Amalan Malam & Hari Jumaat

2
AMALAN MALAM & HARI JUMAAT Hari Jumaat merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu. Justeru itu, pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya dilakukan bagi mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari yang lain. Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan terpelihara daripada fitnah kubur bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat! Pada malam Jumaat , kita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat. Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa. Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kuku dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat. Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat adalah waktu yang mustajab berdoa. Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah

Transcript of Amalan Malam & Hari Jumaat

Page 1: Amalan Malam & Hari Jumaat

AMALAN MALAM & HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu.

Justeru itu, pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya dilakukan bagi

mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari yang lain.

Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala

hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada

Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan

terpelihara daripada fitnah kubur bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau

malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat!

Pada malam Jumaat , kita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin.

Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat. Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan

membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-

Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.

Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan,

bersegera ke masjid, memotong kuku dan misai, berjalan kaki ke masjid dan

memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar

Khutbah Jumaat. Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat adalah waktu yang

mustajab berdoa.

Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah

melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.