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Bilangan Populasi 33

3.2 Pengelasan Skala Likert Lima Mata 35

3.3 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan

Pembolehubah Dalam Soalan Kajian 36

3.4 Pekali Alfa Cronbach 38

3.5 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Lima

Mata Terhadap Item 42

3.6 Penentuan tahap peratusan 42

3.7 Skala Min 43

4.1 Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 45

4.2 Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 46

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Umur 47

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Kursus 48

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jenis Sekolah Semasa Menjalani

Latihan Mengajar 49

4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Responden Bagi Tahap Amalan Kemahiran

Komunikasi (Communication Skills) 50

4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Responden Bagi Tahap Amalan Bekerja

Page 16: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

xv

Dalam Kumpulan (Teamworking) 55

4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Responden Bagi Tahap Amalan Penyelesaian

Masalah (Problem Solving) 59

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Responden Bagi Tahap Amalan Keyakinan

Diri (Self-Esteem) 64

4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min

Responden Bagi Tahap Amalan Pelaksanaan

Fleksibel Atau Mampu Menyesuaikan Diri

(Adaptability) 68

4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut

Persoalan Kajian 73

Page 17: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Jenis-Jenis Kemahiran Generik Yang

Diterapkan Oleh UTM 28

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 39

Page 18: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

xvii

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Science

LM - Latihan Mengajar

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

PKA - Pendidikan Kejuruteraan Awam

PKE - Pendidikan Kejuruteraan Elektrik

PKM - Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan

Awam

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan

Elektrik

SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan

Mekanikal

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup

LCD - Liquid Crystal Display

Page 19: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Surat Pengesahan Dari Fakulti 92

B Surat Pengesahan perbincangan

Soal Selidik 93

C Keputusan Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 94

D Perangkaan Pelajar Mengikut Opsyen

Matapelajaran Latihan Mengajar

Sesi 2007/2008 95

E Borang Soal selidik 97

Page 20: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menghadapi perubahan dalam era globalisasi, negara perlu membuat

pelbagai strategi bermula daripada peringkat yang paling bawah iaitu menghasilkan

aset dalam bentuk sumber manusia yang dikenali sebagai aset tenaga pekerja ilmu.

Manakala menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi rakyat

Malaysia perlu dilengkapi dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta

mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan

menguasai bahasa. Penekanan dalam memiliki kemahiran-kemahiran generik

haruslah bermula pada peringkat sekolah dengan menerapkan kemahiran dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, kurikulum

pendidikan haruslah sentiasa mengikut peredaran zaman bagi memastikan pelajar

yang dikeluarkan mempunyai ilmu bagi menghadapi era globalisasi ini.

Kemahiran generik dikenali sebagai keterampilan utama di Australia,

kemahiran teras di United Kingdom, kemahiran tempat kerja di Amerika Syarikat,

kemahiran perlu di New Zealand, dan hasil pembelajaran di Kanada. Umumnya,

kemahiran mengumpul, menganalisis dan menyusun maklumat, kemahiran

berkomunikasi, berkongsi idea dan maklumat, kemahiran merancang dan mengelola

aktiviti, kemahiran penggunaan teknologi dan bekerja dalam kumpulan dikaitkan

dengan sesuatu yang lazim bagi kemahiran generik. (Adibah Abdul Latif, 2005)

Page 21: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

2

Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia

pekerjaan selain kemahiran teknikal yang diperlukan. Kemahiran generik menjadi

satu keperluan bagi setiap individu supaya dapat bekerja dengan baik, cekap dan

berdedikasi serta berketerampilan tinggi. Menurut Som Hj Nor dan Mohd Dahalan

Mohd Ramli, (1998), kajian mengenai keperluan pekerjaan menunjukkan bahawa

tenaga kerja masa hadapan memerlukan pemikiran yang tajam, iaitu kritis, inovatif,

imaginatif dan kreatif berbanding dengan masa-masa yang lalu. Kemahiran-

kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menjadi keperluan bagi

kebanyakan pekerjaan.

Kemahiran generik perlu diterapkan dalam diri pelajar semasa berada di

universiti lagi untuk perkembangan diri mereka. Hal ini kerana kemahiran generik

adalah suatu keperluan tambahan bagi pelajar dalam menentukan pembangunan dan

perkembangan sesebuah organisasi di samping menjamin kecemerlangan diri sendiri.

Pelajar yang mahir dalam profesion masing-masing dan mempunyai penguasaan

dalam kemahiran generik akan mendapat tempat dalam bidang pekerjaan atau

organisasi. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran yang seharusnya ada pada

mahasiswa hendaklah meliputi semua aspek dan bukannya tertumpu kepada bidang

pengajian sahaja. Justeru itu, sistem pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) telah menggariskan beberapa kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh

pelajar pada masa kini. Antara kemahiran-kemahiran tersebut adalah :

i. Kemahiran Komunikasi (Communication Skills)

Kemahiran komunikasi adalah merupakan kemahiran yang menggabungkan

kebolehan dan juga kemampuan para pelajar untuk bertutur dalam dwi-bahasa iaitu

Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Aspek dalam kemahiran komunikasi

adalah komunikasi secara lisan, tulisan, mengira dan ilustrasi. Kemahiran lisan,

pelajar boleh berhubung dengan pelanggan dan orang awam sama ada menggunakan

telefon ataupun bersemuka. Pelajar boleh bercakap di khalayak ramai, memberi

persembahan formal, taklimat dan mesyuarat. Pelajar juga dapat mendengar secara

berkesan dan peka serta dapat menerima maklumat.

Page 22: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

3

Kebolehan menulis meliputi menulis secara berkesan, penggunaan bahasa,

nahu dan ejaan yang betul, mengikut format dan gaya penulisan yang menarik di

samping boleh membuat ringkasan. Selain itu, aspek lain dalam kemahiran ini ialah

menggunakan urutan maklumat matematik dalam menyelesaikan masalah, boleh

memahami, menganalisis dan menggunakan maklumat statistik. Pelajar juga dapat

memberi maklumat dalam bentuk carta, gambar rajah, fotograf atau bentuk peta

minda.

ii. Bekerja Dalam Kumpulan (Teamworking)

Kemahiran bekerja dalam kumpulan ialah kemahiran yang menggabungkan

kebolehan seseorang individu untuk bekerja dengan orang lain yang berbeza latar

belakang untuk mencapai matlamat yang ditetapkan bersama. Keberkesanan bekerja

dengan orang lain dan kumpulan berfokuskan kepada kemampuan individu

berinteraksi dengan individu yang lain atau di dalam kumpulan. Hal tersebut juga

merangkumi kesefahaman dan persetujuan ahli dari segi tujuan dan objektif.

iii. Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

Kemahiran penyelesaian masalah meliputi kebolehan untuk berfikir secara

kritikal, logikal, kreatif dan analitikal. Kemahiran ini melibatkan penggunaan

kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai cara dan situasi, termasuk situasi

yang memerlukan pemikiran dan pendekatan yang kreatif dalam mencapai sesuatu

keputusan.

iv. Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)

Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat meliputi kebolehan untuk

meneruskan pembelajaran secara kendiri dalam mencapai pengetahuan dan

kemahiran yang baru. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat juga adalah

kemahiran di mana seseorang itu mempunyai keinginan untuk terus belajar dan

menuntut ilmu ataupun kemahiran tanpa memikirkan usia ataupun keadaan. Ia

Page 23: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

4

merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting kerana seharusnya seseorang

itu terus belajar tentang apa jua ilmu ataupun pengetahuan selagi dia masih hidup.

v. Keyakinan Diri (Self-Esteem)

Kemahiran keyakinan diri meliputi aspek tersebut iaitu berfikiran positif,

menjaga maruah dan kehormatan diri serta yakin akan kemampuan diri untuk

melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kemahiran keyakinan diri juga adalah

kemahiran di mana seseorang pelajar itu perlu yakin kepada diri sendiri dalam apa

jua keadaan. Kemahiran ini sangat penting kerana keyakinan diri akan

mempengaruhi setiap aktiviti dan juga prestasi seseorang itu. Hal ini adalah kerana,

jika seseorang itu yakin terhadap kebolehannya, ia akan terus berusaha untuk

mencapai sesuatu.

vi. Fleksibel atau Mampu Menyesuaikan Diri (Adaptability)

Kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri meliputi kebolehan

ataupun kesediaan seseorang untuk bertukar situasi ataupun keperluan-keperluan

semasa. Kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri adalah merupakan salah

satu kemahiran yang melibatkan kebolehan seseorang dalam semua bidang yang

diceburi ataupun dalam semua keadaan yang dihadapi.

vii. Etika atau Moral (Ethics)

Kemahiran etika atau moral meliputi kebolehan untuk melaksanakan piawai

yang tinggi dari aspek etika, dalam interaksi profesional mahupun sosial. Kemahiran

Etika atau Moral juga adalah kemahiran di mana seseorang pelajar itu dapat

membezakan sesuatu yang baik dan berguna dalam hidup serta dapat memahami

norma-norma kemasyarakatan selaras dengan agenda negara yang mengamalkan

kehidupan rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Page 24: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan antara salah satu alternatif

dalam sistem pendidikan negara kita. Menurut Tajul Ariffin Nordin dan Nor’Aini,

(2001) Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) bermaksud pendidikan untuk

membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan nilai dalam

individu untuknya memasuki dan seterusnya memajukan diri dalam sesuatu bidang

pekerjaan. Ini dapat menerangkan bahawa PTV bukan sahaja menerapkan kemahiran

teknikal namun kemahiran lain yang perlu bagi membentuk pelajar yang lebih

berkualiti. Sebagaimana menurut Yahya Emat (2005), asas kepada pelaksanaan

sistem PTV ini adalah pendidikan sepanjang hayat di mana sistem ini juga dapat

memenuhi hasrat kerajaan untuk mengeluarkan tenaga kerja separuh mahir yang

memenuhi rancangan pembangunan perindustrian negara

Kurikulum masa depan seharusnya ke arah membebaskan individu daripada

kongkongan mata pelajaran sebagai sumber ilmu utama, serta melengkapkan diri

dengan kemahiran kognitif, interpersonal dan kecekapan yang tinggi (Tengku

Zawawi,1998). Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat yang bersikap

terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah dibantu dengan strategi

pengajaran guru supaya mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang

kukuh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Fokus pengisian kurikulum

semestinya lebih kepada penguasaan pelbagai kemahiran yang juga dikenali sebagai

kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran

berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni,

kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran kepimpinan dan

pengurusan dan sebagainya.

Dengan pendidikan dan latihan yang tersusun, tenaga manusia dapat dilatih

dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam industri seperti

kemahiran teknologi, kemahiran komunikasi, disiplin diri, kreatif dan bersikap

fleksibiliti (PPK 1991-2001). Justeru itu, demi mencapai impian ini, sudah pastinya

peranan guru haruslah lebih kreatif dalam merangka strategi pengajaran dan

pembelajaran supaya lebih terancang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak

Page 25: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

6

diterapkan kepada pelajar. Menurut Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zafri (2000),

kualiti kurikulum dan tenaga pengajar mempengaruhi tahap keterampilan pelajar.

Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk

menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Maka guru bertanggungjawab

untuk belajar cara belajar, mengajar, menguasai isi kandungan dan belajar cara

mengajar supaya berkeyakinan dalam pengajaran (Chan, 2002).

Menurut Mok Soon Sang (2003), sebagai agen sosialisasi juga, guru

berperanan menerapkan segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan

keperluan industri masa kini di samping memberi ilmu pengetahuan. Penggunaan

kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran guru amat

bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintegrasiannya dengan kemahiran–

kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,

kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak

kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Walau

bagaimanapun, tanggungjawab guru bukan sahaja perlu menerapkan pemikiran

pelajar dengan nilai teknologi, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai moral

dan etika murni untuk menghasilkan pekerja yang berkebolehan dalam semua aspek.

Perkara ini seharusnya dititik beratkan oleh pelajar-pelajar Aliran Teknik dan

Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM. Hal ini adalah kerana mereka yang akan terus

memartabatkan bidang pendidikan negara dalam bidang Pendidikan Teknik dan

Vokasional yang bermotifkan untuk melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang

dalam bidang teknik dan vokasional selain memiliki kemahiran generik yang menjadi

nilai tambah terhadap kebolehan pelajar tersebut. Mereka seharusnya menguasai

kemahiran-kemahiran generik tersebut, seterusnya mengamalkan dan juga

menerapkan kepada pelajar mereka terutama sekali semasa mereka latihan mengajar

di sekolah-sekolah.

Hal ini adalah kerana, setiap pelajar Fakulti Pendidikan, UTM diwajibkan

untuk menjalani latihan mengajar selama 12 minggu di sekolah-sekolah. Latihan

mengajar merupakan satu aktiviti yang perlu dilalui oleh seseorang guru pelatih dan

mesti mencapai tahap kelulusan tertentu sebelum seseorang pelatih tersebut boleh

Page 26: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

7

diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Ianya dianggap sebagai medan

percubaan sebelum seseorang pelajar tersebut bergelar guru. Dengan itu, latihan

mengajar adalah waktu yang sangat sesuai bagi guru pelatih untuk melatih diri

mereka dalam mengamalkan kemahiran generik.

1.3 Pernyataan Masalah

Kemahiran generik merupakan kemahiran yang mesti dimiliki dan diamalkan

oleh setiap pelajar, tanpanya pelajar akan dianggap sebagai tidak kompeten dalam

elemen berkaitan. Tambahan pula, semua pelajar Fakulti Pendidikan, UTM, mereka

telah menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang dianggap sebagai

percubaan mereka sebelum bergelar guru. Berdasarkan masalah yang dinyatakan,

kajian ini adalah bertujuan meninjau amalan kemahiran generik oleh guru pelatih

Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan

mengajar di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

i. Meninjau tahap amalan kemahiran komunikasi (Communication Skills) oleh

guru pelatih Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa

menjalani latihan mengajar di sekolah.

ii. Meninjau tahap amalan bekerja dalam kumpulan (Teamworking) oleh guru

pelatih Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa

menjalani latihan mengajar di sekolah.

iii. Meninjau tahap amalan penyelesaian masalah (Problem Solving) oleh guru

pelatih Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa

menjalani latihan mengajar di sekolah.

Page 27: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH GURU PELATIH … file4. **Sila tandakan ( 4 ) ... AHMAD JOHARI BIN SIHES . 81560, GELANG PATAH, Nama Penyelia. JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 29 APRIL 2008

8

iv. Meninjau tahap amalan keyakinan diri (Self-Esteem) oleh guru pelatih Aliran

Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan

mengajar di sekolah.

v. Meninjau tahap amalan fleksibel atau mampu menyesuaikan diri

(Adaptability) oleh guru pelatih Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,

UTM semasa menjalani Latihan Mengajar di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap amalan kemahiran komunikasi (Communication Skills) oleh

guru pelatih Aliran Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa

menjalani latihan mengajar di sekolah?

ii. Apakah tahap amalan bekerja dalam kumpulan (Teamworking) oleh guru

pelatih Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani

latihan mengajar di sekolah?

iii. Apakah tahap amalan penyelesaian masalah (Problem Solving) oleh guru

pelatih Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani

latihan mengajar di sekolah?

iv. Apakah tahap amalan keyakinan diri (Self-Esteem) oleh guru pelatih Aliran

Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan

mengajar di sekolah?

v. Apakah tahap amalan fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (Adaptability)

oleh guru pelatih Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa

menjalani latihan mengajar di sekolah?