Amalan keselamatan kebun

8
AMALAN KESELAMATAN KEBUN Langkah keselamatan 1. Keselamatan diri: Guru telah menyampaikan pengajaran tentang langkah- langkah keselamatan diri semasa berkebun . Semasa berkebun pelajar dikehendaki berpakaian seperti: Baju T' shirt dan seluar panjang Kasut sukan dan bersarung kaki Kasut but getah Sarung tangan Topi bulat 2. Keselamatan semasa berkebun yang diikuti pelajar: Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru. Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang kerja di kebun. Tidak boleh berlari atau bising semasa berkebun.

Transcript of Amalan keselamatan kebun

Page 1: Amalan keselamatan kebun

AMALAN KESELAMATAN KEBUN

Langkah keselamatan

1. Keselamatan diri: Guru telah menyampaikan pengajaran  tentang langkah-

langkah keselamatan diri semasa berkebun .

Semasa berkebun pelajar dikehendaki berpakaian seperti:

Baju T' shirt dan seluar panjang

Kasut sukan dan bersarung kaki

Kasut but getah

Sarung tangan

Topi bulat

2. Keselamatan semasa berkebun yang diikuti pelajar:  Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru.

 Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang kerja di kebun.

 Tidak boleh berlari atau bising semasa berkebun.

 Duduk di atas kerusi pendek sambil berkebun seperti, mencabut rumput, mengembur tanah atau meratakan tanah.

Page 2: Amalan keselamatan kebun

Menggunakan perlatan yang betul dan sesuai semasa berkebun, contohnya, menggunakan pencakar tangan untuk mengempur tanah dan memecahkan tanah.

Elakkan menggunakan peralatan yang rosak.

Mengambil peralatan dari bilik stor .

Memakai kasut but bergetah apabila diperlukan seperti mencangkul tanah dan menyiram tanaman.

Memakai sarung tangan apabila menggunakan pencakar tangan untuk mengemburkan tanah, mengumpul sampah dan meratakan tanah.

Memakai sarung tangan dan topeng muka apabila menyembur racun perosak serangga.Guru sentiasa mengawasi pelajar semasa menjalankan kerja penyemburan racun perosak.

3. Keselamatan selepas berkebun yang diikuti pelajar: Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila guru

memberi arahan .

Membersihkan peralatan kotor sebelum disimpan di stor.

Simpan semua peralatan di stor pada tempat yang dilebalkan.

Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah.

Memastikan kebun dalam keadaan bersih dan selamat.

Tiada peralatan tajam dan bahaya bertaburan di kawasan kebun seperti cangkul, sudip dan cakar tangan.

Bersihkan tangan dengan bersih untuk membuang kotoran Sabunkan tangan dengan menggosok di celah jari dan kuku.

Page 3: Amalan keselamatan kebun

Bilas tangan dengan air sehingga bersih.

                                                          TOPI KESELAMATAN

 SARUNG TANGAN

KASUT BUT BERGETAH

    

Page 4: Amalan keselamatan kebun

PAKAIAN LENGKAP SEMASA BERKEBUN

Page 5: Amalan keselamatan kebun

Amalan keselamatan di KebunPeraturan Dan Keselamatan Keselamatan adalah faktor penting yang perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti perkebunan. Antara ciri-ciri keselamatan adalah seperti :-1. Keselamatan Diri dan Rakan* Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.* Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika bekerja di kawasan kebun.* Pakai apron dan kasut but yang sesuai.* Perlu memakai sarung tangan yang sesuai.* Jangan bermain atau bergurau atau bermain di dalam kawasan kebun.* Sentiasalah bekerjasama dan tolong menolong dengan rakan sekerja.* Basuhlah tangan menggunakan air dan sabun selepas selesai membuat kerja.2. Keselamatan Am* Fahamkan semua peraturan keselamatan yang telah digariskan semasa berada di kawasankebun* Dapatkan kebenaran guru sebelum memasuki kawasan kebun.* Pastikan kawasan kebun sentiasa bersih, kemas dan

Page 6: Amalan keselamatan kebun

teratur.* Berkebunlah dengan penuh minat.* Selalulah bertanyakan guru jika ada sebarang masalah.* Bersihkan tempat kerja (kebun) dan lantai sebelum meninggalkan bengkel.* Kemas semua peralatan dan bahan di tempat yang disediakan.3. Cara Menyimpan Alatan* Alatan perlu dibersihkan selalu terutamanya selepas menggunakannya.* Alatan perlu disimpan rapi, kemas dan teratur di tempat yang telah disediakan.* Pastikan kawasan kebun selamat tanpa ada peralatan yang bersepah atau diletak merata.* Keadaan stor perkebunan perlu dibersihkan dan dikemas serta di label nama peralatantersebut