AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH -...
Transcript of AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH -...
AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR
CLARE BIN SIPIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya CLARE BIN SIPIN (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh _____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : PETI SURAT 184, KG. KESILADAN, 89308 RANAU, SABAH. Tarikh: APRIL 2009
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA) DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN
(NAMA PENYELIA) Tarikh : APRIL 2009
√
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
i
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : .................................................
Nama Penyelia : Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan
Tarikh : ..................................................
ii
AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR
CLARE BIN SIPIN
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
April 2009
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................
Nama Penulis : Clare Bin Sipin
Tarikh : ..............................
iv
DEDIKASI
Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan buat
Ayah dan ibu tersayang
Sipin Bin Kulod, Rinah Binti Kuloyot,
Kakak-kakak, Abang dan adikKu,
Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanKu
Khas buat
Mak mertuaKu dan Bapa mertuaKu yang sentiasa dikasihi
Istimewa buat
Isteri yang sangat dicintai Jolinah Binti Liman,
Pengorbanan dan keikhlasanmu yang menanti kejayaan dan kepulanganKu
Serta
Untuk anakKu yang sangat dikasihi dan disayangi
Crystal Jonella @ Lala
Semoga dengan kejayaan ”Daddy” ini menjadi pendorong buat anakKu
Seterusnya
Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar
Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan
Akhirnya
Rakan-rakan seperjuangan PKPG
Yang sentiasa membantuKu walaupun dalam situasi getir
v
PENGHARGAAN
Shallom dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatNya sehingga dapat saya
menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia pembimbing
Projek Sarjana Muda, Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan di atas dorongan dan tunjuk
ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh penulisan projek ini.
Kerjasama daripada pelajar-pelajar Tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan UTM juga
amat saya hargai dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang saya kehendaki
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan akademik
Fakulti Pendidikan UTM atas bantuan, tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang projek
ini dijalankan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPH
PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pemakanan di kalangan
pelajar, mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan berkhasiat,
mengenal pasti peruntukan kewangan untuk makanan yang disediakan oleh pelajar,
untuk mengetahui hubungan amalan pemakanan berdasarkan tahap pencapaian
akademik pelajar dan mengenal pasti perbezaan pengetahuan terhadap makanan
berkhasiat antara pelajar lelaki dan perempuan tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan
UTM. Responden kajian ini melibatkan 110 orang pelajar 4 SPH yang telah dipilih
secara rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data
ialah soal selidik yang mengandungi 57 item. Nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah α = .83. Data yang diperoleh
dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min dengan
menggunakan perisian SPSS 11.5 dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk
jadual. Kaedah korelasi dan ujian-t juga digunakan untuk melihat hubungkait antara
pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan pelajar tahun 4 SPH berada pada tahap
memuaskan dalam amalan pemakanan mereka. Selain itu, di dapati tahap
pengetahuan pelajar terhadap pemakanan berkhasiat berada pada tahap yang tinggi.
Bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan pelajar memperuntukan wang untuk
makanan pada tahap yang sederhana sahaja. Kajian turut membuktikan tidak terdapat
hubungan yang signifikan amalan pemakanan dengan pencapaian akademik pelajar
dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap pengetahuan
terhadap makanan berkhasiat.
vii
ABSTRACT
The main purpose of this study are to identify the food consuming among the
students, to identify the students level of knowledge towards the nutritious food, to
identify the financial allotment prepared by the students, to recognize the connection
of food consuming based on the students academic achievement on the difference of
nutritious food knowledge between male and female students from the class of 4
SPH Education Faculty UTM. The respondents consist of 110 students from 4 SPH
who has been selected random. A set of questionnaire was used in this study which
comprises of 57 items. The reliable value of Alpha Conbach is this study is a= .83.
the data gained has been descriptively analyzed to gain the frequency, percentage and
min using the SPSS 11.5 software, and then be presented in schedule form. The
correlation and t-test method is used to recognize the relation between the
denominators. The result shows that the students of year 4 SPH are in the satisfying
level of food consuming practice. Beside that, there is a high level of nutritious foods
knowledge among the students. However, the students allot a moderate financial for
food. Results also show that there is no significant relation between food consuming
practice and the students academic achievement and also shows that there is no
significant difference among genders towards the nutritious food knowledge.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN iv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definasi Istilah 12
1.10 Kesimpulan 16
ix
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pemakanan Seimbang 18
2.3 Amalan Pemakanan 22
2.4 Pengetahuan Kepada Makanan Berkhasiat 26
2.5 Peruntukan Kewangan Untuk Makanan 27
2.6 Jantina 30
2.7 Pencapaian Akademik Pelajar 31
2.8 Rumusan 32
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.5 Kajian Rintis 36
3.6 Instrumen Kajian 37
3.7 Analisis Data 41
3.8 Prosedur Kajian 44
3.9 Kesimpulan 45
BAB 4 ANALISIS DATA 46
4.1 Pengenalan 46
4.2 Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Jantina 47
4.2.2 Tempat Tinggal 48
4.2.3 Pendapatan Ibu bapa Sebulan 48
4.2.4 Sumber Kewangan 49
4.2.5 Jumlah Wang yang Diterima Sebulan 50
4.2.6 Jumlah Perbelanjaan untuk Makan Sehari 51
x
4.2.7 Pencapaian C.G.P.A 52
4.3 Amalan Pemakanan Responden 53
4.3.1 Jenis Makanan yang Diambil Responden 53
4.3.2 Tahap Amalan Pemakanan Responden 57
4.3.3 Kekerapan Meninggalkan Sajian
Dalam Seminggu 59
4.3.4 Pengambilan Makanan Ringan (Snek) 60
4.4 Pengetahuan Terhadap Pemakanan Berkhasiat 60
4.5 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap
Pemakanan Berkhasiat 66
4.6 Peruntukan Perbelanjaan Kewangan 68
4.7 Hubungan antara amalan pemakanan
berdasarkan tahap pencapaian akademik pelajar
tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan 74
4.8 Perbezaan pengetahuan terhadap makanan
berkhasiat antara pelajar lelaki dan perempuan
tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan 75
4.9 Kesimpulan 76
BAB 5 PERBINCANGAN KESIMPULAN DAN CADANGAN 77
5.1 Pengenalan 77
5.2 Perbincangan Dapatan dan Kesimpulan 78
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 79
5.2.2 Amalan Pemakanan Responden 80
5.2.2.1 Kekerapan Mengambil Makanan 81
5.2.2.2 Kekerapan Meninggalkan Sajian
Dalam Seminggu 83
5.2.3 Tahap Amalan Pemakanan Responden 84
5.2.4 Tahap Pengetahuan Asas Pemakanan Responden 84
5.2.5 Tahap Peruntukan Kewangan 85
xi
5.2.6 Hubungan Amalan Pemakanan Pelajar
Berdasarkan Pencapaian Akademik 87
5.2.7 Perbezaan pengetahuan terhadap makanan
berkhasiat Berdasarkan Jantina Pelajar 87
5.3 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian 88
5.3.1 Pelajar 88
5.3.2 Ibu Bapa 89
5.3.3 Pihak Sekolah 89
5.3.4 Pihak Kerajaan 90
5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 90
5.5 Penutup 91
RUJUKAN 92 - 96
LAMPIRAN A - E
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Pencapaian pelajar yang mendapat ijazah 4
kelas pertama Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia Tahun 2005-2007.
2.1 Menunjukkan Tenaga Yang Diperlukan Oleh 30
Remaja Lelaki dan Perempuan
3.1 Skor Skala 5 Mata 38
3.2 Skor Skala 5 Mata 39
3.3 Skor Skala 5 Mata 39
3.4 Taburan skor skala 3 peringkat 40
3.5 Skor Skala 5 Mata 41
3.6 Klasifikasi Item Soalan Mengikut Soal
Selidik 42
3.7 Persoalan Kajian dan Jenis Statistik Yang
Digunakan 43
3.8 Skor Tahap Amalan Pemakanan Responden 44
4.1 Taburan Jantina Responden 47
4.2 Taburan Tempat Tinggal Responden 48
4.3 Taburan Pendapatan Ibu bapa Sebulan 48
4.4 Taburan Sumber Kewangan Responden 49
4.5 Taburan Jumlah Wang yang Diterima Sebulan 50
4.6 Taburan Jumlah Perbelanjaan untuk makan sehari 51
xv
SENARAI SINGKATAN
C.G.P.A - Cumulative Grade Point Average
(purata nilai gred kumulatif)
HUKM - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia
MSG - Mono Sodium Glutamte
P & P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
RDA - Recommended Dietary Allowances
RMT - Rancangan Makanan Tambahan
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Package For The Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
4.6 Taburan Jumlah Pencapaian C.G.P.A Responden 52
4.7 Taburan amalan pemakanan responden 53
4.8 Pembahagian Tahap Amalan Pemakanan
Responden 57
4.9 Tahap Amalan Pemakanan Responden 58
4.10 Kekerapan Responden meninggalkan sarapan
pagi, makan tengah hari dan makan malam dalam
seminggu. 59
4.11 Kekerapan mengambil makanan ringan (snek)
dalam sehari 60
4.12 Masa paling kerap mengambil makanan ringan
atau snek 61
4.13 Makanan yang selalu diambil sebagai makanan
ringan (snek) 61
4.14 Pengetahuan asas pemakanan responden 62
4.15 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap
Pemakanan Berkhasiat. 66
4.16 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap
Pemakanan Berkhasiat. 67
4.17 Data Analisis Kekerapan, Peratus dan Min
Responden Bagi Peruntukan Kewangan (n = 110) 68
4.18 Pembahagian Tahap Peruntukan Kewangan
Responden Untuk Makanan 69
4.19 Taburan Responden Mengikut Tahap Peruntukan
Kewangan 70
4.20 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Kewangan
Sebulan oleh Responden 70
4.21 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Kewangan
Untuk Sarapan Pagi Dalam Sebulan Oleh
Responden 71
4.22 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Kewangan
xiv
Untuk Makan Tengah Hari Dalam Sebulan Oleh
Responden 72
4.23 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Kewangan
Untuk Makan Malam Dalam Sebulan Oleh
Responden 72
4.24 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Jumlah
Responden Makan Dalam Sehari 73
4.25 Analisis Korelasi Amalan Pemakanan Responden
Dengan Pencapaian Akademik 74
4.26 Analisis Ujian-t Perbezaan Amalan Pemakanan
Berdasarkan Jantina 75
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Memohon Kebenaran
B Pengesahan Soalan soal selidik
C Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W. (1970)
D Borang Soal selidik
E Analisis Data SPSS
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkannya berfungsi.
Manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Ini kerana makanan memberi manusia
tenaga bukan sahaja untuk berkerja tetapi juga untuk membesar, membiak dan
melaksanakan segala proses kelangsungan hidup. Dalam kita memilih makanan yang
terbaik, amalan pemakanan yang betul adalah amat penting sekali. Amalan
pemakanan yang betul adalah penyediaan makanan yang betul, disediakan pada
masa yang sepatutnya dan dalam kuantiti yang secukupnya (Zuraini Mat Issa 2006).
Ini penting bagi memastikan semua ahli keluarga termasuk anak-anak menerima
kesemua zat yang diperlukan bagi menjalankan aktiviti harian, pertumbuhan dan
pembesaran.
Alam remaja ialah tempoh yang paling mencabar dalam perkembangan
manusia. Disebabkan banyaknya perubahan fizikal dan fisiologi yang berlaku,
beberapa isu penting timbul yang mempengaruhi imbangan pemakanan remaja. Para
remaja mempunyai keperluan pemakanan yang lebih dalam pelbagai bidang.
Peringkat remaja adalah peringkat di mana aktiviti-aktiviti jasmani, hayat, emosi
2
sosial, ubah suai dan tekanan pada taraf yang tertinggi dan disertai oleh kesedaran
tentang perubahan tubuh badan berlaku. Menurut Zuraini Mat Issa (2006), remaja
akan mengalami pertumbuhan berat badan hampir separuh daripada berat badan
orang dewasa bagi tempoh lima hingga tujuh tahun pertama selepas baligh.
Manakala bagi ketinggian pula, mereka mengalami lebih kurang 20 peratus
pertambahan ketinggian berbanding orang dewasa. Saiz organ-organ mereka juga
membesar dua kali ganda daripada saiz asal. Apabila remaja lelaki dan perempuan
mencapai peringkat ini, keperluan tenaga dan zat-zat makanan mereka meningkat
dengan cepat. Remaja lelaki memerlukan 2600 hingga 2580 kalori sehari manakala
remaja perempuan memerlukan 2100hingga 2350 kalori tenaga sehari (Aishah
Hamzah 2003). Remaja pada peringkat membesar dan matang ini, banyak
menghabiskan masa mereka di luar rumah seperti mengerjakan aktiviti sekolah, kerja
rumah serta aktiviti sosial. Oleh itu, mereka memerlukan keperluan kalori yang
berlebihan untuk menjaga keadaan jasmani mereka.
Semasa kemuncak kelajuan pertumbuhan, pelajar mungkin perlu makan
selalu dalam jumlah yang banyak dan berupaya untuk menggunakan makanan
dengan kandungan tenaga yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka biasanya perlu
berhati-hati tentang jumlah dan kekerapan makan apabila pertumbuhan mulai
kurang. Memakan makanan secara berlebihan lambat laun akan mengakibatkan
beberapa penyakit yang berbahaya. Oleh itu, pelajar perlu mengetahui pengetahuan
yang baik tentang pemakanan. Pemakanan ini amat penting untuk menjamin ianya
mendapat cukup nutrien yang diperlukan semasa pembesaran. Menurut Zuraini Mat
Isa (2006), semakin baik pengetahuan seseorang remaja tentang pemakanan,
semakin baik juga tentang pengambilan makanannya yang menyihatkan.
Makanan yang berkhasiat adalah amat penting kepada manusia. Ini bermakna
makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang
betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan. Menurut F.J. Stare dan
M.McWilliams (1990), terdapat lebih daripada 50 nutrien yang diperlukan dalam diet
untuk pertumbuhan dan pemiaraan badan yang sempurna. Nutrien ini dikategorikan
kepada 6 kategori: karbohidrat, lipid, protein, mineral, vitamin dan air. Pengambilan
3
nutrien ini amat penting kepada remaja untuk mendapatkan kesihatan yang baik
sepanjang pertumbuhan pembesarannya. Menurut F.J. Stare dan M.McWilliams lagi,
remaja yang sihat dan makan makanan yang berkhasiat yang secukupnya mempunyai
badan yang tegap dan tulang yang kuat, endapan lemak yang sesuai, otot yang kuat,
rambut yang bersinar, kulit yang sihat dan gigi yang kuat serta bebas dari pereputan.
Taraf sosio-ekonomi keluarga juga penting dalam mengimbangi pemakanan
remaja. Bagi pelajar-pelajar, kebanyakan wang perbelanjaan untuk mereka membeli
makanan dan juga keperluan mereka diperolehi daripada ibubapa dan juga melalui
biasiswa serta pinjaman kewangan. Oleh yang demikian, sudah tentulah terdapat
perbezaan amalan pemakanan di kalangan remaja yang ibubapanya berpendapatan
rendah dengan ibubapa yang berpendapatan tinggi. Menurut Tee E Siong (1988),
pendapatan amat mempengaruhi jumlah wang yang dibelanjakan untuk makanan
serta jenis-jenis makanan yang dibeli. Selain itu, F.J. Stare dan M.McWilliams
(1990) dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor pendapatan kelurga memainkan
peranan penting dalam menentukan jumlah dan jenis makanan yang di makan serta
tempat keluarga itu mendapatkan makanan iaitu sama ada makan di rumah ataupun
di luar rumah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Selalunya pelajar di dalam kesibukan untuk pergi ke sekolah, akan terlepas
sarapan pagi mereka atau memakan makanan yang kurang sempurna. Ramai ibu
yang mengabaikan aspek penyediaan sarapan pagi bagi anak-anak mereka (Zuraini
Mat Isa 2006). Pembahagian yang baik terhadap pengambilan makanan harian adalah
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, selebihnya diperolehi dari
makanan ringan dan remaja yang mengambil sarapan pagi yang kurang memuaskan
didapati letih dan lesu dan tidak dapat menumpuhkan sepenuh perhatian terhadap
kerja-kerja sekolah terutamanya pada lewat pagi. Kajian yang dilakukan oleh Nestle
4
Product Sdn.Bhd (Nestle) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mendapati
30% daripada pelajar-pelajar sekolah tidak pernah bersarapan pagi (Tidak langsung
atau cuma sekali dalam seminggu pada hari persekolahan). Kajian itu meliputi 12000
orang pelajar-pelajar seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan tabiat tidak bersarapan
pagi ini menjadi amalan rutin pelajar sekolah, ini akan mengakibatkan mereka akan
terus mengamalkan amalan yang tidak sihat ini semasa mereka memasuki di mana-
mana institut pengajian tinggi.
Amalan pemakanan penting dalam mempengaruhi kecemerlangan pelajar
dalam pelajaran mereka. Mengikut statistik pencapaian pelajar Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, menunjukkan pencapaian pelajar yang mendapat
ijazah kelas pertama amat sedikit berbanding bilangan pelajar yang berjaya menjadi
graduan (Facts and Figures, Oktober 2008). Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian
pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia tahun 2005 – 2007.
Jadual 1.1 : Pencapaian pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Tahun
2005-2007.
Sumber : Facts & Figures, Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia
Tahun Fakulti 2005 2006 2007
Fakulti Pendidikan 16 7 19
Statistik jadual 1.1 menunjukkan jumlah pelajar yang mendapat ijazah kelas
pertama amat sedikit berbanding jumlah pelajar yang berjaya menjadi graduan.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit peningkatan jumlah bilangan pelajar yang
memperolehi ijazah kelas pertama dari tahun 2006 ke tahun 2007, namun ia tidak
menunjukkan peningkatan yang ketara. Penurunan jumlah pelajar juga amat ketara
dari tahun 2005 ke tahun 2006.
5
Pencapaian pelajar ini mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya sistem
pendidikan, faktor genetik dan salah satu yang utama ialah faktor amalan
pemakanan. Ini kerana makanan akan membekalkan zat makanan yang diperlukan
oleh otak dan sistem saraf pelajar untuk berfungsi dengan baik. Di samping itu,
makanan juga akan menghasilkan oksigen yang mencukupi kepada otak pelajar
untuk bertenaga lebih lama. Menerusi amalan pemakanan yang baik, ia akan
menjamin kesihatan tubuh badan yang sihat akan mempengaruhi perkembangan
minda dan ketahanan mental pelajar (Razaki Fauzi 2000).
Kajian-kajian yang dilakukan oleh Tee E Siong (1988) dari tahun 1979
hingga 1983 terhadap 14 buah kampung di Kelantan, Johor, Kedah dan Perak
mengambarkan keadaan pemakanan beberapa masyarakat di Malaysia. Kajian ini
mendapati, hampir semua lapisan masyarakat yang diperiksa paras hemoglobinnya
didapati menghadapi anemia. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada kanak-
kanak prasekolah dan murid-murid sekolah, para remaja, kaum wanita dan juga
orang dewasa yang berusia lebih daripada 46 tahun. Punca anemia yang dialami ialah
kekurangan zat besi. Salah pemakanan, baik protein atau kalori, zat besi atau vitamin
A, adalah berpunca daripada kekurangan zat-zat tersebut dalam amalan pemakanan
mereka. Ini menunjukkan masyarakat masih kurang pengetahuan tentang amalan
pengambilan makanan yang berkahsiat yang menyebabkan mereka menghidap
penyakir seperti anemia.
Pengetahuan pelajar terhadap pemakanan yang berkhasiat adalah amat
penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang hidup mereka.
Apabila pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pemakanan
yang berkhasiat ini, akan menimbulkan banyak masalah terhadapa diri remaja itu
sendiri. Kekurangan zat makanan akan mengubah pertumbuhan otak dan tahap
kecemerlangan remaja tersebut (Zuraini Mat Isa 2006). Ia juga akan menganggu
tahap kesihatan secara keseluruhannya. Kemiskinan dan halangan pendidikan
ibubapa yang rendah, menyebabkan masalah ini menjadi buruk. Ini kerana ibu bapa
6
tersebut tidak mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan aspek pemakanan
dan kesihatan. Sedangkan ibu bapa adalah guru utama bagi membentuk corak
pemakanan yang berkhasiat dan juga dalam menerapkan pengetahuan yang baik
kepada anak-anak mereka. Menurut Zuraini lagi, semakin baik pengetahuan
seseorang remaja tentang pemakanan, semakin baik juga tentang pengambilan
makanannya yang menyihatkan. Seseorang pelajar haruslah mempunyai pengetahuan
terhadap jenis-jenis makanan yang berkhasiat yang sepatutnya mereka ambil dalam
kehidupan seharian mereka. Rao (1986) berpendapat bahawa semakin baik
pengetahuan seseorang tentang pemakanan, maka pengambilan makanannya juga
semakin baik dan mencapai keperluan yang syorkan.
Pendapatan amat mempengaruhi jumlah wang yang dibelanjakan untuk
makanan serta jenis-jenis makanan yang dibeli. Bagi pelajar institut pengajian tinggi,
wang saku yang diperolehi untuk membeli makanan adalah daripada ibubapa dan
juga melalui pinjaman atau biasiswa yang diterima oleh mereka. Ada di kalangan
pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah tidak berbelanja di sekolah kerana
wang saku yang diberi oleh ibubapa mereka tidak mencukupi untuk membeli
makanan. Ini menyebabkan pelajar belajar dalam keadaan lapar dan tidak
mempunyai tenaga yang mencukupi. Menurut Zurina et.al (1990), peruntukan
kewangan yang tidak mencukupi sudah tentu akan mempengaruhi makanan yang
ingin dibeli. Dengan kurangnya wang maka, sudah tentu pelajar akan membeli
makanan yang murah yang tidak terjamin kualiti dan kandungan nutriennya.
Kesihatan yang optimum, pencapaian yang baik di sekolah, rasa bertenaga serta
mempunyai bentuk badan yang menarik dan kuat adalah merupakan ganjaran
apabila mengamalkan pemakanan yang baik (F.J. Stare dan M.McWilliams (1990).
Oleh itu, pelajar adalah tempoh yang penting dan mereka memerlukan satu
panduan yang jelas untuk kesihatan dan status pemakanan mereka. Kesimpulannya,
kajian ke atas pelajar sekolah adalah penting dan perlu untuk diadakan untuk
mengetahui amalan pemakanan mereka dan seterusnya memperbaiki taraf kesihatan
mereka pada masa akan datang dengan membentuk amalan pemakanan yang sesuai
dan berkesan.
7
1.3 Penyataan Masalah
Kebanyakan pelajar kurang mengambil tahu tentang amalan pemakanan yang
baik. Mereka tidak mengambil kiran kandungan nutrien yang diperlukan oleh badan.
Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati mereka hanya mengambil makanan
mengikut selera mereka dan sekadar untuk mengalas perut sahaja.
Kekurangan wang untuk membiayai perbelanjaan penuntut-penuntut Institut
Pengajian Tinggi mempengaruhi amalan pemakanan pelajar. Semasa menghadiri
kuliah, pelajar-pelajar kurang bertenaga dan lemah disebabkan amalan pemakanan
yang tidak baik. Namun begitu, ada juga sesetengah pelajar yang sanggup mengikat
perut kerana ingin membelanjakan wang mereka untuk membeli keperluan lain
seperti pakaian, perhiasan dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka akan mengambil
makanan yang murah dan juga makanan yang tidak mengandungi nutrien-nutrien
yang diperlukan oleh badan mereka. Pengambilan makanan harian pelajar juga tidak
terancang. Ini seterusnya menyebabkan pencapaian mereka dalam akademik mereka
kurang memuaskan dan agak menurun.
Selain itu juga, situasi belajar di Institut Pengajian Tinggi seperti kesibukan
belajar dan membuat tugasan serta menguruskan aktiviti-aktiviti persatuan pelajar.
Bagaimanakan pelajar mengambil makanan? Bagaimanakah masa yang diluangkan
pelajar untuk mnikmati makanan?
Melihat kepada masalah-masalah tersebut, kajian ini dijalankan adalah untuk
meninjau amalan pemakanan di kalangan pelajar Tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi:
1.4.1 Mengenal pasti amalan pemakanan di kalangan pelajar tahun 4 SPH
Fakulti Pendidikan.
1.4.2 Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar tahun 4 SPH Fakulti
Pendidikan terhadap makanan berkhasiat.
1.4.3 Mengenal pasti peruntukan kewangan untuk makanan yang
disediakan oleh pelajar tahun 4 SPH Fakulti pendidikan.
1.4.4 Untuk mengetahui hubungan amalan pemakanan berdasarkan
tahap pencapaian akademik pelajar tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan.
1.4.5 Mengenal pasti perbezaan pengetahuan terhadap makanan berkhasiat
antara pelajar lelaki dan perempuan tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini untuk menjawab persoalan:
1.5.1 Apakah amalan pemakanan di kalangan pelajar tahun 4 SPH Fakulti
Pendidikan?
1.5.2 Apakah tahap pengetahuan pelajar tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan
terhadap makanan berkhasiat?
9
1.5.3 Sejauh manakah peruntukkan kewangan untuk makanan yang
disediakan oleh pelajar tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan?
1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara amalan pemakanan berdasarkan
tahap pencapaian akademik pelajar tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan pengetahuan terhadap makanan berkhasiat
antara pelajar lelaki dan perempuan tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan?
1.6 Hipotesis Kajian
Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan pemakanan
berdasarkan tahap pencapaian akademik pelajar.
Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina pelajar
terhadap pengetahuan terhadap makanan berkhasiat.