AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang...

22

Transcript of AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang...

Page 1: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti
Page 2: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI KALANGAN MURID

TINGKATAN DUA DI KAWASAN BANDAR DAN

LUAR BANDAR - SATU PERBANDINGAN.

MOSLEHA BTE LAMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kepujian

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 3: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti
Page 4: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti
Page 5: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

iv

Istimewa buat keluarga tersayang; emak, kakak, abang , adik dan anak-anak.

Tidak ku lupakan suami tercinta,

Pengorbanan, jasa dan penat lelah kalian

Merupakan pencetus semangat dan pendorong kejayaan ini.

“ Bersama Membina Masa Depan Yang Lebih Gemilang.”

Page 6: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.

Selawat Dan Salam Buat Junjungan , Keluarga dan Para Sahabat. Alhamdulillah, saya

merafakkan syukur ke hadirat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya

melaksanakan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia tesis saya, Encik Mohd. Zolkifli Bin Abdul Hamid, di atas segala bimbingan,

idea, tunjuk ajar, komen, teguran dan panduan disepanjang saya menyempurnakan

penyelidikan ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara Dua, Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Pinang, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kulai dan

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kulai Dua di atas segala kerjasama dan

keperihatinan yang diberikan.

Tidak lupa penghargaan ini saya tujukan kepada ibu , suami, kaum keluarga dan

anak-anak kerana galakan, dorongan dan pengorbanan yang berterusan sepanjang

pengajian dan penyelidikan ini dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua

pensyarah, semua rakan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah

disumbangkan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam usaha saya menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau amalan pengambilan sarapan pagi di kalangan murid tingkatan dua di kawasan bandar dan luar bandar di daerah Kulai. Sampel kajian melibatkan 205 orang murid yang terdiri daripada 120 murid di kawasan bandar dan 85 murid luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik digunakan bagi mengumpul maklumat kajian. Data-data dianalisis menggunakan ujian statistik kekerapan, peratusan, min, korelasi dan ujian -t. Hasil kajian mendapati 54.2 % murid tingkatan dua di bandar dan 52.9% di luar bandar mengambil sarapan pagi setiap hari. Murid di bandar lebih ramai yang meninggalkan sarapan pagi (kurang dari tiga kali seminggu). Hasil analisis faktor latarbelakang keluarga mempengaruhi murid dalam amalan pengambilan sarapan pagi memperolehi min skor pada tahap sederhana dan perhubungan antara faktor latarbelakang keluarga dengan amalan pengambilan sarapan pagi adalah rendah. Tahap pengetahuan responden tentang kepentingan sarapan pagi adalah baik. Sarapan pagi yang digemari oleh murid adalah makanan berasaskan nasi, diikuti mee, roti dan kuih tempatan. Minuman yang digemari pula adalah plain water, milo dan teh. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap corak pengambilan sarapan pagi di antara murid bandar dan luar bandar.

Page 8: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

vii

ABSTRACT

The purpose of this study was to survey the consumption of breakfast within the Kulai form two students in town and rural area. A total of 205 students, consisting of 120 students in town area and 85 students in rural area were selected randomly from four schools in Kulai. The descriptive study method was used with the surveying approach. The questionnaire is used as the instrument to gather information. All data collected were analysis statistically using frequencies, percentage, mean, correlation and t-test. The findings indicated that 54.2% students in town and 52.9% in rural area consumed breakfast everyday. However, skipping breakfast (taking breakfast less than 3 times a week) was higher among town students (41.6%). The analysis on the family background factors indicated that they were in medium score. The relationship between family background and food consumption are low. Pre adolescent knowledge about food and nutrition is satisfactory. The most popular breakfast foods are rice, noodle, bread and traditional cake. The popular breakfast drink among students was plain water, Milo and tea. This study also found that there was no significant difference of town students and rural area in breakfast consumption.

Page 9: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

DAFTAR SINGKATAN/ISTILAH xiii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 6

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Hipotesis 8

1.7 Kepentingan kajian 8

1.8 Definisi operasi istilah 9

Page 10: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

ix

1.9 Skop kajian 11

1.10 Batasan kajian 12

1.11 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Keperluan nutrien makanan. 14

2.3 Amalan pemakanan remaja 17

2.4 Pengambilan sarapan pagi 20

2.5 Kepentingan sarapan pagi kepada murid 22

2.6 Faktor yang mempengaruhi pengambilan

sarapan pagi 23

2.6.1 Kekangan masa 24

2.6.2 Latar belakang keluarga 24

2.6.3 Tahap sosio ekonomi 25

2.7 Pendidikan pemakanan 26

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekebentuk kajian 28

3.3 Tempat kajian 29

3.4 Populasi dan sampel kajian 29

3.5 Instrumen kajian 30

3.6 Kajian rintis 33

3.7 Prosedur kajian 34

3.8 Analisis data 34

3.9 Kesimpulan 36

Page 11: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

x

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Kajian rintis 38

4.3 Analisis soal selidik 38

4.4 Profil responden 39

4.5 Faktor latarbelakang keluarga dalam

mempengaruhi amalan pengambilan

sarapan pagi 44

4.6 Pengetahuan tentang amalan pengambilan

sarapan pagi 51

4.7 Corak pengambilan sarapan pagi 52

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN

DAN CADANGAN

5.1 Rumusan 61

5.2 Kesimpulan 62

5.3 Perbincangan 65

5.3.1 Latarbelakang keluarga 65

5.3.2 Tahap pengetahuan responden 66

5.3.4 Corak pengambilan sarapan pagi 67

5.4 Cadangan 70

5.5 Cadangan kajian lanjutan 71

RUJUKAN 75

LAMPIRAN 81

Page 12: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

xi

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

ATS - Amat tidak setuju

TS - Tidak setuju

TP - Tidak pasti

S - Setuju

AS - Amat setuju

% - Peratus

n - Bilangan

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

SP - Sisihan piawai

t - Taburan

P - Aras Signifikan (keertian)

Page 13: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan kekerapan populasi dan sampel sekolah 30

3.2 Skala Likert 31

3.3 Nilai penskoran item 32

3.4 Nilai Alpha Cronbach 33

3.5 Tahap penilaian responden berdasarkan peratusan 35

3.6 Selang skala mengikut tahap min 36

3.7 Jadual Korelasi 36

4.1 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut

jantina, bilangan ahli keluarga, kawasan tempat

tinggal, penjaga, jarak rumah ke sekolah dan cara

pengangkutan ke sekolah 40

4.2 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut

kelayakan akademik ibubapa 41

4.3 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut

pendapatan keluarga, wang saku pelajar dan

kekerapan mengambil sarapan pagi 42

4.4 Taburan bilangan, peratus dan min faktor

latarbelakang keluarga dalam mempengaruhi

amalan pengambilan sarapan pagi 49

4.5 Taburan bilangan, peratus dan min faktor

latarbelakang keluarga responden dalam

mempengaruhi amalan pengambilan sarapan pagi 50

Page 14: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

xiii

4.6 Min dan sisihan piawai keseluruhan faktor

Latarbelakang keluarga dan amalan pengambilan

sarapan pagi 51

4.7 Korelasi faktor latarbelakang keluarga dan amalan

pengambilan sarapan pagi 51

4.8 Taburan kekerapan dan peratus bagi tahap

pengetahuan responden tentang amalan

pengambilan sarapan pagi 52

4.9 Taburan kekerapan dan peratus amalan

pengambilan sarapan pagi responden bandar bagi

jenis bijirin dalam tempoh seminggu 53

4.10 Taburan kekerapan dan peratus amalan pengambilan

sarapan pagi responden luar bandar bagi jenis bijirin

dalam tempoh seminggu 54

4.11 Taburan kekerapan dan peratus amalan pengambilan

sarapan pagi responden luar bandar bagi jenis sapuan

roti dalam tempoh seminggu 56

4.12 Taburan kekerapan dan peratus amalan pengambilan

sarapan pagi responden luar bandar bagi jenis kuih

tempatan dalam tempoh seminggu 57

4.13 Taburan kekerapan dan peratus amalan pengambilan

sarapan pagi responden luar bandar bagi jenis

minuman dalam tempoh seminggu 59

4.14 Ujian-t corak pengambilan sarapan pagi murid bandar

dengan luar bandar 60

Page 15: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh soal selidik 81

B Ujian Korelasi 89

C Ujian-t 90

D Senarai sekolah di daerah Kulai

mengikut lokasi 110

E Surat kebenaran Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia 111

Page 16: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk

proses pertumbuhan, pemulihan, dan pengawalan kesihatan ( Fatimah, Wong Siew

Foong dan Vickneswary, 2002 ).

Menurut Zubaidah (1992), pemakanan boleh didefinisikan sebagai satu bidang

sains yang berkaitan dengan pembekalan, pengambilan dan penggunaan makanan oleh

sesuatu organisma. Makanan pula dianggap sebagai bahan yang masuk ke dalam tubuh

melalui salur alimentari dan membekalkan nutrien kepada tubuh.

Pemakanan biasanya berkait rapat dengan makanan. Makanan dan pemakanan

adalah penting bagi kesihatan setiap individu. Makanan diperlukan untuk pertumbuhan,

tenaga pergerakan, penjagaan dan segala aktiviti serta mengawal proses tubuh badan.

Menurut Wee Eng Hoe ( 1997 ), dalam masyarakat kita pada hari ini masalah

pemakanan bukan berpunca dari kekurangan makanan tetapi kerana kurang berhati-hati

dalam membuat pemilihan makanan. Amalan pengambilan makanan mempunyai

pengaruh yang besar terhadap status pemakanan dan seterusnya kesihatan seseorang.

Masalah pemakanan wujud mungkin kerana kedaifan, kurang pengetahuan, amalan

warisan dan kepercayaan tahyul .

Page 17: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

2

Makanan yang seimbang terdiri daripada tiga kumpulan yang besar iaitu

makanan yang memberi tenaga untuk kita bekerja dan bergerak, makanan yang boleh

menjauhkan dari penyakit serta makanan yang membina sel-sel dan tisu tubuh sama ada

untuk proses pertumbuhan atau lain-lain fungsi tubuh yang normal.

Amalan atau tabiat makan yang sihat bermakna mengambil makanan yang

betul untuk badan dan minda, sambil mencegah kekurangan dan berlebihan zat

makanan yang boleh membawa mudarat. Memakan pelbagai makanan yang

mengandungi zat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral perlu untuk

mendapat nutrien yang mencukupi. Cara-cara pemakanan yang baik termasuk memilih

pelbagai jenis makanan untuk makanan yang seimbang, makan secara sederhana dan

mengekalkan cara makan berdasarkan makanan yang baik serta mempunyai zat

makanan yang sesuai ( Tee E Siong, 2003 ).

.

Seseorang tidak perlu bimbang kemungkinan mengalami kekurangan nutrien

selagi ia mengamalkan tabiat makan seperti disarankan dalam piramid makanan iaitu

satu daripada ciri utama Garis Panduan Diet untuk rakyat Malaysia. Kebanyakkan

pelajar hari ini gemar melangkau sarapan pagi. Hal ini boleh menjejaskan remaja yang

berada pada tahap tumbesaran, aktif serta penggunaan tenaga yang maksimum.

Walaupun jangka masa sarapan agak singkat, namun ia amat mustahak untuk

menguatkan fizikal dan mental.

Hidangan sepinggan lengkap sarapan terdiri daripada makanan pembina tubuh,

pencegah penyakit dan pemberi tenaga yang mengandungi komposisi seperti protein,

kabohidrat, vitamin dan mineral. Hidangan ini akan membekalkan kalori nutrien yang

akan mengekalkan tahap metabolisme asas yang tinggi, mengawal suhu badan dan

memelihara fungsi-fungsi organ berdasarkan aktiviti fizikal murid. Sarapan amat

penting untuk merangsangkan organ-organ tubuh yang tidak aktif pada waktu malam.

Seterusnya membekalkan tenaga untuk murid lebih giat dan bersedia mengharungi

Page 18: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

3

tugas-tugas serta mudah menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru sewaktu di

sekolah ( Dewan Siswa, 2002 ).

Satu kajian yang di buat di Lowa, Amerika syarikat menunjukkan bahawa murid

yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti mempunyai kadar

keaktifan yang tinggi berbanding murid yang tidak mengambil sarapan pagi. Di sekolah

,murid yang bersarapan mempunyai sahsiah dan prestasi yang lebih tinggi berbanding

murid yang enggan atau melangkaui sarapan ( Krause dan Mahan, 1969 ).

Oleh itu pengambilan sarapan secara teratur dan rutin penting membantu murid

mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan ko kurikulum. Secara langsung atau

tidak langsung masalah sindrom lembam atau lembap dikalangan murid dapat

dikurangkan malah mungkin dapat diatasi secara menyeluruh.

1.2 Latarbelakang masalah

Remaja merupakan komponen penduduk yang penting dalam sesebuah negara

dan ia merupakan golongan pelapis yang akan menggantikan orang dewasa dalam

mengekalkan budaya dan kekukuhan sesuatu bangsa. Mereka akan menjadi tenaga

penggerak dalam politik, ekonomi dan sosial. Keluarga, masyarakat dan negara harus

menerima hakikat bahawa golongan remaja mampu memberi sumbangan yang besar

kepada pembangunan. Oleh sebab kepentingan ini, mereka tidak boleh diketepikan ,

sebaliknya, mereka perlu dipimpin, diasuh dan diberikan tanggungjawab yang

sewajarnya.

Remaja sekolah adalah sebahagian daripada remaja biasa. Menurut Ibrahim

Mamat (1997), remaja sekolah adalah anak muda yang mempunyai ciri-ciri keremajaan

tetapi masih belajar terutamanya di sekolah menengah. Kebanyakan orang menerima

remaja sebagai mereka yang berumur antara 12 hingga 21 atau 22 tahun, manakala

remaja sekolah yang ada pada hari ini ialah mereka yang berumur antara 12 hingga 19

Page 19: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

4

tahun. Remaja sekolah perlu dipimpin dengan bijaksana untuk menentukan

pembelajaran mereka berjalan dengan lancar dan perkembangan mereka dari segi

intelek tidak terencat, disamping perkembangan mereka dari aspek lain juga perlu diberi

perhatian.

Oleh kerana remaja sekolah ini berbeza dari segi umur, kematangan dan tingkah

laku, mereka harus dipimpin dengan cara yang berbeza iaitu mereka diuruskan dalam

tiga peringkat seperti yang dilakukan di sekolah sekarang. Peringkat awal remaja yang

berumur antara 12 hingga 14 tahun, peringkat pertengahan remaja yang berumur antara

15 hingga 17 tahun dan peringkat akhir remaja yang berumur antara 18 hingga 19 tahun

( Phuah Kooi Ean, 2000 ).

Pada peringkat remaja keperluan pemakanan iaitu tenaga dan zat-zat makanan

adalah tinggi. Ia adalah penting untuk pertumbuhan fizikal dan mental dan untuk

menjalankan aktiviti-aktiviti seharian (Merki M.B, 1987). Remaja pada peringkat ini

sedang membesar, dari itu mereka memerlukan keperluan kalori yang lebih untuk

menjaga keadaan jasmani mereka.

Murid tingkatan dua adalah golongan remaja sekolah yang berada dalam

kategori pra remaja. Mengikut RDA Malaysia (1974 ), Murid lelaki pada peringkat

umur di antara 10 – 19 tahun memerlukan kalori harian di antara 2600 – 2700 kilokalori

( kkal ), manakala pelajar perempuan, keperluan kalori adalah di antara 2300 – 2700

kilokalori. Manakala diet harian yang disyorkan menurut Phuah Kooi Ean (2000) untuk

remaja lelaki berumur 12 hingga 15 tahun ialah 3000 kilokalori dan remaja perempuan

ialah 2500 kilokalori.

Ramai murid yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang

berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Mereka cenderung untuk mengambil

makanan yang mudah diperolehi dan sering mengabaikan nilai pemakanannya. Menurut

Che Wan Jasimah (2000), bagi mencapai tahap status pemakanan yang baik, murid

Page 20: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

5

haruslah memakan makanan yang seimbang iaitu memakan makanan yang dapat

membekalkan kalori yang mencukupi untuk keperluan badan.

Amalan makanan yang sihat ialah makan tiga kali dalam sehari iaitu sarapan,

makan tengahari, dan makan malam.

Tabiat makan remaja atau murid terbentuk sejak ia kecil lagi dan ini semestinya

sukar untuk diubah tetapi ia mungkin mengambil masa yang lama. (Dr Fatimah Arshad,

1996). Pengaruh tabiat makan ini mustahak diperhatikan sebelum sesuatu syor makanan

itu hendak diberikan kepada murid bagi menentukan yang makanan itu dimakan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Zanariah, Mohd. Yunus dan Noor Rehan

(1993), amalan yang menyebabkan kekurangan zat makanan di kalangan murid sekolah

ialah mereka kurang bersarapan pagi atau tidak langsung bersarapan pagi. Hasil analisis

data kajiselidik mendapati lebih 80 % murid mengambil sarapan pagi. Perkara ini turut

dibuktikan oleh kajian yang telah dilakukan oleh Aminah, Norimah dan suriah (1991).

Walaubagaimanapun masih terdapat murid yang meninggalkan sarapan pagi.

Kebanyakan makanan yang disukai ramai ialah terdiri daripada nasi, mi dan kuih

tradisi. Menurut kajian oleh Nur Zakiah (2002) pula, lebih 70% murid mengambil

sarapan pagi dan terdapat 30% murid perempuan meninggalkan sarapan pagi (kurang

dari tiga kali seminggu) disebabkan kekangan masa dan tidak berselera.

Keengganan murid sekolah mengambil sarapan pagi bukan sahaja berlaku di

negara miskin malah turut melanda di negara kaya seperti Australia, Sweden dan

Amerika Syarikat. Menurut kajian Peter Williams ( 2002 ), remaja berusia 11 hingga

15 tahun di Australia yang meninggalkan sarapan pagi sebanyak 14.9%. Berdasarkan

satu kajian yang berkaitan, punca remaja tidak bersarapan pagi adalah disebabkan

beberapa faktor seperti kesuntukan masa ( 52 % ), tidak berasa lapar ( 22 % ) dan ada

yang mengamalkannya untuk mengurangkan berat badan terutamanya di kalangan

remaja perempuan. Menurutnya lagi, corak pengambilan sarapan pagi berkait rapat

denggan sosioekonomi sesebuah keluarga. Menurut satu kajian di Sweden ( 1996 ),

Page 21: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

6

mendapati remaja dari keluarga yang berpendapatan tinggi mengambil sarapan pagi

dengan lebih kerap. Lebih 90% remaja mengambil sarapan berbentuk bijirin dan hasil

tenusu. Kebanyakan mereka bersarapan pagi di rumah sementara hanya 10% remaja

bersarapan pagi di cafeteria atau kantin.

Kerjasama daripada pihak ibubapa perlu untuk membentuk tabiat pemakanan

yang baik dalam jiwa kanak-kanak terutama semasa mereka dirumah. Mereka perlu

diasuh dan dibimbing dalam pemilihan makanan yang baik.

1.3 Pernyataan masalah

Keperluan zat makanan oleh remaja adalah unik. Pada peringkat remaja

keperluan pemakanan iaitu tenaga dan zat-zat makanan adalah tinggi. Ia adalah penting

untuk pertumbuhan fizikal dan mental dan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian.

Remaja pada peringkat ini sedang membesar, dari itu mereka memerlukan keperluan

kalori yang lebih untuk menjaga keadaan jasmani mereka. Memandangkan kepada

kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang dan masih ramai

remaja yang cenderung meninggalkan sajian tertentu terutamanya sarapan pagi, maka

adalah perlu kepada perhatian yang khusus.

Berdasarkan kepada latarbelakang permasalahan, pengkaji ingin mengenalpasti

amalan pengambilan sarapan pagi di kalangan murid tingkatan dua di kawasan bandar

dan luar bandar di daerah Kulai.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

Page 22: AMALAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DI … · 2.3 Amalan pemakanan remaja 17 2.4 ... sains yang berkaitan dengan pembekalan, ... yang mempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti

7

i Mengenalpasti sama ada faktor latar belakang keluarga mempengaruhi

murid tingkatan dua di kawasan bandar dan luar bandar dalam amalan

pengambilan sarapan pagi.

ii Mengenalpasti tahap pengetahuan murid tingkatan dua di kawasan

bandar dan luar bandar dalam amalan pengambilan sarapan pagi.

iii Mengenalpasti corak pengambilan sarapan pagi di kalangan murid

tingkatan dua di kawasan bandar dan luar bandar.

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian merupakan satu bidang yang menerangkan dengan lebih

terperinci dan khusus mengenai objektif kajian. Dalam kajian ini , penulis

mengemukakan beberapa persoalan, di antaranya ialah :

i Adakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi murid tingkatan

dua di kawasan bandar dan luar bandar dalam amalan pengambilan

sarapan pagi ?

ii Apakah tahap pengetahuan murid tingkatan dua di bandar dan luar

bandar tentang kepentingan pengambilan sarapan pagi ?

iii Apakah kekerapan murid tingkatan dua di bandar dan luar bandar

mengambil sarapan pagi dalam tempoh seminggu ?

1.6 Hipotesis

Tiada perbezaan yang signifikan di antara murid tingkatan dua di kawasan

bandar dan luar bandar dari segi amalan pengambilan sarapan pagi.